TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA DUNGUN
TERENGGANU TERHADAP AKTIVITI PENANGKAPAN IKAN YANG
DIJALANKAN DALAM MENINGKATKAN PENDAPATAN
MOHD ANWAR BIN IBRAHIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2007
iii
Dedikasi untuk:
Ayahanda,
Bonda tercinta,
Pn. Nani Bt. Mat Zin,
Adik-adikku tersayang,
Keluarga,
Pensyarah-pensyarah,
Sahabat-sahabat.
Jasa dan budi kalian tidak akan ku persiakan
Semoga mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Terima kasih, Amin…….
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam dan selawat serta
salam kepada Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Dengan rahmat dan
izinNya, maka projek ini dapat disiapkan sepenuhnya bagi memenuhi penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi
Malaysia.
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas yang tidak terhingga khas kepada
penyelia projek sarjana muda, Prof. Dr. Muhd. Rashid Bin Rajuddin atas nasihat,
bimbingan dan sokongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan laporan projek ini.
Ucapan jutaan terima kasih disampaikan buat para nelayan yang terlibat dalam
memberikan kerjasama yang tidak terhingga bagi memastikan penyelidikan ini berjalan
dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Terima kasih juga kepada
pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan sokongan yang
diberikan.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan laporan projek ini. Semoga
Allah S.W.T memberi rahmat dan berkat kepada semua.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Komuniti nelayan sememangnya wujud di kebanyakan negeri di Malaysia ini
yang digolongkan antara komuniti yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang rendah.
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tanggapan komuniti nelayan pantai di Kuala
Dungun Terengganu terhadap aktiviti penangkapan ikan yang dijalankan dalam
meningkatkan pendapatan mereka. Aktiviti tersebut merangkumi aspek penggunaan
peralatan, pengetahuan dan kemahiran, kaedah pemasaran dan bantuan kerajaan.
Seramai 60 orang responden yang terdiri daripada kalangan nelayan yang berdaftar
dengan Persatuan Nelayan Kuala Dungun telah dipilih untuk menjawab borang set soal-
selidik secara temubual berstruktur untuk kajian ini. Soalan kajian mengandungi 30 item
yang diukur dengan menggunakan skala Ya atau Tidak. Data kajian telah dianalisis
secara kuantitatif dalam bentuk kekerapan dan peratus. Hasil kajian menunjukkan
tanggapan komuniti nelayan pantai terhadap aktiviti penangkapan ikan dalam
meningkatkan pendapatan, berada pada tahap rendah iaitu purata jumlah keseluruhan
sebanyak 25.5 %. Kajian ini juga mendapati bahawa komuniti nelayan mengaplikasikan
sebahagian sahaja aspek-aspek dalam meningkatkan pendapatan. Majoriti daripada
mereka mempunyai pendapatan dalam kategori miskin. Di akhir kajian ini, beberapa
cadangan telah diberikan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang menghalang
peningkatan pendapatan komuniti nelayan dalam bidang perikanan.
vi
ABSTRACT
Fishermen community in Malaysia is among the communities that is categorized
as low level socio-economy status. This study was done to determine the impression of
the fishermen’s community in Kuala Dungun Terengganu towards fishery activities
done to increase their income. The aspects involved are utilization of the facilities,
knowledge and skills, marketing strategies and government subsidies. Sixty respondents
consisted of registered fishermen with Persatuan Nelayan Kuala Dungun were selected
to answer questionnaires through structured interviews for this study. It contained 30
items measured using Yes-No scale. The data of the study were analyzed quantitatively
in a form of frequency and percentages. The result of the study shows that the
impression of the fishermen’s community was at low level with overall average of 25.5
%. In addition, the fishermen utilized part of the fishery activities that can increase their
income. Majority possessing income at poor level. At the end of this research, a few
suggestions were given to overcome the weaknesses that hindered the socio-economy
increment of fishermen community in fishery field.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI GAMBAR xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
viii
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Skop kajian 14
1.8 Definisi / Istilah 15
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 18
2.2 Perkaitan Kemiskinan dan Pendapatan 19
2.3 Aktiviti Penangkapan Ikan Yang Dijalankan
Dalam Meningkatkan Pendapatan
2.3.1 Mempelbagaikan Peralatan Perikanan 22
2.3.2 Pengetahuan dan Kemahiran di Bidang
Perikanan 23
2.3.3 Kaedah Pemasaran Hasil Tangkapan 24
2.3.4 Bantuan Kerajaan 26
2.4 Kesimpulan 28
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Prosedur Kajian 31
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 35
ix
3.5.1 Kesahan Instrumen Kajian 37
3.6 Kaedah Analisis Data 38
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Data Bahagian A 41
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.2.2 Taburan Bilangan Ahli Keluarga
Responden 42
4.2.3 Taburan Berkaitan Dengan Umur Nelayan 43
4.2.4 Taburan Berkaitan Jumlah Pendapatan 44
4.2.5 Taburan Mengenai Pengalaman Nelayan 44
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 45
4.3.1 Persoalan Kajian 1 :Adakah penggunaan
peralatan perikanan dipelbagaikan untuk
mendapatkan hasil tangkapan ? 45
4.3.2 Persoalan Kajian 2 : Adakah komuniti
nelayan ini mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang cukup di bidang
perikanan ? 47
4.3.3 Persoalan Kajian 3 : Apakah kaedah
pemasaran hasil tangkapan dipraktikkan
dengan sempurna ? 48
4.3.4 Persoalan Kajian 4 : Adakah bantuan yang
disalurkan oleh kerajaan dimanafaatkan
sepenuhnya ? 49
4.4 Rumusan Persoalan Kajian 50
4.5 Pemeringkatan Persoalan Kajian 52
x
4.6 Analisis Data Persoalan Kajian 5:
Apakah tanggapan komuniti nelayan pantai di
Kuala Dungun Terengganu terhadap aktiviti
penangkapan ikan yang dijalankan dalam
meningkatkan pendapatan mereka, mengikut
pengalaman ? 53
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Rumusan Kajian 57
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 61
5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 61
5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian 63
5.4 Perbincangan Dapatan Kajian 64
5.4.1 Persoalan Kajian 1:
Penggunaan peralatan perikanan
dipelbagaikan untuk mendapatkan
hasil tangkapan. 64
5.4.2 Persoalan kajian 2 :
Komuniti nelayan mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang cukup
di bidang perikanan 66
5.4.3 Persoalan Kajian 3 :
Kaedah pemasaran hasil tangkapan
dipraktikkan dengan sempurna 69
5.4.4 Persoalan Kajian 4 :
Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan
dimanafaatkan sepenuhnya 71
xi
5.4.5 Persoalan Kajian 5:
Tanggapan komuniti nelayan pantai di
Kuala Dungun Terengganu terhadap
aktiviti penangkapan ikan yang
dijalankan dalam meningkatkan
pendapatan mereka, mengikut
pengalaman 72
5.5 Cadangan 73
5.5.1 Cadangan Kepada Komuniti Nelayan 73
5.5.2 Cadangan Kepada Agensi Terlibat 75
5.5.3 Cadangan Kepada Pengusaha Berasaskan
Perikanan 78
5.5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 80
5.7 Penutup 81
6. BIBLIOGRAFI 83
7. LAMPIRAN 87
xii
SENARAI JADUAL
NO
JADUAL
TAJUK
MUKA
SURAT
3.1 Taburan Item 36
3.3. Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus,
Mohd Najib (1997)
39
4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 42
4.2 Taburan Peratusan Bilangan Ahli Keluarga 42
4.3 Taburan Berkaitan Umur 43
4.4. Taburan Pendapatan 44
4.5 Taburan Pengalaman Nelayan 44
4.6 Taburan Peratusan Berkaitan Peralatan Perikanan 46
4.7 Taburan Peratusan Berkaitan Pengetahuan dan
Kemahiran
47
4.8 Taburan Peratusan Berkaitan Kaedah Pemasaran 48
4.9 Taburan Peratusan Berkaitan Bantuan Kerajaan 49
4.10 Taburan Peratus Bagi Persoalan Kajian 50
4.11 Taburan Peratus Mengikut Pengalaman 54
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Proses Pemasaran 25
3.1 Carta Alir Prosedur kajian 33
xiv
SENARAI GAMBAR
GAMBAR TAJUK
MUKA SURAT
2.1 Enjin Sangkut 22
2.2 Bubu 22
2.3 Pukat Tunda (kecil) 23
2.4 Mesin Penghela Pukat 23
2.5 Membaiki Pukat 24
2.6 Membuat Bot Fibre 24
2.7 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Di Kuala
Dungun
27
xv
SENARAI SINGKATAN
APL : Agen Pemgembangan Laut
IKS : Industri Kecil dan Sederhana
LKIM : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
MEDEC : Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia
RMK-9 : Rancangan Malaysia Kesembilan
PGK : Pendapatan Garis Kemiskinan
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Borang Kaji soal Selidik 87
B Surat Kebenaran Fakulti Pendididikan UTM 92
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pertumbuhan ekonomi telah dianggap sebagai suatu penyelesaian yang berkesan
untuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup. Ini telah menyebabkan
kebanyakan negara menjadikan pertumbuhan ekonomi sebagai dasar dan matlamat
makroekonomi penting, lantas mengejar dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang
pesat. Masyarakat nelayan perlu membuat anjakan paradigma dan perubahan pemikiran
dalam usaha untuk memajukan sektor perikanan. Perubahan ke arah menjadikan
perikanan sabagai satu perniagaan memerlukan pembudayaan keusahawanan dan
budaya kerja yang mengutamakan pembaharuan dan inovasi.
Walaupun taraf hidup penduduk dunia pada umumnya meningkat dengan
pertambahan perkhidmatan dan pengeluaran, masalah kemiskinan masih melanda lebih
1 bilion daripada lebih 6 bilion penduduk dunia. Dengan penduduk dunia dijangka
berganda dalam masa 40 tahun, ini bermakna bahawa pertumbuhan ekonomi akan terus
2
diperlukan untuk membawa pembangunan bagi menampung kebajikan serta
mengurangkan kemiskinan penduduk yang kian bertambah.
( Chamhuri, 2000 )
Isu pertumbuhan ekonomi dan pertaliannya dengan pengurangan kemiskinan
menjadi semakin kompleks dengan fenomena pengglobalan. Pengglobalan membawa
bersamanya peluang dan ancaman. Peluang dari pengglobalan termasuk jangkaan
pertumbuhan lebih pesat, pengaliran modal, kewangan, pelaburan, peningkatan
perdagangan antarabangsa dan harapan pengurangan kemiskinan dan kenaikan taraf
hidup bagi sebahagian besar penduduk. Tetapi bukti-bukti menunjukkan bahawa
ancaman pengglobalan lebih nyata, dengan mewujudkan pertumbuhan tak seimbang
antara negara, ketakseimbangan pendapatan antara negara dan penduduk dalam negara
serta peningkatan kemiskinan di negara-negara sedang membangun yang kian
terpinggir. Fenomena pengglobalan kemiskinan menjadi semakin nyata dengan semakin
meningkatnya golongan miskin dan termiskin di seluruh dunia.
Pada tahun 1990 an, isu kemiskinan masih menghantui masyarakat antarabangsa
bila Bank Dunia mengeluarkan ‘World Development Report 1990’ dengan kemiskinan
sebagai temanya (World Bank, 1990). Laporan ini mendedahkan bahawa pada tahun
1985, lebih 1 bilion orang atau hamper 1/3 penduduk Negara Sedang Membangun
(NSB) hidup dalam kemiskinan, ditakrifkan sebagai hidup dengan kurang US$370 per
kapita setahun. Kualiti hidup rendah dilihat melalui petunjuk rendahnya jangkahayat,
enrolmen persekolahan rendah, kadar celikhuruf, kadar ketersampaian kemudahan asas
dan kadar upah. .
Laporan Bank Dunia (1990) menyimpulkan bahawa walaupun NSB rata-rata
telah mengalami pertumbuhan yang agak pesat, lebih 1 bilion penduduknya masih hidup
dalam keadaan kemiskinan. Walaupun kemajuan telah dapat meningkatkan pendapatan
3
purata, tetapi bebanan kemiskinan masih melanda NSB. Walaupun terdapat beberapa
NSB mencatatkan prestasi yang membanggakan, namun banyak lagi negara yang
menunjukkan prestasi yang lemah, mengakibatkan pengurangan kemiskinan yang lebih
perlahan. (Chamhuri, 2000)
Komuniti nelayan di Malaysia masih dikenalpasti sebagai satu golongan
termiskin dan usaha ke arah memperbaiki taraf hidup komuniti ini telah diberi perhatian
dalam Rancangan Pembangunan Negara. Pelbagai projek telah disarankan oleh pihak
berkuasa perikanan dalam usaha untuk mempertingkatkan pendapatan komuniti ini.
Misalnya penggunaan bot berenjin, pembaharuan dan pembesaran bot, penangkapan di
laut dalam dan sebagainya. Selain itu, koperasi nelayan telah ditubuhkan dengan tujuan
untuk membolehkan ahlinya menikmati pelbagai kemudahan, termasuk penyertaan
dalam projek menambah pendapatan.
Unit Perancang Ekonomi (EPU) Malaysia mengkategorikan Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) di bawah RM529 sebagai golongan miskin sejak tahun 2002. Walau
bagaimanapun EPU akan mengkaji semula PGK yang digunakan pakai dengan
menimbang pelbagai faktor kerana setiap tahun taraf sosioekonomi masyarakat makin
meningkat.(Berita Harian, 28 Mei 2004)
Walaupun usaha yang dilakukan menghadapi pelbagai masalah, namun ternyata
ia telah membuahkan sedikit hasil. Jumlah pendapatan nelayan boleh dikatakan telah
meningkat. Namun begitu, komuniti nelayan masih lagi berada dalam keadaan miskin.
Apakah sebabnya nasib komuniti ini masih tidak banyak berubah walaupun sudah
banyak usaha telah dibuat untuk menanganinya? Adalah masalah ini ada kaitannya
dengan sikap komuniti nelayan itu sendiri ataupun peluang masih terhad ? Mungkinkah
ini disebabkan oleh keadaan sekeliling?
4
Menurut Abdul Rahim (2001), transformasi sosial dan perubahan nilai yang
berlaku dalam masyarakat Malaysia sejak tahun 1980-an disebabkan perubahan dinamik
dalam pelbagai aspek kehidupan yang membawa Malaysia ke satu era pembangunan
dinamik dan progresif. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sumber
kekayaan semula jadi dan sumber manusia yang boleh digerakkan kepada perubahan dan
kemakmuran baru. Perubahan yang menekankan kepada penyusunan semula
masyarakat, menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan peluang-peluang baru
terutama dari segi penstrukturan semula pekerjaan dan sosial, keadilan sosial melalui
pengagihan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi boleh membawa perubahan besar dari
segi cara hidup, pemodenan pemikiran dan sosial, pembentukan budaya baru dan
perkembangan nilai-nilai baru.
Menurut Abdullah, menangkap ikan bolehlah dianggap sebagai satu pekerjaan
yang tidak tetap kerana ia ditentukan oleh pelbagai faktor luaran. Walau bagaimanapun,
kebanyakan nelayan menganggapnya sebagai satu pekerjaan tetap dan sepenuh masa.
Jika dikaji dari segi masa yang digunakan, ia adalah tidak tetap dan berbeza-beza.
Malahan, ia sentiasa dianggap sebagai satu pekerjaan yang dipusakai dan harus
diteruskan walau apa pun yang terjadi. (Mohd Yaakub, Chang Shui, Mary, 1994)
Ahli komuniti nelayan yang miskin perlu dibangunkan dan dimajukan supaya
terkeluar daripada belenggu kemiskinan. Untuk itu, kekangan yang menghalang nelayan
daripada menyertai proses pembangunan secara aktif perlulah dikenalpasti. Penyediaan
keperluan sokongan dan insentif yang konsisten perlu untuk meningkatkan perolehan
pendapatan nelayan.
Menurut Mahathir Mohamad (1994), walaupun kita akui sudah ada perubahan
kemajuan di kalangan peladang dan nelayan tetapi di antara mereka yang termasuk di
dalam golongan yang miskin di dalam negara kita, terdapat ramai daripada peladang dan
5
nelayan. Mereka terus berada di paras kemiskinan. Kita dapati bahawa sementara di
dalam bidang lain, perubahan sudah berlaku dengan pesatnya tetapi dalam perusahaan
penanaman padi dan getah secara kecil-kecilan dan juga perusahaan nelayan, tidak
banyak perubahan yang berlaku.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada tahun 1950 an dan 1960 an, pertumbuhan ekonomi merupakan cara
utama untuk membasmi kemiskinan dan memperbaiki kualiti hidup, iaitu dengan
mengharapkan proses lelehan ke bawah untuk menterjemahkan pertumbuhan kepada
pembangunan dan pembasmian kemiskinan. Bagaimanapun, dalam banyak hal proses
lelehan ke bawah tidak berjaya, malah berlaku tukar-ganti (trade-off) antara
pertumbuhan kepada kuasa pasaran untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Tetapi di
kebanyakan negara sedang membangun (NSB) , fenomena kegagalan pasaran adalah
berleluasa untuk menggagalkan proses lelehan ke bawah untuk menjamin pembasmian
kemiskinan dan pengagihan setara. . ( Chamhuri, 2000 )
Di negara-negara maju seperti Kanada, Australia, Jepun, Korea, apabila
diperkenalkan seorang nelayan, mereka dapat bayangkan dengan jelas tentang
kehidupan yang kaya raya, tinggal di pangsapuri atau banglo mewah, memiliki kereta
besar serta dihormati oleh masyarakat sekeliling. Mereka lebih maju jika dibandingkan
dengan orang lain. Begitulah penghidupan nelayan di negara-negara maju. Bagaimana
pula anggapan masyarakat terhadap nelayan di negara kita?
Penghidupan golongan nelayan di laut bergelut dengan ombak, manakala di darat
bergelut dengan seribu masalah kesempitan hidup. Golongan nelayan di negara ini telah
dan masih dikategorikan sebagai golongan yang berpendapatan di bawah paras
6
kemiskinan. Kenapa begitu malang nasib nelayan di negara ini? Apakah nasib malang
tidak mendapat simpati atau tidak diendahkan oleh mana-mana pihak yang
dipertanggungjawabkan khasnya pihak kerajaan? Hakikatnya, telah banyak usaha yang
telah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan terutama melalui Jabatan Perikanan
untuk membangunkan masyarakat nelayan. (Mat Tahil, 1991)
Menurut Chang Shui dan Mary, perdebatan mengenai isu kemiskinan dan
perbezaan jurang pendapatan isirumah di kalangan pelbagai lapisan rakyat Malaysia
telah mendapat perhatian sewajarnya dan diperakui oleh kerajaan semenjak tahun 70 an.
Justeru itu, dapat diperhatikan dalam Rancangan Malaysia Kedua dan rancangan-
rancangan Malaysia yang seterusnya, usaha telah diambil untuk mengenalpasti,
menggaris dan memberi penekanan kepada beberapa strategi pembangunan khusus
untuk ditujukan kepada beberapa kumpulan sasaran rakyat termiskin seperti mana yang
ingin dicapai dalam tempoh Rancangan Pembangunan Jangka Panjang I (OPP1) dan
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Strategi pembasmian kemiskinan ini masih
diteruskan pada dekad 90 an dan ditekankan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua 1991-2000 (OPP2) dan Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) ke arah
mewujudkan masyarakat penyayang. Komuniti nelayan terutamanya nelayan pinggiran
telah lama dikenalpasti satu kumpulan sasaran penerima pelbagai program pembasmian
kemiskinan. (Mohd Yaakub, Chang Shui, Mary, 1994)
Antara objektif Bajet 2007 Malaysia ialah menangani masalah
ketidakseimbangan ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Kerajaan
bertekad menghapuskan kemiskinan tegar yang melibatkan 67 ribu isi rumah. Pada masa
yang sama, kerajaan juga berusaha mengurangkan lagi kadar kemiskinan keseluruhan
daripada 5.7 peratus pada 2004 kepada 2.9 peratus pada akhir Rancangan Malaysia
Kesembilan 2006-2010. Sejumlah 578 juta ringgit diperuntukkan dalam Bajet 2007 bagi
memesatkan pelaksanaan program dan projek pembasmian kemiskinan. Ini
7
menunjukkan masalah kemiskinan ini perlu ditangani dengan perancangan yang teratus
dan terancang bagi mencapai matlamat yang ingin dicapai.
Menurut Wan Hashim (1980), secara amnya, nelayan boleh kita bahagikan
kepada tiga kategori berdasarkan kepada perbezaan (ketaksamaan) dari segi pendapatan
bulanan nelayan susah, nelayan sederhana dan nelayan senang.
Kategori pertama ialah nelayan susah ataupun nelayan miskin iaitu nelayan yang
berpendapatan paling rendah sekali (low income category). Mereka adalah terdiri
daripada ‘nelayan pantai’ yang menggunakan teknologi yang tidak moden (simple) dan
menangkap ikan ikan secara kecil-kecilan sahaja. Kebanyakan daripada nelayan di
Pantai Timur termasuk dalam golongan ini. Pendapatan mereka tidak lebih daripada RM
124 sebulan.
Kategori kedua ialah nelayan sederhana (middle income category) yang
pendapatannya tidak begitu tinggi dan tidak pula begitu rendah. Mereka terdiri daripada
nelayan yang bekerja sebagai pemandu bot, juruselam dan juga nelayan yang bekerja
dengan pukat tunda. Pendapatan mereka antara RM 125 – RM 229 sebulan.
Manakala kategori ketiga pula ialah nelayan senang yang memperolehi
pendapatan bulanan agak tinggi (the high income category). Mereka terdiri daripada
nelayan yang mempunyai kepakaran yang khusus seperti taikong atau ‘angkung’ (di
Pulau Pangkor). Selain daripada pembahagian kepada tiga jenis nelayan di atas, perlu
juga dimasukkan satu lagi kategori mereka yang terlibat secara langsung dalam
perusahaan menangkap ikan. Golongan ini adalah tauke dan pemilik bot besar ataupun
golongan pemodal yang boleh kita namakan sebagai tuan punya besar. Pendapatan
mereka antara RM 300 – RM 600 sebulan.
8
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia menyatakan,
kerajaan akan meneruskan komitmen mengurangkan jurang perbezaan antara golongan
miskin dan kaya melalui penyediaan kemudahan asas. Melalui kemudahan asas rakyat
secara tidak langsung diberi peluang untuk memperbaiki diri mereka dengan
meningkatkan taraf hidup dan dengan itu, jurang perbezaan antara rakyat tidak lagi
terlalu ketara. Segala pendekatan kerajaan merupakan landasan dalam usaha menjayakan
matlamat membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010 seterusnya mencapai status
negara maju pada 2020. (Utusan Malaysia, 8 Jun 2006)
Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri menyatakan, amalan
memberi subsidi minyak kepada rakyat tidak lagi dilaksanakan oleh mana-mana negara
didunia. Mengenai subsidi kepada nelayan, walaupun jumlah pemberian subsidi
bertambah tapi hasil tangkapan masih sama. Pada 2002, jumlah tangkapan ikan ialah
1.29 juta tan. Pada 2005 ia menurun sedikit kepada 1.2 juta tan, tapi jumlah minyak
subsidi atau diesel subsidi yang digunakan oleh sektor nelayan naik tiga kali ganda
daripada 236 juta liter kepada 1.37 bilion liter. (Utusan Malaysia, Mac 2006)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyatakan, program motivasi yang akan diperluaskan di seluruh negara adalah sebagai
usaha mengubah sikap para petani untuk berjaya selaras dengan tumpuan yang diberikan
oleh kerajaan. Sektor perikanan di negara ini masih mencatatkan kadar penghasilan
tangkapan yang agak rendah iaitu sekitar 20 peratus disebabkan segelintir nelayan masih
mengamalkan gaya pemikiran dan kaedah secara tradisional. Kerajaan akan
memperkenalkan program motivasi kepada semua peladang, penternak dan nelayan di
negara ini secara lebih meluas dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) ini.
(Utusan Malaysia, Februari 2006)
9
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 (bab 3), teras dasar
sektor pertanian secara keseluruhannya dan ditumpukan kepada usaha mengorientasikan
semula sektor ini ke arah pengkormersialan yang lebih meluas dan melahirkan petani
berpendapatan tinggi serta menggalakkan pelaburan sektor swasta yang lebih besar
termasuk pelaburan asing. Sehubungan itu, teras dasar adalah seperti berikut :
i. meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber
pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar.
ii. mengembangkan aktiviti pemprosesan pertanian dan kepelbagaian
produk
iii. memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global
iv. meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan.
v. Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.
Kejayaan dan kegagalan adalah merupakan dua perkara yang bertentangan yang
seringkali diperkatakan. Satu perkara yang jelas dan sangat sukar dinafikan ialah setiap
orang inginkan kejayaan. Berkehendakkan kejayaan merupakan satu perkara dan
memperolehi kejayaan pula adalah merupakan satu perkara yang lain. Semua orang
berkehendakkan kejayaan tetapi tidak semua yang memperolehinya? Kenapakah
keadaan tersebut boleh terjadi? Bagaimana dapat kita jelaskan sekiranya sekumpulan
individu yang sama-sama menceburkan diri dan berusaha dalam satu bidang yang sama,
dengan segala kemudahan atau terpaksa menghadapi cabaran-cabaran yang sama, tetapi
tidak semua mereka berjaya untuk sampai ke puncak? (Juhari, 1987)
Walaupun usaha-usaha telah memberi perubahan kepada nelayan, namun masih
belum dapat dibanggakan kerana hingga ke hari ini kumpulan nelayan masih dikaitkan
dengan masalah kemiskinan. Sama-samalah direnungi di mana punca kesilapan
menyebabkan program-program gagal mencapai matlamat yang diharap-harapkan. Di
10
sini dapat dibuat satu rumusan bahawa kerajaan akan sentiasa mengadakan program-
program tetapi walaupun seribu program dirancangkan oleh pihak kerajaan jika tidak
mendapat sambutan dari masyarakat nelayan, usaha itu akan menjadi sia-sia dan
menemui kegagalan. Dengan kata lain, tanpa kesedaran serta penglibatan nelayan secara
aktif, segala usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup nelayan serta memajukan
perusahaan perikanan di negara ini akan menemui kegagalan.
1.3 Pernyataan Masalah
Peratus nelayan yang berada di bawah paras kemiskinan masih lagi tinggi.
Satu daripada sebab utama mengapa mereka tinggal ditahap yang sama walaupun
berbagai pertolongan telah diberi oleh pihak kerajaan dan usaha yang dilakukan ialah
kerana ruang untuk mereka terus maju dalam sektor perikanan adalah terbatas. Hampir
semua nelayan yang di bawah taraf kemiskinan adalah terdiri dari nelayan pantai.
Adalah sukar bagi mereka mencapai kedududukan yang lebih lumayan sekiranya tidak
dibimbing oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Ini memandangkan yang
masyarakat nelayan itu jauh ketinggalan dalam banyak perkara dibandingkan dengan
masyarakat sektor-sektor lain. Kedudukan ini tidak boleh diabaikan kerana ia
mempunyai banyak implikasi terhadap pembangunan yang seimbang. Di antara
kedudukan yang begitu mencabar ialah tahap pengetahuan komuniti nelayan yang
keseluruhannya adalah rendah, bergantung kepada orang tengah dan kerajaan serta
sumber Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah terhad. Menyedari hakikat
ini, satu kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti apakah tanggapan komuniti nelayan
pantai di Kuala Dungun Terengganu terhadap aktiviti penangkapan ikan yang
dijalankan dalam meningkatkan pendapatan mereka?
11
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian yang dilakukan.
Langkah ini perlu supaya kajian yang dirancang dapat mencapai maltmat sepenuhnya.
Objektif yang digariskan adalah seperti berikut :
i. Mengenalpasti peralatan perikanan dipelbagaikan untuk memberi hasil
tangkapan yang memuaskan.
ii. Mengenalpasti komuniti nelayan ini mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang cukup di bidang perikanan
iii. Mengetahui kaedah pemasaran hasil tangkapan dipraktikkan dengan
sempurna.
iv. Mengetahui bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dimanafaatkan
sepenuhnya komuniti nelayan.
v. Mengenalpasti tanggapan komuniti nelayan pantai di Kuala Dungun
Terengganu terhadap aktiviti penangkapan ikan yang dijalankan dalam
meningkatkan pendapatan, mengikut pengalaman.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan, beberapa persoalan
telah diajukan iaitu:
i. Adakah komuniti nelayan mempelbagaikan peralatan perikanan untuk
mendapatkan hasil tangkapan ?
ii. Adakah komuniti nelayan ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran
yang cukup di bidang perikanan?
12
iii. Apakah kaedah pemasaran hasil tangkapan dipraktikkan dengan
sempurna?
iv. Adakah bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dimanafaatkan
sepenuhnya?
v. Apakah tanggapan komuniti nelayan pantai di Kuala Dungun Terengganu
terhadap aktiviti penangkapan ikan yang dijalankan dalam meningkatkan
pendapatan mereka, mengikut pengalaman ?