17
MODEL HARROD-DOMER Model pertumbuhan Harrod-Domar adalah berasaskan kepada gabungan hasil kerja dua orang ahli ekonomi pertumbuhan iaitu R. F. Harrod dan Edward Domar. Walaupun Harrod dan Domar fokus kepada peranan modal dalam pertumbuhan ekonomi, namun perkara pokok yang ditekankan adalah berbeza.

Ekonomi - Model Harrod-Domer

  • Upload
    nur-az

  • View
    153

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

Citation preview

Page 1: Ekonomi - Model Harrod-Domer

MODEL HARROD-DOMER

Model pertumbuhan Harrod-Domar adalah berasaskan kepada gabungan hasil kerja dua orang ahli ekonomi pertumbuhan iaitu R. F. Harrod dan Edward Domar.

Walaupun Harrod dan Domar fokus kepada peranan modal dalam pertumbuhan ekonomi, namun perkara pokok yang ditekankan adalah berbeza.

Page 2: Ekonomi - Model Harrod-Domer

• Bagi Harrod perkara penting yang ingin dibincangkan ialah tentang sebab-sebab berlakunya ketidakstabilan dalam ekonomi kapitalis, manakala

• Domar pula lebih menumpukan kepada kadar pelaburan dalam ekonomi kapitalis.

Disebabkan persamaan asas kedua-dua

pendekatan ini adalah sama, maka dalam membincangkan teori pertumbuhan, pendekatan mereka digabungkan menjadi Teori Harrod-Domar.

Page 3: Ekonomi - Model Harrod-Domer

Model Harrod

Tumpuan Model Harrod ialah ekonomi kapitalis. Dalam ekonomi jenis ini individu adalah unit

penting dalam membuat keputusan. Dalam membuat keputusan, mereka tidak

mengendahkan perancangan orang lain atau implikasi daripada keputusan yang mereka lakukan ke atas individu lain.

Dalam ekonomi jenis ini tidak ada agensi perancangan pusat yang mengawal pelaksanaan perancangan bagi menjamin sesuatu pelaksanaan itu tidak menjejaskan mana-mana pihak.

Page 4: Ekonomi - Model Harrod-Domer

Selanjutnya kelakuan pelaburan menentukan pertumbuhan ekonomi, manakala perancangan perbelanjaan penggunaan mempunyai perhubungan positif dengan pertumbuhan melalui kesan pengganda.

• Keputusan melabur adalah tanggungjawab pengusaha. Pengusaha tidak dapat menentukan pendapatan, tetapi hanya boleh membuat keputusan untuk berbelanja.

Page 5: Ekonomi - Model Harrod-Domer

Dalam merancang perbelanjaan mereka, pengusaha tidak tahu perancangan pengusaha lain, serta tidak dapat mempengaruhi perancangan orang lain.

Tambahan pula rancangan pelaburan dibuat berdasarkan kepada jangkaan dan sangat berkait dengan masa depan yang tidak pasti.

Oleh yang demikian, rancangan pelaburan tertakluk kepada ketidakpastian yang boleh membawa kepada dua implikasi, berjaya atau gagal.

Page 6: Ekonomi - Model Harrod-Domer

Kejayaan yang dicapai akan membawa ekonomi kepada keseimbangan.

• Sebaliknya, sekiranya perancangan pelaburan gagal mencapai matlamat maka ekonomi akan berada dalam ketidak seimbangan, iaitu sama ada berlaku lebihan permintaan atau lebihan penawaran.

Page 7: Ekonomi - Model Harrod-Domer

Berdasarkan kepada fenomena di atas, Harrod cuba menjawab dua persoalan.

• Pertama, apabila berlakunya ketakseimbangan, adakah pengusaha cuba mencapai semula keseimbangan? Atau dengan kata lain, sama ada keseimbangan yang dicapai stabil atau tidak stabil?

• Kedua, adakah gunatenaga penuh boleh dicapai?

Page 8: Ekonomi - Model Harrod-Domer

MODEL DOMER

Fokus perbincangan Model Domar ialah kepada pelaburan yang memainkan dua peranan penting dalam ekonomi kapitalis iaitu:

Pelaburan menentukan tingkat pendapatan sebenar melalui proses pengganda Keynesian.

Page 9: Ekonomi - Model Harrod-Domer

Pelaburan menambahkan stok modal dengan andaian tiada susut nilai dan meningkatkan pula potensi maksimum tingkat pendapatan.

Domar mengkategorikan pendapatan kepada

dua jenis iaitu tingkat pendapatan atau output sebenar, Y, dan tingkat pendapatan atau output potensi yang maksimum, Yp. Dengan menggunakan angkubah-angkubah berikut,

Page 10: Ekonomi - Model Harrod-Domer

S = kecenderungan menabung purata atau sut

diandaikan tetap

I = aliran pelaburan

∂ = potensi produktiviti pelaburan purata

sosial yang juga adalah nisbah antara kadar

perubahan dalam pendapatan potensi, Yp

dengan aliran pelaburan, I atau

∂ = Y+p / I …………….. (3.16)

Page 11: Ekonomi - Model Harrod-Domer

maka, Yp = ∂ I Persamaan (3.16) menunjukkan bahawa

perubahan dalam pendapatan atau output potensi ditentukan oleh potensi produktiviti pelaburan dan aliran pelaburan.

Sementara itu, tingkat pendapatan sebenar adalah ditentukan oleh aliran pelaburan melalui proses pengganda iaitu;

Y = (1 / s) I

dan ∆Y = (1 / s) ∆I

Page 12: Ekonomi - Model Harrod-Domer

atau Y = (1/s) I dengan I = ∆I /∆t Dalam keadaan keseimbangan gunatenaga

penuh, Y = Yp dan Y = Yp . Tujuan asas Domar ialah untuk menentukan

tingkat kadar pertumbuhan pelaburan yang dapat mengekalkan tingkat keseimbangan ini.

Dalam keadaan keseimbangan gunatenaga, maka daripada perrsamaan (3.16) dan (3.17) kita dapati;

(1 / s) I = ∂ I

Page 13: Ekonomi - Model Harrod-Domer

Maka I/I = ∂s ……… (3.18)

Persamaan (3.18) adalah persamaan asas Model Domar yang menunjukkan kadar pertumbuhan pelaburan yang dapat mengekalkan keseimbangan gunatenaga penuh adalah berkadaran dengan ∂s.

Page 14: Ekonomi - Model Harrod-Domer

MODEL HARROD - DOMER

Seperti yang telah dijelaskan bahawa Model Harrod dan Model Domar mempunyai persamaan asas yang serupa.

Oleh itu gabungan kedua-dua modal ini dinamakan Model Harrod-Domar.

Page 15: Ekonomi - Model Harrod-Domer

Bagi Harrod, keseimbangan pertumbuhan steady-state decapai bila :

GA = s/v = s/ vp Bagi Domar pula :

I/I = ∂s

Tetapi dari persamaan atas

∂ = Yp / I = Yp / K kerana I = K

Page 16: Ekonomi - Model Harrod-Domer

Kita ketahui K / Yp = vp iaitu pertambahan nisbah modal output potensi (incremental capital – output ratio)

Maka ∂ = 1/ Yp dan

I/I = 1/ vp (s)

= s / vp

Page 17: Ekonomi - Model Harrod-Domer

• Sebagai kesimpulannya, persamaan asas Harrod tertumpu kepada kadar pertumbuhan pendapatan atau output, manakala persamaan asas Domar menumpukan kepada kadar pertumbuhan pelaburan.

Walau bagaimanapun faktor penentu kedua-dua kadar pertumbuhan ini adalah sama iaitu s/vp Masalah yang dihadapi oleh model Harrod juga boleh diaplikasikan kepada model Harrod-Domar.