Upload
thanushah-soniyasee
View
1.469
Download
25
Embed Size (px)
Citation preview
1. ABSTRAK
Adat Resam Dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Kaum India Di Taman Kelubi Damai,
Jasin, Melaka.
Kajian ini dijalankan dibawah tajuk, “Adat Resam dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat
India” di Taman Kelubi Damai. Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama
kajian ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan
masyarakat India. Objektif yang kedua pula, mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat
resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi Damai. Kawasan kajian
ini terletak kira-kira 4 km dari Bandar Jasin dan 28 km dari Bandaraya Melaka. Kajian yang
digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ialah soal
selidik dan pemerhatian. Sampel kajian ialah seramai 25 orang responden yang tinggal di
Taman Kelubi Damai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penduduk di taman tersebut
masih mengamalkan adat resam dalam majlis perkahwinan India. Kajian ini merumuskan
bahawa adat resam perkahwinan masih diamalkan di sini kerana masih terdapat golongan
masyarakat yang mengamalkan adat resam dari turun-temurun.
2. KANDUNGAN
Bilangan
Butiran
Muka Surat
1 Penulisan : Abstrak 1
2 Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Pengenalan 4 - 10
5 Objektif Kajian 11
6 Lokasi Kajian 12 - 15
7 Metodologi Kajian 16 - 17
8 Dapatan Kajian 18 - 29
9 Rumusan / Kesimpulan 30 - 32
10 Rujukan 33 - 34
11 Lampiran 35 - 38
3. PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan rasa kesyukuran saya ucapkan kepada Tuhan kerana dengan limpah
kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am kertas 4 (900/4) penggal
2 tahun 2015 yang bertajuk, “Adat Resam dalam majlis perkahwinan masyarakat kaum India
di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka” dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru
pembimbing iaitu Encik Sabaruddin Bin Ismail yang merupakan guru Pengajian Am di
sekolah.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak
terhingga kepada Tuan Haji Abdul Bari Bin Ahmad yang merupakan pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara, kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Pengajian Am saya iaitu Encik Sabaruddin Bin Ismail kerana telah banyak meluangkan masa,
memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan kajian ini, selain
memberikan semangat kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya.
Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu Encik XXX A/L XXX serta Puan XXX A/P XXX yang telah banyak berkorban
untuk saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk memastikan kerja
kursus ini supaya berjalan dengan lancar.
Akhir sekali, di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam
membantu saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.
Semasa saya menjalankan kerja kursus Pengajian Am ini, saya telah menghadapi banyak
kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan
doa yang tidak putus ke hadapan Tuhan, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya.
4. PENGENALAN
Definisi “adat” menurut Kamus Dewan, adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan
secara turun temurun di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang
harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan.
Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu
perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan
dihormati orang,maka kebiasaan itu menjadi adat. Kata majmuk adat ialah adat istiadat.
Apabila konsep adat dijadikan istilah Melayu perkataan ini boleh disamakan dengan
kebudayaan. Konsep adat dalam kalangan masyarakat India bukan sahaja bermaksud upacara
atau istiadat tetapi juga bermaksud seluruh sistem hidup seperti sistem sosial, kepercayaan
dan perundangan. Adat juga dikenali sebagai aneka kelaziman dalam sesebuah negeri
berdasarkan kepada keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah
peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-
nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di
sesuatu daerah.
Adat istiadat dalam masyarakat India tradisional ialah segala yang berkaitan dengan
proses kehidupan manusia bermula apabila seseorang itu lahir hingga beliau meninggal
dunia. Menurut Dr.Van Dijkmengatakan adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di semua
lapangan hidup dan semua peraturan dan tingkah laku. Menurut A.J.N Richard pula
menakrifkan adat sebagai “colloquially”. Adat boleh didefinisikan sebagai undang-undang,
fesyen , peribadi dan tingkah laku sosial.
Rasional kajian mengkaji adat resam masyarakat India dalam majlis perkahwinan di
Taman Kelubi Damai ini dilakukan kerana, pengkaji ingin memperkenalkan semula jenis-
jenis adat resam India yang semakin dilupakan oleh generasi muda. Selain itu, pengkaji
juga mahu mengenal pasti adakah masyarakat di Taman Kelubi Damai masih mengamalkan
adat resam dalam majlis perkahwinanan.
1. MERISIK
Adat merisik merupakan peringkat pertama dalam melangsungkan sebuah
majlis perkahwinan masyarakat India. Dalam peringkat merisik, beberapa aspek akan diberi
perhatian oleh keluarga kedua-dua belah bakal pengantin seperti faktor etnik, sub etnik, kasta
dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi
aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar
belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi
secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-
handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil “tirumana taragar” akan
membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh
ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.
2. KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan
mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan
calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai “pen paarttal” atau dalam bahasa Melayu dipanggil
sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil
walaupun bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-
buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai
tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan. Pihak bakal pengantin perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya
bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak
akan mengambil barang-barang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang
air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan
dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu
yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil
perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat
“pen paarttal” juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. Adat
penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai “Thirumanam Poruttam Paartal” dijalankan
terlebih dahulu. Dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek
perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara
tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu „Tina
poruttam/Natcattira poruttam‟, „Kana poruttam‟, „Mahentira poruttam‟, „Pentiikka poruttam‟,
„Yooni poruttam‟, „Raasi poruttam‟, „Raasiyaati paati poruttam‟, „Vaiya poruttam‟, „Racau
poruttam‟ dan „Veetai poruttam‟.
3. IKAT JANJI
Ikat janji atau „niccayam‟ dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah
pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang
ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan
buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja
sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang
mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah
meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua
belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji. Bakal pengantin lelaki
seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal
pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang
ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang
dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari
perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.
Kemudian upacara “niccayam” akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan
bertukar-tukar kalungan bunga.
4. PARISAM
Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu “parisam biasa” atau “udan parisam”. Parisam
biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan,
manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di
sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam
umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang
telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan
beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita
yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil „cumanggali‟. Parisam akan dibawa ke
rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian
tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti
„naatasawaram dan meelam‟ dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang
dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang
dipanggil sebagai „kuttu vilakku‟ diletakkan bersebelahan „puurana kumbum‟ sebagai tanda
menunjukkan kurniaan tuhan.
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu.
Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawaparisam yang mengandungi sari dan
diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan
menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki
dan jemputan lain boleh melihat „puurana kumbum‟ dengan lebih dekat lagi. Pada hari
tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang
wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan
kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai „orrai-maalai‟ atau
kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.
Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji
(niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh
masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara
tersebut untuk mengelakkan pembaziran.
5. SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dijalankan terlebih dahulu, antaranya :
A. Kad Jemputan
Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad
jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna
perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu
dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad
jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang
(arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan
sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai „paanam paaku‟.
Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada
pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan
sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.
B. Penyediaan Thaali (Tirumaanggalyam)
Thaali atau “tirumaangalyam” merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada
leher pengantin perempuan. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan
kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath
thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di
kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari
sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih
pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali
mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali
akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak
pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.
Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai “thaalippadaiyal”.
Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk
pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini
kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak
dicuri orang.
6. MUKUURTTA KAAL
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat “mukuurtta
kaal” ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk
menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk
dijadikan „mukuurtta kaal‟. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan
mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Adat mendirikan mukuurtta
kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-
bahan lazim seperti sirih pinang, kumkum, kunyit dan sebagainya akan disediakan. Ahli-ahli
keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan
tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang
perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang
kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara
atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter
dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan.
Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta limaorang perempuan
tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak
dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai
lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal
dilakukan di rumah pengantin lelaki. “Thirumanam” bermaksud penyatuan atau ikatan suci
melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.
Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu „Vaitikat Thairumanam‟,
„Tamil Thairumanam‟ dan „Diya Thairumanam‟ yang mana perkahwinan ini dijalankan
adalah berlandaskan aspek suku kaum. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara
niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan
disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan
perkahwinan. Upacara “Kanggenam” iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu
dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki
tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari majlis perkahwinan.
7. MAJLIS PERKAHWINAN
Upacara perkahwinan dilakukan oleh pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup
bahagia hingga hingga akhir hayat. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah
selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat
daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit
kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu
bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci
pada dahi pengantin. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air
susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa),
memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan
pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air
susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara
rasmi telah menjadi suami isteri. Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara
perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang
baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali,valatu kal, pemberian manisan,
hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan
dan meroboh khemah perkahwinan.
8. SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya
sesuatu majlis perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki
pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai
pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin
perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua
pengantin dengan mengadakan jamuan. Pada hari ketiga selepas perkahwinan, khemah yang
dipasang untuk majlis perkahwinan lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan,
ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun
amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang
diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan. Jamuan perkahwinan tidak
ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan
dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan
diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana
daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara
mara serta sahabat handai.
5. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk :
1. Mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di
Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.
2. Mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan
masyarakat India di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.
6. LOKASI KAJIAN
Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kawasan
kajian ini adalah berfokus di Taman Kelubi Damai yang mengamalkan adat resam
perkahwinan dalam kalangan masyarakat India. Kawasan ini terletak kira-kira diantara 3 km
dari Bandar Jasin dan 25 km atau 35 minit daripada Bandaraya Melaka. Infrastrukur yang
baik membolehkan kenderaan darat seperti motosikal, kereta, van dan lori boleh memasuki
kawasan perumahan taman ini.
PETA 1
Peta 1 : Peta Negeri Melaka (Sumber : Laman Peta Google)
PETA 2
Peta 2 : Peta Daerah Jasin (Sumber : Laman Peta Google)
PETA 3
Peta 3 : Peta Kawasan Taman Kelubi Damai (Sumber : Laman Peta Google)
Gambar Kawasan Perumahan Taman Kelubi Damai
7. METEDOLOGI KAJIAN
Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara
pengumpulan data dan cara analisis data.
7.1.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ialah kaedah mengumpul maklumat
dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih daripada
populasi penduduk yang hendak dikaji. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah
perlaksanaan adat perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi Damai.
7.1.2 Sampel Kajian
Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 25
orang penduduk di kawasan perumahan Taman Kelubi Damai. Bilangan sampel bersesuaian
dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili
populasi yang ingin dikaji.
7.2.1 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah borang soal selidik.
7.2.2 Pemerhatian
Pengkaji menyediakan borang pemerhatian untuk memerhati dan menganalisis bilangan
penduduk Taman Kelubi Damai mengikut jantina dan kelas umur.
7.2.3 Soal Selidik
Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik yang dibina menggunakan (keep it short and
simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami oleh responden.
Borang soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu mengenalpasti jenis-jenis adat resam
dalam majlis perkahwinan masyarakat India dan mengenalpasti kepentingan
mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India. Soalan borang soal
selidik merupakan soalan tertutup dan menggunakan skala biasa berserta skala linkert.
7.2.4 Temu Bual Secara Tidak Formal
Pengkaji menyediakan 23 soalan yang berkaitan dengan jenis-jenis adat resam dan
kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India yang
dilaksanakan oleh masyarakat India untuk mendapatkan maklumat daripada responden.
7.3 Cara Pengumpulan Data
Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti
dokumentasi, soal selidik dan temu bual secara tidak langsung. Pengkaji mempersembahkan
data dalam bentuk jadual statistik, graf dan carta pai.
8. DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
responden terhadap soal selidik yang telah dijalankan berkaitan tentang jenis-jenis adat
resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India dan kepentingan mengekalkan adat resam
dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.
8.1 Demografi Responden
Jadual 1 berikut menunjukkan peratus bilangan responden yang disoal selidik mengikut
umur.
Jadual 1: Demografi Responden Mengikut Umur.
Umur Bilangan ( responden) Peratus (%)
20 - 30 6 24%
31 - 40 4 16%
41 - 50 7 28%
51 - 60 8 32%
Peratus kajian tentang adat perkahwinan di Taman Kelubi Damai berdasarkan Umur.
Responden yang berumur antara 20 hingga 30 tahun adalah seramai 6 orang bersamaan 24%.
Bagi responden yang berumur 31 hingga 40 tahun pula adalah seramai 4 orang bersamaan
16%. Responden yang berumur 41 hingga 50 tahun adalah seramai 7 orang bersamaan 28%.
Akhir sekali, responden yang berumur 51 hingga 61 tahun adalah seramai 8 orang bersamaan
32%.
Jadual 2 berikut menunjukkan peratus bilangan responden berdasarkan tempoh mereka
menetap di Taman Kelubi Damai.
Jadual 2 : Demografi Peratus Bilangan Responden Berdasarkan Tempoh Mereka Menetap Di
Taman Kelubi Damai.
Tempoh Menetap Bilangan ( responden) Peratus (%)
Kurang dari 1 tahun 1 4%
1 – 5 tahun 14 56%
6 – 6 tahun 10 40%
Peratus kajian tentang adat Perkahwinan di Taman Kelubi Damai berdasarkan
tempoh responden menetap.
Bilangan responden yang menetap kurang dari satu 1 tahun di Taman Kelubi Damai iaitu
kawasan kajian ialah seramai seorang bersamaan 4%. Bilangan responden yang menetap di
kawasan kajian antara 1 hingga 5 tahun ialah seramai 14 orang bersamaan 56%. Akhir sekali,
bilangan responden yang menetap di kawasan kajian selama 6 hingga 10 tahun adalah
seramai 10 orang bersamaan 40%.
Jadul 3 berikut menunjukkan peratus bilangan responden yang disoal selidik mengikut
pekerjaan mereka.
Jadual 3 : Demografi Peratus Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan.
Pekerjaan Bilangan ( responden) Peratus (%)
Ya ( bekerja) 15 60%
Tidak ( suri rumah) 10 40%
Peratus kajian tentang adat Perkahwinan di Taman Kelubi Damai berdasarkan tahap
pekerjaan responden.
Bilangan responden yang mempunyai pekerjaan adalah seramai 15 orang bersamaan 60%.
Juga, bilangan responden yang tidak memilki pekerjaan atau suri rumah adalah seramai
10 orang bersamaan 40%. Responden yang dipilih untuk menjalankan kajian ini mempunyai
pekerjaan yang berbagai jenis. Antaranya ialah, kakitangan kerajaan dan pekerja swasta.
Jadual 4 berikut menunjukkan bilangan peratus jumlah ahli dalam keluarga responden.
Jadual 1: Demografi Peratus Bilangan Jumlah Ahli Dalam Keluarga Responden
Jumlah Ahli Dalam Keluarga
Responden
Bilangan ( responden) Peratus (%)
1 - 5 14 56%
6 - 10 11 44%
Peratus kajian tentang adat Perkahwinan di Taman Kelubi Damai berdasarkan jumlah
ahli dalam keluarga responden.
Bilangan responden yang mempunyai ahli keluarga antara 1 hingga 5 adalah seramai 14
orang bersamaan 56%. Seterusnya, bilangan responden yang mempunyai ahli keluarga antara
6 hingga 10 adalah seramai 11 orang bersamaan 44%. Responden yang dipilih secara rawak
untuk menjalankan kajian ini mempunyai jumlah ahli keluarga masing-masing yang berbeza.
Jadual 5 berikut menunjukkan status perkahwinan responden.
Jadual 5 : Demografi Peratus Bilangan Responden Mengikut Status Perkahwinan.
Status Perkahwinan Bilangan ( responden) Peratus (%)
Sudah Berkahwin 25 100
Belum Berkahwin - 0
Peratus kajian tentang adat Perkahwinan di Taman Kelubi Damai berdasarkan status
perkahwinan responden.
Bilangan responden yang sudah berkahwin adalah 25 orang bersamaan 100%. Kesemua
responden kajian ini sudah berumahtangga. Pengkaji memilih mereka yang sudah
berumahtangga kerana boleh memperoleh maklumat kajian dengan lebih terperinci mengenai
adat perkahwinan serta dapat membuat kaedah temubual tidak formal dengan mereka.
Jadual 6 : Jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman
Kelubi Damai, Jasin, Melaka.
Jenis – jenis adat resam
dalam majlis
perkahwinan India
Ya / Bersetuju
Tidak / Tidak Bersetuju
Bilangan
Responden
Peratus Bilangan
Responden
Peratus
1.Bakal pengantin lelaki
membawa hantaran
seperti sirih dan pinang
semasa mengunjungi
rumah bakal pengantin
perempuan.
25
100
0
0
2.Wakil pengantin lelaki
membawa hantaran
dalam jumlah bilangan
yang ganjil semasa
menghadiri upacara ikat
janji atau „niccayam‟.
25
100
0
0
3.Bertukar-tukar
kalungan malai di antara
kedua-kedua bakal
pengantin dalam upacara
„niccayam‟.
20
80
5
20
4. Memainkan alat
muzik tradisional seperti
„nataswaram‟ dan
„melam‟ dalam upacara
„parisam‟.
5
20
20
80
5. Pihak pengantin lelaki
memberi kumkum,sirih
dan pinang kepada
pembuat „thaali‟.
25
100
0
0
Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat
India yang masih diamalkan oleh penduduk di Tamank Kelubi Damai. Berdasarkan
pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji mendapati penglibatan masyarakat dalam majlis
perkahwinan mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara saudara-mara mereka justeru
dapat menjayakan sebuah majlis perkahwinan.
Seterusnya, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik, didapati bahawa
penduduk Taman Kelubi Damai masih mengamalkan segala jenis adat resam dalam
melangsungkan sebuah majlis perkahwinan. Sebagai contoh, kesemua 25 responden bersetuju
bahawa bakal pengantin lelaki perlu membawa hantaran seperti sirih, pinang, dan buah-
buahan semasa mengunjungi rumah bakal pengantin perempuan buat pertama kali. Adat
resam ini diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi kerana adat ini dianggap dapat
melahirkan hubungan baik antara kedua-dua belah bakal pengantin. Pernyataan ini mendapat
tanda setuju kesemua responden dengan kadar peratus 100.
Selain itu, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik oleh pengkaji di Taman
Kelubi Damai, didapati bahawa kesemua responden menyetujui dengan pernyataan wakil
pengantin lelaki perlu membawa hantaran dalam jumlah bilangan yang ganjil semasa
menghadiri upacara ikat janji atau dikenali sebagai “niccayam”. Pernyataan ini mendapat
tanda setuju kesemua responden dengan kadar peratus 100. Adat resam ini membawa maksud
bahawa kesemua rancangan dan majlis perkahwinan akan berjalan lancar jika ianya
diamalkan.
Di samping itu, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik di Taman Kelubi
Damai, didapati bahawa seramai 20 responden bersamaan 80 peratus dari penduduk kawasan
kajian bersetuju dengan pernyataan bertukar-tukar kalungan „malai‟ di antara kedua-dua
bakal pengantin itu penting dalam upacara “niccayam”. Manakala, seramai 5 responden
bersamaan 20 peratus tidak bersetuju dengan pernyataan ini kerana mereka berasa bahawa
pertukaran kalungan „malai‟ dapat dilakukan dalam majlis perkahwinan. Pertukarang
kalungan „malai‟ membawa maksud kedua-dua bakal pengantin sudah bersetuju untuk
menjadi pasangan masing-masing.
Selain itu, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik di kawasan
kajian, didapati bahawa seramai 17 orang responden bersamaan 68 peratus tidak bersetuju
dangan pernyataan memainkan alat muzik tradisional seperti „nataswaram‟ dan „melam‟
dalam upacara “parisam” sebagai satu aktiviti yang wajib untuk dilakukan. Manakala hanya
8 orang responden bersamaan 32 peratus bersetuju dengan pernyataan ini. Adat resam
memainkan alat muzik semasa upacara “parisam” tidak begitu diberi keutamaan
kerana ianya banyak melibatkan perbelanjaan. Jadi, hanya masyarakat yang terdiri daripada
golongan sederhana kaya dan senang sahaja akan melakukannya dalam majlis perkahwinan
keluarga mereka. Ramai responden berpendapat bahawa masyarakat India dapat
mengurangkan perbelanjaan sekiranya mereka tidak memainkan alat muzik semasa
mengadakan upacara “parisam”.
Seterusnya, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui dapatan soal selidik di Taman
Kelubi Damai, didapati bahawa kesemua 25 orang responden bersetuju dengan pernyataan
pihak pengantin lelaki boleh memberi kumkum, sirih, dan pinang kepada pembuat „thaali‟.
Pernyataan ini mendapat tanda setuju daripada kesemua responden dengan kadar peratus 100.
Adat resam ini diamalkan sejak dulu lagi dalam kalangan nenek moyang masyarakat India
kerana perlakuan ini dianggap sebagai tanda hormat dan berterima kasih kepada pembuat
„thaali‟ kerana beliau telah melakukan satu kerja yang mulia dengan membantu menyatukan
dua insan dalam alam perkahwinan.
Secara keseluruhanya, pengkaji mendapati semua adat dalam majlis perkahwinan masih
diamalkan oleh masyarakat di Taman Kelubi Damai dan objektif pengkaji tercapai untuk
memperkenalkan semula adat perkahwinan. Pegangan masyarakat India terhadap adat resam
dalam majlis perkahwinan masih utuh lagi bagi mewarisi adat yang dilakukan sejak turun
temurun.
Jadual 7 : Kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India.
Kepentingan
mengekalkan adat
resam dalam majlis
perkahwinan India
Tidak Penting
Penting
Sangat Penting
Bilangan
(responden)
Peratus
(%)
Bilangan
(responden)
Peratus
(%)
Bilangan
(responden)
Peratus
(%)
1.Bakal pengantin
lelaki mengunjungi
rumah bakal
pengantin
perempuan sebelum
perkahwinan.
2
8
12
48
11
44
2.‟Pen paarthal‟
bertujuan untuk
mengetahui latar
belakang pakal
pengantin
perempuan dan
bakal pengantin
lelaki.
3
12
-
-
22
88
3.Menyapu serbuk
kunyit atau „manjal‟
pada kad jemputan
perkahwinan.
-
-
12
48
13
52
4.Penilikan
keserasian atau
„thirumanam
poruttam paarthal‟
penting untuk
dilakukan sebelum
perkahwinan.
2
8
6
24
17
68
5.Masa baik ditilik
sebelum
mengadakan majlis
perkahwinan.
-
-
-
-
25
100
Jadual di atas menunjukkan kepentingan amalan adat resam dalam majlis perkahwinan
masyarakat India di Taman Kelubi Damai. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh
pengkaji, didapati bahawa kesemua adat resam mempunyai keistimewaan dan
kepentingannya masing-masing. Daripada temu bual secara tidak formal dengan beberapa
penduduk dan responden kajian, didapati bahawa mereka amat gembira dan senang hati
semasa menganjurkan dan mengadakan upacara-upacara keagamaan perkahwinan.
Seterusnya, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik oleh pengkaji,
mendapati bahawa seramai 23 bersamaan 92 peratus bersetuju dengan pernyataan pengantin
lelaki perlu mengunjungi rumah pengantin perempuan sebelum majlis perkahwinan walau
sekalipun. Daripada temu bual secara tidak formal dengan penduduk di Taman Kelubi
Damai, didapati bahawa kebanyakkan berpendapat bahawa pasangan bakal pengantin perlu
mengenali satu sama lain agar mereka dapat memahami satu sama lain dengan lebih baik dan
ianya akan merapatkan lagi perhubungan mereka kelak. Namun, sebilangan responden tidak
begitu bersetuju dengan pernyataan ini disebabkan mereka berpendapat pasangan bakal
pengantin boleh mengenali antara satu sama lain selepas perkahwinan dilangsungkan.
Berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik, pengkaji mendapati bahawa adat
resam “pen paarthal” atau dikenali sebagai berjumpa bakal pengantin adalah bertujuan untuk
mengenali latar belakang bakal pengantin perempuan. Seramai 22 orang responden
bersamaan 88 peratus bersetuju dengan pernyataan ini manakala seramai 3 orang responden
bersamaan 12 peratus tidak begitu bersetuju dengan pernyataan ini. Daripada temu bual
secara tidak rasmi dengan sekumpulan penduduk kawasan kajian, pengkaji mendapati
bahawa ramai yang berpendapat upacara „pen paarthal‟ membantu rombongan pengantin
lelaki untuk lebih mengenali keluarga serta latar belakang seseorang bakal pengantin itu. Jadi,
upacara ini masih diamalkan hingga hari ini oleh penduduk Taman Kelubi Damai demi
mencari bakal pengantin perempuan yang soleha.
Selain itu, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik pengkaji mendapati
bahawa adat resam menyapu serbuk kunyit atau “manjal” pada permukaan kad jemputan
perkahwinan itu penting untuk dilakukan dalam majlis perkahwinan masyarakat India.
Seramai 25 orang responden iaitu bersamaan 100 peratus bersetuju bahawa amalan ini
dilakukan kerana ianya tanda perasaan bahagia dan keamanan serta keindahan. Jadi,
penyapuan serbuk kunyit pada permukaan kad perkahwinan menunjukkan sesebuah majlis
perkahwinan itu akan berjalan lancar dan pasangan pengantin akan sentiasa bersama hingga
akhir hayat.
Di samping itu, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik oleh pengkaji,
didapati bahawa upacara penilikan keserasian kedua-dua bakal pengantin atau dikenali
sebagai “thirumanam poruttam paarthal” itu sangat penting. Hampir kesemua responden
bersetuju dengan pernyataan ini. Seramai 17 orang responden bersamaan 68 peratus sangat
bersetuju dan 6 orang responden bersetuju dan 2 orang responden tidak begitu bersetuju
dengan pernyataan ini. Daripada temu bual tidak formal dengan beberapa penduduk Taman
Kelubi Damai, didapat bahawa ramai yang berpendapat penilikan keserasian kedua-dua bakal
pengantin sangat penting untuk memastikan rumahtangga mereka tidak menghadapi sebarang
masalah kelak. Penilikan keserasian ini dilakukan untuk mengetahui kefahaman bakal
pengantin dalam alam perkahwinan mereka kelak.
Justeru, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik di kawasan kajian,
didapati bahawa kesemua 25 orang responden bersetuju dengan pernyataan masa baik ditilik
sebelum majlis perkahwinan diadakan adalah sangat penting. Masa baik ditilik sebelum
melangsungkan sebuah majlis perkahwinan adalah bertujuan untuk memastikan tiada perkara
yang tidak diingini atau buruk berlaku semasa majlis perkahwinan dijalankan. Ianya juga
dilakukan untuk memastikan alam perkahwinan bakal pengantin penuh dengan kebahagiaan
dan kegembiraan sepanjang hayat.
Akhir sekali, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui dapatan soal selidik, kesemua
responden bersetuju dengan pernyataan segala adat resam perlu dikekalkan dalam majlis
perkahwinan agar dikenali generasi akan datang. Adat resam juga perlu dikekalkan agar
identity bangsa terjamin dan dijaga sepanjang masa.
9.A. RUMUSAN
Kajian ini mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan
merumuskan hasil dapatan kajian.
9.1 Jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi
Damai, Jasin.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan penduduk di Taman Kelubi Damai
masih mengamalkan semua jenis-jenis adat perkahwinan dalam majlis perkahwinan
masyarakat India. Antara adat yang masih diamalkan adalah adat merisik, meminang,
bertunang, ikat janji, parisam, dan mukuurtta kaal. Adat ini masih diamalkan walaupun sudah
bertahun-tahun diwarisi oleh masyarakat India.
9.2 Kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di
Taman Kelubi Damai, Jasin.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa penduduk di Taman Kelubi Damai ini
memperoleh pelbagai faedah dan kesan positif melalui amalan adat resam perkahwinan yang
mereka amalkan. Menurut soal selidik yang telah dijalankan, masyarakat berpendapat bahawa
perkahwinan secara sederhana akan mengurangkan pembaziran serta kos perkahwinan.
Pembaziran berlaku apabila sesuatu majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran yang
mana boleh menelan perbelanjaan sehingga berpuluhan ribu. Contohnya, ramai penduduk
Taman Kelubi Damai tidak begitu bersetuju dengan pernyataan penyediaan alat-alat muzik
seperti „nataswaram‟ dan „melam‟ itu wajib untuk dimainkan semasa upacara „parisam‟.
Seterusnya, penduduk Taman Kelubi Damai juga bersetuju bahawa pelbagai jenis adat
resam perlu dilalui sebelum mengadakan sesuatu majlis perkahwinan. Pertama sekali, ibu
bapa si lelaki perlu berjumpa dengan ibu bapa si perempuan untuk menanyakan pendapat
mereka dan persetujuan mereka terhadap perkahwinan ini. Sekiranya, ibu bapa si perempuan
bersetuju dan ibu bapa si lelaki berkenaan dengan pilihan anak lelaki mereka, maka mereka
boleh mengadakan perbincangan antara keluarga bagi membincangkan tarikh pertunangan
dan perkahwinan yang akan diadakan. Semasa majlis pertunangan diadakan, keluarga kedua-
dua belah pengantin akan membincang mengenai perbelanjaan majlis perkahwinan
dan penghantaran dulang yang digelar „seer‟.
Bukan itu sahaja, kebanyakan penduduk Taman Kelubi Damai yang dipilh menjadi
responden kajian ini, bersetuju bahawa „thirumanam poruttam paarthal‟ atau dikenali sebagai
penilikan keserasian bakal pengantin itu perlu dan wajib untuk dilakukan sebelum majlis
pekahwinan. Ini adalah kerana keserasaian antara kedua-dua pengantin itu penting untuk
memastikan alam perkahwinan mereka kelak bahagia dan sentiasa harmoni. Penilikan
keserasian pengantin juga bertujuan untuk memastikan hubungan suami isteri mereka kekal
hingga ke akhir hayat.
Selain itu, kebanyakkan responden bersetuju dengan pernyataan mengadakan
perkahwinan sederhana bagi mengurangkan beban keluarga kedua-dua pengantin. Responden
juga berpendapat bahawa segala perbelanjaan majlis perkahwinan perlu dikongsi oleh kedua-
dua belah keluarga pengantin bagi memudahkan majlis perkahwinan berjalan lancar. Akhir
sekali, kebanyakkan responden berpendapat majlis perkahwinan perlu diadakan secara kecil-
kecilan untuk mengelak pembaziran tetapi cukup hanya majlis kecil yang penuh bermakna
kerana majlis perkahwinan hanya sekali seumur hidup bagi yang kurang berkemampuan.
9.B. KESIMPULAN
Hasil daripada kajian, didapati masyarakat India di Taman Kelubi Damai berada di tahap
yang sempurna dan teratur dari segi amalan yang dijalankan semasa majlis perkahwinan di
taman ini. Kebanyakkan penduduk yang berbangsa India di kawasan perumahan ini, memberi
keutamaan kepada segala adat resam semasa melangsungkan majlis perkahwinan.
Kepentingan utama pengamalan adat resam dalam majlis perkahwinan India adalah bagi
mewarisi adat yang diamalkan sejak dahulu lagi. Hal ini kerana, penduduk Taman Kelubi
Damai mempunyai pelbagai adat dalam sesebuah perkahwinan yang dijalankan. Jika generasi
muda zaman sekarang mengamalkan segala adat resam yang telah menjadi kebiasaan nenek
moyang mereka, maka adat resam masyarakat India dapat dikekalkan sampai bila-bila.
10. RUJUKAN
Cikgu karthik(2015).cikgukarthik.blogspot.Dicapai pada Februari 28,2015 , dari
http://cikgukarthik.blogspot.com/2015/01/kerja-kursus-pengajian-am-2015.html
Wikipedia(2012).wikipedia.org.Dicapai pada Mac,17,2015 , dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat
Sejarah-history(2010).blogspot.com.Dicapai pada Februari 28,2015 , dari
http://sejarah-history.blogspot.com/2010/09/definisi-adat.html
Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan Kepentingannya.Dicapai pada Mac 12,2015 , dari
https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/adat-
dalam-masyarakat-malaysia-dan-kepentinganya/
Adat Perkahwinan Kaum India Di Malaysia.Dicapai pada Mac 12,2015 , dari
http://www.academia.edu/8240170/ADAT_PERKAHWINAN_KAUM_INDIA_DI_MALA
YSIA
Masyarakat India.Dicapai pada Mac 23,2015 , dari
http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-india-0
Perkahwinan Hindu.Dicapai pada April 1,2015 , dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_Hindu
Siri Adat dan Budaya Kaum Utama Malaysia.Dicapai pada April 2,2015 , dari
http://maruwiah.com/2012/07/10/siri-adat-dan-budaya-kaum-utama-malaysia/#jp-carousel-
2740
Maruwiah Ahmat, Siri Adat Dan Budaya Kaum Utama : India,Penerbit GOODWILL
PUBLICATIONS (001671150-P),2013,hlm 34