@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Pemahaman
Modul PT3
SM 203
Nama : _____________________________
Analisis Puisi
Genre PuisiTradisional
PantunSyair
ModenSajak
Tema
Persoalan
BentukTerikat
Rima akhir Pantun : ab / abab
Rima akhir Syair : aaaa
BebasRima akhir Sajak : abcdef
Unsur Bahasa
Pengulangan
Pengulangan baris Repitisi
Pengulangan Kata
Ulang kata depan Anafora
Ulang kata belakang Responsi
Ulang kata tengah Epifora
SinkopeSingkatan : ku, mu, nak
Inversiterbalik : akan kuambil
PerlambanganBunga : wanita
Personifikasibersifat manusia
HiperbolaMelebih-lebihkan
Unsur bunyi Pengulangan abjad
Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi
Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi
Nada
Romantiscinta, kasih sayang
Melankoliksedih
Protesmembantah
Sinismenyindir / mengejek
Nilai
Pengajaran
Analisis Puisi
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pemahaman Petikan
Apabila bercakap tentang obesiti, kita tidak terlepas daripada mengaitkannya
dengan susuk tubuh manusia yang bertubuh gempaI dan besar. Maksud obesiti ialah
keadaan seseorang yang memiliki lebihan lemak di dalarn badan schingga boleh
mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Orang yang obesiti sering memencilkan
diri kerana malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan dan masyarakat. Hal ini
demikian kerana, mereka menganggap penampilan diri mereka tidak menarik.
Menurut pakar perubatan, obesiti berpunca daripada pelbagai sebab. Antaranya
ialah pengambilan makanan yang tidak seimbang seperti pengambilan makanan segera
dan makanan ringan kerana mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Makanan
yang tinggi kandungan gula dan berkarbohidrat pula menyebabkan paras gula menjadi
tidak stabil. Akibarnya, seseorang akan menjadi kurang bertenaga dan sentiasa
menginginkan makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan
akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa pelbagai penyakit.
Sikap masyakarat yang kurang bersenam dan bersukan juga menyebabkan
lemak berkumpul di dalam badan. Lemak inilah yang menyebabkan badan menjadi
besar dan lebar serta mendatangkan kesan terhadap kesihatan. Dalam pada itu, tekanan
emosi juga boleh menyebabkan berat badan bertambah. Terdapat sesetengah individu
yang putus cinta atau kecewa akan menumpukan perhatian terhadap makanan
Keadaan ini berlaku kepada remaja dan mereka tidak menghiraukan perkara itu
sehingga saiz badan mereka berada pada tahap yang berbahaya.
Obesiti juga dikaitkan dengan faktor keturunan kita mungkin mewarisi tabiat
rnakan secara berlebihan daripada ibu atau ayah dan hal ini menyebabkan kita obesiti.
Namun begitu, kita dapat rnengubahnya dengan mengamalkan pemakanan yang
seimbang dan bersenam. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan juga boleh
mempengaruhi obesiti. Terdapat ubat yang dibekalkan oleh doktor mendatangkan
kesan sarnpingan kepada pesakit hingga menyebabkan kegemukan.
1. Mengapakah orang yang obesiti sering memencilkan diri daripada orang lain?
A Malu dengan penampilan dirinya
B Mengalami kesukaran untuk bergerak
C Menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya
D Gangguan emosi disebabkan lemak yang berlebihan
Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Semua yang beriknt ialah punca-punca yang menyebabkan obesiti, kecuali
A pengambilan ubat-ubatan.
R pengambilan makanan ringan.
C kurang bersenam dan bersukan.
D perasaan kecewa akibat putus cinta.
3. Apakah maksud rangkai kala memencilkan diri'?
A Mengasingkan diri
B Menyingkirkan diri
C Membawa diri
D Membuang diri
4. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat rnengelakkan obesiti? (KBAT)
A Mengamalkan gaya hidup sihat
B Makan makanan dalam jumlah yang sedikit
C Tidak mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor
D Tidak makan makanan yang mengandungi lemak
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pemahaman Puisi Tradisional - Pantun
Pantun Budi
1 Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
2 Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
3 Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
4 Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang:
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.
5 Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai menari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
6 Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
7 Padang Temu Padang baiduri,
Tempat raja membangun kota;
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
Rangkap 1
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Rangkap 2
Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Rangkap 3
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Rangkap 4
Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa.
Rangkap 5
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
Rangkap 6
Orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi
bahasa dan tutur kata.
Rangkap 7
Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang
sama tarat dengannya.
Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Tema
Masyarakat akan memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa
kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa.
Persoalan
(a) Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
(b) Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka
lupa akan nilai budi bahasa.
(c) Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.
(d) Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.
(e) Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.
(f) Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang
yang bijaksana.
Bentuk
(a) Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya,
• rangkap 1: empat baris;
• rangkap 2: empat baris;
• rangkap 3: empat baris;
• rangkap 4: empat baris;
• rangkap 5: empat baris;
• rangkap 6: empat baris;
• rangkap 7: empat baris.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata.
Contohnya,
Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Yang kurik kundi (3 patah kata)
Budi yang baik rasa nak junjung (6 patah kata)
(e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lima hingga sebelas suku kata.
Contohnya,
Yang merah saga (5 suku kata)
Hina manusia tidak berbudi (11 suku kata)
(f) Pantun ini berbentuk terikat.
Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya,
• Pandai melompat pandai berlari (perulangan vokal a);
• Sebab emas budi terbuang (perulangan vokal e);
• Hina manusia tidak berbudi (perulangan vokal i);
• Jatuh daunnya ke dalam ruang (perulangan vokal u).
(b) Aliterasi. Contohnya,
• Biar buruk kain dipakai (perulangan konsonan b);
• Bunga melati bunga di darat (perulangan konsonan d);
• Hina besi kerana karat (perulangan konsonan k);
(c) Rima akhirnya terikat. Contohnya,
• rangkap 1: abab;
• rangkap 2: abab;
• rangkap 3: abab;
• rangkap 4: abab;
• rangkap 5: abab;
• rangkap 6: abab;
• rangkap 7: abab;
Gaya Bahasa
Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(a) Anafora (perulangan kata pada awal baris). Contohnya,
• Yang kurik kundi,
Yang merah saga,
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
• Hina besi kerana karat;
Hina manusia tidak berbudi.
(b) Penggunaan unsur alam. Contohnya, air; laut; tanjung; bunga melati; bunga
seroja; kali; bunga cina; batu; daun; anak beruk; pantai; kayu; padang; dan
sebagainya.
(c) Peribahasa. Contohnya, Bagai cincin dengan permata.
(d) Personifikasi. Contohnya, Bijak bertemu dengan jauhari.
(e) Repetisi. Contohnya,
• budi (rangkap 1, baris 4; rangkap 2, baris 3; rangkap 3, baris 4; rangkap 4,
baris 4; rangkap 5, baris 4; rangkap 6, baris 3);
• di (rangkap 1, baris 1; rangkap 3, baris 1 dan 2; rangkap 4, baris 1; rangkap
5, baris 1; rangkap 6, baris 2);
• bunga (rangkap 3, baris 1 dan 2; rangkap 4, baris 1);
• pandai (rangkap 5, baris 2 dan 4)
(f) Responsi (perulangan perkataan yang sarna di tengah ayat). Contohnya,
• Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
• Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.
Nilai
(a) Berbudi bahasa. Contohnya, berbudi bahasa akan meningkatkan martabat bangsa.
Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(b) Mengenang jasa. Contohnya, mengenang jasa terhadap orang yang berbudi
kepada kita.
(c) Merendah diri. Contohnya, merendah diri tidak akan menjatuhkan martabat
seseorang.
(d) Kebijaksanaan. Contohnya, orang yang bijaksana akan dipandang mulia oleh
masyarakat.
Pengajaran
(a) Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasa agar sentiasa dipandang
mulia oleh masyarakat.
(b) Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.
(c) Kita tidak sewajarnya terlalu memandang tinggi terhadap golongan kaya yang
tidak memiliki budi bahasa yang terpuji.
(d) Walaupun kita miskin, kita tetap perlu mempraktikkan amalan berbudi
bahasa.
(e) Kita disarankan supaya menjadi golongan yang bijaksana agar dapat membantu
untuk membangunkan bangsa dan negara.
Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan
(i) Berdasarkan Pantun Budi di atas, mengapakah budi bahasa diberi keutamaan
oleh masyarakat? [3 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(ii) Banyak persoalan yang terkandung dalam Pantun Budi.
Nyatakan dua persoalan yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut.
[3 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iii) Amalan berbudi bahasa semakin dipinggirkan oleh masyarakat di negara kita.
Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan amalan
berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat? (KBAT) [4 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my