71
1 BAB 4 BAB 4 PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN BUNYI C 5601 - TEKNOLOGI PERSEKITARAN

Bab 4 pencemaran hingar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab 4   pencemaran hingar

1

BAB 4BAB 4

PENCEMARAN BUNYIPENCEMARAN BUNYI

C 5601 - TEKNOLOGI PERSEKITARAN

Page 2: Bab 4   pencemaran hingar

2

DEFINASIDEFINASI

KAMUS FAJAR

Pencemaran : Perbuatan / perkara yang mencemarkanBunyi : Sesuatu yang dapat didengar dan dapat disukat kuat /

lemahnya dengan menggunakan alat khas

KAMUS PELAJAR

Pencemaran : Perihal mencemari atau mencemarkanBunyi : Sesuatu yang dapat didengar selain suara manusia

seperti enjin kapal terbang dan sebagainya

PENCEMARAN BUNYI BISING

Suatu bunyi,tanpa mengira magnitudnya, yang memberi kesan fisiologi atau psikologi yang tidak diingini pada seseorang individu dan

mengganggu keperluan sosial individu tersebut.

Page 3: Bab 4   pencemaran hingar

3

MASALAH BUNYI BISINGMASALAH BUNYI BISINGMASALAH PENCEMARAN BUNYI BISING INI KURANG MENDAPAT PERHATIAN SAMA ADA DARI ORANG AWAM ATAU PIHAK BERKUASA KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT:

Tidak semua individu menganggap sesuatu bunyi itu membisingkan, malahan mungkin bunyi yang dianggap bising oleh sesetengah pihak merupakan keperluan bagi pihak yang lain.

Bunyi bising berlaku hanya untuk jangka masa yang pendek (hanya beberapa minit atau beberapa jam) jika dibandingkan dengan pencemaran air dan udara yang berlaku untuk jangkamasa panjang atau berterusan.

Kesan fisiologi atau psikologi yang disebabkan oleh pencemaran bunyi bising berlaku secara beransur-ansur dan mengambil masa bertahun-tahun. Oleh itu agak sukar pihak yang terlibat untuk mengaitkan kesan yang dialami dengan masalah bunyi bising.

Page 4: Bab 4   pencemaran hingar

4

TIGA faktor akan menentukan sama ada sesuatu yang kita dengar itu bunyi bising atau tidak. Faktor-faktor tersebut adalah:-

Magnitud atau kuantiti bunyiKualiti bunyiAtitud pendengar atau penerima terhadap bunyi

Atitud pendengar / penerima pula akan berubah-ubah bergantung kepada masa dan keadaan. Oleh itu bunyi yang mempunyai kuantiti dan kualiti yang sama boleh jadi diperlukan pada hari siang hari tetapi dianggap mengganggu pada waktu malam.

Contohnya; sebuah lagu mungkin sedap didengar sewaktu kita berada di dalam kereta, tetapi jika lagu yang sama dimainkan pada tahap yang sama pada waktu malam ianya dianggap mengganggu kerana atitud kita sudah berubah.

Page 5: Bab 4   pencemaran hingar

5

PENGKELASAN BUNYIPENGKELASAN BUNYI

MUZIKMUZIKBunyi yang terdiri

daripada frekuensi-frekuensi yang ada

hubungan antara satu sama lain & kita mengesan suatu

keseragaman dalam bunyi itu.

HINGARHINGARBunyi yang didengar

terdiri daripada frekuensi & keamatan yang berbeza-beza

secara rawak maka kita tidak dapat mengesan

sesuatunya indah dalam bunyi itu.

Page 6: Bab 4   pencemaran hingar

6

KONSEP BUNYIKONSEP BUNYIBunyi yang terhasil dari getaran objek yang menghasilkan gelombang mekanik melalui

satu medium berjirim seperti gas, cecair ataupun pepejal.

PRINSIP BUNYIPRINSIP BUNYI

Apabila kon bergetar kehadapan, molekul-molekul udara didepannya dimampatkan.

Apabila kon bergetar ke belakang, molekul-molekul udara di depannya direnggangkan. Suatu siri mampatan & regangan molekul

dihasilkan.

Page 7: Bab 4   pencemaran hingar

7

Regangan

Mampatan

Regangan Regangan

Mampatan Mampatan

A

A

Ses

aran

,m Jarak (m)

Arah perambatan

λλ

f = frekuensi

λ = panjang gelombang

A = amplitud

Sumber bunyi

Page 8: Bab 4   pencemaran hingar

8

Halaju bunyi, V = f Halaju bunyi, V = f λλ

Bergantung kepada 1. Suhu gas 2. Jisim molekul gas

Jika suhu tinggi, halaju bunyi tinggi. Pada suhu yang sama, halaju bunyi tinggi jika jisim molekul gas rendah.

Halaju bunyi lebih tinggi dalam cecair & pepejal berbanding gas kerana kedudukan molekul-molekul cecair dan pepejal lebih rapat berbanding molekul-molekul dalam gas.

Page 9: Bab 4   pencemaran hingar

9

Panjang gelombang, Panjang gelombang, λλ

Panjang gelombang, λ ialah jarak antara dua titik berturutan yang bergetar sefasa, contohnya; jarak antara dua puncak berturutan / jarak antara 2 lembangan / keadaan yang sama

Page 10: Bab 4   pencemaran hingar

10

Frekuensi bunyi,fFrekuensi bunyi,f Frekuensi bunyi,f ialah bilangan getaran

lengkap yang dibuat suatu jasad yang bergetar dalam masa satu saat.

Unit bagi frekuensi = hertz (Hz) Frekuensi = bilangan getaran yang lengkap

Masa yang diambil

Amplitud,AAmplitud,A Amplitud ialah sesaran maksimum suatu

jasad dari kedudukan keseimbangannya.

Page 11: Bab 4   pencemaran hingar

11

KENYARINGAN & KELANGSINGAN KENYARINGAN & KELANGSINGAN BUNYIBUNYI

Suatu nada muzik ialah suatu bunyi yang mempunyai frekuensi yang tertentu.

Bunyi yang frekuensi tidak seragam → BISING

Ciri-ciri bagi suatu nada muzik ialaha) KENYARINGAN

b) KELANGSINGAN

Page 12: Bab 4   pencemaran hingar

12

KENYARINGAN BUNYI Kenyaringan suatu gelombang bunyi bergantung kepada

kadar pemindahan tenaga tentu melalui seunit luas yang berserenjang kepada arah perambatan gelombang itu.

Kenyaringan bunyi α kuasa & amplitud. Contoh :- petikan gitar lebih kuat ( amplitud lebih besar )

menghasilkan bunyi yang lebih kuat kenyaringannya dan didengar sebagai bunyi lebih kuat.

Amplitud tinggi, kenyaringan tinggi

Amplitud rendah, kenyaringan rendah

Page 13: Bab 4   pencemaran hingar

13

KELANGSINGAN BUNYI Kelangsingan bunyi bergantung kepada frekuensi gelombang bunyi. Bunyi lebih tinggi frekuensinya mempunyai kelangsingan yang tinggi.

Frekuensi tinggi, kelangsingan tinggi

Frekuensi rendah, kelangsingan rendah

Page 14: Bab 4   pencemaran hingar

14

JENIS KEBISINGANJENIS KEBISINGAN

Kebisingan Selanjar Kebisingan Fluktuasi Bunyi Hentaman / Impuls Kebisingan Selang Seli

Page 15: Bab 4   pencemaran hingar

15

KEBISINGAN SELANG SELIBunyi yang terjadi dalam masa tertentu sahaja.Contoh; kerja menggergaji kayu dihentikan untuk beberapa waktu.

BUNYI HENTAMAN / IMPULSBunyi bising yang tinggi intensitinya & tempoh terjadinya adalah pendek.Contoh; tembakan senjata api

KEBISINGAN FLUKTUASIPerubahan fluktuasi antara 2 puncak gelombang yang tinggi dengan yang rendah >3dB.

KEBISINGAN SELANJARIntensiti (tenaga bunyi) kebisingan yang malarPerubahan intensiti antara 2 puncak gelombang bunyi adalah <3dB

Page 16: Bab 4   pencemaran hingar

16

masa

masa

masa

Ara

s B

un

yiA

ras

Bu

nyi

Ara

s B

un

yi

< 3dB – Kebisingan selanjar

> 3dB – Kebisingan fluktuasi

Kebisingan selang seli

Page 17: Bab 4   pencemaran hingar

17

JENIS-JENIS BUNYI BISING

* `Steady Wide Band Noise’

- Meliputi bunyi dengan batas ulangan yang luas

- Contoh : Mesin biasa, Keriuhan Di Pasar, Trafik

* `Steady Narrow Band Noise’

- Tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu.

- Contoh : Mesin Rumput, Gergaji Rantai, Pengetam

Page 18: Bab 4   pencemaran hingar

18

* `Impact Noise’

- Bunyi tunggal yang pendek.

- Contoh : Letupan, Tembakan senjatapi.

* `Repeated Impact Noise’

- Bunyi tunggal yang berulangan.

- Contoh : Memaku, Memahat.

* `Intermittent Noise’

- Contoh : Pengangkutan Udara, Lalulintas.

Page 19: Bab 4   pencemaran hingar

19

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI

PENGELUARAN BUNYI* Ulangan (Hz)

- Lebih tinggi ulangan maka lebih tinggi perasaan ketidakselesaan.

* Kekuatan Bunyi (dB)

- Lebih tinggi/kekuatan sesuatu bunyi , lebih tinggi pula kadar kacau ganggu ke atas individu.

Page 20: Bab 4   pencemaran hingar

20

* Kekerapan Dan Tempoh

- Bunyi bising berterusan akan memberikan kacau ganggu dari bunyi yang tidak kerap kedengaran.

* Keperluan

- Jika sesuatu bunyi dihasilkan difikirkan tidak perlu, ketidakselesaan akan bertambah.

* Kepekaan

- Kepekaan dan sikap atau perasaan seseorang terhadap bunyi bising.

Page 21: Bab 4   pencemaran hingar

21

Skala Aras Kuasa dan Kekuatan BunyiSkala Aras Kuasa dan Kekuatan Bunyi

Suara bisikan30 0.0000001

60 0.000001

Suara pada aras perbualan70 0.00001

80 0.0001

Pekikan suara90 0.001

Kenderaan di jalan100 0.01

Radio yang kuat110 0.1

Piano120 1

Organ paip130 10

Orkestra besar140 100

Kapal terbang berkipas empat150 1,000

Engin turbo jet160 10,000

Kapal terbang jet yang hendak naik170 100,000

Roket19525,000,000 – 40,000,000

PuncaKekuatan Bunyi

(decibel)Kuasa (Watt)

Page 22: Bab 4   pencemaran hingar

22

PUNCA-PUNCA BUNYIPUNCA-PUNCA BUNYI

* KENDERAAN

Udara - Kapalterbang, jet,

Darat - Keretapi, kereta, lori, bas, motosikal

Air - Kapal, Bot

* PERINDUSTRIAN

Kilang-kilang

* PEMBINAAN

Kerja-kerja menghentam cerucuk, “jack hammer”

Page 23: Bab 4   pencemaran hingar

23

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BUNYI

Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini (kereta,motosikal, bas, lori, keretapi, kapal terbang dsb)

Page 24: Bab 4   pencemaran hingar

24

Kajian Kesan Lalu lintasKajian Jabatan Alam Sekitar Malaysia mendapati punca utama bunyi di bandar bandar utama di Malaysia adalah daripada lalu lintas.Purata bunyi lalu lintas ‑di bandar bandar utama di Semenanjung Malaysia adalah 71.6 dBA pada siang hari ‑dan 70.4 dBA pada malam hari.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi bunyi lalu lintas, antaranya ialah:(a) Permukaan jalan & jenis jalanJalan yang diperbuat daripada konkrit memberikan kesan bunyi 5 dBA lebih daripada jalan aspal. Permukaan jalan basah juga akan memberikan kesan yang lebih bising berbanding dengan permukaan jalan yang kering.

(b) Kelajuan kenderaanKadar hasilan bunyi berkadar terus dengan kelajuan sesebuah kenderaan. Kajian di Kanada mendapati kenderaan yang dipandu pada kelajuan 63 67 kmj‑ -1 memberikan mengeluarkan bunyi sebanyak 67 dBA dan meningkat kepada 73 dBA apabila kelajuannya 100 110 kmj‑ -1

(c) Nisbah laluan loriKadar hasilan bunyi juga berkadar terus dengan kuantiti lori yang melalui sesuatu jalan. Hal ini terjadi disebabkan lori merupakan kenderaan terbising di jalan raya.

Page 25: Bab 4   pencemaran hingar

25

(d) Kecerunan dan persimpangan jalan Kajian di Sweden menunjukkan 5% kecerunan jalan menyumbang kepada

peningkatan paras bunyi sebanyak 4 dBA, terutamanya apabila lori melalui kecerunan tersebut. Bagi persimpangan jalan yang mempunyai lampu isyarat pula, peningkatan paras bising didapati berlaku antara 3 5 dBA.‑

(e) Keadaan cuaca Faktor cuaca bergantung kepada keadaan suhu dan angin. Kajian

menunjukkan suhu boleh memberikan perubahan yang besar kepada kekuatan bunyi sehingga 20 dBA (maksimum) dan angin pula sehingga 30 dBA.

(f) Pembalikan pada bangunan Pembalikan bunyi bertentangan dengan arah puncanya terjadi disebabkan setiap

permukaan tidak mampu menyerap ke semua gelombang bunyi. Dinding atau bangunan yang didirikan berhampiran jalan atau sumber bunyi didapati boleh memberikan peningkatan paras bunyi sebanyak 3 dBA.

Faktor faktor lain seperti jenis & kuasa enjin, tayar, sistem penyejukan & ekzos ‑ juga mempengaruhi bunyi yang dikeluarkan oleh kenderaan.

Page 26: Bab 4   pencemaran hingar

26

Kapal terbang

Bunyi kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran lapangan terbang. Bunyi kapal terbang bergantung kepada jenisnya, kuasa enjin dan keadaan operasi di lapangan terbang.

Keretapi

Masalah bunyi sumber ini lebih ketara di kawasan kawasan tertentu sahaja, ‑misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya terdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama bunyi adalah daripada roda dan landasan keretapi. Bunyi juga berubah mengikut jenis, struktur laluan dan kecerunan.Kelajuan keretapi berkadar terus dengan bunyi, gandaan kelajuan akan meningkatkan kebisingan sebanyak 6 dBA. Purata kelajuan yang meningkat sebanyak 10 kmj-1 menghasilkan pertambahan bunyi daripada roda keretapi sebanyak 2 dBA. Selain itu, bunyi juga berpunca daripada isyarat wisel yang dikeluarkan oleh keretapi berkenaan.

Page 27: Bab 4   pencemaran hingar

27

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BUNYI

Aktiviti perindustrian. Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, mesin,kenderaan dsb

Aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi yang dijalankan di luar bangunan.

Page 28: Bab 4   pencemaran hingar

28

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BUNYI

Aktiviti-aktiviti pembinaan terutama operasi penanaman cerucuk.

Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi. Bunyi berpunca dari pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori

Page 29: Bab 4   pencemaran hingar

29

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BUNYI

Aktiviti-aktiviti domestik seperti bunyi dari peralatan rumah (seperti radio, penyedut hampagas) dan binatang peliharaan.

Page 30: Bab 4   pencemaran hingar

30

PENGUKURAN BUNYIPENGUKURAN BUNYIKaedahKaedah

Meter Arus BunyiMengukur tekanan bunyiTerdapat berbagai-bagai jenis mengikut ketepatan mengukur aras bunyi

Penganalisis Jalur OktafMempunyai penapis elektronik yang membolehkan ia mengukur intensiti bunyi pada jalur frekuensi yang dikehendakiMengetahui pada frekuensi berapakah bunyi bising paling ketara.

DosimeterDapat mengukur jumlah dos bunyi bising yang diterima oleh individu tertentu dalam jangkamasa tertentuDapat merekodkan intensiti bunyi dan masa pendedahannyaMemerlukan seseorang yang mahir dan berkelayakan

Page 31: Bab 4   pencemaran hingar

31

METER ARAS BUNYIMETER ARAS BUNYI Komponen asas

Mikrofon Amplifier Penapis frekuensi Alat paparan

Fungsi Menghasilkan satu jenis ketepatan untuk ukuran

bunyi bising dan analisis yang dijalankan adalah secara sistematik.

Kebaikan Alat mudah digunakan Senang & boleh di bawa ke mana-mana Boleh terus memaparkan data pada skrin Boleh menghasilkan graf setelah data diperolehi

Page 32: Bab 4   pencemaran hingar

32

Kaedah pengukuran Kedudukan kawasan kajian ditentukan dan

dikenalpasti bagi penentuan bacaan paras bunyi yang sesuai

Membuat pengujian alat untuk tujuan kejituan bacaan Alat didirikan di atas tripod pad ketinggian 1.5m dari

aras tanah. Pastikan tiada sebarang objek berdekatan dengan alat. Sekurang-kurangnya 2.5m dari alat. Alat model hendaklah berkedudukan condong 450. Penapis digunakan untuk menutup mikrofon bagi mengelakkan sebarang gangguan yang memberi kesan kepada bacaan seperti angin dan habuk

Bacaan disetkan untuk jangkamasa tertentu ( 1 jam ) Bacaan diambil pada skrin alat Pengantaran data pada pencetak untuk proses

keputusan.

Page 33: Bab 4   pencemaran hingar

33

Balikan bunyi ketika pengukuranBalikan bunyi ketika pengukuran

Page 34: Bab 4   pencemaran hingar

34

PENCEMARAN BUNYI DAN KESAN KE ATAS KESIHATAN

Definasi Sainstifik

Signal yang tiada memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa.

Definasi Biasa

Bunyi yang tidak disukai yang memberi ketidakselesaan.

Page 35: Bab 4   pencemaran hingar

35

PARAS BUNYI YANG PARAS BUNYI YANG DISARANKANDISARANKAN

Piawaian bunyi bising mempunyai hak-hak yang digubal berdasarkan maklumat-maklumat saintifik untuk melindungi;

Tahap kesihatan manusiaKebajikanPendedahan kacau ganggu kepada komunitiPengurangan gangguan bunyi bising ke tahap

yang selamat

Page 36: Bab 4   pencemaran hingar

36

Paras bunyi yang disarankan Paras bunyi yang disarankan oleh WHOoleh WHO

Kesukaran berbual

Kerap terjaga untuk tidur

45 dB

35 dB

Domestik / Dalam Rumah

Siang hari

Malam hari

Peningkatan gangguan

Kesukaran untuk tidur

55 dB

45 dB

Kampung / Kawasan Bandar

Siang hari

Malam hari

Risiko menghadapi masalah pendengaran

75 dB

(8 jam)Industri sektor pekerjaan

KESAN JIKA < DARI KESAN JIKA < DARI HAD BUNYIHAD BUNYIHAD BUNYIHAD BUNYISEKTORSEKTOR

Page 37: Bab 4   pencemaran hingar

37

KESAN PENCEMARAN BUNYI KESAN PENCEMARAN BUNYI BISINGBISING

KESAN BIOLOGI & PSIKOLOGI

Gangguan Komunikasi

Kesan Kepada Kesihatan

Kesan Kepada Habiliti

KESAN TERHADAP EKONOMI

Kesan Kepada Nilai Harta Benda

Page 38: Bab 4   pencemaran hingar

38

1) Gangguan Komunikasi

Rasa kurang selesa untuk bercakapMungkin salah tafsir arahan, ketidak sempurnaan dalam melakukan tugas

Contohnya;Semasa sesi pembelajaran, mesyuarat, pengumuman, arahan, perhimpunan

Page 39: Bab 4   pencemaran hingar

39

2) Kesan Kepada Kesihatan

Terbahagi kepada dua :Kesan Kepada Telinga (Auditory Effect)Kesan Di Luar Telinga (Non Auditory Effect)

Page 40: Bab 4   pencemaran hingar

40

i) Kesan Kepada Telinga

a) Kesan Semerta

- Disebabkan bunyi yang kuat (>120 dB)

- Menyebabkan pecah selaput tympanum, kerosakan tulang kecil pendengaran.

- Hilang pendengaran kekal.

b) Kesan Kronik

- Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat

(>85 dB - 5 tahun, > 8 jam sehari)

- Lebih tinggi frekuensi, kerosakan koklia tinggi

Page 41: Bab 4   pencemaran hingar

41

c) TTS (Temporary Threshold Shift)

- Threshold pendengaran tinggi semasa bekerja di tempat bising.

- Kembali asal setelah 12 jam keluar dari suasana bising.

d) PTS(Permanent Threshold Shift)

- Pendedahan berulangan - threshold pendengaran tidak kembali kepada ‘base line’ asal.

Page 42: Bab 4   pencemaran hingar

42

* Kesan Di Luar Telinga

a) Kesan Fisiology

- Meningkatkan Tekanan darah melalui galakan ANS (Autonomy Nerves System)

- Meningkatkan Pergerakan Otot.

b) Kesan Psychosomatic.

- Sakit Kepala, pening, loya, muntah

- Nystagmus (pergerakan mata tak dapat dikawal)

Page 43: Bab 4   pencemaran hingar

43

c) Kesan Pyscology

- Gangguan Percakapan

- Annoyance (Ketidakselesaan)

Ulangan Tinggi, intensiti kuat

Dipengaruhi oleh faktor lain- faktor fizikal, altitude.

- Kesan Tingkahlaku

Mutu kerja dan kecekapan menurun.

Page 44: Bab 4   pencemaran hingar

44

- Keletihan

Gangguan saraf dan ketegangan

d) Lain-lain

- Mudah marah

- Sering merasa cemas.

Page 45: Bab 4   pencemaran hingar

45

3) Kesan Kepada HabilitiPerasaan yang terganggu

Bunyi merupakan penyebab terjadinya sakit jiwa tetapi sukar untuk meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai sifat dan tahap penerimaan yang berbeza. Gangguan ini merupakan suatu konsep yang kompleks dan sukar untuk dikaitkan dengan kepekaan seseorang kerana ia bergantung kepada berbagai bagai faktor seperti ‑persekitaran, masa & jangka masa bunyi, kebiasaan dan citarasa seseorang.

Gangguan tidur

Gangguan tidur bergantung kepada:4)Rangsangan bunyi

Jenis Kekuatan Tempoh masa Ulangan atau

kekerapan5)Tahap tidur

Tidur nyenyak Tidur kurang

nyenyak6)Alam persekitaran

Sifat individu Umur Kesihatan

Page 46: Bab 4   pencemaran hingar

46

KESAN TERHADAP EKONOMIKesan Kepada Nilai Harta Benda

Penurunan nilai hartanah bagi kawasan yang berdekatan dengan kawasan kilang & industri / jalanraya utama

Page 47: Bab 4   pencemaran hingar

47

KAEDAH PENEBATAN HINGARKAEDAH PENEBATAN HINGAR

Perlindungan Dari Penerima Menambah Jarak Laluan Pengadang Hingar Kawalan Pada Punca

Page 48: Bab 4   pencemaran hingar

48

KAEDAH PENEBATAN HINGAR DI TEMPAT KERJA.1. Penguatkuasaan dari pihak kilang

untuk :- Dari mana bunyi itu datang Bagaimana nak atasi Apa yang perlu dilakukan

2. Mengawasai punca bunyi melalui rekabentuk

Reduce impact forces Reduce speeds & pressure Reduce frctional resistance Reduce radiating area Reduce noise leakage Isulate & dampen vibtrating

element3. Noise control in the tranmission

path Separation Absorbing material Acoustical lining Barriers dan panel Trasnmission loss Enclosures

1. Control of noise source by redress Balancing rotating parts Reduce frictional resistance Apply damping materials Soil noise leaks Perform routine maintenance

2. Protect the receiver When all else fails Alter work schedule Ear protection

Page 49: Bab 4   pencemaran hingar

49

HAD ARAS HINGAR YANG DAPAT HAD ARAS HINGAR YANG DAPAT DITERIMADITERIMA

50 60dB‑Kafetaria

40 60dB‑Restoran.

40 55dB‑Pejabat Am, Kedai, Stor

40 45dB‑Bilik Mesyuarat

Perniagaan

40 50dB‑Bank

35 45dB‑Pejabat Persendirian

40dBBilik Tamu

35dBBilik Tidur (Hotel)

30dBBilik Tidur(rumah Pangsa)

perumahan 25dBBilik Tidur (Rumah Persendirian)

40 45dB‑Bilik Mahkamah Bilik Persidangan

35 40dB‑Gereja

25 35dB‑Dewan KonsertAuditorium

25 30dB‑Bilik Bedah

20 25dB‑Wad Persendirian (Hospital)

25 35dB‑Wad Awam (Hospital)

Kesihatan

35 45dB‑Perpustakaan

20 35dB‑Bilik Belajar (Persendirian)

30 40dB‑Bilik Kuliah, Bilik Darjah

Pendidikan

40 50dB‑Makmal

60 90dB‑Bengkel Berat

40 60dB‑Bengkel KetepatanPerindustrian

Page 50: Bab 4   pencemaran hingar

50

PERUNDANGAN BERKAITAN BUNYI DI MALAYSIA

Page 51: Bab 4   pencemaran hingar

51

Page 52: Bab 4   pencemaran hingar

52

Kaedah ini merupakan cara kawalan paling berkesan. Apabila bunyi sudah dibebaskan oleh sumber ke alam persekitaran, ia akan menjadi satu masalah yang sukar dirawat.Kawalan kepada sumber boleh dilakukan dengan dua cara.

Mengubah suai ciri ciri sumber serta pembinaan ‑teknologi baru, misalnya penciptaan minyak pelincir atau penggunaan bahan bahan yang dapat ‑mengurangkan geseran dan dengungan

Menyediakan alat alat yang dapat menyerap bunyi ‑seperti melingkungi sumber dengan bahan penyerap bunyi.

Kebiasaannya, pengurangan bunyi pada sumber adalah terhad disebabkan oleh faktor ekonomi. Misalnya penciptaan teknologi baru bagi tujuan mengurangkan bunyi memerlukan masa yang panjang dan kos yang tinggi sehingga ekonomi tidak membenarkan lagi pengurangan bunyi dibuat.

1) KAWALAN KE ATAS SUMBER 1) KAWALAN KE ATAS SUMBER PENGELUAR BUNYIPENGELUAR BUNYI

Page 53: Bab 4   pencemaran hingar

53

2) KAWALAN KE ATAS LALUAN BUNYI2) KAWALAN KE ATAS LALUAN BUNYI Bunyi boleh dikurangkan jika laluan dan penyebarannya

dihalang oleh rintangan seperti tembok, tambakan tanah dan sebagainya. Ini adalah kerana bunyi telah diserap atau ditapis dan diserakkan oleh hadangan tersebut. Pembinaan tembok berupaya mengurangkan bunyi sebanyak 10 15 dBA. Prinsip ‑kawalan kepada laluan dan penyebaran bunyi amat sesuai digunakan dalam perancangan bandar bagi mengurangkan bunyi. Walau bagaimanapun, faktor ketinggian, tebal dan jenis tembok yang digunakan menentukan paras bunyi yang boleh dikurangkan.

Penurunan bunyi adalah berkadar terus dengan jarak sumber bunyi; semakin jauh sumber bunyi, maka semakin berkurangan bunyi.

Page 54: Bab 4   pencemaran hingar

54

3) KAWALAN KEPADA PENDENGAR Kawalan kepada pendengar bermaksud menghalang bunyi

daripada diterima oleh pendengarnya.

Tindakan boleh diambil bagi pihak penerima bunyi secara meletakkan penerima bunyi jauh dari sumber bunyi atau meletakkan suatu penghalang bunyi di antaranya.

Perancangan tapak dan reka bentuk landskap yang baik amat sesuai dilakukan berdasarkan prinsip ini seperti pelan susun atur, pendekatan seni taman dan perkawasan aktiviti.

Penggunaan alat pelindung pendengaran juga berkesan bagi mengurangkan masalah bunyi. Penutup telinga berupaya mengurangkan bunyi sebanyak 50 dBA; sumbat gentian kaca dan span dapat mengurangkan bunyi sebanyak 37 dBA.

Page 55: Bab 4   pencemaran hingar

55

4) KAEDAH PERANCANGAN GUNA TANAH Perancangan gunatanah atau lebih dikenali sebagai perancangan

bandar & wilayah ataupun perancangan fizikal adalah sebagai seni & sains mengatur penggunaan tanah seperti penempatan bangunan, kawasan industri, kawasan lapang serta laluan perhubungan bagi mencapai keseimbangan yang optimum dari segi ekonomi, keselesaan & estetika. Tujuan perancangan guna tanah ialah untuk mengarah pembangunan & penggunaan tanah bagi memenuhi kebajikan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Perancangan guna tanah dibuat dalam dua bentuk iaitu:

Perancangan berbentuk penggubalan polisi melalui pembentukan rancangan pembangunan (rancangan struktur & rancangan tempatan) bertindak sebagai petunjuk arah pembangunan. Polisi yang digubal di peringkat rancangan struktur akan diterjemah & diperincikan untuk dilaksanakan di peringkat rancangan tempatan.

Sistem kawalan pembangunan bertindak sebagai agen pelaksanaan & pengubahsuaian polisi yang ditetapkan dalam rancangan pembangunan.

Page 56: Bab 4   pencemaran hingar

56

PERANCANGAN GUNA TANAH

1) Pengezonan Guna Tanah

2) Penyediaan Halangan

3) Had Paras Bunyi Mengikut

Sempadan Zon

4) Pengurusan Lalu Lintas

5) Kaedah Lain Pengawalan

Page 57: Bab 4   pencemaran hingar

57

1) Pengezonan Guna Tanah Pengezonan atau perkawasan guna tanah digunakan oleh pihak

berkuasa tempatan untuk melindungi kepentingan awarn melalui peraturan kegunaan tanah dan bangunan.

Perkawasan guna tanah dibuat atas prinsip bahawa guna tanah bandar mungkin dibahagikan kepada beberapa zon.

Kawasan yang mempunyai ciri ciri yang sama dikumpulkan ‑bersama dalam satu zon supaya percanggahan antara aktiviti dapat dihindari atau diminimurnkan.

Guna tanah dikumpulkan atau diagihkan dalam zon zon ‑tertentu mengikut kesesuaiannya serta mengikut fungsi dan bentuknya

Page 58: Bab 4   pencemaran hingar

58

2) Penyediaan Halangan 2) Penyediaan Halangan – Rintangan Fizikal– Rintangan Fizikal

Boleh menghalang bunyi bising sebanyak 10 -15 dB.

Faktor bergantung kepada:- Ketinggian tembok Ketebalan tembok Jenis tembok

Ciri ciri yang perlu pada sesuatu ‑rintangan fizikal supaya ia dapat berfungsi dengan baik bagi mengurangkan bunyi ialah:

Keras/teguh, supaya ia tidak turut bergetar dan bergerna,

Mempunyai cukup jisim untuk menahan pancaran bunyi, boleh menyerap bunyi melalui keupayaan penyerapan.

LemahLemahLemahTembok

kayu

SederhanaSederhanaSangat

BaikTembok Konkrit

BaikBaikSangat

BaikTembok

Bata

Sangat BaikBaikTiada, tetapi

tidak bergemaTambakan

Tanah

Penyerapan(Damping)

Jisim(Mass)

Keteguhan(Stiffness)

Jenis

Page 59: Bab 4   pencemaran hingar

59

Tembok ‘Sound Fighter LSE Tembok ‘Sound Fighter LSE Walls Panels’Walls Panels’Kebaikan

Mudah dikendalikan Tatacara pemasangan mudah Menjimatkan Tidak memerlukan tenaga buruh yang ramai

Ciri-ciri1) Penyerapan bunyi mempunyai ciri-ciri dinding penyerap bunyi3) Nipis

Panel nipis Berat satru panel 5lbs setiap kaki persegi

4) Ketahanlasakan Tahanlasak terhadap tindakbalas kimia akibat lelasan cat dan bahan

pencuci tanpa rosakan panel5) Binaan bermodul

Mudah dipasang dan mudah dikendalikan6) Ujian UV

Jenis tahan lama terhadap sinaran matahari Mudah berkarat / mudah nampak kekotoran

7) Rintangan angin Berupaya menahan angin pada kelajuan 200 mph

8) Ketinggian Ketinggian boleh mencapai 35 kaki untuk mengurangkan bunyi bising

Page 60: Bab 4   pencemaran hingar

60

2) Penyediaan Halangan - 2) Penyediaan Halangan - Penanaman Pokok Dan Kawasan

LapangPokok yang berbentuk menegak, berdaun tajam serta kecil dan ranting yang menegak ke atas dapat mengurangkan bunyi bising pada kadar 4 6 dBA berbanding dengan ‑pokok yang tinggi membulat dan menegak serta mendatar dengan ukuran panjang daun kira kira 7.5 cm (3 inci) boleh ‑mengurangkan lebih kurang 6 8 dBA. ‑Bagi menebat bunyi antara 8 12 dBA, pokok yang sesuai ‑adalah daripada jenis yang tinggi dan membulat dengan daun berukuran antara 10 15 cm (4 6 inci) ‑ ‑Sekelompok pokok yang ukuran lebarnya 30 meter (100 kaki) dapat mengurangkan bunyi sebanyak 7 dBA.

Pokok dan belukar yang ditanam secara rawak hanya berupaya mengurangkan bunyi sebanyak 2 dBA hingga 5 dBA pada jarak 100 meter berbanding dengan pokok yang ditanam secara sistematik yang dapat mengurangkan sebanyak 10 dBA hingga 15 dBA pada jarak yang sama

Page 61: Bab 4   pencemaran hingar

61

Kajian pernah mendapati jika rumput, tumbuhan renek dan pokok ditanam di cerun yang menghadap punca bunyi, kadar kebisingan dapat dikurangkan 8 hingga 10 dBA (Iihat Rajah 1).

Rajah 1: Penapisan bunyi bising oleh tumbuhan hijau

Rajah 2 : Pengurangan bunyi bising melalui

tambakan tanah, tembok pengadang dan penanaman

pokok

Page 62: Bab 4   pencemaran hingar

62

Zon Penampan Bukan Kediaman Zon penampan seperti bangunan kedai, pejabat atau industri ringan

diletakkan di antara jalan raya yang bising dengan kawasan kediaman.

Kaedah ini lebih sesuai dari segi ekonomi kerana tanah yang mahal dapat dimanfaatkan untuk tujuan yang berekonomi.

Rajah 3 menunjukkan contoh penyusunan guna tanah yang direka untuk mengasingkan komuniti dalarn kumpulan atau zon yang sepadan iaitu untuk melindungi kawasan kediaman daripada bunyi lalu lintas dan lapangan terbang melalui kaedah perkawasan dan zon penampan bukan kediaman.

Kawasan IndustriKawasan PerdaganganKawasan KediamanJalan Utama

RAJAH 3

Page 63: Bab 4   pencemaran hingar

63

3) Had Paras Bunyi Mengikut Sempadan Zon

6575Berat

5565Am

5060Ringan

INDUSTRI

6575Bukan Kediaman

6065Bercampur

5560Kediaman

BANDAR

6060Bukan Kediaman

5060Bercampur

4050Kediaman

PINGGIR BANDAR

4050LUAR BANDAR

(2200-0700)(0700–2200)

MalamSiang

Klasifikasi Paras Bunyi (dBA)

Page 64: Bab 4   pencemaran hingar

64

4) Pengurusan Lalu Lintas Mengasingkan Kenderaan Dari Penerima

3. Menyediakan laluan untuk kenderaan berat jauh dari kawasan perumahan atau membataskan penggunaan jalan tempatan pada waktu waktu tertentu sahaja. ‑

4. Selain itu, laluan bas dan jalan jalan utama terutamanya di kawasan ‑perumahan perlulah direka bentuk sedemikian rupa sehingga, dapat menghindari masalah bunyi.

Melancarkan Pengaliran Lalu lintas

8. Keadaan ini boleh dicapai dengan menyediakan laluan khusus untuk lalu lintas yang membuat perjalanan terus tanpa melalui pusat bandar.

9. Di samping itu, pembinaan persimpangan termasuk persimpangan lampu isyarat dapat dikurangkan dengan adanya jalan khusus atau jalan pintas untuk kenderaan yang jalan terus. Tanpa persimpangan berlampu isyarat, paras bunyi bising lalu lintas dapat dikurangkan

10. Bagi kawasan kediaman pula, dengan melancarkan pengaliran lalu lintas, kenderaan luar tidak akan melalui kawasan tersebut sebagai laluan altematif. Dengan ini bunyi lalu lintas di kawasan tersebut dapat dikurangkan.

Page 65: Bab 4   pencemaran hingar

65

40414243444647484950525456606680

4243444546484950_5152545658626882

44454647485051525354565860647084

46474849505253545556586062667286

48495051525455565758606264687488

50515253545657585960626466707690

52535455565859606162646668727892

54555657586061626364666870748094

56575859606263646566687072768296

5859606162646566676870727458498

6Q6162636466676869707274768086100

626364656668697071727476788288102

646566676870717273747678808490104

66768697072737475767880828692106

686970717274757677788082848894108

707172737476777879808284869096110

328(100)

295.1(90)

262.3(80)

230(70)

197(60)

164(50)

146(45)

131.1(40)

115.8(35)

98.4(30)

82(25)

65.6(20)

49.2(15)

32.8(10)

16.4(5)

satu meter dari sumber

(dBA)

Jarak dalam kaki (meter)Paras Bising

Jadual 1 : Pengurangan bising dengan penjarakan

Page 66: Bab 4   pencemaran hingar

66

5) KAEDAH LAIN PENGAWALAN Penyediaan Laluan Pejalan kaki Menggalakkan Penggunaan Kenderaan

Awam. Susunatur Rumah.

Page 67: Bab 4   pencemaran hingar

67

Garis putus menunjukkan bauran yang samaKedudukan paling baik untuk halangan:paling hampir dengan sumberKedudukan paling teruk:pertengahan di antara sumber & pendengarRajah 4 : kesan sekatan halangan

Page 68: Bab 4   pencemaran hingar

68

KAEDAH PENGURANGAN BUNYI KAEDAH PENGURANGAN BUNYI DLM BANGUNANDLM BANGUNAN

PANTULAN

Rajah 5 : Hukum pantulan pada permukaan bangunan

Permukaan cekung

Permukaan rata

(pantulan selari)

Permukaan cembung

Pantulan menumpu

Pantulan berselerak

Pantulan berselerak

(pada praktisnya)

Page 69: Bab 4   pencemaran hingar

69

Rajah 6 : Kesan pentas, siling dan dinding terhadap penyebaran suara

Page 70: Bab 4   pencemaran hingar

70

PENYERAPAN

Rajah 7 : Penebatan di sebelah dalam unit agihan udara

Strukur kayu yang berliang akan menyerap bunyi

Langsir / tirai

Penyerapan bertambah baik dengan menganjakkan langsir dari dinding

Page 71: Bab 4   pencemaran hingar

71

KEMASAN PERMAIDANI

Jenis benang pintal (simpul) Jenis benang berpotong .

SELIMUT AKUSTIK•Biasanya bahan penyerap jenis selimut akustik terdiri daripada rockwool, gentian kaca atau hairfelt. •Selimut akustik, setebal 2 13 cm‑

LEPA AKUSTIKBahan penyerap jenis ini didapati dalam bentuk semi-plastik. Lepa akustik ini disembur atau diturap menggunakan alat penyapu simen ke bahagian permukaan yang diperlukan. Prestasi alat penyerap ini baik pada frekuensi tinggi sahaja.