33
TUTORIAL 14 AIR TANIH Asmawi bin Abdullah SMK Purun 28330 Triang, Pahang

AIR TANIH

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AIR TANIH

TUTORIAL 14AIR TANIHAsmawi bin AbdullahSMK Purun28330 Triang, Pahang

Page 2: AIR TANIH

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan air tanih?

[3]

Air tanih merupakan air hujan yang menyusup masuk ke dalam tanah dan tersimpan di dalam batuan tidak telap air yang dikenali sebagai Akuifer.

Page 3: AIR TANIH

1 (b) Bagaimanakah edaran air tanih menjamin keberterusan sumber air sungai?

[4]

Sumber air tanih menjadi bekalan air yang tetap kepada aliran dasar sungai (based flow). la berlaku apabila air tanih yang tersimpan di dalam sistem akuifer akan mengalir secara mendatar di dalam tanah/ di atas lapisan batuan tidak telap air menuju ke sungai.

Page 4: AIR TANIH

1 (c) Jelaskan pengaruh sumber air tanih ke atas sistem atmosfera setempat.

[4]

Kadar sejatan yang dialami oleh lembapan tanih (sumber air tanih hampir dengan permukaan bumi membolehkan wap-wap air terbebas dan membentuk kelembapan udara di dalam atmosfera. Udara sekitar menjadi lebih lembab.

Page 5: AIR TANIH

1 (d) Bagaimanakah sumber air tanih yang ada di Malaysia boleh dimanfaatkan?

[4]

Sumber air tanih di Malaysia boleh dimanfaatkan untuk minuman dan industri mineral water melalui kaedah pengerudian dan mengepam. Air tanih akan dipam keluar di dalam takungan akuifernya untuk diproses menjadi air minuman.

Page 6: AIR TANIH

1 (e) Bagaimanakah air tanih terbentuk?

[4]

Air tanih terbentuk melalui air hujan yang meresap masuk ke dalam tanah yang kemudiannya tersimpan di atas lapisan batuan tidak telap air yang dikenali sebagai akuifer.

Page 7: AIR TANIH

1 (f) Jelaskan kepentingan air tanih kepada manusia.

[6]i. Sumber pengairan untuk pertanian khususnya di kawasan yang kurang sumber

air permukaan seperti di kawasan Tropika Kering dan Sub Tropika. Air tanih menggantikan sumber air sungai untuk mengairi kawasan pertanian. Contoh penggunaan telaga artes di India.

ii. Bekalan air domestik kepada penduduk setempat kerana penggunaan air tanih amat mudah dan murah. Kawasan yang sudah dikenalpasti hanya perlu digerudi dan dipamkan keluar airnya untuk disalirkan ke loji pembersihan (perawatan) sebelum diagehkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan. Di kampung kampung tradisional dan kawasan pedalaman penggunaan air tanih masih lagi berleluasa.

iii. Bekalan air kepada industri "mineral water". Sumber air tanih yang murah, bersih dan kaya dengan mineral menjadikan pilihan yang tepat untuk industri mineral water berkembang khususnya di Malaysia.

Page 8: AIR TANIH

1 (g) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi proses susupan. [6]

i. Faktor keporosan atau kejerapairan batuan. Batuan poros seperti batu pasir memiliki peratus liang pore yang banyak dan saiz liang porenya yang besar. Oleh sebab itu batuan ini mengalami kadar resapan yang tinggi.

ii. Faktor hujan. Bergantung kepada kelebatan, saiz dan jangka mass hujan. Hujan yang renyai dalam jNngka mass yang lama mengalami kadar resapan yang tinggi kerana setiap titisan berpeluang untuk meresap masuk ke dalam tanah sehingga tanih menjadi tepu air.

iii. Faktor litupan tumbuhan. Di kawasan hutan tebal (hutan primer) kadar resapan adalah tinggi kerana silara atau kanopi pokok melambatkan titisan air hujan daripada menimpa tanah. Titisan hujan ini cenderung meresap masuk ke dalam tanah.

Page 9: AIR TANIH

1 (h) Takrifkan maksud akuifer.[3]

Akuifer ialah formasi batuan yang boleh menakung dan menyimpan air di dalam tanah. Air dalam tanah ini tersimpan di atas batuan yang tidak telap air.

Page 10: AIR TANIH

1 (i) Bezakan akuifug dengan akuiklud

[4]i. Akuifug ialah formasi batuan yang hanya boleh

menyimpan air tetapi tidak membenarkan air yang disimpannya mengalir. Sebagai contoh air tanih yang disimpan di dalam formasi batuan granit.

ii. Akuiklud ialah formasi batuan yang boleh menyimpan dan membenarkan air tanih mengalir sebagai aliran air bawah tanah. Misalnya air yang tersimpan di dalam lapisan tanah liat dan juga batuan Syal.

Page 11: AIR TANIH

1 (j) Bagaimanakah aktiviti penyahhutanan boleh menjejaskan sistem akuifer?

[4]i. Aktiviti penyahutanan menyebabkan proses pintasan

atau cegatan silara tidak berlaku. Kesannya air hujan menimpa tanah dengan halaju yang tinggi. Air hujan ini tidak banyak meresap masuk ke dalam tanah, sebaliknya mengalir di permukaan.

ii. Apabila kadar susupan air hujan ke dalam tanah berkurangan maka bekalan air untuk sistem akuifer juga turut terjejas.

Page 12: AIR TANIH

1 (k) Jelaskan pengaruh aktiviti manusia terhadap simpanan air tanih. [4]

i. Aktiviti penyahutanan menyebabkan simpanan air tanih berkurangan apabila kadar susupan air ke dalam tanah juga berkurangan ekoran daripada tumbuhan tidak lagi menjalankan fungsi pintasan/ cegatan silara terhadap air hujan.

ii. Aktiviti penurapan muka bumf juga menjejaskan simpanan air ke dalam tanah ekoran daripada liang liang pore tanah ditutup yang menyebabkan proses susupan tidak berlaku.

Page 13: AIR TANIH

1 (l) Cadangkan langkah untuk mengekalkan kuantiti sumber air tanih.

[4]

i. Menjalankan penghutanan semula bagi kawasan hutan yang sudah ditebang. Tujuannya untuk meningkatkan kadar susupan air ke dalam tanah seterusnya menambahkan kuantiti sumber air tanih.

ii. Mengekalkan kawasan hutan simpan kekal yang berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.

Page 14: AIR TANIH

2 (a) Sejauh manakah faktor geologi mempengaruhi kadar susupan air ke dalam tanah di sesebuah kawasan. [13]

Faktor Kekerasan Dan Kelembutan batuan• Keras atau lembut batuan bergantung kepada keteguhan

mineral yang membentuknya. Batuan keras seperti batu granit dibentuk oleh mineral yang teguh dan stabil dan amat sukar mengalami larut resap.

• Berbeza dengan batuan lembut seperti batu kapur yang dibentuk oleh mineral kalsium karbonat yang lemah dan mudah bertindakbalas dengan air. Oleh sebab itu kawasan batu kapur mengalami kadar resapan yang tinggi.

Page 15: AIR TANIH

2 (a) Sejauh manakah faktor geologi mempengaruhi kadar susupan air ke dalam tanah di sesebuah kawasan. [13]

Faktor keporosan atau kejerapairan• Keporosan batuan bergantung kepada peratus liang pore (ruang

udara) yang terbentuk antara mineral/ butiran batuan. Contohnya batu pasir memiliki peratus liang pore yang banyak dan saiz liang porenya yang besar. Oleh sebab itu batuan ini amat poros dan mengalami kadar resapan yang tinggi.

• Berbeza dengan tanah liat, walaupun daripada jenis batuan lembut tetapi peratus liang porenya amat sedikit. Oleh sebab itu kadar resapan air bagi tanah liat adalah rendah. Di kawasan tanah Hat air biasanya akan bertakung.

Page 16: AIR TANIH

2 (a) Sejauh manakah faktor geologi mempengaruhi kadar susupan air ke dalam tanah di sesebuah kawasan. [13]

Struktur dan tekstur batuan• Struktur batuan merujuk kepada susun lapis batuan. Batuan enapan

biasanya terbentuk secara berlapis-lapis. Jika susunannya menegak maka ia mudah mengalami resapan air terutamanya di kawasan ira (joint) antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Manakala batuan yang tersusun secara mendatar, kadar resapannya adalah rendah.

• Tekstur batuan pula merujuk kepada kekasaran atau kelicinan mineral batuan. Tekstur yang kasar, bersegi-segi, prismatic seperti batu pasir akan mengalami kadar resapan yang tinggi berbanding dengan batuan yang licin dan berkilat

Page 17: AIR TANIH

2 (a) Sejauh manakah faktor geologi mempengaruhi kadar susupan air ke dalam tanah di sesebuah kawasan. [13]

Faktor rekahan atau rongga batuan• Saiz dan kepadatan rekahan amat mempengaruhi kadar

resapan. Rekahan merupakan garism kelemahan batuan, di kawasan rekahan inilah berlakunya resapan air.

• Batuan yang banyak rekahan seperti batu kapur dan dolomit (batu garam) mengalami kadar resapan yang tinggi berbanding dengan batuan yang amat sedikit rekahannya seperti batu marmar dan batuan metarmorfosis

Page 18: AIR TANIH

2 (a) Sejauh manakah faktor geologi mempengaruhi kadar susupan air ke dalam tanah di sesebuah kawasan. [13]

Faktor hujan.• Bergantungkepada kelebatan, saiz dan jangka masa hujan.

Hujan yang renyai dalam jangka masa yang lama mengalami kadar resapan yang tinggi kerana setiap titisan berpeluang untuk meresap masuk ke dalam tanah sehingga tanih menjadi tepu air.

• Berbanding dengan hujan lebat dalam jangka masa yang singkat cenderung untuk mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan (run off) dan kadar resapannya adalah rendah.

Page 19: AIR TANIH

2 (a) Sejauh manakah faktor geologi mempengaruhi kadar susupan air ke dalam tanah di sesebuah kawasan. [13]

Faktor litupan Tumbuhan.• Di kawasan hutan tebal (hutan primer) kadar resapan adalah

tinggi kerana silara atau kanopi pokok melambatkan titisan air daripada menimpa tanah. Titisan hujan ini cenderung meresap masuk ke dalam tanah.

• Berbeza dengan kawasan hutan sekunder atau kawasan lapang, halaju titisan hujan adalah tinggi kerana tiada halangan daripada silara pokok. Justeru is cenderung mengalir di permukaan daripada meresap ke dalam tanah

Page 20: AIR TANIH

2 (a) Sejauh manakah faktor geologi mempengaruhi kadar susupan air ke dalam tanah di sesebuah kawasan. [13]

Faktor kecerunan• Di kawasan cerun landai/ rata, kadar resapan adalah tinggi

ekoran daripada halaju pergerakan larian air permukaan (run off) adalah rendah. Pergerakan yang perlahan memberikan peluang kepada proses susupan/ resapan berlaku.

• Berbeza dengan kawasan cerun curam, halajunya tinggi dan sebahagian besar air hujan akan mengalir di permukaan/ tidak sempat untuk meresap ke dalam tanah.

Page 21: AIR TANIH

2 (a) Sejauh manakah faktor geologi mempengaruhi kadar susupan air ke dalam tanah di sesebuah kawasan. [13]

Faktor aktiviti manusia.• Aktiviti penurapan muka bumi dengan simen, tar/ bitumen dan

aspalt akan menutup liang‑ liang pore tanah. Oleh sebab itu kadar resapan amat sedikit atau mungkin tidak berlaku.

• Aktiviti penyahutanan, pemotongan dan peneresan cerun bukit juga akan mengurangkan kadar resapan sebaliknya menambahkan larian air permukaan kerana permukaan tanah tidak lagi dilindungi oleh tumbuhan. Halaju titisan hujan dan run off akan berganda.

Page 22: AIR TANIH

2 (b) Jelaskan kepentingan sumber air tanah kepada kitar hidrologi dan juga kepada manusia.

[12]

Menjamin bekalan air yang berterusan kepada sungai.• Air tanih menjadi storan tetap kepada sungai, tasik dan paya

menerusi edaran air bawah tanah supaya air sungai, tasik dan paya tidak kering.

• Air sungai, tasik dan paya yang sentiasa ada menjamin pula proses sejatan berlaku secara berterusan untuk penghasilkan wap-wap air, awan yang tepu dan turun kembali sebagai hujan yang akan meresap masuk kembali ke dalam tanah.

Page 23: AIR TANIH

2 (b) Jelaskan kepentingan sumber air tanah kepada kitar hidrologi dan juga kepada manusia.

[12]

Menjamin lembapan tanih untuk proses sejat- peluhan.• Kandungan air tanih yang tinggi membolehkan tanahsentiasa

lembab untuk membolehkan sejat-peluhan berlaku. Wap-wap air akan tersejat ke udara melalui liang-liang pore tanah.

• Kelembapan udara sekitar menjadi tinggi yang mempengaruhi pula proses kerpasan/ hujan.

Page 24: AIR TANIH

2 (b) Jelaskan kepentingan sumber air tanah kepada kitar hidrologi dan juga kepada manusia.

[12]

Aktiviti pertanian dan penternakan.• Kepentingan kepada tanaman. Melalui sistem telaga

artes, air tanih dalam sistem akuifer membekalkan air untuk menyiram tanaman terutamasekalidi kawasan kekurangan air seperti di utara India.

• Air tanih di kawasan oasis juga diguna sebagai bekalan air untuk tanaman kurma/ tamar di kawasan gurun di samping untuk minuman ternakan – unta, kambing, biri-biri dll

Page 25: AIR TANIH

2 (b) Jelaskan kepentingan sumber air tanah kepada kitar hidrologi dan juga kepada manusia.

[12]

Kepentingan domestik – harian penduduk.

• Air tanih yang dikorek atau dipam melalui sistem telaga diguna untuk bekalan air kepada penduduk ‑ minuman, mencuci dll.

• Banyak digunakan di kawasan pedalaman apabila system bekalan air paip tidak kesampaian.

Page 26: AIR TANIH

2 (b) Jelaskan kepentingan sumber air tanah kepada kitar hidrologi dan juga kepada manusia.

[12]

Industri air minuman (mineral water).

• Air tanih menjadi sumber asas yang murah dan percuma bagi industri mineral water. la hanya perlu digerudi dan di pam keluar.

• Proses seterusnya ialah melalui pengklorinan, penyahbakteria dan RO sebelum dibotolkan dan dijual di pasaran.

Page 27: AIR TANIH

3 (a) Bagaimanakah aktiviti-aktiviti manusia boleh menjejaskan kualiti air tanih di Malaysia.

[13]

Aktiviti Pembangunan Tanah• Pembangunan tanah secara besar- besaran samada untuk

pertanian, petempatan, pembandaran, perindustrian dan lain-lain yang melibatkan aktiviti pembalakan dan penyahutanan.

• Ini menyebabkan sumber air seperti sungai dan tasik tercemar apabila partikel-partikel tanah yang terhakis di bawa oleh larian air permukaan ke sungai. Kemerosotan kualiti air dikesan melalui kandungan pepejal terampai (SS) dan juga kekeruhan/ perubahan warna air.

Page 28: AIR TANIH

3 (a) Bagaimanakah aktiviti-aktiviti manusia boleh menjejaskan kualiti air tanih di Malaysia.

[13]

Aktiviti Pertanian• Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia

menyebabkan sumber air tanah tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresapkan ke dalam tanah.

• Kemerosotan kualiti sumber air ini dikesan melalui nilai pH. Contohnya banyak terdapat di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit

Page 29: AIR TANIH

3 (a) Bagaimanakah aktiviti-aktiviti manusia boleh menjejaskan kualiti air tanih di Malaysia.

[13]

Aktiviti penternakan• Longgokan najis haiwan seperti iahr ayam dan tahi khinzir ke

atas tanah menyebabhan sumber air tanih tercemar dengan bakteria e-Coli.

• Najis haiwan tersebut akan di arutresapkan oleh air hujan ke dalam tanah

Page 30: AIR TANIH

3 (a) Bagaimanakah aktiviti-aktiviti manusia boleh menjejaskan kualiti air tanih di Malaysia.

[13]

Aktiviti perindustrian• Pembuangan sisa toksid seperti sisa cat. detergent

dan sisa kimia yang dilupuskan secara haram ke atas tanah.

• Kesannya air tanih akan tercemar/ nilai pH (keasidannya) tinggi apabila dilarutresapkan oleh air hujan.

Page 31: AIR TANIH

3 (b) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjamin sumber air tanih di Malaysia sentiasa bersih dan berterusan. [12]

Langkah perundangan.• Penguatkuasaanundang-undang - pengawasan/

pemantauan yang teliti terhadap aktiviti pembuangan sisa perindustrian dan sisa pepejal/ sampah oleh Jabatan Alam Sekitar dan PBT.

• Tindakan tegas termasuk denda/ kompaun, menarik balik lesen operasi dan juga penjara ke atas mana-mana pihak yang dikenalpasti mencemarkan sumber-sumber air samada dari pekilang, penternak dll, di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling1974

Page 32: AIR TANIH

3 (b) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjamin sumber air tanih di Malaysia sentiasa bersih dan berterusan. [12]

Langkah pengurusan.• Merawat sumber air tanah yang telah tercemar khususnya

akibat sisa k lang dan alr kumbahan. Di samptng menyed a/ memperbanyakkan oi merawat air. Hanya air yang sudah dirawat sahaja yang boleh d alirkan ke sungai semula.

• Pada masa yang sama juga usaha-usaha mempertingkatkan R&D dan teknologi haruslah dijalankan dari masa ke semasa seperti teknologi kitar semula air atau mengubah teknologi perindustrian ke arah yang tidak mencemarkan air bagi menjamin sumber-sumber air tanih masa hadapan sentiasa bersih

Page 33: AIR TANIH

3 (b) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjamin sumber air tanih di Malaysia sentiasa bersih dan berterusan. [12]

Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar.• Menyedarkan masyarakat tentang pentingnya air

bersih dan menjaqa sumber air tanih sebagai penerus kehidupan.

• Kempen dilaksanakan melalui pelbagai saluran media massa seperti kempen hargatlah air dan sebagainya.

• Perdidikan alam sekitar menerusi matapelaiaran geoorafi