2
Bagaimana menggunakan video dalam kelas? Sebelum, semasa, dan selepas. Satu risalah baru-baru ini menunjukkan bahawa cara paling efektif dalam menggunakan video untuk pembelajaran adalah sebagai meningkatkan kualiti pembelajaran atau suatu unit pembelajaran. Video sebaiknya digunakan sebagai suatu elemen pembelajaran bersama-sama dengan sumber atau bahan pembelajaran lain yang guru ada. Dalam mengajar sesuatu topik, penggunaan video dalam kelas harus dipersiapkan dengan baik sebagaimana media pembelajaran atau alat yang lainnya. Tujuan pembelajaran khusus harus ditentukan, begitu juga langkah-langkah pembelajaran serta kegiatan pemantapan harus direncanakan dengan baik. Paling penting, semua video yang akan digunakan dalam pembelajaran haruslah dikaji terlebih dahulu oleh guru agar benar-benar sesuai dengan keperluan pembelajaran. Sebelum menggunakan video dalam kelas, guru haruslah merancang terlebih dahulu apa yang ingin ditayangkan. Pratonton perlu dilakukan sebelum menayangkan sesuatu video dalam kelas. Guru juga perlu mengkaji atau membangunkan bahan-bahan web atau bahan yang berkaitan. Penentuan sama ada guru akan menggunakan keseluruhan video atau segmen berkaitan dengannya juga haruslah diberi perhatian di sini. Selain itu, guru perlu menyediakan persekitaran dalam kelas dan peralatan video haruslah berfungsi sepenuhnya. Guru perlu juga merangsang pengetahuan sedia ada pelajar. Biarlah video yang ditayangkan dalam kelas tersebut memberikan kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Jangan ada perkara yang akan membantutkan proses penayangan video di kelas kerana apabila ianya berlaku, akan menjejaskan atau lebih kepada pembaziran masa. Hal ini kerana masa pengajaran dan pembelajaran hanyalah selama satu,dua atau empat masa sahaja. Pengurusan dan perancangan amatlah penting untuk diberi perhatian sebelum menggunakan video dalam kelas. Semasa menggunakan video dalam kelas, guru haruslah mengawal kelas dan memastikan semua pelajar sudah bersedia dari semua aspek emosi, fizikal dan rohani untuk melihat apa yang ingin ditayangkan dan memberikan pelajar tugasan tertumpu atau lebih kepada perhatian penuh terhadap tontonan atau tugasan. Guru haruslah menggunakan segmen pendek pada satu masa dan mengarah kepada pengalaman pembelajaran disamping menggalakkan kesedaran pelajar terhadap nilai-nilai dan teknik yang dipaparkan di dalam video. Guru mestilah menekan atau menggunakan jeda atau memberhentikan seketika video untuk memastikan pelajar mendapat gambaran apa yang mereka akan dapat. Langkah ini diulangi dengan tontonan kedua dan tanpa bunyi. Jangan ada perkara atau pun gangguan dari kalangan pelajar di kelas semasa proses penayangan video berlangsung. Janganlah kiranya guru menayangkan video walaupun keadaan kelas tidak terkawal. Jika perkara tersebut berlaku, ia sudah lari daripada objektif asal penggunaan video dalam kelas. Selepas menggunakan video atau selepas pelajar menonton video, guru perlu berinteraksi dengan pelajar dan memberikan pengukuhan atau pun soalan-soalan bagi menguji kefahaman pelajar tentang apa yang ditonton atau lebih kepada beberapa jenis aktiviti selepas menonton. Guru haruslah menilai atau pun mereflek apa yang berlaku setelah video

Bagaimana menggunakan video dalam kelas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bagaimana menggunakan video dalam kelas

Bagaimana menggunakan video dalam kelas? Sebelum, semasa, dan selepas.

Satu risalah baru-baru ini menunjukkan bahawa cara paling efektif dalam menggunakan video

untuk pembelajaran adalah sebagai meningkatkan kualiti pembelajaran atau suatu unit

pembelajaran. Video sebaiknya digunakan sebagai suatu elemen pembelajaran bersama-sama

dengan sumber atau bahan pembelajaran lain yang guru ada. Dalam mengajar sesuatu topik,

penggunaan video dalam kelas harus dipersiapkan dengan baik sebagaimana media

pembelajaran atau alat yang lainnya. Tujuan pembelajaran khusus harus ditentukan, begitu

juga langkah-langkah pembelajaran serta kegiatan pemantapan harus direncanakan dengan

baik. Paling penting, semua video yang akan digunakan dalam pembelajaran haruslah dikaji

terlebih dahulu oleh guru agar benar-benar sesuai dengan keperluan pembelajaran.

Sebelum menggunakan video dalam kelas, guru haruslah merancang terlebih dahulu

apa yang ingin ditayangkan. Pratonton perlu dilakukan sebelum menayangkan sesuatu video

dalam kelas. Guru juga perlu mengkaji atau membangunkan bahan-bahan web atau bahan

yang berkaitan. Penentuan sama ada guru akan menggunakan keseluruhan video atau segmen

berkaitan dengannya juga haruslah diberi perhatian di sini. Selain itu, guru perlu menyediakan

persekitaran dalam kelas dan peralatan video haruslah berfungsi sepenuhnya. Guru perlu juga

merangsang pengetahuan sedia ada pelajar. Biarlah video yang ditayangkan dalam kelas

tersebut memberikan kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Jangan ada

perkara yang akan membantutkan proses penayangan video di kelas kerana apabila ianya

berlaku, akan menjejaskan atau lebih kepada pembaziran masa. Hal ini kerana masa

pengajaran dan pembelajaran hanyalah selama satu,dua atau empat masa sahaja. Pengurusan

dan perancangan amatlah penting untuk diberi perhatian sebelum menggunakan video dalam

kelas.

Semasa menggunakan video dalam kelas, guru haruslah mengawal kelas dan

memastikan semua pelajar sudah bersedia dari semua aspek emosi, fizikal dan rohani untuk

melihat apa yang ingin ditayangkan dan memberikan pelajar tugasan tertumpu atau lebih

kepada perhatian penuh terhadap tontonan atau tugasan. Guru haruslah menggunakan segmen

pendek pada satu masa dan mengarah kepada pengalaman pembelajaran disamping

menggalakkan kesedaran pelajar terhadap nilai-nilai dan teknik yang dipaparkan di dalam

video. Guru mestilah menekan atau menggunakan jeda atau memberhentikan seketika video

untuk memastikan pelajar mendapat gambaran apa yang mereka akan dapat. Langkah ini

diulangi dengan tontonan kedua dan tanpa bunyi. Jangan ada perkara atau pun gangguan dari

kalangan pelajar di kelas semasa proses penayangan video berlangsung. Janganlah kiranya

guru menayangkan video walaupun keadaan kelas tidak terkawal. Jika perkara tersebut berlaku,

ia sudah lari daripada objektif asal penggunaan video dalam kelas.

Selepas menggunakan video atau selepas pelajar menonton video, guru perlu

berinteraksi dengan pelajar dan memberikan pengukuhan atau pun soalan-soalan bagi menguji

kefahaman pelajar tentang apa yang ditonton atau lebih kepada beberapa jenis aktiviti selepas

menonton. Guru haruslah menilai atau pun mereflek apa yang berlaku setelah video

Page 2: Bagaimana menggunakan video dalam kelas

ditayangkan. Di samping itu, guru boleh juga berkongsi dan merangsang pelajar dengan bahan-

bahan video yang terdapat dalam internet. Langkah efisyen ini adalah supaya pelajar dapat

mencari maklumat atau pun mengulang kaji apabila mereka pulang ke rumah. Bagi pelajar yang

kurang berkemampuan, guru haruslah memberikan perhatian lebih bagi membimbing mereka

supaya tidak ketinggalan dalam apa yang dipersembahkan.

Sebagai kesimpulannya, cara menggunakan video dalam kelas semasa proses

pengajaran dan pembelajaran adalah begitu mudah jika kemudahan yang disediakan oleh pihak

sekolah adalah lengkap dan berfungsi. Jika tidak, para guru terpaksa menggunakan inisiatif lain

yang menyebabkan lebih banyak kekangan lain timbul. Penggunaan video dalam kelas perlu

dilihat dari tiga sudut iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Perancangan dan pengurusan yang

sistematik amatlah perlu bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Sumber :

1. http://www.authorstream.com/Presentation/rhartshorne-1471937-integratng-video-teaching-

learning-environment/

2. http://www.misterguru.web.id/2012/05/pembelajaran-kelas-menggunakan-

video.html#ixzz2AtP9sUrT