1
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT: Analisis Pemikiran Tuan Minal
Faizuri bin Abdul Latif, PhD
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA
+603-0192742819, Fax No. 603-79676144, E-mail: [email protected]
Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, PhD
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA
+603-0166659502, Fax No. 603-79676144, E-mail: [email protected]
Tuan Minal merupakan seorang tokoh ulama Melayu dan pengarang aktif
dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Nama beliau berada sebaris dengan tokoh-
tokoh ulama Melayu abad ke-19. Beliau dilahirkan di kampung Bendang
Badang, Patani dan meninggal dunia dalam lingkungan tahun 1913M di
Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Tuan Minal bukan sahaja pengarang
kitab-kitab agama, malah menghasilkan karya dalam pelbagai genre ilmu
termasuk sastera dan ilmu pengetahuan lain. Artikel ini akan membincangkan
pemikiran Tuan Minal berkaitan sifat-sifat Allah melalui kitab akidah karangan
beliau terutamanya kitab `Aqidah al-Najin. Terdahulu dari itu akan
dibincangkan perkembangan perbahasan sifat Allah SWT dalam sejarah
pemikiran Islam. Penelitian mendapati bahawa beliau sepertimana ulama
Melayu lain menjadi menyokong kuat kepada aliran pemikiran al-Asyairah
yang merupakan tunjang akidah umat Islam di sebelah Asia Tenggara. Kitab
akidah beliau bertajuk `Aqidah al-Najin menjadi bukti keutuhan pemikiran al-
Asyairah dalam kerangka pemikiran ulama Melayu buat sekian lama.
Kata Kunci: Sifat-sifat Allah SWT, Tuan Minal, Ulama Melayu
Pendahuluan
Perbahasan sifat Allah SWT merupakan salah satu topik penting yang terkandung dalam
persoalan Ilahiyyat (ketuhanan). Perbincangan ini menjadi penting kerana ianya berkait rapat
dengan akidah dan kepercayaan Islam mengenai Allah SWT, di samping itu ianya juga
merupakan salah satu jalan altenatif bagi mengenal Allah SWT melalui sifat-sifatnya yang
maha sempurna. Mengenali Allah SWT adalah suatu perkara yang amat dititik beratkan dalam
agama Islam, tanpa mengenal-Nya seseorang itu tidak akan yakin dan tidak mungkin akan
mentaati-Nya dengan penuh ikhlas dan reda. Justeru, umat Islam diwajibkan mengenal Allah
SWT terlebih dahulu atau terlebih awla (utama) mempelajari apa sahaja ilmu yang
mendorongnya ke arah mengenal Allah SWT. Memandangkan mengenal Allah SWT melalui
2
sifat-sifat-Nya adalah suatu jalan yang menghala ke arah mengesakan Allah SWT, maka tanpa
mengenali-Nya ketauhidan kita tidak akan menuju kepada kesempurnaan. Meskipun
mengimani dan meyakini kewujudan sifat bagi Allah SWT merupakan kewajipan bagi umat
Islam kerana perkara tersebut termaktub dalam al-Qur’an dan al-Hadith, namun terdapat
beberapa golongan yang memperdebatkan isu tersebut.
Rasulullah s.a.w melarang umat Islam daripada membincangkan isu ketuhanan,
termasuklah persoalan sifat, namun selepas zaman sahabat, perbahasan mengenainya menjadi
semakin rancak. Ini kerana persoalan akidah yang dahulunya diyakini sepenuhnya oleh umat
Islam, telah menjadi medan perdebatan secara terbuka dalam kalangan ulama-ulama Islam.
Pemikiran Islam terus bergolak dengan kemunculan banyak perbahasan ketuhanan.
Perbincangan ini lahir antaranya ekoran usaha ulama-ulama Islam untuk mempertahankan
keagungan dhat Allah SWT dan membersihkanNya daripada sifat kekurangan. Ekoran
daripada itu, lahirlah beberapa orang tokoh seperti Ja`d Ibn Dirham, Jahm Ibn Safwan, Wasil
Ibn `Ata`, al-Asy`ari, al-Maturidi dan lain-lain. Meskipun mereka mempunyai misi yang sama
untuk mentanzihkan Allah SWT daripada sifat kekurangan, namun metode yang digunakan
berbeza dan bertentangan antara satu sama lain. Situasi ini mengundang kepada perselisihan
dan pertelingkahan di kalangan mereka yang mengakibatkan perpecahan dalam kalangan umat
Islam.
Setelah itu, ajaran ketuhanan telah diresapi pula oleh unsur falsafah yang
mengakibatkan berlakunya kecelaruan dalam pemikiran umat Islam dalam memahami konsep
ketuhanan yang sebenarnya. Bagi menyelamatkan situasi tersebut, ulama Islam telah
mengambil inisiatif memurnikan ajaran ketuhanan dengan membersihkannya daripada
fahaman ahli falsafah yang menyeleweng. Antara ulama tersebut ialah Imam al-Sanusi yang
berusaha mengharmonikan beberapa persoalan ketuhanan yang menjadi perdebatan
sebelumnya melalui karyanya yang terkenal Umm al-Barahin. Menerusi karyanya al-Sanusi
berusaha memberi panduan kepada umat Islam agar tidak melampau dalam membincangkan
isu ketuhanan, selain tidak terjeremus dalam perdebatan yang tiada kesudahannya
sebagaimana yang berlaku kepada ahli falsafah. Akhirnya pendekatan ketuhanan yang
3
berpaksikan sifat dua puluh yang dibawa oleh al-Sanusi telah diterima baik oleh ulama
Melayu yang menjadikan karyanya (Umm al-Barahin) sebagai sumber rujukan penting dalam
akidah.
Bagi ulama Melayu, mereka tidak berminat untuk mencetuskan isu baru dalam
perbahasan ketuhanan. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk mengembangkan perbahasan
ketuhanan yang berkisar dalam persoalan sifat dua puluh yang pernah dipopularkan oleh al-
Sanusi. Oleh kerana Allah SWT yang diimani oleh umat Islam itu tidak mungkin dilihat
dengan pancaindera mereka selama hidup di dunia ini, maka kaedah mengenal Allah SWT
melalui sifatnya telah diperkenalkan sebagai penyelesaian terhadap keperluan mengenali Allah
SWT oleh para ulama Islam. Antara kaedah dan pendekatan itu ialah melalui pendekatan
“Sifat Dua Puluh”. Kaedah dan pendekatan ini telah diterima pakai oleh ramai para ulama
Islam termasuklah ulama Melayu, sehingga kerangka pemikiran al-Sanusi menjadi begitu
popular dalam kalangan ulama Melayu dan menjadi sebagai bahagian penting dalam
perbahasan akidah. Hasil dari penerimaan yang meluas itu kitab-kitab tauhid yang tersebar
luas di Nusantara sekitar abad ke-18 dan 19 ini ditulis mengunakan kerangka Sifat Dua Puluh.
Kitab-kitab tersebut seperti Bidayah al-Hidayah (1757M),1 Al-Durr al-Thamin (1816 M),
2
Siraj al-Huda (1885-1886M),3 Zuhrah al-Murid fi `Aqaid al-Tawhid (1892M),
4 Faridah al-
Faraid fi `Ilm al-`Aqaid (1886M),5 Miftah al-Jannah oleh Muhammad Tayyib Bin Mas’ud al-
Banjari, Faridah al-Fara’id oleh Sheikh Ahmad al-Fatani, `Aqidah al-Najin karangan Sheikh
1 Kitab ini merupakan salah sebuah karya Sheikh Muhammad Zain bin al-Faqih Jalaluddin al-`Asyi yang
berkaitan dengan akidah. Kitab yang mengandungi 46 halaman ini merupakan sebuah tulisan yang diadaptasi
daripada kitab Umm al-Barahin karangan al-Sanusi. 2 Kitab ini merupakan sebuah karya Sheikh Daud al-Fatani yang dikarang pada tahun 1232H bersamaan 1816M
di Makkah. Merupakan sebuah karya yang paling banyak dicetak dan dikaji sehingga sekarang. Wan Muhammad
Saghir Abdullah (1990), Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara.
Shah Alam: Penerbitan Hizbi, h. 71-72 3 Kitab ini merupakan sebuah nukilan Sheikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi al-Sambawi yang
dikarang pada tahun (1303-1304 H). Karya yang mengandungi lima puluh halaman ini, merupakan adaptasi dan
huraian daripada Kitab Umm al-Barahin karangan Imam al-Sanusi. Muhammad Zainuddin bin Muhammad
Badwi al-Sambawi (tt) Siraj al-Huda, Kota Bharu: Cahaya Purnama, h. 2 4 Kitab ini merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh seorang ulama Kelantan yang bernama Sheikh
Muhammad Ali bin Abdul Rahman bin Abdul Ghafur Kutan al-Kelantani. Karya yang mengandungi 32 halaman
ini selesai dikarang pada tahun 1310H bersamaan 1892M. Tujuan penghasilan karya ini adalah untuk memberi
kemudahan terhadap golongan yang baru dalam bidang ilmu pengetahuan. Muhammad Ali bin Abdul Rahman
bin Abdul Ghafur Kutan al-Kelantani (t.t), Zuhrah al-Murid fi `Aqaid al-Tawhid, Kota Bharu: D.E Ikhwan, h. 2. 5 Kitab ini merupakan sebuah karangan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zin bin Mustafa bin Muhammad al-
Fatani, yang terkenal dengan Sheikh Ahmad al-Fatani. Ahmad bin Muhammad Zin bin Mustafa al-Fatani (t.t),
Faridah al-Faraid fi `Ilm al-`Aqaid, Patani: Matba`ah Bin Halabi, h. 2
4
Zainal Abidin al-Fatani (Tuan Minal) dan sebagainya dan banyak lagi telah dijadikan teks
dalam pengajian ilmu tauhid di kebanyakan pondok, masjid dan surau.
Sorotan Ringkas Perbahasan Sifat Allah SWT Di Alam Melayu
Perbincangan yang mendalam mengenai sifat-sifat Allah SWT tidak berlaku di zaman
Rasulullah s.a.w. Umat Islam pada zaman tersebut menerima ajaran yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w tanpa banyak persoalan. Sekiranya timbul sebarang permasalahan dalam
sesuatu perkara, para sahabat akan terus merujuk kepada Rasulullah s.a.w bagi mendapatkan
penjelasan mengenai kekeliruan tersebut. Sebagai utusan Allah, baginda s.a.w sentiasa
bersedia untuk memberi penjelasan serta jawapan terhadap sebarang kemusykilan yang
dikemukakan.6
Justeru, dengan kekuatan iman yang tertanam dalam diri umat Islam pada waktu itu,
telah mendorong mereka melebihkan pengamalan daripada berbahas dalam permasalahan
akidah.7 Ketika kewafatan Rasulullah s.a.w para sahabat masih tetap berpegang teguh dengan
kebenaran akidah Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Apabila timbul
sebarang kemusykilan mereka tidak mudah hilang panduan, bahkan akan menjadikan al-Quran
dan al-Hadith sebagai sumber rujukan. Sekiranya tidak ditemui dalam dua rujukan tersebut,
mereka akan meminta pandangan daripada sahabat-sahabat lain bagi menjawab segala
permasalahan tersebut.8
Pada penghujung zaman sahabat telah mula lahir bibit-bibit perpecahan di kalangan
umat Islam dengan kemunculan golongan-golongan yang cuba mentakwilkan ayat-ayat suci
al-Quran yang berhubung dengan masalah sifat dengan sewenang-wenangnya, serta
menimbulkan perkara-perkara yang syubhat, sehingga sampai kepada peringkat mentasybih
dan mentajsimkan Allah SWT. Golongan yang menimbulkan permasalahan ini adalah terdiri
6 Mahmud al-Khalidi (1985), Al-`Aqidah wa `Ilm al-Kalam, al-`Amman: Maktabah al-Risalah al-Hadithah, h. 27;
Hisham al-Badrani, (1998), Al-Hukm al-Syar`i fi Bahs Asma’ Allah wa Sifatihi, `Amman: Dar al-Bayariq, h. 87 7 `Abd al-Mu`ti Muhammad Bayumi (1982), Al-Falsafah al-Islamiyyah, juz 1, h. 59
8 Al-Asy`ari (1990), Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin, Beirut: Al-Maktabah al-`Asriyyah, h. 34.
5
daripada golongan-golongan yang melampau seperti al-Sab`iyyat,9 dan golongan Syi`ah yang
extrem (ghulat Syi`ah).
Individu yang berperanan besar dalam menyebarkan fahaman sifat ialah Ghaylan al-
Dimasyq. Ghaylan yang merupakan seorang hamba telah menafikan sifat bagi Allah SWT,
namun kemasyhuran beliau lebih terserlah dalam permasalahan al-qadar, sehingga beliau
digelar dengan “Ghaylan al-Qadari”.10
Selepas itu, muncul lelaki bernama al-Ja`d Ibn Dirham
yang memperkenal fahaman Jabariyyah. Al-Ja`d dianggap antara individu pertama yang
memperkenalkan fahaman al-ta`til (menafikan sifat bagi Allah SWT), dan mengatakan al-
Qur’an adalah makhluk dalam Islam.11
Pada akhir kurun pertama atau pada awal kurun kedua hijrah, muncul Jahm Ibn Safwan
di Turmuz. Tokoh ini berusaha menanamkan rasa keraguan dalam diri umat Islam dengan
mengemukakan pelbagai ideologi yang menyeleweng. Beliau yang terpengaruh dengan
fahaman yang disebarkan oleh Ja`d Ibn Dirham, turut menafikan sifat bagi Allah SWT.12
Setelah itu, lahir pula golongan Mu`tazilah.13
Kumpulan yang muncul di zaman pemerintahan
Bani Umaiyyah ini,14
mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana memberi kebebasan
kepada akal tanpa terikat dengan nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Di samping itu, golongan ini
berusaha menyatukan antara akal dan nas, sehingga mewujudkan banyak pentakwilan dalam
9 Abu al-Wafa al-Ghinami al-Taftazani (1979), `ilm al-Kalam Wa Ba`d Musykilatih, al-Qahirah: Dar al-Thaqafah
Li al-Tiba`ah Wa Nasr, h. 102. Al-Sab’iyyat adalah pendokong fahaman `Abd Allah bin Saba’ yang merupakan
seorang munafiq. `Abd Allah bin Saba’ pernah berkata kepada Saidina `Ali ‘engkau adalah Tuhan’. Lalu `Ali
telah membuangnya ke Mada’in. Setelah kematian `Ali, Ibn Saba’ terus menyebarkan dakyahnya. Antara ucapan
Ibn Saba’ bagi menyifatkan Saidina `Ali, `Ali tidak mati dibunuh, bahkan yang dibunuh oleh Ibn Muljam ialah
Syaitan yang menyerupai `Ali. Ini kerana `Ali telah diangkat ke langit, guruh itu adalah suaranya, petir itu adalah
cemetinya. Pada suatu hari dia akan turun ke bumi untuk menegakkan keadilan. Justeru itu, apabila mereka
mendengar suara guruh, mereka hendaklah berkata ‘ kesejahteraan ke atas engkau wahai Amir al-Mukminin’. Al-
Syahrastani (1986), al-Milal wa al-Nihal, tahqiq, Muhammad Sayyid Kailani, Bayrut: Dar Syo`b, juz 1, h. 174;
Al-Baghdadi (1997), Al-Farq Bayn al-Firaq, Bayrut: Dar al-Ma`rifah, h. 213; Al-Jurjani (1985), Al-Ta`rifat, h.
155-156. 10
`Ali Arsalan `Aidin (1987), Al-Madhahib al-I`itiqadiyyah al-Qadimah fi Mizan al-Islam, Dar al-Razi, h. 79 11
`Irfan `Abd al-Hamid (1967), Dirasat fi al-Firaq wa al-`Aqaid al-Islamiyyah, Baghdad: Matba`ah al-Irsyad, h.
129 12
Al-Asy`ari (1969), op.cit, h. 14 13
Menurut al-Syahrastani, selain digelar dengan Mu`tazilah golongan ini turut terkenal dengan nama-nama lain
seperti ahl al-`Adl wa al-Tawhid, al-Qadariyyah dan al-`Adliyyah. al-Syahrastani (1986), Al-Milal wa al-Nihal,
Bayrut: Dar al-Sha`b, (tahqiq) Muhammad Sayyid Kailani, juz 1, h. 43 14
`Ali Arsalan `Aidin (1987), op.cit, h. 111. Aliran ini muncul di Basrah pada akhir kurun pertama hijrah (100
H), dan menjadi semakin berkuasa sehingga tahun (198 H). Mahmud Salim `Abidat (1998), op.cit, h. 111
6
al-Qur`an15
. Antara tokoh ternama Mu`tazilah ialah Wasil Ibn `Ata’, Abi Huzail al-`Allaf, al-
Nizam, al-Jahiz dan sebagainya.16
Setelah itu, ajaran ketuhanan yang terkandung dalamnya persoalan sifat telah diresapi
pula oleh unsur falsafah yang mengakibatkan berlakunya kecelaruan dalam pemikiran umat
Islam dalam memahami konsep ketuhanan yang sebenarnya. Bagi menyelamatkan situasi
tersebut, ulama Islam telah mengambil inisiatif memurnikan ajaran ketuhanan dengan
membersihkannya daripada fahaman ahli falsafah yang menyeleweng. Antara ulama tersebut
ialah Imam al-Sanusi17
yang berusaha mengharmonikan beberapa persoalan ketuhanan yang
menjadi perdebatan sebelumnya melalui karyanya yang terkenal Umm al-Barahin.
Di Alam Melayu, perbahasan ketuhanan yang sering dibincangkan oleh ulama Melayu
ialah berkaitan sifat dua puluh. Pada dasarnya prinsip ajaran Tauhid adalah berpandu kepada
enam rukun Iman iaitu percaya kepada Allah SWT, Malaikat, Nabi dan Rasul, Kitab-Kitab,
Hari kiamat dan qada’ dan qadar. Tetapi dalam konteks kepercayaan kepada Allah SWT,
ajaran yang dipegang oleh ulama Melayu adalah berpaksi kepada doktrin sifat dua puluh.
Menurut ulama tradisional, dua puluh sifat tersebut merupakan sifat-sifat yang wajib bagi
15
Ibid., `Ali Arsalan `Aidin (1987), h. 117 16
Ahmad Amin (t.t), Zuhr al-Islam, al-Qahirah: Maktabah al-Nahdhah al-Misriyyah, juz 2, h. 50. 17
Beliau ialah Abu `Abdullah Muhammad bin Yusuf bin al-Husin bin `Umar bin Syua`ib. Dilahirkan di Kota
Tilmisani, al-Jazair pada tahun 832 H bersamaan (1428 M). Lantaran berasal daripada suku kaum Sanus, beliau
lebih terkenal dengan panggilan al-Sanusi. Al-Sanusi juga tergolong di kalangan keluarga yang kuat berpegang
dengan ajaran agama. Beliau juga merupakan seorang penulis yang aktif, telah mula menulis sejak berusia 16
tahun, dengan mengarang tidak kurang daripada 29 buah buku, 27 daripadanya adalah berkaitan ilmu tauhid dan
tasawuf. Di antara karya beliau yang terkenal ialah Umm al-Barahin yang telah diterjemah ke dalam pelbagai
bahasa. Manakala karya al-Sanusi yang lain seperti Ta`liq `ala Far`ay Ibn al-Hajib, Tafsir al-Fatihah, Haqa’iq
al-`Aqaid, Syarh al-Asma’ al-Husna, Syarh al-Bukhari, Syarh Thalathah Abyat Mansubah li al-Junayd, Syarh
Jumal al-Khunji, Syarh Jawahir al-`Ulum li al-`Iddu, Syarh Rijz Ibn al-Banna fi al-Tibb, Syarh al-Syatibiyyah,
Syarh Qasidah al-Jaza’iri, Syarh Qasidah al-Hudi, Syarh Mukhtasar Ibn `Arafah, Sughra al-Sughra,`Aqidah Ahl
al-Tawhid, `Umdah zawi al-albab wa Nuzhah al-Hussab fi Syarh Baghiyyah al-Tullab fi `Ilm al-Istirlab,
Mukhtasar al-Taftazani `ala al-Kassyaf, Mukhtasar fi `ilm al-Mantiq, al-Mustawfa fi Syarh Fara’id al-Hufi, al-
Muqaddimat fi al-`Aqa’id, Mukmal Ikmal al-Ikmal dan sebagainya. Meskipun al-Sanusi hidup pada zaman taqlid
iaitu merasa cukup terhadap apa yang telah dikaji oleh orang yang terdahulu, namun beliau menentang sekeras-
kerasnya perkara tersebut melalui kebanyakan tulisannya. Beliau telah kembali kerahmatullah pada hari Ahad
selepas daripada waktu asar 18 Jamadi al-Akhir tahun 895 H pada usia 63 tahun. Al-Sheikh Ibrahim al-Baijuri
(1949), Hasyiah Tahqiq al-Maqam, Kaherah: Maktabah Wa Matba`ah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Awladih, h.
10; Prof. H.M. Asywadie Syukur LC (1994), Pemikiran-Pemikiran Tauhid Syeikh Muhammad Sanusi, Surabaya:
Pt. Bina `Ilmu. h.v-vi; Ahmad `Atiyyah Allah (1970), al-Qamus al-Islami, jilid 3, Maktabah al-Nahdah al-
Misriyyah, Kaherah, h. 531; Abi `Abd Allah Muhammad bin `Umar bin Ibrahim al-Malali al-Tilmisani (2003),
Syarh Umm al-Barahin, Dr. Khalid Zuhri (tahqiq). Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 8-10; Sa`id `Abd al-
Latif Fawdah (2004), Tahdhib Syarh al-Sanusiyyah. Amman: Dar al-Razi, h. 19-20
7
Allah SWT, yang turut dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: sifat nafsiyyah, sifat
salbiyyah, sifat ma`ani dan sifat ma`nawiyyah.18
Di samping sifat wajib, terdapat dua puluh
sifat yang mustahil serta satu sifat yang harus bagi Allah SWT.
Berdasarkan pembahagian sifat-sifat tersebut terdapat perbezaan dengan pandangan
yang dikemukakan oleh al-Asy`ari. Ini kerana beliau tidak pula menyebut tentang sifat
ma`nawiyyah, namun sifat tersebut diakui oleh al-Razi,19
al-Baqilani,20
Imam al-Haramain al-
Juwayni,21
dan setengah kalangan Maturidiyyah22
dan golongan Mu`tazilah.23
Dengan
pengagihan seperti ini menggambarkan pembahagian tersebut bukanlah bermula daripada al-
Asy`ari, bahkan ia datang daripada salah seorang ulama al-Asya`irah iaitu Muhammad ibn
Yusuf al-Sanusi.24
18
Abdul Rahman Haji Abdullah (1998), Pemikiran Islam Di Malaysia Sejarah dan Aliran, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 39 19
Al-Razi tergolong dalam kalangan ulama Asya`irah yang mengakui “al-hal”, lantaran itu beliau menerima
kewujudan sifat ma`nawiyyah seperti Allah SWT bersifat dengan `aliman dan qadiran dengan `ilm dan qudrah
yang qadim. al-Razi (1991), Kitab al-Muhassal wahuwa Muhassal Afkar al-Mutaqaddimin wa al-Mutaakhirin
min al-Hukama’ wa al-Mutakallimin, Dr. Husin Atai (tahqiq), Kaherah: Maktabah Dar al-Turath, h. 210 20
Al-Baqilani mengakui Allah SWT mempunyai sifat ma`nawiyyah seperti hayyan, `aliman, qadiran, sami`an,
basiran, mutakalliman dan muridan. Beliau berpendapat sekiranya Allah SWT tidak memiliki sifat ini, pastinya
Dia bersifat dengan lawan sifat tersebut seperti mati (al-mawt), jahil (al-jahl), lemah (al-`ajz), tuli (al-khars),
buta (al-`amy), bisu (al-samam) dan dipaksa (al-karh). Tetapi bersifat dengan sifat kekurangan tersebut adalah
mustahil bagi Allah SWT. al-Baqilani (1987), op.cit, h. 48-49. 21
Imam al-Haramain sependapat dengan al-Baqilani dan al-Razi tentang penerimaan “al-hal” iaitu sesuatu yang
berada dipertengahan antara wujud dan tiada (`adam). Memandangkan beliau menerima “al-hal” maka dengan
sendirinya mengakui keberadaan sifat ma`nawiyyah yang dianggap sebahagian daripada “al-hal”. Sehubungan itu
Imam al-Haramayn mengakui bahawa Allah SWT bersifat dengan hayyun, `alimun dan qadirun dengan hayah,
`ilm dan qudrah yang qadim. Kenyataan beliau ini bertujuan menolak pandangan Mu`tazilah yang menafikan
sifat ma`ani seperti mengatakan Allah SWT `alimun, qadirun dan hayyun dengan dhatNya. Imam al-Haramain
al-Juwayni (1995), Kitab al-Irsyad ila Qawati` al-Adillah fi Usul al-I`tiqad, Sheikh Zakaria `Amirat (tahqiq).
Beirut: Dar al-Kutub al`Ilmiyyah, h. 36-37 22 Antara ulama al-Maturidiyyah yang menerima sifat ma`nawiyyah ialah Abu Hafs Najm al-Din al-Nasafi. Bagi
al-Nasafi Allah SWT bersifat dengan al-hayyu, al-qadir, al-`alim, al-sami`, al-basir dan al-murid. `Abd al-Malik
`Abd al-Rahman al-Sa`di (1999), Syarh al-Nasafiyyah fi al-`Aqidah al-Islamiyyah. Beirut: Dar Al-Anban, h. 38-
49 23
Bagi Mu`tazilah, meskipun menerima sifat ma`nawiyyah, namun mereka menolak sifat ma`ani. Menurut
golongan ini Allah SWT adalah `aliman dan qadiran bukan dengan `ilm dan qudrah, kerana sifat ma`ani adalah
baharu. `Abd al-Jabbar bin Ahmad (1965), op.cit, h. 195 24
Ahmad al-Fatani (t.t), Faridah al-Fara’id fi `Ilm al-`Aqa’id. Patani: Matba`ah Bin Halabi, h. 10-11; Abdul
Rahman Haji Abdullah (1998), op.cit, h. 40. Perbezaan pandangan antara al-Sanusi dengan al-Asy`ari dan Abu
Mansur al-Maturidi adalah dari aspek pembahagian sifat bagi Allah SWT. Ini kerana menurut al-Asy`ari sifat
Allah SWT hanyalah tiga belas sifat sahaja, sedangkan al-Maturidi membahagikan kepada dua puluh sifat dan al-
Sanusi sebanyak dua puluh sifat. Prof.H.M Asywadie Syukur LC (1994), Pemikiran-Pemikiran Tauhid Syekh
Muhammad Sanusi, Surabaya: Pt Bina Ilmu, h. vii; Mahayudin Haji Yahaya (2000) Karya Klasik Melayu-Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 334-335.
8
Orang pertama yang dikatakan terlibat dalam pengajaran sifat dua puluh di Alam
Melayu ialah Sheikh Abd Rauf Fansuri. Beliau telah mengupas persoalan tersebut dalam karya
tasawufnya yang berjudul `Umdah al-Muhtajin.25
Pada abad yang ke-18, tokoh pertama yang
mengembangkan Ilmu Kalam di Tanah Melayu ialah Muhammad Zayn Faqih Jalal al-Din al-
Asyi. Antara usaha terpenting beliau ialah menghasilkan sebuah karya tauhid bertajuk Bidayah
al-Hidayah (1757M) yang merupakan pengadaptasian dan komentar daripada kitab Umm al-
Barahin karangan al-Sanusi.26
Selepas itu, muncul beberapa karya akidah yang bersumberkan
kitab Umm al-Barahin seperti Zuhrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tawhid nukilan Sheikh
`Abd al-Samad al-Falimbani pada tahun (1764M) di Makkah. Syeikh Nawawi Bentani turut
mensyarahkan kitab Umm al-Barahin dengan tajuk Zari`at al-Yaqin. Demikian juga ajaran
“sifat dua puluh” terus berkembang dengan kelahiran kitab `Aqidah al-Bayan oleh Tok Syihab
al-Din Palembang.27
Pada abad yang ke-19, lahir beberapa karya yang membahaskan tentang “sifat dua
puluh” . Antaranya ialah Ini Kitab Sifat Dua Puluh oleh Sayyid Uthman Ibn Yahya al-Betawi
pada tahun (1886M). Selepas daripada itu muncul beberapa kitab yang diadaptasi daripada
kitab Umm al-Barahin seperti kitab Siraj al-Huda karangan Muhammad Zainuddin bin
Muhammad Badawi al-Sambawi sekitar tahun (1885-1886M). Kemudian muncul pula kitab
`Aqidah al-Najin yang dikarang oleh Sheikh Zainal `Abidin ibn Muhammad al-Fatani pada
tahun (1890M).28
Pada abad ini juga telah muncul seorang ulama Melayu yang produktif
dalam bidang penulisan, beliau ialah Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani. Beliau turut
membincangkan ajaran sifat dua puluh dalam karyanya al-Durr al-Thamin29
dan Sifat Dua
Puluh. Di Kelantan muncul Haji Abdul Samad bin Muhammad Salih yang terkenal dengan
Tuan Tabal turut membincangkan persoalan sifat dua puluh dalam karyanya Bi Kifayah al-
25
Abdul Rahman Haji Abdullah (1990), Pemikiran Islam Di Nusantara Sejarah Dan Perkembangannya Hingga
Abad Ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 108 26
Kamarul Bakri bin Abd. Aziz (1999), Konsep Ilmu Tauhid Dalam Kitab Jawi, Disertasi Sarjana Usuluddin.
Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h. 80-81 27
Abdul Rahman Haji Abdullah (1990), op.cit, h. 110 28
Ibid., h. 111 29
Kitab ini telah mula dikarang pada tahun 1232H/1816M.
9
`Awam. Sementara itu, di Kedah lahir Muhammad Tayyib bin Mas`ud al-Banjari yang turut
menyentuh tentang ajaran sifat dua puluh dalam karyanya Miftah al-Jannah.30
Perbahasan mengenai sifat dua puluh turut dibincang secara ringkas oleh Uthman bin
Abdullah bin Yahya al-Batawi dalam karyanya yang bertajuk Kitab Sifat Dua Puluh pada
tahun (1304H/1886M).31
Selain itu, Tok Wan Ali Kutan atau nama sebenarnya Sheikh Abd
Rahman al-Kelantani turut memuatkan perbahasan sifat dua puluh dalam karyanya Zuhrah al-
Murid fi `Aqaid al-Tawhid yang selesai dikarang pada tahun1310H.32
Bagi ulama Melayu, mereka tidak berminat untuk mencetuskan isu baru dalam
perbahasan ketuhanan. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk mengembangkan perbahasan
ketuhanan yang berkisar dalam persoalan sifat dua puluh yang pernah dipopularkan oleh Imam
al-Sanusi. Keyakinan terhadap al-Sanusi yang dianggap sebagai wali Allah SWT oleh
kebanyakan ulama Melayu menjadikan mereka begitu kagum dengan pemikiran sifat dua
puluh yang diketengahkan oleh beliau. Kekaguman tersebut terpancar melalui kata-kata ulama
Melayu berikut:
“ … bahawa muqaddimah Sheikh Sanusi itu, dan jika adalah ia kecil jirimnya
sekalipun sangat besar ilmunya lagi yang mengandung atas sekelian `aqaid serta
dilebih beberapa fawaid dan kerana demikian itu adalah ia terlebih elok daripada
segala yang dita`lifkan pada tauhid dan terlebih sucinya daripada hampa, dan
ta`qid istimewa pula orang yang mengarang akan dia itu wali Allah dengan tiada
syak dan namanya Muhammad anak Yusuf al-Sanusi al-Husni ...”.33
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Sheikh Zainal Abidin al-Fatani (Tuan Minal) tentang
keistimewaan teks Umm al-Barahin karangan al-Sanusi meskipun kecil dari segi saiznya,
namun tidak ternilai dari faedah dan manfaatnya.. Kekaguman bukan hanya terletak kepada
pengarangnya yang dianggap sebagai wali Allah, malah karya tersebut dianggap antara karya
30
Abdul Rahman Haji Abdullah (1990), op.cit, h. 111 31
Uthman bin Abdullah bin Yahya (t.t), Kitab Sifat Dua Puluh, (ttp), h. 1 32
Mohd Nor Ngah (1983), Kitab Jawi : Islamic Thought of the Malay Muslim Scholars, Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies, h. 7 33
Zainal Abidin al-Fatani, (t.t), op.cit, h. 2
10
terbaik tauhid yang pernah dihasilkan.34
Pujian terhadap Umm al-Barahin turut diutarakan
Sheikh Zayn bin Faqih Jalaluddin melalui karyanya Bidayah al-Hidayah dengan katanya,
“ ... maka aku kehendak aku terjemahkan akan karangan Imam yang lebih lagi
warak yaitu Abu `Abdullah kunyahnya Muhammad anaknya Yusuf Sanusi, nama
negerinya Husni bangsanya yang redha Allah daripadanya, dan dinamai
karangannya yaitu Umm al-Barahin....”.35
Kekaguman yang sama turut diutarakan oleh pengarang Siraj al-Huda, sebagaimana
katanya,
“... hal keadaan menjadi syarah atas matn Umm al-Barahin, dikerana
bahawasanya ia memberi faedah padanya. (Adapun) ia memberi faedah, maka
yaitu bahawasanya ialah kitab yang kecil pada bicara `aqa’id yang terlebih
masyhur pada segala orang Arab dan Jawi dan Turki dan Hindi dan lainnya
membaca segala mereka itu akan dia, serta diamalkan segala barang yang
tersebut didalamnya, dan tersebut pada satu citra daripada orang yang soleh
bahawasa Sayyidina Ibrahim a.s mengajar akan Umm al-Barahin bagi segala
kanak-kanak yang mati dahulu daripada baligh dengan sebagai pada langit yang
ketujuh”.36
Kenyataan di atas mendedahkan tentang kepentingan kitab Umm al-Barahin kepada
ulama Melayu. Bagi mereka keterangan yang dikemukakan oleh al-Sanusi tentang sifat dua
puluh tetap releven dikembangkan kepada masyarakat Islam di Nusantara.
Biografi Tuan Minal
Tuan Minal tergolong dalam kalangan tokoh ulama Melayu Patani yang terkenal selepas
daripada Sheikh Daud al-Fatani, Sheikh Ahmad al-Fatani dan Sheikh Nik Dir al-Fatani. Nama
penuh beliau ialah Zainal `Abidin bin Muhammad bin Muhammad Dahhan bin Syeikh Wan
Syamsuddin bin Syeikh Jaafar, namun beliau lebih terkenal dengan gelaran “Tuan Minal”.37
34
Wan Suhaimi Wan Abdullah (2001), op.cit, h. 111 35
Muhammad Zain Ibn Faqih Jalaluddin (t.t), Bidayah al-Hidayah. Singapura-Jeddah: Percetakan al-Ma`arif
Sdn. Bhd, h. 2 36
al-Sambawi (t.t), Siraj al-Huda. Kota Bharu: Cahaya Purnama, h. 2. 37
Gelaran ini dikatakan mempunyai kaitan dengan peristiwa Tuan Minal dengan muridnya, di mana apabila
beliau merasa marah atau rungsing terhadap murid-muridya beliau akan membaca surah al-Nas. Apabila sampai
kepada ayat min al-jinnati wa al-nas beliau meninggikan suaranya. Semakin kuat rasa marahnya, semakin
tinggilah tekanan suaranya terhadap ayat tersebut. Ekoran seringkali menyebut ayat tersebut, maka lama
kelamaan melekatlah kalimah min al-jinnah menjadi gelarannya. Kemudian kalimah tersebut disingkatkan
menjadi “minal”. Wan Muhamad Shaghir Abdullah, (1991), Zainal Abidin al-Fatani, Majalah Dakwah, April,
11
Tuan Minal dilahirkan di Kampung Bendang Badang, iaitu sebuah kampung yang terletak di
lembangan Sungai Patani, berdekatan dengan Pekan Binjai Lama yang terletak di tengah-
tengah perjalanan antara Bandar Patani dengan Bandar Yala, Thailand.38
Tuan Minal mendapat pendidikan secara informal di madrasah kampung beliau sendiri.
Pada zaman tersebut pusat pengajian pondok menjadi pilihan utama muda-mudi yang
berminat terhadap pendidikan agama. Berbekalkan keazaman dan kesedaran yang tinggi untuk
mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan agama, beliau telah mengambil inisiatif untuk
meneruskan lagi pengajian di pusat pengajian pondok. Pusat pengajian yang menjadi pilihan
beliau ialah pondok Bendang Daya. Semasa berada di pondok ini, beliau berkesempatan
belajar dengan beberapa tokoh ulama pondok yang terkenal pada waktu itu. Antara guru-guru
beliau ialah Sheikh Wan Mustafa bin Muhammad Faqih al-Patani @ Tok Wan Pa yang
merupakan pengasas pondok tersebut,39
dan Sheikh Abdul Rashid al-Fatani yang terkenal
dengan gelaran “Keramat Pulau Bidan”.Tuan Minal juga berkesempatan belajar ilmu
usuluddin dengan Syaikh Muhammad Thayyib bin Mas`ud al-Banjari al-Qadhi (Kedah).40
Berbekalkan keazaman yang tinggi untuk menambah ilmu pengetahuan, Tuan Minal
sekali lagi menyambung pelajaran ke luar negeri. Kali ini pusat pengajian yang menjadi
pilihan beliau ialah di Masjid al-Haram, Mekah. Pada waktu itu, pengajian di Masjid al-Haram
lebih terkenal sebagai pusat pendidikan sama ada secara formal atau tidak, dan telah
hal. 16; Ahmad Fathy al-Fatani (2002), Ulama Besar Dari Patani, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, hal. 71. 38
Ibid., h .64. Menurut catatan yang dibuat oleh Hj. Yusuf bin Hj. Mustafa Bandar Fatani, Tuan Minal dilahirkan
di Kampung Kerisik atau Angkro dalam Jajahan Patani. Al-Haji Yusuf bin al-Haji Mustafa Bandar Patani
(1991), Sejarah Dan Silsilah Keturunan Tuan Minal, (t.tp), h. 1. Manakala menurut Hj. Wan Mohd Saghir, beliau
berasal dari Kampung Anak Ru Patani. Wan Mohd Saghir Abdullah (2007), Tuan Minal al-Fatani, Karangannya
Rujukan Ulama Melayu, dalam Wan Mohd Saghir Abdullah, Ulama Dunia Melayu Yang diperkenalkan Dalam
Utusan Malaysia, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, h. 137. 39
Sheikh Haji Wan Mustafa al-Fatani dilahirkan tahun 1160 H/ 1747-8 M di Kampung Bendang Daya, Patani.
Beliau merupakan anak Wan Muhamad al-Fatani, merupakan seorang ulama Patani yang masyhur pada
zamannya. Pernah diberikan gelaran sebagai “Hulubalang kepada Sultan Fathani Darus Salam”, “Hulubalang
Wan Pa” dan “Datuk Panglima Kaya”. Sheikh Wan Mustafa dikatakan mempunyai empat orang anak lelaki, dan
semuanya berjaya menjadi ulama yang berkaliber. Anak-anak beliau ialah Sheikh Wan Muhamad Zin, Sheikh
Wan Abdul Kadir, Sheikh Wan Abdul Latif dan Sheikh Wan Daud. Ahmad Fathy al-Fatani, (2002) op.cit, h. 20;
H.M. Bedjo Santoso (2006), Sheikh Ahmad al-Fatani dan Sumbangannya Terhadap Pengembangan Pemikiran
Islam di Pulau Jawa, dalam Farid Mat Zain, et.al. (eds) Nadwah Ulama Nusantara III, Bangi: Fakulti Pengajian
Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 244. 40
Wan Mohd Saghir Abdullah (2007), op.cit, h. 137.
12
dikunjungi oleh ramai bangsa Melayu bagi menimba ilmu agama untuk dunia dan akhirat.41
Ketika berada di Mekah beliau sempat menimba ilmu dengan beberapa tokoh ulama Arab dan
Patani yang terkenal pada waktu itu, antaranya seperti Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasb
Allah al-Makki, Sheikh Wan Ali bin Ishak al-Fatani, Sheikh Abdullah bin Abd al-Rahim al-
Fatani dan lain-lain lagi.42
Di samping turut berguru dengan Sheikh Daud al-Fatani.43
Tuan
Minal tidaklah bermastautin lama di Mekah seperti rakan-rakannya yang lain yang terus
bermukim di sana.44
Ini kerana setelah selesai menuntut ilmu beliau tidak menetap lebih lama
di sana, bahkan terus pulang ke tanahair.45
Pemikiran Tuan Minal Tentang Sifat Allah SWT
Tuan Minal termasuk di kalangan ulama Melayu yang menyokong kewujudan sifat bagi Allah
SWT. Buktinya beliau mengiktiraf dan mengakui pembahagian sifat Allah SWT kepada dua
puluh sifat. Sekiranya Tuan Minal menentang perkara tersebut, pastinya beliau tidak akan
membincangkan persoalan tersebut dalam kebanyakan karyanya. Ini kerana dalam beberapa
karyanya seperti `Aqidah al-Najin dan Miftah al-Murid, beliau menghuraikan secara terperinci
tentang persoalan sifat dua puluh.
Sifat menurut pentakrifan Tuan Minal ialah “sesuatu yang ada (wujudi) yang terdapat
kepada pihak yang disifatkan (mawsuf), yang dinamakan kepada selain daripada dhat46
.
Berdasarkan penta`rifan tersebut, Tuan Minal ingin menjelaskan bahawa sifat adalah benar-
41
Che Zarrina Sa’ari (2001), Perkembangan Tarikat Ahmadiyyah Di Negeri Kelantan Darul Naim, dalam Jurnal
AFKAR, bil.2, Kuala Lumpur: Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, h. 62. 42
Mohd Zamberi A. Malik, (1994), Patani Dalam Tamadun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka, h. 120 43
Wan Muhamad Saghir Abdullah (2007), op.cit, h. 137-138 44
Kenyataan ini berdasarkan ramai di kalangan ulama Patani yang mengambil inisiatif untuk terus bermukim di
Mekah. Keputusan yang dibuat bukanlah bertujuan melarikan diri daripada tanggungjawab terhadap masyarakat,
tetapi ekoran daripada percaturan politik dan tekanan yang berterusan daripada kerajaan Thailand terhadap
masyarakat Islam yang tidak memungkinkan Islam mampu disebarkan dengan selamat. Antara ulama Patani yang
mengambil inisiatif untuk terus bermukim di Mekah ialah seperti Sheikh Daud al-Fatani, Sheikh Nik Dir al-
Fatani, Tok Sengora, Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhamad Zin al-Fatani, Tok Gudang, Sheikh Nik Mat
Kechik al-Fatani dan lain-lain lagi. 45
Ahmad Fathy al-Fatani (2002), op.cit, hal. 64 46
`Isa bin `Abd Allah Mani` al-Humairi (1998), Al-Mafahim al-`Aqadiyyah fi al-Sifat al-Ilahiyyah. Kaherah: Dar
al-Salam, h. 43; Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 15
13
benar ada, dan bertempat, namun sifat dan dhat merupakan dua elemen yang berbeza. Justeru,
kalaulah dikatakan sifat dan dhat adalah sesuatu yang berbeza bagaimanakah pula dengan sifat
Allah SWT, adakah ianya juga terpisah daripada dhat.
Berhubung persoalan ini Tuan Minal menegaskan bahawa Allah SWT berbeza dengan
makhluk yang sangat berhajat kepada sesuatu termasuk kepada sifat, sedangkan Allah SWT
adalah berlainan daripada itu, kerana Dia tidak memerlukan kepada sifat dan juga kepada
pencipta sifatNya. Meskipun begitu Tuan Minal tidak dapat mengelak daripada menyatakan
bahawa sifat Allah SWT adalah bertempat (mahal) iaitu berada pada dhat. Menurut beliau,
yang tidak bermahal hanyalah dhat Allah SWT sahaja, manakala sifat sama ada yang qadim
maupun baharu (hadith) semuanya mempunyai mahal.47
Pandangan Tuan Minal ini seolah-
olah menyamakan sifat Allah SWT dengan makhluk kerana menganggap sifat adalah
bertempat iaitu berada pada dhat. Namun pandangan ini ditolak kerana bagi Tuan Minal
semua perkara yang berada bersama Allah SWT adalah qadim termasuk sifat, tetapi
menggambarkan sifat berdiri sendiri tanpa dhat adalah bertentangan dengan logik akal.
Meskipun mengakui sifat Allah SWT berada pada dhatNya atau bermahal, namun
Tuan Minal menolak pandangan yang menyifatkan sifat Allah SWT amat memerlukan kepada
dhatNya. Oleh itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Fakhr al-Din al-Razi yang
menyifatkan mustahil sifat Allah SWT berdiri dengan sendiri, bahkan wajib berdiri dengan
dhatNya48
. Menurut Tuan Minal, tidak layak menyifatkan Allah SWT berkehendak kepada
dhat, kerana ia boleh menimbulkan tanggapan yang negatif terhadap Allah SWT seolah-olah
Dia berhajat kepada sesuatu. Sedangkan wajib ber`itiqad bahawa sifat Allah SWT adalah
qadim dan maha sempurna daripada bergantung kepada sesuatu, bahkan sesuatu yang sangat
berhajat kepadaNya.49
47
Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 20 48
Ibid., h. 20. Kenyataan “jahat adab” ini ditujukan kepada Imam Fakhr al-Din al-Razi yang berpendapat bahawa
sifat Allah SWT tidak berdiri dengan sendiri, bahkan memerlukan tempat iaitu dhat. Pendapat ini seolah-olah
menganggap sifat sangat berhajat kepada dhat yang merupakan sesuatu yang bertentangan dengan pandangan
Asya`irah. Hujah al-Razi tentang keberhajatan sifat kepada dhat ialah pertamanya alam adalah baharu, dan Allah
SWT adalah pencipta alam sejak azali, kerana pencipta (fa`il) tanpa perbuatan (fi`l) adalah mustahil. Maka
jadilah pencipta dan perbuatanNya (fi`l) sebagai suatu yang berkait antara satu sama lain. Justeru, benarlah sifat
berada pada dhat Allah SWT. Al-Razi (1991), Kitab al-Muhassal. Kaherah: Maktabah Dar al-Turath, Dr. Husin
Atai (tahqiq), h. 366-367. 49
Ibid., h. 20
14
Kenyataan Tuan Minal tentang kedudukan sifat Allah SWT menepati pandangan
beberapa ulama Asya`irah seperti al-Asy`ari, al-Baghdadi, al-Baqilani dan al-Ghazzali yang
turut mengakui bahawa sifat bukanlah dhat, bahkan merupakan tambahan bagi dhat, namun
sifat tersebut adalah qadim sebagaimana dhat. Ini kerana Allah SWT mengetahui dengan ilmu,
hidup dengan hayah dan sebagainya.50
Pandangan ini bertujuan menjawab fahaman
Mu`tazilah51
dan Ahli Falsafah52
yang menafikan kewujudan dua yang qadim iaitu dhat dan
sifat, sehingga menafikan sifat bagi Allah SWT. Menurut Mu`tazilah Allah SWT mengetahui,
berkuasa, dan hidup dengan dhatNya, bukan dengan `ilm, qudrah dan hayah.53
Ahli Falsafah
pula mempunyai pandangan yang sama dengan Mu`tazilah yang menafikan sifat ma`ani
seperti `ilm, qudrah dan iradah. Tetapi penolakan Ahli Falsafah adalah sangat melampau
kerana menafikan keseluruhan sifat Allah SWT. Menurut ahli Falsafah, sekiranya Allah SWT
mempunyai sifat, maka pastinya Dia amat memerlukan kepada sifat tersebut. Berhajat kepada
sifat dengan sendirinya menafikan Allah SWT dengan Wajib al-Wujud.54
Pandangan Tuan Minal tentang persoalan sifat ini turut disepakati oleh kebanyakan
pengarang kitab jawi yang menyifatkan sifat sebagai sesuatu yang lain daripada dhat, antara
mereka ialah Sheikh Muhammad Zin Faqih Jalaluddin, Pak Da`el, Sheikh Muhammad
Zainuddin al-Sambawi dan sebagainya. Menurut Sheikh Muhammad Zin Faqih Jalaluddin,
sifat Allah SWT ialah suatu makna yang lain daripada dhat, tetapi berdiri pada dhat.55
Pak
Da`El pula berpendapat, sifat Allah SWT ialah perkara yang bersangkutan atau perkara yang
berkaitan dengan dhat.56
Sheikh Muhammad Zainuddin al-Sambawi pula berpendapat, sifat
Allah SWT ialah sesuatu yang berada pada sesuatu yang disifatkan (mawsuf), namun ia
50
Al-Ghazzali (1983), al-`Iqtisad fi al-‘Itiqad. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 84; Al-Baghdadi (1928),
Usul al-Din. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 90; Al-Asy`ari (1975), al-Luma` fi al-Radd Ahl al-Ziyagh wa
al-Bida`, Dr. Hamudah Gharabah (tahqiq). Kaherah: Hay’ah al-`Ammah li Syu’un al-Matabi` al-Amiriyyah, h.
30; Al-Baqilani (1987),op.cit, h. 245-246; Dr. `Abd al-Fattah al-Maghribi (1985), Imam Ahl al- Sunnah wa al-
Jama`ah Abu Mansur al-Maturidi wa Ara’uhu al-Kalamiyyah. Kaherah: Maktabah Wahbah, h. 165 51
Al-Ghazzali (1983), op.cit, h. 84 ; Al-Imam Muhammad Abu Zuhrah (t.t), op.cit, h.127; Dr. `Abd Al-Mun`im
al-Hufni (1993) op.cit, h. 358; Al-Taftazani (1989), juz 4, op.cit, h. 78; Ahmad Amin (1982), Fajr al-Islam.
Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, h. 297 52
Al-Taftazani (1989), juz 4, op.cit, h. 78-79; Dr. `Abd al-Malik `Abd al-Rahman al-Sa`di (1999), Syarh al-
Nasafiyyah fi al-`Aqidah al-Islamiyyah. Dar Al-Anban, h. 71; Dr. `Irfan `Abd al-Hamid (1967), op.cit, h. 212 53
`Abd al-Jabbar bin Ahmad (1965), op.cit, h. 197-200 54
Al-Ghazzali (1962), Tahafut al-Falasifah. Beirut: Matba`ah al-Katulikiyyah, h. 170-171 55
Muhammad Zin Ibn al-Faqih Jalaluddin (t.t), op.cit, h. 7 56
Ismail bin Abdul Kadir al-Fatani (t.t), op.cit, h. 5
15
bukanlah dhat.57
Berdasarkan kenyataan tersebut menggambarkan bahawa kebanyakan
pengarang tersebut sebagaimana Tuan Minal berusaha menghindarkan sifat Allah SWT
daripada menyerupai sesuatu yang baharu, namun tidak dapat mengelak daripada
menyifatkannya berada pada dhat.
Bilangan Sifat Allah SWT
Tuan Minal dalam karyanya seperti `Aqidah al-Najin menerangkan secara terperinci bilangan
sifat Allah SWT. Berkaitan persoalan ini Tuan Minal lebih cenderung kepada pandangan
Imam al-Sanusi yang membahagikan sifat Allah SWT kepada dua puluh sifat.58
Terpengaruh
dengan pandangan al-Sanusi, bukanlah bererti Tuan Minal bertaqlid buta terhadap pandangan
tersebut, bahkan beliau mempunyai hujah bagi membuktikan kerelevenan bilangan tersebut.
Sebagaimana al-Sanusi, Tuan Minal juga tidak menghadkan sifat tersebut kepada dua puluh
sifat sahaja, kerana sifat kesempurnaan Allah SWT tidak terhitung banyaknya.59
Membataskan
bilangan sifat Allah SWT seolah-olah menghadkan sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh
syarak. Keyakinan beliau terhadap pembahagian sifat dua puluh bukanlah semata-mata
kagum dengan kewalian al-Sanusi, bahkan ianya bersandar kepada kekuatan hujah yang
menyokong keberadaan sifat-sifat tersebut.
Hitungan Tuan Minal terhadap bilangan sifat Allah SWT adalah menepati pandangan
beberapa ulama Asya`irah seperti seperti al-Baqilani dan al-Juwayni serta al-Maturidi. Namun
berbeza dengan Al-Asy`ari yang membahagikan sifat tersebut kepada dua belas sifat sahaja
kerana tidak mengkategorikan sifat nafsiyyah dan ma`nawiyyah sebagai sifat, bahkan
dianggap sebagai asma’ Allah.60
57
Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badwi al-Sambawi (t.t), op.cit h. 8 58
Ulama pertama yang memperkenalkan perbahasan sifat ialah Imam al-Sanusi. Beliau adalah pencetus kepada
perbahasan sifat Dua Puluh, pandangan beliau telah dijadikan rujukan bagi menentukan hakikat sifat-sifat Allah
SWT. 59
Ketika menjelaskan bilangan sifat yang wajib bagi Allah SWT, pandangan Imam al-Sanusi dijadikan rujukan
oleh ulama Melayu termasuk Tuan Minal, sebagaimana katanya, famimma yajibu liMawlana Jalla wa `Azza
`isyrin sifah, ertinya “ maka di antara yang wajib bagi Allah dua puluh sifat ”. Dengan menyebut perkataan “min
ma” yang bermaksud sebahagian, menunjukkan bahawa al-Sanusi tidak membataskan sifat-sifat Allah SWT
kepada dua puluh sifat sahaja, bahkan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT adalah melebihi daripada itu. Zainal
Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 16 60
__ (t.t), Syarh Matn Jawharah al-Tawhid, (terj). Pulau Pinang: Percetakan Dar al-Ma`arif, h. 14; Ahmad al-
Fatani (t.t), Faridah al-Faraid. Patani: Matba`ah Bin Halabi, h.10-11.
16
Pembahagian Sifat Allah SWT
Tuan Minal tidak hanya membincangkan tentang bilangan sifat Allah SWT semata-mata,
bahkan turut menjelaskan kategori yang selayaknya dimuatkan keseluruhan sifat-sifat tersebut.
Berhubung persoalan ini, Tuan Minal telah mengagihkan sifat tersebut kepada empat kategori
utama iaitu nafsiyyah, salbiyyah, ma`ani dan ma`nawiyyah.
Bahagian yang pertama ialah sifat nafsiyyah. Perkataan nafsiyyah menurut Tuan Minal
berasal daripada kalimah “nafs” yang bermaksud sifat ini adalah dhatNya dan bukan
menunjukkan kepada perkara yang za’id (tambahan) pada dhatNya. Berkaitan sifat nafsiyyah,
Tuan Minal telah mengemukakan dua penta`rifan mengenainya iaitu pertamanya sifat ini
dikatakan sebagai “tidak diterima akal ada dhat melainkan dengannya”.61
Kenyataan ini
menjelaskan bahawa akal yang sihat dan waras tidak dapat menerima keberadaan sesuatu
melainkan didahului oleh wujud.
Manakala ta`rif kedua, iaitu yang diutarakan oleh sesetengah ulama ialah “hal yang
thabit bagi dhat, selama ada dhat itu padahal tiada dikeranakan dengan suatu kerana”.62
Berdasarkan penta`rifan ini, Tuan Minal menjelaskan bahawa sifat nafsiyyah adalah termasuk
dalam kategori hal iaitu sesuatu yang berada dipertengahan antara wujud dan tiada (`adam).63
Justeru itu, sifat ini pada hakikatnya tidak dikatakan benar-benar ada dan tiada. Manakala
dimaksudkan dengan “tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana” ialah sifat ini tidak berkait
dengan sesuatu apa pun. Ini kerana tiada sesuatu pun yang dikaitkan dengan kewujudan sifat
ini, sama ada ia berpunca daripada sifat lain atau sebagainya. Selain itu, menurut Tuan Minal,
sifat nafsiyyah turut disebut sebagai sifat itu adalah dhat (hiya huwa). Memandangkan sifat ini
tiada lain melainkan dhat, dan tiada sifat lain yang dinisbahkan kepadanya melainkan sifat
wujud.64
Maka jelaslah di sini bahawa sifat nafsiyyah hanyalah satu sahaja iaitu wujud.
61
Ibid., h. 23. Atau dalam bahasa Arab disebut sebagai “ ma la ta`qil al-Dhat illa biha”. 62
Mubarak Hasan Husin (1995), op.cit, h. 175; Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 23 63
Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 23 64
Ibid., h. 23
17
Kategori kedua ialah sifat salbiyyah. Tuan Minal menta`rifkan sifat salbiyyah sebagai “
sifat yang menunjukkan atas nafi barang yang tiada layak dengan Allah `Azza wa Jalla”.65
Dimaksudkan dengan penta`rifan di atas ialah mengenepikan sebarang sifat yang tidak layak
dengan kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ini bermakna kelima-lima sifat salbiyyah iaitu
qidam, baqa’, mukhalafatuhu li al-hawadith, qiyamuhu bi nafsih dan wahdaniah bertindak
menolak sifat-sifat yang tidak layak Allah SWT. Umpama sifat qidam bertindak menafikan
ada permulaan bagi kewujudan Allah SWT. Manakala sifat baqa’ menafikan ada kesudahan
bagi kewujudan Allah SWT. Sifat mukhalafatuhu li al-hawadith menolak adanya persamaan
Allah SWT dengan makhluk. Sifat qiyamuhu bi nafsih menafikan Allah SWT berhajat kepada
pencipta. Dan sifat wahdaniyyah menafikan banyak dhat, sifat dan af`al Allah SWT.66
Di samping itu, Tuan Minal ingin memperbetulkan pandangan yang cuba menyisihkan
sifat salbiyyah daripada kategori sifat Allah SWT, kerana menganggap sifat tersebut
merupakan sifat-sifat negatif yang tidak layak disandarkan kepada Allah SWT. Menurut Tuan
Minal keberadaan sifat ini bukanlah bertujuan meletakkan sifat-sifat yang tidak layak bagi
Allah SWT, bahkan untuk membersihkan Allah SWT daripada sifat-sifat kekurangan,
memandangkan keberadaan sifat tersebut telah disepakati oleh kebanyakan ulama.67
Menurut Tuan Minal sifat salbiyyah turut dikenali sebagai “sifat tiada” (`adami).
Dinamakan dengan “sifat tiada”, kerana sifat ini tidak dikatakan sebenar-sebenar wujud seperti
sifat ma`ani. Ini kerana sifat salbiyyah tidak benar-benar wujud di alam nyata, melainkan
ianya berperanan menolak sifat negatif terhadap Allah SWT. Kategori ketiga daripada sifat
dua puluh ialah sifat ma`ani. Sifat ini menurut Tuan Minal ialah “tiap-tiap sifat yang
mawjudah pada dhihni dan mawjudah pada kharij dengan berdiri dengan yang mawjudah,
yakni yang berdiri pada dhat yang mawjud, yang mewajibkan baginya hukum”. Sifat ma`ani
menurut Tuan Minal terdiri daripada tujuh sifat iaitu, qudrah, iradah, ilmu, hayah, sama`,
basar dan kalam.68
65
Mubarak Hasan Husin (1995), op.cit, h. 175 66
Zainal `Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 23 67
Ibid., h. 23 68
Ibid. , h. 35
18
Dimaksudkan dengan “tiap-tiap sifat yang mawjudah pada dhihn (akal) dan mawjudah
pada kharij (luar akal)” ialah sifat ini bukan hanya tergambar pada akal fikiran semata-mata,
bahkan kewujudannya dapat dibuktikan melalui pancaindera. Antaranya seperti mengetahui
kekuasaan Allah SWT (sifat qudrah) melalui penciptaan makhluk. Manakala “mewajibkan
hukum” pula diertikan sebagai sifat yang berperanan menghukum sifat ma`nawiyyah.
Umpama dengan sifat qudrah melahirkan sifat ma`nawiyyah iaitu qadiran. Begitulah
dikiaskan kepada keseluruhan sifat ma`ani.69
Tuan Minal turut mengemukakan penta`rifan kedua sifat ma`ani iaitu “la hiya huwa
wala hiya ghairuh” iaitu sifat itu bukan dhat, dan bukan selain daripada dhat. Ini menjelaskan
bahawa sifat ini tidak dikatakan dhat dan selain daripada dhat, bahkan berada dipertengahan
antara keduanya. Dimaksudkan dengan berada dipertengahan antara keduanya ialah sifat
ma`ani bukanlah sebenar-benar dhat, kerana ianya adalah sifat. Di samping itu, ianya tidak
disifatkan berada di luar daripada dhat kerana ia adalah sebahagian daripada dhat Allah SWT
dan bersifat qadim.
Kategori terakhir daripada sifat Allah SWT ialah sifat ma`nawiyyah. Menurut Tuan
Minal sifat ma`nawiyyah ialah “hal yang thabit bagi dhat selama ada dhat itu dikeranakan
dengan suatu kerana”. Dimaksudkan dengan “hal yang thabit bagi dhat” ialah pertamanya
sifat ini adalah “hal” iaitu tidak dikatakan sebenar-benar wujud dan tiada, bahkan berada
dipertengahan antara keduanya. Keduanya disifatkan “thabit bagi dhat” ialah kerana sifat ini
berada pada dhat Allah SWT. Manakala pengertian “dikeranakan oleh sesuatu kerana” ialah
kewujudan sifat ini bergantung kepada sifat ma`ani, memandangkan sifat ini mempunyai
hubungan yang erat dengan sifat ma`ani. Meskipun Tuan Minal mengakui wujud hubungan
antara sifat ma`ani dan sifat ma`nawiyyah, namun ianya hanya menurut akal semata-mata,
bukan dari segi hakikat yang sebenarnya. Memandangkan sifat Allah SWT tidak ada yang
dahulu dan kemudian, juga tidak saling memerlukan antara satu sama lain. Bagi Tuan Minal,
apa yang penting ialah beriman dengan sifat-sifat tersebut, memandangkan perkara tersebut
telah disepakati oleh kebanyakan ulama.70
69
Ibid., h. 35 70
Ibid., h. 35
19
Berkaitan sifat ma`nawiyyah, Tuan Minal tidak menghuraikan secara panjang lebar
seperti perbahasan lain. Ini kerana tidak banyak perkara yang dapat dibincangkan dalam
persoalan ini, melainkan ia merupakan lanjutan daripada perbahasan sifat ma`ani.71
Menurut
beliau, tujuan dinyatakan perkataan “thumma”72
selepas daripada perbahasan sifat ma`ani
adalah untuk menggambarkan ikatan yang erat antara kedua sifat tersebut. Lebih-lebih lagi
dengan menamakan sifat tersebut dengan ma`nawiyyah yang diambil daripada ma`ani sudah
cukup menggambarkan keintiman dua sifat tersebut.73
Ketika menjelaskan sifat Allah SWT atau sifat dua puluh, Tuan Minal berusaha
membuktikan bahawa tidak wujud pertentangan atau pengulangan dalam perbahasan tersebut.
Menurut Tuan Minal, sifat yang wajib bagi Allah SWT terdiri daripada dua puluh sifat yang
terkandung di bawah empat kategori utama iaitu nafsiyyah, salbiyyah, ma`ani dan
ma`nawiyyah. Meletakkan sifat salbiyyah selepas daripada sifat nafsiyyah menunjukkan
ketertiban dari segi susunan, ini kerana sifat nafsiyyah iaitu wujud perlu didahulukan kerana ia
merupakan asas kepada semua kejadian. Manakala meletakkan sifat salbiyyah seperti qidam,
baqa’, mukhalafatuhu Ta`ala li al-hawadith, qiyamuhu Ta`ala bi nafsih dan wahdaniyyah
selepas daripadanya adalah bertujuan membersihkan sifat negatif daripada kewujudan tersebut
iaitu Allah SWT. Setelah terhapusnya sifat negatif, barulah dihiasi dengan sifat ma`ani seperti
qudrah, iradah, ilmu, hayah, sama`, basar dan kalam dan sifat ma`nawiyyah kawnuhu
qadiran, kawnuhu muridan, kawnuhu `aliman, kawnuhu hayyan, kawnuhu sami`an, kawnuhu
basiran dan kawnuhu mutakalliman iaitu sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah SWT. Situasi ini
diibaratkan seperti manusia yang perlu terlebih dahulu menyucikan diri daripada kotoran
sebelum dihiasi dengan pakaian yang cantik dan menarik.
71
KeranaTuan Minal tidak menghuraikan secara menyeluruh tujuh sifat yang terkandung dalam sifat
ma`nawiyyah, tidak seperti tiga belas sifat yang lain. Meskipun begitu, aspek yang diberi penekanan oleh Tuan
Minal ialah tentang keberadaan sifat ma`nawiyyah, sama ada sifat ini benar-benar wujud atau tidak. Menurut
beliau penerimaan terhadap sifat ma`nawiyyah bergantung kepada penerimaan “hal”, sekiranya menafikan “hal”
dengan sendirinya akan menafikan kewujudan Sifat Ma`nawiyyah. 72
Disebut “thumma yajibu” selepas daripada perbahasan sifat ma`ani menggambarkan hubungan yang erat
antara sifat ma`ani dan Ma`nawiyyah. 73
Zainal `Abidin al-Fatani (t.t) , op.cit, h. 35-36
20
Kesimpulan
Berhubung perbahasan di atas, dapat disimpulkan bahawa Tuan Minal sebagaimana ulama
Melayu lain tidak membuat penambahan terhadap perbahasan sifat Allah SWT, bahkan
menjadi penerus kepada perjuangan Imam al-Sanusi. Ketika menjelaskan tentang sifat Allah
SWT atau sifat dua puluh, Tuan Minal berusaha membuktikan bahawa tidak wujud
pertentangan atau pengulangan dalam perbahasan tersebut. Menurut Tuan Minal, sifat yang
wajib bagi Allah SWT terdiri daripada dua puluh sifat yang terkandung di bawah empat
kategori utama iaitu nafsiyyah, salbiyyah, ma`ani dan ma`nawiyyah. Meletakkan sifat
salbiyyah selepas daripada sifat nafsiyyah menunjukkan ketertiban dari segi susunan, ini
kerana sifat nafsiyyah iaitu wujud perlu didahulukan kerana ia merupakan asas kepada semua
kejadian. Manakala meletakkan sifat salbiyyah seperti qidam, baqa’, mukhalafatuhu Ta`ala li
al-hawadith, qiyamuhu Ta`ala bi nafsih dan wahdaniyyah selepas daripadanya adalah
bertujuan membersihkan sifat negatif daripada kewujudan tersebut iaitu Allah SWT. Setelah
terhapusnya sifat negatif, barulah dihiasi dengan sifat ma`ani seperti qudrah, iradah, ilmu,
hayah, sama`, basar dan kalam dan sifat ma`nawiyyah kawnuhu qadiran, kawnuhu muridan,
kawnuhu `aliman, kawnuhu hayyan, kawnuhu sami`an, kawnuhu basiran dan kawnuhu
mutakalliman iaitu sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah SWT. Situasi ini diibaratkan seperti
manusia yang perlu terlebih dahulu menyucikan diri daripada kotoran sebelum dihiasi dengan
pakaian yang cantik dan menarik.
Meskipun membahagikan sifat Allah SWT kepada dua puluh sifat, namun Tuan Minal
tidak membataskan sifat-sifat Allah hanya kepada 20 sahaja, bahkan sifat kesempurnaan Allah
SWT tidak terhitung bilangannya. Membataskan bilangan sifat Allah SWT seolah-olah
menghadkan sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh syarak. Keyakinan beliau terhadap
pembahagian sifat dua puluh bukanlah semata-mata kagum dengan kewalian al-Sanusi,
bahkan berdasarkan kekuatan hujah yang menyokong keberadaan sifat-sifat tersebut. Ini
kerana menolak kewujudan sifat sama ada satu atau sebahagiannya seolah-olah menafikan
sesuatu yang diiktiraf oleh al-Qur’an dan al-Hadith. Justeru, Tuan Minal berusaha
menjelaskan dan menghuraikan sifat-sifat Allah SWT, kerana mengenali dan memahami
secara jelas perkara tersebut akan meningkatkan lagi keyakinan seorang individu muslim
21
terhadap ketuhanan Allah SWT. Oleh itu, keimanan dan keyakinan Tuan Minal tentang
pembahagian sifat-sifat Allah adalah selari dan tidak bertentangan dengan fahaman al-
Asyairah yang turut mengunakan kaedah atau pendekatan Sifat Dua Puluh dalam
perbahasannya.
22
Rujukan
__ (t.t), Syarh Matn Jawharah al-Tawhid, (terj). Pulau Pinang: Percetakan Dar al-Ma`arif.
`Abd al-Malik `Abd al-Rahman al-Sa`di (1999), Syarh al-Nasafiyyah fi al-`Aqidah al-
Islamiyyah. Dar Al-Anban.
`Abd al-Mu`ti Muhammad Bayumi (1982), Al-Falsafah al-Islamiyyah, juz 1.
`Ali Arsalan `Aidin (1987), Al-Madhahib al-I`itiqadiyyah al-Qadimah fi Mizan al-Islam, Dar
al-Razi.
`Irfan `Abd al-Hamid (1967), Dirasat fi al-Firaq wa al-`Aqaid al-Islamiyyah, Baghdad:
Matba`ah al-Irsyad.
`Isa bin `Abd Allah Mani` al-Humairi (1998), Al-Mafahim al-`Aqadiyyah fi al-Sifat al-
Ilahiyyah. Kaherah: Dar al-Salam.
Abdul Rahman Haji Abdullah (1990), Pemikiran Umat Islam Di Nusantara Sejarah Dan
Perkembangannya Hingga Abad Ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Abi `Abd Allah Muhammad bin `Umar bin Ibrahim al-Malali al-Tilmisani (2003), Syarh Umm
al-Barahin, Dr. Khalid Zuhri (tahqiq). Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Abu al-Wafa al-Ghinami al-Taftazani (1979), `ilm al-Kalam Wa Ba`d Musykilatih, al-Qahirah:
Dar al-Thaqafah Li al-Tiba`ah Wa Nasr.
Abu Hamid al-Ghazzali (1981), Ihya’ `Ulum al-Din, jil. 1, h. 341.
Ahmad `Atiyyah Allah (1970), al-Qamus al-Islami, jilid 3, Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah,
Kaherah,
Ahmad al-Fatani (t.t), Faridah al-Faraid. Patani: Matba`ah Bin Halabi.
Ahmad Amin (1982), Fajr al-Islam, al-Qahirah: Maktabah al-Nahdhah al-Misriyyah.
Ahmad Amin (1982), Fajr al-Islam. Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah.
Ahmad Amin (tt), Zuhr al-Islam, al-Qahirah: Maktabah al-Nahdhah al-Misriyyah, juz 2.
Al-Asy`ari (1975), al-Luma` fi al-Radd Ahl al-Ziyagh wa al-Bida`, Dr. Hamudah Gharabah
(tahqiq). Kaherah: Hay’ah al-`Ammah li Syu’un al-Matabi` al-Amiriyyah.
Al-Asy`ari (1990), Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin, Beirut: Al-Maktabah al-
`Asriyyah.
Al-Baghdadi (1928), Usul al-Din. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
`Abd al-Fattah al-Maghribi (1985), Imam Ahl al- Sunnah wa al-Jama`ah Abu Mansur al-
Maturidi wa Ara’uhu al-Kalamiyyah. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Al-Ghazzali (1962), Tahafut al-Falasifah. Beirut: Matba`ah al-Katulikiyyah.
Al-Ghazzali (1983), al-`Iqtisad fi al-‘Itiqad. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Al-Haji Yusuf bin al-Haji Mustafa Bandar Patani (1991), Sejarah Dan Silsilah Keturunan
Tuan Minal, (t.tp).
Al-Jurjani (1985), Al-Ta`rifat.
23
Al-Maqrizi (t.t), Kitab Mawa`iz wa al-I`tibar bi Dhikr al-Hutat wa al-Athar al-Ma`ruf bi al-
Hutat al-Maqriziyyah, Beirut: Dar al-Sadir.
Al-Razi (1991), Kitab al-Muhassal. Kaherah: Maktabah Dar al-Turath, Dr. Husin Atai
(tahqiq).
al-Sambawi (t.t), Siraj al-Huda. Kota Bharu: Cahaya Purnama.
Al-Sheikh Ibrahim al-Baijuri (1949), Hasyiah Tahqiq al-Maqam, Kaherah: Maktabah Wa
Matba`ah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Awladih.
Al-Syahrastani (1986), al-Milal wa al-Nihal, tahqiq, Muhammad Sayyid Kailani, Bayrut: Dar
Syo`b, juz 1.
Al-Baghdadi (1997), Al-Farq Bayn al-Firaq, Bayrut: Dar al-Ma`rifah.
Al-Tabarani (1984), al-Mu`jam al-Kabir. Hamdi `Abd al-Majid al-Salafi (ed.) Beirut: Dar al-
Ihya’ li al-Turath al-`Arabi, juz 3, h. 197.
Hasan Mahmud al-Syafe`I (1991), Al-Madkhal Ila Dirasah `Ilm al-Kalam, al-Qahirah:
Maktabah Wahbah.
Mahmud al-Khalidi (1985), Al-`Aqidah wa `Ilm al-Kalam, al-`Amman: Maktabah al-Risalah
al-Hadithah, h. 27; Hisham al-Badrani, (1998), Al-Hukm al-Syar`i fi Bahs Asma’ Allah wa
Sifatihi, `Amman: Dar al-Bayariq.
Mahmud Salim `Abidat (1998), op.cit, h. 154; `Ali Arsalan `Aidin (Dr) (1987), Al-Madhahib
al-I`itiqadiyyah al-Qadimah fi Mizan al-Islam, Kaherah: Dar al-Razi.
Muhammad Zain Ibn Faqih Jalaluddin (t.t), Bidayah al-Hidayah. Singapura-Jeddah:
Percetakan al-Ma`arif Sdn. Bhd.
Prof. H. M. Asywadie Syukur LC (1994), Pemikiran-Pemikiran Tauhid Syeikh Muhammad
Sanusi, Pt. Bina `Ilmu, Surabaya.
Sa`id `Abd al-Latif Fawdah (2004), Tahdhib Syarh al-Sanusiyyah. Amman: Dar al-Razi.
Tash Kubra Zadah (t.t), Miftah al-Sa`adah, juz 2, h. 162; Mahmud Salim `Abidat (1998),
Tarikh al-Firaq wa `Aqaiduha, al-Maktabah al-Wataniyyah.
Wan Mohd Saghir Abdullah (2007), Tuan Minal al-Fatani, Karangannya Rujukan Ulama
Melayu, dalam Wan Mohd Saghir Abdullah, Ulama Dunia Melayu Yang diperkenalkan
Dalam Utusan Malaysia, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.
Wan Muhamad Shaghir Abdullah, (1991), Zainal Abidin al-Fatani, Majalah Dakwah, April,
1991.
Ahmad Fathy al-Fatani (2002), Ulama Besar Dari Patani, Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.