35

Click here to load reader

Kitar semula

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sama-samalah kita start kitar semula!!!!!!!!!

Citation preview

Page 1: Kitar semula

kitar semula

Page 2: Kitar semula

SELAMAT DATANG KE RUANGAN KITAR SEMULA

Page 3: Kitar semula

Kitar semula

Kitar semula bermaksud menggunakan semula barangan dan bahan untuk membuat barangan baharu dan bukan membuangnya.

Page 4: Kitar semula

Mengapakah nama kitar semula?

Negara maju dikenali sebagai ‘masyarakat pakai buang’ kerana menggunakan dan membuang begitu banyak barangan,biasanya selepas sekali penggunaan.

Daripada membuang begitu sahaja,kita boleh mengitarnya semula.Apabila kita mengitar semula :

-kita mengurangkan penggunaan sumber asli Bumi -proses pembuatan menjadi mesra alam kerana kitar semula dapat mengurangkan bahan mentah -kita mengurangkan bahan buangan dan ini lebih baik bagi alam sekitar. Selain kitar semula,kita boleh : -kurangkan jumlah barangan dan bahan yang digunakan -guna semula barangan dan bahan -fikir semula cara menggunakan barangan dan bahan

Page 5: Kitar semula

Apakah itu plastik ?

Plastik adalah nama yang diberi kepada sekumpulan bahan yang boleh dibentuk semasa lembut dan dibuat menjadi pelbagai bentuk dan barangan.

Page 6: Kitar semula

Sejarah plastik Alam semula jadi telahmenghasilkan plastik

selama beribu-ribu tahun Cengkerang,kura-kura,dan tanduk haiwan

ialah plastik semula jadi Begitu juga dengan getah yang berasal

daripada susu pokok getah. Plastik bukan semula jadi yang pertama

dibuat oleh ahli kimia Belgium,Leo Baekland. Pada tahun 1907,beliau mencipta plastik

dengan mencampurkan beberapa bahan kimia

Page 7: Kitar semula

Kitar semula gelung tertutup

Berlaku apabila bahan terpakai dijadikan barangan baharu berulang kali.

Bahan tersebut melalui kitaran gelung yang tidak berakhir ini dan tidak dibuang begitu sahaja.

barangan plastik gelung tertutup-botol minuman plastik PET-botol jus dan botol susu plastik HDPE-permaidani yang dipintal daripada serat plastik PET

Page 8: Kitar semula

Kitar semula gelung terbuka

Berlaku apabila bahan terpakai dijadikan barangan yang tidak boleh dikitar semula lagi.

Bahan itu diguna semula sekali sahaja dan kemudian dibuang.

Ramai menganggap prose ini bukan proses kitar semula keraa bahan tersebut akhirnya dibuang

Barangan plastik gelung terbuka Botol minuman plastik PET Botol jus dan botol susu plastik HDPE Plastik campuran

Page 9: Kitar semula

Mengapakah plastik dikitar semula ?

Apabila kita mengitar semula plastik terpakai untuk membuat barangan plastik baharu :

-kita mengurangkan penggunaan sumber asli Bumi-proses pembuatan menjadi lebih mesra alam kerana kitar semula akan mengurangkan pencemaran berbanding penggunaan bahan mentah-kita mengurangkan bahan buangan dan ini lebih baik bagi alam sekitar

Page 10: Kitar semula

Proses pembuatan yang lebih mesra alam

Barangan plastik yang tidak dikitar semula dibuat dengan mengikut dua langkah :

- Penapisan : bahan mentah seperti petroleum diambil daripada tanah dan ditapis menjadi bahan asli

- Pembuatan : bahan yang ditapis dijadikan barangan siap

Mengitar semula plastik lebih mesra berbanding pembuatan plastik baharu kerana bahan mentah yang diperlukan akan berkurangan dan pencemaran juga akan berkurangan.

Page 11: Kitar semula

Bagaimana pembuatan plastik menjejaskan alam

Untuk membuat plastik,gas petroleum yang ditapis dicampur dengan bahan kimia dan dipanaskan

Proses ini menyebabkan molekul gas petroleum bersambung bersama menjadi rantaian yang panjang

Rantaian ini menyejuk untuk membentuk plastik pepejal Jenis plastik yang berbeza dihasilkan dengan mencampurkan bahan

kimia dengan gas petroleum yang berbeza Semua gas petroleum sangat mudah meletup dan sesetengah bahan

kimia yang digunakan untuk membuat plastik adalah berbahaya Salah satu bahan kimia yang digunakan ialah stirena,iaitu wap

berbahaya yang dibebaskan apabila cawan plastik dan bekas makanan polistirena dibuat

Stirena menyebabkan sakit mata,hidung dan tekak serta boleh menyebabkan kanser

Satu lagi bahan kimia berbahaya yang digunakan dalam pembuatan plastik ialah klorida yang digunakan untuk membuat barangan polivinil klorida (PVC) seperti pembungkus makanan,mainan dan paip

Page 12: Kitar semula

Apabila dipanaskan pada suhu yang tinngi,ia membebaskan gas dioksina ke atmosfera yang boleh menyebabkan kanser

Dioksina ialah campuran bahan kimia yang boleh menadi sangat beracun

Page 13: Kitar semula
Page 14: Kitar semula
Page 15: Kitar semula

CARA ANDA KITAR SEMULA DI RUMAH

1.Belilah barangan anda secara banyak-banyak. 2.Gunakan kembali bekas makanan dan minuman plastik untuk menyimpan air dan makanan. 3.Bawalah beg sendiri semasa membeli barangan dapur. 4.Tutuplah paip air semasa membasuh muka atau menggosok gigi supaya anda tidak merugikan air. 5.Pakaian lama anda boleh didermakan kepada persatuan kebajikan. 6.Gunakan surat khabar lama untuk membungkus barang-barang. Ini amat berguna terutamanya barang-barang yang dibungkus tadi hendak disimpan dalam jangka masa yang lama. Cara ini adalah lebih baik daripada membeli kertas pembalut yang baru. 7.bekas makanan sendiri ketika membeli makanan. Ini dapat mengelakkan penggunaan bahan-bahan pembungkus terutamanya Styrofoam. 8.Anda boleh menjual perabot-perabot kayu yang lama dan tidak digunakan lagi kepada kilang memproses kayu daripada membuangnya terus. Pemproses kayu ini dapat memproses semula perabot-perabot ini dan kayu-kayu tadi dapat digunakan semula untuk perkara-perkara yang lebih berguna. 9.Jika anda menerima terlalu banyak bungkusan hamper yang mengandungi makanan di dalam tin, anda boleh dermakan sebahagiannya kepada badan kebajikan ataupun bank makanan. Ini adalah lebih baik daripada menyimpannya terlalu lama hingga makanan tadi tidak lagi boleh digunakan. 10.Dermakan sebahagian daripada barang permainan anak anda kepada badan kebajikan jika anak anda tidak memerlukannya lagi. menginginkannya Daripada dibuang barang-barang ini, adalah lebih baik ia diberi kepada kanak-kanak yang menginginkannya.

Page 16: Kitar semula

Elakkan penggunaan barangan pakai buang - kita membayar harga untuk mendapatkan keselesaan: Gunakan barang-barang seperti lampin kain, napkin, tuala dan sapu tangan, bateri yang boleh dicaj semula, pinggan guna semula, kaca dan sudu, garpu, pisau, dan barang-barang tahan lama yang lain. 

Kongsi menggunakan suratkhabar, majalah dan buku. Kitar Semula adalah amalan yang baik namun menggunakan semula barang-barang anda adalah lebih menguntungkan. 

Kebanyakan beg pengisi di pasaraya dihasilkan berasaskan plastik yang tidak dikitar semula sepenuhnya oleh isi rumah. Anda dapat membantu mengurangkan penggunaan beg-beg ini dengan membawa beg-beg anda sendiri ketika membeli-belah ataupun sekurang-kurangnya menggunakan semula beg-beg ini sebagai beg sampah di rumah atau di pejabat. 

Gunakan berus gigi lama untuk membersihkan kawasan-kawasan bilik air seperti kepala paip atau kawasan celah-celah yang kecil di dalam bilik air. 

Gunakan langsir-langsir lama sebagai pengalas kusyen. Atau boleh juga

digunakan sebagai kain buruk. 

Page 17: Kitar semula

Gunakan semula pita video yang lama daripada membeli yang baru. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang, malahan anda dapat menjimatkan ruang di dalam rumah anda. 

Jika anda merasakan tahap penglihatan anda semakin teruk dan anda memerlukan kaca mata baru, atau anda mendapati cermin mata sudah ketinggalan zaman, dermakan kaca mata tang lama sesudah anda membeli kaca mata yang baru. Cermin mata yang lama dapat dibersihkan dan boleh digunakan semula. 

Cakera padat (CD) yang sudah rosak boleh dibaiki, dimana membaiki dan menggunakan semula adalah satu pilihan yang tepat kepada persekitaran berbanding kitar semula. Calar-calar kecil boleh dibaiki dengan menggunakan ubat gigi. Jika anda tidak lagi menggemari CD itu, berikan kepada orang yang inginkannya. 

Barang-barang ini juga boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan atau diberikan kembali kepada pembekal barang ini untuk digunakan sebagai alat ganti. 

Bateri tidak boleh dibuang sesuka hati kerana ia berbahaya kepada persekitaran. Bagi barang-barang yang menggunakan bateri, gunakan bateri yang boleh dicaj semula. Ia mungkin mahal, tapi lebih menjimatkan dari segi jangka panjang.

Page 18: Kitar semula

Hindarkan berbelanja tanpa berfikir semasa membeli barangan runcit. Sediakan senarai barangan yang harus dibeli bagi mengelakkan dari berbelanja sewenang-wenang.

Belilah barangan rumah yang kerap digunakan dengan saiz besar atau saiz ekonomi. Ini boleh menjimatkan wang dan mengurangkan sampah.

Bingungkah anda bila memilih produk yang hendak dibeli? Jangan risau! Ketika memilih antara dua produk yang sama, pilihlah produk yang menggunakan bungkusan yang minimal.

Kurangkan sampah kertas dengan menggunakan kain buruk, sebagai ganti pengelap kertas untuk membersih.

Page 19: Kitar semula

KENAPA KITAR SEMULA? Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

Pada ,masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

Kitar semula untuk menjimatkan kos

Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

Page 20: Kitar semula

Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita

Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain.

Kitar semula untuk menjimatkan tanaga

Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Kitar semula untuk menyelamatkan hutan

Untuk mneghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan.kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

Page 21: Kitar semula
Page 22: Kitar semula

Apabila semua sudah dilakukan untuk mengurangkan dan menggunakan semula barangan, kitar semula! Anda boleh memainkan peranan anda dengan melakukan usaha kesedaran bagi mengitar semula dan membeli barangan yang dikitar semula.

Mengitar semula adalah mudah. Sertailah rancangan mengitar semula di kejiranan anda dengan memasukkan barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, botol kaca, tin aluminium dan botol plastik ke dalam beg plastik kitar semula ataupun ke dalam tong-tong kitar semula yang dikhaskan. Anda juga boleh memulakan rancangan mengitar semula atau kelab sekitaran di sekolah atau pejabat untuk mengenalkan usaha mengitar semula.

Setiap ton kertas yang dikitar semula boleh menyelamatkan 17 pokok sementara satu tin aluminium boleh menjimatkan tenaga yang cukup untuk menyalakan sebuah lampu berkuasa 100 watt untuk selama tiga setengah jam. Jadi mengapa tunggu? Kitarlah semula hari ini.

Page 23: Kitar semula

BAGAIMANA UNTUK LAKSANAKAN KITAR SEMULA?

Pemungutan SampahApa yang perlu anda lakukan hanyalah

mengasingkan sampah-sampah yang boleh dikitarsemula dan yang tidak boleh dikitar semula.

Pemungut sampah akan tahu apa yang akandilakukan seterusnya.

Pusat Pengumpulan / Pusat kitar semula Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar

semula ini adalah dengan hanya menghantar barangan yang dikumpulkan untuk kitar semula ke pusat kitar semula yang terdapat di seluruh negara. Proses yang lain akan dijalankan oleh pihak-pihak tertentu.

Page 24: Kitar semula

APA YANG BOLEH DIKITAR SEMULA?

KertasSemua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak

berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh

dikitar semula.Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna

BIRU.Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih, kertas

komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan kertas nota putih.Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang terhasil dari

pejabat termasuklah yang berwarna putih dan juga warna-warna lain seperti suratkhabar, fail, sampul surat dan buku.

Kertas ini dikategorikan sebagai kertas yang mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya mempunyai harga pasaran yang agak rendah.

Kertas licin, pita dan sampul surat yang mempunyai plastik biasanya tidak dibeli oleh pembeli. Harga yang mahal biasanya mempunyai bahan campuran yang kurang membawa kepada pencemaran.

Page 25: Kitar semula

KacaSemua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas

kosmetik.Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLATKebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan

mengikut warna (warnajernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca

yang bercampuraduk.Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan pembeli

inginkan gelas- gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.

PlastikBeg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik,

botol air mineral dan bekas makananyang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Semua jenis plastik

ini mestilah dimasukkan kedalam tong yang berwarna JINGGA.Kitar Semula plastik adalah industri yang masih baru dan dijangka berkembang selari

dengan kemajuan teknologi.Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang lebih baik mestilah

dilakukan dengan langkah pengasinganplastik mengikut jenis terlebih dahulu. Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar

semula digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu.

Page 26: Kitar semula

LogamSemua jenis barang yang diperbuat daripada

aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar

semula. Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA

Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula.

Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi. Pengumpulan bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam dan keadaan pasaran tempatan.

Page 27: Kitar semula
Page 28: Kitar semula

AMALAN 3R DI RUMAHReduce – Pengurangan Hanya beli apa yang diperlukan:

Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.

Beli produk yang boleh diguna semula:Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.

Beli pencuci serbaguna:Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.

Beli barangan yang kurang bungkusan:Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.

Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.

Beli produk tidak bertoksik:Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.

Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

Page 29: Kitar semula

Reuse – Guna Semula Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan

menyimpan barangan di rumah. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan

alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.

Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.

Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.

Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.

Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.

Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Page 30: Kitar semula

FAKTA kitar semula

Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen

Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok

18,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja (data tahun 2005)

Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

Penggunaan air terbanyak di rumah adalah di dalam bilik air atau bilik mandi. Menurut kajian (California Energy Commission 2006) sebanyak 75% dari penggunaan di rumah

Mengepam air selepas menggunakan tandas menggunakan kira kira 5 liter air setiap kali digunakan. Statistik ini adalah untuk tandas yang dilengkapi sistem pam air yang lebih efisyen.

Page 31: Kitar semula

AIR1. Memberus gigi di waktu pagi tanpa membiarkan tap air terbuka boleh menjimatkan sehingga 30 liter air sehari, menurut kajian (EPA 2008)

2.. Mandi di dalam besen mandi menggunakan hampir 300 liter air setiap kali digunakan, berbanding dengan mandi shower hanya 40-100 liter.

3. Membasuh menggunakan mesin pembasuh pakaian jenis baru yang efisyen menggunakan hampir 100 liter air sehari

TENAGA ELEKTRIK1. Penggunaan tenaga dunia dijangka bertambah 2 kali ganda antara tahun 2000 hingga 2030. Penambahan terbesar adalah dari negara membangun dan kadar penambahan paling cepat adalah dari rumah-rumah kediaman, menurut kajian (Worldwatch Institute, 2007)

2. Penghasilan tenaga elektrik di Amerika (yang menggunakan arang batu) adalah penyumbang kepada 40% penghasilan karbon yang dikaitkan dengan pemanasan global (Worldwatch Institute, 2007)

3. Oven gelombang mikro (microwave) menjimatkan penggunaan tenaga letrik sebanyak 50% berbanding oven elektrik biasa

4. Membiarkan peralatan elektrik terpasang (sekadar untuk melihat jam) seperti TV, pemain DVD dan VCD, menggunakan hampir 5% dari penggunaan tenaga di rumah (Alliance to Save Energy, 2005)

Page 32: Kitar semula

KERTAS1. Penggunaan kertas dan kayu (di Amerika) oleh setiap rakyat setiap tahun bersamaan dengan sebatang pokok Douglas fir setinggi 100-kaki (EPA 2008)

2. Mengitar semula satu tan kertas dapat menyelamatkan 17 batang pokok dewasa dan 26,000 liter air (EPA 2008)

3. Mengitar semula kertas berbanding dengan menghasilkan kertas baru dapat mengurangkan pencemaran air sebanyak 74%, mengurangkan penggunaan air sebanyak 50% dan mengurangkan sebanyak 40% penggunaaan tenaga letrik (EPA 2008)

4. Hanya 48% daripada penggunaan kertas di pejabat (di Amerika) dikitar semula, yang dijadikan bahan mentah untuk paperboard, tisu dan kertas Keep America Beautiful, 2006)

5. 73% daripada kertas suratkhabar telah dikitar semula. Satu pertiga dijadikan kertas suratkhabar semula, selebihnya dijadikan paperboard, tisu dan bahan penebat (Keep America Beautiful, 2006)

Page 33: Kitar semula

LOGAM1. Mengitar-semula bahan aluminium (seperti tin) dapat menjimatkan 95% tenaga untuk menjadikan aluminium baru dari bahan mentah. Berdasarkan fakta ini, 20 tin aluminium dapat dikitarsemula dengan kadar tenaga yang digunakan untuk membuat satu tin aluminium yang baru (Keep America Beautiful, 2006)

2. Mengitar-semula satu tin aluminium dapat menjimatkan tenaga sebanyak yang boleh digunakan untuk menyalakan lampu 100-watt selama 20 jam, menggunakan komputer selama 3 jam dan TV selama 2 jam (EPA, 2008)

3. Tin aluminium yang dibuang oleh rakyat amerika selama sebulan adalah mencukupi untuk membina semua kapalterbang komersial Amerika

KACA1. Kaca tidak susut dan boleh dikitar semula sampai bila-bila.

STYROFOM / POLISTERIN1. Ia tidak boleh dikitar semula dan tidak boleh digunakan untuk membuat yang baru

2. Setiap tahun rakyat Amerika membuang 25,000 juta cawan styrofom, cukup untuk mengelilingi bumi sebanyak 436 kali.

Page 34: Kitar semula

KELULISekiranya setiap rakyat (di Amerika) mengitar-semula satu persepuluh dari tin buangan, ia boleh menjimatkan dari membuat 3.2 billion tin dari bahan mentah yang baru setiap tahun.Hanya 30% dari besi yang dibuang boleh dikitar-semula

Bukti Keprihatinan Kepada Alam Sekitar Dengan Melakukan Amalan Berikut Semasa Berbelanja Di Pasar:

·         Beg kain dapat digunakan berulang kali

·         Penggunaan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan

·         Penggunaan troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Gunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barang

·         Jangan gunakan beg plastik untuk pembungkusan

Page 35: Kitar semula

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENDENGAR PEMBENTANGAN ALAM SEKITAR KUMPULAN KAMI…………

SEKIAN, TERIMA KASIH…………