PERSIDANGAN INDUSTRI GETAH KEBANGSAAN
2017INDUSTRI GETAH KE ARAH TN 50
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH26 - 28 SEPTEMBER 2017
Bagi memastikan industri getah Malaysia sentiasa berdaya saing dan kekal
relevansinya, semua yang terlibat di dalam sektor getah mestilah mempunyai
strategi yang jelas dan fokus ke arah mencapai inspirasi Transformasi
Nasional 2050 atau TN50. Industri getah merupakan tulang belakang ekonomi
Malaysia dan berfungsi sebagai tanaman strategik. Pada masa kini lebih
250,000 buah keluarga pekebun kecil mendapat manfaat tanaman getah
sebagai sumber pendapatan. Pelaburan dan perdagangan getah juga masih
lestari dalam menyumbang kesinambungan industri getah Malaysia.
Terdapat pelbagai perubahan dan cabaran yang dihadapi oleh industri getah
merangkumi aspek ekonomi, teknologi, sokongan infrastruktur, institusi dan
isu-isu antarabangsa. Antara strategi utama dalam Strategi Getah Negara,
Lembaga Getah Malaysia ialah untuk meningkatkan produktiviti dari 1,450
kg/ha/tahun kepada 2,000 kg/ha/tahun pada tahun 2020 dan seterusnya
mencapai hasil potensi iaitu menjangkau 3,000 kg/ha/tahun. Kandungan
strategi tersebut juga termasuklah mengoptimumkan penggunaan tanah,
meningkatkan taraf hidup pekebun kecil dan juga mengukuhkan industri
hiliran serta eksport.
Persidangan ini akan cuba mengupas faktor-faktor dan langkah-langkah
yang perlu diambil untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh industri
getah Malaysia. Usaha-usaha untuk meningkatkan dan menstabilkan harga
getah peringkat ladang akan dibincangkan. Antaranya termasuklah kaedah
meningkatkan penggunaan getah mentah dalam Malaysia terutama dalam
sektor pembinaan dan infrastruktur, penggunaan teknologi perladangan
getah terkini serta memperluaskan pengamalan Amalan Pertanian Baik.
Selain itu persidangan ini juga menyentuh mengenai penglibatan generasi
muda dan usahawan baru, membangunkan produk nilai tambah (value
added), isu berkaitan kayu getah, merangkaikan integrasi melintang dan
menegak di antara sektor dan memperkasakan peraturan dan perundangan
industri getah.
Persidangan dua hari ini disikan dengan pembentangan kertas kerja dari
mereka yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan dan
pengembangan teknologi dalam industri getah negara dari kalangan Agensi
Penyelidikan dan Pembangunan, Agensi Pelaksana sektor kerajaan dan
swasta; pemproses dan pengilang produk berasaskan getah. Pembentangan
Utama (Keynote Speaker) dan ahli penal sesi forum terdiri dari pakar-pakar
terkenal dan terlibat secara langsung dalam membuat dasar dan polisi
industri getah negara. Persidangan ini juga akan diisi dengan pameran dan
lawatan di Projek Getah Untuk Pribumi (GUP), Lembaga Getah Malaysia,
Bukit Payong, Alor Gajah, Melaka dan kilang pembuatan barangan getah.
Peserta lawatan adalah terhad kepada 100 orang peserta sahaja.
LATAR BELAKANG
PERJALANAN PROGRAM
KEYNOTE
Industri Getah di Malaysia Kini dan Masa Hadapan
SEKTOR HILIRAN ( Downstream )
Memaksimumkan Penggunaan Getah Mentah Tempatan
Peluang dan Masa Hadapan Untuk Usahawan Produk Getah
Rubberrised Road
Lukisan Berasaskan Lateks
Peranan G-TACR Dalam Pengujian Getah
Green Rubber Sound Isolator
FORUM
Industri Getah Kearah TN 50
SEKTOR HALUAN ( Upstream )
Klon dan Produktiviti Getah - Masa Kini dan Hadapan
Epidemik dan Endemik Penyakit-penyakit Tanaman Getah
Model Tanaman Getah Untuk Kaum Pribumi
Integrasi Dalam Enviromen Tanaman Getah
Memakmurkan Pekebun Kecil Getah
Pekebun Kecil dan Masa Depan Industri Getah Negara
Masa Depan Ladang Hutan Getah dan Industri Kayu Getah
Viabiliti Penanaman Getah
Usahawan Pengurusan GetahModel Tanaman Getah Tanah Tinggi/Estet
SEKTOR PEMPROSESAN ( Midstream )
Koperasi Getah Berjaya
Pengeluaran Getah Kerip ( Crepe Rubber )
Cabaran Industri Pemprosesan Getah
Penentuan Harga Peringkat Ladang
Penentuan Harga dan Kadar Diskaun Kos Pemprosesan
Sebanyak 21 kerja yang akan dibentangkan; mengikut skop adalah
seperti berikut :
TAJUK PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
SASARAN PESERTAPegawai dan agensi pelaksana yang terlibat semua atau salah satu sektor dalam industri getah, pengurus ladang, pegawai teknikal ladang getah, pengurus kilang pemprosesan/pembuatan berasaskan getah, ahli-ahli akademik, pelajar universiti/institusipengajian IPTA/IPTS, ushawan dan bakal usahawan/pelabur, pekebun kecil getah, NGO/persatuan berkaitan getah, koperasi serta individu yang berminat untuk menyertai persidangan ini.
BORANG PENDAFTARAN Persidangan Industri Getah Kebangsaan 2017
Jawatan
JUMLAH
Yuran (RM)
Maklumat Peserta Yang Menghadiri Seminar :
No
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Nama Peserta No. Tel & No. KP
PEMBAYARAN
YURAN PENDAFTARAN RM600 PER PESERTA/ *RM250 PER PELAJAR *sila lampirkan salinan kad pengenalan pelajar
Sila maklumkan no rujukan pembayaran atau salinan bukti pembayaran
melalui faks kepada Unit Kewangan dan Akaun di no 03 426 0436 atau email
kepada [email protected] untuk pengesahan pihak kami
Sekiranya terdapat kesulitan dalam urusan pembayaran, sila hubingi kami di talian
03 9206 3614
Bagi ‘Walk-in participant’, hanya pembayaran melalui kad kredit dan LO/PO
sahaja diterima
Berikutan adalah butiran terperinci bank bagi tujuan bayaran penyertaan :-
Nama Bank
Alamat Bank
: STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BERHAD
Swift Code Bank : SCBLMYKXXXX
Nama Akaun : LEMBAGA GETAH MALAYSIA
No Akaun : 312100899704
No Pendaftaran Syarikat : LEMBAGA GETAH MALAYSIA
: 36, JALAN SULTAN ISMAIL,
50250 KUALA LUMPUR
MALAYSIA
Bayaran boleh dilakukan melalui cek tempatan (local cheque)/draf bank (bank draf)/pindahan wang elektronik (EFT) di atas nama ‘Lembaga Getah Malaysia’
PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN
Permohonan penyertaan boleh dibuat melalui borang seperti terlampir atau secara online melalui laman web; https/www.lgm.gov.my/NRIC_2017
Tarikh tutup : 30 Ogos 2017
Jumlah Penyertaan peserta
Jumlah Bayaran (RM)
:
:
POLISI PEMBATALAN
MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Sekretariat
Persidangan Industri Getah Kebangsaan 2017
Lembaga Getah Malaysia
Bahagian Pengembangan dan Pembangunan
Tingkat 14, Bangunan Getah Asli
148, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Pegawai dihubungi :
En Ab. Latif Dalib | 03-9206 3698 | [email protected]
En. Mohd Hafiz Mohd Hazir | 03-9206 2055
No Faks : 03-9206 2048
YURAN PENDAFTARAN
Pembatalan penyertaan yang diterima secara bertulis 30 hari
sebelum program ini bermula layak menerima pembayaran
balik, tertakluk kepada 15% yuran pembatalan. Pembatalan
yang diterima kurang dari 30 hari dari tarikh program ini
tidaklayak menerima pembayaran balik. Walaubagaimanapun,
peserta gantian dialu-alukan.
Peserta : RM 600.00 Pelajar : RM 250.00( 10 peserta satu peserta percuma )