Click here to load reader
Upload
bazlinaskpj
View
531
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
SAINS TAHUN 4
Citation preview
SCIENCE YEAR 4
THEME : INVESTIGATING LIVING THINGS
TEMA : MENYIASAT ALAM HIDUPAN
LEARNING AREA : 2. LIVING THINGS UNDERGO
LIFE PROCESSES
SKOP PEMBELAJARAN : ALAM HIDUPAN MELALUI PROSES HIDUP
L/OBJECTIVES : 2.1 ANALYZING LIFE PROCESS
THAT HUMANS UNDERGO.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : ANALISA PROSES HIDUP MANUSIA
BERKUMUH DAN BERNYAHTINJAPerkumuhan
1. Perkumuhan ialah proses di mana bahanbuangan dikeluarkan daripada badan.
2. Hasil perkumuhan manusia ialah :
a) air kencing b) peluh
c) air d) karbon dioksida
3. Badan kita menyingkirkan bahan buanganmelalui organ perkumuhan khas iaitu :
a) peparu b) ginjal
c) kulit
• Bahan buangan peparu ialah karbon dioksidadan wap air.
• Karbon dioksida dan wap air dihasilkan apabilaproses respirasi berlaku.
• Karbon dioksida dan wap air dikeluarkan daribadan melalui hembusan nafas.
• Ginjal mengumuhkan bahan buangan seperti urea, air berlebihan dan garam mineral dalam bentuk air kencing.
• Bahan buangan disingkirkan dari badan apabila kita kencing.
• Air kencing disimpan di dalam pundi kencingsebelum dikeluarkan dari badan.
• Kulit mengumuhkan bahan buangan dalam
bentuk peluh.
• Peluh dihasilkan oleh kelenjar peluh di dalam kulit
• Peluh sampai ke permukaan badan melalui liang
peluh.
• Bahan buangan yang didapati dalam peluh
termasuklah air, urea dan garam mineral.
4. Jadual di bawah merumuskan organ
perkumuhan dan bahan buangannya.
Organ Perkumuhan Bahan Buangan
Peparu Karbon dioksida, wap air
Ginjal Urea, air dan garam
mineral
Kulit Urea, air dan garam
mineral
Penyahtinjaan1. Penyahtinjaan adalah proses di mana najis
dikeluarkan daripada badan.
2. Najis adalah sisa makanan yang tidakdicernakan oleh badan.
3. Najis terbentuk di dalam usus besar.
4. Dinding usus besar menyerap semula
kebanyakkan air dalam najis sebelum najisitu dikeluarkan daripada badan.
5. Semasa penyahtinjaan, najis keluar
daripada badan melalui dubur.
Kepentingan Perkumuhan
Dan Penyahtinjaan
Untuk
mengekalkan
kesihatan
Mengingkirkan
bahan buangan
bertoksik
Menyingkirkan
makanan yang
tidak dicernakan
Mengeluarkan
air berlebihan