10
SME3023 Trends And Issues In Education For Mathematical Sciences GROUP B Tajuk : BINCANGKAN JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK MURID SEKOLAH RENDAH ATAU SEKOLAH MENENGAH. Nama & Nombor Matrik : MUHAMMAD AMIRUDDIN MAT HUSSAIN D20111048827 Nama Pensyarah : PROF DR. MARZITA PUTEH

Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah menengah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah menengah

SME3023

Trends And Issues In Education For

Mathematical Sciences

GROUP B

Tajuk :

BINCANGKAN JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK MURID

SEKOLAH RENDAH ATAU SEKOLAH MENENGAH.

Nama & Nombor Matrik :

MUHAMMAD AMIRUDDIN MAT HUSSAIN

D20111048827

Nama Pensyarah :

PROF DR. MARZITA PUTEH

Page 2: Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah menengah

BINCANGKAN JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK MURID SEKOLAH

RENDAH ATAU SEKOLAH MENENGAH.

Definisi bagi perbincangan yang dibuat tentang jurang pencapaian matematik murid

sekolah rendah atau sekolah menengah iaitu jurang yang bermaksud perbezaan atau kelainan,

pencapaian pula ialah penilaian atau prestasi dan matematik ialah ilmu kira-kira yang

berkaitan nombor. Banyak faktor yang menyebabkan jurang pencapaian matematik terhasil.

Antaranya ialah dari segi :

1) Lokasi.

2) Sosial.

3) Budaya.

4) Jantina.

1) LOKASI

Salah satu faktor adalah dari segi lokasi. Lokasi boleh dibahagi kepada dua iaitu

kawasan bandar atau kota dan luar bandar atau kampung. Menurut Melvin G. Marcus &

Thomas R. Detwyler (1985), bandar merupakan suatu unit politik atau suatu petempatan

yang besar. Bandar juga merupakan satu gabungan antara tempat dengan penghuninya.

Selalunya Bandar dikenali kerana fungsinya yang mempunyai banyak kemudahan yang

tiada batasnya.

Mereka juga menyatakan luar bandar ialah kawasan desa dan kawasan penempatan

yang meliputi semua jenis kampung. Kawasan luar bandar merupakan penempatan kecil

yang mempunyai kurang dari 10 000 orang penduduk dan kawasan pertanian serta

kawasan sumber alam semulajadi. Perbezaan diantara bandar dan luar bandar ialah :

No BANDAR LUAR BANDAR

1. Kemudahan infrastruktur dan kemudahan yang lengkap

Kekurangan infrastruktur

2. Guru terlatih dan mencukupi Kekurangan Guru

Page 3: Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah menengah

3. ICT lengkap dan mencukupi Kurang kemudahan ICT

2) SOSIAL

Persoalan yang kedua ialah tentang status sosial ekonomi. Sosial bermaksud segala

hal yang berkaitan dengan masyarakat yang memerlukan komunikasi dalam kehidupan

pelajar. Dalam persekitaran sosial, ada tiga faktor yang boleh dibincangkan iaitu taraf

sosioekonomi, persekitaran, dan komunikasi. Menurut Abdullah (2004), beliau

menyatakan bahawa sosioekonomi memberi impak terhadap pencapaian murid dan ibu

bapa perlu sedar akan kepentingan pelajaran bagi anak mereka tetapi tidak diluar bandar.

Ada juga segelintir ibu bapa yang kurang pendedahan dan menyebabkan anak mereka

tercicir dalam pelajaran.

Persekitaran dalam kehidupan pelajar juga memainkan peranan dalam pelajaran

mereka. Pergaulan yang bebas boleh menyebabkan pelajaran mereka merosot.

Persekitaran pelajar memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajaran mereka.

Mereka perlulah pandai memilih rakan sebaya untuk dijadikan kawan. Kehidupan mereka

di luar sekolah juga adalah faktor utama dan suasana di dalam kelas juga merupakan

faktor.

Page 4: Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah menengah

Menurut Zaleha (2008) komunikasi adalah proses memindahkan makna dalam

usaha untuk membina satu fahaman. Proses komuikasi diantara guru dengan pelajar

merupakan aspek yang penting dalam proses pembelajaran matematik. Komunikasi akan

memberi ruang interaksi yang membolehkan proses penampaian ilmu dilakukan dengan

berkesan dan pembelajaran dilakukan secara komprehensif.

3) BUDAYA

Budaya adalah keseluruhan cara hidup ( yang merangkumi cara bertindak, kelakuan,

dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupaya kebendaan atau

kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, dan kemajuan (akal budi). Budaya

pelajar terbahagi kepada dua iaitu yang pertama budaya di sekolah dan juga budaya pelajar

di rumah. Menurut Mohd Salleh (1997), dalam pengisian budaya formal sekolah, guru

memainkan peranan penting dalam memahami matlamat sekolah jangka pendek dan

panjang. Sebagai contoh guru berbincang mengenai perkembangan system pembelajaran

termasuk kurikulum yang memang menjadi agenda penting setiap tahun.

Menurut Amir (2006) pula, budaya formal sekolah merupakan salah satu faktor yang

mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Maka boleh dikatakan

bahawa budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek fizikal, sosial, dan budaya ilmu

memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Terdapat

sekolah yang menekankan tindakan instrumental yang mana lebih menumpukan kepada

matlamat sekolah pada masa akan dating dan lebih beorientasikan peperiksaan. Namun

terdapat juga sekolah yang memberi penekanan pada tindakan ekspresif iaitu

menumpukan kepada kegiatan kokurikulum dan nilai-nilai afektif. Sehubungan dengan itu,

para pelajar dipengaruhi oleh budaya formal sekolah mereka.

Antara faktor yang wujud dalam budaya di sekolah ialah :

Page 5: Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah menengah

PELAJAR GURU

- Konsep pembelajaran.

- Sikap dalam mempelajari

matematik.

- Kebimbangan dalam

mempelajari matematik.

- Tabiat dalam mempelajari

matematik

- Pendekatan

pengajaran guru.

Budaya di rumah juga memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju

pelajar dalam pencapaian matematik. Menurut Orr (2003) menyatakan kekayaan dan

sokongan keluarga memberi impak yang positif dalam motivasi dan inspirasi di kalangan

kanak-kanak sekolah. Tingkah laku ibu bapa secara tidak langsung akan menjadi ikutan

anak-anak dari kecil sehingga menjadi dewasa kelak, Collins et al.,2000. Kesan didikan

ibubapa di rumah memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajar dalam matematik

sama ada cemerlang ataupun gagal. Menurut Datin Seri Siti Hasmah Mohd Ali, anak-anak

sebagai pewaris generasi akan dating perlu dilatih dan dibimbing dengan cara yang betul

mulai sekarang. Semua pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan anak-anak

mendapat pendidikan yang sempurna.

Dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar tidak kira sama ada pelajar

cemerlang atau pelajar lemah, institusi kekeluargaan dilihat sebagai platform terbaik

dalam memperkukuhkan lagi penguasaan pembelajara dan minda pelajar. Menurut Hess

dan Holloway ( 1984), lima faktor keluarga yang mempengaruhi pencapaian anak-anak

iaitu :

1) Interaksi lisan antara ibubapa dan pelajar.

2) Ekspektasi ibubapa dalam soal pencapaian.

3) Hubungan yang berkesan antara ibubapa dan anak-anak.

4) Kepercayaan ibu bapa terhadap keupayaan anak-anak.

5) Kawalan strategik dan disiplin dalam keluarga.

Page 6: Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah menengah

4) JANTINA

Pencapaian dalam matematik mengikut perbezaan jantina sama ada pelajar lelaki

atau pelajar perempuan juga. Beberapa kajian telah dibuat untuk mengetahui pelajar lelaki

atau perempuan yang mana lebih cemerlang. Menurut Wahid Hashim (2005) dalam

akhbar utusan yang bertajuk “ Matematik – Senario aneh di Malaysia”, beliau berpendapat

pelajar perempuan lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki dalam bidang matematik

berdasarkan statistic pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Matematik teras

tahun 2004. Dr. Zalizan menyuarakan pendapatnya dalam petikan Berita Harian yang

ditulis oleh Rosniza Mohd Taha tentang jurang akademik dalam kalangan pelajar lelaki

dan pelajar perempuan.

Menurut beliau, keputusan peperiksaan awam peringkat kebangsaan 1996 hinga

2007 jelas menunjukkan pelajar perempuan mempunyai pencapaian yang lebih baik

berbanding pelajar lelaki dalam hamper semua matapelajaran. Antara faktor yang boleh

kita lihat ialah pelajar itu sendiri, guru yang mendidik dan pergaulan mereka dengan rakan

sebaya. Kita boleh lihat gaya pembelajaran pelajar lelaki dengan pelajar perempuan tidak

sama. Perbezaan gaya pembelajaran mereka kita boleh lihat seperti di bawah :

Page 7: Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah menengah

GAYA PEMBELAJARAN

Lelaki Perempuan

Tidak menentu Pelbagai

Tidak bersedia Pelbagai

Concrete random Concrete sequential

Guru juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan pelajar itu sendiri. Gaya

pengajaran guru yang tidak menarik akan menyebabkan pelajar kurang berminat untuk

belajar. Guru yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional akan menyebabkan

belajar menjadi bosan untuk mengikuti proses pembelajaran. Ada juga segelintir guru

yang malas untuk mewujudkan kreativiti dalam bilik darjah. Sikap guru juga penting

supaya tidak menunjukkan sikap berat sebelah terhadap pelajar. Ada guru yang kurang

positif terhadap pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan. Sikap guru yang kurang

memberi perhatian terhadap pelajar lelaki akan menyebabkan pelajar lelaki tidak memberi

tumpuan semasa belajar. Guru selalunya mengabaikan pelajar lelaki yang sering

menimbulkan masalah.

Cara pergaulan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan juga berbeza. Sila rujuk

jadual dibawah :

LELAKI PEREMPUAN

Berkawan dengan semua orang. Berkawan dengan orang sekeliling sahaja.

Memilih rakan untuk berseronok. Memilih rakan yang mementingkan

pelajaran.

Mengutamakan masa berseronok dan

bersosial bersama.

Suka belajar bersama dan berkongsi idea.

Mudah mengikuti tingkahlaku rakan

sebaya.

Tidak mudah mengikuti tingkahlaku yang

tidak baik.

Langkah untuk mengatasi masalah ini adalah guru perlu mengubah suasana bilik

darjah seperti mobility, bunyi dan persekitaran yang sesuai dengan gaya yang diminati oleh

pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Selain itu, guru perlu memberi tumpuan yang

Page 8: Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah menengah

seimbang kepada pelajar lelaki ataupun pelajar perempuan. Guru juga perlu memperbagaikan

strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif, berinovasi serta disesuaikan

dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan.