Mata pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 4
Bilangan Murid : 30 orang
Masa : 8:00 pagi – 9:00 (1 jam)
Bidang pembelajaran : Pendaraban nombor bulat hingga 100 000
Objektif Pembelajaran : Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh :
1. Menganggar hasil darab.
2. Mendarab sebarang dua nombor, hasil darab tidak lebih
daripada 100 000.
Hasil pembelajaran : Selepas pembelajaran ini, murid-murid dapat:
1. Menganggar lima hasil darab.
2. Mendarab dengan betul sebarang dua nombor, hasil darab
tidak lebih daripada 100 000.
Pengalaman sebelum ini : Murid telah mengetahui bahawa pendaraban sebagai
penambahan berulang.
Bahan bantu mengajar : Laptop, projektor, Power Point, Carta nilai tempat,
“Drawing Table”, “Lattice Way of Multiplication”,
kertas putih, sampul surat, kad flash, dan hadiah.
Aktiviti Pengajaran:
LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN DAN BUTIRAN
PENGAJARAN
CATATAN/STRATEGI
Set induksi
( 5 minit )
1. Murid memerhatikan guru menayangkan soalan IQ yang
mencabar melalui Power Point.
2. Murid mendengar penerangan daripada guru, sesiapa
yang dapat menyelesaiakan masalah tersebut akan
menerima sebuah hadiah yang misteri daripada guru.
3. Murid cuba untuk menyelesaiakan soalan tersebut.
Strategi berpusatkan Murid.
BBM : Power Point :
Soalan IQ, hadiah
(ganjaran)
4. Murid dan guru membincang jawapan.
Langkah 1
( 10 minit )
1. Guru memberitahu murid bahawa kesilapan Algoritma
pendaraban yang sering berlaku adalah kesilapan nilai-nilai
tempat.
2. Guru mengajar murid tentang pendaraban antara nombor
3-digit dengan nombor 1-digit dengan menggunakan carta
nilai tempat melalui persembahan Power Point.
3. Guru memberi contoh kedua, pendaraban antara nombor
4-digit dengan nombor 2-digit.
4. Guru menerangkan kepada murid bahawa semasa
membuat proses pendaraban dalam bentuk Algoritma,
haruslah darabkan “multiplier” 3345 dengan “multiplicand”
sa “3” dahulu, barulah darab “multiplier” 3345 dengan
“multiplicand” puluh “2”. Akhir sekali menambahkan hasil
daripada kedua-dua hasil darab itu.
Strategi berpusatkan Guru.
BBM : Power Point: C arta
nilai tempat ,
Klip Video "Math is so
easy"
5. Guru menayangkan sebuah klip video yang menarik yang
menunjukkan tiga nombor darab dengan tiga nombor, di
mana ia adalah teknik yang pantas dan cekap.
Langkah 2
( 10 minit )
1. Murid mendengar guru memberitahu mereka bahawa selain
daripada menggunakan teknik “drawing table” untuk
menyelesaikan soalan Algoritma pendaraban ini.
2. 3 3 4 5 X 2 3 =
Guru memberitahu bahawa 3345= 3000 + 300 + 40 + 5, 23 =
20 + 3
3. Dua orang murid dipanggil naik ke depan untuk membuat
sebuah soalan yang ditulis oleh guru di atas papan hitam.
4. Murid dan guru membincang jawapan bersama-sama.
Strategi berpusatkan
Guru.
BBM : Power Point:
T eknik “drawing
table”
Langkah 3
( 10 minit )
1. Seterusnya, guru memperkenalkan satu lagi Algoritma yang
dapat membantu murid dalam pendaraban, iaitu “Lattice Way of
Multiplication”.
2. Guru memberitahu murid selepas mendarab semua nombor di
Strategi berpusatkan
Guru.
BBM : Power Point:
Teknik “Lattice Way of
Multiplication”
atas, langkah yang seterusnya ialah menambahkan semua
nombor pada petak-petak yang serong mengikut anak panah
yang berwarna merah itu.
3. Guru meminta murid untuk memilih sendiri Algoritma yang
mana satu lebih sesuai dan memudahkan mereka untuk mencari
jawapan semasa membuat Algoritma pendaraban.
4. Guru memberi satu soalan yang melibatkan pendaraban antara
nombor 4-digit dengan nombor 2-digit. 4527 X 35 = , kemudian
meminta murid untuk menggunakan ketiga-tiga Algoritma
pendaraban yang diajar tadi untuk mencarikan jawapan tersebut.
5. Setelah murid menyelesaikan soalan itu, guru menanya
mereka Algoritma yang mana satu lebih mudah dipakaiguna,
yang mana lebih susah untuk digunakan. Murid bolehlah
menggunakan mana-mana satu yang difikirkan mudah
dipakaiguna.
Langkah 4
( 20 minit )
1. Murid-murid duduk dalam kumpulan kecil yang seramai 3
orang.
2. Guru memberi sekeping kertas putih kepada setiap orang
murid, 3 keping kad yang ditulis “Carta Nilai Tempat”,
“Drawing Table” dan “Lattice Way of Multiplication”, 5 soalan
pendaraban yang dimasukkan dalam sampul surat.
3. Apabila guru memberi arahan “mula”, ketiga-tiga murid
dalam kumpulan masing-masing mencabut sekeping kad,
sesiapa yang tercabut jenis Algoritma yang tertentu, malah dia
akan menggunakan Algoritma itu untuk menyelesaikan kelima-
lima soalan pendaraban yang terdapat dalam sampul surat.
4. Masa yang dikenakan ialah 10 minit, apabila masa tamat,
murid-murid akan menukar kertas jawapan mereka sesama
sendiri untuk disemak.
5. Murid yang dapat menyelesaikan kesemua soalan itu akan
mendapat hadiah yang istimewa dari guru sebagai ganjaran.
Strategi berpusatkan
Murid.
BBM : Kertas putih,
sampul surat, kad flash,
dan hadiah
Penutup
( 5 minit )
1. Murid meneliti guru menayangkan klip video tentang teknik-
teknik pengajaran pendaraban matematik yang menarik.
2. Guru mengulang balik hasil pembelajaran yang telah
dipelajari oleh murid-murid pada kelas ini.
Strategi berpusatkan
Guru.
BBM :
Klip Video 1
Klip Video 2
Klip Video 3
Recommended