20
KULIAH 3 KEPENTINGAN PERSONALITI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Kuliah 3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kuliah 3

KULIAH 3

KEPENTINGAN PERSONALITI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Page 2: Kuliah 3

INTIPATI• Personaliti dan hubungannya dengan

pelbagai elemen dalam kehidupan manusia• Pencapaian

akademik• Spiritual/nilai• Emosi• Motivasi• Sosial• Tingkahlaku

• Esteem diri• Tekanan • Pemilihan kerjaya • Kepuasan kerja• Kesihatan

mental/kesejahteraan diri

• Lain-lain

Page 3: Kuliah 3

PERBINCANGANBerdasarkan tugasan yang diberi dalam Kuliah 2, sila bincangkan

dan bentangkan hasil pembacaan yang telah anda lakukan.

Page 4: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI ELEMEN KEHIDUPAN

• Pencapaian akademik• Sanchez, Rejano dan Rodriguez (2001)

menjalankan kajian terhadap 103 pelajar universiti bagi meninjau kepentingan tret personaliti berbanding tahap intelek terhadap prestasi kegagalan akademik.

• Pelajar yang mengalami kegagalan akademik mahu diri difahami, diramah mesra dan diberi pertimbangan yang sewajarnya dan juga memerlukan sokongan dari orang lain. Mereka juga mempunyai nilai untuk mahukan hak melakukan apa yang diingini dan disukai. Mereka juga lebih bersyak wasangka dan mengalami konflik kendiri, rasa tertekan, meletakkan diri dalam tekanan, tidak sabar, tidak berprotokol, lebih ke arah untuk memenuhi keperluan sendiri berbanding menerima dan mengikuti norma sosial, kurang perhatian dalam komitmen berkumpulan serta tuntutan sosial.

Page 5: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI ELEMEN KEHIDUPAN

• Pencapaian akademik• Kajian Lievens et al (2002)

• Pelajar yang mendapat skor yang rendah dalam conscientiousness (peka dan sensitif kepada persekitaran) dan mempunyai skor yang tinggi pada elemen extraversion (inginkan keseronokan dan suka berkawan) secara signifikannya kurang mendapat kejayaan dalam peperiksaan.

Page 6: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI ELEMEN KEHIDUPAN

• Pencapaian akademik• Dapatan Lievens et al (2002) turut disokong

oleh Furham (2002) dan Petrides et al (2005) yang juga menunjukkan hubungan signifikan secara songsang antara extraversion dengan keputusan peperiksaan.

• Kajian Johson dan Bloom (1995) serta kajian oleh Schouwenburg dan Lay (1995) mendapati conscientiousness berhubung secara negatif dengan sikap suka menangguhkan kerja.

Page 7: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI ELEMEN KEHIDUPAN

• Pencapaian akademik• Kajian Jacobson (2002)

• Kajian terhadap 900 kanak-kanak oleh pengkaji-pengkaji dari Columbia University mendapati ibu yang bekerja lebih dari 30 jam seminggu ketika bayi berusia 9 bulan pertama akan memberi kesan terhadap kemahiran kognitif dan bahasa apabila bayi tersebut berada di peringkat umur prasekolah. Walau bagaimanapun, dapatan ini tidak memberi implikasi bahawa ibu yang mempunyai anak kecil tidak boleh bekerja.

Page 8: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI

• Emosi• Kajian Xue Zheng, David Sang dan Qiu Lin

(2004) mendapati individu yang berpersonaliti ekstrovert secara tidak langsung mempunyai tahap individualism yang tinggi dan berkait dengan emosi yang positif serta kurang terlibat dengan tingkahlaku membunuh diri. Dengan demikian tret personaliti ekstrovert adalah faktor jangkaan kepada kegembiraan (happiness) dalam kalangan masyarakat Cina di Hong Kong.

Page 9: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI

• Sosial• Fagen dan Cowen (dalam Rozumah et

al, 2002) mendapati ibu bapa yang mempamerkan sikap mesra dan mengambil berat mempunyai anak yang bagus dari segi imej diri, kecekapan sosial dan keupayaan kawalan diri.

Page 10: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI

• Tingkahlaku•Tingkah laku remaja dianggap

hasil daripada hubungan dengan orang lain berdasarkan desakan budaya, sosial, biologikal dan fizikal (Powell, 1963).

•Apabila remaja gagal menyelesaikan krisis, mereka akan mempamerkan tingkah laku bilazim dan nakal (Erikson, 1968).

Page 11: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI

• Tingkahlaku• Fontaine & Hammond (1996) berpendapat

lelaki gay tidak wujud secara tiba-tiba ketika dewasa. Proses pembentukan identiti ini bermula pada zaman remaja di mana remaja mempersoalkan identiti seksual masing-masing, iaitu sama ada gay, biseksual atau heteroseksual, berdasarkan pengalaman dan perasaan seksual yang dialami.

• Apabila remaja menghadapi masalah sama ada pengasingan sosial dan emosional, dan kesunyian, mereka akan terlibat dengan hubungan seksual sesama jenis bagi memenuhi keperluan hubungan sosial (Hetrick & Martin dalam Fontaine & Hammond,1996).

Page 12: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI

• Tingkahlaku• Menurut McKenry (dalam Grabmeier, 1999), gaya

pertautan yang dibina pada zaman kanak-kanak, iaitu biasanya dengan ibu bapa akan memberi kesan pada zaman dewasa. Jika pada zaman kanak-kanak hubungan tidak selamat dimiliki, masalah yang sama turut dihadapi pada masa akan datang. Individu yang mengalami pengalaman keganasan sewaktu kecil pula akan bertindak ganas ketika dewasa terutamanya sewaktu mengalami stress dalam perhubungan.

• Lelaki dewasa yang mengalami stress yang tinggi dan memiliki gaya perhubungan tidak selamat lebih banyak menggunakan keganasan dalam perhubungan berbanding dengan lelaki yang mengalami stress yang tinggi tetapi memiliki gaya perhubungan yang selamat.

Page 13: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI

• Tingkahlaku•Didapati keluarga yang tidak

berfungsi, simptom personaliti anti-sosial dan penderaan fizikal oleh ibu bapa dan rakan sebaya yang delinkuen memberi kesan terhadap tingkah laku negatif di kalangan kanak-kanak tersebut (Dawes, et. al., 1999).

Page 14: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI

• Kerjaya• Semakin tinggi status pekerjaan

semakin baik caragaya keibubapaan. Ibu lebih cenderung menggunakan caragaya autoritatif kerana pengalaman yang diperolehi di tempat kerja dan mereka lebih bersikap terbuka (Saodah, 2002)

Page 15: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI

• Pemilihan kerjaya (Hogan Assessment Systems)• Ujian personaliti dan temuduga

berstruktur digunakan dalam pemilihan pekerja di organisasi.

• Ujian personaliti dapat memberi gambaran dari segi kebolehan kognitif, tahap motivasi, kawalan diri, penyesuaian (adjustment), kepimpinan dan sebagainya.

Page 16: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI

• Tekanan • Individu yang berlokus kawalan

dalaman dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan sihat (Burger, 2000).

• Individu ini dapat menangani tekanan dengan lebih baik berbanding individu berlokus kawalan luaran (Rathus & Nevid, 2002; Schultz & Schultz, 1998).

Page 17: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI

• Kesihatan mental/kesejahteraan diri• Terdapat perkaitan antara personaliti dengan

kesejahteraan diri. Personaliti dilihat sebagai satu faktor jangkaan yang stabil dan kuat terhadap kesejahteraan diri (Diener,1984).

Page 18: Kuliah 3

PERSONALITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI

• Kesihatan mental/kesejahteraan diri• Individu yang mempunyai kesejahteraan diri

yang tinggi / baik lebih cenderung untuk ‘meneutralkan’ sesuatu peristiwa ke arah positif. Mereka yang mempunyai kesejahteraan diri yang baik bukan sahaja mengalami sesuatu peristiwa secara objektif malah membuat tanggapan terhadap sesuatu peristiwa secara lebih positif jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai kesejahteraan diri yang rendah (Scheieir dan Carver, 1993).

Page 19: Kuliah 3

PERBINCANGANBerdasarkan video yang dipaparkan ini, bincangkan:a. ciri-ciri personaliti yang

terdapat pada setiap karakter.b. kemungkinan yang

menyebabkan mereka mempunyai personaliti sedemikian

Page 20: Kuliah 3

SEKIAN. TERIMA KASIH