PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP
PERKHIDMATAN MAKANAN DI KAFETARIA KAMPUS UTM, SKUDAI.
NURULAINI BINTI MOHD ARIF
Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Buat emak yang tersayang, Khadijah Bt Ishak,
Cita-citamu telah ku tunaikan, doa restu, perngorbanan, sokongan dan dorongan yang
diberikan
mengiringi kehidupan dan kejayaanku. Semoga dipanjangkan usia dan dirahmati Allah
selalu hendaknya.
Arwah abah Mohd Arif B Harun,
Semoga rohmu dicucuri rahmat.
Teristimewa buat suamiku Azzri Bin Che Zahari yang disayangi,
Sesungguhnya kesabaran, pengorbanan, dorongan dan pengertianmu sentiasa dalam
ingatanku.
Buat kakak dan adik-adikku,
Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi buat kalian.
Rakan-rakan 4 SPH,
Terima kasih diatas bantuan dan kerjasama yang diberikan semoga kenangan bersama
kalian semua akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup ini.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T dengan keizinanNya,
dapatlah saya menyempurnakan penyelidikan ini.
Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek sarjana
muda saya, Encik Mohd Rizal Bin Mohd Said di atas bimbingan, dorongan serta
kesabaran yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang
tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalas sumbangan yang
sangat besar ini.
Kerjasama daripada pihak Fakulti dan Hal Ehwal Pelajar UTM di dalam
menyempurnakan penyelidikan ini untuk mendapatkan maklumat sepanjang tempoh
penyelidikan dijalankan amatlah dihargai.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea
dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan
dirahmati Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar Universiti
Teknologi Malaysia terhadap perkhidmatan makanan di kampus. Aspek yang dikaji
adalah dari segi kebersihan kafetaria, harga makanan, kebersihan makanan dan
kepelbagaian menu. Seramai 377 orang pelajar UTM dipilih sebagai responden dalam
kajian ini. Data diperolehi dengan mengedarkan satu set soalselidik kepada responden.
Data dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social
Sciences (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi responden dari aspek kebersihan
kafetaria, harga makanan, kebersihan makanan dan kepelbagaian menu adalah
sederhana. Kajian mendapati bahawa responden lebih gemar memilih kafetaria SUB
sebagai tempat menjamu selera kerana terdapat pelbagai menu yang disediakan oleh
pihak kafetaria. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin
meneruskan kajian ini dimasa akan datang turut dicadangkan.
vi
ABSTRACT
This research is to identify University Technology Malaysia student perceptions
on food serving services at cafeteria. The scope of this research covers cleanliness,
pricing and menu variety. A total of 377 students were selected as samples. A set of
questionnaire was distributed to respondents. The analysis of the data is by using
Statistical Package For Social Sciences (SPSS) version 15.0 to get frequency,
percentage and mean. The results showed perceptions of respondents in the aspect of
cleanliness, pricing and menu variety is moderate. The result also showed respondent
preferred Student Union Building (SUB) cafeteria because of the menu variety that been
provided by the cafeteria. Suggestion from future researcher that would like to carry on
this research also appreciated.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan. 1
1.2 Latarbelakang Masalah. 4
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4. Objektif Kajian 8
1.5. Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian. 9
1.7 Batasan Kajian. 10
1.8 Definisi Istilah . 10
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kafetaria di UTM 13
2.3 Kebersihan di kafetaria 16
2.4 Harga makanan di kafetaria 18
2.5 Kepelbagaian menu 19
2.6 Perkhidmatan makanan di institusi 20
2.7 Kebersihan Makanan 21
2.8 Peralatan Yang Disediakan dan Digunakan 24
2.9 Layanan Yang Diberikan Oleh Pihak Kafetaria 25
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN.
3.1 Pengenalan. 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Tempat Kajian 27
3.4 Sampel Kajian 28
3.5 Instrumen Kajian. 28
3.6 Prosedur Kajian 30
3.7 Kajian Rintis 31
3.8 Analisis Data 32
3.9 Kesimpulan 35
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisa Data Bahagian A 38
4.2.1 Bangsa 38
4.2.2 Jantina 39
4.3 Analisa Data Bahagian B 39
ix
4.3.1 Lokasi Kafetaria 40
4.3.2 Tarikan Pengunjung 41
4.3.3 Kebersihan Kafetaria 42
4.3.4 Harga Makanan 44
4.3.5 Kebersihan Makanan 46
4.3.6 Kepelbagaian Menu 48
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 50
4.4.1 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A 50
4.4.2 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 51
4.5 Kesimpulan 53
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Rumusan 55
5.3 Perbincangan 56
5.4 Cadangan Kajian 64
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67
5.6 Kesimpulan 68
RUJUKAN 69
LAMPIRAN
A Surat Menjalani Projek Sarjana Muda 73
B Pengesahan Soal Selidik 74
C Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat 75
D Borang Soal Selidik 77
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kandungan Instrumen Kajian 29 3.2 Peringkat Perskalaan 29 3.3 Perubahan Skala Likert Lima Mata 33
Kepada Tiga Mata
3.4 Pengkelasan Skala Terhadap Item 33 3.5 Skor Min 35 4.1 Kekerapan dan Peratusan Responden 38
Mengikut Bangsa
4.2 Kekerapan dan Peratusan Responden 39
Mengikut Jantina
4.3 Kekerapan dan Peratusan Responden 40
Memilih Lokasi
4.4 Kekerapan dan Peratusan Tarikan 41
Responden Mengunjungi Kafetaria
4.5 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengenai 42
Persepsi Pelajar Terhadap Kebersihan Makanan
xii
4.6 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengenai 44
Persepsi Pelajar Terhadap Harga Makanan
4.7 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengenai 46
Persepsi Pelajar Terhadap Kebersihan Makanan
4.8 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengenai 48
Persepsi Pelajar Terhadap Keperlbagaian Menu
4.9 Nilai Purata Pembolehubah Dikaji 51
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
HEP Hal Ehwal Pelajar
SUB Student Union Building
SPSS Statistical Package of Social Science.
STS Sangat Tidak Setuju
TS Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
S Setuju
SS Sangat Setuju
% Peratus
f Frekuensi
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Menjalani Projek Sarjana Muda (PSM) B Pengesahan Soal Selidik C Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat Pelajar UTM D Borang Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Makanan merupakan keperluan asas yang penting untuk menjamin taraf
kesihatan yang baik disamping dapat memberi tenaga bagi menjalankan aktiviti
kehidupan seharian seperti bekerja, belajar, bermain dan beriadah. Makanan juga
merupakan pembekal nutrien yang penting kepada tubuh badan manusia. Ia membantu
memberikan manusia kecerdasan untuk berfikir dan membantu manusia menjalankan
aktiviti harian dengan lebih bertenaga. Makanan yang mempunyai kandungan tenaga
dan serat yang tinggi dapat menjamin tenaga kita kekal seharian (Berita Minggu, 9
September 2007)
Worthington – Roberts dan William (1996) dalam Norulaida (2007) mengatakan
walaupun pemilihan makanan manusia bergantung kepada tahap kegemaran manusia ke
atas sesuatu makanan tetapi kadang kala pemilihan makanan juga di pengaruhi oleh
faktor-faktor lain seperti status sosial dan perbelanjaan, kebudayaan, kepercayaan
agama, sekatan masa, kepentingan kesihatan, pengaruh iklan dan sebagainya.
2
Status sosial dan perbelanjaan individu mempengaruhi seseorang individu dalam
membuat pemilihan makanan. Kajian oleh Verhoeven (2000), menyatakan ia
bergantung kepada jumlah pendapatan yang diperolehi daripada ibubapa mereka.
Kebiasaannya mereka yang datang daripada keluarga yang kaya dan berpendapatan
tinggi berupaya untuk membeli makanan yang lebih baik dan berkualiti berbanding
dengan individu yang datang dari golongan yang berpendapatan rendah hanya mampu
membeli makanan yang berharga lebih murah. Ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi
tahap kesihatan mereka kerana makanan yang berharga sederhana ini kurang berkualiti
berbanding dengan makanan yang berharga mahal tahap kualiti makanan tersebut dijaga
dengan rapi bagi mengelakkan daripada dijangkiti kuman.
Pemilihan makanan juga bergantung kepada kebudayaan dan kepercayaan
sesebuah keluarga. Kebiasaannya bangsa melayu lebih gemar memilih makanan seperti
nasi berbeza pula dengan orang cina yang lebih gemar pada makanan yang berkuah
seperti sup. Bagi orang India, mereka menggemari makanan yang pedas seperti kari.
Corak pemakanan inilah yang akan mempengaruhi setiap ahli keluarga yang datang dari
pelbagai bangsa seperti melayu, cina, India dan lain-lain.
Staffleu (1996), menyatakan wanita dan pengguna yang mempunyai tahap
kesedaran yang tinggi tentang kesihatan lebih menitik beratkan aspek kebersihan. Bagi
mereka yang mementingkan kesihatan, pemilihan makanan yang berkhasiat dan bersih
menjadi faktor utama. Mereka akan mengelakkan mengambil makanan yang boleh
mendatangkan atau memudaratkan kesihatan seperti yang banyak kolesterol, lemak dan
bergula bagi mengelakkan menghidap penyakit jantung dan kencing manis. Kajian
menunjukkan pengguna lebih mementingkan kualiti makanan (Babin dan Darden, 1996)
dalam Chia Chue Hon (2002). Kualiti yang dipilih akan memberi kepuasan dan
kesetiaan kepada pembeli makanan tersebut (Cahng dan Wildt, 1994).
3
Menurut Lord Falconer (2005), di United Kingdom satu akta yang dikenali
sebagai The Freedom of Information (2000) telah menyuarakan satu isu yang berkaitan
tentang hak pengguna untuk mendapatkan maklumat berkaitan tentang keselamatan
makanan yang ada di pasaran. Akta ini digubal untuk membolehkan pengguna
mendapatkan penjelasan dari pihak berkuasa tentang maklumat tersebut.
Di Malaysia terdapat satu akta yang diluluskan iaitu Akta Makanan 1983 (Akta
281). Akta makanan 1983 dan Peraturan Makanan digubal untuk melindungi pengguna
daripada amalan yang memudaratkan kesihatan terutamanya berkaitan dengan makanan.
Dengan adanya akta ini pengguna boleh membuat aduan sekiranya mutu perkhidmatan
makanan yang disediakan di kafe atau kantin tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
Persepsi pengguna berkaitan kebersihan adalah faktor penting dalam membuat
pemilihan tempat membeli makanan.
Dalam satu kajian oleh Kimberley Clark telah menunjukkan sebanyak 84%
mempersoalkan kebersihan yang disediakan dan tidak akan ke premis makanan yang
sama sekiranya didapati kantin atau kafe tersebut didapati tidak bersih, walaupun kualiti
dan harga makanan adalah berpatutan. Selain melihat kepada kebersihan tempat,
pengguna juga akan melihat kepada kebersihan staf yang menyediakan makanan serta
kebersihan dapur (Mori, 2005).
Keperluan makanan manusia berbeza-beza mengikut peringkat kehidupan.
Peringkat remaja dan belia merupakan transisi daripada peringkat kanak-kanak ke
peringkat dewasa. Peringkat ini melibatkan satu siri perubahan fizikal, fisiologi,
biokimia, hormon dan mengalami pelbagai perubahan dalam pola pertumbuhan. Oleh
itu, pengambilan makanan yang baik akan memungkinkan satu aset fizikal yang
4
berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan yang betul juga boleh meningkatkan
kebolehan belajar dan memberi kesan kepada tahap pencapaian mereka (Frankle, 1993).
1.2 Latar Belakang Masalah
Apabila berada di kampus, pemilihan makanan akan diuruskan sendiri oleh
pelajar. Makanan yang di pilih ini bergantung kepada citarasa dan kehendak pelajar di
mana mereka berhak memilih makanan apa yang hendak di ambil di dalam diet
pemakanan harian mereka. Pada ketika inilah kafetaria memainkan peranan yang
penting di dalam menawarkan perkhidmatan kepada pelajar dengan mengambil berat
tentang tahap kebersihan makanan, harga yang ditawarkan, kemudahan yang disediakan
serta kepelbagaian menu makanan.
Namun, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar yang tinggal di
kawasan kampus, dimana terdapat pengusaha-pengusaha makanan yang tidak
mementingkan aspek kebersihan makanan yang dijual tetapi hanya mementingkan
keuntungan sahaja semata-mata malah ada juga sesetengah pengusaha yang menaikkan
harga makanan sesuka hati.
Jika dilihat budaya makan rakyat Malaysia, majoritinya mereka kurang
mengambil berat tentang aspek kebersihan makanan. Mereka lebih gemar makan di luar
atau membeli makanan yang telah siap dimasak tanpa memikirkan kebersihan makanan
yang dihidangkan.
5
Menurut Derthrage (1975) dalam NorulAida (2007), kualiti kebersihan makanan
yang rendah boleh mengakibatkan serangan penyakit. Ini berlaku akibat daripada
kurangnya pendedahan serta maklumat yang jelas. Pemberian khidmat nasihat adalah
perkara penting untuk meningkatkan kefahaman tentang aspek keselamatan makanan
yang khusus dalam perniagaan makanan bagi mengelakkan pembeli mudah dijangkiti
penyakit
“ One of the most important determinants of consumer reactions to food risk
information is the extent to which the public trusts the source from which the
information originates”
(Frewer et al. 1995; Shepherd et al. 1996)
Penyelidik ingin menterjemah kata-kata diatas bahawa pengguna tidak akan
mudah dipengaruhi oleh sumber maklumat yang tidak jelas mengenai maklumat risiko
makanan. Pengguna jarang mengubah pandangan atau sikap sekiranya sumber
maklumat tersebut tidak disahkan oleh badan yang dipertanggungjawabkan.
Purata penyakit yang berpunca daripada makanan di anggarkan lebih dari satu
juta orang. Menurut Jaksoa Kivela et. al (2002), pengusaha makanan di kafe atau kantin
perlu mengawal kebersihan makanan dengan lebih baik. Ini adalah untuk mengelakkan
daripada mengalami keracunan makanan.
Lebih 200 pelajar baru di sebuah Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
(KUSTEM), di sini dikejarkan ke Hospital Kuala Terengganu (HKT) selepas disyaki
keracunan makanan. Pelajar terbabit antara 1,511 pelajar baru yang mendaftar di
Kustem dikatakan loya dan muntah selepas makan nasi ayam yang disediakan oleh
6
pihak kontraktor makanan yang bertanggungjawab menyediakan makanan kepada
pelajar terbabit ( Berita Harian, 07 Julai 2006).
Lokasi dan atmosfera persekitaran perkhidmatan makanan dan minuman juga
akan mempengaruhi pemilihan seseorang mengenai tempat makan. (Edward A.Kazanan
1989). Masih terdapat lagi pengusaha kafe dan kantin yang hanya mementingkan
keuntungan dan tidak menitikberatkan kualiti serta aspek kebersihan dalam penyediaan
makanan. Ini terbukti dengan masih adanya lagi kes-kes keracunan yang melibatkan
pelajar di sekolah dan institut pengajian tinggi.
Seramai 263 orang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan
Dungun mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin asrama. Pemeriksaan
yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan mendapati persekitaran kantin asrama Universiti
Teknologi Mara Cawangan Dungun kotor dan tidak terurus (Berita Harian 25 Oktober
1999).
Selain melihat kepada kebersihan tempat, pengguna juga akan melihat kepada
harga yang ditawarkan. Kafetaria di UTM merupakan sumber utama di mana pelajar
memperolehi makanan mereka pada sesi perkuliahan. Oleh itu, kafetaria-kafetaria ini
perlu memikul tanggungjawab untuk menyediakan pelbagai jenis makanan dan
kemudahan yang berkualiti untuk keperluan pelajar.
Didapati beberapa kelemahan juga dikenalpasti di mana aspek kebersihan dan
harga makanan merupakan punca utama ketidakpuasan hati dikalangan pelajar.
Rungutan-rungutan pelajar tentang harga makanan yang mahal di kampus UTM juga
7
telah disuarakan dalam akhbar tempatan (8hb Jun 2001), Berita Harian : “Makanan di
kafetaria UTM terlalu mahal”).
Kepelbagaian menu adalah aspek yang tidak kurang pentingnya terutama kepada
pelanggan yang tidak mempunyai banyak pilihan seperti perkhidmatan makanan di
institusi pengajian. Pengguna akan cepat berasa jemu dengan memakan 3 hidangan
yang terdiri daripada menu yang sama di tempat yang sama meski pun makanan
kesukaannya (Rande, 1996) dalam Teoh Mei Lee (2002).
Kesimpulannya dengan taraf pendidikan yang semakin meningkat pengguna-
pengguna perkhidmatan makanan sekarang adalah lebih cerdik dan mempunyai
kesedaran terhadap nilai ekonomi, kebersihan dan kualiti makanan (Kazarian, 1989)
dalam NorulAida (2007).
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk
mengenalpasti persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia terhadap perkhidmatan
makanan di kampus dari segi kebersihan kafetaria, harga, kebersihan makanan dan
kepelbagaian menu.
8
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meninjau :
1. Persepsi pelajar terhadap kebersihan kafetaria kawasan kampus di UTM.
2. Persepsi pelajar terhadap harga makanan yang dijual di kafetaria didalam
kampus
3. Persepsi pelajar terhadap kebersihan makanan yang disediakan kafetaria
di kampus.
4. Persepsi pelajar terhadap kepelbagaian menu yang disediakan kafetaria di
kampus.
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian berikut :
1. Apakah persepsi pelajar terhadap kebersihan kafetaria kawasan kampu di
UTM.
2. Apakah persepsi pelajar terhadap harga makanan yang dijual di kafetaria
di dalam kampus.
3. Apakah persepsi pelajar terhadap kebersihan makanan yang disediakan
kafetaria di kampus.
9
4. Apakah persepsi pelajar terhadap kepelbagaian menu yang disediakan
kafetaria di kampus.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar secara menyeluruh
terhadap perkhidmatan makanan yang disediakan di dalam kawasan kampus. Hasil
daripada kajian serta maklumat yang diperolehi adalah penting sebagai bahan rujukan
serta menjadi garis panduan kepada pihak tertentu:
1.6.1 Pelajar
Kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pelajar supaya dapat mengenalpasti
sejauh manakah tahap perkhidmatan makanan yang disediakan oleh pengusaha makanan
di kampus UTM. Pelajar-pelajar akan lebih peka terhadap tempat makanan yang
mereka kunjungi untuk mendapatkan perkhidmatan makanan yang bermutu.
1.6.2 Pengusaha
Kajian yang dijalankan ini juga dapat memberi motivasi kepada pengusaha
makanan di UTM supaya mereka boleh memperbaiki perkhidmatan dari pelbagai aspek
mengikut keperluan dan keutamaan pelanggan.
10
1.6.3 Universiti
Dapatan dan maklumat yang dikumpulkan daripada kajian ini adalah penting
sebagai bahan rujukan kepada universiti dalam pengurusan makanan dan minuman
pelajar. Ini adalah kerana perkhidmatan makanan di universiti menghadapi cabaran dari
segi perbezaan permintaan yang nyata akibat jadual perkuliahan dan cuti semester. Ia
juga dapat membantu JawatanKuasa Pengawasan Makanan dan Minuman di UTM
untuk mengenalpasti kelemahan yang ada di setiap kafetaria di dalam kampus.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan hanya keatas pelajar-pelajar yang tinggal di kampus
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Alat kajian yang digunakan adalah berbentuk
Kajian Soal Selidik
1.8 Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah bagi menerangkan dengan lebih tepat menurut
kehendak serta keperluan yang akan dibincangkan dalam kajian ini.
11
1.8.1 Persepsi
Gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang perkhidmatan makanan,
pandangan dan tanggapan menerusi pancaindera. ( Kamus Dewan Edisi Ketiga 2000).
Dalam kajian ini, persepsi merujuk kepada gambaran dan bayangan dalam hati atau
fikiran pelajar terhadap perkhidmatan makanan dan minuman di kafetaria dalam kampus
di UTM.
1.8.2 Kualiti
Menurut Wallace L. Rande (1995), dalam Teoh Mei Lee (2002) jumlah ciri-ciri
keistimewaan sesuatu produk atau perkhidmatan yang sanggup membekalkan keperluan
yang memuaskan dan maksimum. Dalam kajian ini kualiti merujuk kepada kebersihan,
harga makanan, kepelbagaian makanan dan prasarana yang disediakan di kafetaria
dalam kampus UTM.
1.8.3 Tender Perkhidmatan Makanan
Menurut Mc Cool, Smith dan Tacker (1994), tender perkhidmatan makanan ialah
menawar dan menyerah perkhidmatan makanan kepada kontraktor makanan. Dalam
kajian ini, tender perkhidmatan merujuk kepada pihak pengusaha kafetaria di UTM yang
bertanggungjawab ke atas perkhidmatannya di kampus.
12
1.8.4 UTM
Dalam kajian ini UTM merujuk kepada pusat pengajian tinggi iaitu Universiti
Teknologi Malaysia yang terletak di Skudai, Johor Bahru.
1.8.5 Pengusaha
Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (2000), pengusaha bermakna orang yang
mengusahakan sesuatu badan perusahaan. Dalam kajian ini, pengusaha bermakna
orang, perkongsian, firma atau syarikat yang dibenarkan melaksanakan perkhidmatan
makanan dan minuman termasuk penyelia, pengendali makanan, pekerja-pekerja, wakil-
wakil peribadi pengusaha, penggantinya atau mana-mana orang atau kumpulan orang-
orang lain yang kepadanya pengusaha telah menyerah hak atau membuat subsewa
sebagaimana dibenarkan.
1.8.6 Kafetaria
Dalam kajian ini, kafetaria termasuklah kafe, kantin dan gerai-gerai yang
terdapat dalam kampus UTM.