PSZ 19:16(Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
iii
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK SAINS SUKAN
TINGKATAN 5 BERTAJUK SISTEM KARDIOVASKULAR
WAJIHAN BT IBRAHIM
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2009
iv
v
DEDIKASI
“ Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana dengan limpah
kurnianya memberi saya semangat meneruskan perjuangan
menyiapkat projek ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan.”
Di ruangan ini, ingin saya abadikan kenangan bersama…..
KEPADA
ABAH ( Hj. Dr Ibrahim Md Mokti) dan MAK ( Hjh. Haniza Hussin) yang
tidak pernah jemu berdoa demi kejayaan saya serta dorongan dan
sokongan yang diberikan kepada saya selama saya menjalani
kehidupan di UTM.
DAN
Buat Muhd Syafiq B. Zulkarnain…..
TERIMA KASIH diatas tunjuk ajar yang diberikan serta bantuan
yang dihulurkan tanpa mengenal erti jemu.
TERIMA KASIH kerana sentiasa menyokong saya dan juga sentiasa
memberi semangat sehingga akhirnya saya dapat membawa pulang
segulung ijazah yang selama-lama ini dinanti-nantikan. Akan saya
kenangkan sehingga ke akhir hayat.
SERTA
Tidak dilupakan kepada rakan seperjuangan saya…Jasa mu akan
saya kenang selama-lamanya.
vi
PENGHARGAAN
Dengan sempurnanya penyelidikan yang dijalankan ini, saya dengan tulus
ikhlas ingin merakamkan penghargaan kepada pensyarah penyelia Projek Sarjana
Muda saya; Hjh Hafizah bt Harun atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan
nasihat yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Penghargaan turut ditujukan kepada ibubapa saya serta ahli keluarga yang
lain yang telah memberi dan menghulurkan bantuan dalam proses penyiapan kajian
ini.
Penghargaan istimewa juga ditujukan kepada saudara Muhd Syafiq Bin
Zukarnain serta keluarganya, kerana memberi banyak bantuan dalam melicinkan
proses perjalanan projek.
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan serta individu yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam penyiapan projek ini.
Tanpa sokongan serta bantuan dari semua, Projek Sarjana Muda ini tidak
mungkin terhasil seperti mana yang ada sekarang.
Ribuan Terima Kasih.
Wajihan Ibrahim
Mei, 2009
vii
ABSTRAK
Perisian multimedia menerusi web bagi subjek sains sukan tingkatan 5
bertajuk; sistem kardiovaskular ini dibangunkan dalam Bahasa Malaysia sebagai
pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang interaktif diperingkat sekolah.
Perisian ini menyediakan dua kaedah pembelajaran iaitu melalui teori kognitivisme
dan konstruktivisme menerusi penggunaan elemen-elemen multimedia seperti,
grafik, teks, audio, animasi dan video. Selain memberi kesan tarikan kepada pelajar,
video dan animasi yang disediakan di dalam perisian ini, dapat memberi penerangan
visual kepada pelajar terhadap maklumat yang disampaikan. Secara tidak langsung,
ia dapat mempertingkatkan lagi daya ingatan dan pemahaman pelajar terhadap
maklumat yang disampaikan. Perisian ini dibangunkan menggunakan Macromedia
Dreamweaver 8 dan Macromedia Fireworks dengan berpandukan Model ADDIE
serta menyerapkan elemen-elemen model ARCS dalam fasa pembangunan perisian.
Perisian ini merangkumi pautan utama iaitu halaman utama, kuliah, situasi, ujian,
pembangun, peta laman dan bantuan. Pengujian dilakukan terhadap 6 orang pakar
bidang menggunakan soal selidik untuk mendapat ulasan mengenai kesesuaian
kandungan dan teknologi yang digunakan. Prototaip perisian multimedia menerusi
web ini, dinilai oleh populasi sasaran (40 pelajar tingkatan 5 sekitar Johor Bahru)
bagi mengetahui keberkesanan pembelajaran melalui perisian yang dibangunkan
sebagai PBK diperingkat sekolah. Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati hasil
prototaip perisian adalah interaktif dan berjaya digunakan di dalam proses
pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah sebagai PBK kerana ianya
memenuhi sukatan pelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Kesihatan serta
penggunaan teknologi yang digunakan adalah mengikut tahap keupayaaan pelajar.
viii
ABSTRACT
The web based multimedia application for the form 5 sports science subject, titled;
cardiovascular system was developed for the purpose of extending the interactive
application in “Bahasa Malaysia” as a computer based learning (CBL) applications
for schools. This application consists of two methods of learning, which was based
on theories cognitivisme and constructivisme that follow the usage of multimedia
elements such as graphics, text, audio, and videos. Other than invoking intrest to the
students, the videos and animations were in the application encourages visualization
of the concept. This will indirectly, promotes memorizing and understanding of the
materials taught. This application was developed using Macromedia Dreamweaver 8
and Macromedia Fireworks, accordingly to the ADDIE model and conjunction with
the ARCS model elements during the development phase. This application consists
of links; main page, lecture, situation, test, developer, site map and help. Survey
questionnaires were used to get experts feedback and to test the content suitability of
this application. A survey on target populations (form 5 students around Johor
Bahru) was conducted to evaluate the effectiveness of the prototype as a CBL in
school. As a conclusion, I found that this prototype was suitable for use in teaching
and learning for CBL in school as it also fulfills the sport sciences and physical
education & health silibus.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1-3
1.2 Latar Belakang Masalah 3-4
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.8 Skop dan Batasan Kajian 7-8
1.9 Definisi Operasional 8-10
1.10 Penutup 10
2.0 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kajian-Kajian Yang Berkaitan 12-17
2.3 Masalah Penggunaan PBK Menerusi Web 17-21
2.4 Penutup 21
x
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Model Rekabentuk Perisian 22-23
3.3 Fasa Model Rekabentuk ADDIE 24-29
3.4 Teori Pengajaran Menerusi Perisian 29-32
3.5 Spesifikasi Perkakasan dan Perisian 32-33
3.6 Populasi dan Sampel Kajian 33
3.7 Instrumen Kajian 34
3.8 Penutup 34
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Pakej Perisian 35-36
4.3 Paparan Bentuk Antaramuka Perisian 36-55
4.4 Dapatan Hasil Pengujian Pakar 56-61
4.5 Dapatan Hasil Penilaian Populasi Sasaran 61-64
4.6 Penutup 64
5.0 PERBINCANGAN, RUMUSAN & CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan 65-75
5.3 Rumusan 75-76
5.4 Cadangan 76-78
5.5 Penutup 78-79
RUJUKAN 80-84
LAMPIRAN (A-J) 85-99
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Tahap Penggunaan Internet Dalam Pendidikan 12
2.2 Tahap Penggunaan Perkakasan Bagi Aplikasi Latihan
Berasaskan Komputer
16
3.2 Model Rekabentuk Pengajaran ADDIE 23
3.3.1 Proses Yang Terlibat Dalam Fasa Analisis 24
3.3.2 Jadual Komponen Model ARCS 28
4.3.1 Bentuk Antaramuka “Autorun” 36
4.3.2 Paparan Alamat Perisian 37
4.3.3 Introduksi Video Flash 38
4.3.4 Bentuk Antaramuka Ruangan Halaman Utama 39
4.3.5 Bentuk Antaramuka Ruangan Pengenalan 40
4.3.6 Bentuk Antaramuka Ruangan Kuliah 41
4.3.7 Bentuk Antaramuka Ruangan Kuliah Bahagian
Struktur & Fungsi
42
4.3.8 Bentuk Antaramuka Ruangan Kuliah Bahagian
Peredaran Darah
43
4.3.9 Bentuk Antaramuka Ruangan Kuliah Bahagian
Keluaran jantung
44
4.3.10 Bentuk Antaramuka Ruangan Kuliah Bahagian
Tekanan Darah
45
4.3.11 Bentuk Antaramuka Ruangan Kuliah Bahagian
Hipertrofi & Atrofi
46
4.3.12 Bentuk Antaramuka Ruangan Situasi 47
4.3.13 Bentuk Antaramuka Ruangan Situasi 1 48
4.3.14 Bentuk Antaramuka Ruangan Situasi 2 49
4.3.15 Bentuk Antaramuka Ruangan Ujian 50
4.3.16 Bentuk Antaramuka Ruangan Ujian Objektif 51
4.3.17 Bentuk Antaramuka Ruangan Ujian Subjektif 52
xii
4.3.18 Bentuk Antaramuka Ruangan Peta Laman 53
4.3.19 Bentuk Antaramuka Ruangan Pembangun 54
4.3.20 Bentuk Antaramuka Ruangan Bantuan 55
4.4.1 Graf Histogram Bagi Penilaian Penggunaan Elemen
Multimedia
57
4.4.2 Graf Histogram Bagi Penilaian Keberkesanan Sistem
Pautan atau Links
58
4.4.3 Graf Histogram Bagi Peilaian Bentuk Antaramuka
Perisian
59
4.4.4 Graf Histogram Bagi Penilaian Isi Kandungan
Perisian
60
4.5.1 Graf Histogram Mengikut Item Yang Diukur Dalam
Penggunaan Perisian
62
4.5.2 Carta Pai Peratusan Responden Mengikut Markah
Yang Diperolehi
64
xiii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Alir Model Rekabentuk ADDIE 85
B Carta Alir Halaman Utama 86
C Carta Alir Halaman Kuliah 87
D Carta Alir Halaman Situasi 88
E Carta Alir Halaman Ujian 89
F Carta Alir Halaman Peta Laman 90
G Soal Selidik Pakar Bidang 91-94
H Borang Pengesahan dan Ulasan Am Pakar Bidang 95-100
I Soal Selidik Pelajar 101-103
J Sukatan Pelajaran Sains Sukan dan Pendidikan
Jasmani dan kesihatan
104-106
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penggunaan halaman web dalam bidang pendidikan telah memberi banyak
kemudahan kepada golongan pendidik. Internet berfungsi sebagai pembekal
maklumat seolah-olah pusat sumber yang ada di sekolah. Penggunaan teknologi ini
semakin meluas kerana pendidikan boleh berlaku tanpa sempadan. Sistem
pendidikan di negara kita turut tidak ketinggalan di dalam kemajuan teknologi ini, di
mana Kementerian Pendidikan menyohorkan penggunaannya di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dengan ini, pembelajaran berbantukan
komputer (PBK) telah diwujudkan bagi menyahut cabaran sistem pendidikan di
Malaysia iaitu untuk menerapkan cabang ilmu berteknologi kepada para pelajar.
Perkembangan teknologi internet di Malaysia telah membantu perkembangan laman
web sebagai alat bantu mengajar (ABM) di dalam proses P&P. Oleh itu, sebuah
perisian multimedia menerusi web bagi subjek sains sukan bertajuk sistem
kardiovaskular tingkatan 5 telah dibangunkan oleh pengkaji untuk kegunaan pelajar
sebagai PBK. Penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
pembelajaran menggunakan perisian multimedia menerusi web telah berjaya
membawa nafas baru dalam dunia pendidikan dan ianya menawarkan pelbagai
keistimewaan.
2
1.1.1 Perisian Multimedia Menerusi Web
Proses P&P yang disertakan dengan alat bantu mengajar menggunakan
perisian multimedia menerusi web telah semakin meningkat dan ianya akan dapat
menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Ini adalah kerana
kombinasi pelbagai media termasuklah grafik, animasi, teks, suara dan video yang
terdapat di dalam perisian ini, menjadikan persembahan sesuatu maklumat itu lebih
efektif kepada para pelajar.
Multimedia digunakan di dalam perisian menerusi web memberi
kemudahan kepada pengajar untuk menyampaikan bahan pembelajaran. Pelajar yang
mengikuti proses P&P pula akan merasakan diri mereka terlibat dalam proses
pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti.
Menurut Jamalludin Harun (2003), multimedia dalam pendidikan adalah
alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mewujudkan komunikasi di
antara pengajar dengan pelajar semasa proses P&P menjadi lebih berkesan. Pelajar
yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh
mempelajari ilmu yang ada di dalamnya sesuai dengan minat, kesukaan, bakat,
keperluan, pengetahuan dan emosinya
Interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting
yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan daya ingatan
pelajar serta kreativiti minda pelajar terhadap sesuatu pembelajaran. Ini disokong
oleh, Jamalluddin Harun dan Zaidatul Tasir (2000), mengatakan ilustrasi dan
gambar, berupaya ‘bercerita’ serta menarik perhatian pengguna untuk menerangkan
keadaan orang, tempat atau benda dengan lebih berkesan.
Selain itu, sifat internet sebagai medium penyebaran maklumat tanpa
sempadan dapat menyumbang kepada suasana pembelajaran yang konstruktif kepada
pelajar. Menurut Nik Azis dan Nik Pa (1996), kemudahan hiperteks dan hipermedia
yang terdapat dalam laman web dapat menyediakan suatu suasana pembelajaran
yang bercirikan konstruktif.
3
Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan negara khususnya
dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti pelajar dan pengetahuan
pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Walaupun penggunaan perisian multimedia menerusi web dikatakan
mendatangkan kebaikan, namun pembelajaran secara terus menerusi rangkaian
laman web yang sedia ada ini turut menyebabkan suasana pembelajaran yang tidak
berstruktur dan menyukarkan. Walau bagaimanapun, persekitaran pembelajaran yang
bermakna dapat diwujudkan sekiranya laman web ini dibangunkan mengikut
falsafahnya yang sebenar.
Menurut Rio Sumarni (1999), pihak yang membina laman web haruslah
memahami falsafah internet itu sendiri di mana setiap warga internet dituntut
menyumbangkan kepada kandungan maklumat di dalam laman web, dengan
memasukkan maklumat khusus mengenai kepakaran yang berkaitan dengan aktiviti
yang dijalankan. Jika falsafah ini dihayati sepenuhnya oleh setiap individu dan
organisasi yang mempunyai laman web, maka barulah internet akan menjadi sebuah
gedung maklumat dan ilmu pengetahuan yang sangat berguna.
Dalam era teknologi kini, terdapat pelbagai laman web yang mengandungi
maklumat mengenai sistem kardiovaskular telah dibangunkan untuk digunakan oleh
para pelajar. Namun, kebanyakkan laman web yang dibangunkan adalah di dalam
Bahasa Inggeris, menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk memahami isi
kandungan dengan lebih mendalam terutamanya pelajar yang mengalami masalah
dalam Bahasa Inggeris. Sehingga kini, masih tiada mana-mana pihak yang
mengambil inisiatif untuk menterjemahkan kesemua maklumat mengenai sistem
kardiovaskular di dalam Bahasa Malaysia. Dan sekiranya ada, maklumat yang
terdapat di dalam laman web tersebut tidak memenuhi sukatan pelajaran sains sukan
dan pendidikan jasmani serta kesihatan
4
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik tradisional seperti
chalk&talk masih digunakan dalam diperingkat sekolah. Ini menyebabkan pelajar
menjadi kurang berminat untuk mempelajari sesuatu subjek. Ini disokong oleh
Jamalludin Harun (2003), menerangkan dalam sesuatu pengajaran secara tradisi,
walaupun ianya menjanjikan kejayaan namun, ianya juga membawa bersama
pelbagai masalah dan kekangan seperti komunikasi sehala banyak berlaku yang
boleh menyebabkan pelajar hilang tumpuan dan seterusnya sukar memahami isi
kandungan pembelajaran.
Selain itu, kemudahan laman web yang wujud pada masa kini kurang
menyerapkan elemen-elemen multimedia seperti audio,video dan animasi di
dalamnya menyebabkan sesebuah laman web tersebut adalah statik dan tidak
dinamik. Sesebuah laman web yang statik menyebabkan pelajar pasif. Laman web
yang bersifat konstruktif adalah sesuai dijadikan PBK dalam P&P kerana
membolehkan pelajar belajar mengikut keselesaan sendiri. Ini kerana untuk
memahami sesuatu konsep pembelajaran, pelajar memerlukan pengalaman yang
sedia ada mengikut keselesaan individunya dan pengalaman ini adalah berbeza pada
setiap pelajar (Dodge. B, 1996).
Kehadiran laman web yang berkaitan dengan subjek sains sukan ini turut
membantu meringankan beban serta kekangan yang wujud di dalam sistem
pembelajaran secara tradisi. Ini kerana isi kandungan pengajaran boleh dibentuk
dengan lebih menarik, ringkas dan padat mengikut kreativiti pengajar untuk
dipersembahkan menggunakan kemudahan komputer. Dengan perkembangan
infrastruktur internet, ini juga dapat membantu membekalkan bahan P & P secara
mudah dan berterusan tanpa sempadan.
5
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dinyata dalam
penggunaan PBK menerusi web, masih terdapat kekangan penggunaannya di dalam
proses P&P di sekolah. Kebanyakan laman web yang wujud adalah tidak berstruktur
kerana tidak dibangunkan menggunakan teori pembelajaran dan teknik pembangunan
laman web. PBK menerusi web masih tidak diamalkan sepenuhnya di sekolah kerana
proses P&P kebanyakkannya di jalankan secara tradisional yang melibatkan dua
entiti sahaja iaitu tenaga pengajar dan pelajar. Pengamalan kaedah tradisional ini
bukan sahaja melemahkan sistem pendidikan malah banyak menimbulkan kelemahan
seperti berlakunya komunikasi sehala, pelajar kurang berminat, pembelajaran
menjadi pasif, sukar mengikuti keperluan pelajar dan pembelajaran kurang interaktif.
Selain itu, inisiatif untuk mewujudkan bahan pembelajaran interaktif yang memenuhi
sukatan pelajaran sains sukan dan pendidikan jasmani serta kesihatan di dalam
Bahasa Malaysia tidak ditingkatkan. Maka, kajian ini bertujuan untuk
membangunkan satu perisian multimedia menerusi web di dalam Bahasa Malaysia
bagi subjek sains sukan tingkatan 5 bertajuk sistem kardiovaskular yang memenuhi
sukatan pelajaran sains sukan dan pendidikan jasmani serta kesihatan. Perisian yang
dibangunkan menerapkan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio,
video dan animasi bagi mewujudkan pembelajaran yang bersifat interaktif dalam
P&P. Selain membangunkan perisian, pengujian terhadap kandungan di dalam
perisian serta kesesuaian teknologi yang digunakan turut dilakukan dan penilaian
terhadap keberkesanan perisian sebagai PBK menerusi web di sekolah turut
dijalankan.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian yang ditetapkan oleh pengkaji adalah seperti berikut:
1.4.1 Membangunkan perisian multimedia menerusi web bagi
subjek sains sukan tingkatan 5 bertajuk sistem kardiovaskular
di dalam Bahasa Malaysia.
1.4.2 Membangunkan elemen multimedia seperti grafik, teks,
audio, animasi dan video untuk diserapkan ke dalam perisian.
1.4.3 Menguji dan menilai kefungsian perisian sebagai PBK
diperingkat sekolah melalui pengedaran soal selidik.
1.5 Persoalan Kajian
Sehubungan dengan itu, persoalan yang harus dikaji dengan lebih terperinci
di dalam kajian adalah seperti berikut:
1.5.1 Adakah bentuk penyampaian is kandungan yang terdapat di
dalam perisian multimedia menerusi web ini disampaikan
secara jelas dan tersusun?
1.5.2 Adakah penggunaan multimedia seperti teks, grafik, audio,
video dan animasi di dalam perisian menerusi web ini
berkaiatan dengan tajuk sistem kardiovaskular dan ianya dapat
memberi kesan pembelajaran secara aktif serta dapat menarik
minat pengguna?
1.5.5 Adakah pautan atau links yang disediakan dalam prototaip
perisian menerusi web ini berkesan dalam membantu
pengguna menerokai perisian ini?
1.5.6 Sejauh manakah keberkesanan prototaip perisian menerusi
web ini dapat digunakan di dalam proses P&P?