Upload
lamthuy
View
262
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
TEKS UCAPAN ALUAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN MAJLIS
PENYAMPAIAN ANUGERAH
KECEMERLANGAN KOPERASI
2
SEKOLAH (AKKS) PERINGKAT
KEBANGSAAN 2018
24 NOVEMBER 2018 (SABTU)
10.00 PAGI
BAYOU LAGOON PARK RESORT,
BUKIT KATIL, MELAKA
Bismillahirrahmanirrahim.,
3
Assalamualaikum wr. wbth. dan
Salam 1Koperasi
Terima Kasih Pengacara Majlis
(SALUTASI TERKINI AKAN
DILETAKKAN DI ATAS ROSTRUM
SEMASA MAJLIS PERASMIAN)
4
Wakil-Wakil Agensi
Pengetua-Pengetua, Guru-Guru
Koperasi, Pelajar-Pelajar Yang
Dikasihi Serta Rakan-Rakan Media
Yang Saya Hormati Sekalian.
5
1. Marilah kita bersama-sama
memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T. kerana sekali lagi
memberi kesempatan kepada kita
untuk berhimpun bagi meraikan
dan memberi pengiktirafan kepada
gerakan koperasi sekolah dalam
pelbagai kategori yang
6
menunjukkan pencapaian dan
prestasi yang membanggakan.
2. Seperti sedia maklum, majlis ini
bagi meraikan kejayaan koperasi-
koperasi sekolah, koperator-
koperator muda dan guru-guru
koperasi terpilih dari seluruh negara
7
yang telah memberi sumbangan
membanggakan dalam
pembangunan koperasi sekolah
bagi tahun 2018. Selamat datang
ke majlis ini, tahniah dan syabas
kepada semua yang berjaya dan
bakal menerima anugerah pada
malam ini.
8
3. Saya bagi pihak ANGKASA
dan Jawatankuasa Tadbir
Kebangsaan mengucapkan
penghargaan dan terima kasih
kepada semua yang memberi
sokongan dan hadir menjayakan
majlis ini, terutamanya - KPM, MARA,
SKM dan ANGKASA yang tidak
9
pernah jemu memberi sokongan
padu dalam membangunkan
gerakan koperasi sekolah di negara
ini sehingga berada pada tahap
sekarang.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
10
4. Pada peringkat awal,
ANGKASA mengasaskan sambutan
Hari Koperasi Sekolah bertujuan
untuk menggalakkan koperator-
keperator sekolah mendalami ilmu
koperasi dan menyuburkan amalan
berkoperasi dalam skala yang lebih
besar. Ini bagi memberi peluang
11
lebih ramai pelajar-pelajar, sekolah-
sekolah dan penglibatan komuniti
dalam sambutan HKS.
5. Pada 2017, kita mengubah
format HKS kepada AKKS secara
total bagi memberi penilaian yang
lebih berkesan kepada kejayaan
12
koperasi sekolah dengan
mengambil kira pencapaian
setahun iaitu dari 1 September 2017
hingga 30 Ogos 2018 bagi tahun ini.
Alhamdulilah, program ini
mendapat sambutan yang
menggalakkan. Koperasi sekolah
yang cemerlang dikumpulkan
13
dalam satu majlis untuk
penghargaan dan pengiktirafan
seperti yang kita adakan pada
malam ini.
6. Untuk makluman, statistik
pertumbuhan koperasi sekolah
meningkat dengan ketara sejak
14
diasaskan pada tahun 1969, selaras
dengan usaha-usaha yang
dilaksanakan ANGKASA yang
mendapat sokongan padu
daripada KPM, Jabatan-Jabatan
Pendidikan Negeri, SKM dan
sekolah-sekolah. Sehingga 30 Jun
2018, koperasi sekolah berjumlah
15
2,406 buah dengan keanggotaan
1.6 juta orang, syer/yuran berjumlah
RM26.26 juta, aset berjumlah
RM353.79 juta, menyumbang
perolehan sebanyak RM260.4 juta.
7. Statistik koperasi sekolah yang
mencapai perolehan RM 1 juta dan
16
ke atas menurun dari 9 buah pada
tahun 2017 kepada 6 buah pada
tahun 2018 dengan 15 buah
koperasi lagi perolehanya
mencecah hampir RM 1juta (dalam
lingkungan RM700,000 – 900,000).
Bagi tahun 2019, kita
mengharapkan 15 buah sekolah ini
17
atau lebih lagi akan meningkat
perolehan mereka.
8. Untuk makluman, ANGKASA
mensasarkan menjelang tahun 2020
sekurang-kurangnya 50 koperasi
sekolah boleh menjana
pendapatan melebihi RM1 juta. Kita
18
percaya sasaran ini dapat kita
capai dengan penglibatan dan
sokongan semua pihak.
9. Antara koperasi sekolah yang
berjaya mencapai perolehan
mencecah RM 1 juta dan ke atas
ialah:
19
i) Koperasi MRSM Kepala Batas Pulau
Pinang Berhad;
ii) Koperasi MRSM Kubang Pasu Jitra
Kedah Berhad;
iii) Koperasi Kolej Vokasional Tanah
Merah Kelantan Berhad;
iv) Koperasi MRSM Taiping Perak
Berhad;
20
v) Koperasi MRSM Batu Pahat Johor
Berhad; dan
vi) Koperasi MRSM Tunku Abdul Razak
Pekan Pahang Berhad.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
21
10. Untuk makluman, daripada
maklumbalas yang diterima
ANGKASA penurunan ini
disebabkan salah satunya oleh
pekeliling yang dikeluarkan KPM ke
sekolah-sekolah yang tidak
membenarkan koperasi sekolah
menjual makanan dan minuman. Ini
22
menyebabkan jualan koperasi
sekolah menurun. Kita mohon KPM
meneliti dan mempertimbangkan
semula perkara ini.
11. Dalam kesempatan ini, kita
juga mohon jasa baik KPM meneliti
semula untuk membantu koperasi
23
sekolah mendapat pengecuali
cukai daripada pembekal seperti
yang sekolah dapat. Untuk
makluman, koperasi sekolah
dikenakan cukai oleh pembekal
yang sama membekalkan
barangan ke sekolah.
Pengecualian cukai ini akan
24
membantu koperasi menjual
barangan pada harga yang lebih
murah kepada pelajar-pelajar.
12. Kita juga berharap proses
dan prosedur yang melibatkan
koperasi sekolah yang memerlukan
kelulusan KPM boleh
25
dipercepatkan. Contohnya dalam
hal pembangunan perniagaan kios,
koperasi perlu memohon kelulusan
daripada KPM. Dalam hal ini,
mohon dapat dipertimbangkan
untuk dipercepatkan
memandangkan ada negeri yang
cepat mendapat kelulusan dan
26
ada ada yang sebaliknya. Kita
faham ini masalah pengurusan
sahaja tetapi kita mohon supaya
dapat diperhalusi masalah ini yang
akan memberi kesan kepada
perniagaan koperasi sekolah.
27
13. Dalam hal pembangunan
koperasi sekolah, ANGKASA tetap
dengan pendirian sebagai tempat
untuk pelajar-pelajar mendapat
latihan keusahawanan dan
memupuk nilai-nilai kerjasama,
kesaksamaan, perpaduan melalui
koperasi. Walaupun ANGKASA
28
menekankan perolehan, ini tidak
bermakna kita mencuba untuk
‘mengkomersialkan’ koperasi
sekolah. ANGKASA berpandangan
koperasi sekolah berpotensi
menjana pendapatan tanpa
mengganggu pembelajaran
dalam kelas, malah terbukti mampu
29
memberi latihan pembelajaran
yang berkesan di luar kelas.
14. Penjanaan pendapatan ini
bukan untuk keuntungan semata-
mata, malah koperasi dapat
menjual keperluan-keperluan
pelajar-pelajar, guru-guru dan
30
sekolah pada harga yang lebih
murah. Ini dapat membantu
mengurangkan beban pelajar-
pelajar dan kos sara hidup.
Keuntungan yang diperolehi juga
akan dipulangkan kepada pelajar-
pelajar dalam bentuk dividen atau
membantu sekolah menyediakan
31
kemudahan-kemudahan untuk
pelajar. Ini dapat mengurangkan
kebergantungan sekolah kepada
kerajaan untuk pembiayaan
prasarana sekolah.
15. Justeru, untuk
memperkasakan lagi koperasi
32
sekolah di negara ini, saya
memohon KPM memastikan semua
jabatan-jabatan pendidikan dan
pengetua-pengetua sekolah
menyokong penuh semua
program-program pembangunan
dijalankan ANGKASA dengan
memberi pelepasan kepada guru-
33
guru koperasi dan pelajar-pelajar,
mengurangkan waktu mengajar
guru koperasi, memberi ruang
operasi, menggalakkan perluasan
perniagaan koperasi dan
kelonggaran menjual makanan
dan minuman yang tidak bermasak
semasa kantin beroperasi.
34
Sokongan mereka ini amat penting
dalam memacu kejayaan koperasi.
16. Dalam hal ini, ANGKASA
mengharapkan SKM dapat
menambah bajet KWAP untuk
pembangunan koperasi sekolah
bagi tahun hadapan dan semua
35
program pembangunan koperasi
sekolah diserahkan sepenuhnya
kepada ANGKASA selaras dengan
Deklarasi Putrajaya.
17. Akhir kata, marilah kita
terus mengekalkan prestasi koperasi
sekolah negara di persada dunia
36
dan negara. Semoga usaha yang
dilakukan ini menjadi platform
terbaik membangkitkan nilai-nilai
keusahawanan dalam diri generasi
muda bagi melahirkan lebih ramai
usahawan berjaya di negara kita.
37
Sekian, wabillahi tawfiq wal
hidayah. Wassalamualaykum wrh.
wbth.