Transcript

wo T T

� PENGENALAN

Topik ini akan membincangkan berkaitan dengan kaedah-kaedah perundangan Islam yang mana perbahasannya akan menyentuh berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh yang digunakan oleh para mujtahid dalam menentukan sesuatu hukum. Oleh itu dalam topik ini, kita akan menjelaskan apakah yang dikatakan kaedah-kaedah fiqh menurut pandangan para fuqaha Islam serta jenis-jenisnya berserta contoh aplikasinya dalam cabang-cabang fiqh yang lain.

ooppiikk

99 � Kaedah-

kaedah Perundangan Islam

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan pengertian kaedah-kaedah fiqh sebagaimana yang telah diterangkan oleh para fuqaha dan sarjana Islam;

2. Menjelaskan perbezaan antara kaedah-kaedah fiqh dan kaedah-kaedah usul al-fiqh, di mana kedua-duanya adalah qawaid-qawaid yang penting;

3. Menghuraikan sejarah kepada perkembangan kaedah-kaedah fiqh ini dan pelbagai tulisan fuqaha dan sarjana Islam dalam bidang ini; dan

4. Menjelaskan secara terperinci beberapa kaedah-kaedah fiqh yang utama serta menerangkan sumber dan aplikasi kepada kaedah-kaedah tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

221

AKTIVITI 9.1

1. Huraikan mengapakan kaedah-kaedah fiqh ini amat penting dalam kerangka seseorang Muslim memahami agamanya.

2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah cara yang paling mudah untuk mengetahui dan memahami kaedah-kaedah fiqh ini.

3. Jelaskan mengikut pemahaman anda, adakah penulisan dan penghasilan kepada kaedah-kaedah fiqh ini sudah terhenti, atau mungkin boleh diteruskan lagi penulisan kaedah-kaedah fiqh di zaman ini.

AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH DAN PERUNDANGAN ISLAM

9.1

Perundangan Islam secara umumnya telah melalui pelbagai perkembangan bermula dari zaman Nabi s.a.w sehingga ke zaman ini, ada sebahagiannya menegak, ada sebahagiannya mendatar, dan di satu peringkat ianya menurun. Walau apa pun, perundangan Islam dari segi prinsip ialah satu sistem yang berasaskan wahyu Ilahi yang bersumberkan al-QurÊan dan hadis. Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa pengalaman dan pemikiran manusia tiada peranan dalam perkembangan kepada perundangan Islam itu sendiri. Hukum Allah itu sendiri yang diambil daripada Kitab dan Sunnah Nabi s.a.w amat berkait rapat dengan suasana dan budaya manusia. Oleh itu boleh dikatakan bahawa kaedah-kaedah asas kepada perundangan Islam adalah tetap dan tidak berubah, tetapi ia menjadi paksi kepada perkembangan hukum-hakam cabang atau yang disebut sebagai furu yang lain. Apabila Fiqh Islam telah menjadi satu bidang ilmu yang tersendiri, maka disiplin ilmu ini telah berkembang dan membentuk pelbagai disiplin ilmu yang lain yang digabungkan dengan perkataan fiqh itu sendiri. Hal ini dilakukan oleh para fuqaha bagi memperincikan setiap bidang ilmu yang berkaitan dengan bidang ilmu ini. Maka terciptalah bidang ilmu seperti usul al-fiqh, qawaÊid al-fiqh, fiqh al-usrah, fiqh al-daulah, fiqh al-syiar, fiqh al-qada' wa al-murafaat, fiqh al-muamalat, fiqh al-Jinayah, fiqh al-Siasah, fiqh al-ibadat dan pelbagai cabang fiqh yang lain yang boleh didapati dalam perbahasan fuqaha dan sarjana Islam semenjak dari dulu hingga ke hari ini. Seperti yang kita sedia maklumi, masalah cabang dalam syariah Islam sangatlah banyak. Perkara ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan tamadun dan peradaban manusia itu sendiri. Oleh sebab itu,

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

222

masalah dan cabaran baru ini perlu dikaji dan diberikan penyelesaiannya berdasarkan kehendak syariah Islam. Antara cara menyelesaikannya ialah dengan merujuk kepada masalah cabang yang lain yang mempunyai persamaan dari segi sebab, sifat dan hukumnya. Selepas itu, dirujukkan pula hukum yang berbentuk menyeluruh atau asas yang merupakan sebahagian daripadanya. Hukum asas atau menyeluruh ini dinamakan sebagai kaedah perundangan fiqh Islam atau dalam bahasa Arabnya disebut sebagai al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Perbahasan ini akan membincangkan tentang al-qawaÊid al-fiqhiyyah atau kaedah-kaedah perundangan fiqh Islam yang digunakan oleh para mujtahid dalam menentukan sesuatu hukum. Al-qawaÊid al-fiqhiyyah atau kaedah-kaedah fiqh ini ialah cabang ilmu yang membincangkan prinsip-pinsip atau kaedah-kaedah yang digunakan dalam perundangan Islam. Secara umumnya, kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip ini telah disusun oleh para fuqaha bagi menentukan kumpulan-kumpulan hukum yang telah sedia ada untuk dimasukkan ke dalam kaedah-kaedah tertentu bagi memudahkan kefahaman dan juga amalan. Pada masa yang sama, ianya menjadi asas penting dan sumber utama kepada penyelesaian kepada perkara yang belum ada penentuan hukumnya sebelum ini.

9.1.1 Pengertian al-Qawaid

Adalah perlu untuk kita menyebut tentang definisi kepada kaedah-kaedah fiqh ini sebelum kita melangkah lebih jauh lagi dalam perbincangan kita ini. Al-qawaid al-fiqhiyyah adalah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan iaitu al-qawaid dan juga al-fiqhiyyah. Oleh itu, adalah baik untuk kita melihat satu persatu makna kepada kalimah-kalimah tersebut. Perkataan al-Qawaid� )�������( � adalah kata jamak yang berasal daripada mufradnya al-qaidah yang bererti asas atau sesuatu yang sabit atau tetap. Menurut para fuqaha, asas tersebut mungkin sesuatu yang dapat dilihat (hissi) seperti asas kepada sebuah bangunan, terkadang asas tersebut sesuatu yang bersifat maknawi seperti asas agama yakni keimanan seseorang pada agamanya. (Zhou Zhou, 2005). Oleh itu, al-QurÊan misalnya telah menyebut kalimah al-Qawaid yang bermaksud asas pembinaan kepada Kaabah. Dalam hal ini, Allah S.W.T telah berfirman:

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

223

�� ���� �� ������ ������ ���� �� ������ � � �� �� ��� �� � � ��� � � ��� ���� ���� �� �� �� � �� ���� �� ���� ��

��� ������� � ��� ��� � � �����

Maksudnya: „Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: „Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui‰. (al-Baqarah 2:127) Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

���� ���� �� ����� ��� � �� � � ���� �� ������ �� � � ��� �� �! �� �"��� ������ � � ������

�# �$ �% ��� �&� �� � � �� � � ������ �� � ���� �� �� ��� � � �� �� �� �'�� �( �)���� ���* ��+�

Maksudnya: „Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap agama Allah dan Rasul-rasul-Nya); maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya‰. (al-Nahl, 16:26) Oleh itu secara umumnya, ahli ilmu dan para fuqaha telah bersetuju bahawa yang dimaksudkan dengan qawaid adalah asas di mana terdiri di atasnya sesuatu. (Zhou Zhou, 2005) Imam al-Zarkashi menyebut dalam kitabnya al-Manthur fi al-Qawaid berkenaan takrifan al-qawaid yang diambilnya daripada takrifan Imam al-Subki dan Imam al-ÂAttar. Imam Al-Subki misalnya menyebut al-qawaid seperti berikut:

���� � ����� ��� ����� ���� ���� ������� !� Bermaksud: Sesungguhnya al-qaidah ialah qadiyyah yang universal diketahui daripadanya pelbagai hukum yang terhasil daripada pecahan-pecahannya yang pelbagai.

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

224

Manakala Imam al-ÂAttar pula menyebut seperti berikut:

������� "� #� �$�� %��� &��� � ��' *+��� ���� ����� ,- �������

Bermaksud: Al-qawaid ialah qadaya yang universal yang terhasil di bawahnya pelbagai pecahan (juziyyat) yang diketahui hukum-hakamnya berdasarkan kaedah-kaedah tersebut. (Bahadur 1982) Al-Jurjani pula mendefinisikan al-qawaid seperti berikut:

���� � .�$� /�� ��01� ���� ���� ,- �������

Bermaksud: Al-qaidah ialah qadiyyah yang menyeluruh (kulliyah) yang diterapkan atau terpakai ke atas keseluruhan pecahan-pecahannya (juziyyat). (al-Jurjani 2000) Manakala Abu al-Baqa' pula mendefinisikan al-qawaid sebagai kaedah kulliyah yang merangkumi pelbagai ahkam yang juziyyat (pecahan-pecahan hukum) yang disebut sebagai furu' dan menurutnya al-qawaid ini akan menghimpunkan pelbagai ilmu furu' daripada bahagian-bahagiannya yang pelbagai. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa qawaid bererti kaedah yang menyeluruh yang terpakai ke atas juziyyat kathirah atau pecahan-pecahan yang banyak, difahami sesuatu hukum daripadanya. Abu al-Baqa' seterusnya menyebut bahawa sebahagian kaedah ini tidak memerlukan topik yang khusus, seperti kaedah „Yakin tidak akan hilang dengan syak yang timbul‰, manakala sebahagian daripada kaedah ini perlu diletakkan di bawah tajuk yang khusus, seperti kaedah „Setiap kaffarah adalah terhasil daripada maksiat, oleh itu mesti disegerakan‰. (Abdul al-MunÂim, 1999) Menurut sarjana hukum Islam Dr. ÂAli al-Nadawi, seperti yang dinukilkan oleh Dr. Siti Zalikhah daripada kitabnya al-qawaid al-fiqhiyyah, beliau telah mengemukakan dua takrif bagi perkataan al-qawaid:

� Hukum syarak bagi sebahagian besar kes-kes yang melaluinya boleh diketahui hukum-hakam yang termasuk di bawah pecahannya

� Asas fiqh yang menyeluruh adalah meliputi hukum-hakam yang disyariatkan secara umum terdiri daripada berbilang-bilang bab berhubung dengan kes-kes yang termasuk di bawah tajuknya (Zalikhah, 1999)�

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

225

9.1.2 Pengertian al-Fiqhiyyah

Perkataan al-Fiqhiyyah adalah berasal daripada perkataan al-Fiqh. Secara mudahnya perkataan al-Fiqh dalam bahasa Arab bermaksud faham atau memahami sesuatu perkara. Dalam al-QurÊan, Allah S.W.T telah berfirman:

�,��� �� �-�(�. �� �� �/�� � � � �( �)���� �0�� �)�� � �� �� �� ����! ��1�

Maksudnya: „Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan yakni nasihat dan pengajaran‰. (al-NisaÊ 4:78) Dalam ayat yang lain pula, Allah berfirman:

��� � �� ����� �� �� �� �� � �"� �#2 �$�3 �"��� ����% �4� �&��5� �� �# �6�7 ������� �( �8�� � �� �� ��$ �' �#�6�7 �� 9�:�� �( �)��#�(�� �� ��$ �' �#�6�7 �� ) �� �- �( �)�� �;��* ���$ �' ! �

Maksudnya: „Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya akan ayat-ayat Allah‰. (al-AÂraf 7:179) Manakala dari segi istilah pula, ulama telah memberikan pelbagai takrifan berkenaan dengan maksud al-fiqh. Antaranya takrifan yang diberikan oleh Imam al-SyafiÊe seperti yang disebut oleh ÂAbdul al-Wahab Khallaf dalam bukunya seperti berikut:

� �- 2�3��4�� ����5�6 %��� ���$��� ���� �07��$������83��� ���9� #� �

Maksudnya: Al-fiqh ialah ilmu yang menerangkan hukum-hakam syarak yang bersifat amali yang diambil daripada dalil-dalilnya yang terperinci. (Khallaf, 1984)

Imam al-Juwayni pula menyebut tentang maksud al-fiqh, katanya:

:������ ����;6 %����

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

226

Maksudnya: al-Fiqh ialah satu ilmu yang membicarakan tentang hukum-hakam taklif. (al-Juwayni 1998) Manakala Imam Abu Hanifah pula mendefinisikan al-fiqh seperti berikut: �

2��� ��< �� �� =3��� �>����

Maksudnya: Fiqh ialah ilmu yang membicarakan tentang seorang Muslim berkenaan dengan hak-haknya dan juga kewajipan-kewajipannya. Imam al-Kasani pula mentakrifkan fiqh seperti berikut: �

����5�< .���4�� %��< ���'��< ?@'�� %��

Maksudnya: Fiqh ialah satu cabang ilmu yang memperkatakan tentang hukum halal dan haram serta cabang ilmu yang mengupas persoalan syariat-syariat dan hukum- hakam. (al-Zuhayli 2006) Oleh itu berdasarkan takrifan fuqaha seperti yang dinyatakan di atas, dapatlah kita simpul secara umumnya bahawa yang dimaksudkan dengan al-fiqh ialah satu cabang ilmu yang memperkatakan berkenaan dengan hak-hak dan kewajipan-kewajipan ke atas seorang mukallaf yang terkandung dalam hukum-hakam taklif berkenaan dengan halal dan haram yang diistinbatkan daripada dalil-dalilnya yang terperinci.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Huraikan dengan ringkas perbezaan yang ketara antara perkataan al-qawaid dan al-fiqhiyyah berdasarkan pemahaman anda.

2. Nyatakan apakah takrifan fiqh yang terbaik yang pernah anda temui, dan mengapakah takrifan itu anda anggap yang terbaik.

3. Bincangkan dengan rakan sekelas anda mengapakah amat penting bagi seorang Muslim mengetahui pelbagai perbincangan berkenaan dengan ilmu fiqh.

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

227

9.1.3 Pengertian al-Qawaid al-Fiqhiyyah

Jika kita meninjau perbahasan fuqaha berkenaan dengan mafhum atau pengertian kepada kaedah-kaedah fiqh atau disebut al-qawaid al-fiqhiyyah, maka kita akan bertemu dengan pelbagai takrifan yang telah dikemukakan oleh para ulama. Sheikh Muhammad Uthman Syibir menerusi bukunya yang bertajuk al-qawaid al-kulliyyah wa al-dawabit al-fiqhiyyah telah membawa pelbagai takrifan yang dinukil daripada fuqaha dan sarjana Islam tentang takrifat kepada istilah al-qawaid al-fiqhiyyah. (Syibir 2000) Antara takrifan kepada al-qawaid al-fiqhiyyah adalah takrifan yang diberikan oleh sarjana besar Islam Sheikh Mustafa al-ZarqaÊ, katanya:

#$�� ��+��A9 � ��� B�8C ,> ���� ���> ?�D� ,- ���3�� �������2��E�� F' GH� ,��� I9��'�� ,> ���� �����4 �������

Maksudnya: Al-qawaid al-fiqhiyyah adalah dasar-dasar fiqh yang bersifat menyeluruh yang ditulis dengan menggunakan tulisan-tulisan yang ringkas dan bersifat perundangan yang mengandungi hukum-hakam syariah secara umum pada parkara-perkara yang termasuk di bawah tajuk-tajuk perbahasannya. Sheikh al-Hamwi pula mendefinisikan al-qawaid al-fiqhiyyah seperti berikut:

������ ����� ���� � �J�� /�� K01�� ,�� L M�J�� %�� �Maksudnya: Ialah hukum yang bersifat kebanyakan dan bukan keseluruhan, yang diterapkan ke atas kebanyakan pecahan-pecahannya bagi mengetahui hukum-hakamnya. Sheikh Muhammad al-Ruki pula mendefinisikan al-qawaid al-fiqhiyyah seperti berikut:

,�� %�� �C;6 K01�� �$�'� �����N �O��D P��� ,��Q G��9 /�R ���7� ��0�O5� G�0A /�� ���� � .�$� /���

Maksudnya: Adalah hukum yang bersifat menyeluruh yang disandarkan kepada dalil-dalil syarak yang ditulis secara ringkas tetapi menyeluruh dan padat (muhakkamah) yang diterapkan ke atas keseluruhan pecahannya secara kebanyakan.

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

228

Sheikh ÂAli al-Nadawi pula menyebut tentang takrif al-qawaid al-fiqhiyyah, katanya:

�Q %����' GH9 �� ����� ��� ����� ��0�O� ���� ,> ,� �Maksudnya: Adalah hukum syarak pada kebanyakan daripada qadiyyah yang diketahui daripadanya hukum-hakam yang termasuk di bawahnya. Sheikh Muhammad ÂAbd al-Ghaffar al-Sharif pula mendefinisikan al-qawaid al-fiqhiyyah seperti berikut:

���$� ����Q ���� ���� Maksudnya: Ialah qadiyyah syarak yang menyeluruh yang bersifat amali. Hukum asas syarak yang menyeluruh inilah yang disebut sebagai al-qawaid al-fiqhiyyah , seperti yang digambarkan oleh Prof. Dr. Mahmud Saedon melalui bukunya bahawa al-qawaid al-fiqhiyyah ini boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Beliau menjelaskan bahawa kaedah perundangan Islam ini ialah hukum yang berbentuk menyeluruh atau asas yang terkandung di dalamnya banyak cabang yang bertaburan. Melalui kaedah ini, ianya boleh memudahkan ulama untuk menyelesaikan pelbagai persoalan fiqh yang timbul. (Saedon 1990) Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kaedah-kaedah fiqh ini adalah satu penyataan yang ringkas dan padat, yang bersifat perundangan yang mengandungi asas-asas penting kepada pelbagai perbahasan dalam fiqh Islam.

AKTIVITI 9.2

1. Bincangkan dengan rakan sekelas anda takrifan-takrifan lain tentang al-qawaid al-fiqhiyyah dan cari lima lagi takrifan lain yang diberikan oleh para fuqaha dan sarjana Islam.

2. Huraikan mengikut pandangan anda mengapakan kaedah-kaedah fiqh ini boleh memudahkan ulama dalam menyelesaikan pelbagai persoalan fiqh yang timbul.

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

229

SEJARAH PENULISAN AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH DALAM ISLAM

9.2

Jika kita melihat kepada sejarah penulisan kaedah-kaedah fiqh ini, maka kita akan mendapati bahawa sumbangan besar dalam penulisan ini telah diberikan oleh ulama-ulama yang kebanyakannya dari mazhab Hanafi. Namun begitu, ada juga ulama-ulama dari mazhab lain yang juga terlibat secara aktif dalam penulisan tentang kaedah-kaedah fiqh ini. Dalam hal ini, Sheikh Dr. Muhammad ÂAzam telah menyebut dengan panjang lebar tentang sejarah penulisan tentang al-qawaid al-fiqhiyyah menerusi kitabnya yang berjudul „al-Qawaid al-Fiqhiyyah: Dirasat ÂAmaliyyah Tahliliyyah‰. Dia menegaskan bahawa penulisan berkenaan dengan al-qawaid al-fiqhiyyah tidak berlaku secara serentak dan sekali gus. Namun penulisan ini berlaku secara berperingkat-peringkat bermula dari zaman perkembangan� )+�-9SR �8�( fiqh itu sendiri. Beliau menambah lagi bahawa orang yang pertama menulis tentang al-qawaid al-fiqhiyyah ialah faqih dari mazhab Hanafi iaitu Imam Abu Tahir al-Dayyasi yang telah menulis sebanyak tujuh belas kaedah fiqh. Lima kaedah fiqh yang terkenal yang telah ditulis oleh beliau adalah seperti kaedah „al-Umur bi Maqasidiha‰, „al-Darar Yuzal‰, al-ÂAdah muhakkamah‰, al-Yakin la Yazul bi al-Syak‰ dan „Masyaqqah Tajlibu al-Taysir‰. Kemudiannya datang pula ulama terkenal juga dari mazhab Hanafi iaitu Abu al-Hasan al-Kharkhi yang dikatakan telah menghasilkan tiga puluh tujuh kaedah-kaedah fiqh. Kemudian Abu Zaid ÂAbdullah al-Dabbusi, juga faqih dalam mazhab Hanafi telah menulis tentang al-qawaid al-fiqhiyyah dalam bukunya yang amat terkenal „TaÊsis al-Nazar‰. Kemudian dari itu, Ibn Nujaym juga faqih dalam mazhab Hanafi telah menulis tentang al-qawaid al-fiqhiyyah menerusi bukunya yang terkenal al-Bahr al-RaÊiq Sharh Kanz al-Daqaiq dan Sharh al-Manar fi al-Usul. Dia juga menulis kitabnya yang terkenal „al-Ashbah wa al-Nazair‰ dan telah menulis kaedah fiqh sebanyak dua puluh lima kaedah. Kemudian seorang lagi faqih dari mazhab Hanafi iaitu Muhammad Abu Said al-Khadimi telah menulis tentang al-qawaid al-fiqhiyyah menerusi kitabnya „Majami al-HaqaÊiq‰. Kemudian datang pula Majallah al-Ahkam al-ÂAdliyyah, di mana para fuqaha yang menulis kitab ini telah memasukkan sebanyak sembilan puluh sembilan

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

230

kaedah fiqh yang diambil daripada tulisan ulama yang pelbagai. Kitab Majallah al-Ahkam al-ÂAdliyyah ini juga pada dasarnya ditulis berasaskan mazhab Hanafi. (Muhammad ÂAzam 2004)

9.2.1 Nama-nama Besar dalam Sejarah Penulisan al- Qawaid al-Fiqhiyyah

Dalam sejarah penulisan al-qawaid al-fiqhiyyah terdapat terlalu ramai ulama-ulama Islam dari mazhab yang pelbagai telah menulis tentang kaedah-kaedah fiqh ini. Sheikh Muhammad Uthman Syibir misalnya telah menyebut sebahagian daripada ulama yang telah menulis berkenaan dengan al-qawaid al-fiqhiyyah. Di bawah ini kita akan menyebut sebanyak 20 nama-nama besar fuqaha dan sarjana Islam dalam bidang ini. (Syibir 2000)

(a) Sheikh ÂIzzu al-Din Ibn ÂAbd al-Salam (wafat 660H). Beliau telah menulis kitabnya yang terkenal berjudul „Qawaid al-Ahkam fi masalih al-ÊAnam‰ dan juga kitab yang berjudul „Mukhtasar al-FawaÊid fi Ahkam al-Maqasid‰. Beliau telah menulis dan mengulas pelbagai kaedah-kaedah fiqhiyyah.

(b) Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi (wafat 676H). Beliau telah menghasilkan kitab yang terkenal dalam penulisan al-qawaid al-fiqhiyyah yang berjudul „al-Usul wa al-Dawabit‰. Beliau menyebut menerusi kitab ini pelbagai kaedah yang sepatutnya diketahui, terutamanya bagi pengkaji-pengkaji tentang kaedah-kaedah fiqh dan segala isu-isu berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh ini.

(c) Ahmad Ibn Idris al-Qarafi (wafat 684H). Beliau telah menghasilkan sebuah karya besar dalam penulisan tentang kaedah-kaedah fiqh yang berjudul „Anwar al-Buruq fi AnwaÊi al-Furuq‰. Beliau telah menulis pelbagai kaedah fiqh menerusi kitabnya ini. Kitab ini kemudiannya diulas oleh Ibn al-Shat menerusi kitabnya yang bertajuk „Adrar al-Syuruq ÂAla Anwar al-Furuq‰.

(d) Abu ÂAbdullah Muhammad Ibn ÂUmar terkenal dengan panggilan Ibn al-Wakil (wafat 716H). Beliau telah menulis sebuah karya agong tentang al-qawaid al-fiqhiyyah yang berjudul „al-Ashbah wa al-NazaÊir‰. Beliau telah menjelaskan pelbagai kaedah fiqh menerusi kitabnya ini.

(e) Najmuddin Sulayman Ibn ÂAbd al-Qawi al-Tufi (wafat 716 H). Beliau telah menghasilkan dua buah karya besar dalam penulisan tentang kaedah-kaedah fiqh iaitu „Qawaid al-Kubra‰ dan „Qawaid al-Sughra‰. Beliau telah menjelaskan pelbagai kaedah fiqh menerusi tulisannya itu.

(f) Sheikh Islam Taqiyuddin Ibn Taymiyyah (wafat 728H). Beliau telah menghasilkan sebuah karya agong dalam bidang ini yang diberi nama „al-

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

231

qawaid al-Nuraniyyah fi al-Qawaid al-fiqhiyyah‰. Beliau telah mengulas beberapa kaedah fiqh menerusi bukunya itu.

(g) Muhammad Ibn Rursh al-Bakri (wafat 736H). Beliau telah mengarang sebuah kitab berkenaan dengan al-qawaid al-fiqhiyyah yang berjudul „al-Mazhab fi Dabti Qawaid al-Mazhab. Ibn Rursh telah mengulas beberapa kaedah fiqh menerusi kitabnya itu.

(h) Abu ÂAbdullah Muhammad Ibn Muhammad al-Magri (wafat 758H). Beliau telah menghasilkan sebuah karya yang hebat dan besar dalam bidang ini yang diberi nama „al-Qawaid‰. Beliau telah menyebut seribu dua ratus kaedah-kaedah fiqh dan menghuraikannya.

(i) Abu Said Salahuddin al-ÂAlaÊi (wafat 761H). Beliau telah menulis sebuah kitab berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh yang diberi judul „al-Majmu al-Mazhab fi Qawaid al-Mazhab‰. Menerusi kitabnya ini beliau telah menyebut pelbagai kaedah-kaedah fiqh yang disusun berdasarkan kaedah-kaedah fiqh yang umum dan kaedah-kaedah fiqh yang khusus.

(j) Abu al-ÂAbbas Sarafuddin Ahmad Ibn al-Hussein yang terkenal dengan panggilan Ibn Qadi al-Jibl (wafat 771H). Beliau telah menghasilkan sebuah karya besar dalam penulisan tentang kaedah-kaedah fiqh yang berjudul „al-Qawaid al-Fiqhiyyah‰. Menerusi kitab ini beliau telah mengupas pelbagai kaedah-kaedah fiqh.

(k) Tajuddin ÂAbd al-Wahab Ibn ÂAli al-Subki (wafat 771H). Beliau telah menghasilkan sebuah karya besar dalam bidang ini yang diberi tajuk „al-Ashbah wa al-NazaÊir‰. Menerusi kitabnya beliau telah mengupas pelbagai kaedah fiqh.

(l) Muhammad Ibn Sulayman al-Surukhdi (wafat 792H). Beliau telah menghasilkan kitab yang berjudul „Mukhtasar Majmuk al-Mazhab‰. Beliau menghimpunkan dalam kitabnya kaedah yang ditulis oleh al-ÂAlaÊi menerusi kitabnya „al-Qawaid‰ dan kitab yang dihasilkan oleh al-Asnawi yang berjudul „Takhrij al-Furu Âala al-Usul‰. Pada masa yang sama, beliau juga menambah lagi pelbagai kaedah lain menerusi kitab tersebut.

(m) Muhammad Ibn Bahadir al-Zarkashi (wafat 794H). Beliau telah menghasilkan sebuah karya hebat yang berjudul „al-Mansur fi al-Qawaid‰. Beliau telah menyusun kitabnya berdasarkan susunan huruf al-muÂjam. Ia dikatakan kitab pertama yang disusun dalam bentuk ini.

(n) Abu al-Faraj ÂAbd al-Rahman Ibn Rajib (wafat 795H). Beliau telah menyusun sebuah kitab berkenaan kaedah-kaedah fiqh yang diberi tajuk „Taqrir al-Qawaid wa Tahrir al-FawaÊid‰. Beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh yang terdapat dalam bukunya itu.

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

232

(o) Syarafuddin Isa Ibn Uthman al-Ghazzi (wafat 799H). Beliau telah menulis

sebuah kitab tentang kaedah-kaedah fiqh yang diberi judul „ al-Qawaid mina al-Furu‰. Menerusi kitab ini beliau telah menghuraikan kaedah-kaedah fiqh yang terdapat dalam bukunya itu.

(p) ÂUmar Ibn ÂAli atau dikenali sebagai Ibn al-Malqan (wafat 804H). Beliau telah menghasilkan sebuah karya hebat yang berjudul „al-Ashbah wa al-NazaÊir‰. Beliau telah menyusun kitabnya berdasarkan susunan perbahasan dalam ilmu fiqh Islam yakni bermula dengan kaedah fiqh dalam bab al-taharah.

(q) Sirajuddin Abu Hafsh ÂUmar Ibn Ruslan al-Balqini (wafat 805H). Beliau telah menyusun sebuah karya berkenaan kaedah-kaedah fiqh yang diberi judul „fawaÊid al-Hisam Âala Qawaid Ibn ÂAbd al-Salam „. Beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh yang terdapat dalam buku Ibn Abd al-Salam.

(r) Muhammad Ibn Muhammad al-Khadari al-Zubayri (wafat 808H). Beliau telah menyusun sebuah kitab berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh yang diberi tajuk „Asna al-Maqasid fi tahrir al-Qawaid „. Beliau telah menjelaskan berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh yang terdapat dalam bukunya itu.

(s) Syihabuddin Ahmad Ibn Muhammad al-Maqdisi lebih dikenali dengan gelaran Ibn al-HaÊim (wafat 815H). Beliau telah menghasilkan sebuah karya berkenaan kaedah-kaedah fiqh yang berjudul „Tahrir al-Qawaid al-ÂAlaÊiyyah wa Tamhid al-Masalik al-Fiqhiyyah)‰. Beliau telah menyusun kitabnya dan menjelaskan kaedah-kaedah fiqh yang terdapat dalam kitabnya.

(t) Taqiyuddin Abu Bakar Ibn Muhammad al-Hashni (wafat 829H). Beliau telah menghasilkan sebuah karya hebat yang berjudul „al-Qawaid‰. Beliau telah menyusun kitabnya dan menyebut pelbagai kaedah fiqh dan pada masa yang sama, beliau juga memperincikan kaedah-kaedah usul (al-Qawaid al-Usuliyyah).

Ini adalah sebahagian kecil daripada nama-nama fuqaha Islam yang telah menghasilkan pelbagai tulisan berkenaan dengan kaedah-kaedah. Namun begitu, ada sebahagiannya membincangkan kaedah-kaedah usul bersama-sama dengan kaedah-kaedah fiqh. Oleh itu adalah penting untuk kita membezakan antara kaedah-kaedah fiqh dengan kaedah-kaedah usul.

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

233

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Nyatakan pada pandangan anda mengapa ilmu tentang kaedah-kaedah fiqh ini tidak ditulis oleh sahabat Nabi s.a.w ketika sahabat bersama-sama dengan baginda.

2. Huraikan mengapakah ilmu tentang al-qawaid al-fiqhiyyah ini telah berkembang dan telah ditulis oleh kebanyakan fuqaha dari mazhab Hanafi jika dibandingkan dengan fuqaha dari mazhab-mazhab yang lain di awal penulisannya.

3. Bincangkan dengan rakan sekelas anda 20 lagi fuqaha-fuqaha lain selain daripada fuqaha yang telah disebutkan namanya di atas yang telah menulis, menghurai dan mengkaji tentang kaedah-kaedah fiqh ini. Sebut nama-nama mereka satu persatu.

9.2.2 Perbezaan antara Kaedah Fiqh dan Kaedah Usul

Seperti yang telah kita sebutkan sebelum ini bahawa kaedah adalah satu bentuk penulisan yang bersifat menyeluruh yang disandarkan kepada dalil-dalil syarak yang ditulis secara ringkas tetapi universal, padat dan tepat (muhakkamah) yang diterapkan ke atas keseluruhan pecahan-pecahannya yang pelbagai. Kaedah-kaedah ini akan digunakan oleh para mujtahid dalam mengeluarkan hukum-hakam kepada pelbagai masalah yang timbul. Kaedah-kaedah ini ada sebahagiannya disebut sebagai kaedah fiqh dan ada sebahagiannya disebut sebagai kaedah usul. Bagaimanakah kita dapat membezakan antara dua kaedah fiqh dan usul ini? Dalam hal ini, sarjana hukum Islam Sheikh Dr Muhamad al-Zuhayli telah menyebut dalam kitabnya „al-Nazariyyat al-Fiqhiyyah‰ bahawa yang dikatakan qawaid usuliyyah adalah sejenis kaedah yang dicipta oleh para fuqaha Islam bagi tujuan pengistinbatan dan pengijtihadan (al-istinbat wa al-ijtihad). Sheikh Zuhayli seterusnya menyebut bahawa qawaid usuliyyah telah dibukukan awal sebelum pembukuan kepada qawaid fiqhiyyah. Sheikh Zuhayli menegaskan bahawa orang yang pertama membukukan qawaid usuliyyah adalah Imam al-ShafiÊe dalam kitabnya yang tersohor „al-Risalah‰. Sheikh Muhammad al-Zuhayli telah menyebut secara ringkas bahawa qawaid usuliyyah ini dikhususkan kepada para mujtihad yang menggunakannya ketika mengistinbatkan atau mengeluarkan hukum-hakam fiqh di samping memahami realiti-realiti (waqaiÂ) semasa serta masalah-masalah semasa yang baru terhasil (mustajiddat). Manakala qawaid fiqhiyyah adalah dikhususkan kepada faqih

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

234

atau pengajar atau mufti, di mana orang awam biasanya akan menanya mereka untuk mengetahui sesuatu hukum dalam cabang-cabang fiqh yang tertentu. Di kala itu qawaid fiqhiyyah ini akan dijadikan sandaran tanpa perlu melihat kepada setiap furu dalam ilmu fiqh yang pelbagai itu. Antara perbezaannya lagi yang disebut oleh Sheikh al-Zuhayli di mana qawaid usuliyyah bersifat dengan sifat umum dan menyeluruh (al-Âumum wa al-syumul), seperti mana qawaid usuliyyah juga bersifat tetap (thabat). Oleh itu menurutnya, qawaid usuliyyah tetap dan tidak akan ada sebarang perubahan. Manakala katanya lagi, qawaid faqhiyyah, meskipun umum dan menyeluruh, namun terdapat padanya pelbagai pengecualian (al-istinaÊat), di mana pengecualian ini akhirnya akan membentuk kaedah yang tersendiri (qawaid mustaqillah) atau kaedah cabang (qawaid farÂiyyah). Qawaid fiqhiyyah juga menurut Sheikh Muhammad al-Zuhayli tidak tetap (laysat thabitah), tetapi kaedah itu berubah, dengan perubahan hukum yang berlaku disebabkan oleh sesuatu Âuruf, atau maslahah, atau sadd al-zariÂah dan sebagainya. Adapun qawaid usuliyyah menurut Sheikh Muhammad al-Zuhayli, maka ianya tetap dan tidak akan sekali-kali berubah. (al-Zuhayli, 1993) Manakala Imam Shihabuddin al-Qarafi seperti yang dipetik oleh Dr. Siti Zalikhah yang menyebut dalam tulisannya „Kaedah-Keadah Fiqh Dalam Perundangan Islam‰ berkata, menurut al-Qarafi, kaedah usuliyyah lazimnya merupakan kaedah hukum-hakam yang terbit daripada perkataan Arab yang khusus, dan apa yang ditunjukkan oleh perkataan tersebut seperti nasakh (pembatalan) dan tarjih (darjah kekuatan) untuk dijadikan sandaran hukum atau lafaz perintah (amr) bagi wajib dan tegahan (nahyi) bagi haram. Manakala kaedah fiqh bersifat menyeluruh, banyak, lebih luas meliputi rahsia dan hikmah syarak. (Zalikhah, 1999) Sheikh ÂUmar Ibn Saleh ketika menjelaskan perbezaan antara kaedah usuliyyah dan kaedah fiqhiyyah berkata bahawa perbezaan yang paling ketara ialah kaedah usuliyyah perbincangannya adalah berkenaan dengan sumber-sumber hukum, dan hukum-hakam serta cara untuk mengeluarkan hukum-hakam tersebut. Misalnya kaedah usuliyyah yang berbunyi „al-Amr li al-Wujud‰ bererti suruhan bermakna perintah. Atau kaedah usuliyyah yang berbunyi „ah-Nahy li al-Tahrim‰ bererti tegahan, pengharaman dan sebagainya. Sedangkan kaedah fiqhiyyah menurut Sheikh ÂUmar Saleh pula sering kali perbincangannya berkaitan dengan perbuatan mukallaf itu sendiri (fiÂlu al-mukallaf). Beliau memberi contoh seperti kaedah fiqhiyyah yang berbunyi „al-Umur bi Maqasidiha‰ yang bererti sesuatu perkara berdasarkan niat, atau kaedah fiqhiyyah yang berbunyi „al-masyaqqah tajlibu al-taysir‰ yang bererti kesusahan

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

235

diberikan kelonggaran, atau „al-yakin la yazul bi al-shak‰ yang bererti keyakinan tidak boleh dihapuskan dengan keraguan dan sebagainya. Maka kaedah-kaedah ini menjelaskan pelbagai perbuatan dan tindak-tanduk manusia itu sendiri yang sudah pasti akan memberi kesan kepada hukum-hakam fiqh yang disebut dengan hukum taklifi. (Saleh 2004) Ini adalah sebahagian daripada perbezaan antara kaedah fiqh dan kaedah usul. Di samping itu, terdapat lagi perbezaan-perbezaan lain seperti yang telah dihuraikan oleh para ulama, para sarjana dan juga para pengkaji kepada kaedah-kaedah fiqh dan pengkaji kepada kaedah-kaedah usul, yang boleh ditemui dalam penulisan-penulisan mereka yang banyak itu. Mustahil untuk kita menerangkan semua sekali perbezaan antara kedua-dua kaedah ini. Oleh itu bagi sesiapa yang berminat mengkajinya dengan lebih menyeluruh, bolehlah meneruskan pembacaan mereka dan seterusnya menjelaskan lagi perbezaan antara kedua-dua kaedah ini berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh para fuqaha.

AKTIVITI 9.3

1. Huraikan apakah kepentingan untuk mempelajari kaedah fiqh dan kaedah usul. Pada pandangan anda antara kedua-duanya, kaedah manakah yang lebih penting.

2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda tiga lagi perbezaan antara kaedah fiqhiyyah dan kaedah usuliyyah seperti yang telah dinyatakan oleh fuqaha.

CONTOH-CONTOH KAEDAH FIQHIYYAH DAN PENJELASANNYA

9.3

Adalah sesuatu yang amat mustahil untuk kita mengumpulkan semua sekali kaedah-kaedah fiqh dan menjelaskannya satu persatu dalam perbincangan kita ini. Ini kerana jika kita mengkaji tulisan-tulisan fuqaha dan sarjana Islam tentang perbahasan tajuk al-qawaid al-fiqhiyyah ini, maka kita akan dapati terlalu banyak kaedah-kaedah fiqhiyyah yang telah ditulis oleh ulama dan fuqaha Islam. Maka cukuplah dalam perbincangan ini kita menyebut dan menjelaskan sebahagian kecil daripada kaedah-kaedah fiqhiyyah yang telah dinyatakan oleh para ulama dan sarjana Islam. Perlu untuk kita nyatakan di sini bahawa

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

236

sebahagian daripada kaedah-kaedah fiqhiyyah ini diterima oleh setiap mazhab, manakala sebahagian lagi hanya diterima mazhab tertentu sahaja. Dalam perbincangan ini kita akan memilih lima sahaja daripada qawaid fiqhiyyah yang banyak itu. Qawaid fiqhiyyah yang lima ini biasanya disebut oleh fuqaha sebagai al-qawaid al-Kubra. Kaedah-kaedah fiqh yang dimaksudkan di sini ialah „al-Umur bi Maqasidiha‰, al-Yakin la Yazul bi al-Shak‰, „al-Darar Yuzal‰, „al-Masyaqqah tajlibu al-taysir‰ dan al-ÂAdatu Muhakkamatun‰.

9.3.1 Kaedah “Al-Umur Bi Maqasidiha”

Kaedah ini yang berbunyi� �-�D��$6 +��5�� � membawa pengertian bahawa setiap sesuatu perkara yang dilakukan oleh seorang mukallaf itu tergantung kepada tujuannya atau niatnya. Oleh itu, berdasarkan kaedah ini, setiap perbuatan atau perkataan yang dilakukan oleh seseorang mukallaf akan dikira melalui niatnya atau tujuannya. Niat sangat penting dalam menentukan kualiti atau makna perbuatan seseorang sama ada seseorang itu melakukan perbuatan dengan niat beribadah kepada Allah atau dengan niat untuk mendapatkan pujian daripada orang lain. Niat ini juga akan menentukan sama ada seseorang itu dianggap membunuh dengan sengaja ataupun membunuh dengan tidak sengaja. Niat juga akan menentukan lafaz cerai yang berbentuk kinayah itu akan mengakibatkan perceraian atau sebaliknya. Niat juga akan menentukan seseorang yang mengambil barangan yang ditemui di atas jalan, sama ada dianya seorang pencuri atau pemegang amanah dan sebagainya. (Zuhayli 1993). Sumber bagi kaedah ini adalah al-QurÊan di mana Allah berfirman:

������ � "�#)�<$� �(�� �����* % �'� ��� �9:�+���, �= ���� �9��&��� �-���� ���� ����'� �� �� �>����'+ � ����%. �� ��

�>���? �- � ! ���� �� �� ��� �� �@ ���(�� � � �A�

Maksudnya: „Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar‰. (Al-Bayyinah 98:5)

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

237

Kaedah ini juga bersandarkan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi: �

5� �$CR�6 ?�$&����� ,U�C �� V��� G�� �$CR< . 2��A+< X� /�R 2�N- !�� #$>2��A+< X� /�R 2�N> ,�'��� ����� <� �0�8� ��C�� /�R 2�N- !�� #�< ,

2��R ���- �� /�R 2�N>.���Maksudnya: Sesungguhnya setiap perkara tergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap seseorang apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang melakukan hijrah dan berniat kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana bertujuan untuk mendapatkan ganjaran di dunia, maka dia akan memperolehinya, atau dia berhijrah kerana berniat untuk mengahwini seseorang, dia akan berkahwin dengan orang tersebut, maka hijrahnya itu dikira berasaskan niat dalam melakukan hijrah tersebut. (HR Bukhari dan Muslim) Dalam menjelaskan kepentingan hadis ini, Imam al-ShafiÊe telah berkata:

2�3�� #� �6�6 #��0A ,> GH��< %���� Y�Z Y��'�� �[- Maksudnya: Hadis ini mewakili satu pertiga daripada ilmu, dan termasuk dalam hadis ini tujuh puluh cabang-cabang ilmu fiqh. Menurut Sheikh Umar Ibn Saleh, kaedah ini dianggap sebagai kaedah yang paling asas dan penting antara kaedah-kaedah fiqh yang banyak itu. Kaedah ini menurutnya boleh diaplikasikan ke dalam pelbagai masalah seperti perbahasan tentang ibadat, di mana niat akan membezakan sesuatu ibadat tersebut. Kaedah ini juga boleh diaplikasikan ke dalam pelbagai isu yang lain seperti bidang perniagaan, hutang piutang, perwakilan dan sebagainya. (Ibn Saleh, 2004) Menurut Dr. Zalikhah, kaedah ini boleh digunakan dalam pelbagai bidang fiqh seperti ganti rugi, mempertahankan diri yang diharuskan, amanah, keseksaan dan sebagainya. Beliau kemudian menambah, dalam hal qisas misalnya, niat pembunuh dalam melakukan pembunuhan merupakan faktor penentu. Oleh itu, jika seorang pembunuh tidak berniat untuk membunuh, maka di kala itu hukuman yang akan dikenakan ke atasnya adalah diyat dan bukannya qisas. (Zalikhah, 1999)

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

238

Sheikh ÂAbdul Aziz Muhammad ÂAzam menyebut dalam kitabnya bahawa kaedah ini menjelaskan tentang peri pentingnya niat dalam melakukan sesuatu perkara. Niat itu bukan pada ucapan, tetapi terletak di dalam hati sanubari seseorang. Dalam hal ini, kata Sheikh ÂAbdul Aziz Muhammad ÂAzam lagi bahawa Ibn Nujaym telah menulis kaedah yang hampir sama dengan kaedah ini iaitu kaedah: �

�����6 LR \��Z L� Maksudnya: Tidak ada balasan kecuali dengan niat. Sheikh ÂAbdul Aziz Muhammad ÂAzam menambah lagi berdasarkan kaedah ini, jika seseorang duduk di masjid tanpa berniat iktikaf, maka pahala iktikaf tidak diperolehinya, berbanding dengan sesorang yang duduk di masjid dan berniat iktikaf. Pemberian harta seperti duit kepada seseorang mungkin menjadi zakat, jika diniatkan sebagai zakat, tetapi akan menjadi pemberian biasa jika tanpa disertai dengan niat pembayaran zakat. Oleh itu tegasnya, niat memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan sesuatu perkara. (Muhammad ÂAzam, 2004)

9.3.2 Kaedah “Al-Yakin La Yazul Bi Al-Shak”

Kaedah ini bermaksud „keyakinan tidak boleh dihilangkan oleh keraguan‰. Kaedah ini berdasarkan apa yang dinyatakan oleh para fuqaha berdasarkan firman Allah S.W.T dalam al-QurÊan:

Maksudnya: „Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran (iÂtiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan‰. (Yunus 10:36)

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

239

Manakala dalam hadis, Nabi s.a.w telah bersabda:

#��]� @> ^L �� _,Q 2�� *�H� 2��� G�Q;> ^�`�Q 2�16 ,> %���� ��< �aR

b�+ �N� <� ��D .$7� /�� �N7$�� #�� �� Maksudnya: Apabila seseorang daripada kamu merasai sesuatu di dalam perutnya, maka timbul keraguan di dalam dirinya, sama ada sesuatu telah keluar atau belum daripadanya, maka hendaklah dia tidak meninggalkan masjid (untuk tujuan berwuduk), sehingga dia telah yakin mendengar bunyi kentutnya atau yakin setelah mendapati bau kentutnya. (HR Muslim) Kaedah ini amat penting kerana mengandungi kebaikan yang menyeluruh kepada Syariah Islamiyyah. Kaedah ini bertujuan membuang keburukan dengan wujudnya keyakinan dan meluputkan keraguan seperti was-was. Kebanyakan aplikasinya berlaku dalam pelbagai cabang fiqh. Dalam hal ini Imam al-Sayuti, seperti mana yang dinukilkan oleh Dr. Faridah Zhou Zhou dalam bukunya al-Wajiz fi al-Qawaid al-Fiqhiyyah telah menyebut seperti berikut:

2�3�� \��6� .�$� ,> GH� ������� c[-

Maksudnya: Kaedah ini masuk ke dalam semua cabang-cabang fiqh.

Dr. Faridah kemudiannya menjelaskan makna al-yakin dan berkata bahawa keyakinan� )#�����( � dari segi bahasa ialah pengetahuan tanpa keraguan� )"4��( .�Keyakinan oleh itu berlawanan dengan maksud keraguan. Keyakinan dari segi istilah pula ialah kepercayaan yang kukuh bersesuaian dengan hakikat yang nyata. Manakala keraguan bermaksud keraguan antara dua perkara yang bertentangan tanpa ada kepastian salah satu daripada keduanya, mana yang lebih kukuh. (Zhou Zhou, 2005) Oleh itu kata Dr. Al-Zuhayli, jika sesuatu perkara itu telah dibuktikan keyakinannya, maka luputlah keraguan ke atasnya dan keraguan tidak boleh mempengaruhi keyakinan kerana keyakinan lebih kuat daripada keraguan dan sangkaan. (Al-Zuhayli, 1993) Aplikasi kepada keadah ini ialah contohnya dalam bab al-taharah, seseorang yang telah yakin bahawa dia dalam keadaan suci kemudian dia merasa syak sama ada dia dalam keadaan berhadas atau tidak, maka hukumnya dia dalam keadaan bersuci kerana asalnya dia berada dalam keadaan bersuci. Jika

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

240

seseorang itu yakin bahawa dia dalam keadaan suci daripada hadas tetapi merasa syak tentang keadaan sebelumnya, maka hendaklah diingati keadaan asal sebelum datangnya syak. Keyakinannya mendahului syak. Prof. Dr. Mahmud Saedon misalnya telah membawa aplikasi berkenaan masalah pendakwaan dan jenayah. Menurutnya, berdasarkan kaedah ini, jika kita menuduh seseorang itu bersalah, maka hendaklah dibuktikan kesalahannya. Menurutnya lagi, sudah pasti seseorang itu belum bersalah, sehingga dibuktikan kesalahannya. Dalam masalah hutang piutang pula, beliau menambah, seseorang itu tidak berhutang melainkan setelah dibuktikan bahawa dia berhutang. Tuduhan atau sangkaan tanpa bukti tidak boleh menghilangkan keyakinan asal iaitu dia tidak berhutang. Menurutnya lagi, kaedah ini asas dalam sistem jenayah Islam, di mana pihak yang menuduh hendaklah mengemukakan bukti dan keterangan, kerana secara yakin seseorang itu adalah tidak bersalah, sehingga dibuktikan bahawa dia memang benar-benar bersalah. (A. Othman, 1990) Menurut fuqaha, terdapat pelbagai kaedah-kaedah lain yang hampir sama bidang aplikasinya dengan kaedah ini. Misalnya kaedah yang agak terkenal yang�berbunyi�(��[�� �_��6 GD5�)�yang bermaksud pada asalnya setiap orang adalah bebas daripada sebarang tanggungjawab. Kaedah yang lain pula yang juga hampir sama dengan kaedah ini adalah kaedah yang berbunyi� )���6d� _��Q5� ,> GD5�( �bermaksud pada asal setiap sesuatu ialah harus dan dibenarkan dan kaedah-kaedah lain yang sepertinya.

9.3.3 Kaedah “Al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir”

Kaedah fiqh ini bermaksud kesukaran membawa keringanan. Maksud kesukaran di sini berdasarkan pendapat fuqaha ialah kesukaran yang terlepas daripada tanggungjawab dari segi syarak dan kesukaran tersebut boleh membawa kesusahan dan kemudaratan kepada manusia. Keringanan pula maksudnya berlawanan dengan kesukaran dan ia sesuatu yang tidak membebankan manusia.(Muhammad ÂAzam, 2004). Sehubungan dengan ini, Sheikh Muhammad Uthman Syibir menjelaskan bahawa kaedah ini merupakan gambaran penting tentang kesederhanaan (al-wasatiyyah) dalam Islam, dan juga gambaran di mana tanggungjawab dan bebanan adalah sesuai dengan kemampuan manusia. Pada masa yang sama tambahnya lagi, ia menunjukkan Islam itu adalah agama yang waqi yakni agama yang berpijak di bumi yang nyata. Oleh itu sebarang bebanan yang di luar kemampuan akan

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

241

dihindarkan, dan digantikan dengan kemudahan-kemudahan atau yang disebut al-rukshah. (Syibir, 2000) Sumber kepada kaedah ini ialah firman Allah S.W.T yang berbunyi:

�� )��� �� �# �� �� ������ � �(�� ��� )��� �# �� �� �#�. � � � ������*� �/� �� �>+�� � �

���#��0�� �/� �� ��� ���B� ��� �# ,0� ���� �# �� -�� � �� �8� ��,0���1 ��1A�

Maksudnya: „Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran‰. (al-Baqarah 2:185) Dalam hadis ini pula Nabi s.a.w telah bersabda: �

�'$7�� ��3��'�� X� ��� #���� !R� Maksudnya: Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah agama yang mudah. (HR Ahmad) Menurut al-Zuhayli aplikasi kepada kaedah ini sangat banyak, seperti masyaqqah ke atas perempuan yang mengandung dan yang menyusukan anak. Di mana perempuan yang sedang mengandung dan ibu yang sedang menyusukan anak, diizinkan berbuka jika dikhuatiri berpuasa itu membahayakan dirinya atau anaknya. Musafir diharuskan berbuka dan melakukan jamak dan qasar ke atas solatnya, demi kemudahannya. Tersalah, terlupa dan terpaksa adalah antara penyebab yang terangkat sesuatu bebanan atau taklif daripada seseorang yang mukallaf dan sebagainya. (Al-Zuhayli 1993) Aplikasi kepada kaedah ini menurut fuqaha misalnya apabila seseorang dalam kesusahan, maka diharuskan baginya melakukan hal-hal yang tidak dibenarkan sebelumnya. Orang yang sakit misalnya dibenarkan bertayamum bagi menggantikan wuduk. (Zalikhah, 1999) Aplikasi yang lain percikan debu di jalanan yang bercampur dengan najis, pada hakikatnya adalah najis, tetapi jika timbul kesukaran yang tidak dapat dielakkan seperti ini disebut (Âumum al-balwa), maka dimaafkan. Begitu juga

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

242

bersolat, misalnya dengan pakaian yang terkena percikan air di jalanan yang tidak dapat dielakkan, adalah juga dimaafkan. (Bisri, 1977) Terdapat kaedah-kaedah lain yang hampir sama dengan kaedah ini; antaranya kaedah yang berbunyi� ).7� e�E �aR ��5�( . Sesuatu itu apabila telah sempit maka ia menjadi luas. Di samping kaedah ini, ada lagi kaedah-kaedah lain yang juga agak serupa aplikasinya dengan kaedah di atas.

9.3.4 Kaedah “Al-Darar Yuzal”

Kaedah ini secara mudahnya bermaksud kemudaratan diluputkan, atau dihapuskan atau dihilangkan. Kaedah ini telah digunakan oleh fuqaha dalam menentukan hukum-hakam bagi masalah-masalah baru ketika berlakunya sesuatu keadaan yang disebut sebagai kemudaratan. Manakala maksud kemudaratan diluputkan berdasarkan kaedah di atas ialah wajib dihilangkan kemudaratan apabila ianya timbul. (Zhou Zhou, 2005) Apa yang dimaksudkan dengan al-darar seperti yang disebut oleh Sheikh Umar Ibn Saleh dalam kitabnya ialah: �

� Maksudnya: Mengenakan apa-apa juga keburukan atau kerosakan (mafsadah) terhadap orang lain. Kemudian Sheikh Umar Ibn Saleh menjelaskan lagi yang dimaksudkan dengan kaedah di atas ialah:

��

K�1� ��f��6 ��73� e�'�R� �

?� � +�����6 9��$��< :+���� ���SR hN M� ,c�H� G���� ��� @> ,2�� #� �`�Q 28��� L<�

Maksudnya: Apa yang dimaksudkan dengan al-darar yuzal ialah kewajipan untuk menghapuskan sebarang bentuk kemudaratan. Oleh itu, tidak seharusnya seorang lelaki melakukan darar (keburukan atau kerosakan) terhadap saudaranya, dia juga tidak seharusnya mengurangi daripada saudaranya apa-apa sahaja yang menjadi hak atau milik saudaranya itu. (Ibn Saleh 2004)

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

243

Kaedah ini diambil atau bersumberkan nas-nas daripada al-QurÊan dan Sunnah Nabi s.a.w. Antara nas daripada al-QurÊan ialah firman Allah S.W.T:

�� ���� �C,D � -��2 �-������ � �� �3���* �� +� � ���4� ."���,0������� /E� 05% �F�6 %�� +� ������(# 7

1E� ��% �F�6 ! �(�� +� ���,0��%G,8 2� �#�9 �����:% �/�3 !

Maksudnya: „Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh iddahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka, yakni rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka‰. (al-Baqarah 2:231) Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

!! �( �� ���;�� �>�� ��� �� ����� �� ���� �(�� ��, ���� H �I � J �K�� ������

Maksudnya: „Janganlah menjadikan seseorang ibu itu mudarat kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu mudarat kerana anaknya‰. (al-Baqarah 2:233) Manakala dalam hadis Nabi s.a.w pula bersabda: ��

+��E L< +�E L��Maksudnya: Tidak ada kemudaratan dan tidak pula dimudaratkan (HR Ibn Majah) Aplikasi kepada kaedah berdasarkan pendapat Sheikh al-Zuhayli dapat ditemui dalam pelbagai cabang fiqh, misalnya prinsip yang mengharuskan pembatalan kontrak kerana kecacatan padanya, pengharusan tegahan menguruskan sesuatu urusan daripada orang yang lemah fikiran, hak yang ada pada qisas, hudud, kaffarat, gantian barangan yang hilang, jihad dan lain-lainnya adalah sebahagian daripada bidang-bidang aplikasi kepada kaedah ini.(Al-Zuhayli, 1993)

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

244

Oleh itu apabila seseorang membeli barangan misalnya, lantas didapatinya barangan tersebut cacat, maka menjadi haknya untuk membatalkan kontrak tersebut, berasaskan kaedah ini, darar mesti dihilangkan, kecuali jika sekiranya tuannya bersetuju untuk menggantikan dengan yang lain yang sempurna. (Bisri, 1977) Oleh itu, berdasarkan kaedah ini menurut Sheikh Muhammad Uthman Syibir, adalah diharamkan bagi seseorang Muslim melakukan apa sahaja darar atau kemusnahan terhadap orang lain sama ada kemusnahan itu sesuatu yang ada kaitan dengan agamanya, atau dirinya, atau akalnya, atau kehormatannya atau juga harta bendanya. Ringkasnya, apa-apa sahaja yang boleh membawa mudarat kepada diri sendiri dan orang lain adalah tidak dibenarkan berdasarkan kaedah ini. (Syibir, 2000) Terdapat juga beberapa kaedah lain yang juga hampir sama dengan kaedah yang kita sedang bincangkan ini seperti kaedah�+��E L< +�E L, kaedah yang berbunyi�&�+�i'$�� b�0 &�+<�����dan lain-lain kaedah yang menjelaskan tentang darar.��

9.3.5 Kaedah “Al-‘Adah Muhakkamah”

Kaedah ini secara ringkasnya bermaksud adat diterima sebagai hukum. Kaedah ini digunakan oleh fuqaha secara meluas pada masalah yang berkaitan dengan muamalat dan penghakiman, di samping bidang-bidang yang lain. Ini kerana skop muamalat perniagaan terutamanya sangat meluas dan berubah-ubah keadaannya seiring dengan perubahan masa dan tempat. Sheikh Muhammad Uthman Syibir ketika mengulas tentang mafhum al-ÂAdah telah menukilkan takrif al-Jurjani dan juga takrif al-Ansari. Menurut al-Jurjani al-Âadah bererti: �

��� ��6 ��� 2��R �<9��< ?����� %�� /�� 2��� j���� �$�A� �� �Maksudnya: Apa-apa yang berterusan di kalangan masyarakat yang bersangkutan dengan hukum yang berasaskan pemikiran dan mereka sering kali kembali kepada hukum tersebut dalam kehidupan mereka. Manakala al-Ansari pula mendefinisikan al-Âadah sebagai:

��A� ��U�H� ��6 ��� 2��R �<9��< ?����� %�� /�� 2�> j���� &�

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

245

Maksudnya: Apa-apa yang telah bertunjang alam masyarakat yang bersangkutan dengan hukum yang berasaskan pemikiran dan mereka sentiasa kembali kepada hukum tersebut dalam kehidupan mereka. (Syibir, 2000) Dalam al-QurÊan, Allah S.W.T telah berfirman:

���< ���� � � � )�<�� �� �E5� � ���� = )��� �� �� � ��:��� � �% �4� ��LL�

Maksudnya: „Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah dari orang-orang yang jahil yakni yang degil dengan kejahilannya‰. (al-AÂraf 7:199) Pada ayat yang lain, Allah berfirman:

%M��� �'� ��� 1@ � �� � ��� J �I �:� �� � ���� �� ���� �I �'��� H �I���>�� %M��� �'���� ��+��� �I��� �- �� ! �( �&�4��0�� �� �5��� �� �(�� ���� �� �� �- ! �� � �"�� �� �� ��% �� 6#�. � �#�. �* ���

Maksudnya: „Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya‰. (al-Talaq 65:7) Dalam sepotong hadis, Nabi s.a.w telah bersabda: �

!� ��� X� ,E+ �4��� #�F��� !��3A ,6� ��<S �0�� F�6 ��- : �6� !R X� ?�A+ ��b�'Q G�+ !��3A ,%��� L �-< 2�� &[H� �� LR M��<< ,��3�� �� ,��1�� =��< , ,0��� ?��>

%�A< 2��� X� /�D :�<��$��6 k��<< "�3�� �� M[H �Maksudnya: Daripada Aishah rha., sesungguhnya Hindun, anak perempuan ÂUtbah dan juga isteri kepada Abu Sufyan telah bertemu dan berkata: Wahai Nabi! Sesungguhnya Abu Sufyan seorang yang kaya tetapi bakhil, dia tidak memberikan aku perbelanjaan yang mencukupkan aku dan anak-anak ku, lantas aku mengambil daripadanya sejumlah wang tanpa pengetahuannya.

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

246

Maka mendengar itu, Nabi s.a.w bersabda: Ambillah daripadanya sejumlah wang yang mencukupi untuk kamu dan anak-anakmu berdasarkan ÂurufÊ . (HR Bukhari) Menurut Sheikh Bisri, adat diterima sebagai hukum bagi penetapan hukum syarak yang tidak mempunyai nas berhubung dengan perbezaan dan pengkhususan. Terkadang jika tidak ada nas yang bertentangan dengan hukumnya yang asal, atau terdapat nas tetapi secara umum sahaja, maka adat pada waktu itu diterima pakai. Al-Âdah adalah bahasa Arab yang terjemahannya dalam bahasa kita hampir sama dengan makna adat dan kebiasaan. (Bisri 1977) Berhubung dengan aplikasi kaedah ini, menurut Sheikh Uthman Syibir, kaedah al-ÂAdah Muhakkamah ini memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan sesuatu hukum yang berasaskan ÂurufÊ dalam fiqh Islam. Kaedah ini juga tegasnya, merupakan kaedah fiqh yang berkembang bersama perkembangan manusia dan adat-adat baik yang diterima pakai di kalangan manusia yang terhasil melalui pelbagai urusan muamalah yang berlaku di kalangan sesama manusia. Aplikasi penetapan nafkah kepada seorang isteri misalnya menurut Sheikh Uthman Syibir tidak ditentukan oleh nas syarak, tetapi penetapan itu hendaklah ditentukan berdasarkan ÂAdahÊ setempat di mana mereka tinggal (Syibir 2000). Terdapat kaedah-kaedah lain yang juga memberi makna yang hampir sama dengan kaedah ini misalnya kaedah yang berbunyi�( )�l�Q m<�4$��� �>�� �<��$�� ,dan�juga kaedah yang berbunyi� )+9���� L< .��4�� h��f�� ��0���( , serta kaedah-kaedah yang�lain yang sepertinya. Sebagai kesimpulannya, bolehlah dinyatakan di sini bahawa kaedah-kaedah fiqh ini ditulis dan dihasilkan oleh para fuqaha Islam. Mereka menulis berasaskan inti pati yang diambil kefahamannya daripada al-QurÊan dan hadis. Penulisan kaedah-kaedah fiqhiyyah ini dibuat, sudah tentu bertujuan untuk memudahkan umat Islam memahami asas-asas penting dalam agama yang ditulis secara ringkas dan padat tetapi pemahamannya amat dalam dan menyeluruh.

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

247

SEMAK KENDIRI 9.3

1. Huraikan bagaimanakah seorang Muslim yang biasa seperti kita semua boleh memanfaatkan pengajian kita berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh ini.

2. Bincanglah dengan rakan sekelas anda 10 lagi kaedah-kaedah fiqh yang telah ditulis oleh fuqaha, serta huraikan kaedah itu satu persatu dengan menyatakan maksudnya, sumbernya dan bentuk aplikasinya dalam pelbagai cabang fiqh.

3. Nyatakan apakah yang dikatakan kaedah-kaedah fiqh yang utama dan kaedah-kaedah fiqh yang cabang seperti yang telah dijelaskan oleh ulama dan apakah cara untuk kita membezakan kedua-duanya.

� Kaedah-kaedah fiqh ini tidak ditulis di zaman Nabi s.a.w, tetapi telah

bermula penulisannya secara aktif terutamanya di zaman perkembangan fiqh atau disebut sebagai Âasr izdihar.

� Secara mudahnya, kaedah fiqh adalah rumusan yang tepat dan padat yang dihasilkan oleh para fuqaha dalam bentuk tulisan yang ringkas menerangkan asas penting dalam cabang-cabang fiqh.

� Manakala kaedah-kaedah usul pula adalah rumusan yang tepat dan padat yang dihasilkan oleh ulama dalam bidang usul dalam bentuk tulisan yang ringkas yang menerangkan asas-asas penting dalam bidang usul al-fiqh.

� Tujuan ditulis kaedah-kaedah fiqh ini bagi memudahkan fuqaha untuk memahami pelbagai perkara dalam cabang-cabang fiqh yang banyak .

� Kaedah-kaedah fiqh ini telah ditulis di peringkat awal oleh fuqaha yang kebanyakannya dari mazhab Hanafi. Oleh itu kita dapati terlalu ramai fuqaha Hanafi yang telah menulis, menghurai dan membahaskan kaedah-kaedah fiqh ini.

� Terdapat juga sebahagian fuqaha daripada mazhab yang selain Hanafi yang telah menulis dan menjelaskan kaedah fiqh ini.

� TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

248

� Penulisan kaedah-kaedah fiqh ini dikembangkan lagi oleh penulis-penulis

semasa yang telah menghuraikan pelbagai kaedah fiqh dalam bidang masing-masing.

� Sebahagian daripada kaedah-kaedah fiqh ini boleh digunakan dalam semua perbahasan dalam cabang-cabang fiqh, manakala sebahagian yang lain hanya terpakai dalam cabang fiqh yang tertentu sahaja.

� Fuqaha dan sarjana Islam bermula dari zaman lampau sehingga sekarang sering mengkaji dan menulis pelbagai kaedah fiqh untuk memastikan bahawa umat Islam dan pengkaji-pengkaji Islam dapat memahami agama ini dengan cara yang mudah dan berkesan.

Al-qawaid al-fiqhiyyah Al-qawaid al-kubra Al-hissi Al-qadiyyah Al-furu Al-juziyyat Al-kulliyyat Al-taklifat Al-darar

Al-qawaid al-usuliyyah Al-qawaid al-farÂiyyah Al-maknawi Al-taÂrifat Al-qawaid al-mustaqillah Al-istisnaÊat Al-muhakkamah Al-Âumum Al-syumul

Al-Zuhayli, Wahbah. (2006). Usul al-Fiqh al-Islami. Damsyik: Dar al-Fikr.

Zhou Zhou, Faridah. (2005). Al-Wajiz fi al-QawaÊid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqiha al-MuÊasirah. Kuala Lumpur: Dar at-Tajdid.

Muhammad ÂAzam, Abdul Aziz Dan Al-Hasri, Ahmad Muhammad. (2004). Al-Qawaid al-Fiqhiyyah: Dirasat ÂAmaliyyah Tahliliyyah Muqaranah. Kaherah: Universiti Azhar.

Ibn Salih, Umar. (2004). Al-Madkhal ila Dirasat al-Fiqh a-Islam. Universiti Sharjah: Markaz al-Buhus wa al-Dirasat.

TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM �

249

Syibir, Muhammad Uthman.(2000). Al-QawaÊid al-Kulliyyah wa ad-Dhawabit al-Fiqhiyyah fi as-SyariÊah al-Islamiyyah. Amman: Dar al-Furqan.

Al-Jarjani, Abu al-Hasan Ibn Ali Ibn Muhammad. (2000). Al-TaÊrifaat. Beirut: Dar al-Kutub al-ÂIlmiah.

ÂAbdul Al-MunÂim, Mahmud Abdul Rahman. (1999). MuÊjam Musthalahat al-Alfaz al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dar al-Fadhilah.

Zalikhah, Siti. (1999) Al-Syariah: Konsep dan Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Zuhayli, Muhammad. (1993). Al-Nazariyyat al-Fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-Qalam.

A. Othman, Mahmud Saedon. (1990). Undang-undang keterangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khallaf, ÂAbdul Wahab. (1984). ÂIlm Usul al-Fqh. Kuwait: Dar al-Qalam Li al-TibaÂah Wa al-Nasr Wa al-TawziÂ.

Bahadur, Badruddin Muhammad al-Syafie. (1982). Al-Manthur fi al-QawaÊid li al-Zarkashi. Kuwait: Muassasah al-Falij.

Bisri, Moh. Adib. (1977). Tarjamah al-Faraidul Bahiyyah. Rembang: Menara Kudus.

��


Recommended