yb
1
Jana modal insan
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Aktiviti ko-kurikulum amat penting bagi pembangunan modal
insan dan kekuatan bangsa yang mulia dan bermaruah kerana bidang tersebut dapat melahirkan individu kreatif, inovatif dan berkeperibadian unggul. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, persembahan Fiesta Kreatif@Kokurikulum Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 yang melabuhkan tirainya malam tadi diharap dapat mengangkat martabat kokurikulum sebagai elemen penting yang melengkapi sistem pendidikan negara. Pelaksanaan program ini bertujuan memupuk perpaduan, integrasi serta menyerlahkan kewibawaan murid melaksanakan tanggungjawab dan komitmen untuk menjayakan hasrat Kementerian Pendidikan memperagakan hasil kegiatan kokurikulum kepada masyarakat. Menurut beliau, setiap Pejabat Pendidikan Daerah akan mewakilkan persembahan sekolah di bawah mereka ke peringkat negeri dan seterus yang terbaik akan dipersembahkan di Kuala Lumpur untuk aktiviti kesenian.
Sumber: Utusan Malaysia, 26 September 2016
Sumber: Berita Harian, 3 Ogos 2016
SEHATI SEJIWA
17,661 guru di KL terima komputer tablet Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Seramai 17,661 guru di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur menjadi kumpulan kedua selepas Sarawak menerima komputer tablet yang dilengkapi aplikasi Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia bagi memberi kemudahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, kemudahan gajet berkenaan memberi manfaat jangka panjang di samping meningkatkan daya kreativiti dan inovasi warga pendidik seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beliau berkata, hal ini penting kerana melalui kemudahan ini, guru dapat menyampaikan kandungan pelajaran dengan nilai yang lebih kreatif. Beliau berterima kasih kepada Kumpulan Utusan, dengan kreatif bersama ini diharap guru memanfaatkan sepenuhnya. Menurut beliau, guru perlu lebih bermaklumat daripada murid dan dapat membimbing mereka dengan meneroka ilmu lebih luas melalui penggunaan tablet ini untuk menghasilkan produk berinovasi.
Sumber: Utusan Malaysia, 23 September 2016
Memfokuskan kepada pembangunan kemahiran
khusus dan atribut
Sumber: Berita Harian, 10 Ogos 2016
Maklumat dan Pertanyaan Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Aras 1 Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya
Email: [email protected] http://www.moe.gov.my Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284
September 2016
1
BPPDP BIL. (09) 2016
EDISI SEPTEMBER
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016
Lima sekolah peroleh pengiktirafan antarabangsa Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Sebanyak lima buah sekolah di negara ini
memperoleh pengiktirafan IB World School daripada badan pengiktirafan antarabangsa terkemuka dunia, International Baccalaur-reate Organization (IBO). Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzhir bin Khalid berkata, sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tapang Samarahan, Sarawak, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, SMK Putrajaya Precint 9, Putrajaya dan SMK Pantai Labuan yang memperoleh pengiktirafan itu sejak Mac lalu. Beliau berkata, pengiktirafan berkenaan diberikan setelah kementerian dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) merintis Middle Years Programme International Baccalaureate (MYPIB) untuk dilaksanakan di 10 buah sekolah menengah pada 2012 sebagai model penandaaras dalam pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran yang diiktiraf antarabangsa. Beliau berkata, program MYPIB diperkenalkan dan dirintis untuk melahirkan aspirasi murid dan dilaksanakan di bawah Inisiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Program antarabangsa ini mempunyai misi untuk membangunkan generasi muda yang berpengetahuan, berfikiran aras tinggi, bersifat ingin tahu serta berfikiran antarabangsa.
Sumber: Utusan Malaysia, 26 September 2016
TAHNIAH Kepada lima sekolah yang berjaya
Keputusan guru isi data dalam talian hujung tahun
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan akan mengumumkan keputusan
kajian berhubung spesifikasi tugas pengisian data secara dalam talian oleh guru, selewat-lewatnya hujung tahun ini. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, buat masa ini pihaknya masih menjalankan analisa dan kajian berhubung perkara itu sebagai usaha mengurangkan beban guru, terutama dalam tugas perkeranian. Beliau berkata, satu mesyuarat penyelarasan sistem pengisian data dalam talian akan diadakan Khamis ini bagi membincangkan secara terperinci isu berkenaan. Kementerian menyedari beban tugas guru pada masa ini, selain daripada tugas hakiki, mereka juga terpaksa menjalankan tugas perkeranian. Justeru, kementerian sedang membuat analisa apakah data yang patut untuk dihantar atau tidak perlu dihantar secara dalam talian oleh guru. Menurut beliau, antara perkara yang diperhalusi, termasuk mengkaji keseluruhan data yang diperlukan di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang perlu diisi guru secara dalam talian. Menerusi kajian ini, jumlah pelaporan data dapat dikurangkan sekali gus meringankan beban tugas guru.
Sumber: Berita Harian, 21 September 2016
Langkah awal Kementerian Pendidikan hadapi bah Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Kementerian Pendidikan mengambil langkah awal
dengan menubuhkan Jawatankuasa peringkat tertinggi bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang berlangsung tiga peperiksaan utama bermula bulan hadapan hingga Disember ini. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, jawatankuasa itu yang diketuai Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof akan menyenaraikan beberapa tindakan boleh diambil di negeri berisiko, termasuk Kelantan dan Kedah.
Sumber: Berita Harian, 20 September 2016
2 Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016
Kata Kunci Kejayaan
” Kedamaian adalah keadaan yang tetap bermasalah, tapi aku ikhlas
meyakini bahawa kemampuanku lebih besar daripada masalahku.”
(Steve Jobs)
Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar Bagi September 2016
1. PEROLEHAN
BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH
1. Koleksi Umum 0
2. Koleksi KPM 4
3. Koleksi Tesis 7
4. Koleksi CD-ROM 1
5. Koleksi Jurnal 0
6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan
1
JUMLAH 13
2. ARTIKEL AKHBAR
BIL BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA, STAR , NEW
STRAITS TIMES
BILANGAN TAJUK BAHAN
JUMLAH 270
3. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN
BIL JENIS KOLEKSI BILANGAN DIKATALOG
JUMLAH 13 Jumlah Kumulatif sehingga 31 September
2016:192,066
ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR BAGI BULAN SEPTEMBER 2016
1. Kurikulum Pengajaran & Pembelajaran Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/ Sukatan Mata Pelajaran - 2 isu 2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan & Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia - 14 isu 3. Pengurusan Pendidikan - 06 isu 4. Keselamatan Murid
- 06 isu
STATISTIK PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2016
Bilangan Pengguna 178
Pendaftaran Baru 63
Pinjaman Buku/CD/ Bahan KPM 25
Pinjaman Tesis 356
JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARYKPM SEHINGGA 31 SEPTEMBER 2016
33,998 Orang
3
Dapatkan maklumat bahan rujukan dan peminjaman melalui Sistem Virtua versi 2009 Perpustakaan KPM dengan melayari laman sesawang berikut:
http://librarykpm.moe.gov.my
Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
SEHATI SEJIWA
Selamat Menyambut Hari Malaysia
16 September 2016
Senyum Selalu
SEDIA BANTU
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016
` Librarykpm
Bangunan baharu ganti 40 sekolah daif di Sabah
Sebanyak 40 sekolah rendah daif di seluruh Sabah akan
mendapat bangunan baharu sejajar usaha kerajaan menaik taraf prasarana pendidikan di negeri ini, mulai tahun ini. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, beberapa prasarana pendidikan juga diluluskan untuk pelaksanaan dan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), khususnya di kawasan pedalaman negeri ini. Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan peruntukan pembinaan semula sekolah yang dikategorikan daif di Sabah dalam Baj et 2017 yang dijadualkan dibentangkan bulan hadapan. Di Sabah, ada 380 sekolah dikategorikan daif yang patut dibina semula. Mulai tahun ini, 45 sekolah dipilih dan peruntukannya akan diumumkan Perdana Menteri dalam Baget 2017. Pemilihan sekolah merangkumi pedalaman dan pulau.
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka
mengumumkan peruntukan pembinaan semula sekolah yang
dikategorikan daif di Sabah dalam Bajet 2017. Pemilihan
sekolah merangkumi pedalaman dan pulau
Sumber: Berita Harian 5 September 2016
WAKTU OPERASI Isnin- Khamis
8.00 pagi – 4.30 petang Jumaat
8.00 pagi – 12.00 tengah hari 2.45 petang – 4.30 petang
Ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum
KEAHLIAN Keahlian adalah percuma: Terbuka kepada semua
warga Kementerian Pendidikan Malaysia
Institusi Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)
Agensi Kerajaan
Penyelidik
Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:
Membawa kad matrik dan surat pengesahan
Melengkapkan borang pendaftaran
Mendapatkan kad keahlian
Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik
Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan Sirkulasi
Bilik Mesyuarat
Peti Pemulangan Buku (24 Jam)
Khidmat Nasihat dan Kepakaran
Mesin Fotokopi (layan diri)
Bilik Tayangan
Informatif, Tepat & Mesra.
Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016 4
`
Murid dinasihat usah melampaui batas Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan mengingatkan pelajar
tidak bertindak melampau batas dengan menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah antara mereka. Sebaliknya, Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid mahu pelajar merujuk kepada guru atau ibu bapa jika menghadapi sebarang masalah. Beliau mengulas kejadian buli membabitkan dua murid Tahun Enam yang menjadi viral di laman sosial dan disahkan berlaku di sebuah sekolah agama di Putatan, Sabah pada 30 Ogos lalu. Beliau berkata, kes itu berlaku di sekolah di bawah bidang kuasa dan seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JAHEAINS). Justeru, beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada JAHEANIS untuk tindakan lanjut.
Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid mahu pelajar
merujuk kepada guru atau ibu bapa jika menghadapi
sebarang masalah
Sumber: Berita Harian, 7 September 2016
ISU AKHBAR SEPTEMBER 2016
Tarikh /Akhbar
Isu Brif Akhbar
02 Sept 2016 Berita Harian
Kementerian Pendidikan pastikan UPSR lancar
05 Sept 2016 Berita Harian
Bangunan baharu ganti 40 sekolah daif di Sabah
06 Sept 2016 Berita Harian
Kementerian jamin kertas soalan selamat dihant
20 Sept 2016 Berita Harian
Keputusan guru isi data dalam talian hujung tahun
Ubah suai ‘pintu maut’, elak kejadian berulang
Informasi
Kementerian jamin kertas soalan selamat dihantar
Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad
Kementerian Pendidikan memberi jaminan kertas
soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sebelum ini disimpan dalam bilik kebal selamat dihantar ke semua sekolah. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair bin Mohamad Yusof berkata, 452,700 calon UPSR membabitkan 7,700 sekolah seluruh negara menduduki peperiksaan semalam, dengan 30,320 calon dari 445 sekolah di negeri ini. Beliau berkata, kementerian masih menggunakan kaedah menilai prestasi murid Tahun Enam berdasarkan empat pentaksiran sekolah dan psikometrik. Menurutnya, lawatannya bersama pegawai dari kementerian ke negeri ini sebagai meninjau perjalanan UPSR dengan lebih dekat dan pada masa sama memberi dorongan semangat kepada calon UPSR supaya melakukan yang terbaik.
Kementerian masih menggunakan kaedah menilai prestasi murid Tahun Enam
berdasarkan empat pentaksiran sekolah dan
psikometrik
Sumber: Berita Harian, 6 September 2016
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016 5
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016
NEWS Education Informations
Education Director General : Six Sarawak School Upgrade
Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof
Six out of 43 schools in Sarawak
earmarked for improvement have been upgraded using the Industrial Building System ( IBS). The Education Director-General, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof said 13 schools were under reconstruction, 8 were at the designing stage and 16 at the planning stage. “We have identified 183 schools in the state that can be rebuilt using the IBS, which saves time and cost, and its safer”, said Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof. He also added, these schools will be upgraded in stages, but the list is not finalised as we are always on the lookout for schools that need upgrading, and besides upgrading school buildings, the ministry planned to provide electricity supply to 50 schools within a 1km radius from the power grid by next year and another 58 schools by 2018. On improving facilities in schools, he said the ministry was on the same page with the chief minister and wanted to ensure that schools in poor condition received the same facilities that schools in urban areas and
other states had.
Source: New Straits Times, 19 September 2016
HAPPY MALAYSIA DAY 16 September 2016
Educations Minister : Orang Asli School To Get New Building Dato’ Seri Mahdzir Khalid
An orang Asli school in Terengganu will receive a new
multipurpose building contributed by Tanjung Offshore Bhd. Education Minister Dato’ Seri Mahdzir Khalid said more corporate companies should emulate Tanjung Offshore in helping Orang Asli receive proper education. “Ninety out of 10,179 schools in Malaysia are orang Asli schools. They are mainly located in Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor”. “The ministry has always paid attention to Orang Asli schools to ensure that they receive the best quality of education just like students in urban schools”, he added. “Efforts made by the Ministry include improving the schools infrastructure and constructing boarding schools for Orang Asli children,” said Mahdzir during the presentation ceremony at the ministry’s headquarters here yesterday. We hope this contribution will motivate the Orang Asli pupils and bridge the education gap between them and those in urban schools. The education minister also hope other companies will carry out more CSR programmes in improve education among Orang Asli.
Source: New Straits Times, 22 September 2016
Minister Mulls Safety Measures Datuk P. Kamalanathan
Making speed bumps a mandatory features in front of
schools nationwide, reducing the speed limit and making yellow lines more prominent are measures aimed at tackling the rising number of road accidents involving school children, said Deputy Education Minister Datuk P. Kamalanathan. He said the ministry was thinking about updating regulations that govern roads in front of schools and will cooperate with the Road Transport Department and other agencies to educate drivers and students on road regulations near schools.
Source: New Straits Times, 23 September 2016
Chong: We need to remedy poor performances Chong Sin Woon
The drop in students’ performances in SJKC and SJKT
schools following implementation of the Primary School Standard Curriculum (KSSR) will be looked into, said Deputy Education Minister Chong Sin Woon. He said he
6