Upload
ong-chee-kiong
View
1.578
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
BAB 1DUNIA MELALUI DERIA KITA
PENGENALAN
• Manusia mempunyai 5 deria utama• Kulit• Hidung• Lidah• Telinga• Mata
• Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan, yang merupakan perubahan disekeliling kita
• Rangsangan ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ deria bertindakbalas.
• Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan
• Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria yang boleh mengesan rangsangan.
Organ deria Jenis deria Jenis rangsangan
Kulit
Hidung
Lidah
Telinga
Mata
SentuhanSentuh, tekanan, sakit,
sejuk, dan panas
Bau Bahan kimia
Rasa Bahan kimia
Pendengaran dan keseimbangan
Bunyi
Penglihatan Cahaya
KULIT• Kulit terbahagi kepada tiga lapisan iaitu, dermis (lapisan
dalaman),epidermis (lapisan luar) dan lapisan lemak• Lapisan dermis mengandungi 'hujung saraf' (nerve
endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan
Epidermis
Dermis
Lapisan Lemak
LAPISAN KULIT
a. Epidermis• Melindungi bahagian dalam kulit daripada kecederaan
fizikal dan ultraungu
b. Dermis• Mengandungi banyak reseptor haba dan sejuk
c. Lapisan Lemak• Terdapat reseptor tekanan yang peka terhadap
tekanan ke atas badan
RESEPTORa. Reseptor sentuhan dan sakit
• Berada berdekatan epidermis
b. Reseptor tekanan• Terletak di dasar dermis yang
peka terhadap tekanan ke atas badan
c. Reseptor haba• Peka kepada suhu tinggi
d. Reseptor sejuk• Peka kepada suhu rendah
Tahap kepekaan kulit• Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza
di setiap bahagian yang berlainan pada badan.• Ini adalah kerana reseptor tidak sama rata pada setiap
bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.
Tahap kepekaan kulit bergantung kepada dua faktor1. Ketebalan epidermis
Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.
2. Bilangan reseptorBahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.
Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia
1. Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.
2. apak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada rangsangan sejuk dan panas.
3. Tapak kaki dan siku adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.
Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian
1. Suntikan pada badanPesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.
2. Membaca 'Braille'Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.
• Bahagian-bahagian badan yang sensitif/peka terhadap rangsangan;- bibir- hujung jari- kawasan di belakang telinga- ketiak- belakang leher
• Bahagian badan yang kurang peka terhadap rangsangan;- siku- lutut- tapak kaki- punggung
LATIHANIsi tempat kosong dengan maklumat di bawah.
Ketebalan reseptor nipis bilangan banyak sentuh
1. Kulit ialah organ deria ________
2. Terdapat lima jenis ________ di dalam kulit yang peka
terhadap rangsangan tertentu.
3. Kepekaan kulit bergantung pada ____________
epidermis dan _________ reseptor pada kulit.
4. Semakin ________ epidermis, semakin peka kulit
terhadap rangsangan.
5. Semakin __________ reseptor pada kulit, semakin peka
kulit terhadap rangsangan.
sentuh
reseptor
Ketebalan
bilangan
banyak
nipis
HIDUNG
• Deria bau adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli) yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam
• Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung
Struktur hidung manusia:• Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan
tisu epitelium• Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria yang
dikenali sebagai sel-sel penghidu (reseptor bau)• Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat
mukus yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.• Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran
(lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.
Reseptor bau
LIDAH• Deria yang berkaitan dengan rasa• Karektor pada permukaan lidah
• Kasar dan diseluputi tunas rasa• Reseptor rasa terletak pada tunas rasa dan sensitif terhadap bahan kimia
• Ada 4 reseptor rasa : pahit, masin, manis dan masam
Makanan dikunyah
Bahan kimia larut ke dalam saliva (air liur)
Bahan kimia merangsang reseptor rasa
Reseptor rasa menghantar impuls ke otak melalui urat saraf
Otak mentafsir rasa
1.4 DERIA BAU
• Rongga nasal dan rongga mulut adalah bersambung – rasa dan bau dikenalpasti pada masa yang sama
• Kedua-dua deria ini penting bagi mengesan rasa dengan lebih tepat
• Apabila selsema, rongga nasal tersumbat sensitiviti deria bau berkurangan makanan kurang enak
1. Deria pendengaran ialah keupayaan mengesan rangsangan bunyi melalui telinga.
2. Deria imbangan ialah keupayaan mengesan perubahan kedudukan badan.
3. Telinga ialah organ deria bagi pendengaran dan pengimbangan.
4. Manusia mempunyai dua telinga yang terletak pada sisi kepala.
5. Telinga boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
6. Bahagian telinga luar dan telinga tengah berisi udara manakala bahagian telinga dalam berisi cecair.
1.5 DERIA PENDENGARAN
Telinga luar Telinga tengah Telinga dalam
Cuping Telinga
Salur auditori(salur telinga)
Gegendang Telinga
Tulang osikel
Tiub Eustachio
Jendela bujur
Salur separa bulat
Koklea
Saraf auditori
Bahagian
UtamaBahagian Fungsi
Telinga luar
Telinga tengah
Telinga dalam
Cuping telinga
Salur telingaGegendang
telinga
Tulang osikel
Jendela bujur
Tiub Eustachio
Koklea
Saraf auditori
Salur separuh bulat
Menerima gelombang bunyi
Menyalurkan gelombang bunyi ke gegendangBergetar apabila gelombang bunyi mengenainya
Memperkuat getaran bunyi dan menghantarnya ke jendela bujurMenghantar getaran daripada osikel ke telinga dalam
Menyeimbangkan tekanan udara pada kedua-dua belah gegendang telinga
Menukar getaran bunyi kepada impuls
Menghantar impuls dari koklea ke otak
Mengawal keseimbangan badan
Mekanisme pendengaran dalam telinga
1. Cuping telinga menerima dan mengumpulkan gelombang bunyi.
2. Salur auditori menyalurkan gelombang bunyi ke gegendang telinga dan menyebabkan gegendang telinga bergetar.
3. Getaran ini diperkuat di tulang osikel lalu dihantar ke koklea melalui jendela bujur.
4. Sel-sel saraf dalam koklea menukarkan getaran bunyi kepada impuls, Impuls kemudian dihantar melalui saraf auditori ke otak untuk ditafsirkan sebagai bunyi.
Saraf auditori
Tiub Eustachio
Gegendang telinga
Salur telinga / auditori
Cuping telinga
koklea
Salur separuh bulat
Tulang osikel
Jendela bujur
• Tiub Eustachio dan salur separuh bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat dalam pendengaran.
• Tiub Eustachio _______________________________
___________________________________________.
• Salur separuh bulat berfungsi ___________________
___________________________________________.
telinga luar dan telinga tengah
mengimbangkan tekanan di bahagian
mengawal
pengimbangan badan
Mekanisme pendengaran bunyi oleh telinga1. Cuping telinga mengumpulkan gelombang bunyi dan
mengarahkannya ke salur auditori.2. Salur auditori menyalurkan gelombang bunyi ke
gegendang telinga.3. Gelombang bunyi menyebabkan gegendang telinga
bergetar. 4. Getaran diperkuatkan oleh tulang osikel. 5. Getaran yang diperkuatkan kemudiannya dihantar ke
koklea melalui jendela bujur.6. Getaran jendela merangsangkan sel-sel saraf di dalam
koklea.7. Sel-sel saraf dalam koklea menukarkan getaran kepada
impuls.8. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori
untuk ditafsirkan sebagai bunyi
Uji diri 1.5 (m/s 18)
1. Nyatakan struktur telinga yang:(a) menguatkan getaran bunyi(b) menerima gelombang bunyi(c) bergetar apabila gelombang bunyi mengenainya(d) mengubah getaran bunyi kepada bentuk impuls.(e) menghantar impuls ke otak
2. Lengkapkan carta alir di bawah ini untuk menunjukkan laluan gelombang bunyi di telinga.
Cuping telinga
Jendela bujur
Otak
1.6 DERIA PENGLIHATAN
1. Deria penglihatan merupakan deria yang berupaya mengesan rangsangan cahaya melalui mata.
2. Mata ialah organ deria penglihatan yang peka kepada cahaya.
3. Manusia mempunyai dua biji mata yang terletak di dalam soket tengkorak.
4. Setiap mata dikelilingi oleh tisu lemak dan mempunyai tiga pasang otot yang membolehkannya bergerak.
5. Mata didapati berbentuk seperti bola kecil yang bujur sedikit di hadapannya.
6. Bola mata terdiri daripada 3 lapisan tisu iaitu:i. lapisan sklera di bahagian paling luar.ii. lapisan koroid di bahagian tengah.iii. lapisan retina di bahagian paling dalam.
Bahagian Fungsi Kornea Membiaskan cahaya memasuki mata dan
membantu memfokuskan cahaya ke atas retina
Iris Mengawal saiz anak mataAnak mata Mengawal jumlah cahaya yang masuk ke
dalam mataKanta mata
Membias dan memfokuskan cahaya ke atas retina
Otot silia Mengubah ketebalan kanta mataLigamen gantung
Memegang kanta mata
Gelemair dan gelemaca
Mengekalkan bentuk mata dan membatu membiaskan dan memfokuskan cahaya ke retina
Bahagian Fungsi Koroid Mengelakkan pantulan cahaya dalam
mata dan membekalkan oksigen serta nutrien kepada mata
Retina Mengesan rangsangan cahaya dan menukarnya kepada impuls
Sklera Melindungi dan mengekalkan bentuk mataBintik kuning
Bahagian retina paling peka terhadap rangsangan cahaya (imej jatuh padanya)
Bintik buta Imej yang jatuh ke kawasan ini tidak dapat dikenalpasti
Saraf optik Menghantar impuls dari retina ke otak
Mekanisme penglihatan1. Cahaya dari objek akan memasuki mata melalui anak
mata.2. Sinaran cahaya dari objek akan dibiaskan oleh kornea,
gelemair, kanta mata, dan gelemaca supaya imej jatuh di atas retina.
3. Kanta mata akan mengubahsuai saiznya supaya imej yang jelas terbentuk pada retina.
4. Sel-sel deria penglihatan pada retina akan dirangsang untuk menghasilkan impuls.
5. Impuls saraf akan dibawa oleh saraf optik ke otak untuk ditafsirkan sebagai gambar yang boleh dilihat.
Cahaya dipantulkan dari objek memasuki mata
Kanta memfokuskan cahaya ke retina
Imej nyata, songsang dan kecil terbentuk pada retina
Impuls saraf dihasilkan
Impuls saraf dihantar ke otak untuk ditafsirkan
Bagaimana kita melihat?
LINTASAN CAHAYA DARI OBJEK KE DALAM MATA
kornea gelemair Anak mata
kantagelemacaRetina
Saraf optik Otak
SIFAT-SIFAT CAHAYA
- Cahaya boleh dipantulkan dan dibiaskan
1.PANTULAN CAHAYA- Cahaya dipantulkan apabila mengenai suatu
permukaan- cahaya dipantulkan oleh permukaan yang legap,licin
dan berkilat
2. PEMBIASAN CAHAYA- Berlaku apabila cahaya bergerak melalui dua medium
yang berlainan ketumpatan- Kelajuan cahaya berubah- Dua jenis pembiasan cahaya;
i) medium kurang tumpat medium lebih tumpat - kelajuan cahaya berkurang - cahaya biasan mendekati garis normalii) medium lebih tumpat medium kurang tumpat
- kelajuan cahaya bertambah- cahaya biasan menjauhi garis normal
Kurang tumpat (udara)
Lebih tumpat
(air)
Sinar tuju
Sinar biasan
Garis normal
Cahaya dari medium kurang tumpat medium lebih tumpat
•Kelajuan cahaya berkurang•Cahaya mendekati garis normal
Cahaya dari medium lebih tumpat medium kurang tumpat
air
udara
Sinar tuju
Sinar biasan
Garis normal
•Kelajuan cahaya bertambah•Cahaya menjauhi garis normal
Jenis-jenis kanta mata
KKanta cekung (concave lens) = Rabun jauh
Kanta cembung (convex lens) = Rabun dekat
Mata normal
Sinar cahaya
kanta
Cahaya difokuskan pada retina
Mata rabun jauh
Cahaya difokuskan di depan retina
Pembetulan rabun jauh
Kanta cekung pada cermin mata melaraskan fokus sinar cahaya supaya jatuh pada retina
Had Deria Penglihatan
• Kadang- kadang apa yang kita lihat bukanlah situasi yang sebenar
• Ini kerana otak tidak dapat mentafsir imej dengan tepat kerana berlaku gangguan pada saraf optik ketika menghantar impuls.
• Had deria penglihatan ini disebut ilusi optik.
Ilusi optik
How many legs does this elephant have?
Man playing a horn?Or woman's face?
Is this woman old...or young?
What do see? A face, or the word liar?
Bintik buta• Bintik buta ialah titik pada retina mata yang tidak dapat
mengesan imej.• Bintik buta terletak di pangkal saraf optik dan tidak
mempunyai sel-sel deria yang peka terhadap cahaya.• Kita tidak dapat melihat objek jika imej jatuh pada bintik
buta.
Penglihatan Stereoskopik Dan Monokular
Visual bertindih
Stereoskopik
• Penglihatan stereoskopik ialah penglihatan yang melibatkan kedua-dua belah mata.
• Pertindihan imej-imej daripada kedua-dua belah mata pada retina menghasilkan imej tiga dimensi dan membolehkan haiwan menganggarkan jarak dengan tepat.
• Medan penglihatan stereoskopik adalah sempit.
Penglihatan Stereoskopik Dan Monokular
Monokular
• Penglihatan monokular ialah penglihatan yang melibatkan sebelah mata.
• Penglihatan mata kiri dan kanan tidak bertindih.• Imej datar dihasilkan dan hal ini menyebabkan
penglihatan monokular dalah kurang tepat.• Medan penglihatan monokular adalah luas.
• Pemangsa mempunyai penglihatan stereoskopik dan mangsa mempunyai penglihatan monokular
Stereoskopik Monokular
Kedua-duaBilangan mata
yang digunakan
Satu bagi setiap sisi
Kecil Sudut penglihatan Sangat luas
3D Jenis penglihatan
Boleh melihat berlainan objek pada satu masa
Menganggar dengan tetap Menganggar posisi objek
Tidak dapat menganggar dengan tetap
Helang, singa, kucing, monyet, burung hantu
Contoh binatang
Kambing, tikus, ayam, arnab, burung kakak tua
• Boleh menganggar posisi mangsa
• Persepsi mengenai saiz, kedalaman dan jarak
Kelebihan Boleh mengesan mangsa dari pelbagai sudut
Alat Bagi Mengatasi Had Penglihatan
• Mikroskop• Kanta pembesar• Teleskop• Teropong• Pengimbas ultra• X-rays
Haiwan dengan penglihatan stereoskopik
Haiwan dengan penglihatan monokular
TELESKOP
TELESKOP ANGKASA HUBBLE
HET OBSERVER
TEROPONG BINOKULAR
MIKROSKOP ELEKTRON
MIKROSKOP ELEKTRON
MIKROSKOP ELEKTRON
LATIHANKelaskan haiwan-haiwan di bawah mengikut jenis penglihatan
Helang Kambing Singa Ayam Arnab Kucing Ikan Kerbau Monyet Badak
Penglihatan__________________
Penglihatan__________________
Haiwan
BUNYI DAN PENDENGARAN
• Dihasilkan daripada getaran
Tenaga Kinetik Tenaga Bunyi
Cuping telinga
Salur telinga
Saraf auditori
Koklea Gegendang
telinga
Jendela bujur
Bunyi bergerak ke semua arahKadar pergerakannya:
gas < cecair < pepejalBunyi menghantar tenaganya dengan menggunakan molekul-molekul di sekitarnyaBunyi tidak boleh bergerak dalam keadaan vakum
Mengkaji Sama Ada Bunyi Memerlukan Medium Untuk Bergerak
Serkup kaca
Loceng elektrik
Pam vakum Udara disedut keluar
Bateri
Aktiviti Pemerhatian Apabila suiz dihidupkan Loceng elektik bergetar dan
berbunyi dengan kuatApabila suiz vakum dihidupkan Bunyi yang dihasilkan oleh loceng
bertambah perlahan apabila udara dalam serkup kaca dikeluarkan
Semua udara dikeluarkan Loceng masih bergetar tetapi bunyi tidak kedengaran
Udara secara perlahan dimasukkan semula ke dalam serkup kaca
Bunyi yang terhasil daripada loceng kedengaran semula
PANTULAN DAN PENYERAPAN BUNYI
Permukaan yang keras dan licin memantulkan bunyi dengan baik (cth : gema di gua, terowong dan dewan) pemantul yang baik tetapi penyerap bunyi yang tidak baikPermukaan yang lembut dan kasar menyerap bunyi dengan baik (cth : karpet, langsir dan span) penyerap yang baik tetapi pemantul yang tidak baik
Pemantul : kayu atau besiPenyerap : polistrine atau kain kapas
Batasan Pendengaran dan cara mengatasinya
• Kanak –kanak mempunyai deria pendengaran lebih baik kerana gegendang telinga mereka lebih elastik
• Apabila seseorang meningkat dewasa, pendengaran akan berkurangan
• Seseorang yang terdedah dengan bunyi yang kuat secara berpanjangan boleh mengurangkan keupayaan pendengaran
• Boleh diatasi dengan menggunakan• Alat bantuan pendengaran
• Stethoskop• Pembesar suara• pembedahan
Pendengaran Stereofonik
• Kebolehan menggunakan kedua-dua buah telinga• Boleh mengesan kedudukan dan arah bunyi• Amat berguna kepada kebolehupayaan untuk terus
hidup bagi haiwan
RANGSANGAN DAN TINDAK BALAS BAGI TUMBUHAN
• Secara asasnya, ada 2 jenis tindakbalas tumbuhan terhadap rangsangan :• Tropisme
• Positif – bertindak balas terhadap rangsangan• Negatif – bertindak balas melawan rangsangan
• Gerakan nasti
• Terdapat 4 jenis tropisme :FototropismeGeotropismeHidrotropismeTigmotropisme
Fototropisme
Pucuk daun tumbuh dan bergerak ke arah sumber cahaya (fototropisme positif)Akar tumbuh berlawanan arah dengan sumber cahaya (fototropisme negatif)
Hidrotropisme
Akar tumbuh dan bergerak ke arah sumber air (hidrotropisme positif)Pucuk daun tumbuh berlawanan arah dengan sumber air (hidrotropisme negatif) Rangsangan daripada air lebih kuat daripada rangsangan graviti
Geotropisme
Akar tumbuhan yang tumbuh menuju ke bawah menuju ke graviti (geotropisme positif) Pucuk yang tumbuh melawan arah graviti (geotropisme negatif)
Tigmotropisme
Sulur paut memaut sepanjang kayu atau ranting kerana rangsangan sentuhan bagi menyokong struktur pokok. Sulur paut menunjukkan tindak balas positif terhadap rangsangan sentuhan
Sulur pautRanting kayu
Gerakan nasti
Datang dari semua arah
Venus fly trap Mimosa plant
KESIMPULAN
Pucuk Jenis tropisme Akar
POSITIF FOTOTROPISME NEGATIF
NEGATIF GEOTROPISME POSITIF
NEGATIF HIDROTROPISME POSITIF
Ulangkaji Bab 1
1. Laluan daripada rangsangan kepada gerak balas: Rangsangan ___________ Saraf _______ _______ Gerak balas
2. _______ ialah organ deria sentuhan yang peka terhadap rangsangan tekanan, sakit, panas, sejuk, dan sentuhan.
3. Hidung ialah organ deria _____. Sel-sel peka bau terletak pada bahagian atas rongga hidung manusia.
4. Lidah ialah organ deria rasa. Terdapat empat jenis reseptor rasa pada lidah yang peka terhadap rasa _____, ________, _______, dan ________.
5. Telinga ialah organ deria pendengaran. _______ ialah bahagian yang menukarkan getaran bunyi kepada impuls.
6. Mata ialah organ deria penglihatan. ________ menerima rangsangan cahaya dan menukarnya kepada impuls.
7. Cahaya dapat dipantulkan. Permukaan yang _____ dan _____ dapat memantulkan cahaya dengan baik.
8. Sinar cahaya akan dibiaskan apabila bergerak dari satu medium ke satu medium lain yang berlainan _________.
9. Seseorang yang rabun _____ dapat melihat objek yang dekat dengan jelas tetapi tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas. Imej objek terbentuk di hadapan retina.
10.Rabun jauh dapat dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta ________ yang sesuai.
11. Seseorang yang rabun dekat dapat melihat objek ______ dengan jelas tetapi tidak dapat melihat objek yang _____ dengan jelas. Imej objek terbentuk di belakang retina.
12.Rabun dekat dapat dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta _________ yang sesuai.
13.___________ disebabkan oleh permukaan lengkungan komea yang tidak sekata.
14.Penglihatan __________ ialah penglihatan objek dengan kedua-dua belah mata. Penglihatan ini membolehkan jarak dianggarkan dengan tepat.
15.Penglihatan __________ ialah penglihatan objek dengan sebelah mata sahaja. Penglihatan ini menyukarkan penganggaran jarak dengan tepat.
16.Bunyi dihasilkan oleh ___________. Bunyi memerlukan medium penghantaran. Bunyi dapat dipantulkan dan diserap.
17.Pekak ialah kecacatan pendengaran yang paling umum. _______ mungkin disebabkan oleh gegendang telinga yang terkoyak, penyakit pada tulang osikel atau kerosakan pada koklea dan saraf auditori.
18.___________, ___________, dan alat bantu __________ boleh digunakan untuk mengatasi had deria pendengaran.
19.Pendengaran __________ ialah pendengaran dengan menggunakan kedua-dua belah telinga kita.
20.Tumbuhan dapat bergerak balas terhadap rangsangan ________, _________, _____, dan ___________.
21.Pucuk tumbuhan tumbuh ke arah cahaya dan menunjukkan ___________ positif.
22.Akar tumbuhan tumbuh ke arah graviti dan air. Masing-masing menunjukkan ___________ positif dan hidrotropisme positif.
23.Gerak balas sulur paut sesetengah tumbuhan yang melilit pada batang kayu lain menunjukkan _____________.
24.______________ ialah gerak balas tumbuhan secara serta-merta terhadap sentuhan seperti yang ditunjukkan oleh daun pokok semalu.
Ulangkaji Bab 1
1. Laluan daripada rangsangan kepada gerak balas: Rangsangan Organ deria Saraf Otak Saraf Gerak balas
2. Kulit ialah organ deria sentuhan yang peka terhadap rangsangan tekanan, sakit, panas, sejuk, dan sentuhan.
3. Hidung ialah organ deria bau. Sel-sel peka bau terletak pada bahagian atas rongga hidung manusia.
4. Lidah ialah organ deria rasa. Terdapat empat jenis reseptor rasa pada lidah yang peka terhadap rasa pahit, masam, masin, dan manis.
5. Telinga ialah organ deria pendengaran. Koklea ialah bahagian yang menukarkan getaran bunyi kepada impuls.
6. Mata. ialah organ deria penglihatan. Retina menerima rangsangan cahaya dan menukamya kepada impuls.
7. Cahaya dapat dipantulkan. Permukaan yang rata dan licin dapat memantulkan cahaya dengan baik.
8. Sinar cahaya akan dibiaskan apabila bergerak dari satu medium ke satu medium lain yang berlainan ketumpatan.
9. Seseorang yang rabun jauh dapat melihat objek yang dekat dengan jelas tetapi tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas. Imej objek terbentuk di hadapan retina.
10.Rabun jauh dapat dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cekung yang sesuai.
11. Seseorang yang rabun dekat dapat melihat objek jauh dengan jelas tetapi tidak dapat melihat objek yang dekat dengan jelas. Imej objek terbentuk di belakang retina.
12.Rabun dekat dapat dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cembung yang sesuai.
13.Astigmatisme disebabkan oleh permukaan lengkungan komea yang tidak sekata.
14.Penglihatan stereoskopik ialah penglihatan objek dengan kedua-dua belah mata. Penglihatan ini membolehkan jarak dianggarkan dengan tepat.
15.Penglihatan monokular ialah penglihatan objek dengan sebelah mata sahaja. Penglihatan ini menyukarkan penganggaran jarak dengan tepat.
16.Bunyi dihasilkan oleh getaran. Bunyi memerlukan medium penghantaran. Bunyi dapat dipantulkan dan diserap.
17.Pekak ialah kecacatan pendengaran yang paling umum. Pekak mungkin disebabkan oleh gegendang telinga yang terkoyak, penyakit pada tulang osikel atau kerosakan pada koklea dan saraf auditori.
18.Stetoskop, pembesar suara, dan alat bantu pendengaran boleh digunakan untuk mengatasi had deria pendengaran.
19.Pendengaran stereofonik ialah pendengaran dengan menggunakan kedua-dua belah telinga kita.
20.Tumbuhan dapat bergerak balas terhadap rangsangan cahaya, tarikan graviti, air, dan sentuhan.
21.Pucuk tumbuhan tumbuh ke arah cahaya dan menunjukkan fototropisme positif.
22.Akar tumbuhan tumbuh ke arah graviti dan air. Masing-masing menunjukkan geotropisme positif dan hidrotropisme positif.
23.Gerak balas sulur paut sesetengah tumbuhan yang melilit pada batang kayu lain menunjukkan tigmotropisme.
24.Seismonasti ialah gerak balas tumbuhan secara serta-merta terhadap sentuhan seperti yang ditunjukkan oleh daun pokok semalu.