1
SMK MUNSHI ABDULLAH
BATU BERENDAM, 75350 MELAKA
KOLOKIUM
TINGKATAN 6 ATAS
TAHUN 2011
FAKTOR SOSIOEKONOMI MEMPENGARUHI MINAT MEMBACA DALAM
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS
DISEDIAKAN OLEH:
KHOO WEI SHENG
HWA CHEN ANN
LIM SWEE LONG
TAN CHIN YAP
ANDY CHONG CHIN SHIN
GURU PENYELIA:
CIK HENG GI WA
2
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana faktor sosioekonomi keluarga
pelajar-pelajar mempengaruhi minat membaca mereka. Faktor sosioekonomi keluarga
yang dikaji ialah tahap pendidikan ibu dan bapa, pendapatan keluarga dan peralatan
dan kemudahan yang disediakan di rumah. Kajian ini berbentuk tinjauan yang
menggunakan soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 6
Atas dari aliran sains dan sastera di SMK Munshi Abdullah dan pelajar-pelajar ini dipilih
secara “nonprobability sampling” yang berdasarkan sampel mudah (convenience
sampling). Pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik dan
sosioekonomi. Empat hipotesis dirumuskan berdasarkan aspek-aspek dalam bidang
kajian yang menekankan minat membaca pelajar. Hipotesis telah diuji berpandukan
data-data yang dikumpulkan. Hasil daripada analisis ini telah memberikan jawapan
bahawa keempat-empat hipotesis yang diramalkan itu adalah benar. Hipotesis Pertama;
Bahawa adanya hubungan yang signifikan antara taraf pendidikan ibu dengan minat
membaca pelajar. Kajian ini mendapati bahawa ibu yang mempunyai tahap pendidikan
yang tinggi mempunyai anak-anak yang kerap membaca juga; manakala bagi ibu yang
berpendidikan rendah pula, anak-anak kurang minat membaca. Hipotesis Kedua;
Bahawa adanya hubungan yang signifikan antara taraf pendidikan bapa dengan minat
membaca pelajar. Kajian ini juga mendapati bahawa bapa yang mempunyai tahap
pendidikan yang tinggi mempunyai anak-anak yang kerap membaca; manakala bagi
bapa yang berpendidikan rendah pula, anak-anak kurang minat membaca juga.
Hipotesis Ketiga; Bahawa adanya hubungan yang signifikan antara tingkat pendapatan
keluarga dengan minat membaca pelajar. Pelajar-pelajar daripada keluarga yang
3
berpendapatan tinggi menunjukkan kerap membaca, manakala pelajar-pelajar yang
kurang minat membaca datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Hipotesis Keempat; Bahawa adanya hubungan yang signifikan antara kemudahan
pembacaan yang disediakan di rumah dengan minat membaca pelajar. Kajian
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang kerap membaca mempunyai banyak
kemudahan pembacaan di rumah, manakala pelajar-pelajar yang kurang minat
membaca tidak banyak mempunyai kemudahan pembacaan yang disediakan di
rumah .Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pengaruh sosioekonomi kelurga tidak
boleh diketepikan dalam menentukan kekerapan atau kekurangan minat membaca
dalam kalangan pelajar-pelajar .
4
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
penyelia kami, Cik Heng Gi Wa yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang
tidak ternilai dalam membantu kami menyiapkan projek penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pengetua SMK Munshi Abdullah dan
Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, di atas kerjasama dan sumbangan dalam
melicinkan pengendalian soal selidik di sekolah ini.
Kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,
khususnya pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas Sains dan Sastera yang telah memberikan
kerjasama, pandangan dan bantuan, saya ucapkan ribuan terima kasih.
Akhir sekali, kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan salam kasih saying
kepada ahli keluarga kami yang telah memberikan dorongan dan sokongan yang kuat
kepada kami dari awal hinggalah siapnya projek penyelidikan ini.
5
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
Abstrak……………………………………………………………................. i
Penghargaan………………………………………………………………... ii
Senarai Jadual………………………………………………………………. vii
BAB 1
LATAR BELAKANG KAJIAN
1.1 Pengenalan………………………………………………………………. 1
1.2 Penyataan Masalah……………………………………………………… 3
1.3 Tujuan Kajian……………………………………………………………… 4
1.4 Hipotesis Kajian…………………………………………………………… 5
1.5 Kepentingan Kajian……………………………………………………….. 6
1.6 Definisi Istilah……………………………………………………………… 8
1.6.1 Minat Membaca........................................................................... 8
6
1.6.2 Status Sosioekonomi................................................................... 10
1.7 Batasan Kajian....................................................................................... 11
1.8 Organisasi Kajian................................................................................... 12
BAB 2
TINJAUAN KAJIAN
2.1 Pengenalan............................................................................................. 13
2.2 Pengaruh Taraf Sosioekonomi Terhadap Minat Membaca…………….. 13
2.2.1 Tahap Pendidikan Ibu dan Bapa……………………………… 17
2.2.2 Tingkat Pendapatan Keluarga…………………………………. 18
2.2.3 Kemudahan pembacaan di rumah……………………………. 19
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan………………………………………………………….. 20
3.2 Pemilihan Sampel.....................................................................20
3.3 Instrumen Kajian ......................................................................21
3.4 Kaedah menganalisis data.......................................................21
3.4.1 Pengukuran Taburan Kekerapan membaca...................21
7
3.4.2 Pengukuran Taburan Tahap Pendidikan Ibu bapa.........22
3.4.3 Pengukuran taburan pendapatan ibu bapa.................... 23
3.4.4 Pengukuran Kemudahan Pembacaan di Rumah.......... 23
3.5 Prosedur Kajian dan Pengurusan Soal Selidik ................................ 24
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan................................................................................. 25
4.2 Latar Belakang Responden.......................................................... 25
4.3 Analisis Terhadap Tabiat Membaca Responden.......................... 28
4.3.1 Analisis Hubungan Antara Minat Membaca
Dengan Tahap Pendidikan Bapa..................................... 29
4.3.2 Analisis Hubungan Antara Minat Membaca
Dengan Tahap Pendidikan Ibu.......................................30
4.3.3 Analisis Hubungan Antara Minat Membaca Dengan
Pendapatan Keluarga..................................................... 32
4.3.4 Analisis Hubungan Antara Minat Membaca Dengan
Kemudahan Pembacaan di rumah................................. 33
8
BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan…………………………………………………………… 37
5.2 Rumusan Dapatan Kajian……………………………………………. 37
5.2.1 Hubungan minat membaca dengan tahap pendidikan
ibu dan bapa……………………………………………… 37
5.2.2 Hubungan Antara Minat Membaca dengan Tingkat
Pendapatan Keluarga…………………………………… 38
5.2.3 Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Kemudahan
Pembelajaran Yang Disediakan Di Rumah……………… 39
5.3 Implikasi Kajian dan Cadangan……………………………………… 40
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan………………………………………………. 47
5.5 Penutup …………………………………………………………………….49
RUJUKAN…………………………………………………………………………… 50
LAMPIRAN
Lampiran 1 : Borang Soal Selidik ………………………………………… 52
9
SENARAI JADUAL-JADUAL
Jadual Muka Surat
3.1 Taburan Sampel Berdasarkan Kelas 21
3.2 Taburan Kekerapan membaca 22
10
3.3 Taburan Tahap Pendidikan Ibu Bapa Mengikut
Tahap Kelulusan 22
3.4 Jumlah Pendapatan Keluarga Bagi Setiap Kategori 23
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 26
4.2 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Bapa. 26
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Ibu. 27
4.4 Taburan Responden Mengikut Keluarga
Pendapatan Keluarga Sebulan. 28
4.5 Hubungan Antara Minat Membaca Dengan
Tahap Pendidikan Bapa 29
4.6 Hubungan Antara Minat Membaca Dengan
Tahap Pendidikan Ibu 31
4.7 Hubungan Antara Minat Membaca Dengan
Pendapatan Keluarga 32
4.8 Hubungan Antara Minat Membaca Pelajar dengan
Kemudahan yang Disediakan di Rumah 33
Bab 1
11
LATAR BELAKANG KAJIAN
1.1 Pengenalan
Dalam arus ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan literasi teknologi
maklumat yang semakin canggih, aspek penekanan terhadap ilmu pengetahuan amat
dititikberatkan dan menjadi amat penting. Tanpa ilmu pengetahuan, seseorang akan
ketinggalan dalam arus pemodenan dan globalisasi. Membaca merupakan salah satu
cara untuk menambah dan memperkembangkan ilmu pengetahuan, Manusia berilmu
sering dikaitkan dengan insan berbudaya membaca. Henry Guntur Tarigan (1994)
menyatakan bahawa membaca merupakan asas pembentukan diri untuk mendapat
ilmu pengetahuan. Tidak hairanlah jika masyarakat di negara-negara maju seperti
Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman menjadikan budaya membaca sebagai satu
daripada budaya hidup mereka.
Walaupun pelbagai langkah yang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk
menggalakkan orang ramai membaca, namun amalan membaca dalam kalangan
masyarakat Malaysia masih rendah. Laporan Tabiat Membaca Rakyat Malaysia pada
Tahun 1996 yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia mendapati bahawa
secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Hasil dapatan
ini disokong oleh laporan yang dibuat oleh UNESCO pada Tahun 1999 pula
menunjukkan bahawa sikap masyarakat kita yang tidak gemar membaca. Timbul
pelbagai alasan dan sebab dikemukakan yang menyumbang kepada berlakunya situasi
ini .
12
Antara alasan yang paling kerap didengar ialah bahan bacaan yang dijual dalam
pasaran agak mahal, terutamanya buku-buku ilmiah yang diimport. Kos yang tinggi ini
menyebabkan pembeli berfikir dua kali untuk membelinya. Selain itu, sikap masyarakat
di negara ini yang tidak menitikberatkan aktiviti keilmuan juga menyumbang kepada
kadar pembacaan yang rendah. Persepsi atau tanggapan bahawa membaca hanya
ketika di bangku sekolah, di institusi pengajian tinggi, di perpustakaan dan kedai buku
semata-mata merupakan antara alasan yang sering didengar.
Namun, kini timbul pula isu pelajar-pelajar sekolah juga tidak berminat untuk
membaca bahan-bahan tambahan seperti buku ilmiah, selain daripada buku-buku
ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan semata mata. Banyak alasan diberikan,
seperti para pelajar terlalu sibuk dengan pelajaran serta aktiviti sekolah sehingga
menyebabkan tidak ada masa untuk mereka menjadikan budaya membaca sebagai
hobi.
Namun begitu, banyak kajian dijalankan telah membuktikan bahawa kurang
minat membaca dalam kalangan pelajar mempunyai hubungan rapat dengan latar
belakang sosioekonomi keluarga. Lebih-lebih lagi amalan membaca dikatakan perlu
bermula dari rumah, iaitu ketika anak-anak masih kecil lagi. Hal ini terbukti dengan
hasil kajian oleh pengkaji-pengkaji tempatan yang mendapati bahawa faktor status
sosioekonomi keluarga mempengaruhi minat membaca para pelajar. Kajian yang
dijalankan mendapati bahawa pelajar daripada taraf sosioekonomi yang baik lebih
kerap membaca berbanding dengan pelajar-pelajar yang berasal daripada keluarga
yang berstatus sosioekonomi rendah (Abdul Wahab bin Hamzah (1995), Slavin (1998)).
13
Daripada kajian-kajian yang lepas didapati bahawa faktor kemiskinan memainkan
peranan dalam mempengaruhi minat membaca dalam kalangan pelajar, misalnya jika
keluarga itu miskin atau berpendapatan rendah, maka ketua keluarga tidak dapat
menyediakan kemudahan pembacaan yang sempurna kepada anak-anaknya dan ini
tentu akan membunuh minat mereka untuk membaca .
Walau bagaimanapun, adakah dapatan daripada kajian-kajian yang dijalankan
pada tahun 1990-an masih berlaku pada abad ke-21 ini, memandangkan taraf
sosioekonomi masyarakat telah meningkat? Masyarakat telah menikmati pelbagai
kemudahan sosial dan ekonomi yang disediakan oleh pihak kerajaan di bawah
rancangan pembangunan ekonomi, iaitu Dasar Ekonomi Baru (1970-1990), Dasar
Pembangunan Negara (1991-2000) dan Dasar Wawasan Negara (2001-2010). Taraf
hidup masyarakat jauh lebih baik berbanding dengan tahun tahun 1970-an, 1980-an
dan 1990-an. Lagipun, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk
menyediakan kemudahan pembacaan seperti perpustakaan dan bahan- bahan bacaan
dari dalam dan luar negara untuk meningkatkan pengayaan ilmu melalui aktiviti bacaan.
Dengan itu, kajian ini akan melihat adakah faktor taraf sosioekonomi keluarga
masih lagi merupakan faktor yang mempengaruhi minat membaca dalam kalangan
pelajar .
1.2 Penyataan Masalah
Masalah kurang minat membaca telah dikesan berlaku kepada para pelajar
sekolah .Mengikut kajian yang dijalankan, budaya membaca amat rendah dalam
kalangan pelajar. Hal ini berdasarkan pada jumlah keahlian dalam perpustakaan di
14
seluruh negara pada tahun 2000 hanya 12% dari jumlah 25,109 pelajar yang berdaftar..
Peratusan membaca yang rendah ini jelas menunjukkan betapa sedikit jumlah pelajar
yang sering ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku bacaan.
Minat membaca dalam kalangan pelajar dipengaruhi oleh faktor yang berkaitan
dengan aspek latar belakang sosioekonomi pelajar itu sendiri . Aspek taraf
sosioekonomi keluarga pelajar-pelajar mencakupi soal pendapatan, dan pendidikan ibu
bapa serta aspek kemudahan pembacaan di rumah yang mendorong para pelajar untuk
membaca.
Sehubungan dengan itu, kajian ini akan melihat sejauhmanakah faktor status
sosioekonomi mempengaruhi minat membaca pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas di SMK
Munshi Abdullah di Melaka.
1.3 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sama ada status sosioekonomi keluarga
mempengaruhi minat membaca dalam kalangan pelajar . Hal ini kerana status
sosioekonomi keluarga dikatakan mempunyai pengaruh yang besar terhadap minat
membaca pelajar. Semakin tinggi status sosioekonomi seseorang ketua keluarga itu,
maka semakin mampu dia memberi dan menyediakan kemudahan di rumah yang bukan
sahaja berupa bahan keperluan yang asas, tetapi juga memberi kemudahan sokongan
dalam proses membudayakan minat membaca dalam kalangan anak-anak.
Oleh itu, tujuan kajian ini akan memberi jawapan terhadap persoalan sama ada
faktor status sosioekonomi keluarga mempunyai hubungan yang langsung dengan
15
minat membaca pelajar-pelajar. Angkubah -angkubah yang menyentuh tentang aspek
taraf sosioekonomi ibu bapa ini dilihat dari segi pendapatan, taraf pendidikan ibu bapa
dan aspek kemudahan pembacaan di rumah.
1.4 Hipotesis Kajian
Kajian ini mengutarakan beberapa hipotesis yang merupakan kenyataan-
keyataan pengagakan (conjectural statement) yang difikirkan mempunyai hubungan
antara angkubah atau faktor yang diperhatikan dengan angkubah-angkubah minat
membaca pelajar-pelajar .
Dalam kajian ini, angkubah bebas status sosioekonomi yang dipilih ialah taraf
pendidikan ibu dan bapa, tingkat pendapatan keluarga, dan kemudahan pembacaan
yang ada di rumah.
Hipotesis yang diramalkan ialah:
1. Bahawa adanya hubungan yang signifikan antara taraf pendidikan ibu dengan
minat membaca pelajar;
2. Bahawa adanya hubungan yang signifikan antara taraf pendidikan bapa dengan
minat membaca pelajar;
3. Bahawa adanya hubungan yang signifikan antara tingkat pendapatan keluarga
dengan minat membaca pelajar;
4. Bahawa adanya hubungan yang signifikan antara kemudahan pembacaan yang
disediakan di rumah dengan minat membaca pelajar;
16
Hipotesis-hipotesis ini dirumus berdasarkan pada aspek-aspek dalam bidang
kajian yang menekankan minat membaca pelajar yang mempunyai kaitan dengan
faktor-faktor yang disebutkan terdahulu. Hipotesis-hipotesis ini akan diuji berpandukan
pada data atau maklumat yang telah dikumpul, dianalisis dan diinterpretasi dengan
menggunakan kaedah statistik. Hasil daripada analisis ini akan memberi jawapan sama
ada hipotesis itu benar, ataupun sebaliknya; adakan angkubah-angkubah berkenaan
mempunyai hubungan yang signifikan ataupun tidak; dan adakah angkubah-angkubah
yang diuji itu betul-betul mempengaruhi minat membaca pelajar-pelajar ataupun
sebaliknya .
1.5 Kepentingan Kajian
Sebenarnya masalah tabiat membaca pelajar-pelajar ini dapat diatasi dengan
adanya kerjasama daripada semua pihak seperti ibu bapa, guru-guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia, masyarakat dan pelajar-pelajar itu sendiri. Oleh itu, kajian ini
penting sebagai panduan untuk mencari jalan penyelesaian dalam menganalisis minat
membaca pelajar-pelajar ini.
Hasil keputusan kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang bernilai,
khususnya kepada pihak sekolah dalam usaha menyusun strategi yang bersesuaian
untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Dengan ini, strategi dan
program yang dirancangkan benar-benar dapat membantu pelajar-pelajar dalam
meningkatkan minat mereka terhadap pembacaan.
Hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber pengetahuan kepada pihak
sekolah dalam usaha untuk memupuk sikap suka membaca dalam kalangan pelajar-
pelajar. Dengan mengetahui faktor yang mempengaruhi minat membaca, maka pihak
17
sekolah juga dapat merancang program-program yang sesuai untuk memupuk minat
membaca dalam kalangan pelajar agar mereka menjadikan amalan membaca sebagai
budaya hidup mereka..
Kajian yang kecil ini juga sedikit sebanyak dapat membantu pihak kaunselor
sekolah untuk memahami situasi yang sebenar yang memberi kesan terhadap minat
membaca pelajar-pelajar dan menggunakan pendekatan yang sesuai bagi
menyelesaikan masalah pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk membaca
berdasarkan punca-puncanya.
Kepada kaum guru, dapatan kajian ini dapat menjadi sebahagian daripada
sumber data untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Maklum balas
daripada kajian ini membolehkan guru-guru merancang program yang lebih berkesan
untuk menjadikan budaya membaca sebagai satu budaya hidup. Dalam konteks ini,
guru-guru bukan sahaja menumpukan aspek meningkatkan pencapaian akademik
semata-mata, tetapi membudayakan minat membaca ini bagi melahirkan pelajar yang
berilmu dan berpengetahuan.
Dapatan daripada kajian ini dapat dijadikan sebahagian daripada sumber
maklumat yang dapat digunakan oleh pihak yang bertanggungjawah dalam pengurusan
pendidikan negara seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Pusat Perkembangan
Kurikulum bagi menyusun Program Membina Minat Membaca secara terancang dan
berterusan di sekolah-sekolah. Kementerian Pelajaran memang memerlukan kajian-
kajian seumpama ini untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat
membaca dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Maklum balas ini akan membantu
Kementerian Pelajaran untuk merangka rancangan-rancangan atau program-program
18
yang dapat meningkatkan minat dan kecintaan terhadap budaya membaca dalam
kalangan pelajar-pelajar. Di samping itu, Kementerian Pelajaran juga dapat
menyediakan dan memperbanyakkan bahan-bahan bacaan di sekolah bagi
menggalakkan pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan membeli bahan-bahan bacaan
tambahan untuk membaca.
Sumber maklumat ini juga membantu pihak sekolah untuk mendapatkan
kerjasama dan penglibatan daripada ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam
kalangan anak-anak di rumah. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) juga boleh
membantu pusat sumber sekolah dalam menyediakan bahan bahan bacaan dan
pondok-pondok yang khas untuk pelajar membaca.
Di samping melanjutkan lagi kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji
yang terdahulu , kajian ini dijangka boleh menyediakan asas bagi pengkaji-pengkaji
seterusnya untuk membuat kajian tentang tabiat membaca ini berdasarkan
pembolehubah-pembolehubah yang lain. Adalah diharapkan agar cadangan atau syor-
syor yang diberikan nanti dapat dijadikan panduan untuk mencari pendekatan yang
lebih bermakna bagi membantu para pelajar mengamalkan budaya membaca sebagai
satu budaya dalam hidupnya.
1.6 Definisi istilah
1.6.1 Minat Membaca
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), membaca bermaksud
memperhatikan isi sesuatu yang bertulis atau bercetak dengan teliti dan memahami
19
makna kandungannya. Harris dan Sipay (1980), mendefinisikan membaca sebagai
proses memperoleh tafsiran lambang-lambang bercorak atau bertulis . Menurut Juel
(1988), membaca ialah proses untuk mengawal kata dan memadukan erti kata dalam
kalimat dan struktur bacaan .
Barrie Node (1990) menyatakan membaca merupakan suatu proses untuk
memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda sama ada
melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik. Deria dan minda yang dicerna
dengan ilmu pengetahuan hasil daripada pembacaan akan menjana kehidupan manusia
yang sentiasa inginkan perubahan. Ilmu yang diperolehi akan merangsang minat dan
naluri untuk menambah ilmu pengetahuan yang lain, dan seterusnya akan terbentuk
satu budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Napoleon Bonarparte, Raja Perancis yang menaiki takhta pada tahun 1799
pernah berkata: “Sesiapa yang membaca dan mengamalkan apa-apa yang dibacanya,
akan dapat memerintah dunia.” (Jo-Ellan Dimitrius et. al. 2000)
Minat dapat diertikan sebagai suatu kecenderungan yang menyebabkan
seseorang berusaha untuk mencari ataupun mencuba sesuatu. Meichati (1972)
menyatakan bahawa minat ialah perhatian yang kuat, inisiatif akan menguasai individu
secara mendalam untuk tekun melakukan sesuatu aktiviti.
Minat membaca dalam kalangan pelajar diertikan sebagai suatu perhatian yang
kuat dan mendalam disertai dengan perasaan senang terhadap kegiatan membaca
sehingga mengarah pelajar untuk membaca atas kemahuan sendiri. Menurut Lidawati
(1988) aspek minat membaca meliputi kemahuan membaca, kesedaran akan manfaat
20
membaca, kekerapan membaca dan jumlah bahan yang pernah dibaca oleh pelajar-
pelajar. Sinambela (1993) pula menyatakan bahawa minat membaca ialah sikap positif
dan adanya rasa keterikatan dalam diri pelajar terhadap bahan bacaan .
Berdasarkan pada pendapat-pendapat di atas, maka dapat disimpulkan bahawa
minat membaca adalah kekuatan yang mendorong pelajar untuk mempraktikkan,
berasa tertarik dan gembira untuk melakukan aktiviti membaca sehingga mereka
membaca atas kemahuan sendiri .
1.6.2 Status Sosioekonomi
Pelbagai pendapat yang diberikan tentang indek yang sesuai digunakan untuk
angkubah status sosioekonomi sesebuah keluarga. Mengikut Rasikin (1986:72), status
sosioekonomi terdiri daripada tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan dan pekerjaan ibu
bapa.
Sementara itu, menurut pengkaji-pengkaji barat iaitu Arias, 1986; Rumberger,
1983, 1987, Steinbeerg, blinde, & Chan, 1984 iaitu:
Among socioeconomic variables associated with habit of reading are educational
and occupational attainment level of parents, family income and composition, ethnic and
language minority status and the presence of learning material in the home.
(Alatorre Alva & Padilla,1995:1)
Eduardo Velez Emesto (1993:1) pula berpendapat bahawa “Socioeconomic
status as measured by parents’ education or occupational satus, is one of the variables
21
most frequently used in the reviewed model. Another characteristic closely related to
socioeconomic status is income.”
Dalam kajian ini, angkubah status sosioekonomi keluarga pelajar yang akan
digunakan ialah tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga dan kelengkapan
serta kemudahan pembacaan yang ada di rumah.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas di Sekolah
Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah di Melaka. Oleh itu, hasil kajian ini bukanlah
merupakan sesuatu yang boleh menggambarkan pandangan semua pelajar di sekolah-
sekolah di Malaysia kerana sampel yang digunakan terhad kepada 50 orang pelajar
tingkatan enam Atas di SMK Munshi Abdullah dan ia tidak representatif jika hendak
dibandingkan dengan saiz populasi pelajar di seluruh negara.
Kajian ini juga hanya melihat pengaruh minat membaca pelajar daripada
perspektif latar belakang status sosioekonomi keluarga. Faktor-faktor lain yang juga
dikatakan mempengaruhi minat membaca pelajar seperti faktor sekolah, guru,
kemudahan prasarana sekolah dan pengaruh rakan sebaya tidak diambil kira dalam
kajian ini.
Data atau maklumat yang diberikan oleh responden yang berkenaan dengan
latar belakang sosioekonomi keluarga dan kekerapan membaca adalah terbatas oleh
kejujuran dan kesungguhan responden-responden dalam memberikan jawapan mereka
22
1.8 Organisasi Kajian
Kajian ini mengandungi 5 bab.
Bab 1 mengandungi latar belakang kajian yang meliputi penyataan masalah,
tujuan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, definisi istilah, batasan kajian dan
organisasi kajian.
Bab 2 mencukupi tinjauan kajian yang berkaitan dengan faktor status
sosioekonomi keluarga mempengaruh minat membaca pelajar-pelajar.
Bab 3 menjelaskan pemilihan sampel, instrumen kajian, prosedur kajian dan
pengurusan soal selidik dan kaedah menganalisis data.
Bab 4 akan membincangkan penemuan-penemuan daripada kajian yang
dijalankan.
Bab 5 akan membincangkan rumusan dan cadangan
BAB 2
TINJAUAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
23
Didapati banyak kajian dalam bidang sosiologi pendidikan telah menunjukkan
bahawa aspek-aspek status sosioekonomi keluarga telah mempengaruhi minat
membaca dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Kajian yang menyentuh aspek ini
telah banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji tempatan dan negara-negara barat.
Hasil penemuan kajian ini berbeza mengikut tempat dan keadaan masyarakat
yang dikaji. Bab ini akan cuba memberikan suatu tinjauan tentang beberapa kajian yang
berkaitan dengan aspek status sosioekonomi keluarga telah mempengaruhi minat
membaca para pelajar.
Bahan-bahan bacaan yang dijadikan tinjauan di sini sebahagian besarnya diambil
dari negara barat dan juga bahan-bahan kajian tempatan. Tinjauan kajian ini
berdasarkan kepada angkubah-angkubah yang dipilih untuk keperluan kajian ini sahaja.
2.2 Pengaruh Taraf Sosioekonomi Terhadap Minat Membaca
Banyak kajian telah dijalankan di negara-negara yang sudah dan sedang
membangun tentang hubungan antara faktor sosioekonomi terhadap minat membaca
pelajar.
Minat membaca dalam kalangan anak-anak ditanam dan disemai sejak anak-
anak masih kecil kerana minat membaca tidak akan terbentuk dengan sendirinya. Minat
membaca amat dipengaruhi oleh stimulasi yang diperoleh daripada lingkungan anak-
anak itu. Keluarga merupakan lingkungan paling awal dan dominan dalam menanam
dan menyemai serta membina minat membaca dalam kalangan anak-anak.
24
Lingkungan rumah yang kondusif memberikan perangsang untuk anak-anak
berminat membaca. Oleh kerana anak-anak membesar di rumah, maka minat mereka
membaca “tumbuh di rumah” sehingga peluang mereka belajar membaca bermula di
rumah. Lingkungan rumah merupakan “reinforcement” awal dan tempat utama bagi
anak-anak belajar membaca dan seterusnya mengamalkannya untuk menjadi satu
tabiat dan budaya hidup.
Lantaran itu, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menanam, menyemai
dan membina minat membaca anak-anak. Dalam hal ini, orang tua memainkan peranan
penting untuk menanam kesedaran akan pentingnya membaca dalam kehidupan anak-
anak, setelah itu barulah peranan guru di sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pihak
kerajaan.
Dalam hal ini, status sosioekonomi keluarga menentukan pembentukan minat
membaca anak-anak. Pelajar-pelajar yang berasal daripada keluarga yang berstatus
ekonomi tinggi akan dapat memberikan dorongan dan menyediakan kemudahan
pembacaan serta bahan-bahan bacaan yang dapat merangsang minat membaca anak-
anak.
Menurut kajian Johnette (1994), ibu bapa yang berstatus sosial tinggi mengambil
inisiatif untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak dengan cara
meluangkan masa membaca bersama-sama dengan anak-anak atau membaca untuk
anak-anak. Oleh itu, minat membaca akan terpupuk secara tidak langsung.
25
Dapatan ini disokong oleh Field, Long, Yando dan Bendell (1995) yang
mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan ibu bapa
dengan minat membaca dalam kalangan pelajar.
Dalam kajian Slavin (1998), terdapat perbezaan status sosioekonomi ibu bapa
dalam membimbing anak-anak ke arah memupuk budaya membaca. Menurut beliau,
ibu bapa yang berstatus sosioekonomi yang tinggi mempunyai harapan yang tinggi
terhadap kejayaan anak-anak di sekolah dan mereka sering memberikan penghargaan
terhadap pengembangan intelektual anak-anak, termasuk galakan membaca.
Sebaliknya, ibu bapa yang berstatus sosioekonomi yang rendah pula sering
memberikan contoh-contoh negatif terhadap anak-anak yang sekaligus tidak
memotivasikan mereka untuk membaca seperti jarang memuji anak-anak ketika anak-
anak membaca dan mempunyai harapan yang rendah terhadap kecemerlangan anak-
anak dalam menguasai ilmu.
Dalam kajian Ina Sue (1994) ke atas 39 orang murid sekolah rendah pula
menunjukkan bahawa murid membaca dengan penuh minat setelah mendapat galakan
daripada ibu bapa dan guru.
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji tempatan juga menyokong
dapatan daripada luar negara yang jelas menunjukkan bahawa faktor sosioekonomi
mempengaruhi minat pelajar untuk membaca. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Safiah (1979), latar belakang sosioekonomi keluarga telah mempengaruhi minat pelajar
untuk membaca bahan-bahan bacaan ilmiah. Kajian ini disokong oleh Abdul Wahab bin
Mat (1995) yang mendapati sebanyak 72% daripada responden yang dikaji bersetuju
26
bahawa faktor latar belakang keluarga mempengaruhi minat mereka untuk membaca.
Hal ini kerana keluarga yang dapat menyediakan kemudahan pembacaan yang
sempurna akan mendorong mereka untuk membaca.
Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kajian, status sosioekonomi tidak
memainkan peranan penting dalam menentukan minat membaca para pelajar. Terdapat
faktor-faktor lain yang juga mempengaruhi minat membaca dalam kalangan pelajar.
Ambigapathy menyatakan bahawa pembentukan minat membaca dalam
kalangan murid dipengaruhi oleh sejumlah faktor seperti penjaga atau ibu bapa, jantina,
kemudahan sumber bahan bacaan dan pihak sekolah. Setiap faktor memiliki peranan
tertentu untuk mempromosikan perkembangan minat membaca. Ambigapathy mengulas
kajian yang dijalankan oleh The Star pada 8 May 1997 tentang masa yang digunakan
oleh golongan muda dalam aktiviti-aktiviti harian. Kebanyakan daripada mereka
meluangkan masa 14.6 jam untuk program TV, 4.1 jam untuk komputer, 16.3 jam untuk
radio, 7.11 jam sahaja untuk buku dan komik. Hal ini menunjukkan bahawa bahan
visual telah menjadi pengganti bahan bercetak dan pendedahan kepada bahan
multimedia dan komputer mempengaruhi tabiat membaca dalam kalangan pelajar.
Dalam kajian ini, penyelidik akan menfokuskan indeks sosioekonomi iaitu
pendidikan ibu bapa, pendapatan, keluarga dan kemudahan pembacaan di rumah
sebagai angkubah-angkubah bebas. Dengan ini, kajian ini akan dapat memperincikan
manakah antara komponen-komponen sosioekonomi yang benar-benar mempengaruhi
minat membaca dalam kalangan pelajar.
27
Dalam membincangkan perkara ini, angkubah-angkubah tersebut dijadikan tajuk
kecil seperti berikut :
2.2.1 Tahap Pendidikan Ibu dan Bapa
Banyak dapatan daripada kajian yang lepas memperlihatkan bahawa tahap
pendidikan ibu dan bapa telah mempengaruhi minat membaca pelajar-pelajar. Ibu bapa
yang berpendidikan tinggi memberi kesan positif terhadap minat membaca pelajar-
pelajar. Kenyataan ini terbukti benar berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh
Slavin (1998) yang mendapati bahawa keluarga dengan berstatus sosioekonomi yang
tinggi mampu menggunakan tingkat pendidikannya yang tinggi untuk memperolehi
informasi tentang buku-buku yang sesuai untuk perkembangan kognitif dan afektif anak-
anak. Oleh itu, ibu bapa akan menyediakan pelbagai bahan bacaan untuk anak-anak.
Ibu bapa yang berpendidikan tinggi juga mampu menjadi ‘role model’ untuk
menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan bacaan, terutama buku-buku ilmiah
dengan mereka sendiri membaca buku-buku bersama-sama dengan anak-anak.
Menurut Slavin, ibu bapa yang berpelajaran akan memberikan kata-kata pujian kepada
anak-anak yang membaca buku-buku dan mengunjungi perpustakaan awam.
Menurut Safiah (1979), faktor tiada galakan daripada ibu bapa menyebabkan
anak-anak tidak berminat untuk membaca kerana terdapat sesetengah ibu bapa yang
berpendidikan rendah tidak berminat untuk membaca, terutama bahan-bahan bacaan
yang berunsur akademik.
28
Kajian yang dijalankan oleh Howell dan Fraser (1982) mendapati bahawa tahap
pendidikan ibu dan juga bapa mempengaruhi minat anak-anak untuk membaca. Ibu
bapa yang berpendidikan tinggi akan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk
anak-anak membaca.
Ibu bapa yang berpelajaran berpandangan luas dalam memastikan masa depan
anak-anak mereka terjamin. Kesedaran mereka tentang pentingnya membaca dalam
menimba ilmu pengetahuan dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik
mereka telah mendorong ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak membaca. Ibu bapa
akan berusaha menyediakan pelbagai kemudahan pembacaan untuk menarik minat
anak-anak untuk membaca.
2.2.2 Tingkat Pendapatan Keluarga
Pendapatan keluarga juga dikaitkan dengan minat membaca. Menurut kajian
pengkaji-pengkaji, pelajar-pelajar daripada keluarga yang berada mempunyai kelebihan
untuk mendapatkan akses bahan-bahan bacaan.
Menurut kajian Abdul Wahab bin Mat, pendapatan keluarga merupakan faktor
yang mempengaruhi minat membaca dalam kalangan murid-murid. Dapatan ini
disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Safiah (1979) yang mendapati faktor
pendapatan keluarga yang rendah menyebabkan ibu bapa tidak mampu untuk membeli
buku-buku kerana harga sesetengah buku yang terlalu mahal.
Menurut Fraser (1973), ibu bapa yang berpendapatan rendah terletak dalam
kelas sosial yang rendah serta berpendidikan rendah mempunyai kesedaran intelektual
29
yang kurang berbanding dengan ibu bapa yang berpendidikan tinggi. Oleh itu, mereka
kurang memberikan galakan kepada anak-anak untuk meningkatkan kecemerlangan
ilmu melalui pembacaan buku-buku ilmiah.
2.2.3 Kemudahan pembacaan di rumah
Kekurangan kemudahan pembacaan di rumah seperti perpustakaan mini, bahan-
bahan bacaan dan tempat khas untuk menjalankan aktiviti bacaan telah membunuh
minat membaca dalam kalangan pelajar. Menurut Finn(1999), kemampuan keluarga
untuk membeli dan mengadakan kemudahan pembacaan di rumah telah menyediakan
suasana yang kondusif untuk mereka membaca.
Dapatan yang sama juga diperolehi oleh Leong (1990), iaitu pelajar-pelajar
sekolah menengah yang berasal daripada keluarga yang mempunyai kemudahan
pembacaan yang kondusif telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam
peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan
Sijil Tinggi Persekolahan berbanding dengan mereka yang tidak ada kemudahan
tersebut.
Daripada kajian-kajian tersebut, pada keseluruhannya faktor sosioekonomi
seperti tahap pendidikan ibu dan bapa, tingkat pendapatan keluarga dan kemudahan
pembacaan di rumah telah mempengaruhi minat membaca dalam kalangan pelajar-
pelajar
BAB 3
METADOLOGI
30
3.1 Pengenalan
Kajian ini akan menyelidik sama ada faktor sosioekonomi keluarga
mempengaruhi minat membaca dalam kalangan pelajar tingkatan enam atas. Faktor-
faktor tersebut ialah kemudahan pembacaan di rumah, tahap pendidikan ibu dan bapa
dan pendapatan bulanan ibu bapa.
Bab ini akan membincangkan tentang pemilihan sampel, instrumen yang
digunakan, prosedur-prosedur kajian dan pengurusan soal selidik, dan kaedah
penganalisisan data
3.2 Pemilihan Sampel
Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan enam atas dari aliran sains
dan sastera. Pemilihan subjek dibuat secara “non-probability sampling” yang
berdasarkan sampel mudah.
Seramai 50 orang pelajar tingkatan enam atas terlibat dalam kajian ini. Taburan
pemilihan sampel adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.1.
Jadual 3.1
Taburan Sampel Berdasarkan Kelas:
31
Bil Kelas Bilangan Pelajar
1 6 Atas Biologi 1 13
2 6 Atas Fizik 1 13
3 6 Atas Sastera 1 24
3.3 Instrumen Kajian .
Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik. Soalan kaji selidik
mengandungi soalan berkaitan tentang biodata responden seperti jantina, pekerjaan ibu,
pekerjaan bapa, kemudahan pembelajaran di rumah, tahap pendidikan bapa, tahap
pendidikan ibu dan kekerapan membaca responden dalam seminggu.(Lampiran 1).
3.4 Kaedah menganalisis data
Data-data yang diperolehi daripada responden dianalisis dengan menggunakan
kaedah statistik deskriptif. Statistik deskriptif yang digunakan ialah taburan kekerapan
dan peratus.
3.4.1 Pengukuran Taburan Kekerapan membaca
Dalam kajian ini kekerapan responden membaca dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu tinggi, sederhana, dan jarang. Kategori kekerapan itu ditunjukkan dalam
jadual 3.2.
Jadual 3.2
Taburan Kekerapan membaca
32
Kekerapan membaca Kategori kekerapan
7-8 seminggu Tinggi
3-6seminggu Sederhana
1-2seminggu Jarang
3.4.2 Pengukuran Taburan Tahap Pendidikan Ibu bapa
Dalam kajian ini tahap pendidikan ibu bapa dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
tinggi, sederhana dan rendah. Kategori ini ditunjukkan dalam jadual 3.3
Jadual 3.3
Taburan Tahap Pendidikan Ibu Bapa Mengikut Tahap Kelulusan
Tahap Pendidikan Kategori Tahap Pendidikan
Phd, Master, Degree Tinggi
SPM, STPM Sederhana
UPSR, PMR Rendah
Analisis deskriptif digunakan untuk melihat sama ada terdapat pertalian yang
signifikan antara minat membaca pelajar dengan tahap pendidikan ibu dan bapa.
3.4.3 Pengukuran taburan pendapatan ibu bapa
33
Dalam kajian ini, pendapatan keluarga diperolehi dengan menjumlahkan
pendapatan ibu dan bapa. Tingkat pendapatan keluarga dibahagikan kepada tiga
ketegori iaitu pendapatan tinggi, sederhana, dan rendah. Jumlah pendapatan keluarga
bagi setiap kategori adalah seperti jadual 3.4.
Jadual 3.4
Jumlah Pendapatan Keluarga Bagi Setiap Kategori
Jumlah Pendapatan Keluarga Kategori Pendapatan
RM3501 dan ke atas Tinggi
RM1501-RM3500 Sederhana
RM1500 dan ke bawah Rendah
Kategori tingkat pendapatan keluarga di buat mengikut agihan pendapatan dalam
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010). Analisis dekriptif
digunakan untuk menguji sama ada terdapat pertalian antara pendapatan keluarga
dengan minat membaca pelajar. Dapatan kajian berdasarkan bilangan peratus
reponden bagi setiap kategori pendapatan.
3.4.4 Pengukuran Kemudahan Pembacaan di Rumah
Analisis untuk bahagian ini difokuskan kepada kemudahan pembacaan di rumah
iaitu buku, majalah, surat khabar, sudut bacaan dan perpustakaan mini.
Kajian ini akan melihat pertalian antara tahap kekerapan membaca dengan
setiap kemudahan pembacaan yang disediakan di rumah.
34
3.5 Prosedur Kajian dan Pengurusan Soal Selidik
Prosedur kajian mengikut kaedah yang dikehendaki oleh pihak sekolah.
Penyelidik telah mengedarkan kertas soalan kajian untuk dijawab oleh responden.
Sebelum responden menjawab sebarang soalan, kami telah memberikan sedikit
penerangan bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau keliruan.
Responden telah diberikan masa 20 hingga 30 minit untuk melengkapkan soalan
soal selidik. Kami juga memastikan responden tidak berbincang sesama mereka ketika
menjawab soalan soal selidik. Akhir sekali kami mengumpulkan semula kesemua soal
selidik yang telah dijawab oleh responden.
BAB 4
ANALISIS DATA
35
4.1 Pengenalan
Bab ini akan melaporkan hasil analisis data dan interpretasi bagi keputusan
kajian. Pembentangan disusun berasaskan urutan soalan kajian dan dibahagikan
mengikut kaedah deskriptif.
Analisis ini berkaitan dengan latar belakang responden yang meliputi jantina,
bangsa, pendapatan keluarga dan tahap pendidikan ibu dan bapa serta kemudahan
yang terdapat di rumah yang dibentangkan menggunakan kekerapan dan peratus. Hal
ini bertujuan untuk memberi gambaran yang jelas tentang latar belakang responden
yang terlibat dalam kajian ini.
Bagi menentukan pertalian antara minat membaca dengan para pelajar dengan
tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan ibu bapa dan kemudahan pembacaan yang
disediakan di rumah, analisis dijalankan untuk melihat sama ada terdapat pertalian yang
signifikan ataupun tidak.
4.2 Latar belakang Responden
Pada bahagian ini, seramai 50 orang pelajar Tingkatan 6 Atas di SMK Tinggi
Munshi Abullah Melaka terlibat dalam kajian ini. Pecahan dari segi jantina ditunjukkan
dalam jadual 4.1. Peratus pelajar lelaki dan perempuan adalah sama rata iaitu 25 orang
pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan.
Jadual 4.1
Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina Bilangan (orang) Peratus (%)
36
Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dari segi etnik dan latar
belakang keluarga.
Dari aspek latar belakang pendidikan ibu bapa para pelajar pula,didapati bahawa
majoriti ibu bapa berpendidikan tinggi. Dalam kajian menunjukkan terdapat seramai 24
orang pelajar (48%) yang bapanya berpendidikan tinggi dan 8 orang pelajar (16%)
mempunyai pendidikan yang rendah. Taburan responden mengikut tahap pendidikan
bapa ditunjukkan dalam jadual 4.2.
Jadual 4.2
Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Bapa.
Sumber:Kajian sampel
Sementara itu,tahap pendidikan ibu juga menunjukkan bahawa 22 orang pelajar
(44%) mempunyai ibu yang berpendidikan tinggi. Daripada jumlah keseluruhan pelajar,
Lelaki 25 50.0%
Perempuan 25 50.0%
Jumlah 50 100.0%
Tahap pendidikan Bilangan (orang) Peratus (%)
Tinggi 24 48
Sederhana 18 36
Rendah 8 16
Jumlah 50 100
37
seramai 10 orang pelajar (20%) mempunyai ibu yang berpendidikan rendah. Manakala
seramai 18 orang pelajar (36%) mempunyai ibu yang berpendidkan sederhana.Ini
ditunjukkan dalam jadual 4.3.
Jadual 4.3
Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Ibu.
Sumber kajian:Kajian Sampel.
Pelajar-pelajar yang terpilih dalam kajian ini juga terdiri daripada pelbagai status
ekonomi keluarga. Pelajar-pelajar yang daripada keluarga yang berpendapatan rendah
(RM1500 dan ke bawah sebulan) adalah seramai 14 orang (28%). Ini diikuti dengan 15
orang pelajar (30%) yang berpendapatan sederhana (antara RM1501-RM3500 sebulan)
dan 21 orang pelajar ( 42%) datang daripada keluarga yang berpendapatan tinggi (RM
3501 dan ke atas sebulan). Taburan mengikut kategori pendapatan keluarga
digambarkan dalam jadual 4.4
Jadual 4.4
Taburan Responden Mengikut Pendapatan Keluarga Sebulan.
Tahap pendidikan Bilangan (orang) Peratus (%)
Tinggi 22 44
Sederhana 18 36
Rendah 10 20
Jumlah 50 100
38
Sumber:Sampel kajian
Rumusan daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan
responden mempunyai latar belakang keluarga yang berpendidikan dan berpendapatan
tinggi.
4.3 Analisis Terhadap Tabiat Membaca Responden
Bahagian ini akan menjelaskan hasil dapatan analisis statistik untuk mencari
jawapan kepada hipotesis-hipotesis yang dikemukan pada Bab Satu iaitu:
Hipotesis pertama : Adanya hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan
bapa dengan minat membaca dalam kalangan pelajar.
Hipotesis kedua : Adanya hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan
ibu dengan minat membaca dalam kalangan pelajar.
Hipotesis ketiga : Adanya hubungan yang signifikan antara pendapatan ibu
dan bapa dengan minat membaca dalam kalangan pelajar.
Hipotesis keempat : Adanya hubungan yang signifikan antara kemudahan
pembacaan di rumah dengan minat membaca dalam kalangan pelajar.
Kategori Pendapatan Bilangan (orang) Peratus (%)
Tinggi 21 42
Sederhana 15 30
Rendah 14 28
Jumlah 50 50
39
4.3.1 Analisis Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Tahap Pendidikan Bapa
Bahagian ini melihat sama ada terdapat hubungan yang signifkan antara minat
membaca dengan tahap pendidikan bapa.Hasil dapatan ini akan menjawab hipotesis
pertama iaitu adanya hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan bapa dengan
minat membaca.Hasil dapatan kajian diperlihatkan dalam jadual 4.5
Jadual 4.5
Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Tahap Pendidikan Bapa
Nota:Angka dalam kurungan menunjukkan peratusan.
Sumber:Kajian Sampel
Hasil dapatan seperti dalam jadual 4.5 menunjukkan bahawa kekerapan
membaca paling tinggi, iaitu 22% adalah terdiri daripada responden yang mempunyai
bapa yang mempendidikan tinggi. Manakala 28% daripada responden yang mempunyai
bapa yang berpendidikan rendah menunjukkan kekerapan membaca yang jarang.Ini
Kekerapan Membaca
Tahap Pendidikan Bapa
Tinggi Sederhana Rendah
Tinggi 11 6 7
(22) (12) (14)
Sederhana 4 2 1
(8) (4) (1)
Jarang 1 4 14
(2) (8) (28)
Jumlah 16 12 22
(32) (24) (44)
40
menunjukkan bahawa bapa yang berpendidikan tinggi mempunyai anak yang paling
kerap membaca. Manakala ramai pelajar yang jarang membaca mempunyai bapa
berpendidikan rendah.
Hipotesis pertama yang mengatakan bahawa terdapat hubungan antara minat
membaca dengan tahap pendidikan bapa diterima. Ini bermaksud bapa yang
berpendidikan tinggi mempunyai anak yang paling kerap membaca. Oleh itu, tahap
pendidikan bapa mempunyai pengaruh yang besar terhadap minat membaca pelajar-
pelajar.
4.3.2 Analisis Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Tahap Pendidikan Ibu
Dikatakan tahap pendidikan ibu turut memberi pengaruh terhadap minat
membaca. Bahagian ini akan melihat sama ada tahap pendidikan ibu mempengaruhi
minat membaca pelajar. Kajian ini akan menjawab ramalan hipotesis kedua iaitu adanya
hubungan signifikan antara tahap pendidikan ibu terhadap minat membaca pelajar.
Hasil dapatan kajian daripada kajian diperlihatkan dalam jadual 4.6.
Jadual 4.6
Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Tahap Pendidikan Ibu
41
Nota:Angka dalam kurungan menunjukkan peratusan.
Sumber:Kajian Sampel
Hasil dapatan ditunjukkan dalam jadual 4.6 menunjukkan bahawa sebanyak 22%
ibu yang berpendidikan tinggi mempunyai anak yang kerap membaca. Ini menunjukkan
bahawa ibu yang berpendidikan tinggi mempunyai anak yang berminat membaca.
Manakala responden yang ibu yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah pula
menunjukkan peratus yang paling rendah, iaitu 6% yang kerap membaca. Selain itu,
20% daripada responden bagi ibu yang berpendidikan sederhana pula menunjukkan
minat membaca yang paling tinggi. Oleh itu, hipotesis kedua yang menyatakan adanya
hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan ibu dengan minat membaca adalah
diterima.
4.3.3 Analisis Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Pendapatan Keluarga
Kekerapan Membaca
Tahap Pendidikan Ibu
Tinggi
Sederhana Rendah
Tinggi 11 10 3
(22) (20) (6)
Sederhana 1 5 2
(2) (10) (4)
Jarang 2 11 5
(4) (22) (10)
Jumlah 14 26 10
(28) (52) (20)
42
Analisis seterusnya ialah melihat sama ada terdapat hubungan antara minat
membaca dengan pendapatan keluarga. Dengan ini, analisis dapat menjawab sama
ada ramalan hipotesis ketiga iaitu hubungan antara minat membaca dengan
pendapatan keluarga diterima atau sebaliknya. Hasil dapatan kajian diperlihatkan dalam
jadual 4.7.
Jadual 4.7
Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Pendapatan Keluarga
.
Sumber:Kajian Sampel
Berdasarkan analisis kajian, terdapat 26% daripada responden yang terdiri
daripada keluarga yang berpendapatan tinggi menunjukkan minat membaca yang amat
tinggi. Ini diikuti dengan mereka yang daripada keluarga berpendapatan sederhana.
Manakala responden yang daripada keluarga yang berpendapatan rendah pula paling
kurang dari segi kekerapan membaca. Dapatan ini dapat dirumuskan bahawa
Kekerapan Membaca
Pendapatan Keluarga
Tinggi
Sederhana Rendah
Tinggi 13 6 5
(26) (12) (10)
Sederhana 3 3 3
(6) (6) (6)
Jarang 9 5 3
(18) (10) (6)
Jumlah 25 14 11
(50) (28) (22) Nota:Angka dalam kurungan menunjukkan peratusan
43
kedudukan ibu bapa yang berekonomi tinggi mempunyai anak yang menunjukkan
minat membaca yang tinggi.
Oleh itu, hipotesis ketiga yang meramalkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara pendapatan keluarga dengan minat membaca pelajar adalah diterima.
4.3.4 Analisis Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Kemudahan Pembacaan
di rumah.
Bahagian ini akan menganalisis hubungan antara minat membaca dan
kemudahan pembacaan di rumah. Hasil dapatan kajian ini akan menjawab ramalan
Hipotesis Keempat iaitu adanya hubungan yang signifikan antara kemudahan
pembacaan yang disediakan di rumah dengan minat membaca pelajar.
Jadual 4.8
Hubungan Antara Minat Membaca Pelajar dengan Kemudahan yang Disediakan di rumah
Kemudahan yang
disediakan di rumah
Kekerapan membaca
Jumlah
Tinggi Sederhana Rendah
Buku 16(33) 8(27) 6(20) 30
Surat khabar 28(61) 14(30) 4(9) 46
Majalah 15(56) 7(26) 5(18) 27
Sudut bacaan 19(53) 11(31) 6(16) 36
Perpustakaan 11(52) 7(33) 3(15) 21
Nota:Angka dalam kurungan menunjukkan peratusan.
Sumber:Kajian Sampel
44
Hasil kajian ini ditunjukkan dalam jadual 4.8 telah menunjukkan bahawa
kemudahan di rumah boleh mempengaruhi minat membaca pelajar dan terbukti seramai
16 orang (53%) yang paling kerap membaca berbanding dengan kekerapan pelajar
yang sederhana seramai 8 orang (27%) dan pelajar yang paling rendah kekerapan
membaca seramai 6 orang (20%). Ini bermakna keluarga pelajar yang paling tinggi
kekerapan membaca mampu untuk menwujudkan suasana keilmuan di rumah
berbanding dengan pelajar-pelajar yang kekerapan membaca yang sederhana dan
rendah. Oleh itu, kemudahan yang terdapat di rumah mempunyai hubungan yang
signifikan dengan minat membaca.
Begitu juga dengan langganan surat khabar di rumah telah menunjukkan pelajar-
pelajar yang paling tinggi kekerapan membaca iaitu 28 orang (61%) mempunyai surat-
khabar di rumah berbanding dengan kekerapan membaca sederhana sebanyak 14
orang (30%) dan pelajar yang kekerapaan membaca rendah iaitu 4 orang (9%). Ini
menunjukkan keluarga yang anak-anak paling tinggi kekerapan membaca sedar akan
kepentingan surat khabar sebagai sumber pengetahuan kepada anak-anak. Oleh itu,
kemudahan suratkhabar yang disediakan di rumah mempunyai hubungan yang
signifikan dengan minat membaca pelajar.Kesediaan dan kemampuan ibu bapa
membeli majalah-majalah berbentuk akademik juga membantu menarik minat membaca
pelajar-pelajar untuk membaca. Seperti yang dilihat dalam kajian ini,didapati bahawa
sebanyak 15 orang (56%) pelajar-pelajar yang kekerapan membaca yang paling tinggi
mempunyai majalah akademik di rumah manakala 7 orang (26%) orang pelajar yang
sederhana kekerapan membaca mempunyai majalah di rumah. Bagi pelajar yang
45
rendah kekerapan membaca pula, ketidakmampuan atau mungkin tiada kesedaran ibu
bapa menyebabkan tahap pembacaan rendah iaitu 5 orang (18%) mempunyai majalah
di rumah. Dapatan ini mendapati bahawa hubungan yang signifikan antara minat
membaca dan penyediaan majalah akademik di rumah.
Satu lagi aspek kemudahan pembacaan yang memainkan peranan yang penting
dalam mempengaruhi minat membaca seseorang pelajar ialah kemudahan sudut
membaca untuk membolehkan pelajar menjalankan aktiviti membaca. Seramai 19 orang
(53%) pelajar yang paling tinggi kekerapan membaca mempunyai sudut bacaan in
rumah. Bilangan ini mengatasi bilangan pelajar-pelajar yang kekerapan membaca
sederhana iaitu 11orang (31%) dan kekerapan membaca yang rendah seramai 6 orang
(16%). Dapatan ini menunjukkan bahawa penyediaan sudut bacaan di rumah untuk
anak-anak menjalani aktiviti membaca telah memupuk minat membaca dalam kalangan
pelajar.
Begitu juga penyediaan perpustakaan mini di rumah juga mempengaruhi minat
membaca anak-anak. Bilangan pelajar yang paling tinggi kekerapan membaca iaitu
seramai 11 orang (52%) berbanding dengan pelajar-pelajar yang kekerapan membaca
yang sederhana, iaitu 7 orang (33%) dan pelajar yang kekerapan membaca yang
rendah iaitu 3 orang (15%). Ini menunjukkan bahawa kemudahan perpustakaan mini
memainkan peranan yang penting dalam menyediakan bahan-bahan bacaan untuk
menarik minat pelajar untuk membaca.
Kesimpulannya, hasil dapatan menunjukkan adanya hubungan yang signifikan
antara minat membaca dengan kemudahan yang disediakan di rumah. Oleh itu,
46
Hipotesis Keempat yang meramalkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
kemudahan pembacaan yang disediakan di rumah dengan minat membaca diterima.
BAB 5
47
5.1 Pengenalan
Setelah dianalisis dan diperincikan data-data yang diperolehi, penemuan
daripada kajian ini adalah sama dengan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji yang terdahulu. Kajian ini menunjukkan faktor sosioekonomi masih merupakan
indikator utama yang menentukan minat membaca dalam kalangan pelajar. Kajian ini
mendapati bahawa pelajar-pelajar daripada kelas sosial yang lebih baik berminat
membaca daripada rakan-rakan sebaya yang rendah kelas sosialnya. Dapatan kajian ini
telah membukitkan bahawa faktor sosioekonomi memberi kesan yang besar terhadap
minat membaca pelajar-pelajar.
5.2 Rumusan Dapatan Kajian
Bahagian ini akan membentangkan rumusan dan perbincangan dapatan kajian
yang melihat hubungan antara minat membaca dengan angkubah-angkubah bebas
yang ditetapkan.
5.2.1 Hubungan minat membaca dengan tahap pendidikan ibu dan bapa.
Dapatan menunjukkan tahap pendidikan ibu boleh mempengaruhi minat
membaca pelajar. Majoriti ibu yang berpendidikan tinggi mempunyai anak yang kerap
membaca. Manakala ibu yang rendah tahap pendidikan mempunyai anak-anak yang
jarang membaca. Begitu juga tahap pendidikan bapa telah menentukan minat pelajar
terhadap budaya membaca. Bapa yang berpendidikan tinggi telah menentukan minat
membaca anak. Manakala bapa yang berpendidikan rendah pula mempunyai anak-
anak yang tidak menunjukkan minat membaca yang tinggi.
48
Oleh itu, dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa tahap pendidikan ibu
dan bapa mempunyai perkaitan yang signifikan terhadap minat membaca pelajar-pelajar.
Dapatan ini memperkukuhkan kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji ini
(Safiah (1979), Howell dan Fraser (1982)), mendapati bahawa tahap pendidikan ibu dan
bapa memberi kesan terhadap minat membaca dalam kalangan pelajar.
Ibu dan bapa yang berpelajaran, lebih-lebih lagi yang memiliki pendidikan yang
tinggi biasanya berminat membaca buku-buku akademik. Sikap positif dalam
penguasaan ilmu pengetahuan disemai dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi.
Tambahan pula, ibu bapa ini mahu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam mereka. Oleh itu, sokongnan moral yang kuat daripada ibu dan bapa akan
meningkatkan minat mereka untuk membaca.
Bagi ibu dan bapa yang berpelajaran rendah pula, mereka tidak mampu
membantu anak-anak mereka dalam aktiviti membaca kerana mereka sendiri tidak
boleh membaca dengan baik.
5.2.2 Hubungan Antara Minat Membaca dengan Tingkat Pendapatan Keluarga
Hasil dapatan dalam kajian ini mendapati bahawa tingkat pendapatan keluarga
mempunyai hubungan yang signifikan dengan minat membaca. Ibu bapa yang
berpendidikan tinggi mempunyai anak-anak yang telah menunjukkan minat membaca
yang tinggi, manakala anak-anak daripada keluarga yang berpendapatan rendah pula
tidak berminat membaca.
49
Pelajar-pelajar daripada keluarga berada mempunyai kelebihan dari aspek
kemudahan pembacaan yang disediakan oleh ibu dan bapa. Keluarga yang berada
mampu menyediakan bahan-bahan rujukan, majalah, surat khabar, menyediakan
kemudahan perpustakaan dan tempat bacaan yang kondusif untuk anak-anak
membaca. Kemampuan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan ini akan
memupuk dan menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar.
Bagi keluarga yang berpendapatan rendah pula, tuntutan menyediakan
keperluan asas seperti keperluan makanan, perubatan, pakaian dan tempat tinggal
telah menyebabkan mereka tidak mampu untuk menyediakan kemudahan pembacaan
seperti buku-buku dan perpustakaan di rumah. Akibatnya, anak-anak hilang minat
dalam membaca.
Ibu dan bapa yang berpendapatan rendah juga tidak mempunyai masa lapang
untuk membaca buku-buku kerana mereka terpaksa mencari pendapatan tambahan
untuk memenuhi keperluan keluarga. Akibatnya, anak-anak tidak suka membaca kerana
tiada dorongan daripada orang tua mereka.
5.2.3 Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Kemudahan Pembelajaran Yang
Disediakan Di Rumah
Seperti kajian yang terdahulu, hasil kajian ini juga menunjukkan faktor
kemudahan pembacaan yang disediakan di rumah mempengaruhi minat membaca
pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa keluarga yang mampu menyediakan
kemudahan pembelajaran di rumah telah menggalakkan anak-anak untuk membaca.
50
Kemudahan yang menjana pengetahuan seperti buku-buku, majalah-majalah,
sudut bacaan dan perpustakaan mini di rumah telah membantu melahirkan suasana
keilmuan yang positif dan kondusif untuk pelajar memperkaya pelbagai ilmu yang tidak
dapat ditimba melalui proses pengajaran biasa di dalam kelas.
5.3 Implikasi Kajian dan Cadangan
Data yang diperoleh telah memberikan gambaran yang agak jelas tentang faktor
status sosioekonomi mempengaruhi minat membaca pelajar di Sekolah Menengah
Munshi Abdullah di negeri Melaka. Walaupun kajian ini dibataskan kepada Sekolah
Menengah Munshi Abdullah sahaja yang terletak di negeri Melaka, adalah dipercayai
bahawa kemungkinan persamaan aspek yang dikaji terdapat juga di sekolah-sekolah di
daerah lain, khususnya di sekolah-sekolah menengah. Penemuan daripada kajian ini
telah memberikan sedikit sebanyak gambaran akan pengaruh latar belakang
sosioekonomi keluarga terhadap minat membaca pelajar.
Rumusan ini telah menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang kurang minat
membaca mempunyai ibu bapa yang berpendidikan dan berpendapatan rendah serta
tidak banyak mempunyai kemudahan pembacaan yang disediakan di rumah yang dapat
mendorong para pelajar untuk mengamalkan budaya membaca. Ibu bapa yang rendah
taraf pendidikannya akan dikaitkan dengan pendapatan yang rendah kerana dengan
kelulusan yang rendah menyebabkan mereka tidak mempunyai peluang mendapat
pekerjaan yang lebih baik yang menawarkan gaji yang tinggi. Ibu bapa yang
berpendapatan rendah ini pula tidak mampu menyediakan peralatan dan kemudahan
kepada anak-anak mereka seperti membeli bahan bacaan tambahan dan menyediakan
51
tempat yang selesa untuk membaca. Pengabaian keperluan-keperluan ini memberikan
tanggapan yang negatif dalam kalangan anak-anak terhadap budaya membaca.
Semangat dan dorongan untuk membaca terhakis daripada jiwa mereka.
Selain itu, ibu bapa yang rendah pencapaian akademiknya tidak mampu
membimbing dan membantu anak-anak dalam pengamalan budaya membaca. Tidak
kurang pula ibu bapa daripada kelompok ini yang bersikap dingin terhadap budaya
membaca anak-anak. Di samping itu, ada juga ibu bapa yang sibuk bekerja dan
menumpukan masa yang lebih untuk mencari pendapatan tambahan bagi menyara
hidup keluarga menyebabkan mereka tidak mempunyai masa lapang untuk membaca
dan menjadi teladan yang baik untuk memupuk minat membaca anak-anak. Kesedaran
dan motivasi yang rendah dalam kalangan ibu bapa terhadap budaya membaca tidak
menggalakkan anak-anak untuk membaca. Kedudukan status sosioekonomi yang
rendah dan rumahtangga yang sentiasa dirundung masalah boleh menyebabkan
pelajar-pelajar bersikap negatif terhadap amalan membaca dan ini boleh menjejaskan
minat membaca pelajar.
Dalam hubungan ini, langkah-langkah dan pendekatan yang lebih bermakna
perlu dirancang dan dilaksanakan bagi membantu pelajar-pelajar untuk menjadikan
budaya membaca sebagai budaya hidup mereka. Janganlah nanti disebabkan
kemiskinan dan taraf pendidikan ibu bapa yang rendah menjadi halangan kepada
pemupukan minat membaca dalam kalangan pelajar. Pelbagai pihak perlu dilibatkan
dalam pelaksanaan strategi atau program ke arah memupuk budaya membaca dalam
52
kalangan pelajar iaitu ibu bapa, pihak sekolah, Kementerian Pelajaran, Persatuan Ibu
Bapa dan Guru(PIBG) sekolah, komuniti setempat dan pelajar itu sendiri.
Antara cadangan dan saranan strategi atau program yang boleh diketengahkan
ialah:
Dari segi pendapatan dan pendidikan rendah dalam kalangan ibu bapa, tidak
banyak yang boleh dibuat kerana ia melibatkan soal-soal masyarakat,politik dan negara.
Kemiskinan keluarga dapat diatasi secara beransur-ansur dengan pelaksanaan dasar
pembangunan ekonomi negara. Namun begitu, ibu bapa yang miskin terutamanya di
kawasan luar bandar perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan budaya membaca
dalam menjamin masa depan anak-anak dan tidak menganggap belenggu kemiskinan
sebagai penghalang utama ke arah memupuk minat membaca.
Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti membaca anak-anak akan memberikan
kesan psikologi yang kekal kepada anak-anak. Anak- anak akan lebih bermotivasi dan
bersemangat untuk membaca kerana mendapat galakan daripada ibu dan
bapa.Galakan daripada ibu bapa akan memberikan kesan yang lebih efektif sekiranya
disertai dengan suasana yang kondusif untuk membaca di rumah. Di samping
menyediakan keperluan asas yang patut disediakan, ibu bapa harus menyediakan
tempat membaca yang sesuai,bahan-bahan bacaan yang relevan, suratkhabar dan
majalah atau sekurang-kurangnya menggalakkan anak-anak pergi ke perpustakaan
untuk menggalakkan anak-anak membaca. Di samping itu, ibu bapa juga harus
meluangkan masa dan memberikan perhatian terhadap aktiviti membaca anak-anak
untuk mendorong anak-anak agar tekun membaca.
53
Di samping itu, golongan ibu bapa mestilah menunjukkan contoh dalam
memupuk minat membaca dengan ibu bapa sendiri mengamalkan budaya membaca di
rumah dan jika mampu menyediakan perpustakaan mini di rumah sebagai langkah awal
yang bijak untuk mewujudkan suasana yang sihat dan kondusif untuk membaca. Hal ini
selaras dengan pendapat Sharom TM Sulaiman & Salasiah Abd Wahab (2002) bahawa
dengan cara mewujudkan perpustakaan mini di rumah, minat membaca dalam kalangan
kanak-kanak peringkat prasekolah akan mudah dibentuk dan memberi kesan positif
apabila anak-anak itu menuju ke peringkat sekolah atau peringkat menuju ke alam
remaja. Pemupukan minat membaca dalam kalangan pelajar oleh ibu bapa ini juga
boleh dilakukan dengan cara menentukan buku-buku sebagai satu keperluan keluarga
dan mewujudkan suasana keseronokan membaca dengan membeli bahan bacaan yang
menarik untuk bacaan bersama-sama anak-anak di rumah, membacakan buku dan
majalah kepada anak-anak mereka, menghadiahkan buku-buku kepada anak-anak
pada hari-hari istimewa seperti hari jadi dan membawa anak-anak ke perpustakaan
serta ke pesta-pesta buku.
Pihak sekolah dan guru-guru juga memainkan peranan penting dalam
meningkatkan minat membaca pelajar-pelajar di sekolah. Usaha mengesan minat
membaca pelajar menerusi perkhidmatan panduan dan rundingcara di sekolah-sekolah
menengah patut dilaksanakan. Pihak kaunseling sekolah harus mengadakan soal
selidik berjadual atau berperingkat bagi mengesan punca-punca kekurangan minat
membaca dalam kalangan pelajar. Segala maklum balas daripada soal selidik ini dapat
membantu pihak sekolah dalam menyusun strategi yang lebih berkesan ke arah
peningkatan minat membaca pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar yang kurang minat
54
membaca harus diberikan kesedaran dan motivasi agar mereka dapat mengubah
tingkah laku dan membentuk sikap serta nilai yang positif. Pihak sekolah juga harus
melaksanakan kempen membaca secara berterusan.
Ramai juga pelajar yang tidak berminat membaca kerana mereka
menganggapkan membaca membosankan. Oleh itu, guru-guru perlu mempelbagaikan
kaedah yang boleh menarik minat pelajar-pelajar untuk membaca, misalnya memberi
ganjaran hadiah kepada pelajar yang rajin membaca. Pemberian hadiah kepada pelajar
yang rajin membaca ini akan mendatangkan kegembiraan kepada pelajar-pelajar dan
seterusnya meningkatkan usaha untuk mereka terus membaca.
Selain itu, guru-guru juga perlu mengetahui latar belakang setiap pelajarnya
untuk membolehkan mereka mengenal pasti akan faktor yang menyumbang kepada
kurang minat membaca pelajar. Bertolak daripada kesedaran dan pemahaman tentang
latar belakang keluarga anak-anak didik mereka, maka mudahlah guru-guru
menggunakan pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah-masalah kurang
minat membaca dalam kalangan pelajar. Guru-guru juga perlu memberikan kesedaran
kepada pelajar-pelajar akan kepentingan budaya membaca yang bukan sahaja boleh
meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang, tetapi meningkatkan kreativiti dan
kematangan berfikir.
Penglibatan masyarakat setempat dalam membentuk budaya membaca boleh
dilaksanakan menerusi PIBG. PIBG seharusnya lebih aktif lagi bagi membantu pihak
sekolah untuk menyusun program peningkatan minat membaca dalam kalangan pelajar.
Program-program sokongan oleh PIBG perlu diadakan seperti memberikan bantuan
55
bahan-bahan bacaan kepada perpustakaan sekolah. Masyarakat setempat juga boleh
menubuhkan perpustakaan bagi memudahkan pelajar-pelajar yang berhampiran
meminjam atau membaca buku-buku. Usaha yang dimainkan oleh masyarakat ini
juga secara tidak langsung dapat menjayakan kempen membaca dalam kalangan
pelajar.
Budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar dapat dipupuk
melalui peranan yang dimainkan oleh premis-premis perniagaan yang terdapat di
Malaysia. Misalnya kedai-kedai buku boleh mewujudkan kemudahan-kemudahan
tambahan seperti kafe bagi memudahkan para pelajar mengunjunginya atau menikmati
minuman sambil memilih atau membaca buku. Setiap premis sama ada hotel, pusat
membeli-belah, kafe siber dan sebagainya boleh mewujudkan sudut membaca dalam
usaha membudayakan minat membaca dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar.
Budaya ini sememangnya telah dijalankan di negara Jepun yang mempunyai rakyat
yang celik huruf yang tertinggi di Asia iaitu sebanyak 99%. Kedai buku yang terdapat di
Jepun kebanyakannya seperti hotel yang menyediakan lobi bagi memudahkan
pengunjung membuat temu janji dan mengadakan sesi perbincangan. Selain itu,
terdapat juga kedai buku di Jepun yang menyediakan kafe untuk memberikan
kemudahan kepada pengunjungnya untuk melihat dan memilih buku sambil menikmati
minuman.
Peranan pihak Kementerian Pelajaran tidak kurang penting dalam usaha
memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Bantuan kemudahan pembacaan
perlu disediakan bagi menggalakkan pelajar membaca terutama pelajar daripada
56
keluarga yang berpendapatan rendah. Sekolah-sekolah di luar bandar yang masih
kekurangan perpustakaan dan bahan-bahan bacaan perlu dibantu agar ia setaraf
dengan sekolah-sekolah di bandar. Langkah-langkah ini adalah untuk memastikan
pelajar-pelajar dapat membaca dalam keadaan yang selesa dan sebaik mungkin.
Program NILAM yang telah lama diperkenalkan di peringkat sekolah untuk
memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar perlu diberikan nafas baru dengan
memberikan ganjaran yang lebih menarik bagi menggalakkan pelajar-pelajar membaca.
Di samping itu, program NILAM ini akan lebih berkesan lagi dengan menggunakan
pendekatan membaca merentas kurikulum iaitu digabungjalinkan dalam mata pelajaran
tertentu seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Mandarin, iaitu setiap subjek tersebut diperuntukkan satu waktu dalam setiap minggu
untuk aktiviti membaca di perpustakaan sekolah. Dengan cara begini, pelajar-pelajar
akan mempunyai ruang dan masa untuk membaca lebih aktif lagi.
Kempen-kempen membaca seperti Bulan Membaca yang dijalankan di peringkat
sekolah haruslah dipertingkatkan lagi keberkesanan dengan mengadakan kempen ini
sepanjang tahun dan bukannya dalam tempoh satu bulan sahaja. Kempen membaca
harus dilaksanakan sepanjang tahun dan berterusan bagi memupuk budaya membaca
sepanjang hayat.
Selain itu,peranan perpustakaan awam amat penting dalam meningkatkan minat
membaca dalam kalangan pelajar. Program-program berkala ke arah meningkatkan
minat membaca dalam kalangan pelajar harus dilaksanakan. Pihak perpustakaan awam
boleh memberikan bantuan dalam bentuk mendidik pelajar mencari maklumat melalui
57
pangkalan data dalam talian, CD-ROM dan inter-library. Dalam era ledakan maklumat,
pelajar perlu tahu memilih, menilai, menganalisis dan membuat keputusan yang tepat
berdasarkan maklumat yang sesuai. Oleh yang demikian, perpustakaan perlu mendidik
masyarakat pelajar agar bertindak sebagai pengguna maklumat yang efektif, kritikal dan
beretika dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan.
Manakala pihak kerajaan perlu memberikan insentif pencukaian sebagai langkah
ke arah menyemai tabiat membaca dalam kalangan para pelajar. Kerajaan perlu
menyokong perkembangan industri penerbitan buku agar para ibu bapa boleh membeli
buku-buku bacaan pada kos yang lebih rendah. Insentif seperti ini akan mendorong ibu
bapa membeli buku-buku untuk anak-anak demi memupuk sikap positif terhadap aktiviti
pembacaan dan seterusnya membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar.
Usaha mewujudkan budaya membaca dalam kalangan pelajar bukanlah satu
tugas yang mudah. Pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam merealisasikan hasrat
ini dan sudah semestinya bukanlah usaha yang dapat dilihat hasilnya dalam jangka
masa yang singkat. Dalam hal ini sinergi semua pihak sama ada ibu bapa, pihak
kerajaan, swasta, sekolah dan masyarakat adalah perlu bagi memastikan usaha murni
ini berhasil.
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
Oleh kerana kajian ini terhad kepada Sekolah Menengah Munshi Abdullah di
negeri Melaka sahaja, maka terdapat kemungkinan yang penemuan ini tidak akan
menggambarkan keadaan sebenar keseluruhan pelajar di sekolah menengah di negeri
58
Melaka dan di Malaysia. Kajian yang lebih luas dan lebih menyeluruh perlu dijalankan
untuk memperoleh gambaran yang lebih tepat.
Dalam kajian ini hanya pelajar-pelajar tingkatan 6 atas sahaja yang dipilih
sebagai responden. Adalah dicadangkan agar kajian yang sama dijalankan bagi
tingkatan-tingkatan yang lain dan juga di sekolah-sekolah rendah. Dengan cara ini, kita
dapat mengetahui sama ada faktor sosioekonomi keluarga mempengaruhi minat
membaca dalam kalangan remaja di semua peringkat. Pengetahuan ini akan membantu
pihak sekolah dan pihak yang bertanggungjawab untuk menyusun strategi yang sesuai
bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan para pelajar.
Di samping faktor status sosioekonomi keluarga, faktor lain juga memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi minat membaca dalam kalangan para pelajar.
Dicadangkan agar pembolehubah-pembolehubah lain yang mempengaruhi minat
membaca dalam kalangan pelajar dikaji seperti faktor jantina, faktor sekolah,
penglibatan ibu bapa, kemudahan perpustakaan awam, pengaruh media massa dan
rakan sebaya serta keadaan persekitaran.
Selain itu, instrumen dan teknik yang digunakan bukan sahaja melalui soal selidik,
tetapi sebaliknya diperluaskan juga melalui kaedah temubual, pemerhatian turut-serta,
kajian dokumen yang berkaitan dan kajian perbandingan bagi mendapat maklumat yang
lebih terperinci.
5.5 Penutup
59
Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan pelajar harus dilihat dari
pelbagai aspek yang meliputi aspek latar belakang dan sosioekonomi keluarga pelajar-
pelajar. Faktor-faktor ini berperanan sebagai pendorong atau penghalang kepada
proses menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar yang secara disedari atau
tidak telah mempengaruhi tahap pengetahuan dan pemikiran para pelajar. Diharapkan
kajian yang kecil ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak-pihak yang terbabit secara
langsung atau tidak langsung dalam alam pendidikan untuk memahami situasi yang
sebenar yang telah memberikan kesan terhadap minat membaca dalam kalangan
pelajar, dan seterusnya mengambil langkah-langkah dan pendekatan yang berkesan
bagi memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.
RUJUKAN
60
1. Juel, C. 1988. Learning to Read and Write: A Longitudinal Study of 54 Children
from First through Fourth Grade. Journal of Education Psychology , 80(4), 437-
447. Kompas , Jakarta, 22 Januari 1995 .
2. Lilawati, 1988. Hubungan Antara Tingkat Pendidikan Orang Tua, Stimulasi
Membaca dari Orang Tua dan Inteligensi dengan Minat Membaca Pada Anak
Kelas V Sekolah Dasar. Skripsi. Yogyakarta: Fakultas Psikologi Universitas
Gadjah Mada.
3. Meichati, S.1978. Motivasi Pembaca. Yogyakarta: Universitas Gadjah Mada.
Morrow, L..M., and Young ,J. 1997. A Family Literacy Achievement . Journal of
Educational Psychology, 89(4), 736-742.
4. Sinambela, N.L. 1993 Hubungan Minat Membaca dengan Kreativiti Pada Siswa-
siswi Kelas II SMP Negeri 5 Yogyakarta. Skripsi. Yogyakarta: Fakultas Psikologi
Universitas Gadjah Mada .
5. Slavin, R, 1998 . Educational Psychology: Theory and Practice. Fourth Edition.
Bosto: Allyn and Baco
6. Harris, A., dan Sipay, E. 1980. How To Increase Reading Ability, New
York :Logman.
7. Howell, F.M. & Fraser, W. (1982), “Early Transition into Adult Poles : Some
Antedecent abd Outcomes”, American Educational Research Journal, 19, 51-73.
8. Finn, Jeremy, D. (1999), “Parental Engagement in Children’s Schooling”,
Research from Laboratory For Student Success.
http://www.temple.edu/Iss/spot211.thm
61
9. Fraser, D.E. (1973), Home Enviroment and The School, London: University of
London Press Ltd.
10. Leong, etal (1990), Factors Influencing The Academic Achievement of Students
in Malaysia School, Laporan Untuk Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Kementerian Pelajaran, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran.