Kata adjektif-1230003754397127-2

  • View
    758

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SMK MOHD KHALID 2012

Transcript

  • 1. KATA ADJEKTIFkata yang digunakan untukmenyatakan keadaan atau sifatbagi sesepatah kata nama atausebaris frasa nama. Kata adjektifyang dikenali juga dengan namakata sifat boleh didahului ataudiikuti dengan kata penguat sepertisangat, amat, sungguh, terlalu,terlalu, banyak dan sebagainya.

2. KATA ADJEKTIF1. Pokok di belakang rumah saya tinggi.2. Air kopi yang dihidanginya sejuk.3. Budak yang berusia tiga tahun itu bijak.4. Malam Jumaat itu sungguh sunyi.5. Buah limau yang dibeli oleh emak sangat masam.6. Anak hartawan itu amat angkuh.7. Buah cempedak di dusunnya banyak sekali.8. Suara penyanyi veteran itu masih merdu.9. Hidupnya bahagia, walaupun hartanya sedikit. 3. KATA ADJEKTIFBerdasarkan makna, kata adjektif dapat digolongkan pada 9 jenis. KATA ADJEKTIF SIFATKATA ADJEKTIF WARNAKATA ADJEKTIF UKURANKATA ADJEKTIF BENTUKKATA ADJEKTIF PANCAINDERA KATA ADJEKTIF WAKTU KATA ADJEKTIF CARAKATA ADJEKTIF PERASAAN KATA ADJEKTIF JARAK 4. KATA ADJEKTIF KEADAAN10. Budak bijak itu menerima hadiah daripada pengetua sekolah.11.Orang jahat itu telah diberkas oleh polis semalam.12.Tubuh anak gadis Encik Karim sangat kurus.13.Kehidupan penyanyi terkenal itu amat sederhana.14.Pemuda itu selalu ditegur kerana kelakuannya kasar. 5. KATA ADJEKTIF WARNA15. Wanita itu memakai selendang sutera biru.16. Daun-daun pokok itu hijau dan buahnya lebat.17. Bendera kebangsaan negara baru itu merah, biru, kuningdan putih. 6. KATA ADJEKTIF UKURAN18. Pembaris panjang itu dipatahkan oleh adik.19. Sekolah rendah itu akan ditutup tidak berapa lama lagi.20. Dia sudah selesai membaca buku yang tebal itu. 7. KATA ADJEKTIF BENTUK21. Lelaki yang berperut buncit itu bapa saudara saya.22. Dua garisan yang lurus dan selari tidak mungkin bertemu.23. Bola yang dipegangnya lonjong. 8. KATA ADJEKTIF PANCAINDERA35. Masakan di restoran baru itu sangat lazat.36. Dia makan pisang yang kelat itu.37. Wajahnya masam ketika saya tiba ke rumahnya.38. Suara penyanyi itu lunak dan lantang. 9. KATA ADJEKTIF WAKTU24. Baju yang baharu itu berwarna-warni.25. Usah dikenang kisah-kisah silam itu.26. Makanan segera biasanya kurang berkhasiat. 10. KATA ADJEKTIF CARA30. Penyanyi lincah itu akan berlakon filem.31. Lelaki gemuk itu gopoh sewaktu bekerja.32. Penerangannya tentang pelajaran itu sangat jelas. 11. KATA ADJEKTIF PERASAAN32. Dia amat sayang akan kedua-dua orang tuanya.33. Sultan gembira kerana dikurnia seorang putera.34. Budak kecil itu rindu akan ibunya yang sudah meninggal dunia. 12. KATA ADJEKTIF JARAK27. Dia nyaris dilanggar oleh sebuah teksi.28. Peristiwa itu berlaku dekat dengan rumah saya.29. Kolam renang itu hampir dengan sekolahnya.