Upload
asniem-ca
View
1.416
Download
15
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
Sekolah Kebangsaan Behor Empiang,
01000 Kangar, Perlis.
Laporan
Kempen Membaca Buku Teks
Tarikh: 8-12 Oktober 2012
Unit Skim Pinjaman Buku Teks
dengan kerjasama
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Behor Empiang
Laporan program: Kempen Membaca Buku Teks
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
1. Pendahuluan
Kempen Membaca Buku Teks adalah program tahunan Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang julung kalinya dijayakan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK). Disebabkan masalah teknikal, kempen dilewatkan seminggu dan berlangsung dari 8 Oktober hingga 12 Oktober 2012.
Unit SPBT dan UBK mengambil inisiatif ini bagi menggalakkan pembacaan buku teks sebagai sumber rujukan utama dalam pembelajaran. Di harap pada akhir kempen ini, ramai murid yang akan lebih bermotivasi untuk membaca buku teks serta tahu menggunakannya dalam membantu pembelajaran seharian.
2. Objektif
Objektif Kempen Membaca Buku Teks adalah seperti berikut:
i) Memberi kesedaran tentang kepentingan buku teks
ii) Menggalakkan penggunaan buku teks.
iii) Mengetahui dan memahami tentang penggunaan buku teks dalam pembelajaran.
3. Kumpulan Sasaran
Kempen ini mensasarkan semua murid tahun satu hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.
4. Tarikh dan Tempat Program
Kempen ini dicadangkan selama seminggu mulai 8 Oktober 2012 hingga 12 Oktober 2012. Tempat berlangsungnya kempen ialah di BOSS Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.
Laporan program: Kempen Membaca Buku Teks
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
5. Ahli Jawatankuasa
PENGERUSIPUAN NORIYAH ABD. RAHMAN
NAIB PENGERUSI
ENCIK MOHAMAD NASIR REJAB
SETIAUSAHAPUAN ASMAH HANIM CHE ANI
AJK PERTANDINGAN
ADIK ZAKIRAH HAZIRAH ROSHIDIADIK NUR ANISAH BIMAZLIM
ADIK NUR ISNISHAADIK ISMA ZIKRI ISMA YATIMADIK ZULFADLI HAIKAL SAIDADIK MOHD HANIF ROHIZANADIK MOHD NAZRUL AIMAN
AJK HADIAH DAN DOKUMENTASI
PUAN SUHAIDA AHMAD
AJK RADIO PAGIADIK MUAZZAM MOHD SAIFUL BAHRI
ADIK INTAN NUR IZYYATIADIK SYED MOHD HAFIZZUDDIN
ADIK SUFI HAZIMAH ZAKIR
AJK PAMERANADIK HASMEN DANIS NUREIMAN NURLIS HASMI
ADIK AMNI DANISYA
HAKIM-HAKIM PERTANDINGANPUAN ROSNITA KAMIS
ENCIK ABD. JAMIL MOHAMADPUAN NAIMAH MAT ISA
PUAN NIZAM BEE ABD. MAJID
Laporan program: Kempen Membaca Buku Teks
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
6. Pendapatan dan Perbelanjaan
No. Item RM RM
PENDAPATAN
1. Unit Bimbingan dan Kaunseling
174.00
JUMLAH 174.00
PERBELANJAAN
1. Lollipop (token untuk ”candid camera, siapa
cepat dan 5 minit bersama buku teks)
20.00
2. Alatan pameran 20.00
3. Pertandingan Mencipta Penanda Buku Kreatif
(Tahap 2)
3 x 3.00
3 x 4.00
3 x 5.00
36.00
4. Pertandingan Pembaca Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris
4 x 3.00
4 x 4.00
4 x 5.00
48.00
5. Sepanduk 50.00
JUMLAH 174.00
7. Rumusan Program
Program ini dilancarkan secara sederhana sahaja pada waktu perhimpunan pagi. Pemberitahuan awal tentang acara-acara yang akan berlangsung adalah melalui poster yang diedarkan ke kelas-kelas pada minggu yang sebelumnya.
Laporan program: Kempen Membaca Buku Teks
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
Pada setiap pagi bermula Selasa hingga Jumaat, radio pagi menyiarkan slot 5 minit bersama buku teks. Majlis tertinggi Kelab SPBT terlibat di dalam slot ini.
Pameran “Aku, Engkau dan Dia“ telah ditukar namanya kepada “Aku Suka Kamu“, yang diambil namanya daripada lagu yang dimainkan dalam video rujukan belajar buku teks. Pameran adalah berbentuk video dan gambar memberi maklumat tentang pembelajaran menggunakan buku teks.
Pertandingan Pembaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang diadakan sepanjang minggu pada waktu rehat mendapat sambutan yang hebat. Hakim yang mengadili amat berpuas hati dengan prestasi peserta dan berharap agar dapat menguji bakat peserta-peserta yang layak bagi mewakili sekolah dalam pertandingan yang lain pula.
Petandingan “Siapa Cepat“ menyaksikan murid-murid tahun satu dan dua mencari mukasurat dengan cepat. Pertandingan berbentuk sebegini amat menarik minat peserta kerana ia lebih santai dan tidak perlu menggunakan daya intelek yang banyak. Akan tetapi, unsur mendidik dan ilmu tidak lupa diterapkan oleh pengacara yang bertugas.
Pertandingan membuat penanda buku yang terbuka buat tahap dua mendapat sambutan yang sederhana sahaja. Walaubagaimanapun, penyertaan adalah tidak menghampakan dari sudut hasil karya murid.
Program ditutup dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan.
Semua yang terlibat dalam menjayakan program ini memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang ia berlangsung.
8. Penambahbaikan pada program
Pertandingan terbuka seperti membuat penanda buku perlu diberi promosi yang lebih mendalam untuk menggalakkan penyertaan. Murid kurang kesedaran dalam menyedari potensi diri dan guru hendaklah memberi galakan sewajarnya. Pada masa yang akan datang, setiap kelas akan diwajibkan menghantar penyertaan dan guru kelas akan diberi kuasa memantau.
Untuk masa hadapan, penglibatan Kelab SPBT perlu ditingkatkan lagi dengan menggalakkan mereka menyediakan satu aktiviti khas dibawah kelolaan mereka sendiri. Ini adalah penting bagi meningkatkan jati diri murid dan akauntabiliti terhadap tugas.
Disediakan oleh,
...........................................................(ASMAH HANIM CHE ANI) Setiausaha SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.
Laporan program: Kempen Membaca Buku Teks
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
Lampiran 1Gambar sepanjang program.
PERTANDINGAN PEMBACA BAHASA INGGERIS TAHUN LIMA
PERTANDINGAN PEMBACA BAHASA MELAYU TAHUN EMPAT
Laporan program: Kempen Membaca Buku Teks
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
PERTANDINGAN PEMBACA BAHASA INGGERIS TAHUN ENAM
PERTANDINGAN PEMBACA BAHASA MEL;AYU TAHUN TIGA
Laporan program: Kempen Membaca Buku Teks
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
PERTANDINGAN SIAPA CEPAT TAHUN SATU DAN DUA
PAMERAN “AKU SUKA KAMU“Lampiran 2
Laporan program: Kempen Membaca Buku Teks
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
Nama pemenang Pembaca Bahasa Melayu
Tahun Tiga
Pertama: Nur Anis Maisarah 3 Sarjana
Kedua: Nurul Fatihah 3 Sarjana
Ketiga: Muhd. Ridha Syamin 3 Sarjana
Tahun Empat
Pertama: Faiqah 4 Sarjana
Kedua: Aishatul Lisa 4 Sarjana
Ketiga: Muhd. Amri Tasnim 4 Sarjana
Nama pemenang Pembaca Bahasa Inggeris
Tahun Lima
Pertama: Khalilah Qamaria bt Eizar Azlan 5 Sarjana
Kedua: Nur Alya Qistina bt Aznizar 5 Perdana
Ketiga: Nur Anis Nabilah bt Badrul Hisham 5 Sarjana
Tahun Enam
Pertama: Nur Aina Aisya bt Azaharee 6 Sarjana
Kedua: Nur Khaira bt Ahmad Shah 6 Sarjana
Ketiga: Nor Aseela bt Umno@Anuar 6 Sarjana
Lampiran 3
Laporan program: Kempen Membaca Buku Teks
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
Nama pemenang pertandingan membuat penanda buku
Tahun Empat
Pertama: Aina Wafa bt Azli 4 Perdana
Kedua: Ahmad Nuruddin 4 Perdana
Ketiga: Farah Nabilah Aina 4 Perdana
Tahun Lima
Pertama: Syazuan Irsyad 5 Perdana
Kedua: Taufik Solaeh 5 Perdana
Muhd. Amir Amirul 5 Perdana
Ketiga: Mohd. Nazrul Aiman 5 Perdana
Nur Azyyati bt Azhar 5 Perdana
Tahun Enam
Pertama: Ain Naszurien 6 Sarjana