Download doc - Peribahasa Melayu 1

Transcript
Page 1: Peribahasa Melayu 1

Tikus jatuh ke dalam gudang berasApabila mendapat untung besar, diam sahaja dan tidak memberitahu orang lain

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaCita-cita tanpa usaha tidak akan tercapai

Berat lidahPendiam; enggan memberitahu

Berat kepalaSakit kepala

Berat kaki, berat tanganMalas

Berat mulutPendiam

Berat mataMengantuk

Ikat perutMenahan lapar / berjimat makan

Berbuih mulutBanyak bercakap

Laksana menggigit tangan yang menyuapkan nasiTidak mengenang budi

Laksana menggantang asap, mengukir langitKerja yang sia-sia

Di mulut sahajaBohong

Laksana daun keladi dimandikanTidak memberi kesan

Dalam keadaan perangDarurat

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak bergunaFikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal

Melentur buluh biarlah daripada rebungnyaMelatih anak biar daripada kecil

Page 2: Peribahasa Melayu 1

Tikam dari belakangBelot

Lembu punya susu, sapi dapat namaOrang lain berusaha, orang lain mendapat nama

Lembut gigi daripada lidahKata-kata yang begitu lembut

Hempedu lekat di hatiTidak dapat dipisahkan

Seperti mayatTerlalu pucat

Dahi licinWanita cantik

Dalam duaBelum pasti

Dalam genggamanDalam kuasa orang lain

Seperti kunyit dengan kapurMudah mesra

Seperti kera kena belacanGelisah

Seperti kera dengan monyetSerupa sahaja

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiSekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya


Recommended