Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

  • View
    110

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

KEGEMILANGAN MELAKA

TAJUK : KESULTANAN MELAYU MELAKA

KUMPULAN 81.ASMA BINTI HILMI D20141068120 2.MARYAM 'AQILA BINTI ISMAWADEE D20141068136 3.MIZA AMANI BINTI MOHAMAD NORDIND201410681404.NORFARHANI BINTI JANUND201410672155.NUR ELIDA BINTI SALIMI D201410672236.NUR SURIANI BINTI MOHD RUSMAN D201410672257.NURAYUNI BINTI NOORDIHAN D201410672008.SITI MARYAM BINTI HUSAIN D201410680799.TENGKU NORHUDA BINTI ENGKU HADI D2014106808010.UMMI SYAHIRAH BINTI MOHD ALID20141068135

1

LATAR BELAKANG PARAMESWARA

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409, apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bintan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud Yang Dipertuan kepada tiga dunia melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bintan dan Temasek.Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.

Menurut Suma Oriental, Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura (orang yang berani). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu (Malay Annals) yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai.

Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu Melaka.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo.

LATAR BELAKANG MELAKA

Raja Iskandar Shah(Parameswara) mangkat pada tahun1414dan diwarisi oleh anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah1414-1424.Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444).Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun1445dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkanIslamsebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruhKepulauan Melayuseperti Jawa,BorneodanFilipina. Sebahagian besar pendudukAsia Tenggarapada ketika itu beragamaHindu.Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka.

Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka.Tun Peraktelah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di KepulauanMelayu.

ISLAM TERSEBAR DI MELAKA

Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. . Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun MelakaFaktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.

Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka.Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah.Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.

Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam

Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.

Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah Abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur,dan menyimpan kitab agama Islam.Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzahdan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.

KEGEMILANGAN MELAKASelepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikanSrivijayapadaAbad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain sepertiSiamdan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam danJawatelah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah sepertiBernam,Klang,Selangor,Sungai Ujung,Kedah, danPataniyang secara sukarela datang mendapatkannobatdaripada Melaka. ManakalaPasaipula sebagai abang tua dalam perdagangan dan agama, sentiasa berkirim salam dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasaiKelantan, menje