GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
PENTADABIRAN KEWANGAN
TAJUK TUGASAN:
PILIH SEBUAH AGENSI AWAM DI MALAYSIA DAN KAJI TENTANG PROSEDUR
DAN SYARAT-SYARAT KERJA-KERJA PEROLEHAN YANG DIAMALKAN DI
AGENSI BERKENAAN. BINCANGKAN JUGA ISU-ISU YANG DIHADAPI OLEH
AGENSI BERKENAAN DALAM MENJALANKAN KERJA-KERJA PEROLEHAN.
PERBINCANGAN :
1.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI
Dalam usaha awal kerajaan bagi menghadapi masalah dadah adalah
melalui tindakan undang-undang dengan menguatkuasakan Akta dadah
Berbahaya 1952. Walaubagaimanapun, pelaksanaan undang-undang ini
dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan berkenaan secara berasingan. Usaha-
usaha untuk menyalaraskan penguatkuasaan undang-undang ini hanya mula di
buat pada tahun 1972, apabila Pusat Biro Narkotik bertanggungjawab mengawal
dan mengawasi masalah dadah dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan
dan penyelarasan serta penyelidikan. Biro ini dibubarkan dan digantikan dengan
Urusetia Dadah pada Ogos 1979 danpada 1983 digantikan oleh Pasukan
Petugas Anti Dadah.
Tugas Penguatkuasaan Biro diambil oleh cawangan Antidadah, Polis
Diraja Malaysia. Pasukan Petugas Anti dadah akhirnya dimasukan ke
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri 1995 .Agensi Dadah Kebangsaan di
wujudkan pada tahun 1996 setelah kerajaan bersetuju terhadap hasil
1
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
percantuman Pasukan Petugas Anti Dadah dan Bahagian Rawatan dan
Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri. Kerajaan telah meluluskan
penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan yang bertanggungjawab sebagai
Urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan dan bertanggungjawab kepada
semua aspek tindakan anti dadah. Misi Agensi Dadah Kebangsaan ialah untuk
memerangi ancaman dadah bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas
daripada dadah.
Pada Disember 2004 Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004
ditubuhkan, Agensi Dadah Kebangsaan ditukar nama kepada Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) dan diletakan dibawah Kementerian Keselamatan Dalam
Negeri, walaupun nama bertukar dari Agensi Dadah Kebangsaan ke Agensi
Antidadah Kebangsaan, namun peranan dan fungsi tetap sama hanyabernaung
di bawah kementerian yang berlainan sahaja
Bidang tugas Agensi AntiDadah Kebangsaan adalah seperti berkut :-
Melaksanakan program pencegahan
Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai
keberkesanan program anti dadah negara
Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam
usaha memerangi ancaman dadah
Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan
Agensi Antidadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan
Daerah. Pengarah AADK Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua
2
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
Pengarah AADK manakala Pegawai AADK Daerah bertanggungjawab kepada
Pengarah AADK Negeri.
2.0 PENGENALAN
Sebagai menyahut cabaran dan peluang yang ditawarkan oleh teknologi
maklumat, Malaysia telah memulakan suatu stratergi yang bercita tinggi melalui
ciptaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Terdapat tujuh aplikasi perdana di
bawah MSC dan salah satu daripadanya ialah Kerajaan Elektronik.
Di bawah aplikasi Keraajaan Elektronik, perolehan secara elektronik
(ePerolehan) telah dan sedang di usahakan dengan menggunakan model Bina-
Kendali-Pindah (BOT). Ianya juga membolehkan pembekal mengiklankan serta
menjual produk dan perkhidmatan kepada kerajaan melalui internet. ePerolehan
merangkumi enam kaedah perolehan :
Kontrak Pusat – Fasa 1: telah dilancarkan pada 6 Oktober
2000
Pembelian Terus – fasa 2 : telah dilancarkan pada 10 Mei
2002
Sebutharga – Fasa 2 : telah dilancarkan pada 27 Mei 2003
Tender – Fasa 2 : telah dilancarkan pada 27 Mei 2003
Kontrak Kementerian – Fasa 2 : telah dilancarkan pada
November 2005
eBidding – Fasa 2 : telah dilancarkan pada September 2006
3
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
Cawangan Kewangan bertanggungjawab memastikan semua urusan
kewangan merangkumi permohonan peruntukan, perolehan dan pembayaran
dilakukan mengikut prosedur yang berkuat kuasa.
Fungsi :-
1. Mengurus dan mengawal selia pengurusan kewangan dan
bayaran bagi 45 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah AADK.
2. Menyediakan Anggaran Bajet Mengurus Tahunan AADK untuk
dipertimbangkan Perbendaharaan.
3. Menguruskan proses perolehan yang melibatkan pembelian
terus dan sebut harga.
4. Mengurus dan mengawal selia pengurusan Akaun Amanah di
Ibu Pejabat dan PTJ yang mempunyai aktiviti Amanah.
5. Memastikan perbelanjaan kewangan dilakukan secara
berhemah dan mengikut prosedur.
Perkhidmatan : -
1. Pengurusan pembayaran gaji.
2. Pembayaran elaun dan tuntutan.
3. Pengurusan permohonan perolehan kewangan.
4. Permohonan Panjar Wang Runcit.
4
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
2.1 PEROLEHAN KERAJAAN
Ketika menggunakan/membelanjakan wang awam mestilah
menggunakan tatacara yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan selaras
dengan Akta Acara Kewangan 1957 (Disemak 1972). Menteri Kewangan
telah membuat ketetapan kaedah perolehan dengan mengeluarkan
Arahan Perbendaharaan (AP) 166 hingga 206 dan 229 hingga 300.
Pindaan Arahan Perbendaharaan dan penetapan dasar / tatacara tertentu
di perjelaskan melalui Pekeliling Perbendaharaan (PP), Surat Pekeliling
Perbendaharaan (SPP), Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) dan
Surat Arahan Perbendaharaan. Semua agensi kerajaan mestilah
mematuhi peraturan perolehan kecuali dengan kebenaran
Perbendaharaan Malaysia.
2.2 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI AWAM (AP 167.2)
Pegawai Awam adalah bertanggungjawab sendiri termasuk
bertanggungjawab membayar balik jika berlaku kerugian berhubung dengan
bekalan, perkhidmatan dan kerja yang diterima di bawah kawalannya atau dalam
simpanannya.
2.2 KAJIAN PASARAN DALAM PEROLEHAN (AP 169.1)
Adalah menjadi kewajipan setiap pegawai yang menguruskan perolehan
membuat kajian pasaran yang berpatutan supaya perolehan itu adalah yang
5
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
paling sesuai dan menguntungkan. Kajian hendaklah mengambil kira aspek
kualiti, harga, kegunaan, kos penyelenggaraan dan faktor-faktor lain yang
berkaitan.
2.3 PRINSIP PEROLEHAN
• Akauntabiliti awam (public accountability)
Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah
dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengikut
dasar dan peraturan yang ditetapkan.
• Diuruskan secara telus (transparent)
Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang
dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami
umum serta mengikut dasar dan peraturan yang
ditetapkan.
• Nilai faedah yang terbaik (best value for money)
Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan
yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
• Saingan terbuka (open competition)
Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka
kepada semua pihak yang layak bersaing.
• Adil dan saksama (fair dealing)
Sesuatu perolehan itu dipelawa, diproses dan
dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan
dasar dan peraturan yang ditetapkan.
6
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
3.0 OBJEKTIF PEROLEHAN KERAJAAN
Menguruskan perolehan secara cekap, berkesan dan paling
menguntungkan™
Mendapatkan harga yang paling berpatutan dan menguntungkan dengan
mengambilkira kualiti, kuantiti dan tempoh penyerahan™
Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan dan penggunaan sumber /
bahan tempatan™
Sebagai wadah untuk mencapai dasar-dasar kerajaan ™
Pemindahan teknologi ™
Menjimatkan pertukaran wang asing
4.0 DASAR PEROLEHAN KERAJAAN
Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan melalui penggunaan
bahan/barangan tempatan dan penggunaan sektor perkhidmatan
tempatan
Mempertingkatkan keupayaan industri tempatan melalui pemindahan
teknologi
Menggalakkan penglibatan usahawan Bumiputera; dan
Memelihara dan mempertahankan kepentingan dasar perolehan
Kerajaan bagi mencapai objektif nasional dalam menghadapi cabaran
globalisasi dan liberalisasi.
7
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
5.0 KATEGORI PEROLEHAN YANG TERDAPAT DI DALAM AADK NEGERI
MELAKA
a. Kerja
Perolehan kerja melibatkan kerja-kerja pembinaan seperti
bangunan, lapangan terbang, pelabuhan, jalan raya, tapak
kawasan, empangan air dan kerja perparitan serta juga
merangkumi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.
Syarikat yang ingin menyertai perolehan kerja perlu berdaftar
dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kepala dan sub-
kepala berkaitan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam kelas dan gred yang berkaitan.
b. Bekalan
Perolehan bekalan merangkumi barangan/peralatan yang
dibekalkan bagi menjalankan sesuatu program, aktiviti atau projek
Kerajaan seperti makanan, pakaian, kenderaan dan kelengkapan
pejabat.
Syarikat yang ingin menyertai perolehan bekalan perlu berdaftar
dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang berkaitan.
c. Perkhidmatan
Perolehan perkhidmatan adalah ditafsirkan sebagai khidmat tenaga
manusia atau kepakaran untuk melaksanakan dan menyiapkan
8
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
sesuatu projek tertentu. Bidang perkhidmatan terbahagi kepada
dua iaitu perkhidmatan perunding dan bukan perunding.
Perkhidmatan perunding meliputi bidang-bidang seperti perunding
pembangunan fizikal dan bukan fizikal.
Perkhidmatan bukan perunding adalah meliputi perkhidmatan
seperti pengendalian kursus dan latihan, penyenggaraan dan
pembaikan, pencucian dan pembersihan, penyewaan dan
pengurusan bangunan, pengiklanan, pengangkutan dan
sebagainya.
Syarikat yang ingin menyertai perolehan perkhidmatan perlu
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang
berkaitan.
5.1 DASAR DAN KEUTAMAAN KEPADA SYARIKAT BUMIPUTERA (SPP Bil. 4
Tahun 1995 dan SPP Bil. 12 Tahun 2007)
1. Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan
a) Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan yang bernilai melebihi
RM50,000 hingga RM100,000 hendaklah dipelawa di kalangan
syarikat Bumiputera sahaja.
b) Bagi perolehan yang melebihi RM100,000 agensi adalah
dikehendaki memberi keutamaan harga kepada syarikat
Bumiputera mengikut peratusan seperti berikut:-
9
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
Nilai perolehan Peratusan Keutamaan
i. Melebihi RM100,000 hingga RM500,000 - 10%
ii. Melebihi RM500,000 hingga RM1.5 juta - 7%
iii. melebihi RM1.5 juta hingga RM5 juta - 5%
iv. Melebihi RM5 juta hingga RM10 juta - 3%
v. Melebihi RM10 juta hingga RM15 juta - 2.5%
(Berasaskan nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan
Bumiputera).
2. Perolehan Kerja
a) Kerja-kerja bernilai kurang RM200,000 dikhaskan kepada Bumiputera
Kelas F tempatan.
b) Sekurang-kurang 50% bagi kerja yang bernilai RM200,000 hingga
RM350,000 dikhaskan untuk ditandingi di kalangan Bumiputera.
c) 30% dari peruntukan tahunan untuk projek kerja dikhaskan kepada
Bumiputera (tidak termasuk kerja-kerja kurang RM200,000).
d) Bagi kerja prime cost sum, keutamaan harga diberikan.
10
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
6.0 PEMBELIAN TERUS BAGI BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
(SPP Bil. 12 Tahun 2007)
Pembelian setiap jenis item yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan
sehingga RM50,000 daripada pembekal yang berdaftar atau tidak berdaftar
dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan
Bumiputera.
Agensi hendaklah membuat kajian pasaran supaya harga bekalan atau
perkhidmatan yang hendak diperoleh adalah berpatutan dan menguntungkan
Kerajaan dan di samping memastikan perolehan tidak tertumpu kepada
pembekal tertentu selaras dengan prinsip-prinsip perolehan.
Bagi bidang khusus yang memerlukan lesen/permit yang sah atau
keperluan lain yang disyaratkan mengikut peruntukan undang-undang yang
ditetapkan, agensi hendaklah memastikan bahawa pembekal yang dipilih
mematuhi syarat-syarat tersebut. Antaranya memiliki lesen daripada
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk perkhidmatan kawalan
keselamatan, lesen farmasi daripada Kementerian Kesihatan bagi bekalan
bahan farmasi dan sebagainya.
11
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
7.0 LANTIKAN TERUS BAGI KERJA [AP 180.1(b)]
Bagi perolehan kerja yang bernilai tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat
secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F yang berdaftar dengan
Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan
dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred
dan kategori yang berkaitan. Kontraktor hendaklah kontraktor tempatan sahaja
iaitu berdaftar di daerah berkaitan.
Gunakan pesanan Kerajaan atau inden kerja sebagai dokumen
pembelian/perolehan mengikut mana yang berkaitan
8.0 REQUISITION (AP 180.1(a) dan SPP Bil. 5 Tahun 2009)
Kerja yang dipanggil secara requisition ialah kerja-kerja kecil dan
pembaikan yang tidak mengubah struktur asal. Nilai kerja mestilah tidak melebihi
RM100,000 dan menggunakan Jadual Kadar Harga. Pemilihan kontraktor
hendaklah dibuat secara undian atau pusingan di kalangan kontraktor kelas F
tempatan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah
kepala dan sub-kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred dan kategori yang berkaitan.
12
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
9.0 TATACARA PEROLEHAN SECARA SEBUT HARGA
[SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN (SPP) BIL 5 TAHUN 2009]
9.1 HAD NILAI SEBUT HARGA
Sebut Harga hendaklah dipelawa bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja
tertakluk kepada nilai seperti berikut:-
a. Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM50,000 hingga
RM100,000 hendaklah dipelawa secara sebut harga di kalangan
sekurang-kurangnya lima (5) pembuat/pembekal tempatan bertaraf
Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod
bidang yang berkaitan.
b. Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM100,000
hingga RM500,000 hendaklah dipelawa secara sebut harga di kalangan
sekurang-kurangnya lima (5) pembuat / pembekal tempatan yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang berkaitan.
Sebut harga hendaklah terbuka kepada pembuat/pembekal bertaraf
Bumiputera dan Bukan Bumiputera. Syarikat pembuat/pembekal bertaraf
Bumiputera hendaklah diberi keutamaan harga berdasarkan SPP yang
berkuat kuasa.
c. Maksud pembuat/pembekal tempatan bagi perolehan bekalan dan
perkhidmatan adalah pembuat/pembekal yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan dan beralamat di negeri berkaitan. Sekiranya
13
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
bilangan pembuat/pembekal di negeri berkenaan tidak mencukupi,
pembuat/pembekal di negeri berhampiran/sempadan boleh dipelawa.
9.1.1 Perolehan Kerja
a. Perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak mengubah
struktur asal dan yang tidak mempunyai Jadual Kadar Kejuruteraan
Awam yang bernilai melebihi RM20,000 hingga RM200,000
hendaklah dipelawa secara sebut harga di kalangan sekurang-
kurangnya lima (5) kontraktor tempatan Kelas F yang berdaftar
dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub
kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam gred dan kategori yang
berkenaan.
a. Perolehan kerja yang bernilai melebihi RM200,000 hingga
RM500,000 hendaklah dipelawa secara sebut harga di kalangan
sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor tempatan Kelas E yang
berdaftar dengan PKK di bawah kepala dan sub kepala yang
berkaitan dan LPIPM/CIDB dalam gred dan kategori yang
berkenaan.
b. Semua perolehan kerja elektrik yang bernilai melebihi RM50,000
hingga RM500,000 hendaklah dipelawa secara sebut harga di
kalangan sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor elektrik tempatan
14
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
yang berdaftar dengan PKK di bawah kelas elektrik yang berkaitan
dan LPIPM/CIDB dalam gred dan kategori yang berkenaan.
c. Maksud kontraktor tempatan bagi perolehan kerja untuk kontraktor
Kelas F adalah kontraktor yang berdaftar dengan PKK di daerah
berkenaan dan LPIPM/CIDB. Sekiranya bilangan kontraktor di
daerah berkenaan tidak mencukupi kontraktor di daerah
berhampiran/sempadan boleh dipelawa. Maksud kontraktor
tempatan bagi perolehan kerja untuk kontraktor Kelas E adalah
kontraktor yang berdaftar dengan PKK di negeri berkenaan dan
LPIPM/CIDB. Sekiranya bilangan kontraktor di negeri berkenaan
tidak mencukupi kontraktor di negeri berhampiran/sempadan boleh
dipelawa.
d. Agensi dibenarkan untuk melaksanakan perolehan secara pakej
merangkumi kerja induk dan kerja yang lazimnya dipelawa secara
Wang Kos Prima seperti kerja-kerja mekanikal dan elektrik. Walau
bagaimanapun, Agensi hendaklah mensyaratkan kontraktor induk
melantik subkontraktor yang berdaftar dengan PKK dalam kelas,
kepala dan sub kepala yang bersesuaian serta LPIPM/CIDB dalam
gred dan kategori yang berkaitan.
9.1.2 Dalam menentukan kaedah perolehan secara sebut harga, Agensi
hendaklah mengambil kira nilai perolehan tahunan atau nilai kontrak. Agensi
adalah dilarang memecah kecilkan perolehan bekalan, perkhidmatan atau
kerja bagi mengelakkan pelawaan sebut harga/tender.
15
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
9.2 PELAWAAN SEBUTHARGA
1. Borang sebut harga - Sebut harga boleh dipelawa dengan menggunakan
borang Lampiran Q kepada Arahan Perbendaharaan bagi bekalan dan
perkhidmatan. Bagi perolehan kerja, borang/format Jabatan Kerja
Raya(JKR)/Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) boleh digunakan.
Borang-borang tersebut boleh diubahsuai mengikut keperluan Jabatan.
2. Kelayakan Menyertai Sebut Harga
i. Bekalan/Perkhidmatan
Dokumen sebut harga hendaklah diedarkan kepada
pembuat/pembekal yang bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera dan
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang
berkaitan.
ii. Kerja
Dokumen sebut harga hendaklah diedarkan kepada kontraktor Kelas
F atau Kelas E yang berdaftar dengan PKK dalam kepala dan sub
kepala yang berkaitan dan LPIPM/CIDB dalam gred dan kategori
yang berkenaan.
iii. Dokumen sebut harga juga boleh diedarkan kepada syarikat yang
memohon untuk mengambil bahagian di dalam sesuatu pelawaan
sebut harga setelah syarikat menunjukkan sijil pendaftaran asal yang
masih berkuat kuasa.
16
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
3. Bilangan Pembuat/Pembekal
a. Dipelawa daripada sekurang-kurangnya lima (5) pembuat/
pembekal tempatan.
b. Sekiranya bilangan pembuat/pembekal di negeri berkenaan tidak
mencukupi, pembuat/pembekal di negeri berhampiran/sempadan boleh
dipelawa.
4. Tatacara Menguruskan Sebut Harga
a. Pelawaan dibuat dengan menggunakan dokumen sebut harga
kepada pembuat/pembekal/kontraktor yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan atau PKK/CIDB, yang mana berkenaan.
b. Notis pelawaan di pamer di papan kenyataan Kementerian /
Jabatan. Sekiranya ada yang berminat, ia dibenarkan mengambil
bahagian.
c. Tempoh minimum pelawaan sebut harga sekurang-kurangnya tujuh
(7) hari berturut-turut.
d. Kaedah pelawaan sebut harga hendaklah dilaksanakan sama ada
melalui pos berdaftar, pos laju atau serahan tangan. Agensi
hendaklah menentukan bahawa cara yang sama digunakan bagi
setiap urusan sebut harga.
e. Satu daftar hendaklah diselenggarakan untuk mencatatkan senarai
edaran sebut harga atau pembuat/pembekal/kontraktor yang telah
mengambil sendiri dokumen sebut harga.
17
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
f. Semua borang sebut harga hendaklah diberi nombor siri untuk
pengawalan.
g. Mensyaratkan kepada penyebut harga supaya mengemukakan
satu tawaran sebut harga sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak
dibenarkan.
h. Mensyaratkan kepada penyebut harga supaya mengemukakan
tawaran harga dan tawaran teknikal dalam dua (2) sampul surat
yang berasingan berlakri bagi bekalan dan perkhidmatan. Bagi
sebut harga kerja memadai tawaran dikemukakan dalam satu (1)
sampul berlakri sahaja.
i. Notis sebut harga di papan kenyataan awam Agensi hendaklah
menyatakan:
i) Agensi yang memanggil sebut harga;
ii) Tajuk sebut harga;
iii) Syarat kelayakan penyebut harga;
iv) Bidang/kelas/kepala/sub kepala/gred pendaftaran; dan
v) Tempat sebut harga perlu dihantar, tarikh dan waktu tutup.
5. Penjualan Dokumen Sebut Harga
Tidak digalakkan menjual dokumen sebut harga. Walau bagaimanapun,
sekiranya Agensi mengenakan bayaran, maka kadar harga semuka
dokumen hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan bagi dokumen
tender yang berkuat kuasa tertakluk kepada bayaran maksimum RM50.00
bagi satu (1) set dokumen sebut harga (Rujuk SPP 5/2005).
18
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
5. Tempoh Sah Laku Sebut Harga
Tempoh sah laku tawaran sebut harga hendaklah tidak melebihi 90 hari
dari tarikh tutup sebut harga. Tempoh sah laku tawaran sebut harga tidak
boleh dilanjutkan. Jika tempoh sah laku tawaran telah tamat atau
keputusan tidak dibuat dalam tempoh sah laku tawaran, sebut harga
hendaklah dipelawa semula.
10.0 Integriti Dalam Perolehan Kerajaan
a) Kerahsiaan Maklumat Tender
Dokumen Tender Diklasifikasikan Sebagai Sulit
Semua maklumat berkenaan sesuatu tender termasuk dokumen
tender, tawaran tender dan penilaian tender hendaklah diklasifikasikan
sebagai SULIT dan tidak boleh disebarkan kepada mana-mana pihak
yang tidak terlibat dengan pengurusan tender sebelum keputusan
muktamad dibuat.
Merahsiakan Maklumat Tender
Pegawai Pengawal/Ketua Agensi adalah bertanggungjawab untuk
menjelaskan keperluan merahsiakan maklumat dan kedudukan
sesuatu tender kepada pegawai yang berkenaan di bawah arahan
pentadbirannya. Rujukan hendaklah dibuat kepada peruntukan Akta
Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]. Mana-mana pegawai awam yang
didapati membocorkan rahsia berkenaan sesuatu tender adalah
19
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
dianggap telah melanggar peruntukan dalam Akta-akta tersebut dan
tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil terhadap pegawai awam
yang terlibat.
b) Tanggungjawab Mengisytiharkan Kepentingan Terletak Hak
Urusan memproses tender
Mana-mana pegawai yang terlibat dalam memproses sesuatu tender
hendaklah memastikan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa
kepentingan persendirian atau kepentingan terletak hak mengenai
tender itu. Mana-mana pegawai yang mempunyai kepentingan dalam
apa-apa cara pun dengan petender hendaklah mengisytiharkan
kepentingan dan menarik diri secara bertulis daripada
menguruskannya.
Keputusan Lembaga Perolehan
Mana-mana ahli Lembaga Perolehan yang mempunyai apa-apa
kepentingan mengenai sesuatu tender itu, ahli tersebut hendaklah
mengisytiharkan kepentingannya serta menarik diri dari perbincangan
dan keputusan tender berkenaan dan perkara ini hendaklah
diminitkan. Ahli Lembaga Perolehan hendaklah bersikap neutral dan
profesional dalam mempertimbangkan sesuatu tender serta bebas dari
pengaruh luar.
20
GMGF 2023 : PENTADBIRAN KEWANGAN
c) Kesalahan Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan
Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mencegah dan membendung
perlakuan rasuah dalam perolehan Kerajaan, Agensi Kerajaan
dikehendaki memasukkan klausa peringatan mengenai kesalahan
rasuah dalam dokumen perolehan Kerajaan di peringkat penyediaan
dokumen pelawaan tender. Sehubungan itu, Surat Arahan
Perbendaharaan bertarikh 28 Februari 2009 telah dikeluarkan sebagai
peringatan kepada Agensi.
11.0 KESIMPULAN
Sistem ePerolehan dijangka akan menjadi model untuk dicontohi oleh
perniagaan Malaysia dan boleh meletakkan Negara ke tahap ekonomi pusat setaraf
dengan ekonomi yang lain. Aplikasi ePerolehan telah pun wujud, oleh itu marilah kita
bersama-sama menggunakan aplikasi ePerolehan mulai sekarang.
21