BAB 4KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD
S.A.WSOALAN:
NABI MUHAMMAD SAW BUKAN SAHAJA SEORANG NABI DAN RASUL TETAPI JUGA SEORANG PEMIMPIN
JELASKAN TINDAKAN- TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH BAGINDA DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAN
KEAGAMAAN DAN DAKWAH
PENGENALAN Kepimpinan menurut Kamus Dewan bermaksud keupayaan dan kebolehan seseorang
menjadi seorang pemimpin.
Kepimpinan yang menepati ciri- ciri idealisme sukar ditemui dalam sejarah ketamadunanmanusia. Namun, dalam sejarah ketamadunan Islam, kepimpinan Rasulullah SAW adalahqudwah( idola) dan ikutan, serta menepati ciri- ciri pemimpin yang ideal
Hal ini telah diakui oleh Al- Quran yang memuji kehidupan Rasulullah SAW secaraumumnya dan meletakkan setiap inci daripada kehidupan baginda secara uswah(contohikutan) dan teladan yang baik
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 21, yang bermaksud “ Sesungguhnya bagikamu, pada (kehidupan) Rasulullah ada ikutan yang baik kepada sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta mengingati Allah”
. Definisi Nabi
Seorang lelaki mukalaf (baligh dan berakal) yang menerima wahyu Allah s.w.t. melaluimalaikat Jibril untuk kegunaan dirinya sahaja.
3. Definisi Rasul
Seorang lelaki mukalaf (baligh dan berakal) yang menerima wahyu Allah s.w.t. melaluimalaikat Jibril untuk disampaikan dan diajarkan kepada umat manusia.
Empat sifat terpuji yang menjadi teras keperibadian baginda dalam menjalankantanggungjawab sebagai pemimpin. Sifat- sifat tersebut adalah:
Siddiq(Benar)
Amanah
Tabligh(menyampaikan)
Fatanah(kecerdikan)
ISI- ISI
Rasulullah SAW telah dilantik oleh Allah SWT sebagai pemimpin agama dan dakwah
Perlantikan tersebut berlaku melalui wahyu pertama yang dibawa oleh Malaikat Jibrilsemasa Rasulullah bertahannuth (mengasingkan diri untuk beribadat) di Gua Hira’ semasa umur baginda 40 tahun
Selepas itu, wahyu- wahyu yang seterusnya diturunkan untuk memudahkan Rasulullahmemimpin manusia berpandukan agama Allah SWT
Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’, ayat 107 yang bermaksud: “Tidak kamiutuskan kamu melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam…”
Tempoh Kepimpinan Rasulullah
ialah selama 23 tahun terbahagi
kepada 2 peringkat
PERINGKAT 1:
Sebelum hijrah selama lebih
kurang 13 tahun di Makkah
(610-622 Masihi)
PERINGKAT 2:
Selepas hijrah selama lebih
kurang 10 tahun di Madinah
(623-632 Masihi)
Perkara- perkara yang
dilakukan oleh Rasulullah
SAW pada Peringkat 1
Membawa ‘nur’ Islam menerangi
kegelapan jahiliah
Menerangkan kebatilan agama-
agama lain dengan hujah dan dalil
Membina ketahanan rohani
dan mental
Membinan saf(generasi) Islam pertama
yang sedara sukarela menerima Islam di
permulaan dakwahBerdakwah secara aktif bukan sahaja
dalam kalangan kaum Quraisy, malah
dalam kalangan suku- suku Arab
Dalam Peringkat 2, Nabi Muhammad SAW
telah membuat dasar dalam melaksanakan
beberapa tindakan
Meletakkan asas- asas negara yang
pertama, iaitu negara Islam Madinah
Mempersaudarakan penduduk Madinah
yang berbilang bangsa dan agama di
bawah kepimpinan Rasulullah
Mengisytiharkan jihad sebagai
instrumen mempertahankan kedaulatan
Islam
Membina masjid sebagai pusat
penyebaran dakwahMembalas hujah- hujah golongan Yahudi dan
Munafikin dengan pertolongan wahyu
daripada Allah SWT
KESIMPULAN
Kepimpinan agama dan dakwah adalah bidang utama tanggungjawabyang perlu dilakukan oleh Rasulullah SAW sama ada ketika memiliki kuasapemerintahan atau tidak
Baginda telah menunjukkan contoh kepimpinan yang ideal melaluipetunjuk wahyu dan pentarbiahan terus daripada Allah SWT