36
KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR TUGASAN INDIVIDU KAJIAN TINDAKAN NAMA NOR IZZATI BINTI ABDUL HAMID NO. MATRIK D20081032229 PROGRAM PENDIDIKAN MATEMATIK (AT14)

Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

KPR 3012

SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

TUGASAN INDIVIDU

KAJIAN TINDAKAN

NAMA

NOR IZZATI BINTI ABDUL HAMID

NO. MATRIK

D20081032229

PROGRAM

PENDIDIKAN MATEMATIK (AT14)

KUMPULAN

KUMPULAN AT14

Page 2: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

KEBERKESANAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN

MENOLAK INTEGER MELALUI KAEDAH RUMAH DALAM

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 CERDAS DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB (2)

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Oleh:

NOR IZZATI BINTI ABDUL HAMID (D20081032229)

Bagi Kursus KPR 3012

Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Semester I Sesi 2011/2012

November 2011

Page 3: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

1.0 Topik Kajian

Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah

Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas.

2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji

Nama Pengkaji : Nor Izzati binti Abdul Hamid

Ahli Jawatankuasa Pengkaji : (1) Hanuzah binti Othman

(2) Wan Nor Azah binti Abdul Aziz

3.0 Latar Belakang Kajian

Integer merupakan tajuk yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan

1 hingga 3. Pengetahuan dan kemahiran pengiraan melibatkan Integer merupakan satu kemahiran

dan pengetahuan asas yang amat penting. Kemahiran ini merentasi banyak tajuk dalam sukatan

pelajaran. Kelemahan dalam operasi Integer akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran

dalam topik seperti kuasa, punca, bentuk piawai, ungkapan algebra, indeks, rumus algebra,

ungkapan dan persamaan kuadratik, koordinat, graf fungsi dan sebagainya.

Siti Habsah (2011) telah menjalankan kajian melibatkan Integer iaitu mengenai Katrasin.

Beliau telah menggunakan plastasin berwarna merah (-) dan biru (+) untuk mengajar pelajar

yang terlalu lemah dalam subjek Matematik. Contohnya untuk soalan – 5 + 8, lima biji plastasin

berwarna merah dan lapan plastasin berwarna biru diambil. Plastasin berwarna merah dan biru

dilekatkan secara berpasangan. Selepas itu, bilangan baki plastasin yang tidak mempunyai

pasangan warna dikira. Dalam contoh ini , baki yang tinggal ialah 3 plastasin berwarna biru.

Maka, jawapannya ialah + 3. Daripada kajian ini, ternyata penggunaan katrasin dapat membantu

pelajar melakukan operasi menambah dan menolak Integer dengan betul.

1

Page 4: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Manakala Hamzah (2009) menjalankan kajian bertajuk Meningkatkan Kemahiran

Menambah dan Menolak Nombor Negatif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Cerdik dengan

Kaedah Jadual. Dalam Kaedah Jadual ini, pelajar perlu menentukan sama ada nombor tersebut

nombor positif atau nombor negatif. Selepas itu, bilangan nombor positif dan nombor negatif

diletakkan dalam jadual menggunakan simbol bulatan. Kemudian, simbol bulatan itu akan

dihapuskan bagi jumlah yang sama. Maka tinggallah sama ada nombor positif atau nombor

negatif sahaja. Contohnya - 4 + 2, setelah simbol bulatan dihapuskan, yang tinggal hanya dua

bulatan pada positif. Maka jawapannya ialah +2.

+

Elango (2007) pula telah menjalankan kajian mengenai Inovasi dalam Teknik

Penyelesaian Tajuk Nombor Negatif. Teknik yang digunakan ialah penyelesaian ELMATH iaitu

satu teknik penyelesaian bagi menjalankan operasi penambahan dan penolakan nombor negatif.

Teknik ini memperlihatkan teknik pemikiran dan pertimbangan yang berlaku dalam minda

seseorang semasa menjalankan operasi penambahan dan penolakan bagi tajuk nombor negatif.

Pengkaji juga berharap agar teknik penyelesaian ELMATH dapat membantu murid menguasai

kemahiran menjalankan operasi penambahan dan penolakan ke atas nombor negatif. Dengan ini,

minat murid untuk menguasai tajuk nombor negatif dapat ditingkatkan yang akan membawa

kepada peningkatan pencapaian Matematik secara umumnya.

Selain itu, Siti Halimah (2009) telah menjalankan kajian bertajuk Meningkatkan

Kefahaman Pelajar dalam Konsep Integer Melalui Perwakilan Idea Matematik Secara

Konkrit dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Semarak. Kajian ini menggunakan model

konkrit yang sesuai iaitu melalui jadual yang dibina dan secara tidak langsung dapat

membantu pelajar yang lemah dalam topik Integer mendapatkan jawapan yang tepat.

Bukan itu sahaja, malah Radinhazizi (2011) turut menjalankan kajian

Mempertingkat Penguasaan Kemahiran Menambah Integer Positif dan Negatif dalam

Kalangan Pelajar Tingkatan 1C. Begitu juga dengan Sin (2006) dengan tesisnya yang

bertajuk Pendekatan Koperatif Model STAD Terhadap Pelajar Tingkatan 1 dalam Topik

2

Page 5: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

“Nombor Negatif”. Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan ini mengambarkan

bahawa pelajar-pelajar masih menghadapi kesukaran dalam penyelesaian soalan-soalan

bagi tajuk Integer. Oleh kerana Integer adalah satu topik yang amat sukar untuk pelajar-

pelajar, maka saya telah memilih satu kaedah penambahan dan penolakan integer melalui

tajuk ‘Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui

Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas.’ Kaedah Rumah ini diharap

dapat membantu pelajar-pelajar dalam menyelesaikan pengiraan yang melibatkan Integer

yang besar.

4.0 Penyataan Masalah

Kelemahan pelajar dalam menguasai Matematik adalah disebabkan oleh tanggapan negatif

pelajar terhadap pelajaran itu sendiri. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua

pihak mengambil inisiatif yang positif untuk menentukan kemajuan dan peningkatan pelajar

dalam mata pelajaran tersebut. Ini termasuklah memperkenalkan satu kaedah baru yang lebih

mudah dalam menyelesaikan operasi Integer. Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada

sejauhmana seseorang pelajar dapat menguasai konsep asas ini.

Dalam tajuk Integer, perkara yang amat sukar untuk pelajar memahami ialah

menambah dan menolak Integer. Memandangkan menambah dan menolak Integer ini

amat penting bagi menjawab soalan objektif dan soalan subjektif dalam peperiksaan

dalaman dan peperiksaan PMR, maka kemahiran ini, dapat membantu pelajar

mendapatkan markah yang lebih baik serta dapat meningkatkan peratus kelulusan

Matematik.

Semasa saya berpraktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2) Kota

Bharu Kelantan, saya telah diamanahkan untuk mengajar dua kelas iaitu 1 Bestari dan 1

Cerdas. Saya berasa teruja untuk mengajar pelajar-pelajar. Namun begitu, semasa saya

mengajar tajuk Integer, saya dapati terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar. Ia

benar-benar mencabar saya. Saya perlu menguatkan semangat agar saya dapat

memperbaiki keadaan dan membantu pelajar terbabit. Apa yang saya dapati ialah mereka

tidak dapat menyelesaikan operasi tambah dan tolak Integer dengan baik. Ini kerana

pelajar-pelajar terbabit mempunyai asas yang sangat lemah berkaitan tanda bagi setiap

nombor. Namun begitu mungkin bukan kesilapan mereka secara keseluruhannya, pihak

3

Page 6: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

guru juga mungkin tersilap. Ini kerana pada peringkat rendah pelajar hanya diperkenalkan

dengan nombor positif. Sebagai contoh, kita hanya menyebut 2 sebagai ”dua” sahaja dan

bukannya ”positif dua”. Inilah kesannya yang saya perolehi di peringkat menengah.

Kesan secara langsung dapat dilihat melalui latihan di dalam kelas dan semakan buku

latihan pelajar. Contoh kesalahan:

- 5 + 2 = 3 (sepatutnya -3) - 5 + 2 = 7 (sepatutnya -3)

Daripada contoh jawapan yang diberikan oleh pelajar saya dapati mereka gagal mengenal tanda

bagi setiap nombor. Pelajar juga tidak memahami maksud Integer lebih-lebih lagi Integer negatif.

Masalah ini juga berkait dengan cara hidup pelajar dan guru. Maksud saya dalam kehidupan

seharian, kita tidak pernah menggunakan istilah Integer negatif atau positif semasa berurusan.

Keadaan ini jika kita perhalusi memang berkait dengan pengetahuan sedia ada pelajar untuk

diadaptasi di dalam bilik darjah.

Selain itu, saya telah menemu bual dua orang guru Matematik dari Sekolah

Menengah Kebangsaan Zainab (2). Guru Matematik tersebut telah mempunyai

pengalaman mengajar Matematik tajuk Integer hampir 10 tahun. Hasil temu bual

menunjukkan bahawa ramai pelajar masih menghadapi masalah untuk menyelesaikan

soalan yang memerlukan penguasaan kemahiran penyelesaian operasi Integer. Ini

menunjukkan bahawa kemahiran asas teknik penyelesaian operasi Integer dalam

kalangan pelajar perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Masalah ini tidak boleh saya biarkan kerana asas integer positif dan negatif sangat

penting bagi pelajar apabila mereka menduduki peperiksaan awam nanti. Kemudian saya

mendapat satu idea untuk mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan satu kaedah

penambahan dan penolakan integer menggunakan Kaedah Rumah. Sampel kajian saya

terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 Cerdas seramai 30 orang pelajar. Diharapkan kaedah

ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah menambah dan menolak Integer.

Selain itu, kaedah ini juga diharap agar pelajar dapat mengaplikasikan konsep Integer

pada tajuk-tajuk yang mempunyai hubung kait dengan Integer. Menerusi Kaedah Rumah,

pelajar dapat menjadikan kaedah ini sebagai titik tolak mencapai satu cara mudah dan

cepat untuk menyelesaikan operasi Integer dengan mengumpul Integer mengikut rumah

masing-masing.

4

Page 7: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

5.0 Objektif Kajian

Objektif Am:

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menambah dan menolak Integer dengan

menggunakan Kaedah Rumah.

Objektif Khusus:

1. Menganalisis sejauhmana penguasaan pelajar dalam menambah dan menolak sesuatu Integer.

2. Menentukan keberkesanan penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran

operasi tambah dan tolak Integer.

6.0 Metodologi Kajian

Metodologi kajian membincangkan kaedah yang akan saya gunakan dalam kajian ini. Dalam

metodologi kajian juga menghuraikan model kajian iaitu kaedah yang akan digunakan dan

sedikit penerangan dibuat mengenai kaedah yang dipilih. Selain itu, langkah-langkah yang akan

dijalankan oleh saya, sasaran kajian, instrumen kajian dan metodologi analisis dalam kajian ini

juga diterangkan.

6.1 Metodologi Kajian

Model: Kaedah Rumah

Langkah 1: Pengenalpastian isu dan masalah

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku dan sikap pelajar-pelajar semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar saya menghadapi masalah untuk

menyelesaikan soalan melibatkan Integer. Sebelum kajian dijalankan, pelajar-pelajar kurang

memberi respon kepada soalan-soalan yang diajukan dan ada antara pelajar yang mempunyai

rasa takut untuk mencuba. Selain itu, latihan yang dibuat oleh pelajar juga disemak dan diteliti

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran mengenai topik ini. Saya dapati banyak kesalahan

yang dilakukan oleh pelajar semasa membuat latihan topik Integer. Ada juga antara pelajar yang

5

Page 8: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan kerana pelajar mengatakan bahawa mereka

tidak mengetahui cara untuk mengira soalan Integer berkenaan.

Langkah 2: Perancangan tindakan

Sebelum langkah-langkah seterusnya dilakukan, tinjauan awal masalah akan saya lakukan

terhadap pelajar-pelajar saya. Tinjauan awal dilakukan bagi membolehkan saya mengetahui

kelemahan sebenar pelajar. Oleh itu, terlebih dahulu saya telah merancang beberapa perkara.

Antaranya ialah,

(i) Semakan buku latihan

Semakan buku latihan juga digunakan bagi mengesan kelemahan pelajar bagi topik

Integer. Kelemahan pelajar juga boleh dikesan berdasarkan latihan yang saya berikan di

dalam kelas dan juga di rumah.

(ii) Temu bual.

Temu bual akan dijalankan sewaktu rehat di mana pelajar diminta berjumpa dengan saya

untuk ditemu bual secara berpasangan. Borang soal selidik digunakan bagi memudahkan

pelajar menjalani soal selidik dengan lancar.

(iii) Ujian pra

Ujian pra akan dilakukan dengan memberi kepada pelajar soalan–soalan penambahan dan

penolakan integer. Sebanyak 12 soalan subjektif akan diberikan kepada pelajar. Masa

yang diberikan untuk mereka menjawab ialah selama 1 jam. Daripada jawapan yang

diberikan oleh pelajar, saya boleh mengesan kelemahan-kelemahan mereka. Markah

pelajar akan direkodkan dan ditukar ke dalam bentuk peratusan.

6

Page 9: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Langkah 3: Pelaksanaan tindakan

Setelah saya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar, saya bercadang untuk

memperkenalkan Kaedah Rumah kepada pelajar untuk membantu mereka dalam topik Integer.

Selepas itu, saya akan memberikan ujian pos kepada pelajar untuk melihat peningkatan

kemahiran pelajar dalam operasi tambah dan tolak Integer.

(i) Memperkenalkan Kaedah Rumah

Saya akan memperuntukan masa sebanyak dua masa pengajaran iaitu selama 80 minit

untuk memperkenalkan Kaedah Rumah kepada pelajar. Semasa memperkenalkan kaedah

ini, saya akan memberikan beberapa soalan kepada pelajar di papan hitam untuk melihat

sejauh mana pemahaman mereka.

Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk menjawab soalan Integer

menggunakan Kaedah Rumah. Sebagai contoh, – 22 + 14 – 5 =

Langkah-langkah:

1. Selesaikan jika terdapat operasi dan tanda.

2. Buatkan dua lajur untuk rumah negatif dan positif.

3. Masukkan nombor positif ke dalam rumah positif dan

nombor negatif ke dalam rumah negatif tanpa operasi dan simbol.

4. Tambahkan semua nombor dalam setiap rumah jika

nombor dalam rumah tersebut melebihi daripada 1.

7

+ (+) = + – (+) = –

+ (–) = – – (–) = +

+ –

+ –14 22

5

+ –14

+14

22+ 5

27

Page 10: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

5. Pindahkan nombor yang kecil ke rumah nombor yang lebih besar. Kemudian, tolak

nombor yang kecil itu daripada nombor yang lebih besar.

6. Tulis jawapan dan letakkan simbol positif / negatif berdasarkan rumah di mana jawapan

itu berada. Sebagai contoh, 27 – 14 = 13. Akan tetapi 13 berada pada rumah negatif.

Jadi, jawapannya ialah – 13.

(ii) Ujian Pos

Ujian pos akan dijalankan setelah pengajaran menggunakan Kaedah Rumah dilakukan

pada masa pengajaran yang seterusnya. Sebanyak 12 soalan subjektif akan diberikan

kepada pelajar. Masa yang akan diberikan untuk mereka menjawab ialah sama seperti

ujian pra iaitu selama 1 jam. Soalan yang diberikan dalam ujian pos adalah berlainan

dengan soalan ujian pra akan tetapi soalan adalah setara. Markah pelajar akan direkodkan

dan ditukar ke dalam bentuk peratusan.

Langkah 4: Pemerhatian dan menganalisis data

Bagi ujian pra dan ujian pos, soalan yang akan diberikan adalah berbentuk subjektif. Satu soalan

dikira 1 markah. Kemudian, bilangan jawapan yang dijawab dengan betul akan dikira dan

ditukar kepada peratusan. Pelajar akan memperoleh 1 markah sekiranya pelajar menunjukkan

jalan pengiraan yang betul dan jawapan yang tepat. Sekiranya pelajar memberikan jawapan yang

tepat tanpa jalan pengiraan, maka jawapan tersebut akan dikira salah dan tiada markah akan

diberikan.

Penguasaan pelajar dalam penambahan dan penolakan Integer akan dilihat melalui

analisis ujian pra dan ujian pos. Manakala untuk mengetahui keberkesanan penggunaan

8

+ –14

+14

22+ 5

27– 14– 13

Page 11: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran operasi tambah dan tolak Integer,

perbandingan pencapaian pelajar-pelajar dalam ujian pra dan ujian pos akan dilakukan.

Jadual di bawah menunjukkan draf analisis keputusan pencapaian ujian pra, keputusan

pencapaian ujian pos dan perbandingan pencapaian ujian pra dan ujian pos.

Draf Analisis Keputusan Pencapaian Ujian Pra

Bil.ID

PelajarNama

Bilangan Jawapan Betul

Ujian Pra%

1. P1 S1 X1 M1

2. P2 S2 X2 M2

... ... ... ... ...

... ... ... ... ...

30. P30 S30 X30 M30

Min A1 B1

Sisihan piawai A2 B2

Varians A3 B3

Draf Analisis Keputusan Pencapaian Ujian Pos

Bil.ID

PelajarNama

Bilangan Jawapan Betul

Ujian Pra%

1. P1 S1 Y1 N1

2. P2 S2 Y2 N2

... ... ... ... ...

... ... ... ... ...

30. P30 S30 Y30 N30

Min C1 D1

Sisihan piawai C2 D2

9

Min=∑

1

30

Mi

30=B1Min=

∑1

30

X i

30=A1

Page 12: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Varians C3 D3

Draf Analisis Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Bil.ID

Pelajar

Ujian Pra Ujian Pos Peningkatan

Bilangan

Jawapan

Betul

%

Bilangan

Jawapan

Betul

%

Bilangan

Jawapan

Betul

%

1. P1 X1 M1 Y1 N1 Y1 – X1 N1 – M1

2. P2 X2 M2 Y2 N2 Y2 – X2 N2 – M2

... ... ... ... ... ... ... ...

... ... ... ... ... ... ... ...

30. P30 X30 M30 Y30 N30 Y30 – X30 N30 – M30

Min A1 B1 C1 D1 C1 – A1 D1 – B1

Sisihan Piawai A2 B2 C2 D2 E G

Varians A3 B3 C3 D3 F H

Langkah 5: Refleksi dan penilaian

Daripada kajian ini, saya berharap agar berlaku peningkatan pencapaian pelajar.

Selain itu, saya juga berharap agar pelajar dapat mengaplikasikan Kaedah Rumah dan

seterusnya berjaya memperolehi jawapan dengan cepat dan tepat. Jika berlaku

peningkatan pencapaian, ini menunjukkan kaedah ini benar-benar membantu pelajar. Di

samping itu, selepas kajian ini saya berharap pelajar-pelajar ingin mencuba dan yakin

dengan jawapan mereka. Saya juga berharap tingkah laku pelajar akan berubah selepas

mereka akan diperkenalkan dengan Kaedah Rumah.

6.2 Sasaran Kajian

10

Min=∑

1

30

N i

30=D1Min=

∑1

30

Y i

30=C1

Page 13: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 13 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan

dari tingkatan 1 Cerdas di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2). Pelajar-pelajar ini dalam

kalangan pelajar-pelajar sederhana dan lemah. Pelajar-pelajar ini juga mempunyai pencapaian

yang kurang memuaskan semasa dalam Peperiksaan Kurikulum Berasaskan Sekolah 1 (PKBS 1).

Dalam peperiksaan Matematik pula, pelajar-pelajar ini juga memperoleh pencapaian yang

kurang memuaskan. Ada sebilangan pelajar yang gagal dalam peperiksaan mata pelajaran

Matematik.

Jadual 1: Bilangan sasaran kajian

Tingkatan Lelaki Perempuan Jumlah

1 Cerdas 13 17 30

6.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data ialah soalan ujian pra dan ujian pos.

Soalan-soalan daripada ujian pra dan pos di buat oleh saya sendiri. Ujian pra dan ujian pos

mengandungi 12 soalan subjektif. Soalan yang diberikan adalah berlainan akan tetapi setara.

Masa yang diberikan kepada pelajar untuk menjawab soalan ialah selama 1 jam bagi kedua-dua

ujian.

6.4 Metodologi Analisis

11

Pemerhatian Semakan Buku Latihan Temu bual

Ujian PraMemperkenalkan Kaedah RumahUjian Pos

Menganalisis Data Penilaian Refleksi

Page 14: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

7.0 Kesignifikasian Kajian

Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada beberapa pihak iaitu pelajar-

pelajar, guru-guru Matematik khususnya, dan juga pihak sekolah. Kepada pelajar-pelajar,

Kaedah Rumah yang diperkenalkan diharap dapat digunakan untuk menyelesaikan penambahan

dan penolakan Integer. Kaedah Rumah ini mampu membantu pelajar-pelajar melakukan

pengiraan penambahan dan penolakan Integer dengan lebih cepat, tepat dan tidak membebankan

pelajar-pelajar. Selain itu, kaedah ini juga dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan

kesilapan semasa mengira. Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai topik Integer yang diajar

khususnya melibatkan penambahan dan penolakan integer dan seterusnya meningkatkan

peratusan gred mata pelajaran Matematik.

Di samping itu, Kaedah Rumah yang diperkenalkan ini dapat dijadikan sebagai

pencetus motivasi kepada guru-guru untuk membuat inovasi dalam pengajaran agar

proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Selain itu,

kajian ini diharapkan dapat menyedarkan para pendidik supaya sentiasa kreatif mencari

pendekatan baru dalam menyelesaikan sesuatu operasi. Guru juga dapat memastikan

keseluruhan pelajar dapat menguasai sepenuhnya setiap topik yang diajar jika dapat

mencari pendekatan baru. Guru seharusnya bijak mempelbagaikan kaedah pengajaran

bagi menarik minat pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran Matematik.

Selain itu, sekiranya Kaedah Rumah ini didapati berkesan, saya akan memperkenalkan

kaedah ini kepada pelajar-pelajar di kelas lain agar setiap pelajar memperoleh manfaatnya. Saya

juga akan mengutarakan dan memperkenalkan Kaedah Rumah ini kepada Pengetua. Oleh yang

demikian, pihak sekolah diharap boleh mengadakan bengkel kepada guru-guru Matematik di

sekolah untuk sama-sama belajar dan mencuba kaedah ini semasa proses pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan Integer. Hal ini seterusnya akan memberi peningkatan peratusan

kelulusan murid dalam mata pelajaran Matematik.

8.0 Anggaran Perbelanjaan

12

Page 15: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Jadual di bawah menunjukkan anggaran perbelanjaan saya dalam kajian yang saya jalankan ini.

Saya hanya mengeluarkan perbelanjaan untuk cetakan dan fotostat soalan ujian pra, ujian pos,

nota Kaedah Rumah dan juga cetakan laporan kajian tindakan.

Jadual 2: Anggaran Perbelanjaan

Bil. Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit Jumlah Kos

1. Cetakan soalan ujian pra dan ujian pos 30 salinan x RM 0.20 RM 6.00

2. Cetakan nota Kaedah Rumah 30 salinan x RM0.10 RM 3.00

3. Perbelanjaan Mesyuarat - RM 10.00

4. Cetakan Laporan Kajian Tindakan 1 salinan x RM 5.00 RM 5.00

JUMLAH RM 24.00

9.0 Jadual Kerja

Berikut adalah jadual kerja sepanjang saya menjalankan kajian ini di Sekolah Menengah

Kebangsaan Zainab (2).

Jadual 3: Jadual Kerja

Bil Perkara Tarikh

1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 4 Julai – 12 Julai 2011

2. Menulis Proposal Kajian 14 Julai 2011

3. Merancang tindakan 18 Julai 2011

4. Melaksanakan tindakan 25 Julai 2011

5. Melaksanakan ujian pos 28 Julai 2011

6. Menganalisis data 1 Ogos 2011

7. Refleksi dan penilaian 6 Ogos 2011

8. Menyiapkan laporan kajian tindakan November 2011

13

Page 16: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

10.0 Dapatan Kajian

(i) Penguasaan Pelajar dalam Menambah dan Menolak Sesuatu Integer

Penguasaan pelajar dalam penambahan dan penolakan Integer dapat dilihat melalui analisis ujian

pra dan ujian pos.

Analisis Ujian Pra

Hasil daripada ujian pra, bilangan jawapan betul yang telah pelajar-pelajar jawab bagi soalan

yang diberikan dikelaskan seperti Jadual 4 di bawah. Bilangan jawapan betul adalah daripada 12

soalan dalam ujian pra.

Jadual 4: Keputusan Pencapaian Ujian Pra.

Bil.ID

PelajarNama

Bilangan Jawapan Betul

Ujian Pra%

1. P1 Ahmad Fateh B Mohd Faiz 5 41.7

2. P2 Aqeem Nazeman B Che Abdullah 6 50.0

3. P3 Mohamad Baharum B Kamaruzaman 3 25.0

4. P4 Muhamad Fakhrul B Mohd Nawi 4 33.3

5. P5 Muhammad Adee Syahmi B Azmi 6 50.0

6. P6 Muhammad Ariff B Mohd Fouzi 5 41.7

7. P7 Muhammad Badrul Hakim B Hassan 1 8.3

8. P8 Muhammad Danial B Mohd Zainudin 2 16.7

9. P9 Muhammad Ganges B Kamil 5 41.7

10. P10 Muhammad Khairul Afiq B Hashim 3 25.0

11. P11 Muhammad Ruzainie B Mohamud 7 58.3

12. P12 Nik Amirul Hakim Akmal B Nik 6 50.0

14

Page 17: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

13. P13 Wan Syakir B Wan Fadhil 3 25.0

14. P14 Amelina Bt Mohd Noor 6 50.0

15. P15 Fatin Nazura Bt Mohd Noor 4 33.3

16. P16 Hanie Nabihah Bt Abdul Wahab 7 58.3

17. P17 Maisahira Binti Mohd Marzuri 4 33.3

18. P18 Nik Nurul Amira Bt Nik Mat 5 41.7

19. P19 Nik Fatin Najihah Bt Nik Razi 1 8.3

20. P20 Nik Malissa Bt Nik Abdul Razak 2 16.7

21. P21 Nur Afeeza Bt Samaluddin 4 33.3

22. P22 Nur Aisyah Bt Azlan 3 25.0

23. P23 Nur Amira Najiha Bt Azmi 5 41.7

24. P24 Nur Fatihah Bt Mohd Nasir 3 25.0

25. P25 Nur Intan Diana Bt Suria 3 25.0

26. P26 Nur Syiffa Syuhadah Bt Hasnan 5 41.7

27. P27 Nurul Atikah Bt Malim 6 50.0

28. P28 Nurulain Bt Suzaimi 4 33.3

29. P29 Salsabila Bt Mamat 1 8.3

30. P30 Siti Noor Albani Akmal Bt Saad 4 33.3

Min 4 34.2

Sisihan piawai 1.68 14.00

Varians 2.82 196.16

Jadual 4 menunjukkan 30 orang pelajar yang telah menjawab ujian pra. Daripada

jadual di atas, didapati hanya dua orang pelajar dapat menjawab bilangan soalan yang

paling tinggi iaitu tujuh soalan (58.3%). Manakala bagi yang dapat menjawab enam

soalan (50.0%) dengan betul adalah sebanyak lima orang pelajar. Sebanyak enam orang

pelajar dapat menjawab tiga (25.0%), empat (33.3%) dan lima (41.7%) soalan dengan

betul. Manakala sebanyak dua orang pelajar dapat menjawab dua soalan (16.7%) dengan

betul. Terdapat tiga orang pelajar yang lemah dalam menguasai penambahan dan

penolakan integer dengan bilangan soalan yang betul adalah hanya satu soalan (8.3%)

sahaja. Min bilangan jawapan yang betul ialah empat (34.2%).

15

Page 18: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Daripada ujian pra, didapati pelajar masih belum dapat menguasai penambahan

dan penolakan Integer. Daripada 12 soalan hanya dua orang pelajar sahaja yang dapat

menjawab tujuh soalan dengan betul. Manakala pelajar yang lain hanya betul antara satu

hingga enam sahaja. Ini jelas menunjukkan pelajar belum lagi dapat menguasai

penambahan dan penolakan Integer dengan baik.

16

Page 19: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Graf 1: Keputusan Pencapaian Ujian Pra

17

P1 P3 P5 P7 P9 P11

P13

P15

P17

P19

P21

P23

P25

P27

P29

0

2

4

6

8

10

12

Bilangan Jawapan Betul Ujian Pra

Page 20: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Analisis Ujian Pos

Hasil daripada ujian pos, bilangan jawapan betul yang telah dijawab oleh pelajar-pelajar dapat

dikelaskan seperti Jadual 5 di bawah. Bilangan jawapan betul adalah daripada 12 soalan dalam

ujian pos.

Jadual 5: Keputusan Pencapaian Ujian Pos.

Bil.ID

PelajarNama

Bilangan Jawapan Betul

Ujian Pos%

1. P1 Ahmad Fateh B Mohd Faiz 10 83.3

2. P2 Aqeem Nazeman B Che Abdullah 10 83.3

3. P3 Mohamad Baharum B Kamaruzaman 8 66.7

4. P4 Muhamad Fakhrul B Mohd Nawi 9 75.0

5. P5 Muhammad Adee Syahmi B Azmi 9 75.0

6. P6 Muhammad Ariff B Mohd Fouzi 11 91.7

7. P7 Muhammad Badrul Hakim B Hassan 7 58.3

8. P8 Muhammad Danial B Mohd Zainudin 9 75.0

9. P9 Muhammad Ganges B Kamil 11 91.7

10. P10 Muhammad Khairul Afiq B Hashim 8 66.7

11. P11 Muhammad Ruzainie B Mohamud 12 100.0

12. P12 Nik Amirul Hakim Akmal B Nik 10 83.3

13. P13 Wan Syakir B Wan Fadhil 9 75.0

14. P14 Amelina Bt Mohd Noor 10 83.3

15. P15 Fatin Nazura Bt Mohd Noor 8 66.7

16. P16 Hanie Nabihah Bt Abdul Wahab 11 91.7

17. P17 Maisahira Binti Mohd Marzuri 8 66.7

18. P18 Nik Nurul Amira Bt Nik Mat 9 75.0

19. P19 Nik Fatin Najihah Bt Nik Razi 7 58.3

20. P20 Nik Malissa Bt Nik Abdul Razak 7 58.3

21. P21 Nur Afeeza Bt Samaluddin 8 66.7

22. P22 Nur Aisyah Bt Azlan 9 75.0

23. P23 Nur Amira Najiha Bt Azmi 10 83.3

18

Page 21: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

24. P24 Nur Fatihah Bt Mohd Nasir 7 58.3

25. P25 Nur Intan Diana Bt Suria 11 91.7

26. P26 Nur Syiffa Syuhadah Bt Hasnan 12 100.0

27. P27 Nurul Atikah Bt Malim 9 75.0

28. P28 Nurulain Bt Suzaimi 11 91.7

29. P29 Salsabila Bt Mamat 10 83.3

30. P30 Siti Noor Albani Akmal Bt Saad 8 66.7

Min 9 77.2

Sisihan Piawai 1.46 12.16

Varians 2.13 147.95

Berdasarkan Jadual 5 menunjukkan bilangan jawapan betul yang telah dijawab oleh

pelajar setelah mereka diajar Kaedah Rumah. Ujian ini telah membuktikan terdapat pelajar

berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan kebanyakkan daripada mereka juga dapat

menjawab tujuh dan ke atas dengan betul. Bagi 12 soalan (100.0%) yang dijawab dengan betul

adalah sebanyak dua orang pelajar, empat orang pelajar mendapat 11 (91.7%) betul, enam orang

pelajar mendapat 10 (83.3%) betul, manakala tujuh orang pelajar mendapat sembilan (75.0%)

betul seterusnya enam orang pelajar mendapat lapan soalan (66.7%) betul dan empat orang

pelajar mendapat tujuh soalan (58.3%) betul. Semasa pemerhatian dilakukan, kelihatan pelajar

bersungguh-sungguh semasa menjawab dan mereka saling bersaing antara satu sama lain. Masa

menjawab juga menjadi pendek daripada masa yang telah diperuntukkan kepada mereka. Pelajar-

pelajar kelihatan gembira dan berpuas hati setelah menjawab soalan yang diberikan. Min

bilangan jawapan yang betul ialah sembilan (77.2%). Berlaku peningkatan pencapaian sebanyak

lima soalan.

Daripada ujian pos, didapati dua orang pelajar yang dapat menjawab kesemua soalan

dengan betul. Manakala pelajar yang lain betul antara tujuh hingga sebelas. Ini jelas

menunjukkan pelajar telah dapat menguasai operasi tambah dan tolak Integer dengan baik.

19

Page 22: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Graf 2: Keputusan Pencapaian Ujian Pos

20

P1 P3 P5 P7 P9 P11

P13

P15

P17

P19

P21

P23

P25

P27

P29

0

2

4

6

8

10

12

Bilangan Jawapan Betul Ujian Pos

Page 23: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

(ii) Keberkesanan Penggunaan Kaedah Rumah dalam Meningkatkan Kemahiran Operasi

Tambah dan Tolak Integer

Untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran

operasi tambah dan tolak Integer, perbandingan pencapaian pelajar-pelajar dalam ujian pra dan

ujian pos telah dilakukan.

Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Pelajar-pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Bil.ID

Pelajar

Ujian Pra Ujian Pos Peningkatan

Bilangan

Jawapan

Betul

%

Bilangan

Jawapan

Betul

%

Bilangan

Jawapan

Betul

%

1. P1 5 41.7 10 83.3 5 41.7

2. P2 6 50.0 10 83.3 4 33.3

3. P3 3 25.0 8 66.7 5 41.7

4. P4 4 33.3 9 75.0 5 41.7

5. P5 6 50.0 9 75.0 3 25.0

6. P6 5 41.7 11 91.7 6 50.0

7. P7 1 8.3 7 58.3 6 50.0

8. P8 2 16.7 9 75.0 7 58.3

9. P9 5 41.7 11 91.7 6 50.0

10. P10 3 25.0 8 66.7 5 41.7

11. P11 7 58.3 12 100.0 5 41.7

12. P12 6 50.0 10 83.3 4 33.3

13. P13 3 25.0 9 75.0 6 50.0

14. P14 6 50.0 10 83.3 4 33.3

15. P15 4 33.3 8 66.7 4 33.3

16. P16 7 58.3 11 91.7 4 33.3

17. P17 4 33.3 8 66.7 4 33.3

18. P18 5 41.7 9 75.0 4 33.3

19. P19 1 8.3 7 58.3 6 50.0

21

Page 24: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

20. P20 2 16.7 7 58.3 5 41.7

21. P21 4 33.3 8 66.7 4 33.3

22. P22 3 25.0 9 75.0 6 50.0

23. P23 5 41.7 10 83.3 5 41.7

24. P24 3 25.0 7 58.3 4 33.3

25. P25 3 25.0 11 91.7 8 66.7

26. P26 5 41.7 12 100.0 7 58.3

27. P27 6 50.0 9 75.0 3 25.0

28. P28 4 33.3 11 91.7 7 58.3

29. P29 1 8.3 10 83.3 9 75.0

30. P30 4 33.3 8 66.7 4 33.3

Min 4 34.2 9 77.2 5 43.0

Sisihan Piawai 1.68 14.00 1.46 12.16 1.42 11.81

Varians 2.82 196.16 2.13 147.95 2.01 139.42

Berdasarkan Jadual 6 di atas, didapati pelajar-pelajar pada awalnya tidak dapat

menguasai penambahan dan penolakan Integer dengan baik. Akan tetapi setelah Kaedah Rumah

diperkenalkan, pelajar-pelajar dapat menguasai penambahan dan penolakan Integer dengan baik.

Ini dapat dilihat melalui peratus peningkatan daripada ujian pos.

Peratusan yang paling tinggi ialah sebanyak 75.0% iaitu hanya seorang pelajar yang

meningkat dari betul satu soalan kepada betul 10 soalan. Manakala dua orang pelajar meningkat

sebanyak 25.0%, sepuluh orang pelajar meningkat sebanyak 33.3%, tujuh orang pelajar

meningkat sebanyak 41.7%, enam orang pelajar meningkat sebanyak 50.0%, tiga orang pelajar

meningkat sebanyak 58.3% dan seorang orang pelajar meningkat sebanyak 66.7%. Semua

pelajar menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 25% ke atas.

22

Page 25: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Graf 3: Perbandingan Pencapaian Pelajar-pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.

23

P1 P3 P5 P7 P9 P11

P13

P15

P17

P19

P21

P23

P25

P27

P29

0

2

4

6

8

10

12

Bilangan Jawapan Betul Ujian Pra Bilangan Jawapan Betul Ujian Pos

Page 26: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

11.0 Perbincangan dan Kesimpulan

Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa Kaedah Rumah telah menunjukkan

keberkesanannya. Hal ini dapat dibuktikan melalui perbezaan bilangan jawapan betul antara

ujian pra dan ujian pos. Min bilangan jawapan betul dalam ujian pra ialah 4 manakala dalam

ujian pos ialah 9. Terdapat peningkatan sebanyak 5 soalan. Dapatan kajian jelas menunjukkan

terdapat peningkatan dalam ujian pos berbanding ujian pra. Dapat dirumuskan bahawa Kaedah

Rumah telah menunjukkan keberkesanannya. Kaedah Rumah ini membantu pelajar-pelajar yang

bermasalah dalam menguasai kemahiran menambah dan menolak Integer. Keberkesanan

penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran menambah dan menolak Integer

dapat dilihat melalui peratusan yang tinggi telah pelajar perolehi selepas menjawab soalan ujian

pos. Semua pelajar menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 25% ke atas.

Selain itu, pelajar kelihatan berminat dan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa

mempelajari Kaedah Rumah. Semua pelajar telah melibatkan diri secara secara menyeluruh dan

mereka juga dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk menyelesaikan masalah bagi setiap

soalan yang diberikan setelah mempelajari Kaedah Rumah. Pelajar dapat menjawab soalan

dengan pantas dan mereka kelihatan gembira ketika menjawab soalan.

Dengan menggunakan kaedah ini juga saya dapati tumpuan yang diberikan oleh pelajar

sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran semakin baik. Mereka memberikan tumpuan

sepenuhnya semasa saya mengajar. Mereka semakin rajin bertanya apabila ada sebarang

kemusykilan. Secara tidak langsung suasana di dalam bilik darjah menjadi sangat kondusif dan

praktikal untuk pembelajaran. Pelajar-pelajar seolah-oleh tidak sabar menantikan waktu

Matematik dan tingkah laku pelajar memang berubah. Jadual 7 di bawah menunjukkan

perubahan tingkah laku pelajar sebelum penggunaan Kaedah Rumah dan selepas penggunaan

Kaedah Rumah.

24

Page 27: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

Jadual 7: Perubahan Tingkah Laku Pelajar

Tingkah Laku PelajarSebelum Penggunaan Kaedah

RumahSelepas Penggunaan

Kaedah Rumah

Bertanya soalan 2 9

Menyiapkan kerja rumah 5 25

Menjawab soalan secara sukarela 1 11

Membuat latihan di papan tulis 1 10

Saya juga merasa tersentuh apabila beberapa orang pelajar dari kelas lain meminta jasa

baik saya mengajar mereka penambahan dan penolakan Integer menggunakan Kaedah Rumah.

Mereka mendapat tahu mengenai kaedah ini melalui kawan mereka di Tingkatan 1C. Secara baik

saya memberitahu mereka yang saya akan berbincang dengan guru Matematik Tingkatan 1 agar

mempraktikkan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka agar semua pelajar

Tingkatan 1 memperoleh manfaatnya. Alhamdulillah, apabila saya berbincang bersama-sama

guru Matematik Tingkatan 1, mereka juga berminat untuk menjayakan kaedah ini.

Kesimpulanya, pelajar memerlukan satu kaedah yang mudah bagi memudahkan mereka

memahami sesuatu topik pengajaran. Dengan menggunakan Kaedah Rumah ini, pelajar dapat

meningkatkan lagi penguasaan mereka dalam topik Integer. Kaedah ini berkesan di mana pelajar

boleh menguasai konsep penambahan dan penolakan Integer secara perlahan dan berperingkat.

Ini dapat dilihat apabila pelajar mula ingin mencuba dan yakin dengan jawapan mereka . Selain

itu, kemahiran pelajar dalam topik Integer ini juga diharap dapat diaplikasikan dalam topik yang

mempunyai hubung kait dengan Integer seperti kuasa, punca, bentuk piawai, ungkapan algebra,

indeks, rumus algebra, ungkapan dan persamaan kuadratik, koordinat, graf fungsi dan

sebagainya.

25

Page 28: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

12.0 Rujukan

Elango a/l Periasamy (2007). Inovasi Dalam Teknik Penyelesaian Tajuk Nombor Negatif. Diambil daripada http://www.ipislam.edu.my/uploaded/Inovasi%20Dalam%20Teknik%20Penyelesaian%20Nombor%20Negatif%20-%20Kertas%20Konsep.pdf

Hamzah Mohd Zin (2009). Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Nombor Negatif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Cerdik dengan Kaedah Jadual. Diambil daripada http://www.slideshare.net/irishidayah/katrasin

Radinhazizi Hanapi (2011). Contoh Penulisan Proposal Kajian Tindakan. Diambil daripada http://www.docstoc.com/docs/90109000/CONTOH-PENULISAN-PROPOSAL-KT

Sin Chow Lai (2006). Pendekatan Koperatif Model STAD Terhadap Pelajar Tingkatan 1 dalam Topik “Nombor Negatif”. Diambil daripada eprints.oum.edu.my/174/1/Koperatif_model.pdf

Siti Habsah Je’maen, Norhidayah Hasbi, Aini Jamin & Belinda Audrey Patrick (2011). Kajian Tindakan KPR 4043. Diambil daripada http://www.slideshare.net/irishidayah/katrasin

Siti Halimah Awang Kechil (2009). Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Konsep Integer Melalui Perwakilan Idea Matematik Secara Konkrit Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Semarak. Diambil daripada http://imahssl.blogspot.com/

26

Page 29: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

%12

13.0 Lampiran

Lampiran 1 – Ujian Pra

Name: _________________________________________ Score: =

Form: ________________

(a) - 21 + 6 = (e) 9 + (-15) + 17 = (i) 11 – (-13) – 41 =

(b) 9 + (-13) = (f) - 6 + (-3) – 14 = (j) -10 + (+4) – 31 =

(c) - 20 – (-7) = (g) - 23 + (-12) – 11 = (k) - 18 – ( -12) + 5 =

(d) - 4 + 7 + (-5) = (h) 14 - (-6) – 32 = (l) 34 + (-15) – 22 =

27

Page 30: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

%12

Lampiran 2 – Ujian Pos

Name: _________________________________________ Score: =

Form: ________________

(a) - 31 + 5 = (e) 5 + (-22) + 11 = (i) 16 – (-4) – 24 =

(b) 6 + (-19) = (f) -13 + (-7) – 9 = (j) -20 + (+3) – 12 =

(c) - 40 – (-6) = (g) -25 + (-9) – 15 = (k) - 12 – ( -17) + 3 =

(d) - 5 + 9 + (-3) = (h) 20 – (-4) – 25 = (l) 28 + (-18) – 15 =

28

Page 31: Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas

29