TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Disediakan oleh:
Mohd Aidil B Othman
Mohd Azri B Mat Idris
Mohamad Nasrun B Mohd Zaki
Teori Pembelajaran Wolfgang Kohler
TEORI PEMBELAJARAN KOHLER
Ahli-ahli kognitif seperti Kurt Koffka, Wolfgang
Kohler dan Max Wertheimer bersepakat untuk
menolak pendapat ahli-ahli behaviourisme
iaitu kaedah lace, cuba jaya.
Justeru, mereka telah bersatu hati
mengemukakan teori ‘ gestalt’.
Gestalt adalah fonem yang berasal daripada
German, yang bermaksud ,satu keseluruhan’,
‘bentuk’ atau ‘konfigurasi’.
Fonem – fonem ini menunjukkan bertapa
pentingnya hubung kaitan antara satu dengan
yang lain
Menurut ahli-ahli kognitif murid-murid membentuk
struktur kognitif dalam ingatan sewaktu tempoh
pembelajaran .
Setiap individu yang belajar akan terdedah
dengan proses menyusun segala pengalaman dan
akan menyimpannya sebagai ingatan
Wolfgang Kohler salah seorang ahli kognitif telah
menjalankan dua eksperimen terhadap cimpanzi
dalam membentuk teori gestalt.
Wolfgang Kohler mengkaji tingkahlaku cimpanzi
menyelesai masalah
Hasil kajiannya ditulis dalam buku betajuk The
Mentality of Apes (1925).
Bagi membentuk teori gesalt, Wolfgang Kohler
menjalankan dua eksperimen dengan
menggunkan cimpazi
EKSPERIMEN PERTAMA, Kohler telah menempatkan seekor cimpenzi yang dalam
kelaparan di dalam sebuah sangkar. Di luar sangkar cimpanzi tersebut , di letakkan beberapa
batang buluh yang berlainan ukuran panjangnya beserta dengan sebiji pisang yang tidak boleh di capi oleh cimpanzi tersebut.
Usaha pertama yang di lakukan oleh cimpanzi tersebut ialah dengan melontar kayu pada pisang.
Kemudian cimpanzi tersebut mula sedar bahawa kayu yang ada boleh di gunakan untuk mencapai pisang tersebut.
Cimpanzi pintar yang bernama sultan di dapati boleh menyambung dua batang kayu dalam usaha untuk menarik pisang ke kandang.
Akhirnya cimpanzi tersebut berjaya memperolehi pisang.
EKSPERIMEN " CELIK AKAL"
Seekor cimpanzi diletakkan di dalam sangkar.
Pisang digantung daripada bumbung sangkar.
dalam sangkar terdapat beberapa kotak berlainan
saiz.
Mula-mula haiwan itu melompat-lompat untuk
mendapatkan pisang itu tetapi tidak berjaya.
Oleh kerana usaha-usaha itu tidak membawa
hasil. cimpanzi itu berhenti sejenak, seolah-olah
memikir cara untuk mendapatkan pisang itu
Tiba-tiba haiwan itu dapat sesuatu idea dan terus
menyusun kotak-kotak itu untuk dijadikan sebagai
tangga dan memanjatnya untuk mencapai pisang
itu.
KESIMPULAN
Haiwan seperti cimpazi belajar melalui
proses kognisi
Cimpazi yang menggunakan alatan untuk
meyelesaikan masalah adalah berdasarkan
pengalaman dan persepsinya.
Ini menunjukkan perkaitan antara ransangan
seperti kotak dan pisang dalam situasi yang
dihadapinya.
Menurut kohler, persepsi kaitan ini digunakan untuk
menyelesaikan masalah iaitu mendapat pisang
yang tergantung dan ini disebut sebagai celik akal.
Kebolehan memerhatikan pertalian tersebut wujud
kerana cimpazi itu melihat keadaan sangkar secara
menyeluruh.
Mereka juga berpendapat bahawa kebolehan
mental seperti ini juga terdapat pada manusia yang
dipercayai adalah lebih pintar berbanding dengan
haiwan lain.
Eksperimen Kohler ini telah menerangkan bahawa
cimpanzi-cimpanzi tersebut berjaya melihat masalah
sebagai satu keseluruhan yang bersatu menurut
Kohler cerdik akal atau fenomena ‘a-ha’ tidak
bergantung kepada pengalaman lalu dan bukan
sebagai pemindahan khas.
Dimana teori ini melihat kebolehan individu
mengamati atau memahami sesuatu masalah secara
tiba-tiba. Setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang
relevan dalamnya.
Konsep celik akal ini perlu diaplikasikan oleh guru
sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran.
Untuk mencapai matlamat ini guru tersebut perlu
sentiasa mendorong murid-murid atau pelajarnya
untuk berfikir secara divergen, konvergen,
induktif, deduktif, kreatif, kritis dan menaakul
dalam pengajaran dan pembelajaran.
HIERARKI PEMBELAJARAN GAGNE
HIERARKI PEMBELAJARAN GAGNE
Kajian-kajian awal Gagne berkait dengan
pengajaran berkesan telah menghasilkan Hierarki
Pembelajaran
Menurutnya, teori pengajaran hendaklah
mengambil kira faktor khusus yang mempengaruhi
pembelajaran kemahiran kompleks
Gagne menganjurkan tugas pembelajaran bagi
kemahiran intelektual disusun dalam bentuk
hierarki
HEIRARKI PEMBELAJARAN
1. Pembelajaran isyarat
2. Pembelajaran gerak balas
3. Pembelajaran rangkaian motor
4. Pembelajaran bahasa
5. Pembelajaran diskriminasi
6. Pembelajaran konsep
7. Pembelajaran prinsip
8. Penyelesaian masalah
PEMBELAJARAN ISYARAT
Pembelajaran asas yang melibatkan
rasangan dalam persekitaran Emak – susu
Loceng rehat – makan
Bola- main
apabila mendengar sahaja loceng, tandanya
tukar jadual belajar, rehat, waktu masuk
kelas dan waktu balik sekolah
PEMBELAJARAN GERAK BALAS
Merujuk kepada gerak balas yang diterima
hasil sesuatu tingkah laku
Jika gerak balas yang diterima positif, maka
hubungan ransangan dengan gerak balas
akan menjadi kukuh
Contohnya, pelajar akan kekal menghasilkan
tugasan dengan baik jika hasil kerjanya
mendapat pujian.
PEMBELAJARAN RANGKAIAN MOTOR
Bermanfaat dalam pembelajaran melibatkan
kemahiran
Pembelajaran berlaku melalui proses
pemerhatian dan peniruan
Contohnya, dalam pendidikan jasmani, guru
menunjuk cara mengelecek bola
Rangkaian motor yang terlibat termasuk
berlari, menendang dan menyeret
PEMBELAJARAN BAHASA
Melibatkan pembelajaran bahasa secara
konkrit yang seterusnya berkembang
Contohnya, apabila kanak-kanak melihat
kucing dan mendengar kucing mengiau, dia
akan mengikut dan menamakan kucing
sebagai miau.
Ibu akan membetulkan dan kanak-kanak
akan mengikut.
PEMBELAJARAN DISKRIMINASI
Pembelajaran diskriminasi melibatkan perhatian
dan keupayaan melihat ciri-ciri persamaan dan
perbezaan
Individu akan dapat membuat diskriminasi atau
pilihan berdasarkan ciri-ciri yang diperhatikan
Apabila maklumat hendak disimpan dalam struktur
kognitif, diskriminasi juga perlu dipraktikkan
memandangkan struktur kognitif mengandungi
bahagian khusus untuk maklumat yang berbeza
PEMBELAJARAN KONSEP
Pembentukan konsep sama ada secara
deduktif atau induktif memerlukan individu
membuat diskriminasi dan keupayaan
bahasa
Apabila konsep telah dikuasai, pembelajaran
aras tinggi akan dapat dipelajari
PEMBELAJARAN PRINSIP
Pembelajaran prinsip atau hukum
memerlukan individu mengaplikasikan
konsep yang telah dikuasai.
Oleh itu, untuk menguasai pembelajaran
prinsip, pelajar juga perlu menguasai
pembelajaran aras rendah termasuk
pembelajaran konsep
PEMBELAJARAN PENYELESAIAN MASALAH
Penyelesaian masalah merupakan aras pembelajaran
paling tinggi menurut pandangan Gagne
Melibatkan proses mental aras tinggi yang
memerlukan keupayaan mengaplikasikan
pembelajaran terdahulu seperti rumus, hukum dan
prinsip
Terdapat lima langkah iaitu mengenal pasti masalah,
mencari maklumat untuk mengesahkan masalah,
membina hipotesis untuk menyelesaikan masalah,
menguji hipotesis dan membuat rumusan
LANGKAH PENYAMPAIAAN PENGAJARAN GAGNE
Langkah pengajaran Fasa pembelajaran
1. Tarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran
Motivasi - jangkaan
2. Maklumkan kepada pelajar objektif pembelajaran
Kefahaman-pemerhatian-persepsi
3. Cungkil pengetahuan sedia ada berkaitan topik
pemerolehan
4. Sampaikan isi pembelajaran Pemilihan penanggapan
5. Beri panduan pembelajaran sebagai latihan pengukuhan
pemahaman- menyimpan maklumat
6. Uji pemahaman pelajar berkaitan isi pembelajaran baru
Mengingat semula- jawab soalan
7. Beri maklum balas Generalisasi - perlakuan
8. Tafsir perlakuan pembelajaran pelajar
Maklum balas- pengukuhan
9. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran
SEKIAN TERIMA KASIH