Pengenalan
Pada era globalisali kini, pasaran pekerjaan sangat kompetitif. Setiap tahun beribu-ribu
graduan di lahirkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar Negara. Graduan-
graduan ini mempunyai kelulusan akademik di dalam pelbagai lapangan ilmu. Namun
peluang kerjaya pada ketika ini adalah sangat terhad. Ini kerana bilangan graduan yang
dilahirkan setiap tahun semakin bertambah kerana bilangan intitusi pengajian tinggi semakin
bertambah. Ada graduan yang mencari pekerjaan dengan kerajaan, namun peluang pekerjaan
yang ditawarkan oleh kerajaan juga sangat terhad. Dengan itu, graduan-graduan ini sama ada
bekerja dengan pihak swasta atau melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Dengan ribuan
graduan memasuki pasaran pekerjaan, majikan mempunyai banyak pilihan kerana bekalan
melebihi permintaan.
Namun majikan menghadapi masalah apabila kebanyakan graduan yang dilahirkan tidak
mempunyai kemahiran yang diperlukan. Keperluan memenuhi kehendak para majikan adalah
sesuatu yang amat penting bagi seorang pekerja. Oleh hal yang demikian kajian berkaitan
dengan kemahiran yang diperlukan oleh majikan adalah sesuatu yang sangat berfaedah bagi
melihat tahap dan keperluan kemahiran tersebut oleh para majikan. Satu kajian pernah
dijalankan oleh sekumpulan penyelidik disebuah daerah di Amerika Syarikat. Objektif kajian
mereka ini adalah untuk mengenalpasti apakah kemahiran yang harus ada pada seseorang
pekerja atau graduan yang diperlukan kebanyakan majikan. Hasil daripada kajian yang
dijalankan oleh penyelidik dari Amerika Syarikat itu menunjukkan bahawa rata-rata majikan
memerlukan seorang pekerja yang mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira serta berfikiran kritis dan kreatif terhadap pekerjaan mereka. Tidak kurangnya juga
di Negara kita Malaysia, kemahiran-kemahiran asas seperti ini juga diperlukan selain
daripada kemahiran-kemahiran lain yang akan dikupas di bawah.
Kemahiran yang diperlukan majikan di Malaysia pada graduan
Menurut akhbar Borneo Post Online pada 05 Mac 2012, graduan yang muncul dari sistem
pendidikan di Malaysia gagal untuk memenuhi tuntutan dan harapan bakal majikan kerana
kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dan pengetahuan bahasa berkomunikasi yang
terhad. Masalah ini dinyatakan oleh beberapa majikan daripada syarikat-syarikat swasta
semasa mereka menemuduga graduan yang memohon pekerjaan ke syarikat mereka.