RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM
ARAHAN DAN LAKON OLEH
P. RAMLEE
AZAHA BIN IBRAHIM
DOKTOR FALSAFAH
Rasa Fenomenologi Dalam Filem-Filem Arahan Dan
Lakon Oleh P. Ramlee
oleh
Azaha Bin Ibrahim
Tesis ini dikemukakan untuk memenuhi syarat memperoleh ijazah
Doktor Falsafah
Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
PENGESAHAN TESIS
Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil
penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-
mana Universiti atau Institusi.
TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras
atau akses terbuka dalam talian (teks penuh)
SEKATAN
Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras
atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Pengajian Siswazah
Dari tarikh hingga _
SULIT
(Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di
mana penyelidikan dijalankan)
Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.
1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.
2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian.
Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama
Nombor Kad Pengenalan Nama Penyelia Utama
Tarikh: Tarikh:
PENGHARGAAN
Sekalung Budi Seungkap Bahasa
Orang Berbudi Kita Berbahasa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas
Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan keluarganya. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat
Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, dengan kudrat iradat-Nya,
dengan berkat keizinan-Nya dan dengan titisan Ilmu-Nya jua dapat saya menyiapkan
kajian yang bertajuk ‘Estetika Rasa dalam Filem-filem Arahan dan Lakon oleh P.
Ramlee’.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Dr. Abu Hassan
Hasbullah sebagai Penyelia Utama yang sentiasa prihatin dan penuh ketelitian memberi
dorongan, tunjuk ajar, bimbingan dan memberikan pelbagai idea bernas sehingga
terhasilnya kajian ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Abdul
Jamal bin Abd Hamid dan Profesor Madya Abdul Aziz Suib selaku penyelia bersama.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Syed Abdullah, Profesor Dr. Haron
Daud dan Profesor Dr. Farok Hussein yang banyak memberikan nasihat tunjuk ajar serta
dorongan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat
yang amat prihatin, memberi suntikan semangat dan membantu dalam pelbagai hal
bagi memantapkan kajian ini.
Dedikasi yang tidak terhingga kepada bonda tersayang, kerana doa daripada
tangan-tangan bonda telah memudahkan urusan, mencetus titisan lantas melahirkan
cebisan kajian. Terima kasih yang mewangi indah buat isteriku tercinta Siti Fatimah
Omar, yang memahami dan mengerti dan menjadi penyokong paling setia, pemberi
ketenangan setiap masa walaupun dalam keperitan, kehinaan, penderitaan dan kepayahan
tetap berkorban dengan rela tanpa jemu dan banyak bicara. Cebisan hasilan akan menjadi
teladan dan dorongan kepada anak-anakku Muhammad Aqim Nazeef, Muhammad
Haikal, Muhammad Amirul Shauqat, Muhammad Afif Haziq dan Muhammad Ammar
Thaqif, yang selalu kehilangan kemanjaan, kehilangan keselesaan, kehilangan perhatian
sementara waktu yang sabar menanti untuk menikmati bersama kejayaanku memiliki
‘topi bulat’ sebagai simbol puncak akademik.
AZAHA BIN IBRAHIM
C11E002P
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan.
KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS ii
PENGHARGAAN iii
KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
ABSTRAK xviii
ABSTRACT xix
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Sejarah Perfileman Dunia 3
1.1.2 Sejarah Filem Melayu 5
1.2 Pernyataan Masalah 11
1.3 Objektif Kajian 14
1.4 Soalan Kajian 14
1.5 Metodologi Kajian 15
1.5.1 Kaedah Kajian 17
1.5.2 Sampel Kajian 25
1.5.3 Instrumen Kajian 26
1.5.4 Prosedur Pengumpulan Data 27
1.5.5 Prosedur Penganalisisan Data 29
1.6 Kepentingan Kajian 30
1.7 Batasan Kajian
31
1.8 Tinjauan Literatur
33
1.8.1 Pandangan Sarjana Barat
35
1.8.2 Pandangan Sarjana Timur dan Tempatan
46
1.9 Organisasi Kajian
76
1.10 Kesimpulan
80
BAB 2 P. RAMLEE: SUTRADARA DAN PELAKON
2.1 Latar Belakang Kajian
81
2.2 P. Ramlee sebagai Sutradara
88
2.3 P. Ramlee sebagai Pelakon
116
2.4 Filem-filem arahan dan lakon oleh P. Ramlee:
Teori, Bentuk dan Kandungan
127
2.5 Kesimpulan
151
BAB 3 ESTETIKA RASA: TEORI, BENTUK DAN KANDUNGAN
3.1 Pengenalan
152
3.2 Estetika
153
3.2.1 Makna Estetika
154
3.2.2 Teori-teori Estetika
161
3.2.3 Bentuk Estetika
186
3.2.3.1 Estetika Seni
186
3.2.3.2 Estetika Sains
189
3.2.3.3 Estetika Agama
192
3.2.3.4 Estetika Sosiologi
197
3.2.3.5 Estetika Politik 201
3.2.4 Kandungan Estetika 205
3.2.4.1 Estetika bentuk 205
3.2.4.2 Estetika Nilai 209
3.2.4.3 Estetika Sosiologi 211
3.2.4.4 Estetika Makna 214
3.2.4.5 Estetika logik 219
3.3 Rasa
224
3.3.1 Makna Rasa 225
3.3.2 Teori-teori Rasa 229
3.3.3 Bentuk Rasa 236
3.3.3.1 Rasa Kasih 238
3.3.3.2 Rasa Riang 240
3.3.3.3 Rasa Sedih 243
3.3.3.4 Rasa Marah 244
3.3.3.5 Rasa Takut 245
3.3.3.6 Rasa Bertenaga 246
3.3.3.7 Rasa Jijik 247
3.3.3.8 Rasa Hairan 247
3.3.4 Kandungan Rasa
248
3.4 Estetika Rasa: Expression dan Representation dalam Seni 253
3.5 Kesimpulan
257
BAB 4 RASA FENOMENOLOGI : FILEM-FILEM
OLEH P. RAMLEE
ARAHAN DAN LAKON
4.1 Pengenalan
259
4.3 Filem PENAREK BECHA (1955)
260
4.3 Filem SEMERAH PADI (1956)
296
4.4 Filem SUMPAH ORANG MINYAK (1958)
320
4.5 Filem ANTARA DUA DARJAT (1960)
352
4.6 Filem IBU MERTUA KU (1962)
396
4.7 Kesimpulan
436
BAB 5 KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
438
5.2 Perbincangan dan rumusan
438
5.3 Kesimpulan
459
RUJUKAN 461
LAMPIRAN A 479
LAMPIRAN B 488
LAMPIRAN C 499
LAMPIRAN D 510
LAMPIRAN E 526
LAMPIRAN F 548
SENARAI PENERBITAN 565
SENARAI JADUAL
NO. MUKA SURAT
3.3.2.1 Perhubungan antara emosi tetap dengan ekspresi sastera 229
3.3.3.1 Bentuk rasa mengikut pandangan sarjana 235
4.2.12 Min Rasa filem PENAREK BECHA (1955) 293
4.3.12 Min rasa filem SEMERAH PADI (1956) 317
4.4.17 Min rasa filem SUMPAH ORANG MINYAK (1958) 349
4.5.23 Min rasa filem ANTARA DUA DARJAT (1960) 395
4.6.18 Min rasa filem IBU MERTUA KU (1962) 436
5.2.1 Analisis rasa mengikut scene filem PENAREK BECHA
(1955)
440
5.2.2 Analisis rasa mengikut scene filem SEMERAH PADI
(1956)
442
5.2.3 Analisis rasa mengikut scene filem
SUMPAH ORANG MINYAK (1958)
446
5.2.4 Analisis rasa mengikut scene filem ANTARA DUA
DARJAT (1960)
448
5.2.5 Analisis rasa mengikut scene filem IBU MERTUA KU
(1963)
452
5.2.6 Min rasa untuk lima filem P. Ramlee 455
SENARAI RAJAH
NO. MUKA SURAT
1.5.11 Rajah 1.5.1.1 Kerangka Konsep Penyelidikan berdasarkan
teori Rasa Fenomenologi 19
2.4.1 Struktur tiga aksi dalam dramaturgi 143
3.2.3.2.1 I-SKE Kerangka seni dinikmati oleh penonton 191
3.2.4.5.1 Estetika Filem 223
3.3.4.1 Rasa dalam filem 249
3.3.4.2 Sinematografi Scene Filem IBU MERTUAKU 250
3.3.4.3 Sinematografi + Dramaturgi 251
3.3.4.4 Sinematografi + Dramaturgi + Scenografi 252
3.4.1 Estetika Rasa: Ekspresi dan Representasi dalam Seni 257
4.2.1 Sinematografi scene kereta dan beca 261
4.2.2 Sinematografi scene Amran dibayar upah khidmat beca 262
4.2.3 Amran terima dua bungkus nasi lemak daripada Pak Amat 264
4.2.4 Scene Amran memberikan sebungkus nasi kepada peminta
Sedekah 265
4.2.5 Scene keadaan rumah Amran ketika hujan 266
4.2.6 Scene Amran berkongsi sebungkus nasi dengan emaknya 266
4.2.8 Ghazali dan kawannya mengganggu Azizah scene 2
PENAREK BECHA (1955) 268
4.2.9 Amran beradu kekuatan dengan Ghazali scene 2
PENAREK BECHA (1955) 268
4.2.10 Muda-mudi berjoget di atas pentas,
PENAREK BECHA (1955) 269
NO.
4.2.11
SENARAI RAJAH
MUKA
Sinematografi Joget Inang Baru scene 2
SURAT
PENAREK BECHA (1955) 269
4.2.13 Ibu dan bapa Azizah menikmati sarapan pagi 271
4.2.14 Amran dengan rendah diri masuk ke rumah Azizah dengan
keadaan pakaian yang buruk lagi lusuh.
272
4.2.15 Bapa Azizah marah dan tidak setuju dengan bayaran sewa
beca RM 40.00
272
4.2.17 Pertelingkahan kecil berlaku semasa tawar menawar harga
tambang beca ke kampung Besi
273
4.2.18 Haji Marzuki yang tidak puas hati cuba memukul tukang beca 274
4.2.19 Haji Marzuki dilanggar kereta yang dipandu Ghazali 274
4.2.21 Scene Amran dihalang oleh Ghazali ketika menjemput
Azizah ke kelas jahitan
275
4.2.23 Azizah benar-benar ingin bertemu ibu Amran 277
4.2.24 Pondok tempat Amran dan Ibunya berteduh 278
4.2.25 Amran memberitahu ibunya tentang kedatangan Azizah dan
ibunya menerima dengan hati gembira
278
4.2.27 Haji Marzuki berehat setelah pulang dari hospital 280
4.2.28 Ghazali yang berdendam dengan Amran meracuni
fikiran Haji Marzuki
278
4.2.29 Azizah dimarahi Haji Marzuki kerana mempercayai
fitnah Ghazali
281
4.2.30 Azizah di tolak dan jatuh ke lantai di hadapan Amran
dan Ghazali
282
4.2.31 Ghazali memijak tangan Amran yang sedang mengutip
duit upah RM 40.00
282
SENARAI RAJAH
NO. MUKA SURAT
4.2.33 Scene Amran dipukul oleh rakan-rakan Ghazali 284
4.2.34 Scene Amran dibantu oleh rakan-rakan Amran
(penarik beca) 284
4.2.36 Haji Marzuki memarahi dan menghina keluarga Amran 285
4.2.37 Haji Marzuki dan Ghazali memberi amaran kepada
keluarga Amran 286
4.2.39 Pertemuan Amran dan Azizah diganggu Ghazali 289
4.2.40 Ibu Amran terkena pisau yang dilontar Ghazali 289
4.2.41 Ugutan bunuh Ghazali terhadap Haji Marzuki dan
pertarungan Ghazali dengan Amran 290
4.2.42 Polis mengambil keterangan daripada Haji Marzuki
berkenaan Ghazali 290
4.2.44 Haji Marzuki dan keluarganya datang meminta maaf kepada
keluarga Amran dan mengambil Amran sebagai menantunya 293
4.2.46 Min estetika rasa filem PENAREK BECHA (1955) 295
4.3.1 Penduduk Kampung Semerah Padi bekerjasama dan
bergotong-royong mengerjakan sawah padi 297
4.3.3 Aduka dan Dara berbual-bual setelah selesai kerja di sawah 299
4.3.5 Majlis peminangan Dara oleh Taruna 301
4.3.6 Nyanyian dan tarian lagu Lenggang Kangkung sempena
peminangan Dara oleh Taruna 301
4.3.8 Peristiwa Kachiwa mengadu isterinya Galak berzina
dengan Jejaka 303
4.3.9 Pertarungan Aduka dan Taruna dengan Jejaka dan Galak 303
4.3.11 Aduka bersendirian melayan hati yang sedih kerana
pertunangan Dara 305
SENARAI RAJAH
NO. MUKA SURAT
4.3.13 Borek dan rakan-rakannya membakar rumah penduduk
Semerah Padi 306
4.3.14 Borek dan rakan-rakannya mengamuk dengan membunuh
penduduk Kampung Semerah Padi 307
4.3.16 Keberangkatan Taruna dan pahlawan-pahlawan
Semerah Padi atas titah Sultan 309
4.3.18 Aduka menyelamatkan Dara daripada Borek hingga
terjadinya zina 311
4.3.19 Taruna terkejut daripada tidur dengan mimpi buruk 311
4.3.21 Aduka menyerah diri dan menerima apa saja hukuman
atas ketelanjurannya dengan Dara 313
4.3.23 Hukuman zina iaitu rotan 100 kali dijalankan ke atas
Aduka dan Dara oleh Penghulu Semerah Padi 315
4.3.25 Taruna menziarahi Aduka untuk bertanya khabar
tentang keadaan Aduka 317
4.3.26 Aduka dan Dara disatukan 317
4.3.28 Min rasa filem SEMERAH PADI (1956) 319
4.4.1 Hujan membasahi kampung Tualang Tiga 320
4.4.2 Si Buyung mencari si Bongkok dengan bertanya khabar
Abang Selamat 321
4.4.3 Abang Selamat memberi tumpang kepada Si Bongkok yang
tiada tempat berlindung 321
4.4.5 Abang Selamat mencetak kain batik untuk di jual di pasar 323
4.4.6 Kain batik Abang Selamat tidak laku kerana warna dan
corak lama 324
SENARAI RAJAH
NO. MUKA SURAT
4.4.8 Abang Selamat terkejut dengan bakat seni yang dimiliki
Si Bongkok 325
4.4.9 Kain batik corak baharu habis dijual hasil usaha Si Bongkok
dan Abang Selamat 326
4.4.11 Penduduk kampung Tualang Tiga membasuh pakaian di tepi
Sungai 327
4.4.13 Si Bongkok dihina dan diperlakukan seperti binatang
oleh Buyung dan diselamatkan oleh Afida 330
4.4.15 Pesta Pemudi Seni Kampung Tualang dimulakan dengan tarian
dan nyanyian 332
4.4.16 Pesta Pemudi Seni Kampung Tualang Tiga kecoh apabila
dihadiri SiBongkok kerana ingin menyampaikan lukisan
kepada Afida 333
4.4.18 Si Bongkok menangis di pusara ayahnya 335
4.4.20 Si Bongkok menjadi tetamu di alam Bunian 336
4.4.21 Si Bongkok akhirnya menjadi kacak 337
4.4.23 Si Bongkok dan Puteri Bunian dilamun cinta tetapi terhalang
dengan syarat yang dikenakan oleh Penghulu Bunian. 338
4.4.24 Penghulu Bunian memberi syarat agar Si Bongkok tidak
melanggar sumpah iaitu tidak boleh membunuh sesama manusia 338
4.4.26 Si Bongkok berjumpa dengan Abang Selamat 340
4.4.28 Si Bongkok disembah oleh penduduk kampung Tualang
Tiga kerana ketampanannya seperti Putera Raja 341
4.4.29 Si Bongkok telah melanggar sumpah kerana membunuh 342
4.4.31 Penghulu Bunian turun ke Bumi melaksanakan hukuman
ke atas Si Bongkok yang melanggar perjanjian 344
SENARAI RAJAH
NO. MUKA SURAT
4.4.33 Si Bongkok bersahabat dengan syaitan demi mengembalikan
kecantikannya agar dilihat oleh manusia 345
4.4.35 Orang Minyak memperkosa wanita untuk memenuhi syarat
perjanjian dengan syaitan 346
4.4.37 Penghulu Kampung Tualang Tiga tertekan dengan nasib
penduduk kampungnya dan akhirnya mati akibat serangan
penyakit jantung 348
4.4.39 Orang Minyak terkejut dengan kehadiran Penghulu Bunian
yang datang untuk menangkap dan memenjarakan di dalam
botol 349
4.4.41 Min estetika rasa filem SUMPAH ORANG MINYAK
(1958) 351
4.5.1 Ghazali meninjau Anggerik Villa untuk mencari kekasihnya
Tengku Zaleha 353
4.5.3 Ghazali memberitahu Sudin dan Emaknya bahawa
Tengku Zaleha masih hidup 355
4.5.5 Ghazali dan rakan-rakannya menolak kereta Tengku Zaleha yang
terperangkap dalam lumpur 357
4.5.7 Tengku Zaleha dimarahi ayahnya kerana bergaul dengan
pemuda kampung yang tidak setaraf darjat dengan mereka 359
4.5.9 Majlis Sambutan Hari Jadi Tengku Zaleha yang meriah 360
4.5.11 Ghazali menyanyikan lagu sempena Hari Jadi Tengku Zaleha 361
4.5.13 Ghazali dipanggil untuk mengajar piano di rumah Tengku
Zaleha 363
4.5.15 Ajis berusaha memikat hati Muna pembantu rumah Tengku
Zaleha 365
4.5.17 Ghazali mengajar piano di rumah Tengku Zaleha 367
4.5.19 Ghazali dan Tengku Zaleha mula jatuh cinta 368
SENARAI RAJAH
NO. MUKA SURAT
4.5.21 Tengku Zaleha dan Ghazali yang memadu asmara dihalang oleh
Abangnya Tengku Hassan. 371
4.5.23 Ghazali dipukul oleh keluarga Tengku Zaleha diselamatkan
Sudin dan rakan-rakannya. 373
4.5.25 Ghazali membaiki piano di rumah Tengku Zaleha dan petikan
piano lagu Getaran Jiwa menganggu fikiran kerana terlalu
terkenangkan Tengku Zaleha. 375
4.5.27 Ghazali meyakinkan Sudin bahawa Tengku Zaleha masih
Hidup. 377
4.5.29 Tengku Aziz menziarahi rumah Ghazali dan menyiasat
perhubungan Ghazali dengan Tengku Zaleha. 379
4.5.31 Ghazali dan Tengku Zaleha melepaskan rindu selepas terpisah
sekian lama. 381
4.5.33 Tengku Karim menjadi gila selepas kematian isteri dan anaknya
Tengku Hassan. 383
4.5.35 Perkahwinan Tengku Zaleha dengan Tengku Mukri. 385
4.5.37 Tengku Mukriz bermain kayu tiga dengan perempuan lain. 386
4.5.39 Tengku Mukri memarahi dan menghalau Tengku Aziz kerana
mempersoalkan tentang darjat dan keturunan ‘Tengku’. 389
4.5.41 Tengku Mukri cuba membunuh Tengku Aziz. 390
4.5.43 Ghazali dan Tengku Mukri bertarung yang akhirnya Tengku
Aziz datang menyelamatkan Ghazali. 393
4.5.45 Min rasa filem ANTARA DUA DARJAT (1960). 395
4.6.1 Nyanyian Kasim Selamat di radio memukau hati dan perasaan
Sabariah. 397
4.6.3 Kasim Selamat dan Sabariah berjumpa di sebuah Kelab Malam. 399
NO.
4.6.5
SENARAI RAJAH
MUKA
Sabariah dihadiahkan rantai oleh Doktor Ismadi.
SURAT
400
4.6.7 Sabariah menolak lamaran Doktor Ismadi kerana cintakan
Kassim Selamat.
403
4.6.9 Sabariah dan Kasim Selamat dinikahkan dan dihalau dari
rumah oleh ibunya
404
4.6.11 Doktor Ismadi dan Nyonya Mansur kecewa hingga jatuh sakit
dengan tindakan Sabariah.
407
4.6.13 Kasim Selamat dan Sabariah berpindah randah daripada hotel
hinggalah ke bawah kolong.
410
4.6.15 Kasim Selamat dan Sabariah dikunjungi ibu mertuanya
dari Singapura.
412
4.6.17 Kasim Selamat mendapat berita kematian Sabariah
meratapi kematiannya hingga matanya buta.
414
4.6.19 Doktor Ismadi dan Sabariah selamat dikahwinkan. 416
4.6.21 Kasim Selamat membawa diri dan mencari tempat berlindung. 417
4.6.23 Kassim Selamat dipungut oleh keluarga Chombi. 419
4.6.25 Chombi semakin gembira setelah mendengar nasihat dan
cerita Kassim Selamat.
421
4.6.27 Kassim Selamat telah bersetuju buat persembahan jelajah
Malaya dengan nama Osman Jailani.
423
4.6.29 Osman Jailani menjalani pembedahan oleh Doktor Ismadi
untuk mengembalikan penglihatannya.
425
4.6.31 Rahsia kematian Sabariah terbongkar dan Nyonya Mansor
mengaku bersalah atas segala perbuatannya.
428
4.6.33 Kassim Selamat membutakan matanya semula kerana tertipu
dengan ibu mertua dan Sabariah.
432
SENARAI RAJAH
NO.
MUKA SURAT
4.6.35 Min rasa filem IBU MERTUA KU (1962). 435
5.2.1 Estetika Rasa untuk lima filem P. Ramlee. 456
Rasa Fenomenologi Dalam Filem-Filem Arahan
Dan Lakon Oleh P. Ramlee
ABSTRAK
Kajian ini memperjelaskan perkaitan fenomenologi (estetika) dengan rasa khalayak
berdasarkan filem-filem arahan dan lakon oleh P. Ramlee. Aspek estetika dibataskan
kepada estetika bentuk, estetika nilai, estetika sosiologi, estetika makna, dan estetika
logik. Rasa adalah berkaitan dengan emosi khalayak iaitu rasa kasih, rasa riang, rasa
sedih, rasa marah, rasa bertenaga, rasa takut, rasa jijik, dan rasa hairan. Lima buah filem
telah dikaji iaitu filem PENAREK BECHA (1955), SEMERAH PADI (1956), SUMPAH
ORANG MINYAK (1958), ANTARA DUA DARJAT (1960), dan IBU MERTUA KU
(1962). Objektif kajian yang pertama menganalisis dan menghuraikan unsur-unsur
estetika yang terdapat dalam filem-filem yang dikaji. Kedua, menganalisis dan
menghuraikan perkaitan fenomenologi (estetika) dengan rasa khalayak iaitu ‘rasa
fenomenologi’ berdasarkan scene-scene estetika yang terpilih. Ketiga, menganalisis dan
menghuraikan rasa yang dominan dalam filem-filem yang dikaji. Filem-filem yang
dikaji dianalisis secara kaedah analisis kandungan (content analysis) untuk memilih
scene-scene yang menepati ciri-ciri estetika yang ditetapkan. Scene-scene yang terpilih
ditayangkan kepada khalayak yang terdiri 88 responden untuk mengukur tahap rasa
berdasarkan fenomenologi sosiobudaya kehidupan masyarakat yang direpresentasikan
melalui filem. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 77 scene estetika daripada lima
filem yang dikaji mampu menyentuh rasa khalayak. Filem PENAREK BECHA (1955)
membangkitkan rasa marah dengan min 2.24 iaitu rasa utama yang mendominasi filem ini
di samping rasa sedih 1.89 dan rasa kasih 1.00. Filem SEMERAH PADI (1956),
SUMPAH ORANG MINYAK (1958) dan IBU MERTUA KU (1962) didominasi oleh
rasa sedih dengan min 1.40, 2.00 dan 2.40. Filem ANTARA DUA DARJAT (1960)
memperlihatkan rasa kasih dan rasa riang mendahului rasa yang lain masing-masing
dengan min 1.23. Secara rumusannya, kelima-lima filem arahan dan lakon oleh P.
Ramlee memberi kesan lapan rasa kepada khalayak yang didominasikan oleh rasa sedih
1.76, rasa kasih 1.25, rasa riang 1.01, rasa marah 1.26, rasa bertenaga 0.65, rasa takut
0.52, rasa jijik 0.46 dan rasa hairan 0.87.
Rasa Phenomenology In Films Directed And Acted
By P. Ramlee
ABSTRACT
This study is to clarify the relevance of phenomenology (aesthetic) of senses among
audience in films directed and acted by P. Ramlee. The aesthetical aspects studied are
restricted to the aesthetics of forms, values, sociology, meaning, and logic. Sense is
associated with the emotions of audiences like a sense of compassion, happiness, sadness,
anger, feelings of energetic, fear, disgust, and a sense of wonder. Five of his films were
studied namely PENAREK BECHA (1955), SEMERAH PADI (1956), SUMPAH ORANG
MINYAK (1958), ANTARA DUA DARJAT (1960), and IBU MERTUA KU (1962). The
objective of this study is first to analyze and describe the aesthetical elements appeared in
the films studied. Second, to analyze and describe the relevance of aesthetical senses
among the audience in the selected scenes. Third, to analyze and describe the dominant
aesthetical sense in the films studied. The films studied were analyzed using the content
analysis method (content analysis) to determine the scenes that meet the characteristics
specified by the aesthetical senses. The selected aesthetical scenes were shown to the
audience consisting of 88 respondents to gauge the aesthetical senses of the society based
on social and cultural phenomenon that is represented through the film. The findings
show that there are 77 aesthetical scenes out of the five films that were able to touch the
senses of aesthetics among the audience. PENAREK BECHA (1955) evokes anger with
the mean of 2.24 which is the main sense that dominates this film in addition to 1.89 for
sadness and 1.00 for compassion. SEMERAH PADI (1956), SUMPAH ORANG MINYAK
(1958) and IBU MERTUA KU (1962) are dominated by the aesthetical sense of sadness
with the mean of 1.40, 2.00 and 2.40. ANTARA DUA DARJAT (1960) shows the senses of
compassion and happiness which precede other senses with 1.23 mean. In conclusion,
these five films directed and acted by P. Ramlee affected eight aesthetical senses of the
audience which are dominated by the senses of sadness with the mean of 1.76,
compassion for 1.25, feeling of happines for 1.01, anger for 1.26, feeling of energetic for
0.65, fear for 0.52, disgust for 0.46 and 0.87 for the sense of wonder.
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Filem adalah karya cipta seni dan budaya yang merupakan salah satu media
komunikasi massa audio-visual yang dibuat berdasarkan asas sinematografi yang
direkam pada pita seluloid, pita video, piring video, atau bahan hasil penemuan
teknologi lainnya dalam segala bentuk, jenis dan ukuran melalui proses kimiawi,
proses elektronik, atau proses lainnya, dengan atau tanpa suara, yang dapat
dipertunjukkan atau ditayangkan dengan sistem projeksi mekanik, elektronik, dan
sistem lainnya (Slamet Rahardjo Djarot, 2013).
Filem adalah produk sains teknologi hasil kimikal selulosa atau seluloid.
Filem yang dikenali dewasa ini adalah hasil perkembangan fotografi yang
dimajukan oleh Joseph Nicephore Niece dari Perancis. Dua nama penting dalam
rintisan penciptaan filem ialah Thomas Alva Adison dan Lumiere Bersaudara (Abu
Hassan, 2013, hal. 42). Thomas Alva Adison (1847-1931), merupakan ilmuan
Amerika Syarikat yang terkenal dengan penemuan lampu listrik dan fonograf
(phonograph) atau kepingan piring hitam. Bahan dasar filem ditemukan oleh
George Eastman yang menghasilkan pita seluloid seperti plastik yang lut sinar
(Marselli Sumarno, 1996, hal. 2).
Ciptaan Thomas Alva Adison (1847-1931) dikenali kinetoskop
(kinetoscope) yang akhirnya menarik minat Lumiere Bersaudara yang merancang
menghasilkan satu peranti yang menyatukan filem dengan kamera yang dikenali
sebagai sinematograf dan dipatenkan oleh Maret 1895 (Marselli Sumarno, 1996,
hal. 3). Bermula detik inilah filem mula ditayangkan ke layar dalam suatu ruangan
yang gelap yang akhirnya merebak dan berkembang ke seluruh dunia hinggalah ke
negara Malaysia.
Arsiah, Faridah dan Mazni (1996) menyatakan filem sebagai imej yang
terhasil dalam bentuk visual bergerak yang mengandungi unsur-unsur penceritaan
yang ditulis, diolah dalam bentuk dialog, visual dan bunyi, yang kemudiannya
dirakamkan menggunakan kamera, diolah dengan menggunakan pelbagai kaedah
teknikal dan digarap menjadi hasil karya seni, yang mempunyai pelbagai
kepentingan dan matlamat untuk dipamerkan secara tayangan di panggung-
panggung wayang dan televisyen (Arsiah, Faridah dan Mazni, 1996, hal. 5).
Filem dan video (F&V) (Naim, 1988, hal. 42) merupakan salah satu alat
komunikasi yang diakui berkesan dan berpengaruh dalam menyampaikan mesej
berupa penerangan, pengajaran, pembujukan, dakyah, pernyataan sikap dan
emosi. Baharudin (1983, hal. 71-72) berpendapat filem merupakan suatu bidang
yang dianggap ganjil, aneh dan luar biasa kerana filem bukan sahaja suatu bentuk
seni tetapi lebih kepada satu industri yang meliputi pelbagai cabang kegiatan yang
sukar untuk dipisahkan kerana kedua-duanya bersatu seperti lagu dan irama.
Baharudin menegaskan bahawa filem sebagai satu alat komunikasi „visual‟ yang
dapat ditonton oleh semua golongan masyarakat kerana filem berjaya menarik dan
mengeluarkan semua impian yang tersembunyi dalam diri manusia. Manakala
Awang (1994, hal. 68) pula berpandangan filem sebagai salah satu seni cabang
sastera khasnya filem jenis cereka atau fiksyen kerana filem tidak dihasilkan sesuka
hati kerana bersumberkan cerita yang digubah menjadi skrip dan mengandungi
„bahasa sastera‟. Filem jenis cereka adalah satu cabang seni sastera yang
menggabungkan pelbagai aspek kreatif seni seperti seni sastera, seni lakon, seni
muzik dan seni suara. Naim (1995) berpendapat filem merupakan seni media
komunikasi paling berkesan yang mencerminkan sesebuah masyarakat, cara hidup,
nilai dan getar rasa masyarakat pada zaman kelahirannya. Pendeknya, filem adalah
gambaran jati diri masyarakat. Manakala masyarakat pula dalam Naim (1995, hal.
xiii) bukanlah suatu yang statik, malah sentiasa hidup bergerak dan bergolek. Filem
disifatkan oleh Naim sebagai „mesin perakam waktu‟ yang dapat diputar ke
belakang yang membolehkan pengkaji filem mencari kebenaran dan kekuatan diri.
Semua bentuk filem lama adalah fosil yang kaya dengan data tentang kehidupan
atau fenomena tertentu yang boleh dianalisis dan dikaji secara ilmiah. Justeru,
filem amat berguna dijadikan alat atau bahan kajian (Naim, 1995, hal. 7).
1.2 Sejarah Perfileman Dunia
Sejarah filem bermula pada akhir abad ke-19 (1889-1896) dengan
kemunculan beberapa buah filem bisu di Amerika Syarikat yang bertajuk FRED
OTT‟S SNEEZE (1889) arahan oleh William Kennedy Laurie Dickson seorang
bangsa Inggeris yang menetap di Amerika Syarikat, yang kemudiannya
menerbitkan filem-filem seperti AN-NABELLA AND CARMENCITA (1894),
FUN IN A CHINESE LAUNDRY (1895), THE EXECUTION OF MARY
QUEEN OF SCOTS (1895), dan THE JOHN RICE-MARY IRWIN KISS (1896)
(Sharifah, et al., 1980, hal. 11).
Peluang ini telah digunakan oleh orang-orang Perancis seperti Lumiere
Brothers, Pathe Brothers, Leon Gaumont dan Georges Melies dalam menerbit filem-
filem sehingga mendapat sambutan seperti filem LA SORTIE DES OUVIERS DE
L‟USINE LUMIERE (1895) dan LE VOYAGE DANS LA LUNE
(1902). Perusahaan filem di Eropah tidak kekal lama kerana tercetusnya perang
dunia pertama tahun 1914-1918 yang menyebabkan perusahaan ini hancur. Kesan
perang di Eropah telah memberi peluang terbaik kepada orang-orang Amerika
meneruskan perusahaan filem. Pada ketika itu muncullah pengusaha seperti Edwin
S. Porter yang menerbitkan filem bisu hitam-putih seperti THE GREAT TRAIN
ROBBERY (1903), THE LIFE AN AMERICAN COWBOY (1903), THE LIFE
AN AMERICAN FIREMAN (1903) dan RESCUE FROM AN EAGLE‟S NEST
(1907). Kemudian muncullah syarikat-syarikat filem yang berjaya dan berdiri
teguh hingga hari ini seperti Columbia Pictures, Goldwyn-Mayer, RKO dan Walt
Disney Pictures. Mengikut catatan yang dibuat dalam tempoh 30 tahun (1896-
1927) telah terhasil berpuluh-puluh ribu buah filem dengan purata 25-40 buah filem
dihasilkan dalam sebulan (Sharifah et al., 1980, hal. 12-13).
Kemasukan filem-filem ke Tanah Melayu sekitar 1930-an adalah ekoran
penjajah British di Tanah Melayu. Pada sekitar tahun-tahun tersebut banyak filem
British dan Amerika Syarikat dibawa masuk untuk kepentingan askar-askar da
pegawai-pegawai British. Selain itu, terdapat juga beberapa buah filem dari
Mesir, India dan China. Kebanyakan filem tersebut bercorak hitam-putih, bisu
dan gerak cepat. Kemasukan filem-filem tersebut telah memberi pulangan yang
lumayan kepada beberapa orang tertentu dan mendorong mereka menghasilkan
filem tempatan. Dalam tahun 1938-1939, lahirlah filem-filem Melayu di
Singapura yang diarahkan oleh K.R.S. Chisty seperti filem BERMADU,
HANCUR HATI, IBU TIRI, MUTIARA, TERANG BULAN DI MALAYA,
dan TOPENG SYAITAN
yang dilakonkan oleh Aman Belun, Yem, Tina, Habsah, Ahmad C.B. dan lain-
lain lagi. Menurut Sharifah (1980), kemasukan filem-filem asing ke Tanah
Melayu telah menyebabkan wujudnya filem Melayu. Namun kesedaran itu
adalah hasil peranan orang Indonesia (pelawak terkenal) iaitu D. Harris yang
menyedarkan orang Melayu dan akhirnya menjadi bapa mertua P. Ramlee
(Sharifah, et al., 1980, hal. 16-18).
1.3 Sejarah Filem Melayu
Menurut Abi (1987, hal. 2) perkembangan filem negara malaysia masih
berada pada tahap yang rendah, jika dilihat dari segi mutu dan perkara-perkara
yang berkaitan dengan filem. Pendapat mengenai permulaan filem dan tarikh
bermulanya filem Melayu yang pertama masih dalam polemik. Antara filem-
filem terawal yang diterbitkan pada tahun 1938 ialah filem NELAYAN (1938).
Baharudin (1983, hal. 27) menyatakan bahawa filem Melayu yang berjudul