13

Buah buahan bermesyuarat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cerita kanak-kanak. sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak bawah 12 tahun. ibu bapa digalakkan untuk mendedahkan cerita ini kepada anak-anak untuk pertumbuhan minda mereka.selamat mencuba. :)

Citation preview

Page 1: Buah buahan bermesyuarat
Page 2: Buah buahan bermesyuarat

BUAH-BUAHANBERMESYUARAT

NAMA :

KELAS :

SEKOLAH :

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

Page 3: Buah buahan bermesyuarat

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

1

Salah sebuah cerita dongeng

orang tua-tua ialah kisah pokok

buah-buahan bermesyuarat.

Pokok kelapa dipilih menjadi

ketua.

Page 4: Buah buahan bermesyuarat

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

2

“Sekarang kita mesti mempunyai

raja,” kata pokok kelapa.

Pokok durian ditakuti oleh semua

pokok lain kerana buahnya berduri

tajam.

Page 5: Buah buahan bermesyuarat

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

3

Namun, isinya sangat lazat. Oleh

yang demikian, pokok durian dipilih

menjadi raja.

Itulah sebabnya durian digelarkan

Raja Buah.

Page 6: Buah buahan bermesyuarat

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

4

Pokok kelapa menyuruh semua

pokok mengundi untuk berbuah.

Kononnya, itulah sebabnya ada

pokok berbuah mengikut musim

masing-masing.

Page 7: Buah buahan bermesyuarat

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

5

Antara pokok berbuah mengikut

musim ialah rambutan, manggis,

langsat, duku, gajus, ciku, salak, dan

lain-lain lagi.

Page 8: Buah buahan bermesyuarat

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

6

Pokok rambai, binjai, dan kelubi

pula kononnya enggan datang

mengundi. Itulah sebabnya buah

rambai, binjai, dan kelubi rasanya

sangat masam.

Page 9: Buah buahan bermesyuarat

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

7

Pokok pisang pula kononnya tidak

bersetuju pokok durian menjadi raja.

Oleh yang demikian, pokok kelapa

tidak membenarkan pokok pisang

berbuah banyak kali.

Page 10: Buah buahan bermesyuarat

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

8

Kononnya, itulah sebabnya pokok

pisang hanya berbuah sekali sahaja.

Page 11: Buah buahan bermesyuarat

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

9

Selepas selesai bermesyuarat,

semua pokok bertanya kepada pokok

kelapa, “Wahai pokok kelapa, bilakah

pula giliran engkau akan berbuah?”

Page 12: Buah buahan bermesyuarat

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

10

“Aku dilantik sebagai ketua. Aku

tidak mengundi. Oleh yang

demikian, aku boleh berbuah

sepanjang musim,” jawab kelapa.

Page 13: Buah buahan bermesyuarat

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

11

Kononnya, itulah sebabnya pokok

kelapa dapat berbuah sepanjang

musim.