Perang Jamal dan Perang
Siffin
PJ1153 SEJARAH ISLAM 11-656H2016, K-03: Ezad Azraai Jamsari, JPATI
OBJEKTIF KULIAH 3
Memahami situasi
masyarakat Islam di akhir
pemerintahan Khulafa’ al-
Rashidin.
Mengenal pasti peristiwa
Perang Jamal dan Perang
Siffin.Kuliah 3 / 2
PERANG JAMAL
Persiapan perang perlu dibuat
kerana jumlah pemberontak di luar
Madinah tidak kecil.
‘A’ishah sendiri terlibat untuk
memberi penerangan berkenaan
keperluan menuntut kematian
‘Uthman.
Ramai penduduk Makkah sokong.
Kuliah 3 / 3
PERANG JAMAL
Keluarga Umayyah menyediakan segala
kelengkapan.
600 ekor unta digunakan dalam
ekspedisi ini; dikenali sebagai tentera
Jamal.
Awal Jamadil Akhir 36H: 3,000 orang
menuju ke Basrah dari Makkah.
Tentera Ali yang besar bergerak untuk
menghalang tentera Jamal.
Kuliah 3 / 4
PERANG JAMAL
Tentera Jamal tiba awal di Basrah dan
terus berkempen.
Tentera Ali terus ke Kufah; beliau
hantar ‘Uthman b. Hunayf untuk
berunding.
Utusan disebat dan janggutnya dicukur.
Akhir Jamadil Akhir 36H: Perang
meletus (Khamis) antara tentera Ali
dan ‘A’ishah di al-Khuraybah.
Kuliah 3 / 5
PERANG JAMAL
Perang berlanjutan selama 6 hari tanpa
tanda akan berhenti.
Ali masih mengharapkan perang ini tamat;
beliah hantar Abu Musa al-Ash‘ari & ‘Abd
Allah b. al-‘Abbas untuk berunding.
Tentera Jamal tidak berminat. Perang
tamat pada hari ketujuh bila kaki unta
‘A’ishah kena panah.
‘A’ishah diselamatkan oleh Muhammad b.
Abi Bakr (saudaranya/org kuat Ali).
Kuliah 3 / 6
PERANG JAMAL
Tentera Jamal telah jatuh semangat
dan meletakkan senjata.
Tentera Khalifah Ali menang. Tapi
beliau sedih kerana ramai tokoh
Sahabat terkorban.
Beliau ambil masa 3 hari untuk
kebumikan semua yang terkorban.
Harta yang dikumpul tidak boleh
dibahagikan kerana ia bukan ghanimah.
Kuliah 3 / 7
PERANG JAMAL
Ramai yang bersedih kerana orang
tersayang telah terkorban.
‘A’ishah sendiri berwasiat agar
jenazahnya tidak dikebumikan di
sebelah Baginda Nabi (s.a.w.).
Kita doakan agar semua yang
terkorban dimasukkan di kalangan
ahli syurga, Amin.
Kuliah 3 / 8
PERANG SIFFIN
Setelah perang Jamal tamat, bagi Ali
dan ‘A’ishah tiada perkara yang perlu
dipertikaikan.
Tapi bagi Mu’awiyah, isu ‘Uthman
dibunuh perlu diselesaikan.
Sebagai waris, beliau menuntut agar
kes itu diadili.
Jika tidak, beliau akan bertindak secara
berseorangan.
Kuliah 3 / 9
PERANG SIFFIN
Perang Siffin juga berpunca daripada isu sama yang mencetuskan Perang Jamal.
Mu’awiyah mungkin mengetahui Ali selaku Khalifah tidak berkemampuan untuk selesaikan masalah yang rumit ini.
Tindakan Mu’awiyah berkait dengan polisi Ali yang memecat beberapa gabenor, termasuk beliau sendiri.
Kuliah 3 / 10
PERANG SIFFIN
Polisi telah dibuat lebih awal, tapi pelaksanaan ditunda kerana Perang Jamal meletus.
Setelah menang, Ali bertambah yakin dengan keputusannya itu.
Malah ada kawasan yang tidak berani menentang Ali kerana tentera Khalifah telah menang dalam Perang Jamal.
Ali kuasai seluruh wilayah kecuali Sham masih di bawah Mu’awiyah.
Kuliah 3 / 11
PERANG SIFFIN
Lalu Ali pilih pendekatan lembut untuk
mendekati penduduk Sham.
Ali utus Jarir b. ‘Abd Allah al-Bajalli
untuk berunding dengan Mu’awiyah.
Mu’awiyah setuju beri bay‘ah dengan
syarat Ali:
serahkan Sham dan Mesir kepadanya.
tidak memaksa beliau untuk memberi
bayah kpd. sesiapa selepas kematian Ali.
Kuliah 3 / 12
PERANG SIFFIN
Mu’awiyah sentiasa kempen pada hari
Jumaat agar penduduk Sham tuntut
bela atas kematian ‘Uthman.
Beliau gantungkan baju ‘Uthman yang
terdapat kesan darah dan jari isteri
‘Uthman (Na’ilah) yang terpotong tika
cuba menghalang pemberontak.
Penduduk Dimashq diminta berkabung
dan tidak bersenang-senangan.
Kuliah 3 / 13
PERANG SIFFIN
Setelah mendengar khabar Jarir, Ali berpandangan hanya perang sebagai jalan untuk tundukkan Sham.
Ali berjaya kumpul tentera seramai 70,000 orang (penduduk Kufah dan Basrah).
Mereka bertolak dari Kufah menuju ke dataran Siffin.
Tentera Sham sudah pun kuasai kawasan yang strategik.
Kuliah 3 / 14
PERANG SIFFIN
Ali hantar utusan untuk pujuk beri
bay‘ah tapi Mu’awiyah tak beri respon.
Perang berlaku pada 28 Julai 657M
(Zulhijjah 36H).
Menjelang Muharram 37H, perang masih
berterusan. Kedua-dua belah pihak
tidak minat untuk teruskan.
Tentera Ali serbu khemah tentera
Sham. Mereka menjadi kelam kabut.
Kuliah 3 / 15
PERANG SIFFIN
Mu’awiyah minta bantuan ‘Amr b. al-
‘As; arah letakkan al-Qur’an dihujung
pedang.
Tindakan ini untuk menuntut
perdamaian dan penghakiman.
Saranan sokongan tentera Ali dan
mereka desak Ali untuk terima.
Ali tiada pilihan kecuali menerima
cadangan Mu’awiyah: Majlis Tahkim.
Kuliah 3 / 16
Perpaduan umat Islam pada zaman
Ali mula musnah dengan
berlakunya Perang Jamal dan
Perang Siffin.
Umat Islam jangan salah anggap
terhadap dua peristiwa ini.
Umat Islam perlu mengambil
iktibar dan pengajaran dengan
peristiwa yang telah berlaku.
RUMUSAN
Kuliah 3 / 17