39

Hidayatus sibyan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Hidayatus Shibyan fi Ma'rifatil Islam wal Iman, menggunakan nama Abi Abdullah Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas'udi al-Banjari. Diselesaikan pada hari Isnin, 18 Muharam 1330 Hijrah. Kandungannya membicarakan tentang tauhid dan fikah. Cetakan yang pertama Mathba'ah At-Taraqqil Majidiyah al-'Utsmaniyah 1330 Hijrah. Dicetak pula oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1345 Hijrah/1927 Masihi. Ditashhih oleh Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani. Tuan Husein Kedah al-Banjari sebaya umur dengan Haji Muhammad Saleh, Pulau Pisang, Darul Qiyam, Kedah (Ulama Nusantara, Utusan Malaysia, Isnin, 31 Mei 2004) kerana sama-sama lahir dalam tahun 1280 Hijrah/1863/4 Masihi. Barangkali ada hubungan erat antara kedua-dua ulama itu kerana ibu Tuan Husein bernama Tengku Fatimah binti Tengku Mahmud, juga berasal dari daerah Kubang Pasu. Tuan Husein Kedah mendapat pendidikan asas sistem pondok daripada datuknya Haji Muhammad Thaiyib Kedah al-Banjari, seorang ulama besar yang juga menghasilkan beberapa buah karangan. Pelajaran dilanjutkan di Patani, di Pondok Bendang Daya dan sempat belajar kepada pengasasnya, Haji Wan Mushthafa bin Muhammad al-Fathani (Tok Bendang Daya I) dan selanjutnya kepada anak beliau, Syeikh Abdul Qadir (Tok Bendang DayaII). Ketika di Bendang Daya dipercayai beliau bersahabat dengan Wan Ismail bin Mushthafa (Cik Doi) dan Tok Kelaba. Selain di Bendang Daya Tuan Husein juga pernah belajar di Pondok Semela. Untuk lebih memantap dan memperdalam pelbagai ilmu Tuan Husein melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Sewaktu di Mekah dipercayai Tuan Husein Kedah al-Banjari bersahabat dengan Haji Muhammad Saleh, Pulau Pisang. Di antara guru kedua-duanya ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Sayid Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan ramai lagi. Di antara guru kedua-duanya yang paling muda ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, dan yang lebih tua antara tujuh atau lapan tahun saja daripada kedua-duanya. Sungguhpun tulisan ini pada mulanya adalah untuk memfokuskan penulisan kitab yang telah dihasilkan oleh Tuan Husein Kedah al-Banjari, namun perlu juga disentuh bahawa perjuangan beliau dalam segi mengajar sama ada di pondok pengajian yang diasaskannya mahupun mengajar kitab di tempat-tempat tertentu adalah sejalan, seimbang dan sama berat dengan penulisan. Oleh itu Tuan Husein Kedah dapat kita klasifikasikan sebagai seorang ulama besar yang sangat gigih dalam perjuangan menggunakan kalam (perkataan) dan qalam (pena/ penulisan) demi penyebaran ilmu pengetahuan Islam.

Citation preview

Page 1: Hidayatus sibyan
Page 2: Hidayatus sibyan
Page 3: Hidayatus sibyan
Page 4: Hidayatus sibyan
Page 5: Hidayatus sibyan
Page 6: Hidayatus sibyan
Page 7: Hidayatus sibyan
Page 8: Hidayatus sibyan
Page 9: Hidayatus sibyan
Page 10: Hidayatus sibyan
Page 11: Hidayatus sibyan
Page 12: Hidayatus sibyan
Page 13: Hidayatus sibyan
Page 14: Hidayatus sibyan
Page 15: Hidayatus sibyan
Page 16: Hidayatus sibyan
Page 17: Hidayatus sibyan
Page 18: Hidayatus sibyan
Page 19: Hidayatus sibyan
Page 20: Hidayatus sibyan
Page 21: Hidayatus sibyan
Page 22: Hidayatus sibyan
Page 23: Hidayatus sibyan
Page 24: Hidayatus sibyan
Page 25: Hidayatus sibyan
Page 26: Hidayatus sibyan
Page 27: Hidayatus sibyan
Page 28: Hidayatus sibyan
Page 29: Hidayatus sibyan
Page 30: Hidayatus sibyan
Page 31: Hidayatus sibyan
Page 32: Hidayatus sibyan
Page 33: Hidayatus sibyan
Page 34: Hidayatus sibyan
Page 35: Hidayatus sibyan
Page 36: Hidayatus sibyan
Page 37: Hidayatus sibyan
Page 38: Hidayatus sibyan
Page 39: Hidayatus sibyan