JENIS-JENIS LUKISAN DI DALAM LUKISAN KERJA
JENIS-JENIS LUKISAN DI DALAM LUKISAN KERJA
Lukisan Kerja dibahagikan kepada empat jenis utama, iaitu Lukisan Bangunan, Struktur, Perkhidmatan, Mekanikal dan Elektrikal. Lukisan kerja bangunan pula dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu;
A.Lukisan Pelan
Pelan Kunci,Pelan LokasiPelan TapakPelan Lantai
B .Lukisan Keratan Keratan MenegakKeratan Memanjang
C.Lukisan PandanganPandangan Hadapan/BelakangPandangan Sisi Kanan dan Kiri
D.Lukisan Butiran/PerincianLukisan 2 dan 3 dimensi.
PELAN KUNCI DAN PELAN LOKASI
Pelan KunciPelan ini memberi panduan di manakah letaknya kawasan tapak
binaan projek. Pelan ini dilukis berpandukan peta sedia ada yang meliputi
kawasan sejauh 5km hingga 10km dari tapak cadangan.
Maklumat pada pelan kunci ialah;
Nama jalan, sungai di sekiling tapak,Arah utara- Rujuk tanda-tanda arah utara yang digunakan
dalam rajah 3.0Nama kawasan tapak cadanganNama kawasan seperti nama kampung, nama pekan sekitar
kawasan tapak
Kaedah melukis pelan kunci
1. Pelan kunci dilukis dengan menyalin semula peta kawasan tapak cadangan tanpa menggunakan skala.
2. Skala besar 1:1000, 1:2000 atau 1:5000 digunakan sekiranya diperlukan.
Peta asal kawasan tersebut boleh diperolehi dari tuan punya projek atau dari Jabatan Tanah dan Ukur atau Pejabat Daerah.
Pelan Lokasi Menunjukan lokasi kawasan dengan lebih khusus. Maklumat
seperti yang ditunjukkan ialah;
Nombor lot tapakNombor lot jiranNama jalan menuju ke tapak (sekurang-kurangnya tiga),Sempadan lot dan arah utara ditandakanParit monson atau sedia ada juga perlu dinyatakan.
Skala yang digunakan ialah 1 rantai kepada 1 inci (Skala SI 1:500) hingga 8 rantai Kepada 1 inci (Skala SI 1:5000).
PELAN TAPAK DAN PELAN LANTAI
Pelan Tapak
Pelan tapak menerangkan keluasan tapak cadangan serta
butiran fizikal yang lain seperti kedudukan pokok-pokok
semulajadi/sedia ada, jalan masuk utama dan kedudukan
bangunan cadangan.
Selain itu, sempadan lot, nombor lot tapak, nombor lot tapak
bersebelahan dan aras ketinggian tapak juga dinyatakan. Skala
yang lazim digunakan ialah;
1. 1:100 4. 1:1000
2. 1:200 5. 1:2000
3. 1:500 6. 1:10000
‘Kaedah melukisLakarkan garisan sempadan tanah/lot berdasarkan pelan sebenar, lihat
kedudukan batu sempadan, arah utara dan tuliskan dimensi tapak cadangan.
Lukis semula lakaran dengan menggunakan skala 1:100 pada kertas lukisan
Langkah seterusnya adalah seperti yang dinyatakan dalam petak 3-7.
3. Lukiskan garisan anjak semula (setback line) .Jarak garisan anjak semula dari garisan sempadan hendaklah 6096mm pada bahagian depan dan belakang bangunan. Jarak bahagian sisi pula ialah 3048mm dari luar sudut dinding bangunan ke garisan sempadan.
4. Pilih kedudukan sudut bangunan yang terdekat dengan gariasan sempadan dan setkan orentasi pelan lantai bangunan tersebut.
5. Lukiskan garisan luar dinding bangunan dengan garisan putus-putus.
6. Lukiskan garisan bumbung, parit, pagar sekeliling dan pagar masuk utama /gate berdasarkan rekabentuk.
7. Berdasarkan pelan lantai, lukiskan kedudukan paip bawah tanah, lurang dan tangki septik untuk sistem kumbahan.
BATU SEMPADAN
SEMPADAN TANAH /LOT
TANGKI SEPTIK
PAGAR PERIMETER 1500 TINGGIH
JALAN PERANCANGAN
Pelan Lantai
Pelan lantai ialah pandangan atas keseluruhan bangunan. Paras pemotongan mendatar bangunan adalah 1 meter dari aras lantai. Maklumat yang dinyatakan ialah;
Grid bulatan (bubble grid) dan dimensiKedudukan tingkap, pintu dan tangga Bahan binaan, kemasan bagi setiap lantai serta dindingSaliran kekal seperti longkang dan arah aliran airNota spesifikasi
Simbol-simbol yang digunakan dalam lukisan kerja pelan bangunandinyatakan dalam Jadual 3.0.
Jadual 3.1 – Simbol Bahan/Material
Kaedah melukis
Mulakan lukisan dengan melakar pelan lantai bangunan tersebut. Tentukan kedudukan ruang bangunan, pintu/tingkap dan kedudukan pintu masuk utama.
Rajah 3.5- Lakaran Pelan Lantai
Lukiskan garisan grid pada setiap dimensi dari tiang (column) ke tiang atau dinding ke dinding.Labelkan garisan tersebut seperti rajah 3.5. Gunakan skala yang sesuai, contohnya 1:100.
Rajah 3.6- Garisan grid
Labelkan garisan grid menegak dengan HURUF
Labelkan garisan grid mengufuk dengan NOMBOR
Lukiskan dinding dan bukaan pintu/tingkap bangunan mengikut spesifikasi. Tentukan dan lukis arah bukaan pintu dan tingkap yang sesuai atau yang dikehendaki oleh pemilik. Rujuk rajah 3.7.
Rajah 3.7 menunjukkan garisan dinding dan kedudukan bukaan
Lukisan garisan bumbung dengan garisan putus-putusLukiskan parit permukaan untuk bangunan tersebut. Lihat
rajah 3.7 di atas.Langkah akhir, nyatakan dimensi dan kedudukan garisan
keratan pada pelan tersebut. Spesifikasi asas seperti pintu, tingkap dan parit perlu dinyatakan bagi memudahkan kita melukis lukisan pandangan. Rajah 3.8 dan rajah 3.9 ialah contoh pelan lantai.
Rajah 3.8-Pelan lantai
1
2
1a
1b
3
A B1 B2B C D
XX
Y
Y
Pandangan Hadapan, Belakang, Sisi Kanan dan Kiri
Lukisan pandangan (Side Elevation) ialah rupa bentuk banguan apabila dilihat secara mengufuk.
Skala yang biasa digunakan ialah 1: 50, 1:100 dan 1:200. Skala ini biasanya sama dengan skala pada pelan lantai. Lukisan pandangan terdiri daripada Pandangan Hadapan, Belakang, Sisi Kanan dan Sisi Kiri. Rujuk rajah 3.9
Kedudukan pandangan hadapan ditentukan dengan mengambil kira kedudukan pintu masuk utama bangunan atau pintu pagar.
PELAN LANTAI
Skala 1:100
Pandangan Sisi Kanan
Pandangan Belakang
Pandangan Sisi
Kiri
Pandangan Hadapan
Nota.
-Lukisan Pandangan juga dinamakan lukisan Tampak atau lukisan Pelan Tegak
Pandangan Hadapan Pandangan ini adalah rupabentuk bangunan dilihat secara
mengufuk dari arah depan bangunan.
PELAN LANTAI
GARISAN UNJURAN
Bumbung bersudut 300
GARISAN UNJURAN
3000 -
3300 mm
Kaedah melukis
Setkan kertas lukisan baru diatas lukisan pelan lantai pada kedudukan pandangan hadapan.
Unjurkan setiap garisan luar dinding, pintu, tingkap, bumbung dan juga setiap garisan puncak bumbung.
Berpandukan kepada spesifikasi dalam pelan lantai lukiskan pandangan bagi setiap pintu dan tingkap. Bagi bumbung pula, lukis garisan yang bersudut 271/2
0 - 300 ( sudut bergantug kepada rekabentuk/spesifikasi yang diberi) ke atas.
Pandangan Belakang
Lukisan pandangan belakang pula adalah rupa bentuk bangunan dari arah belakang bangunan.
PELAN LANTAI
garisan unjuran
Rajah 3.12 menunjukkan pandangan hadapan bagi pelan lantai pada rajah 3.10
Kaedah melukis
Setkan kertas lukisan pandangan belakang pada kedudukan belakang pelan. Ini dilakukan dengan mengalih kedudukan pelan lantai.
Rujuk kaedah melukis lukisan pandangan hadapan untuk langkah seterusnya.
Pandangan Sisi Kanan
Rupa bentuk bangunan dilihat secara mengufuk dari arah sebelahkanan.
Kaedah melukisSetkan kertas lukisan pandangan Sisi Kanan pada kedudukan sisi
kanan pelan. Ini dilakukan dengan mengalih kedudukan pelan lantai.
Rujuk langkah melukis pandangan hadapan untuk langkah seterusnya
garisan unjuran
pelan lantai unjuran
Pandangan Sisi Kiri
Rupa bentuk bangunan dilihat secara mengufuk dari arah sebelahkiri.
Kaedah melukisSetkan kertas lukisan pandangan Sisi
Kanan pada kedudukan sisi kanan pelan. Ini dilakukan dengan mengalih kedudukan pelan lantai.
Rujuk langkah/kaedah melukis lukisan pandangan hadapan bagi langkah seterusnya.
pelan lantai unjuran
garisan unjuran
Rajah 3.17 menunjukkan pandangan sisi kanan bagi pelan lantai pada rajah 3.10
Keratan Menegak dan Memanjang
Lukisan keratan menegak dan keratan memanjang mengambarkan dengan jelas bahagian pemotongan garisan keratan pelan lantai bangunan. Lukisan ini menunjukkan;
Aras tanah yang sedia ada dan aras tanah yang baru dicadangkan, jika aras tanah itu hendak ditinggikan atau direndahkan
Aras jalan, parit sisi jalan dan jalan kaki lima (jika bangunan itu bersempadan dengan jalan)
Lebar dan dalamnya asas tapak dan ketebalan dinding dan lantai.
Tinggi tangga, pintu, tingkap dan lubang pengudaraan
Saiz, aras gelegar lantai dan rasuk serta binaan bumbungnya.
Bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pembinaan struktur bangunan
Keratan Menegak
Lukisan keratan dilukis dengan menggunakan skala yang sama dengan skala pelan lantai. Kedudukan garisan keratan adalah kedudukkan dimana maklumat pembinaan/elemen bangunan dilihat/ditunjukkan dengan optimum.
Kaedah melukisSetkan kertas lukisan keratan pada kedudukan dibawah garisan
melintang X-X pelan lantai. Rujuk rajah 3.9.Unjurkan setiap garisan luar dinding, tingkap, tiang luar (jika ada)
dan garisan dan titik puncak bumbung.Tentukan spesifikasi struktur bangunan termasuk struktur asas
(lapisan tapak dan asas tiang)Labelkan ruang bangunan, nyatakan spesifikasi dan dimensi.
Rajah 3.18 menunjukkan keratan menegak X-X pelan lantai pada rajah 3.9
Keratan Memanjang
Langkah melukis untuk keratan memanjang atau keratan melintang sama dengan keadah melukis untuk keratan menegak. Dalam lukisan memanjang kedudukan lukisan pelan dialihkan agar lukisan keratan memanjang berada dibawah garisan memanjang Y-Y seperti rajah 3.10.
Lukisan Kerja dibahagikan kepada empat jenis utama, iaitu Lukisan Bangunan, Struktur, Perkhidmatan, Mekanikal dan Elektrikal
Pelan terdiri daripada Pelan Lokasi, Pelan Tapak, Pelan Lantai dan Pelan Bumbung.
Pelan lokasi- menunjukkan kedudukan kawasan tapak cadanganPelan tapak- menerangkan tentang keluasan tapak, punca bekalan
air, elektrik dan sebagainya.Pelan bumbung- menunjukkan kerataan atau kecerunan bumbung
bangunan.Pelan Lantai- menunjukkan saiz ruang dalaman, susun atur ruang-
ruang, bahan kemasan dan kod jenis pintu dan tingkap.Lukisan pandangan ialah rupa bentuk bangunan secara mendatar.Lukisan Keratan ialah rupa bentuk bangunan dilihat pada garisan
keratan.
Recommended