Soalan:
Cari Maklumat lanjut tentang susunan corak yang diberi di atas. Cuba anda cari
contoh-contoh corak dan kelaskan mengikut jenis susunan corak yang diberikan dan
bincangkan bersama rakan.
PENGENALAN
Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional
mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah
Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu
atau bebas. Susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas.
Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang
dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam
satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical
dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-
nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah
seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya.
Membuat Corak dan Rekaan, juga boleh difenisikan sebagai susunan motif
sama ada secara teratur atau secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada corak
terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan
motif secara bebas atau corak tidak terancang.
13 jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti di bawah:
1. Corak ulang sekata
2. Corak berpusat
3. Corak cerminan
4. Corak bertindih
5. Corak selang – seli
6. Corak batu – bata
7. Corak Jidar
8. Corak timbul
9. Corak berjalur
10.Corak sendeng
11.Corak berombak
12.Corak orgee
13.Corak penuh
Contoh susunan corak:
Bil Jenis susunan corak Contoh susunan corak
Penuh
Turun separa
Berulang
Orgee
Batu bata
Berpusat
Sendeng
Berombak
Bertindih
Jidar
Berjalur
Cermin
Soalan:
(a) Bagaimana kegiatan membuat rekaan corak boleh dijalankan secara berkesan.
Melalui rekaan corak, murid didedahkan dengan corak yang dihasilkan melalui
penggunaan pelbagai bahan.Murid membuat pemerhatian terhadap corak yang
dihasilkan dengan menggunakan bahan. Corak yang disusun mengikut kreativiti
masing-masing dan ianya telah menghasilkan satu corak yang menarik.
Penggunaan bahan dalam menghasilkan corak ini adalah mengambil kira akan
kebiasaan dan pengalaman murid tentang sesuatu bahan. Persekitaran murid tidak
terpisah dengan pelbagai bahan kerana di sekolah atau di rumah terdapat banyak
jenis bahan sama ada daun bunga atau sebagainya. Murid mudah memperolehi
bahan untuk menghasil capan.
Selain itu, melalui rekaan corak ini juga murid dapat memerhati penggunaan
warna yang sesuai bagi menghasilkan satu corak yang menarik. Murid diberi
kebebasan dalam memilih warna yang disukai untuk menghasilkan capan yang
menarik. Dalam menghasilkan capan adalah mudah dimana murid hanya
memerlukan bahan dan warna air serta kertas lukisan sahaja. Murid perlu menyapu
warna air pada daun, kemudian ditekatkan pada kertas lukisan bagi menghasilkan
capan ini. Ketelitian amat perlu untuk menghasilkan capan yang menarik dan
bermotif. Di samping itu, guru boleh menunjukkkan corak capan yang terdapat pada
benda lain seperti tikar getah dan kertas pembalut sebagai pengukuhan tentang
capan ini.
Karya capan ini tidak menggunakan alat dan bahan yang banyak serta
menyulitkan kerana semua ini berada di persekitaran murid. Alat dan bahan yang
digunakan ialah daun, warna air, berus dan kertas lukisan. Guru menunjuk cara-cara
melakukan kerja-kerja menghasilkan capan ini. Murid menggunakan alat dan bahan
yang dikumpul dalam membuat capan ini. Mereka diberi kebebasan memilih warna
dan corak yang hendak dihasilkan sama ada susunan berasingan atau bertindih.
Susunan dan warna yang berlainan boleh menghasilkan corak yang menarik
mengikut kreativiti masing-masing.
Corak yang menarik boleh juga dihasilkan dengan menggunakan pelbagai alat
dan bahan lain seperti ubi kentang, kacang bendi, pelepah pisang dan sebagainya.
Bahan-bahan ini jika diolah dengan baik akan menghasilkan karya yang menarik.
Murid akan berasa bebas dan seronok menjalankan aktiviti ini kerana tidak terikat
pada sesuatu corak atau alat sahaja, Mereka bebas menghasilkan corak dengan
penggunaan warna , alat dan bahan yang mereka sukai. Murid boleh memilih warna
mengikut selera mereka sama ada warna harmoni, penggenap dan sebagainya.
Kombinasi warna dan kreativiti murid dapat menghasilkan corak dan rekaan yang
menarik.
(b) Tiga cara bagaimana penggunaan bidang rekaan corak boleh meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Pertama, kita lihat dari sudut kepekaan pengamatan. Melalui kemahiran membuat
corak dan rekaan, kita membantu kanak – kanak meningkatkan pengamatan mereka
apabila mereka meneliti corak – corak yang dihasilkan melalui motif – motif yang
diminta. Kanak – kanak akan cuba mengkaji dan melihat hubungkait antara motif –
motif dan rekaan serta corak yang dibuat. Kepekaan pengamatan mereka dapat
dilihat andainya corak tersebut menepati dengan motif yang diminta. Contohnya, jika
ditugaskan mereka untuk membuat rekaan dan corak bermotifkan flora, kita dapat
melihat bagaimana mereka akan melihat alam semula jadi ini sebagai sebuaha motif
dan hasil tersebut adalah berdasarkan kepada pengamatan mereka kepada flora.
Contoh yang lain pula ialah apabila sesuatu rekaan dan corak itu bermotifkan
hidupan laut, maka, kepekaan kanak – kanak kepada hidupan laut dapat ditonjolkan
seperti corak tapak sulaiman yang berbentuk bintang. Bentuk tersebut adalah
berdasarkan pengamatan mereka seterusnya dilahirkan kepada corak yang menarik.
Dapat dinyatakan disini, melalui pembelajaran mebuat corak dan rekaan amat
membantu kanak – kanak meningkatkan daya pengamatan mereka untuk
menghasilkan corak yang lebih menarik dan kreatif.
Kita tahu, sejak daru dahulu lagi, corak – corak terhasil adalah daripada
pengamatan pereka –perekanya. Seni melayu misalnya mengambil corak – corak
dari alam flora seperti bunga, pucuk, daun, ranting dan sebagainya. Ini semua
adalah berdasarkan pengamatan orang dulu – dulu didalam membuat sesuatu corak
dan rekaan. Maka tidak dapat disangkalkan lagi bahawa mempelajari seni corak dan
rekaan amat membantu kanak – kanak di dalam meningkatkan kepekaan
pengamatan mereka.
Brown (1980),mendapati bahawa pengalaman kanak – kanak dalam
memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan
mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang perbezaan –
perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak – kanak
diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan
mengembangkan pemikiran yang kritis.
Keduanya, kita lihat pula dari sudut kognitif. Kognitif merujuk kepada akal
fikiran atau kemampuan seseorang itu berfikir dengan menggunakan akal fikiran.
Melalui aktiviti mencorak dan membuat rekaan, ia banyak membantu kanak – kanak
untuk meningkatkan kognitif mereka. Melalui jenis – jenis susunan corak, ia
membantu murid untuk membuat corak yang menarik berdasarkan susunan
terancang, tersusun dan mengikut luahan ekspresi mereka. Pemikiran mereka dapat
dikritiskan melalui hasilan serta pengamatan mereka di dalam melaksanakan aktiviti
mencorak dan membuat rekaan. Apabila mereka menjalankan aktiviti tersebut,
kanak – kanak akana membuat penerokaan serta mengkaji motif – motif yang ingin
digunakan, setrusnya mereka akan mencari satu bahagian yang sesuai untuk
dijadikan corak dan seterusnya membuat lakaran yang sesuai. Melalui pemikiran
pula mereka membuat keputusan yang tepat untuk memilih dan seterusnya mebuat
sesuatu rekaan. Ini amat membantu mengembangkan kognitif mereka serta
mencetus idea –idea baru mereka.
Ianya selaras dengan Teori Kognitif Jean Piaget. Pieget ada menyatakan,
kanak – kanak aktif membentiuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat
tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting di dalam membina kefahaman
tentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan
kanak – kanak memisahkan antara idea yang utama dengan idea yang kurang
penting dan kebolehan mereka untuk membandingkan satu idea dengan idea yang
lain. Apabila kanak – kanak mendapat maklumat baru, terjadi ketidakseimbangan di
dalam pemikirannya, maka untuk mendapat semula keseimbangan, kanak – kanak
perlu membuat organisasi atau adaptasi pada skemata.
Maka, melalui pemikiran dan penerokaan serta aktiviti membuat corak dan
rekaan dapat membantu meningkatkan lagi daya pemikiran kognitif kanak – kanak
terutama di dalam merekacipta serta menghasilkan sesuatu ciptaan yang asli dan
hebat. Selain itu ia juga membantu kemahiran berfikir kanak – kanak samada berfikir
secara kreatif mahupun kritis.
Ketiganya, mencorak dan membuat rekaan juga dapat membantu
pembelajaran dan perkembangan kanak- kanak. Frank Cizek di dalam Pengenalan
Pendidikan Seni Visual, ada menytakan bahawa kanak – kanak perlu dibebaskan
dari kongkongan peraturan lukisan orang dewasa supaya tidak hilang kreativiti dan
sifat keperibadian diri. Cizek mencadangkan agar kreativti kanak – kanak
seharusnya dibiarkan mengembang mengikut kemahuan mereka sendiri. Apabila
kanak – kanak menggunakan imaginasi dan ekspresi diri, maka wujudlah suasana
gembira dan suka riang. Kenyataan ini juga telah membawa ke perkembangan
cabang terapeutik seni iaitu cabang kraf untuk kanak – kanak bermasalah dan seni
menyokong pembelajaran mereka.
Dengan kebebasan yang diberikan, mencorak mampu meningkatkan
imaginasi dan kreativiti kanak – kanak. Corak – corak yang baru dihasilkan perlu
diberi pujian serta kritikan seni yang membina agar mereka berasa dihargai dan
hasil mereka diberi perhatian. Selain itu, melalui corak tidak terancang, kita dapat
melihat kanak – kanak bebas mengahsilkan corak tersendiri seperti corak batik yang
mana meeka dapat bermain dengan warna secara bebas. Ini bertepatan dengan
teori Cizek yang mana kanak – kanak dapat mengembangkan kreativiti merka jika
mereka diberi kebebasan melaksanakan hasilan mereka.
Kesimpulannya, aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak –
kanak. Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak – kanak ke arah
suatu fahaman tentang seni sebagai cara penusunan pengalaman. Pendidikan
adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Sekolah
seharusnya memberi kanak – kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi
dan intelektual melalui seni. Melalui aktiviti mencorak dan rekaan, guru memberi
peluang kepada pelajar untuk membina corak mereka serta mencipta rekaan
mereka sendiri berdasarkan pengamatan, pemikiran serta kreativiti mereka sendiri.
Inilah peluang bagi mereka untuk memperlihatkan kemapuan dan kebolehan mereka
serta meluahkan ekspresi diri mereka melalui corak dan rekaan mereka. Guru
seharusnya memainkan peranan penting menghargaai dan memberi dorongan
kepada pelajarnya selaras dengan memberi ilmu serta dapat meningkatkan
perkembangan mental dan fizikal mereka.
Berpandukan gambar-gambar yang ditampilkan, cuba fikirkan beberapa persoalan dibawah ini
dengan proses membuat topeng.
1. Tajuk dan tema yang sesuai2. Alat dan bahan yang sesuai di dalam proses membentuk3. Proses stralisasi,menambahkan dalam adaptasi4. Pilih reka bentuk, warna dan padanan imej5. Kesesuaikan secara keseluruhan
Teknik:
Teknik Kolaj
Alat/Bahan:
Kertas warna, gunting dan warna air
Motif:
Bunga-bungaan
Susunan Motif:
Teknik:
Teknik capan
Alat/Bahan:
Kertas lukisan, buah kentang dan warna air
Motif:
Tumbuhan
Susunan Motif:
Susunan Jidar