DONDANG SAYANG

Embed Size (px)

Citation preview

Rangka Isi Pelajaran

MZU3117 Muzik Malaysia36

TAJUK 7Muzik Ensembel Sosial Popular - Dondang Sayang

SinopsisDalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Dondang Sayang.

Hasil Pembelajaran

Menghuraikan sejarah asal usul Dondang Sayang Menganalisis repertoire muzik dari segi persembahan. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza bentuk dan jenis persembahan. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan.

Kerangka TajukDondang Sayang

Konteks (Dondang Sayang)

7.1 Pengenalan

Dondang sayang merupakan sebahagian daripada muzik masyarakat Melayu di negara ini. Negeri Melaka merupakan salah satu negeri yang terkenal sebagai negeri keseniaan muzik. Dondang sayang dikatakan berasal dari Negeri Melaka.

Perkembangan Dondang Sayang dikatakan bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Walau pun Dondang Sayang telah lama wujud di Melaka ia kekal sehingga kini dengan beberapa pembaharuan disesuaikan dengan keperluan semasa. Namun begitu ciri-ciri muzik Dondang Sayang terus dikekalkan.

Perubahan-perubahan dalam persembahan Dondang Sayang termasuk dari segi persembahan, irama dan alat0alat muzik. Kebanyakan alat muzik telah ditambah supaya dapat sebuah persembahan yang menarik.

7.2Konteks (Dondang Sayang)

Dondang Sayang telah bertapak di Negara ini sejak lebih 500 tahun yang lalu. Pada masa ini Dondang Sayang telah tersebar keseluruh Negara seiring dengan perkembangan seni muzik yang lain.Terdapat beberapa perubahan dalam seni muzik Dondang Sayang pada tahun-tahun 1950an. Radio Malaya (kini RTM) telah membuat promosi bagi tujuan menghidupkan dengan lebih gemilang seni muzik Dondang Sayang.Lahirlah ramai nama-nama baru dalam seni suara Dondang Sayang seperti SM Salim , Normah Salim, Cik Mohd Amin, Ibrahim Baba dan Fatimah Kassim.

Kebangkitan muzik Dondang Sayang semakin terkenal setelah dipersembah dan dipertontonkan kiepada khalayak ramai. Beberapa nama penyanyi baru seperti Mohd Zain Abdullah dan Bachik Bakar. Bilangan penyanyi Dondang Sayang terus bertambah.Walau bagaimana pun pada tahun-tahun 1960an, aktiviti persembahan Dondang Sayang mengalami kemerosotan. Ini adalah disebabkan kemasukan muzik Barat yang mula menular remaja negara. Muzik Barat lebih berbentuk bebas serta ringkas. Ia mudah menarik minat bukan remaja sahaja malahan semua masyarakat Melayu.Untuk mengatasi masalah ini kerajaan negeri Melaka telah mengambil langkah dengan menjadikan Dondang Sayang sebagai persembahan utama dalam majlis dan upacara-upacara rasmi. Selain daripada itu orang ramai telah digalakkan mempelajari muzik tradisional Dondang Sayang ini.

7.2.1Asal-usul

Terdapat dua teori mengenai sejarah asal usul Dondang Sayang. Pendapat pertama menyatakan Dondang Sayang berasal dari Penyengat, Riau. Satu lagi pendapat menyatakan Dondang Sayang bermula di Melaka pada zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka abad ke 15. Ini merujuk kepada nyanyian pantun dengan iringan alat-alat seperti rebana, gong dan kecapi melalui teks Melayu lama Hikayat Hang Tuah dan Tuhfat al-Nafis. Ini membuktikan Dondang Sayang telah bermula sejak abad ke tujuh dan kelapan belas. Ia telah menarik minat kepada orang Portugis juga.

7.2.2Persembahan

Penyanyi-penyanyi Dondang Sayang merupakan orang yang bertanggung-jawab menjayakan setiap persembahan. Mereka perlu memiliki kemahiran seperti berpantun dan mematahkan pantun lawan. Selain daripada itu setiap penyanyi juga perlu memiliki kebolehan melagukan irama dan mengawal suara.

Kebolehan berpantun merupakan kemahiran utama kerana ada kalanya mereka tidak diberikan lirik bertulis. Mereka perlu menyanyi secara sepontan terutama ketika berlawan dengan penyanyi lain. Jika gagal membalas pantun pihak lawan seseorang itu dianggap gagal.

Pandai melagukan pantun mengikut rentak lagu tertentu juga merupakan kemahiran utama. Penyanyi juga perlu menyesuaikan suara ketika berlagu mengikut melodi dirancang.

Gambar 1: Penyanyi Mendendangkan Dondang Sayang

Gambar 2: Dondang Sayang Diiringi Tarian

Persembahan Dondang sayang boleh di adakan di mana-mana kerana tidak memerlukan tempat atau pentas khusus. Dondang Sayang juga sering diiringi oleh penari dalam persembahannya. Dondang Sayang dipersembahankan di majlis-majlis perkahwinan, keramaian dan pesta Mandi Safar di Melaka.Di Pulau Pinang Dondang Sayang dipersembahkan pada hari Chap Goh Meh (hari kelima belas tahun baru Cina). Tradisi ini telah wujud sebelum Peperangan Dunia ke dua lagi. Nyonya-nyonya menaiki kereta kuda ke tepi pantai danmembuang limau ke dalam air. Mereka percaya akan mendapat suami yang baik. Baba-baba menyanyi dondang sayang. Mereka mengelilingi bandar menaiki kereta lembu.

Bincangkan dalam kumpulan secara OLL

Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.

RUJUKAN

Jasman Ahmad dan Siti Zainon (1996). Ghazal dan Dondang Sayang, Penerbit Setiamas, Petaling Jaya.

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre.