20
Hak Cipta SBP Zon Timur 2 007 SEJARAH DAN KITA SEJARAH DAN KITA BAB 1

Bab 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

SEJARAH DAN KITASEJARAH DAN KITA

BAB 1

Page 2: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Objektif PembelajaranObjektif PembelajaranPada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat 1. Memberi pengertian dan ciri-ciri sejarah2. Menyatakan sumber-sumber dan kaedah

pengkajian sejarah3. Menerangkan pentafsiran sejarah 4. Menerangkan tujuan dan faedah mempelajari

sejarah

Page 3: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Sejarah dan KitaSejarah dan Kita• Pengertian Sejarah• Ciri-ciri Sejarah• Sumber Sejarah• Kaedah Pengkajian Sejarah• Pentafsiran Sejarah• Kepentingan Sejarah

Page 4: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

PENGERTIAN SEJARAHPENGERTIAN SEJARAH• Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu

syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok• Bermaksud salasilah, riwayat, keturunan, dan asal usul• Ibn Khaldun “ sejarah membicarakan tentang masyarakat

manusia, atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu

• Herodotus “ penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakunya”

• Muhd Yusof Ibrahim “ Sejarah merupakan catatan tentang rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu”.

• Umumnya, sejarah merupakan penyelidikan tentang perkara-perkara yang telah berlaku.

• Para sejarawan mengkaji rekod-rekod lalu dan hasil kajian itu dikeluarkan dalam bentuk penulisan, foto, filem dan sebagainya.

Page 5: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Ciri-ciri SejarahCiri-ciri Sejarah• Fakta yang tepat dan benar• Peristiwa, tempat, tokoh, dan tarikh yang dapat

dibuktikan kebenarannya – fakta sejarah• Fakta sejarah tidak boleh direka dan ditokok

tambah & perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya

• Contohnya pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan

Page 6: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Penting dan BermaknaPenting dan Bermakna• Peristiwa kemerdekaan negara penting dan memberi

kesan kepada pelajar, ahli keluarga, masyarakat dan negara

• Tarikh lahir dan tarikh masuk sekolah juga merupakan peristiwa yang bermakna bagi diri pelajar

• Tarikh perkahwinan ibu bapa penting dan perlu diingati oleh ahli keluarga

• Hari Pekerja & Hari Guru – hari bersejarah untuk menghargai sumbangan pekerja & guru

• Hari Kebangsaan merupakan peristiwa yang amat bermakna untuk negara

• Sebagai warganegara yang cintakan negara, 31 Ogos 1957 ialah tarikh yang sangat bermakna – menandakan tamatnya era penjajahan di negara kita

Page 7: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Sebab dan AkibatSebab dan Akibat• Sejarah merupakan bidang ilmu yang bertujuan

mencari kebenaran tentang sesuatu peristiwa masa lalu

• Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa, pengkaji perlu mengetahui apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku.

• Jadi, kesahihan sesuatu fakta sejarah dapat dibuktikan. Contohnya kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

• Semasa dijajah, British membawa masuk pekerja dari China dan India yang akhirnya membentuk masyarakat majmuk yang mempunyai budaya & amalan tersendiri

Page 8: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Sumber SejarahSumber Sejarah• Sejarah ditulis berdasarkan kajian

terhadap sumber sejarah seperti artifak, fosil, dokumen, peta, manuskrip, dan sumber lisan

• Sumber sejarah memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa.

• Dua sumber sejarah yang penting ialah sumber pertama dan sumber kedua

Page 9: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Sumber Pertama(sumber Sumber Pertama(sumber primer)primer)

• Bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak, dan keterangan lisan.

• Belum diolah dan dicetak• Sumber-sumber tersebut bersifat asli

dan belum ditafsir• Contoh sumber pertama ialah fail

rasmi jabatan, surat peribadi, diari, manuskrip yang belum dicetak, dan batu bersurat

Page 10: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Sumber Kedua(Sumber Sumber Kedua(Sumber Sekunder)Sekunder)

• Terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis yang ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah

• Merupakan bahan yang telah diolah, dicetak, dan disebarkan kepada umum

• Contoh sumber kedua ialah buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, dan laporan tahunan jabatan

Page 11: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Kaedah Pengkajian SejarahKaedah Pengkajian Sejarah• Sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui temu

bual dengan seseorang tokoh.• Ucapan seseorang tokoh juga dapat memberikan

maklumat sejarah• Kaedah ini – kaedah lisan kerana maklumat diperoleh

terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan, pengisahan dan perbualan

• Kaedah lisan berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi

• Sejarawan akan memilih, mentafsir & membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat

• Ini dilakukan kerana terdapat kelemahan pada sumber lisan (wujud unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur dongeng, mitos dan lagenda

Page 12: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

• Perkembangan pesat ilmu sains & teknologi mempengaruhi kaedah mendapatkan sumber sejarah

• Pelbagai peralatan seperti televisyen, internet, video, cakera padat, radio,& pita rakaman digunakan(kaedah pandang dengar)

• Temu ramah @ perbualan- sumber yang digunakan dalam kaedah lisan

• Kaedah ini lazimnya digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang @ pandangan daripada seseorang tokoh

Page 13: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Kaedah BertulisKaedah Bertulis• Kaedah yang mendapatkan

maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar @ dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, daun kayu, logam, gading, & kertas

• Sumber yang ditulis, dilakar & dipahat pada bahan-bahan tersebut dapat membantu sejarawan memperoleh maklumat mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan & adat resam

Page 14: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Kaedah ArkeologiKaedah Arkeologi• Cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik• Pelbg cabang arkeologi : angkasa lepas, maritim, & gali cari• Ahli arkeologi mendapatkan maklumat daripada tinggalan

sejarah yang ditemui melalui proses gali cari• Ketetapan usia bahan-bahan tinggalan seperti fosil,binaan

daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar & kulit siput dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon

• Ahli arkeologi dapat membuat tafsiran & pentarikhan tentang budaya masyarakat melalui bahan tinggalan sejarah tersebut

• Tafsiran terhadap maklumat yang diperoleh dapat dilakukan

Page 15: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

• Contohnya ada sejarawan Barat mengatakan kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu kerana faktor kemanusiaan- membantu raja-raja mententeramkan kacau-bilau dan perang saudara

• Ada sejarawan yang mengatakan kedatangan pihak British kerana ingin membolot kekayaan ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu

• Peristiwa perjuangan Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela & Tok Janggut menentang penjajah : Sejarawan Barat – menganggap sebagai pemberontak

Sejarawan tempatan – pejuang tanah air kerana berani menentang penjajah

• Sejarawan perlu jujur & bertanggungjawab membuat penyelidikan & penilaian tentang sesuatu peristiwa

Page 16: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Pentafsirah SejarahPentafsirah Sejarah• Boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna,

berfaedah @ sebaliknya• Sejarawan berusaha mencari jawapan @

menerangkan sebab-musabab sesuatu peristiwa• Usaha untuk membuat tafsiran sejarah yang betul &

tepat memerlukan sejarawan melakukan penyelidikan• Tafsiran tentang sesuatu peristiwa yang sama

mungkin berbeza antara sejarawan• Contohnya : peristiwa pembunuhan J.W.W Birch

kerana memperkenalkan sistem cukai. Sejarawan lain – dibunuh kerana mengambil alih kuasa pembesar & raja Perak

• Tafsiran sejarah antara sejarawan berbeza kerana pandangan yang berlainan

Page 17: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Kepentingan SejarahKepentingan Sejarah Tujuan mempelajari Sejarah• Memperoleh banyak pengetahuan• Dapat membuat penilaian, mengetahui kepentingan

sesuatu peristiwa, dan sebab serta akibatnya• Pemahaman terhadap sejarah tamadun awal bangsa-

zaman Paleolitik pernah wujud di negara kita( melalui penemuan dan dapatan ahli-ahli arkeologi di tapak-tapak awal penempatan manusia Zaman Paleolitik di Kota Tampan) membuktikan bahawa bangsa dan negara kita turut menempuh zaman tersebut.

• Dapat melahirkan perasaan jati diri yang tinggi & membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain

Page 18: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

• Sumbangan tokoh negara mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

• Selepas merdeka, pemimpin negara telah berusaha memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial bagi meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik

• Kita harus menghargai jasa dan usaha pemimpin negara(masa lalu dan masa kini)

• Sejarah mengajar kita sikap berhati-hati supaya kesilapan masa lalu tidak akan berulang kembali

• Generasi masa kini dapat merangka wawasan masa depan dengan lebih yakin dalam usaha mempertahankan negara & memajukan negara dalam semua bidang

Page 19: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

Faedah Mempelajari SejarahFaedah Mempelajari Sejarah• Menjadi panduan dan memberi iktibar kepada kita

untuk memperbaiki sebarang kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan

• Kita perlu belajar daripada sejarah kejayaan bangsa dan negara kita- keagungan Kesultanan Melayu Melaka boleh dijadikan perangsang untuk kemajuan negara

• Kejayaan pemimpin negara mengisi kemerdekaan dengan merancang pelbagai pembangunan boleh dijadikan perangsang untuk terus maju

• Keagungan pada masa lalu boleh diulangi dengan adanya kegigihan dan kesungguhan rakyat

• Sejarah boleh memupuk semangat patriotisme @ semangat cintakan tanah air

Page 20: Bab 1

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007

• Kita seharusnya berbangga menjadi menjadi rakyat negara Malaysia yang hidup dalam suasana aman dan damai walaupun masyarakat kita berbilang kaum

• Ini boleh dilakukan jika kita mempunyai asas sejarah yang kukuh

Kesimpulan• Sejarah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran

untuk panduan masa kini dan masa hadapan• Generasi kita dapat memupuk semangat

patriotisme serta berbangga akan negara sendiri• Sejarah dapat membantu kita menghargai serta

memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara