1
TEKS UCAPAN
YBHG DATO HJ ABDUL FATTAH HJ
ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN KE-28, PERWAKILAN KE-20
2
KOPERASI SERBAGUNA IMAN
MALAYSIA BERHAD
6 MEI 2016, 6.00 MEI, ALIYA HOTEL,
KLANG SELANGOR
Bismillahirahmanirahim
3
Assalamualaikum Warahmatullahi
Ta’alla Wabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam 1Koperasi
YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd
Sharifudin bin Yusop, Pengerusi
Koperasi Iman
4
Barisan Kepimpinan Anggota
Lembaga Koperasi dan
Jawatankuasa Audit Dalaman
Dif-Dif Jemputan, Dato-Dato, Datin-
Datin,
5
Tuan -Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian.
1. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat
Allah Subhanawa Ta’ala kerana
dengan limpah kurnia dan keizinan-
Nya, dapat kita bersama-sama
6
berkumpul dalam majlis Perasmian
Mesyuarat Agung Kali Ke-28,
Perwakilan Ke-20 Koperasi
Serbaguna Iman Malaysia Berhad
(KOIMAN). Tahniah saya ucapkan
kepada barisan Anggota Lembaga
dan anggota-anggota koperasi
7
yang telah berjaya menjalankan
tanggungjawab memastikan
mesyuarat agung hari ini berjalan
dengan baik.
2. Dalam kesempatan ini, ingin saya
mengucapkan berbanyak-banyak
8
terima kasih kepada Barisan
Anggota Lembaga koperasi kerana
memberi peluang menyampaikan
sepatah dua kata dan seterusnya
menyempurnakan perasmian
mesyuarat ini.
9
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
3. Berdasarkan pemerhatian saya,
KOIMAN telah menunjukkan
pencapaian yang membanggakan
dengan penglibatan dalam
pelbagai jenis perniagaan
10
kepenggunaan yang diperlukan oleh
anggota-anggota seperti
penternakan, pinjaman peribadi dan
Ar-Rahnur. Aktiviti ini termasuk dalam
aktiviti arus perdana yang
digalakkan untuk diceburi oleh
11
koperasi melalui Dasar Koperasi
Negara.
4. DKN memberi peluang yang luas
kepada koperasi untuk terlibat
secara langsung dalam aktiviti
sosioekonomi demi meningkatkan
12
taraf hidup dan mengurangkan kos
sara hidup anggota koperasi dan
masyarakat pengguna secara
amnya. Projek-projek yang wajar
diberi penekanan oleh koperasi
dalam rantaian nilai sektor
kepenggunaan ialah pemborongan
13
dan peruncitan seperti pengeluaran
barangan, pusat pengedaran,
peruncitan stesen minyak dan
pasaraya.
5. Bagi sistem pajak gadai Islam (Ar-
Rahnu), gerakan koperasi
14
mensasarkan sebanyak 64 outlet Ar-
Rahnu milik koperasi bakal
ditubuhkan dengan jumlah
perolehan sebanyak RM1.28 bilion
menjelang 2020. Sehingga kini,
terdapat 74 outlet Ar-Rahnu koperasi
yang menyumbang perolehan
15
sebanyak RM792 juta. Sasaran
bilangan outlet Ar-Rahnu
ditingkatkan kerana kesedaran
koperasi untuk memberi pinjaman
mikro kepada anggota dengan
mencagarkan emas kepada
koperasi serta kadar upah simpan
16
yang rendah dan kompetitif
berbanding pajak gadai
konvesional.
6. Kekuatan koperasi adalah
anggotanya iaitu seramai hampir 8
juta orang yang merupakan
17
pengguna kepada produk-produk
tersebut. Koperasi mempunyai
ekosistemnya yang tersendiri dan
mempunyai infrastruktur yang telah
sedia ada dan tersusun.
18
7. Perkara yang perlu dilakukan
sekarang ini ialah menggembleng
tenaga melalui sumber-sumber yang
sedia ada seperti penggunaan
tenaga kerja anggota koperasi
(produced by co-operative
members), pemilikan oleh anggota
19
(owned by members) dan
penggunaan oleh anggota (used by
members) serta masyarakat. Ianya
secara tidak langsung dapat
memperkasakan strategic linkages
bagi mewujudkan satu model
20
perniagaan yang merangkumi
keseluruhan rantaian nilai.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
8. Peningkatan industri koperasi
negara semakin
21
memberangsangkan sejak akhir-
akhir ini. Berdasarkan pertumbuhan
dari tahun 2012 sehingga 2016 lebih
kurang 1000 buah koperasi
ditubuhkan setiap tahun. Sehingga
Disember 2016, bilangan koperasi di
negara ini telah mencapai angka
22
melebihi 13,000 dengan keahlian
melebihi 7 juta orang, aset koperasi
RM130.7 bilion serta perolehannya
sebanyak RM39.6 bilion.
9. Berdasarkan petunjuk ini, sasaran
RM 50 bilion dicapai lebih awal dari
23
dijangkakan. Perkembangan yang
positif ini menunjukkan bahawa
masyarakat kita semakin hari
semakin boleh menerima koperasi
sebagai satu entiti perniagaan yang
mampu meningkatkan pendapatan
dan ekonomi mereka.
24
10. Sebagai entiti perniagaan,
sudah tentunya koperasi menceburi
aktiviti perniagaan di pelbagai sektor
seperti dilakukan oleh organisasi
perniagaan yang lain. Apa yang
uniknya, koperasi dimajukan oleh
anggota-anggotanya dan
25
bukannya pelabur atau penanam
pemodal. Melalui keanggotaan
dalam koperasi, masyarakat akan
mendapat pelbagai manfaat serta
kemudahan yang disediakan oleh
koperasi.
26
11. Menyedari akan pentingnya
perniagaan dalam koperasi,
meningkatkan pendapatan
anggota-anggotanya adalah
agenda utama yang harus diberi
keutamaan, ANGKASA sebagai
badan apex tidak pernah jemu
27
menggerakkan usaha ini selaras
dengan tanggungjawab yang
diamanahkan oleh kerajaan melalui
pembentukan Deklarasi Putrajaya
iaitu antara deklarasi yang
diperuntukkan kepada ANGKASA
untuk melaksanakan
28
tanggungjawab menggerakkan
ekonomi koperasi seluruh negara.
12. Selaras dengan itu juga,
ANGKASA telah mengambil
beberapa langkah yang strategik
dengan mewujudkan beberapa
29
sektor peneraju yang membolehkan
setiap bidang keberhasilan utama
koperasi dapat memberi fokus
kepada pembangunan dan
kemajuan secara menyeluruh. Ianya
dapat dilakukan melalui penglibatan
pakar-pakar dalam koperasi,
30
koperasi-koperasi yang telah berjaya
dan institusi-institusi yang terlibat
secara langsung.
13. Terdapat 8 buah sektor yang
diberi tumpuan berdasarkan kepada
Dasar Koperasi Negara (2011-2020).
31
Misalnya melalui Sektor Komuniti,
ANGKASA telah berjaya
mengembangkan perniagaan
koperasi sekolah melalui program
peruncitan koperasi sekolah dan
penjualan kertas A4. Setakat ini,
terdapat 2 buah koperasi sekolah
32
telah berjaya memperoleh
pendapatan lebih RM1 juta.
Dijangkakan jumlahnya akan
bertambah dan menjelang 2020
ANGKASA menyasarkan sebanyak 50
buah koperasi sekolah mampu
33
mencapai pendapatan RM1 juta
atau lebih.
14. Bagi koperasi kariah masjid,
ANGKASA menekankan dua perkara
iaitu penubuhan dan
pembangunan. Melalui hasil usaha
34
ANGKASA sebanyak 412 buah
koperasi kariah masjid telah
didaftarkan dan 483 buah masih
dalam proses penubuhan. Koperasi-
koperasi yang telah didaftarkan
dibimbing dan dibantu untuk
membangunkan perniagaan
35
mereka. Setakat ini, ANGKASA telah
membantu koperasi kariah masjid As
Salam, Puchong dan dua buah
koperasi kariah masjid yang lain
dalam membekalkan produk sejuk
beku. Projek ini dikelolakan oleh
MyANGKASA Food iaitu antara
36
bahagian di dalam MyANGKASA
Holding iaitu anak syarikat milik
penuh ANGKASA. ANGKASA juga
sedang berusaha membangunkan
koperasi komuniti seperti KOBERA,
golongan OKU, orang asli dan lain-
lain lagi.
37
15. Sehingga kini, MyANGKASA
Holding telah menubuhkan
MyANGKASA Bina iaitu sebuah anak
syarikat yang memberi tumpuan
kepada pembangunan hartanah. Di
bawah Sektor Hartanah sedang
rancak diusahakan untuk
38
memperkasakan koperasi yang
terlibat dalam aktiviti hartanah untuk
membina rumah mampu milik untuk
warga koperasi dan penjawat awam
serta mempertingkatkan pemilikan
aset oleh koperasi.
39
16. MyANGKASA Dialisis pula
setakat ini mempunyai dua buah
pusat dialisis iaitu sebuah di Temerloh,
Pahang dan di Kuala Kedah yang
baru beroperasi. Dialisis ANGKASA
berjaya membimbing 2 koperasi
menubuhkan pusat dialisis iaitu
40
Koperasi Pekebun Kecil Wilayah
Johor Selatan Berhad dan Koperasi
Guru-Guru Melayu Kedah Berhad.
17. MyANGKASA Amanah
menawarkan perkhidmatan
pentadbiran harta pusaka,
41
pembahagian harta sepencarian
dan urusniaga yang berkaitan
dengannya. Koperasi boleh
mendapatkan perkhidmatan ini
dengan kos yang murah. Melalui
usahasama MyANGKASA Services,
KOPETRO Travel dan Tours dan
42
Rakyat Travel telah berjaya
melaksanakan program umrah.
Pada tahun ini disasarkan 500
jemaah menyertai program ini.
18. ANGKASA telah juga
mengambil inisiatif bekerjasama
43
dengan SIRIM untuk meningkatkan
kualiti produk-produk koperasi
melalui Program 100 Champion.
Setakat ini, kita sedang berusaha
untuk membawa produk-produk
koperasi ke pasaran negara-negara
ASEAN melalui ASEAN Co-operative
44
Organization (ACO) yang diterajui
oleh saya sendiri, selaku Presiden.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
19. Saya ingin memaklumkan
pada November tahun ini, kita
45
menjadi tuan rumah Perhimpunan
Agung dan Persidangan Koperasi
Global yang akan diadakan di
Sunway City & Resort yang dihadiri
lebih 1500 perwakilan dari 103
negara seluruh dunia. Saya
menjemput koperasi turut serta
46
menjayakan persidangan besar
yang julung-julung kali diadakan ini.
20. ANGKASA akan terus berusaha
mencari jalan untuk membantu
membangunkan perniagaan
koperasi. Kejayaan gerakan koperasi
47
tidak dijayakan oleh sebuah koperasi
tetapi oleh seluruh koperasi di negara
ini. Kejayaan akan tercapai apabila
kita bekerjasama dan bersatu.
21. Akhir sekali, saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk
48
sekali lagi mengucapkan terima kasih
di atas jemputan ini. Saya dengan
lafaz Bismillahirrahmanirahim
merasmikan Mesyuarat Agung
Tahunan Kali Ke-28, Perwakilan Ke-20
Koperasi Serbaguna Iman Malaysia
Berhad.