BAB 3KETURUNAN DAN VARIASI
OLEH
CIKGU HAMIMAH ZAKARIA
SMK KABONG
SAINS TING 4
Mitosis
Mitosis ialah pembahagian sel yang
menghasilkan sel anak yang sama dengan sel
induk.
Sel induk membahagi kepada dua sel anak yang
sama.
Berlaku di:
sel soma (semua sel dalam badan kecuali pada
sel di organ pembiakan)
Bagi tumbuhan berlaku di hujung pucuk , tisu
kambium dan hujung akar
Kepentingan:
Menghasilkan sel-sel baru untuk pertumbuhan
dan menggantikan sel-sel mati/rosak
Menjamin sel anak mempunyai sifat yang serupa
dengan sel induk
membolehkan organisma menjalankan
pembiakan aseks dan vegetatif.
Proses Mitosis
Meiosis
Meiosis ialah pembahagian sel yang
menghasilkan sel anak yang bilangan
kromosomnya adalah separuh daripada sel
induk.
Sel dibahagikan kepada empat sel anak
Berlaku di :sel organ pembiakan
Proses meiosis
Pindah silang berlaku semasa meiosis
Berlaku semasa pasangan kromosom tersusun di
satah khatulistiwa sel
Bahan genetik daripada satu kromatid satu
kromosom bertukar dengan bahan genetik
kromosom yang lain.
Menyebabkan variasi genetik berlaku
Kepentingan:
Proses yang menghasilkan gamet
Bilangan kromosom dalam gamet separuh
daripada bilangan kromosom dalam sel induk.
Tujuan: Memastikan zigot yang terhasil selepas
persenyawaan
mempunyai bilangan kromosom yang sama
dengan sel induk
Menyebabkan variasi genetik antara spesies-
spesies yang sama melalui pindah silang
Perbezaan antara mitosis dan
meiosis
Mitosis Perbezaan Meiosis
Sama seperti sel induk Bilangan kromosom
dalam setiap sel anak
Separuh daripada sel
induk
Dua sel anak Bilangan sel anak Empat sel anak
Tidak berlaku Pindah silang Berlaku
Sama Kandungan genetik
dalam sel anak
Berbeza
Tiada variasi Variasi Berlaku
Sel somatik Tempat berlaku Testis dan ovari
PRINSIP DAN MEKANISME PEWARISAN
SIFAT
Ciri atau sifat manusia dikawal oleh gen
dominan atau gen resesif.
Gen dominan ialah gen yang dapat
menunjukkan cirinya walaupun berpasangan
dengan gen resesif. Contoh : TT, Tt
Gen resesif ialah gen yang menonjolkan ciri jika
tidak berpasangan dengan gen dominan. Contoh:
tt Sifat dominan Sifat resesif
Rambut kerinting Rambut lurus
Tinggi Kerdil
Cuping telinga bebas Cuping telinga lekap
Boleh menggulung lidah Tidak boleh menggulung lidah
Rambut hitam Rambut perang
Mekanisme Pewarisan1. Satu sifat dikawal oleh dua gen
2. Satu gen diwakili oleh satu huruf
3. Gen dominan diwakili dengan huruf besar
4. Gen resesif diwakili dengan huruf kecil
5. Kombinasi gen:
(a) Sifat dominan baka tulen : contoh: MM
(b) Sifat resesif baka tulen : contoh: mm
(c) Sifat baka kacukan : contoh: Mm
Gregor Mendel – orang yang pertamamengkaji pewarisan sifat secara teratur danmendalam
Genotip : Tt
Fenotip : semua tinggiGenotip : TT, Tt, tt
Fenotip : 3 tinggi and 1kerdil
Nisbah : 3 tinggi : 1 kerdil
4.3: Penentuan Seks Anak dan
Kejadian Kembar Pada
Manusia
PENENTUAN SEKS ANAK
Mekanisma penentuan seks
PERBANDINGAN KEMBAR
SEIRAS DAN TAK SEIRAS
kembar seiras kembar tak seiras
Satu ovum disenyawakan
oleh satu sperma
Dua ovum disenyawakan
oleh dua sperma
Zigot yang sama
dibahagikan kepada dua
Dua zigot berlainan
dihasilkan
Satu plasenta yang sama Dua plasenta yang berbeza
Kandungan genetik yang
sama
Kandungan genetik yang
berbeza
Jantina sama Jantina sama atau berbeza
•Kembar Siam – ialah kembar seiras yang mana embrio tidak
membahagi dengan lengkap.
5. Mutasi
Mutasi ialah perubahan maklumat genetik dalam
organism.
Mutasi disebabkan oleh
a) sinaran radioaktif
b) Sinaran X
c) bahan kimia yang bertoksik
d) sinaran ultraungu
KEBAIKAN MUTASI
a) menghasilkan variasi
b) menghasilkan spesies baru
KEBURUKAN MUTASI
a) menyebabkan penyakit genetikb kecacatan fizikalc) kecacatan mental
JENIS MUTASI
Mutasi kromosom Mutasi gen
Terjadi apabila
perubahan berlaku
pada struktur atau
bilangan kromosom
Contoh: Sindrom
Down, Sindrom
Klinefelter, Sindrom
Turner.
Tidak diwarisi
Terjadi apabila
perubahan berlaku
pada
gen
Contoh : buta warna,
albinism, haemophilia
Boleh diwarisi
Penyakit baka
Albino
Disebabkan mutasi yang berlaku pada gen
pada autosom yang mengawal warna kulit
Pesakit tidak dapat menghasilkan pigmen
melanin yang memberikan warna kepada kulit,
rambut dan mata
Hemofilia
Darah pesakit lambat membeku
Jika berlaku kecederaan, pesakit akan
mengalami pendarahan yang banyak
Disebabkan oleh mutasi gen pada kromosom
seks X
Buta warna
Penghidap tidak dapat membezakan antara
warna merah dan hijau
Disebabkan oleh kekurangan sel kon yang
peka kepada warna pada retina mata pesakit
Dikawal oleh gen resesif yang dibawa oleh
kromosom seks X
Anemia sel sabit
Mutasi pada gen yang membentuk hemoglobin
Hemoglobin yang dihasilkan adalah tidak
normal dan menyebabkan sel darah merah
berbentuk sabit
Sel darah merah berbentuk sabit tidak cekap
dalam pengangkutan oksigen. Menyebabkan
pesakit mengalami anemia
Sindrom Down
Disebabkan oleh mutasi kromosom
Penyakit yang disebabkan oleh kelebihan satukromosom pada kromosom ke-21 dalam sel badan
Juga dikenali sebagai mongolisme
Ciri-ciri:
(a) terencat akal
(b) pertumbuhan terbantut
(c) mata sepet
(d) mempunyai jari pendek serta kecil
(e) mulut yang sentiasa ternganga
(f) lidah terjelir
Pewarisan Penyakit Baka
Gen resesif yang mengawal penyakit baka di
bawa oleh kromosom seks X sahaja
6 PENYELIDIKAN GENETIK
Penyelidikan genetik memberi sumbangan dalam
pertanian dan perubatan.
Pertanian – pembiakbakaan menghasilkan baka
baru yang lebih berkualiti.
Perubatan – kejuruteraan genetik dan
pengklonan menghasilkan antibiotik, vaksin dan
hormon.
Penghasilan insulin oleh bakteria untuk merawat
pesakit kencing manis.
Penghasilan susu oleh biri-biri untuk merawat
pesakit hemofilia
Pengesanan penyakit baka lebih awal dan
merawat penyakit keturunan dan kecacatan gen
VARIASI
Variasi ialah perbezaan dalam individu bagi
spesis yang sama.
2 jenis: variasi selanjar dan variasi tak
selanjar
Nota: Cara mengenali jenis variasi selanjar:
sifat boleh berubah sepanjang hayat
bar graf dilukis rapat
Nota: Cara mengenali jenis variasi Tak
selanjar:
sifat tidak boleh berubah sepanjang hayat
bar graf dilukis tidak rapat
Kepentingan Variasi:
Pengubahsuaian diri dengan perubahan
persekitaran memastikan kemandirian spesies
Membolehkan kita mengenali antara setiap
individu dalam satu populasi
Menghasilkan spesies atau variati tumbuhan dan
haiwan yang baru
Recommended