Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
128
PERSEPSI MUALAF TERHADAP PELAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN
GURU KELAS FARDHU AIN MUALAF (KFAM) DAERAH HULU LANGAT,
SELANGOR
*Mariam Abd. Majid1, Nurayuni Adibah Abdullah 1, Noraini Mohamad2
1Fakuti Pengajian Peradaban Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
2Pusat Pengajian Teras
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
*Corresponding author’s email: [email protected]
Abstrak
Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) diwujudkan bertujuan membantu golongan
mualaf meningkatkan ilmu pengetahuan mereka berkaitan ajaran Islam di
Negeri Selangor. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, efektif
serta sesuai dengan keperluan golongan mualaf sangat penting bagi mencapai
objektif pelaksanaannya. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan mengemukakan
dapatan kajian berkaitan persepsi mualaf terhadap pelaksanaan kaedah
pengajaran guru KFAM yang diikuti. Kajian ini berbentuk deskriptif yang
dilaksanakan menerusi instrumen soal selidik dan observasi. Pemilihan
responden kajian dilaksanakan secara persampelan bertujuan terhadap seramai
158 orang iaitu golongan mualaf yang mengikuti kelas KFAM di daerah Hulu
Langat, Selangor. Hasil kajian menemukan pelbagai latar belakang mualaf
mengikuti KFAM dan persepsi mereka terhadap pelaksanaan kaedah
pengajaran guru KFAM adalah sangat tinggi iaitu dengan nilai min = 4.37.
Dapatan kajian ini menjadi satu input penting dalam menambah baik
pelaksanaan KFAM bagi golongan mualaf khususnya di Negeri Selangor.
Kata kunci: Persepsi, Mualaf, Kaedah Pengajaran Guru, Kelas Fardhu Ain
Mualaf (KFAM), Hulu Langat Selangor
1.0 PENGENALAN
Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) sebagai platform untuk menyalurkan ilmu pengetahuan
bagi golongan mualaf di Negeri Selangor. (KFAM) ini dikendalikan oleh guru kelas fardhu ain
mualaf yang dilantik oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (Lembaga Zakat Selangor, 2020).
Mualaf adalah golongan yang baru memeluk agama Islam. Situasi ini menjadikan
mereka memerlukan bimbingan mempelajari agama Islam. Program pendidikan penting
dilaksanakan bagi golongan mualaf bertujuan membantu mereka meningkatkan tahap
kefahaman mengenai agama Islam seterusnya berupaya mempraktikkan cara hidup Islam
dalam kehidupan. Menurut Siti Fathimatul Zahrah binti Yusri & A’thiroh Masyaa’il Tan binti
Abdullah @ Tan Ai Pow (2015), pendidikan Islam merupakan medium utama bagi mualaf
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
129
untuk meningkatkan pengetahuan agama Islam. Ilmu pengetahuan yang diterima berupaya
menjadikan mereka dapat mengetahui, memahami dan menghayati agama Islam yang dianuti.
Pengislaman merupakan satu penghijrahan besar dilakukan oleh golongan mualaf
(Mariam, 2011). Golongan mualaf memerlukan bimbingan pengajian yang efektif bagi
membantu mereka membina persepsi diri yang baru selepas menjalani proses konversi dan
peralihan. Bimbingan pengajian berkaitan ajaran Islam yang dilaksanakan perlu
mengambilkira kesesuaian dan keperluan golongan mualaf. Menurut Zulkefli bin Aini et. al
(2014), cara berdakwah dalam menyampaikan ajaran Islam adalah hikmah dengan bersikap
jujur serta berbicara mengikut kesesuaian tahap pemikiran sasaran. Penguasaan dan kefahaman
yang mendalam tentang ajaran Islam dapat membantu mereka menyesuaikan diri dalam
kehidupan baru sekaligus berupaya mendepani cabaran yang dialami dalam masyarakat
(Razaleigh & Marlon: 2014). Pelaksanaan pengajaran kepada saudara baharu perlu
dititikberatkan oleh semua pihak yang terlibat dengan institusi pengajian saudara baharu kerana
penyampaian dengan menggunakan pendekatan yang sesuai merupakan satu usaha yang perlu
dilakukan secara berterusan bagi menerapkan kefahaman dan penghayatan ajaran Islam kepada
saudara baharu berkaitan akidah, syariat dan akhlak. Konsep pengajaran dalam Islam juga
adalah meliputi aspek teori dan amali yang terkandung di dalamnya gabungan pelbagai kaedah
pengajaran dan pendekatan pengajaran (Noraini Omar et. al, 2014).
2.0 PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN MUALAF
Mualaf adalah golongan yang baru menjinakkan diri dengan Islam dan berada pada permulaan
kehidupan sebagai seorang muslim. Pengajaran kepada golongan mualaf ini memerlukan suatu
modul pengajaran yang senang untuk diterima, difahami serta amalan yang mudah
dipraktikkan berdasarkan pembelajaran yang dilalui tercapai. Menurut Sidek Mohd Noah dan
Jamaludin Ahmad (2005), pembinaan modul mesti mengambil kira aspek faktor perbezaan
individu bagi memastikan objektif dan matlamat modul dapat dicapai. Penggunaan kaedah
pengajaran dan alat bantu yang kurang sesuai serta modul yang tidak lengkap boleh
menyebabkan golongan mualaf sukar memahami dan menghayati kandungan pengajaran
dengan baik (Noraini et.al, 2017). Elemen kaedah pengajaran merupakan antara tiga komponen
utama dalam suatu proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (Ab. Halim & Mohamad
Khairul Azman, 2010). Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada mualaf adalah
penting dan perlu diberi penekanan kerana ia merupakan titik permulaan kepada mualaf untuk
mengenali Islam secara lebih dekat.
Keberkesanan kaedah penyampaian ataupun teknik mengajar adalah penyumbang
utama kepada kefahaman Islam dalam kalangan mualaf. Penyampaian pengajaran dengan
kaedah yang kurang tepat menjejaskan keberkesanan impak pembelajaran. Azmi Mat Sahi dan
Maimunah Ismail (2003) menjelaskan bahawa pada permulaan pengajian, golongan mualaf
memerlukan pengajaran kondusif yang melibatkan pengetahuan yang senang untuk diterima,
pembelajaran yang senang difahami serta amalan yang senang dipraktikkan berdasarkan
pembelajaran yang dilalui. Noraini et.al (2017) menyatakan bahawa kaedah pengajaran yang
baik dan bersesuaian dengan golongan mualaf memberi impak yang besar kepada mereka
untuk memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam secara lebih konsisten. Oleh itu,
aspek kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) atau cara penyampaian merupakan antara
faktor utama menentukan keberkesanan kelas pengajian yang dijalankan sekaligus turut
menjadi faktor mempengaruhi penerimaan mualaf terhadap kelas pengajian. Menurut Tengku
Sarina & Yusmini (2006), aspek strategi dan keberkesanan penyampaian guru penting untuk
memastikan pengajaran berfungsi dengan baik. Pengajar perlu menguasai cara penyampaian
yang betul dalam mendidik dan membimbing mualaf selaras dengan pengajian ilmu dakwah.
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
130
Pembimbing ataupun pengajar perlu mementingkan sikap hikmah kebijaksanaan dalam diri,
penasihat yang baik serta berdebat dan berhujah dengan baik sekiranya diajukan pertanyaan.
Noraini Omar et. al (2014) menjelaskan kepelbagaian strategi, kaedah dan pendekatan
penting untuk menarik minat dan meningkatkan motivasi pelajar terhadap sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Dalam aspek berdakwah, seorang pengajar, guru atau dai’e mesti kreatif
dan berani menyampaikan dakwah dengan kepelbagaian pendekatan yang berpotensi
menyumbang terhadap penerimaan pengajaran. Sebaliknya, pengabaian aspek kaedah
pengajaran efektif boleh mengakibatkan kegagalan dalam pengendalian kelas pengajian.
Antara masalah dalaman yang timbul berkaitan pengajar kelas pengajian mualaf ialah tidak
memahami keadaan mualaf kerana tidak ada pengalaman berhadapan dengan mualaf dan
menggunakan cara yang sesuai dengan mualaf yang menyebabkan tiada jalinan hati dalam
proses pembelajaran yang dilakukan. Selain itu, terdapat juga dalam kalangan kalangan tenaga
pengajar mualaf yang menggunakan bahasa yang tinggi disebabkan guru yang biasa dengan
pendidikan tinggi. Hal ini boleh menimbulkan rasa jemu dan kurang minat ekoran tidak
memahami sebahagian perkara yang diajar. Di samping itu, kurang persediaan dan inisiatif dari
pihak guru juga merupakan masalah yang yang memberi kesan terhadap pemahaman mualaf.
Dalam hal ini usaha menyediakan kelas secara individu atau melakukan follow up bagi mualaf
yang lemah serta penyediaan bahan yang membantu mualaf perlu diusahakan oleh pihak guru.
(Siti Zakiah Tahir dan Muhammed Bin Yusof, 2016). Isu kurangnya kefahaman dan
penghayatan saudara baharu turut dikatakan berpunca daripada kelemahan tenaga pengajar
menguasai kaedah pengajaran dengan baik kerana tidak mempunyai kemahiran dalam bidang
tersebut (Siti Fathimatul Zahrah & Nur A’thiroh Masyaa’il: 2015). Masalah ini dikenalpasti
wujud kerana tiada pendedahan asas tentang metodologi pengajaran kerana guru bukan
daripada jalur pendidikan untuk memahami kaedah pengajaran berkesan. (Siti Zakiah Tahir
dan Muhammed Yusof, 2016).
Berdasarkan perbincangan ini, pelbagai faktor didapati mempengaruhi keberkesanan
pengendalian kelas pengajian mualaf. Persepsi positif mualaf terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran adalah aspek penting sebagai indikator pencapaian matlamat pelaksanaan kelas
pengajian golongan mualaf ini (Razaleigh & Marlon, 2014). Oleh itu, artikel ini bertujuan
mengemukakakan persepsi golongan mualaf terhadap kaedah pengajaran KFAM yang diikuti.
3.0 METODOLOGI
Kajian ini adalah berbentuk penyelidikan kecapaian dan penilaian. Menurut Ahmad Sunawari
Long (2005) kajian bentuk ini dilakukan bertujuan menjelaskan status fenomena pada sesuatu
masa, tidak melibatkan sebarang penjelasan, alasan atau cadangan terhadap masalah yang
dikenalpasti tetapi melibatkan pendapat, pengetahuan amalan dan sebagainya. Menurut Mohd
Majid Konting (1998), kaedah tinjauan (survey research) sesuai digunakan dalam penyelidikan
bagi menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.
Satu set soal selidik digubal untuk diedarkan kepada responden. Proses rintis
dilaksanakan dengan edaran sebanyak 30 set soal selidik kepada mualaf yang menghadiri kelas
KFAM di negeri Selangor. Ujian rintis dilaksanakan bagi menguji kebolehsandaran dan tahap
ketekalan kesemua elemen yang terdapat dalam soal selidik tersebut serta mengenal pasti
jangkaan dapatan kajian. Nilai Alpha Cronbach bagi konstruk persepsi saudara baharu terhadap
kaedah pengajaran ialah 0.816. Nilai yang dihasilkan ini menunjukkan nilai alpha cronbach
berada pada keadaan sangat baik dan efektif serta konsisten (Bond & Fox, 2007). Setelah
melalui proses kesahan pakar dan kebolehpercayaan instrumen kajian, instrument soal selidik
diedarkan kepada seramai 158 responden bagi kajian ini.
Data kajian ini diukur dengan menggunakan kaedah skala likert. Skala yang diasaskan
oleh Rensis Likert ini mengandungi sejumlah kenyataan yang menggambarkan persepsi
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
131
responden kepada objek (Ahmad Sunawari Long, 2005). Kawasan kelas pengajian KFAM
adalah berdasarkan rujukan Jadual Kelas Fardhu Ain Mualaf bagi daerah Hulu Langat pada
tahun 2018.
4.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan yang dikemukakan dalam artikel ini meliputi aspek latar belakang golongan mualaf
yang mengikuti KFAM dan persepsi golongan mualaf terhadap kaedah pengajaran guru KFAM
yang diikuti di daerah Hulu Langat Negeri Selangor. Dapatan kajian dianalisis adalah seperti
berikut :
Bahagian A : Latar belakang responden
Bahagian B : Persepsi mualaf terhadap kaedah pengajaran guru KFAM
4.1 Latar belakang responden
Artikel ini mengemukakan latar belakang golongan mualaf yang mengikuti KFAM di daerah
Hulu Langat Selangor. Latar belakang responden meliputi tempoh pengislaman, tahap
pendidikan dan bangsa.
4.1.1 Tempoh Pengislaman
Jadual 4.1 memaparkan berkaitan tempoh pengislaman bagi seramai 158 orang responden.
Seramai 66 orang responden (41.8%) adalah golongan mualaf memeluk agama Islam lebih
daripada lima tahun, dan diikuti seramai 20 orang responden (12.7%) yang memeluk agama
Islam dalam tempoh dua tahun. Seramai 18 orang responden (11.4%) dalam tempoh
pengislaman selama tiga tahun dan empat tahun masing-masing mencatatkan jumlah yang
sama iaitu seramai dan dalam tempoh pengislaman selama bawah setahun dan selama setahun
mencatatkan jumlah yang sama banyak iaitu seramai 13 orang responden (8.2%). Akhir sekali,
tempoh pengislaman selama lima tahun dengan jumlah seramai 10 orang responden
(6.3%). Jadual menunjukkan responden mualaf yang paling ramai mengikuti KFAM adalah
mereka yang telah memeluk Islam lebih daripada 5 tahun.
Jadual 4.1 : Taburan Tempoh Pengislaman Responden Mualaf
Kategori Tempoh Pengislaman Kekerapan Peratus
Bawah 1 Tahun 13 8.2%
1 Tahun 13 8.2%
2 Tahun 20 12.7%
3 Tahun 18 11.4%
4 Tahun 18 11.4%
5 Tahun 10 6.3%
Lebih 5 Tahun 66 41.8%
Jumlah 158 100%
Sumber : Soal Selidik (2019) 4.1.2 Bangsa
Responden bagi kajian ini terdiri dalam kalangan mualaf yang berbangsa Cina, India, Orang
Asli, Bumiputera Sarawak, Bumiputera Sabah dan Bukan Warganegara. Jadual 4.2
menunjukkan seramai 38 orang (24.1%) responden berbangsa Cina, diikuti dengan responden
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
132
yang berbangsa Orang Asli iaitu seramai 29 orang (18.4%), selepas itu diikuti responden yang
berbangsa Bumiputra Sarawak iaitu seramai 28 orang (17.7%), kemudian seramai 24 orang
responden (15.2%) adalah terdiri daripada Bumiputera Sabah, dan diikuti seramai 22 orang
responden (13.9%) adalah berbangsa India, akhir sekali seramai 17 orang responden (10.8%)
adalah terdiri daripada mualaf berbangsa bukan warganegara yang telah mengikuti kelas
pengajian KFAM. Dapatan mendapati golongan mualaf berbangsa Cina adalah responden yang
tertinggi mengikuti KFAM di daerah Hulu Langat Selangor.
Jadual 4.2 : Taburan Bangsa Responden Mualaf
Kategori Bangsa Kekerapan Peratus
Cina 38 24.1%
India 22 13.9%
Orang Asli 29 18.4%
Bumiputera Sarawak 28 17.7%
Bumiputera Sabah 24 15.2%
Bukan Warganegara 17 10.8%
Jumlah 158 100%
Sumber : Soal Selidik (2019)
4.1.3 Tahap Pendidikan
Tahap pendidikan dalam jadual 4.3 mendapati responden mempunyai tahap pendidikan yang
berbeza. Seramai 42 orang responden (26.6%) berkelulusan pada tahap pendidikan sijil atau
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diikuti dengan berkelulusan pada tahap pendidikan Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah masing-masing mencatat jumlah yang sama iaitu seramai 33
orang responden (20.9%). Seterusnya diikuti seramai 21 orang responden (13.3%) yang berada
pada tahap tiada pendidikan, kemudian seramai 14 orang responden (8.9%) berkelulusan tahap
pendidikan Diploma, manakala seramai 11 orang responden (7.0%) berkelulusan tahap
pendidikan Ijazah Sarjana Muda (Degree), serta seramai 3 orang responden (1.9%)
berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), akhir sekali seramai seorang
responden sahaja (0.6%) yang berkelulusan Ijazah Sarjana (Master). Jadual 4.3 ini
menunjukkan bahawa majoriti golongan mualaf yang mengikuti KFAM adalah mempunyai
tahap pendidikan pada peringkat sijil/SPM.
Jadual 4.3 : Taburan Tahap Pendidikan Responden Mualaf
Kategori Pekerjaan Kekerapan Peratus
Tiada 21 13.3%
Sijil / SPM 42 26.6%
STPM 3 1.9%
Diploma 14 8.9%
Sarjana Muda (Degree) 11 7.0%
Sarjana (Master) 1 0.6%
Doktor Falsafah (PhD) 0 0%
Sekolah Rendah 33 20.9%
Sekolah Menengah 33 20.9%
Jumlah 158 100%
Sumber : Soal Selidik (2019)
Berdasarkan ketiga jadual di atas mendapati hampir separuh golongan mualaf yang
mengikuti KFAM adalah mereka yang memeluk Islam melebihi 5 tahun, golongan mualaf
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
133
berbangsa Cina adalah yang paling ramai mengikuti KFAM dan golongan mualaf yang
berpendidikan peringkat sijil/SPM adalah paling ramai mengikuti KFAM.
4.1.4 Kehadiran
Kehadiran golongan mualaf yang mengikuti KFAM diperolehi menerusi metode
pemerhatian. Adalah didapati bahawa KFAM yang di kawasan bandar mempunyai bilangan
mualaf yang lebih ramai dalam kelas berbanding kawasan luar bandar. 4.1.5 Jantina
Maklumat demografi mengenai aspek jantina dalam jadual 4.4, hasil kajian menunjukkan
sebahagian besar responden mualaf adalah perempuan iaitu seramai 97 orang daripada jumlah
keseluruhan responden seramai 158 orang iaitu bersamaan dengan 61.4 peratus. Manakala
jumlah responden mualaf lelaki adalah sebanyak 38.6 peratus iaitu berjumlah seramai 61 orang
daripada jumlah keseluruhan responden seramai 158 orang. Ini menunjukkan demografi dalam
kategori jantina, responden mualaf perempuan merupakan responden yang paling ramai dalam
hasil kajian berbanding dengan responden mualaf lelaki.
Jadual 4.4 : Taburan jantina responden mualaf
Kategori Jantina Kekerapan Peratus
Lelaki 61 38.6%
Perempuan 97 61.4%
Jumlah 158 100%
Sumber : Soal Selidik (2019)
4.1.6 Usia
Dari segi kategori usia responden mualaf, usia responden mualaf dikategorikan kepada lima
peringkat iaitu bawah 20 tahun, 21-30 tahun, 31-40 tahun, 41-50 tahun dan 51 tahun ke atas
seperti yang dipaparkan dalam jadual 4.5. Hasil kajian menunjukkan daripada jumlah 158
orang responden, peratusan paling tinggi ditunjukkan oleh responden yang berada dalam
lingkungan usia 21-30 tahun dan 31-40 tahun iaitu nilai yang sama sebanyak 27.8 peratus
dengan jumlah yang sama seramai 44 orang. Kemudian diikuti kumpulan lingkungan usia
responden 41-50 tahun seramai 30 orang responden iaitu bersamaan dengan 19.0 peratus.
Seterusnya kumpulan usia 51 tahun ke atas sebanyak 13.9 peratus iaitu seramai 22 orang
responden. Manakala responden yang mempunyai bilangan paling sedikit ialah dalam
lingkungan usia bawah 20 tahun iaitu sebanyak 11.4 peratus dengan jumlah seramai 18 orang
responden. Kajian menunjukkan mualaf dalam kategori umur 21-30 tahun dan 31-40 tahun
paling ramai menyertai KFAM di daerah Hulu Langat, Selangor.
Jadual 4.5: Taburan usia responden mualaf
Kategori Jantina Kekerapan Peratus
Bawah 20 Tahun 18 11.4%
21-30 Tahun 44 27.8%
31-40 Tahun 44 27.8%
41-50 Tahun 30 19.0%
51 Tahun Ke Atas 22 13.9%
Jumlah 158 100%
Sumber : Soal Selidik (2019)
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
134
4.1.7 Status Perkahwinan
Hasil kajian, jadual 4.6 menunjukkan majoriti daripada responden adalah berstatus telah
berkahwin iaitu seramai 111 orang (70.3%), dan diikuti dengan seramai 35 orang responden
(22.2%) berstatus bujang. Manakala seramai 9 orang responden (5.7%) merupakan janda atau
ibu tunggal dan diikuti seramai 3 orang responden (1.9%) merupakan duda atau bapa tunggal.
Dapatan ini menunjukkan golongan yang sudah berkahwin paling ramai mengikuti kelas
KFAM di daerah Hulu Langat, Selangor berbanding golongan berstatus bujang, janda dan
duda.
Jadual 4.6 : Taburan status perkahwinan responden mualaf
Kategori Status Perkahwinan Kekerapan Peratus
Bujang 35 22.2%
Berkahwin 111 70.3%
Duda/Bapa Tunggal 3 1.9%
Janda/Ibu Tunggal 9 5.7%
Jumlah 158 100%
Sumber : Soal Selidik (2019)
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
135
4.1.8 Pekerjaan
Berdasarkan jadual 4.7, hasil kajian menunjukkan majoriti responden dalam kajian ini tidak
bekerja iaitu seramai 61 orang responden (38.6%). Manakala sebahagian responden pula
bekerja sendiri iaitu seramai 42 orang responden (26.6%), diikuti seramai 30 orang responden
(20.9%) bekerja di sektor swasta, dan responden yang masih belajar seramai 15 orang (9.5%),
akhir sekali diikuti dengan responden yang bekerja di sektor kerajaan iaitu seramai 7 orang
(4.4%). Ini menunjukkan responden yang tidak bekerja seperti suri rumah dan pesara lebih
ramai yang memberi komitmen dan mengikuti kelas KFAM kerana mereka tidak menghadapi
kekangan masa bekerja dan dapat mengikuti KFAM.
Jadual 4.7 :Taburan pekerjaan responden mualaf
Kategori Pekerjaan Kekerapan Peratus
Pelajar 15 9.5%
Tidak Bekerja 61 38.6%
Bekerja Sendiri 42 26.6%
Sektor Kerajaan 7 4.4%
Sektor Swasta 33 20.9%
Jumlah 158 100%
Sumber : Soal Selidik (2019)
4.2 Persepsi Mualaf Terhadap Kaedah Pengajaran Guru KFAM
Analisis dapatan kajian dihuraikan mengikut tujuan kajian yang telah dinyatakan. Analisis
dapatan kajian secara terperinci dipaparkan seperti berikut.
Jadual 4.8 merupakan interpretasi skor min bagi dapatan kajian deskriptif. Ianya terbahagi
kepada empat tahap iaitu tahap rendah skor min 1.00 hingga 2.00. Diikuti tahap sederhana iaitu
sebanyak 2.01 sehingga 3.00. Seterusnya, tahap yang tinggi sebanyak 3.01 sehingga 4.00 dan
yang terakhir ialah tahap yang sangat tinggi sebanyak 4.01 sehingga 5.00. Persepsi mualaf
terhadap kaedah pengajaran guru KFAM dihuraikan berdasarkan interpretasi skor min bagi
dapatan kajian deskriptif.
Jadual 4.8 : Interpretasi Skor Min
Skor Min Interprestasi
1.00-2.00 Rendah
2.01-3.00 Sederhana
3.01-4.00 Tinggi
4.01-5.00 Sangat Tinggi
Sumber : Azhar Ahmad (2006)
Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan dan min dijalankan bagi mengenal
pasti tahap penerimaan mualaf terhadap kaedah pengajaran guru KFAM. Hasil analisis
deskriptif tersebut seperti jadual 4.9 berikut.
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
136
Jadual 4.9 : Persepsi Mualaf terhadap Kaedah Pengajaran Guru KFAM
Bil Item STS
(1)
TS
(2)
TP
(3)
S
(4)
SS
(5) Min Tahap
Min
1 Sebelum mengajar
guru KFAM
memberitahu apa yang
akan saya pelajari.
1
0.6%
1
0.6%
3
1.9%
61
38.6%
92
58.2% 4.53
Sangat
Tinggi
2 Guru KFAM bertanya
soalan semasa
memulakan kelas bagi
merangsang semangat
saya.
-
-
1
0.6%
8
5.1%
70
44.3%
79
50.0%
4.54 Sangat
Tinggi
3 Guru KFAM
menunjukkan latihan
praktikal / amali dalam
perlaksanaan ibadah.
-
-
1
0.6%
5
3.2%
54
34.2%
98
62.0% 4.58
Sangat
Tinggi
4 Guru KFAM
mengaitkan topik
belajar dengan amalan
kehidupan seharian
saya.
-
-
-
-
7
4.4%
54
34.2%
97
61.4%
4.57 Sangat
Tinggi
5 Guru KFAM
menggalakkan saya
bertanya soalan.
-
-
1
0.6%
6
3.8%
51
32.3%
100
63.3% 4.58 Sangat
Tinggi
6 Guru KFAM
membimbing saya hala
tuju setelah memeluk
Islam.
-
-
-
-
4
2.5%
45
28.5%
109
69.0% 4.66
Sangat
Tinggi
7 Guru KFAM
menggunakan alat
bantu teknologi dalam
pengajaran.
13
8.2%
19
12%
22
13.9%
61
38.6%
43
27.2% 3.65 Tinggi
8 Bilangan ahli dalam
kelas KFAM terlalu
ramai.
37
23.4%
15
22.2%
28
17.7%
45
28.5%
13
8.2% 2.76 Sederhana
9 Guru KFAM mengajar
saya perlahan-lahan
untuk memahami
Islam.
-
-
2
1.3%
4
2.5%
55
34.8%
97
61.4% 4.56
Sangat
Tinggi
10 Kaedah penyampaian
guru KFAM adalah
sesuai dengan saya.
-
-
-
-
3
1.9%
55
34.8%
100
63.3% 4.61 Sangat
Tinggi
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
137
11 Saya gembira
mengikuti kelas yang
dikendalikan oleh guru
KFAM.
-
-
-
-
1
0.6%
38
24.1%
119
75.3% 4.75
Sangat
Tinggi
12 Cara mengajar guru
KFAM meningkatkan
minat saya belajar
ilmu Islam.
-
-
-
-
-
-
48
30.4%
110
69.6% 4.70
Sangat
Tinggi
13 Saya boleh
menerangkan tentang
ajaran Islam setelah
mengikuti kelas yang
dikendalikan guru
KFAM.
1
0.6%
1
0.6%
10
6.3%
75
47.5%
71
44.9%
4.35 Sangat
Tinggi
Nilai skor min keseluruhan 4.37 Sangat
Tinggi
Sumber : Soal Selidik (2019)
Jadual 4.9 menunjukkan bahawa persepsi golongan mualaf yang mengikuti KFAM di daerah
Hulu Langat Selangor adalah sangat tinggi dengan nilai min 4.37. Persepsi golongan mualaf
terhadap kaedah pengajaran guru KFAM ini yang diikuti diwakili oleh beberapa item seperti
di dalam jadual.
Nilai min yang paling tinggi dicapai oleh item 11 iaitu (Saya gembira mengikuti kelas
yang dikendalikan oleh guru KFAM) iaitu nilai min = 4.75. Nilai min ini menunjukkan bahawa
sebahagian besar mereka gembira mengikuti pengajaran KFAM yang dikendalikan. Dari segi
kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa 119 orang responden (75.3%) menyatakan
sangat setuju, 38 orang responden (24.1%) menyatakan setuju, dan diikuti seorang responden
(0.6%) menyatakan tidak pasti. Aspek komunikasi perlu diberi perhatian iaitu harus
menggunakan perkataan yang baik dan lembut agar berupaya mendekati jiwa golongan mualaf
(Maziah, 1995). Al-ta’lif merupakan satu pendekatan di mana tenaga pengajar perlu
memainkan peranan membimbing pelajar melalui hubungan yang rapat dan kata-kata nasihat
yang berterusan agar ia terkesan di lubuk hati pelajar (al-Mutlaq, 2010).
Nilai min kedua tinggi dicapai oleh item 12 iaitu (Cara mengajar guru KFAM
meningkatkan minat saya belajar ilmu Islam) iaitu nilai min = 4.70. Nilai min ini menunjukkan
bahawa sebahagian besar reponden menyatakan persepsi mereka terhadap cara mengajar guru
KFAM meningkatkan minat mereka belajar ilmu Islam. Dari segi kekerapan dan peratusan
menunjukkan bahawa 110 orang responden (69.6%) menyatakan sangat setuju dan 48 orang
responden (30.4%) menyatakan setuju. Dapatan ini bertepatan dengan kajian Zainudin dan Nor
Hisham (2011) yang mengatakan, tenaga pengajar yang berkualiti adalah yang berkebolehan
untuk menyampaikan isi pelajaran dengan teknik yang boleh menarik perhatian pelajar.
Nilai min ketiga tinggi dicapai oleh item 6 iaitu (Guru KFAM membimbing saya hala
tuju setelah memeluk Islam.) iaitu nilai min = 4.66. Nilai min ini menunjukkan bahawa
sebahagian besar responden menyatakan persepsi mereka bahawa guru KFAM membimbing
mereka hala tuju setelah memeluk Islam.. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan
bahawa 109 orang responden (69.0%) menyatakan sangat setuju, 45 orang responden (28.5%)
menyatakan setuju, dan diikuti 4 orang responden (2.5%) menyatakan tidak pasti. Pendidikan
dan bimbingan agama juga amat diperlukan oleh seseorang mualaf bagi berpindah daripada
formal conversion kepada practical conversion (Azarudin & Khadijah, 2015).
Nilai min keempat tinggi dicapai oleh item 10 iaitu (Kaedah penyampaian guru KFAM
adalah sesuai dengan saya) iaitu nilai min = 4.61. Nilai min ini menunjukkan bahawa
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
138
sebahagian besar responden menyatakan persepsi mereka bahawa kaedah penyampaian guru
KFAM adalah sesuai dengan mereka. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa
100 orang responden (63.3%) menyatakan sangat setuju, 55 orang responden (34.8%)
menyatakan setuju, dan diikuti 3 orang responden (1.9%) menyatakan tidak pasti. Abdul Salam
(2010) menyatakan bahawa guru haruslah tidak mengemukakan sesuatu tajuk yang agak tinggi
yang mana pelajar belum bersedia menerima. Guru juga hendaklah mengambil kira perbezaan
individu dan kesesuaian ilmu dengan keupayaan pelajar. Kaedah pengajaran saudara baharu
memerlukan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian malah perlu dipraktikkan,
antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran berinteraksi dan kemahiran dalam
menggubal silibus atau modul mengikut tahap kesesuaian saudara baharu (Noor Amani Mohd
Husin et. al, 2010).
Nilai min kelima tinggi dicapai oleh dua item iaitu 3 dan 5. Item 3 iaitu (Guru KFAM
menunjukkan latihan praktikal / amali dalam pelaksanaan ibadah) iaitu nilai min = 4.58. Nilai
min ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden menyatakan persepsi mereka
bahawa guru KFAM menunjukkan latihan praktikal / amali dalam perlaksanaan ibadah.. Dari
segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa 98 orang responden (62.0%) menyatakan
sangat setuju, 54 orang responden (34.2%) menyatakan setuju, 5 orang responden (3.2%)
menyatakan tidak pasti. dan diikuti dengan 1 oarang responden (0.6%) menyatakan tidak
bersetuju. Kaedah latihan praktikal atau amali adalah sesuai dalam pengajaran berkaitan
pelaksanaan ibadah. Ahmad Yunus (2011), Ab. Halim (2012) dan Fathiyah et. al. (2013)
menyatakan bahawa guru menyumbang keberkesanan dalam pengajaran pendidikan Islam
kerana kesediaan pelajar banyak bergantung kepada guru, lebih-lebih lagi pengajaran ibadat
memerlukan kepada kefahaman, tunjuk cara dan penghayatan.
Item 5 iaitu (Guru KFAM menggalakkan saya bertanya soalan) iaitu nilai min = 4.58.
Nilai min ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden menyatakan persepsi mereka
bahawa guru KFAM menggalakkan saya bertanya soalan. Dari segi kekerapan dan peratusan
menunjukkan bahawa 100 orang responden (63.3%) menyatakan sangat setuju, 51 orang
responden (32.3%) menyatakan setuju, 6 orang responden (3.8%) menyatakan tidak pasti. dan
diikuti dengan 1 oarang responden (0.6%) menyatakan tidak bersetuju. Menurut Ab Halim &
Muhibbah, (2015), semua pendidik yang mengajar pendidikan Islam perlu mempelbagaikan
kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pengajaran yang aktif
dan pelbagai mampu meningkatkan kualiti dalam pengajaran. Kaedah bertanya soalan
merupakan antara pendekatan pengajaran aktif.
Nilai min keenam tinggi dicapai oleh item 4 iaitu (Guru KFAM mengaitkan topik
belajar dengan amalan kehidupan seharian saya.) iaitu nilai min = 4.57. Nilai min ini
menunjukkan bahawa sebahagian besar responden menyatakan persepsi mereka bahawa Guru
KFAM mengaitkan topik belajar dengan amalan kehidupan seharian saya. Dari segi kekerapan
dan peratusan menunjukkan bahawa 97 orang responden (61.4%) menyatakan sangat setuju,
54 orang responden (34.2%) menyatakan setuju dan diikuti seramai 7 orang responden (4.4%)
menyatakan tidak pasti. Menurut Knowles (1984), pengalaman yang ada pada pelajar dewasa
juga boleh dijadikan sebagai satu asas dalam aktiviti pembelajaran, selain subjek yang
dipelajari juga mempunyai kaitan langsung dengan pekerjaan atau kehidupan peribadi mereka.
Guru atau tenaga pengajar hendaklah bijak memilih strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
yang bersesuaian (Mohd Aderi & Rohani, 2009) untuk diaplikasikan dalam pengajaran kepada
mualaf.
Nilai min ketujuh tinggi dicapai oleh item 9 iaitu (Guru KFAM mengajar saya
perlahan-lahan untuk memahami Islam.) iaitu nilai min = 4.56. Nilai min ini menunjukkan
bahawa sebahagian besar responden menyatakan persepsi mereka bahawa guru KFAM
mengajar saya perlahan-lahan untuk memahami Islam.. Dari segi kekerapan dan peratusan
menunjukkan bahawa 97 orang responden (61.4%) menyatakan sangat setuju, 55 orang
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
139
responden (34.8%) menyatakan setuju, seramai 4 orang responden (2.5%) menyatakan tidak
pasti dan diikuti 2 orang responden (1.3%) menyatakan tidak setuju. Guru adalah agen
pendidikan yang berkesan. Menurut Zaharah Hussin 2005, guru yang mengajar bukan guru
yang berkesan sekiranya pengajaran yang disampaikan tidak difahami pelajar dan seterusnya
matlamat pengajaran tidak tercapai. Rasulullah saw mengaplikasi pendekatan al-tadarruj iaitu
bertahap atau beransur-ansur sebagai kaedah pengajaran dalam menyampaikan dakwah (Al-
Bayanuni, 1994).
Nilai min kelapan tinggi dicapai oleh item 2 iaitu (Guru KFAM bertanya soalan semasa
memulakan kelas bagi merangsang semangat saya.) iaitu nilai min = 4.54. Nilai min ini
menunjukkan bahawa sebahagian besar responden menyatakan persepsi mereka bahawa guru
KFAM bertanya soalan semasa memulakan kelas bagi merangsang semangat saya. Dari segi
kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa 79 orang responden (50.0%) menyatakan
sangat setuju, 70 orang responden (44.3%) menyatakan setuju, seramai 8 orang responden
(5.1%) menyatakan tidak pasti dan diikuti 1 orang responden (0.6%) menyatakan tidak setuju.
Ini sejajar dengan saranan Maziah (1995) bahawa pendekatan pengajaran guru kepada
golongan mualaf disaran menggunakan pendekatan fasilitator iaitu penyampaian dimulai
dengan topik yang dapat menarik perhatian atau minat mualaf, kemudian diteruskan dengan
pengajaran.
Nilai min kesembilan tinggi dicapai oleh item 1 iaitu (Sebelum mengajar guru KFAM
memberitahu apa yang akan saya pelajari.) iaitu nilai min = 4.53. Nilai min ini menunjukkan
bahawa sebahagian besar responden menyatakan persepsi mereka bahawa sebelum mengajar
guru KFAM memberitahu apa yang akan saya pelajari.. Dari segi kekerapan dan peratusan
menunjukkan bahawa 92 orang responden (58.2%) menyatakan sangat setuju, 61 orang
responden (38.6%) menyatakan setuju, seramai 3 orang responden (1.9%) menyatakan tidak
pasti, 1 seorang responden (0.6%) menyatakan tidak setuju dan diikuti 1 orang responden
(0.6%) menyatakan sangat tidak setuju. Set induksi adalah kaedah atau cara seseorang guru
memulukan pengajaran. Guru boleh memulakan pengajaran dengan set induksi menerangkan
objektif pengajaran terlebih dahulu (Hamdi et.al, 2012).
Nilai min kesepuluh tinggi dicapai oleh item 13 iaitu (Saya boleh menerangkan tentang
ajaran Islam setelah mengikuti kelas yang dikendalikan guru KFAM.) iaitu nilai min = 4.35.
Nilai min ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden menyatakan persepsi mereka
bahawa mereka boleh menerangkan tentang ajaran Islam setelah mengikuti kelas yang
dikendalikan guru KFAM. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa 71 orang
responden (44.9%) menyatakan sangat setuju, 75 orang responden (47.5%) menyatakan setuju,
seramai 10 orang responden (6.3%) menyatakan tidak pasti, 1 seorang responden (0.6%)
menyatakan tidak setuju dan diikuti 1 orang responden (0.6%) menyatakan sangat tidak setuju.
Nilai min kesebelas tinggi dicapai oleh item 7 iaitu (Guru KFAM menggunakan alat
bantu teknologi dalam pengajaran) iaitu nilai min = 3.65. Nilai min ini menunjukkan bahawa
sebahagian besar responden menyatakan persepsi mereka bahawa guru KFAM menggunakan
alat bantu teknologi dalam pengajaran. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan
bahawa 43 orang responden (27.2%) menyatakan sangat setuju, 61 orang responden (38.6%)
menyatakan setuju, seramai 22 orang responden (13.9%) menyatakan tidak pasti, 19 seorang
responden (12.0%) menyatakan tidak setuju dan diikuti 13 orang responden (8.2%)
menyatakan sangat tidak setuju. Kajian Kamarul Azmi et.al. (2011) mendapati alat bantu
pengajaran yang digunakan boleh membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih
baik. Namun ianya bergantung kepada kreativiti usaha tenaga pengajar yang menggunakan alat
bantu pengajaran dengan baik ketika menghasilkan pengajaran berkesan (Mohd Faeez et.al,
2016).
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
140
Manakala item yang mempunyai tahap min paling rendah ialah item 8 (Bilangan ahli
dalam kelas KFAM terlalu ramai) dengan nilai min = 2.76 berada pada tahap sederhana. Dari
segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa 13 orang responden (8.2%) menyatakan
sangat setuju, diikuti 45 orang responden (28.5%) menyatakan setuju, manakala 28 orang
responden (17.7%) menyatakan tidak pasti, 15 orang responden (22.2%) menyatakan tidak
setuju serta 37 orang responden (23.4%) menyatakan sangat tidak setuju. Dapatan min pada
bagi item tahap sederhana ini iaitu 2.76 dapat difahami bahawa persepsi mereka adalah
bilangan ahli dalam KFAM adalah tidak terlalu ramai.
5.0 PERBINCANGAN
Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa persepsi golongan mualaf
terhadap kaedah pengajaran guru KFAM pada tahap sangat baik kerana nilai skor min
keseluruhan berada pada tahap sangat tinggi iaitu 4.37.
Dapatan yang dihasilkan ini menemui dapatan yang hampir sama dengan
dapatan kajian Razaleigh & Marlon (2014) berkaitan respon golongan mualaf terhadap tahap
pendidikan dan latihan amali di IDIP yang menunjukkan tahap skor adalah tinggi. Kajian ini
mendapati persepsi mualaf terhadap aspek pelaksanaan pengajaran berada pada tahap tinggi
disebabkan beberapa faktor antaranya minat mereka terhadap pendidikan Islam menyebabkan
mereka cuba mengurangkan halangan-halangan yang ada. Kajian Syarul Azman dan Razaleigh
Kawangit (2014) turut mendapati saudara baharu sangat berminat untuk mengetahui
pengajaran yang diajar dalam kursus pengajaran saudara baharu dengan tahap sikap
pembelajaran dalam kalangan saudara baharu adalah tinggi.
Namun berbeza sedikit dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Noraini et. al (2017)
berkaitan penerimaan Mualaf Terhadap Perlaksanaan Pengajaran di Institut Dakwah Islamiah
Perkim (IDIP) mendapati tahap penerimaan pelajar terhadap kaedah pengajaran berada pada
tahap sederhana iaitu dengan nilai min 2.30. Penemuan yang sama didapati daripada kajian
Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah (2013) berkaitan persepsi dan keberkesanan program
yang dilaksanakan di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) mendapati persepsi
mualaf terhadap program-program yang dijalankan dan keberkesanan tahap pencapaian yang
diperoleh oleh mualaf berada pada tahap sederhana khususnya pemahaman terhadap ilmu
tauhid, fekah, akhlak, al-Quran dan sirah Rasulullah SAW. Demikian juga kajian Mohd Azmi
Mat Sah dan Maimunah Ismail (2003) berkaitan persepsi mualaf terhadap program
pembelajaran yang diikuti di Negeri Melaka didapti berada pada tahap memuaskan.
Kemahiran mengajar adalah perkara yang menjadi keutamaan bagi seorang pendidik
dan ia merupakan aspek terpenting agar proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
berkualiti dan berkesan bagi memastikan kecemerlangan diri setiap pelajar (Mohd Puad &
Hasbullah: 2015). Menurut Ab. Halim Tamuri (2015), tenaga pengajar golongan mualaf perlu
dibekalkan dengan latihan dan modul berasaskan konsep tauhid bagi menghasilkan proses
pengajaran berkesan. Aspek persediaan tenaga pengajar dan pendekatan pengajaran wajar
diberi perhatian kerana ia melibatkan proses pendidikan Islam yang perlu disampaikan dengan
baik bagi menghasilkan kefahaman, penghayatan dan pengamalan kepada saudara baharu.
Kajian Ab. Halim dan Siti Muhibah (2015) menyatakan, kepelbagaian kaedah, teknik dan
strategi dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kualiti dalam pengajaran.
Selaras dengan kajian Fathimatul Zahrah dan Nur A’thiroh Masyaa’il (2015) mengemukakan
bahawa keberkesanan kaedah pengajaran adalah penyumbang utama kepada kefahaman Islam
dalam kalangan mualaf, sebaliknya jika pengajaran dilaksanakan dengan kaedah yang kurang
tepat, ianya bakal memberi kesan terhadap kefahaman dan penghayatan mereka.
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
141
6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya tahap persepsi golongan mualaf yang mengikuti KFAM adalah sangat
tinggi. Persepsi mereka terhadap kaedah pengajaran guru KFAM ini meliputi aspek induksi
guru pada permulaan pengajaran, penyampaian guru semasa dalam pengajaran, alat bantu
pengajaran yang digunakan serta kesan yang didapati oleh mualaf setelah di akhir pengajaran
guru. Persepsi positif golongan mualaf terhadap kaedah pengajaran guru ini penting diberi
perhatian. Persepsi memberi pengaruh yang besar kepada penerimaan mualaf secara tidak
langsung meningkatkan tahap penerimaan dan menarik minat mualaf untuk hadir ke kelas
pengajian KFAM.
7.0 RUJUKAN
Ab. Halim & Mohamad Khairul Azman. (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Berkesan Berteraskan Konsep Mu‛Allim. Journal of Islamic and Arabic Education 2(1),
2010 43-56.
Ab. Halim dan Siti Muhibah. (2015). Prinsip Pembelajaran Aktif Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan. 3 (2) 2015, 28-42.
Ahmad Sunawari Long (2005). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi
: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azhar Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran dan Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam Dan
Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. Tesis PhD. Bangi :UKM
Azarudin Awang dan Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, “Faktor Pemelukan Agama
Islam: Kajian Terhadap Komuniti Saudara Muslim Cina di Negeri Terengganu,” Jurnal
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. 22 (2015), p. 38.
Azmi Mat Sah & Maimunah Ismail. (2003). Status Program Pembelajaran Di Kalangan
Saudara Baharu: Satu Kajian Kes Di Negeri Melaka. Pertanika J. Soc. Sci. &
Hum. 11(1). Pp 89.
Al-Bayanuni, Muhammad Abul Fath. 1994. Al-Madkhal Ila ‘Ilm al-Dakwah. Beirut:
Mu’assasah al-Risalah
Bond & Fox, 2007. Dlm. Ili Kamilah binti Mohd Arus, Shamim bin Samsuddin, Nur Hazyyah
binti Zawawi & Muhammad Faizal bin A. Ghani. 2018. Kepimpinan Guru Besar Dan
Keberkesanan Pengurusan Kewangan Peruntukan Geran Perkapita Sekolah Rendah Zon
Bangsar. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. 5(2).
Hamdi, Ab Halim, Rosadah & Safani. (2012). Amalan Pengajaran Guru Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Masalah
Pendengaran). Journal Of Islamic And Arabic Education. 4(2). P 11-24.
Ibrahim Abdullah al-Mutlaq. (2010). Al-Tadarruj fi Dakwah al-Nabiy. Markaz al-Buhuth wa
al-Dirasat al-Islamiyyah.
Knowles, M.S. (1984). The Adult Learner: A Neglected Species. Houston: Gulf Publishing
Lembaga Zakat Selangor. https://www.zakatselangor.com.my/jadual-kelas-muallaf/. Diakses
pada 20 hb Oktober 2020.
Mariam Abd. Majid, Syarul Azman Shaharuddin, Latifah Bibi Musafar Hameed, Muhammad
Yusuf Marlon Abdullah, Hanis Najwa Shaharuddin. (2016) Kajian Pelaksanaan Kursus
Mualaf Di Selangor, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
142
Mariam Abdul Majid (2011). Muallaf di Negeri Selangor Darul Ehsan : Kajian Tentang
Kepuasan Diri Dalam Kehidupan Islam. Tesis Doktor Falsafah Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan : Universiti Malaya.
Maziah Husain. (1995). Dorongan Penganutan Agama Islam Bagi Saudara Baharu Di Wilayah
Persekutuan Dan Masalah Yang Dihadapi Selepas Penganutannya: Kajian Di PERKIM
Pusat. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, c.6. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Mohd Aderi & Rohani. (2009). Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-
Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), p 93-109.
Mohd Azmi Mat Sahi & Maimunah Ismail. (2003). Status Program Pembelajaran di Kalangan
Saudara Baru: Satu Kajian Kes di Negeri Melaka, Jabatan Pemajuan Profesional
dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Mohd Faeez Ilias, Kalthom Husain, Mohd Amin Mohd Noh, Zetty Nurzuliana Rashed &
Murihah Abdullah. (2016). Sumber Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru
Pendidikan Islam Sekolah Bestari. e-Academia Journal UiTMT 5(2).p 106-114.
Mohd Puad Abdul Malik & Hasbullah Mat Daud. (2015). Aplikasi Elemen Kemahiran Guru
Cemerlang Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:
Satu Kajian Rintis. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2015. Kuala
Lumpur: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. 6 Ogos 2015.
Noor Amani Mohd Husin, Siti Nor Haliza Abd Zamani & Khatijah Othman. (2010).
Pemantapan Modul Latihan Kepada Tenaga Pengajar: Kajian Kes Kepada Saudara
Baharu. www.academia.edu
Noraini Mohamad, Mariam Abd. Majid dan Ain Nathasha Omar. (2017). Penerimaan Mualaf
Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP),
Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3 (IRSYAD 2017) Di TM
Convention Center Kuala Lumpur Pada 1-2 Ogos 2017.
Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah. (2014). Kepelbagaian Elemen
Budaya dalam Pengajaran Pendidikan Islam: Isu dan Kepentingan. The Online Journal
Of Islamic Education Special Issue Of Icied.
Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah. (2013). Program Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia (PERKIM) kepada Saudara Muslim: Kajian tentang Persepsi dan
Keberkesanannya. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Malaya.
Nur Hanani Hussin , Mohd Aderi Che Noh, Ab. Halim Tamuri (2013), Elemen
Mengenali Murid dalam Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam, Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Razaleigh Muhamat@Kawangit & Marlon Pontino Guleng. (2014). Respon Mualaf Terhadap
Pendidikan dan Latihan Amali di IDIP, Kota Bharu Kelantan. Seminar Antarabangsa
Dakwah & Etnik 2014: Da'wah & Ethnicity: Multidisciplinary Perspective. Pnyt. Anuar
Puteh & Ahmad Irdha Mokhtar. Bangi: Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi
Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan Modul: Bagaimana Membina
Modul Latihan dan Modul Akademik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Siti Fathimatul Zahrah binti Yusri & A’thiroh Masyaa’il Tan binti Abdullah @ Tan Ai
Pow (2015). Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu Tinjauan
Literatur. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Zakiah Tahir dan Muhammed bin Yusof (2016) , Pelaksanaan Uslub Dakwah Bi Al-
Lisan Terhadap Saudara Baru Di Perkim Kebangsaan, Kuala Lumpur, Jabatan
Dakwah Dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) || (e-ISSN : 2773-5001) 10 November 2020||Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
143
Syahrul Faizaz Abdullah, Ssuna Salim, Mohd Akram Dato’ Dahaman, Solahuddin Abd Hamid,
Mohd Nizho Abd Rahman. (2017). Pelaksanaan Kelas Pengajian Asas Fardhu Ain
Kepada Muallaf Di Kedah Dan Cabarannya. Journal of Islamic, Social, Economics and
Development (JISED).
Syarul Azman Shaharuddin & Razaleigh Muhamat @ Kawangit. (2014). Sikap Pembelajaran
terhadap Pencapaian Kursus Fardhu Ain dalam Kalangan Mualaf Cina di Jabatan Agama
Islam Daerah Kajang (Learning Attitude toward Fardhu Ain Course Achievements
Among Chinese Mualaf at State Religious Department, District of Kajang). Islamiyyat
36(2) (2014): 97 – 102.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md Yusoff (2006), Kaedah Mengajar Dan
Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor: PTS Publications.
Zaharah Hussin. (2005). Mendidik Generasi Berakhlak Mulia: Fokus Peranan Guru Pendidikan
Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Zulkefli Aini, Abdul Hakim Mohd, Rosmawati Mohd Rasit, Muhammad Faisal Asha’ari, Siti
Rugayah Tibek, Muhammad Adib Samsudin, Salasiah Hanin Hamjah, Ahmad Irdha
Mokhtar, S.Salahudin Suyurno. (2014). Komunikasi Dakwah Antara Budaya Dalam
Masyarakat Majmuk di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Dakwah dan
Etnik, 20 November 2014.