8
BADAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN

Badan bertindak bahasa kebangsaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Badan bertindak bahasa kebangsaan

BADAN BERTINDAK

BAHASA KEBANGSAAN

Page 2: Badan bertindak bahasa kebangsaan

Sejarah Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan.

• Badan bertindak bahasa kebangsaan(BBBK) ditubukan pada 7 julai 1964.Perjumpaan untuk menubuhkan BBBK berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP).

• BBBK ini ditubuhkan untuk memastikan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi tunggal negara.

• Badan ini dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir Ismail iaitu pengarah DBP ketika itu dan Hasssan Ahmad sebagai setiausahanya(1964-1967).

Page 3: Badan bertindak bahasa kebangsaan

Matlamat Utama• Mendaulatkan bahasa Kebangsaan(bahasa Melayu) sebagai

bahasa rasmi tunggal negara.• Melaksanakan kehendak-kehendak perlembagaan negara

seperti yang tercatat pada perkara 152.• Menimbulkan semangat cinta akan perjuangan mendaulatkan

bahasa Kebangsaan.• Membela dan memberikan sokongan kepada pejuang-pejuang

bahasa kebangsaan untuk meneguhkan keyakinan mereka bahawa mereka itu tidak keseorangan dalam perjuangan mereka.

Page 4: Badan bertindak bahasa kebangsaan

• Bagi membolehkan ketiga-tiga matlamat tersebut dicapai,cawangan badan bertindak bahasa kebangsaan telah ditubukan di seluruh negara.• BBBK memberikan ceramah,penerangan dan rapat

umum bagi menyatakan perjuangan mereka terhadap bahasa melayu.

Page 5: Badan bertindak bahasa kebangsaan

Sumbangan BBBK• Salah satu sumbangan BBBK yang penting ialah kesungguhan

mereka menentang Akta Bahasa Kebangsaan 1967.• Penentangan ini ekoran daripada Rang Undang-undang Bahasa

Kebangsaan 1967 yang dikemukakan di parlimen pada 23 februari 1967.

• Setelah mengkaji Rang Undang-undang ini,BBBK beranggapan bahawa rang undang-undang tersebut bertentangan dengan perkara 152 .

• Hal ini demikian kerana peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tidak dinyatakan dengan jelas dan pada masa yang sama kedudukan bahasa Inggeris bertambah kukuh di Malaysia.

Page 6: Badan bertindak bahasa kebangsaan

• BBBK juga beranggapan bahawa rang undang-undang yang baharu ini akan menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa Inggeris diberikan nilai ekonomi yang tinggi.Walau bagaimanapun,bantahan BBBK tidak mendapat perhatian.

• Oleh itu,pada 2 Mac seramai 2000 orang Melayu daripada 150 buah pertubuhan bukan kerajaan(NGO) telah mengadakan rapat umum di Balai Budaya DBP.Rapat umum ini bertujuan untuk mendesak agar Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967 tidak diluluskan.

• Pada 3 Mac pula,mereka mengadakan perarakan dengan mengusung keranda yang bertulis 152 kerana membantah rang undang-undang tersebut.Peristiwa ini dikenali peristiwa Keranda 152.Walau bagaimanapun rang undang-undang tetap diluluskan sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Page 7: Badan bertindak bahasa kebangsaan

• Hasil daripada tindakan BBBK ini,kerajaan mula bertindak tegas untuk melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.Antaranya kerajaan telah mengarahkan supaya semua surat rasmi mesti ditulis dalam bahasa Melayu dan surat yang ditulis dalam bahasa lain tidak dilayan.

• Sebagai kesimpulannya,BBBK telah meniupkan obor perjuangan untuk mendaulatkan bahasa Melayu serta menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa Melayu.Tindakan BBBK akan kekal sebagai tindakan paling berani bangsa Melayu menegakkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Page 8: Badan bertindak bahasa kebangsaan

SEKIAN TERIMA KASIH…

• Hafizatul,Hajar,HajarNur,Jamilah,Arinah