11
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA. http://www.dsd.gov.m

Garis Panduan PPT 2011

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Garis Panduan PPT 2011

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA.

http://www.dsd.gov.m

Page 2: Garis Panduan PPT 2011

KANDUNGAN

KANDUNGAN i

SENARAI KEPENDEKAN ii

SENARAI LAMPIRAN ii

1. TUJUAN 1

2. LATAR BELAKANG 1

3. TARIKH KUATKUASA 1

4. TAFSIRAN 1

5. PROSEDUR PERMOHONAN 2

6. PERSONEL PPT 5

7. PENILAIAN KETERAMPILAN 5

8. VERIFIKASI DAN PENGESAHAN 6

9. PERSIJILAN 7

10. PENUTUP 7

i

Page 3: Garis Panduan PPT 2011

SENARAI KEPENDEKAN

SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

DKM - Diploma Kemahiran Malaysia

DLKM - Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

PPT - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

SPKM - Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

PP-PPT - Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

PPL-PPT - Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

SKPK - Standarad Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan

JPK - Jabatan Pembangunan Kemahiran

PC - Penyata Pencapaian

KPPK - Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1 - Syarat-syarat Tambahan Mengikut Keperluan Agensi/Badan Penguatkuasa

Lampiran 2 - Senarai NOSS yang tidak boleh dipersijilkan melalui PPT

Lampiran 3 - Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan

JPK/PPT/1001(P1)

- Borang Permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

JPK/PPT/1003(P1)

- Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

JPK/PPT/1007 - Laporan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)

ii

6

Page 4: Garis Panduan PPT 2011

1. TUJUAN

Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai pelaksanaan permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

2. LATAR BELAKANG

Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT telah dilancarkan pada 13 September 1996. Kaedah ini memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap keterampilan serta pengalaman terdahulu yang mereka miliki. Pekerja-pekerja mahir ini yang sememangnya mempunyai kemahiran dan pengalaman tetapi tidak mempunyai sijil tertentu boleh mendapatkan pengiktirafan melalui Persijilan Kemahiran Malaysia di mana mereka boleh dianugerahkan Sijil tanpa perlu mengikuti latihan secara formal. Pekerja-pekerja mahir ini hanya perlu membuktikan keterampilan yang telah dimiliki atau diperolehi untuk dinilai dan disahkan di samping syarat-syarat lain yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam panduan ini.

3. TARIKH KUATKUASA

Garis panduan ini berkuatkuasa pada 1 Julai 2011 dan garis panduan terdahulu adalah terbatal.

4. TAFSIRAN

Dalam panduan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

“calon” ertinya mana-mana individu yang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk mendapatkan Sijil;

“Jabatan” ertinya Jabatan Pembangunan Kemahiran;

“kaunseling” ertinya suatu proses membimbing dan membantu calon bagi mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan pengalaman terdahulu yang dimiliki oleh calon;

“Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT)” ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon;

1

Page 5: Garis Panduan PPT 2011

“Pegawai Pengesah Luaran-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)” ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT;

“Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)” ertinya satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki;

“penilaian” ertinya suatu proses menyemak, menilai dan menentusahkan bukti-bukti keterampilan calon memenuhi keperluan Standard termasuklah sesi kaunseling, lawatan tempat kerja, temuduga dan verifikasi;

“program” ertinya mana-mana satu tajuk pekerjaan untuk satu tahap yang ditetapkan dalam daftar Standard;

“projek” ertinya suatu projek yang dibangunkan oleh calon bagi membuktikan kekompetenan yang dimiliki kepada panel penilai semasa sesi penilaian dilaksanakan;

“Sijil” ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan kepada seseorang oleh Ketua Pengarah iaitu SKM, DKM, DLKM atau PC;

“Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia” ertinya polisi, mekanisme Standard dan tatacara yang terlibat dalam penganugerahan suatu Sijil oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran;

“Standard” ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diwujudkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652];

“Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)” ertinya satu dokumen yang menggariskan keterampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut;

“temuduga” ertinya aktiviti penilaian yang dilaksanakan oleh panel penilai (PP-PPT & PPL-PPT) terhadap calon yang dinilai melalui kaedah PPT; dan

“verifikasi” ertinya suatu proses menentusahkan penilaian yang telah dilaksanakan oleh PP-PPT.

5. PROSEDUR PERMOHONAN

5.1. Pemohon hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

a) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun bagi permohonan SKM Tahap 1, 2 dan 3 serta sekurang-kurangnya 21 tahun untuk permohonan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM);

2

Page 6: Garis Panduan PPT 2011

b) Mempunyai pengalaman dalam bidang kemahiran pada tahap yang dipohon mengikut tempoh minimum pengalaman bekerja yang ditetapkan seperti Jadual 1;

Jadual 1 Tempoh Pengalaman Kerja

Tahap Persijilan Tempoh Pengalaman Kerja

SKM Tahap 1 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan

SKM Tahap 23 tahun pengalaman; atau Memiliki SKM Tahap 1 beserta satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan

SKM Tahap 34 tahun pengalaman; atau Memiliki SKM Tahap 2 beserta satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan

DKM5 tahun pengalaman; atau Memiliki SKM Tahap 3 beserta dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan

DLKM7 tahun pengalaman; atau Memiliki DKM beserta dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan berkaitan

Nota: Bagi permohonan Sijil pada tahap yang lebih tinggi, pemohon hendaklah memiliki Sijil pada tahap sebelumnya, jika diperlukan oleh Stantard berkenaan.

c) Bagi mana-mana bidang yang tertakluk di bawah bidang kuasa agensi tertentu, permohonan hendaklah memenuhi Syarat-syarat Tambahan Mengikut Keperluan Agensi/Badan Penguatkuasa seperti Lampiran 1;

d) Permohonan SKM/DKM/DLKM hendaklah berdasarkan bidang kemahiran seperti yang tersenarai dalam Daftar NOSS kecuali bagi bidang yang dinyatakan dalam Senarai NOSS Yang Tidak Boleh Dipersijilkan Melalui PPT seperti Lampiran 2;

e) Bagi permohonan program Pegawai Latihan Vokasional (VTO), pemohon tidak disyaratkan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia bagi mana-mana bidang kemahiran. Tempoh pengalaman mengajar dan mengurus latihan kemahiran yang diperlukan bagi permohonan program Pegawai Latihan Vokasional (VTO) / Eksekutif Latihan Vokasional (VTE) / Pengurus Latihan Vokasional (VTM) adalah seperti Jadual 2;

Jadual 2 Tempoh Pengalaman Mengajar & Mengurus Latihan Kemahiran

3

Page 7: Garis Panduan PPT 2011

Jenis Persijilan Tempoh Pengalaman Mengajar & Mengurus Latihan Kemahiran

VTO (I-031-3) ≥ 4 tahun pengalaman mengajar latihan kemahiran

VTE (I-031-4)Memiliki VTO beserta satu (1) tahun pengalaman mengurus latihan kemahiran

VTM (I-031-5)Memiliki VTE beserta dua (2) tahun pengalaman mengurus latihan kemahiran

Nota: Pemohon tidak disyaratkan memiliki Sijil bidang kemahiran

5.2. Bayaran permohonan sebanyak RM300 bagi setiap program hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank atau Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama `KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN’ yang memiliki tempoh sahlaku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima. Bayaran dalam bentuk tunai, wang pos dan lain-lain tidak akan diterima;

5.3. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1001(P1)] yang boleh dicetak di www.dsd.gov.my. Setiap permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran bersama-sama dokumen sokongan lain yang ditetapkan, iaitu:

a) Borang Permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1001(P1)] yang telah lengkap diisi;

b) Bayaran permohonan;

c) Salinan Kad Pengenalan Pemohon;

d) Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan seperti Lampiran 3;

e) Salinan SKM tertinggi yang dimiliki (jika ada); dan

f) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Nota: Setiap salinan dokumen hendaklah disahkan oleh majikan atau pegawai kerajaan kumpulan A.

5.4. Bayaran permohonan tidak akan dikembalikan. Bagi mana-mana permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, permohonan dianggap gagal dan bayaran permohonan tidak akan dikembalikan.

Page 8: Garis Panduan PPT 2011

6. PERSONEL PPT

6.1.Personel PPT adalah individu yang terlibat secara langsung sepanjang proses Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT. Berikut adalah personel PPT yang terlibat, iaitu:

a) Calon;

b) Pegawai Penilai – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT); dan

c) Pegawai Pengesah Luaran – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)

6.2. Calon adalah mana-mana individu yang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk mendapatkan Sijil. Perincian peranan dan tanggungjawab calon, sila rujuk Panduan Calon Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT);

6.3. PP-PPT adalah pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon. Perincian peranan dan tanggungjawab PP-PPT, sila rujuk Panduan Pegawai Penilai – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT);

6.4. PPL-PPT adalah pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT. Perincian peranan dan tanggungjawab PPL-PPT, sila rujuk Panduan Pegawai Pengesah Luaran – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT);

7. PENILAIAN KETERAMPILAN

7.1. Penilaian keterampilan dilaksanakan bertujuan untuk menyemak, menilai dan mengesahkan bukti-bukti keterampilan yang dikemukakan oleh calon. Penilaian keterampilan dilaksanakan oleh PP-PPT dengan merujuk kepada Standard yang ditetapkan;

7.2. Penilaian hendaklah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan seperti di Jadual 3 selepas penugasan PP-PPT dibuat;

4

Page 9: Garis Panduan PPT 2011

Jadual 3 Tempoh Penilaian

Tahap Persijilan Tempoh Penilaian Proses Penilaian

SKM Tahap 1 / 2 / 3 2 bulan Portfolio

SKM Tahap 3 (VTO) 2 bulan Portfolio + Pembentangan

DKM / VTE 5 bulanPortfolio + Projek +

Pembentangan

DLKM / VTM 5 bulanPortfolio + Projek +

Pembentangan

7.3.Penilaian keterampilan hendaklah dibuat melalui kombinasi pelbagai kaedah penilaian seperti:

a) Pemerhatian;

b) Temuduga;

c) Lawatan ke tempat kerja calon;

d) Menyemak bukti bertulis seperti sijil kursus, lesen, buku log dan lain-lain;

e) Menilai hasil kerja/projek/produk; dan

f) Bukti-bukti lain yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki.

7.4. Penilaian hendaklah dilaksanakan berdasarkan bukti-bukti keterampilan yang disediakan dalam bentuk portfolio oleh calon dengan merujuk kepada Standard sebagai asas penilaian. Bagi permohonan program VTO/VTE/VTM/DKM/DLKM, sesi pembentangan menjadi salah satu bukti utama keterampilan yang perlu dinilai; dan

7.5. Jabatan boleh melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi setiap penilaian yang dilaksanakan.

8. VERIFIKASI DAN PENGESAHAN

8.1. Verifikasi bertujuan mengesahkan pelaksanaan penilaian yang dilaksanakan oleh PP-PPT terhadap calon;

8.2. Verifikasi akan dilaksanakan oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT) atau personel yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran; dan

8.3. Laporan verifikasi PPL-PPT perlu dikemukakan kepada Jabatan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas lawatan verifikasi dilaksanakan. Laporan tersebut hendaklah disertakan bersama-sama dokumen berikut, iaitu:

a) Laporan Verifikasi PPL-PPT (JPK/PPT/1007); dan

5

Page 10: Garis Panduan PPT 2011

b) Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1003(P1)].

9. PERSIJILAN

9.1.Sijil hanya akan dianugerahkan kepada calon yang mencapai tahap keterampilan yang digariskan di dalam Standard serta syarat-syarat tambahan lain yang ditetapkan;

9.2. Penganugerahan Sijil hanya akan merujuk kepada borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1003(P1)] yang telah disahkan oleh PPL-PPT;

9.3.Bagi program SKM 1, 2 dan 3, Sijil (SKM 1, 2 & 3) akan dianugerahkan kepada calon yang terampil atau Penyata Pencapaian (PC) bagi mana-mana duti yang telah terampil; dan

9.4. Bagi program VTO/DKM/DLKM, Sijil (VTO/DKM/DLKM) akan dianugerahkan kepada calon yang memenuhi syarat berikut, iaitu:

a) Terampil semua Duti;

b) Terampil sesi pembentangan;

c) Terampil penulisan laporan; atau

d) Terampil pembangunan WIM (3 set teori dan 3 set praktikal) bagi program VTO; dan

e) Bagi calon yang gagal mana-mana syarat di atas atau tidak hadir sesi pembentangan, calon akan dianggap gagal.

9.5. Bagi calon yang gagal, calon hendaklah memohon semula dengan mengemukakan bayaran pendaftaran yang baharu; dan

9.6.Sebarang perubahan dan pindaan bagi garis panduan ini adalah tertakluk kepada Jabatan dari semasa semasa.

10.PENUTUP

Dengan adanya garis panduan ini, pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT akan dapat melahirkan pekerja mahir mempunyai pengiktirafan sewajarnya terhadap kemahiran serta pengalaman yang dimiliki.

Disediakan oleh:

Unit Pengiktirafan Permohonan Terdahulu (PPT)

Cawangan Perakuan Kemahiran

Bahagian MOSQ, JPK

6

6

Page 11: Garis Panduan PPT 2011

CARTA ALIR PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU

7Mula

Terima Borang Permohonan

YaTidak

YaTidak

Dokumen Lengkap?Kembalikan kepada Pemohon

Terampil

TidakSyor PP-PPT Untuk Anugerah Sijil

TidakTerampil

Keputusan VerifikasiKeluar Surat Gagal

Tamat

Semak Borang Permohonan

Keluar Resit Pembayaran

Semak Kelayakan Pemohon

Memenuhi Syarat?

Daftar Permohonan

Keluar Sijil (SKM/DKM/DLKM/PC)

Laksana Sesi Verifikasi

Keluar Notis Lawatan PPL-PPT

Laksana Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan

Keluar Notis Pendaftaran Calon & Penugasan PP-PPT

Laksana Sesi Kaunseling & Pembangunan Portfolio

Kaunter JPK(1 Hari/Permohonan)

Unit PPT, MOSQ(1 Hari/Permohonan)

Unit PPT, MOSQ(1 Minggu)

PP-PPT(2/5 Bulan)

Unit PPT, MOSQ(1 Minggu)

PPL-PPT(2 Minggu)

Unit PPT, MOSQ(2 Minggu)

Tolak Permohonan

8