PERSEPSI TENAGA PENGAJAR TERHADAP PELAKSANAAN
PENGAJARAN DI PUSAT GIATMARA, JOHOR
YUSHAILA BINTI JUSOH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2
3
iv
PERSEPSI TENAGA PENGAJAR TERHADAP PELAKSANAAN
PENGAJARAN DI PUSAT GIATMARA, JOHOR
YUSHAILA BINTI JUSOH
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
v
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :.............................................
Nama Penulis : YUSHAILA BINTI JUSOH
Tarikh : ...........................................
vi
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui.
Segala pujian atas limpah kurnia Allah S.W.T. Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Jutaan terima kasih buat suami tersayang
Atas segala bantuan, galakan dan sokongan
Serta kesabaran yang diberikan selama ini:
Mohd Syahar Bin Mohd Shawal
Ingatan dan kasih sayang kepada anakku
Yang memberi kekuatan dan inspirasi:
Nur Zara Irine Binti Mohd Syahar
Ayahanda & Bonda
Tiada yang lebih indah dalam hidup ini
selain dari mendapat keredhaanmu.
vii
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, rahmat
serta hidayah-Nya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah S.W.T
yang amat dikasihi.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Nornazira binti Suhairom diatas
bimbingan, nasihat, tunjuk ajar serta perbincangan yang telah diberikan sepanjang
penyelidikan projek sarjana muda ini. Tanpa bantuan dan dorongan beliau,
penyelidikan ini tidak dapat disempurnakan dengan jayanya. Selain itu, ribuan terima
kasih kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Pembangunan Latihan
GiatMara iaitu En. Jamal Nasir Othman yang sudi memberikan kerjasama yang amat
bermakna buat diri ini. Tiada kata yang mampu diungkapkan setelah menerima
layanan yang baik dari pihak Giatmara Malaysia, serta kerjasama dari tenaga
pengajar Giatmara Negeri Johor yang sudi meluangkan masa untuk mengesahkan
borang soal selidik, serta memberi nasihat dan tunjuk ajar semasa menyediakan soal
selidik.
Akhir kata, jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu serta memberi
kerjasama, rakan-rakan seperjuangan yang turut terlibat dalam membantu dari segi
memberi nasihat dan perbincangan, serta penyediaan Projek Sarjana Muda ini.
Sekian, wassalam.
viii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan melihat persepsi tenaga pengajar terhadap pelaksanaan
pengajaran di Pusat GIATMARA Johor . Ia memberi gambaran sebenar pelaksanaan
pengajaran yang dilaksanakan di GIATMARA. Hasil dapatan kajian seterusnya
digunakan untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan pengajaran tenaga pengajar bagi
melahirkan pelatih yang berkualiti dan kebolehpasaran dalam sektor industri. Kajian
ini berbentuk deskriptif dan instrumen kajian ialah soal selidik. Soal selidik yang
digunakan, dibina dan diubahsuai oleh penyelidik sendiri dan ia terbahagi kepada 2
bahagian. Bahagian A merupakan latarbelakang responden, manakala bahagian B
pula menjelaskan analisis berkaitan dengan penekanan aspek kaedah penilaian,
Bahan Bantu Mengajar, masa serta sikap dalam mempengaruhi pelaksanaan
pengajaran. Keputusan kajian rintis seramai 30 orang sebagai responden ialah 0.802
Alpha Cronbach. Pengkaji telah melaksanakan kajian sebenar di seluruh Giatmara
Negeri Johor dengan memilih keseluruhan populasi iaitu seramai 86 orang
responden. Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan perisian Statistical
Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows. Dapatan menunjukkan
purata peratusan keseluruhan bagi persepsi tenaga pengajar menunjukkan kaedah
penilaian mencapai persetujuan tertinggi iaitu 93.14% ,diikuti penggunaan Bahan
Bantu Mengajar, 93.01%, dan seterusnya faktor sikap dan masa. Dapatan kajian
mendapati keseluruhan tenaga pengajar bersetuju dengan kesemua persoalan kajian
yang sangat mempengaruhi pelaksanaan pengajaran kemahiran di GIATMARA.
ix
ABSTRACT
The aim of this study is to find out the perception of teachers on the
teaching implementation at GIATMARA in Johor. The findings could improve the
quality of teaching method in order to produce quality and marketability
GIATMARA’s trainee in the industry. This study is in a descriptive form and the
research instrument is questionnaires. Questionnaires used, constructed and modified
by the researcher, and it is divided into two parts. Part A is the background of the
respondents, while part B is explained with emphasis on aspects related to analysis of
the evaluation method, teaching aids, times and attitudes in influencing the teaching
implementation. Results of a pilot study of 30 respondents is Alpha Cronbach 0.802.
The actual study has been carried out in the Johor State GIATMARA by selecting
the entire population of a total of 86 respondents. Researchers analyzed data using
Statistical Software Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows. The
findings showed that the average percentage of the overall perception of teachers
showed the highest consensus method of 93.14%, followed by use of teaching aids,
93.01%, and the attitude and the time factor. The study found that the entire teaching
staffs agree with all of that influence the implementation of teaching skills in
GIATMARA.
x
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.6.1 Pelatih Giatmara 10
1.6.2 Tenaga Pengajar Giatmara 10
1.6.3 Pusat Giatmara 11
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi 12
xi
1.9.1 Pesepsi 12
1.9.2 Pengajar 12
1.9.3 Kaedah Pengajaran 12
1.9.4 Pengajaran 13
1.9.5 Pusat Giatmara 13
1.9.6 Pekerja Separuh mahir 13
1.9.7 Keberkesanan 13
1.9.8 Penilaian 14
1.10 Penutup 14
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Program Giatmara Malaysia 16
2.3 Kaedah Penilaian dalam pelaksanaan pengajaran 20
2.4 Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran 22
2.5 Masa dalam pelaksanaan pengajaran 25
2.6 Sikap tenaga pengajar terhadap pelaksanaan pengajaran 27
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk kajian 31
3.3 Kerangka operasi 33
3.4 Populasi kajian 34
3.5 Sampel kajian 34
3.6 Instrumen kajian 34
3.6.1 Bahagian A 35
3.6.2 Bahagian B 36
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 38
3.8 Kajian Rintis 39
3.9 Analisis Data 40
3.10 Penutup 43
xii
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Bahagian A 45
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa 46
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Agama 46
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 47
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Umur 48
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Status 48
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Negeri 49
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Program 50
4.2.8 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Berkerja 50
4.2.9 Taburan Responden Mengikut
Tempoh Pengalaman Bekerja 51
4.2.10 Taburan Responden Mengikut
Jawatan Semasa Pengalaman Bekerja 52
4.2.11 Taburan Responden Mengikut Gaji Pokok 53
4.3 Analisis Bahagian B 54
4.3.1 Dapatan Kajian 54
4.3.1.3 Persepsi Tenaga Pengajar
Terhadap Kaedah Penilaian 56
4.3.1.4 Persepsi Tenaga Pengajar
Terhadap Bahan Bantu
Mengajar 58
4.3.1.5 Persepsi Tenaga Pengajar
Terhadap Masa 60
4.3.1.6 Persepsi Tenaga Pengajar
Terhadap Sikap 62
4.3.1.7 Taburan Peratusan Keseluruhan
Bagi Persepsi Tenaga Pengajar
Terhadap Pelaksanaan Pengajaran
Di Giatmara Johor 64
4.4 Penutup 66
xiii
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Rumusan Kajian 67
5.2.1 Latar Belakang Responden 69
5.2.2 Persepsi Tenaga Pengajar Terhadap Kaedah
Penilaian 71
5.2.3 Persepsi Tenaga Pengajar Terhadap Bahan
Bantu Mengajar 73
5.2.4 Persepsi Tenaga Pengajar Terhadap Masa 74
5.2.5 Persepsi Tenaga Pengajar Terhadap Sikap 75
5.3 Cadangan 76
5.3.1 Cadangan kepada pihak Giatmara 77
5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 78
5.4 Penutup 80
6 BILBLIOGRAFI 81
7 LAMPIRAN
Lampiran A: Borang Soal Selidik 85
Lampiran B: Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 93
Lampiran C: Surat Pengesahan Soal Selidik 95
xiv
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK JADUAL MUKASURAT
1.2.1 Status lepasan pelatih Giatmara 7
2.1.1 Bilangan Giatmara di Malaysia 16
3.6.2.1 Item Soal Selidik 36
3.6.2.2 Skala Likert 37
3.6.2.2 Penerangan Spesifikasi Soalan 37
3.8.1 Nilai Alpha Cronbach 40
3.9.1 Kaedah Menganalisis Data 41
3.9.2 Taksiran Julat dan Nilai Min 42
4.1.1 Nilai Penskoran Item 45
4.2.1.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Bangsa 46
4.2.2.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Agama 47
4.2.3.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Jantina 47
4.2.4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Umur 48
4.2.5.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Status 49
4.2.6.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Negeri 49
xv
4.2.7.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Program 50
4.2.8.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Bidang Pengalaman
Bekerja 51
4.2.9.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Tempoh Pengalaman
Bekerja 52
4.2.10.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Jawatan dalam
Pengalaman Bekerja 53
4.2.11.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut gaji pokok 54
4.3.1.1 Min mengikut darjah penilaian terhadap
Kesesuaian 55
4.3.1.2 Petunjuk untuk mengukur tahap penilaian 55
4.3.1.3 Persepsi Pelatih Terhadap Kaedah Penilaian 56
4.3.1.4 Persepsi Pelatih Terhadap Bahan Bantu Mengajar 58
4.3.1.5 Persepsi Pelatih Terhadap Masa 60
4.3.1.6 Persepsi Pelatih Terhadap Sikap 62
4.3.1.7 Taburan Peratusan Keseluruhan bagi Persepsi
Tenaga Pengajar terhadap pelaksanaan pengajaran
di Giatmara 64
xvi
SENARAI SINGKATAN
α alpha cronbach
f frekuensi
% Peratus
STS Sangat tidak setuju
TS Tidak setuju
SS Sederhana Setuju
S Setuju
AS Amat setuju
SPSS Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows
N Responden
RMK Rancangan Malaysia Ke
EPU Pembangunan Ekonomi wilayah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
IPT Institusi Pengajian Tinggi
IKM Institut Kemahiran MARA
KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA
3M Membaca, Menulis dan Minat
MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
BBM Bahan Bantu Mengajar
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 85
B Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 93
C Surat Pengesahan Soal Selidik 95
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan elemen penting
dalam menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Pengajaran berkesan
dilihat sebagai suatu pelaksanaan penyampaian maklumat dan memberikan
pengalaman yang akan mengubah tingkah laku seseorang pelajar secara kekal.
Perubahan tingkah laku seseorang pelajar dapat dilihat dari segi kefahaman dan
kemahiran yang mereka perolehi semasa sesi pengajaran berlaku atau semasa
membuat latihan yang diberikan oleh guru. Selain itu, pengajaran berkesan juga
ditakrifkan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri
pelajar (Esah, 2003).
Pendidikan merupakan kunci kepada usaha membangunkan masyarakat dan
negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh dan seimbang dapat
menyumbang kepada pembangunan negara adalah produk daripada pendidikan
berkualiti yang selaras dengan keperluan negara dan kehendak semasa (Mohamed
Nor, 1990). Proses untuk melahirkan masyarakat yang terdidik ini perlu dimulakan
seawal yang mungkin. Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik
pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketrampilan, mahir,
berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermoral tinggi.
Guru yang professional adalah golongan pengajar yang sentiasa berusaha
untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta kemahiran pengajaran bagi
2
meningkatkan lagi kualiti pengajaran mereka (Esah, 2003). Namun bagi guru yang
terlibat dalam bidang kemahiran, mereka bukan sahaja perlu menguasai ilmu teori
malahan harus mahir dalam ilmu kemahiran dalam aspek pengurusan bengkel,
kemahiran menggunakan alat tangan dan mesin. Ini kerana bidang kemahiran
merupakan satu cabang pendidikan teknik dan kejuruteraan, yang mementingkan
kerja-kerja amali yang merangkumi bidang kemahiran teknologi pada peringkat asas.
Pengurusan bengkel yang berkesan merupakan antara komponen penting
dalam bidang pekerjaan yang merangkumi latihan bengkel. Pengurusan secara
sistematik di dalam bengkel amat penting untuk memperolehi keberkesanan dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (Yahya, 1989). Sesebuah bengkel yang
diuruskan dengan baik dan bersistematik akan membantu keberkesanan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bersesuaian dengan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang mana disebabkan kerja-kerja berbentuk
amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel merupakan komponen utama dalam
pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newable
dan Canon, 1999).
Kemudahan bengkel yang baik dapat memberikan kepuasan kepada pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peralatan bengkel, ruang bengkel,
pengudaraan dan keselamatan di bengkel perlu diambil kira untuk menghasilkan
sebuah bengkel sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Bengkel
kemahiran adalah pusat operasi pengajaran dan pembelajaran . Walau apapun bentuk
struktur organisasi dan fizikal, program pengajaran dan pembelajaran tetap berjalan.
(Laporan Unit Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat
Mara, 2005).
Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar di dalam bengkel perlu
dipraktikkan untuk meningkatkan minat dan pelaksanaan pemahaman pelajar. Dalam
era teknologi masa kini, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja
tertumpu kepada penggunaan buku teks atau kaedah pengajaran guru, malah
melibatkan penggunaan teknologi yang menyediakan pembelajaran secara interaktif
3
bagi memupuk minat pelajar. Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden
dapat digunakan secara praktik dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh itu,
bidang teknologi juga memainkan peranan penting yang menjadi tapak asas yang
kukuh dalam bidang pendidikan masa kini. Perkembangan teknologi mencipta
peralatan pengajaran memberi kesan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang dilakukan oleh guru dan juga bagi mempercepatkan pelaksanaan
pembelajaran di kalangan pelajar.
Sejajar dengan matlamat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang maju menjelang tahun 2020, sistem pendidikan negara perlu memainkan
peranan yang penting bagi merealisasikan hasrat tersebut supaya dapat melahirkan
lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir di dalam sektor perindustrian dan
pembuatan.
Sehubungan dengan itu, Giatmara telah ditubuhkan dan ia merupakan salah
satu cabang di mana ianya akan mengeluarkan bakal-bakal tenaga kerja separuh
mahir dari bidang teknikal. Institusi ini lebih menjurus kepada bidang kemahiran dan
praktikal yang bermaksud hampir keseluruhan pelaksanaan pembelajaran dijalankan
di dalam bengkel kerja. Bidang kemahiran merupakan satu bidang yang mampu
menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. Kemajuan yang diperolehi oleh
negara hasil sumbangan masyarakat yang berkemahiran dalam pelbagai bidang
saling berkait rapat. Kepesatan pembangunan negara sering dikaitkan dengan
keperluan tenaga mahir sekali gus menyumbang kepada peluang-peluang pekerjaan.
Oleh itu pelaksanaan ini akan berterusan bagi menjadikan sesebuah negara itu maju.
Objektif penubuhan Giatmara adalah memberi latihan praktikal dan teori
kepada masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan
keperluan tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu
melalui peluang usaha niaga dan pekerjaan (Giatmara Malaysia). Sebagai sebuah
institusi latihan kemahiran di peringkat akar umbi masyarakat, Giatmara
merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan
kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam masyarakat bumiputera
4
(Laporan Unit Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat
Mara, 2005).
Kini terdapat 209 buah pusat latihan Giatmara yang beroperasi hampir di
setiap negeri di seluruh Malaysia. (Giatmara Malaysia, 2010). Institusi itu dibina di
kawasan-kawasan kediaman untuk memberi latihan dalam pelbagai bidang teknikal
dan kemahiran termasuk kepada golongan yang hanya tahu membaca, menulis dan
minat (3M). Ketua Pegawai Eksekutif Giatmara, Meriyam Abd. Majid berkata,
Giatmara yang diwujudkan sejak 23 tahun lalu telah membangunkan potensi diri dan
menggilap semangat pelajar untuk bangkit daripada kegagalan. Ketika ini Giatmara
menawarkan 29 jenis kursus membabitkan 11 kluster dalam pelbagai bidang
kemahiran yang mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf
hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam
masyarakat Bumiputera (Utusan Malaysia Sabtu, 5 Disember 2009).
Menurut Pengerusi MARA, Datuk Wira Abu Seman Yusup (Berita Harian
Selasa 19 Jun 2001), menyatakan sembilan Institut Kemahiran MARA (IKM), 28
Pusat Giat MARA (PGM) dan dua Kolej Komuniti yang di kelolakan oleh MARA
menerusi program Pembangunan Usahawan akan dibina dengan kos 1.1 bilion. Ini
berikutan peningkatan jumlah pelajar yang cenderung terhadap bidang kemahiran
dan permintaan sektor perindustrian yang memerlukan lebih banyak tenaga mahir
terutama ilmu kejuruteraan termasuk industri berteknologi tinggi. Menurut Timbalan
Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latif Ahmad (Berita Harian Selasa 26 Jun
2001), sebanyak RM 104 juta diperuntukkan sebagai pinjaman kepada pelatih kursus
teknikal dan vokasional di institut awam dan swasta.
Pelajar-pelajar yang mengambil kursus yang ditawarkan akan diberi Sijil
Kemahiran Giat MARA dan sekiranya pusat latihan tersebut menyediakan sistem
pentauliahan, pelajar akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) setelah
menamatkan latihan selama 6 (enam) bulan atau 12 bulan pengajian.
5
Menurut Kandan Saikon (2001), semua program latihan kemahiran MARA
telah disusun mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSH) yang
diselaraskan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Dalam program
pelaksanaan peringkat tinggi dan kerjasama dengan pihak luar, pelatih-pelatih PGM
mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran serta kemahiran mereka ke
peringkat lebih tinggi. Pusat-pusat latihan itu ialah seperti GMI (German Malaysian
Institute), MFI (Malaysian French Institute), BMI (British Malaysian Institute), JMTI
(Japan Malaysia Technical Institute), ADTEC (Advanced Technology Center),
CIAST (Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan), ITTAR (Institute
Teknologi Tun Abdul Razak) dan lain-lain lagi. Pelajar-pelajar yang ditawar untuk
meneruskan latihan perlu memiliki sekurang-kurangnya SKM tahap 2 (dua) untuk
melanjutkan ke pusat pengajian tersebut.
1.2 Latar belakang masalah
Dalam melaksanakan program berteraskan latihan kemahiran, Bahagian
Kemahiran MARA sentiasa memastikan para pelatihnya ke arah pembelajaran yang
sempurna dan seimbang. Ini dilakukan dengan menyediakan segala kemudahan
peralatan amali yang lengkap di bengkel bagi pelaksanaan latihan amali selain
pengukuhan ilmu teori di dalam bilik kuliah. Namun begitu, tenaga pengajar juga
harus memainkan peranan dalam mempengaruhi pelaksanaan pengajaran serta tahap
pembelajaran dan kefahaman pelatih tentang perkara yang diajar.
Menurut Mohd Yusof Othman (1993), pengajar merupakan sumber
terpenting dalam pendidikan. Dalam proses pembelajaran, pengajar adalah sumber
dan pelajar merupakan sasaran. Oleh yang demikian, proses pembelajaran baik hanya
akan berlaku jika wujudnya hubungan yang baik antara pengajar dan pelajar. Pelajar
cemerlang akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan hubunganya dengan
pengajar.
6
Giatmara merupakan medium penting dalam memberi latihan praktikal dan
teori kepada masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian
dengan keperluan tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup
individu melalui peluang usaha niaga dan pekerjaan khususnya dalam bidang
kemahiran yang dipelajari di Giatmara. Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di
peringkat akar umbi masyarakat, Giatmara merealisasikan hasrat kerajaan untuk
meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala
kurang sihat dalam masyarakat Bumiputra. Giatmara adalah satu usaha berterusan
untuk menggalakkan Bumiputra mempertingkatkan kemahiran mereka dan menjadi
usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka.
Berdasarkan laporan status lepasan pelatih Giatmara sehingga Disember 2010
yang dikeluarkan oleh Giatmara Malaysia, seramai 58,281 pelatih lepasan Giatmara
telah berjaya memperolehi pekerjaan dalam pelbagai sektor perindustrian, manakala
selebihnya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi serta membuka
syarikat dan pemiagaan sendiri. Memiliki latihan kemahiran yang diikuti di
Giatmara, didapati para pelatih juga berkecenderungan untuk bekerja dan membuka
pemiagaan sendiri dalam bidang kemahiran yang dipelajari. Para pelatih dilihat lebih
berkeyakinan untuk menggunakan kemahiran yang ada pada mereka ketika berada di
Pusat Giatmara.
7
Jadual 1.2.1: Status lepasan pelatih Giatmara (Sehingga Disember 2010)
No. Status Pelatih Jumlah
pelatih
1. Terlibat dengan Perniagaan Kecil
(tidak berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari) 4,145
2. Keusahawanan
(tidak berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari) 33,123
3. Bekerja dengan industri
(berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari) 58,281
4.
Bekerja sendiri (berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari)
18,419
5.
Menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
9,081
6.
Pelatih yang terlibat dengam program inkubator Giatmara
2,093
Namun begitu, hampir 40 peratus daripada jumlah keseluruhan lepasan
pelatih terlibat dalam bidang perniagaan kecil dan keusahawanan yang tidak
berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari di Giatmara. Adakah mereka ini kurang
berkeyakinan untuk mengaplikasi ilmu kemahiran yang dipelajari di Giatmara
disebabkan pelaksanaan pengajaran yang kurang berkualiti daripada kalangan tenaga
pengajar? Kajian ini akan cuba menjawab persoalan ini dengan memberi tumpuan
kepada persepsi tenaga pengajar tehadap pelaksanaan pengajaran di pusat Giatmara,
Johor terhadap kaedah penilaian yang digunakan, penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) dalam pengajaran, masa yang diperuntukan serta sikap tenaga pengajar
samada ia mempengaruhi pelaksanaan pengajaran atau tidak dalam melahirkan
tenaga kerja separuh mahir berkualiti.
Kaedah dan amalan penilaian yang digunakan oleh tenaga pengajar di
Giatmara juga merupakan faktor yang penting dalam melahirkan pelatih yang
berketerampilan dan kebolehpasaran disektor perindustrian. Bermula Januari 2010
8
Giatmara telah memperkenalkan sistem penilaian baru yang dikenali sebagai
GCPA. GCPA ini merupakan suatu inisiatif yang berkesan sekiranya dilaksanakan
dengan sistematik. Ini dapat membantu diri pelatih mengetahui tahap prestasi
pembelajaran serta kemahiran mereka dan seterusnya dapat menimbulkan daya saing
antara pelatih untuk memajukan diri mereka. Kajian ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti persepsi tenaga pengajar terhadap aspek kaedah penilaian yang
digunakan, Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam P&P, masa yang diperuntukkan
dan sikap dalam pelaksanaan pengajaran di Giatmara.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dihuraikan, penyelidik
mendapati bahawa kaedah atau pendekatan pengajaran yang berkesan serta amalan
kaedah penilaian yang digunakan adalah aspek yang amat penting dalam melahirkan
pelatih Giatmara yang berkualiti serta kebolehpasaran yang tinggi di sektor
perindustrian.
Oleh yang demikian, kajian kuatitatif ini bertujuan untuk mendapatkan
persepsi tenaga pengajar terhadap pelaksanaan pengajaran di Giatmara, Negeri Johor.
Kajian ini akan memfokuskan kepada persepsi tenaga pengajar terhadap pelaksanaan
pengajaran di Giatmara berdasarkan kepada kaedah penilaian yang dipraktikkan,
bahan bantu mengajar, masa yang diperuntukkan, serta sikap tenaga pengajar dalam
mencapai matlamat dan objektifnya. Kajian ini dijalankan ke atas 86 orang tenaga
pengajar di Pusat Giatmara seluruh Negeri Johor yang terdiri daripada pelbagai
jurusan kursus.
9
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk;
1. Mengenalpasti persepsi tenaga pengajar terhadap kaedah penilaian yang
digunakan dalam pelaksanaan pengajaran.
2. Mengenalpasti persepsi tenaga pengajar terhadap penggunaan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) dalam pelaksanaan pengajaran.
3. Mengenalpasti persepsi tenaga pengajar terhadap masa yang diperuntukan
dalam pelaksanaan pengajaran.
4. Mengenalpasti persepsi tenaga pengajar terhadap sikap dalam pelaksanaan
Pengajaran.
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian yang telah dikenal pasti dalam kajian adalah seperti
berikut:
1. Apakah persepsi tenaga pengajar terhadap kaedah penilaian yang digunakan
dalam pelaksanaan pengajaran?
2. Apakah persepsi tenaga pengajar terhadap penggunaan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) dalam pelaksanaan pengajaran?
3. Apakah persepsi tenaga pengajar terhadap masa yang diperuntukan dalam
pelaksanaan pengajaran?
4. Apakah persepsi tenaga pengajar terhadap sikap dalam pelaksanaan
Pengajaran?