10
PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH LMCK1421 SET4 SEM 1 20162017 LAPORAN AKHIR: PANDUAN MEMILIH KERJA SAMBILAN BUAT MAHASISWA KUMPULAN 6 NAMA PENSYARAH Dr. SAKHINAH BINTI ABU BAKAR NAMA PELAJAR: SAKINAH BINTI MUHAMMAD NADZRI A147900 NURBAYANI BINTI HALIM A147396 SYAHIRA ANIS BINTI HATZRI A148171 IZAZI HAZIRAH BINTI MHD KASMAN A147764

Laporan pemikiran kritikal

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan pemikiran kritikal

PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

LMCK1421 SET4

SEM 1 20162017

LAPORAN AKHIR:

PANDUAN MEMILIH KERJA SAMBILAN BUAT MAHASISWA

KUMPULAN 6

NAMA PENSYARAH

Dr. SAKHINAH BINTI ABU BAKAR

NAMA PELAJAR:

SAKINAH BINTI MUHAMMAD NADZRI A147900

NURBAYANI BINTI HALIM A147396

SYAHIRA ANIS BINTI HATZRI A148171

IZAZI HAZIRAH BINTI MHD KASMAN A147764

Page 2: Laporan pemikiran kritikal

SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN 2

2.0 PENGENALAN 3

3.0 OBJEKTIF 3

4.0 KAEDAH 3

5.0 DAPATAN KAJIAN 4

6.0 REFLEKSI 7

1

Page 3: Laporan pemikiran kritikal

1.0 PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat

masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah

saya, Dr. Sakhinah Binti Abu Bakar kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya

membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan berjayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya

yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah

memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya

berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekumpulan yang

banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka banyak

membantu saya membuat tugasan dan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan

kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

2

Page 4: Laporan pemikiran kritikal

2.0 PENGENALAN

Zaman belajar merupakan zaman dimana wang menjadi satu keperluan utama bagi

mahasiswa/i. Meskipun segelintir mahasiswa/i mempunyai biasiswa mahupun membuat

pinjaman untuk melanjutkan pelajaran, masalah kewangan masih menjadi masalah utama

yang membelenggu kehidupan seorang mahasiswa/i. Hal yang demikian adalah kerana kos

sara hidup yang semakin tinggi, pengenalan Goods & Services Tax (GST) dan juga keperluan

harian serta kehendak seorang mahasiswa/i semakin meningkat.

Kebiasaannya mahasiswa/i memilih untuk melakukan kerja sambilan bagi mengatasi

masalah kewangan mereka. Namun begitu, terdapat juga mahasiswa/i yang memilih untuk

melakukan kerja sambilan atas sebab-sebab yang lain, contohnya, disebabkan oleh kerja

sambilan tersebut merupakan bidang yang diminati, ingin menimba pengalaman dan

sebagainya.

Sungguhpun begitu, terdapat juga mahasiswa/i yang mengambil jalan mudah untuk

mendapatkan wang dengan menyertai Multi-Level Marketing (MLM) berbanding bekerja

separuh masa seperti berniaga ataupun bekerja di kedai-kedai. Oleh itu, kami ingin mengkaji

serta menyediakan garis panduan yang betul agar mahasiswa/i terpelihara daripada tipu daya

MLM.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :

i) Mengkaji punca mahasiswa/i memilih untuk bekerja sambilan.

ii) Mengenal pasti pekerjaan sambilan yang diminati oleh mahasiwa/i.

iii) Menghasilkan panduan untuk memilih kerja sambilan buat mahasiswa/i

4.0 KAEDAH KAJIAN

Memberi borang soal selidik dalam bentuk Typeform kepada 43 orang responden yang terdiri

daripada mahasiswa/i pelbagai jantina, umur dan juga institusi.

3

Page 5: Laporan pemikiran kritikal

5.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan soal selidik yang telah diajukan, dapat dilihat bahawa faktor terbesar

dalam mempengaruhi mahasiswa/i untuk memilih kerja sambilan adalah kerana gaji yang

lumayan iaitu sebanyak 39%. Kemudian diikuti oleh kerana ingin menimba pengalaman,

bidang yang diminati dan terakhir sekali adalah kerana pengangkutan yang mudah. Maka

jelaslah bahawa kebanyakan mahasiswa/i ingin dan perlu melakukan kerja sambilan untuk

mendapat wang tambahan bagi menampung perbelaanjaan harian mereka sepanjang menjadi

seorang mahasiswa/i.

Rajah 1: Faktor yang mempengaruhi mahasiswa/i dalam memilih kerja sambilan

Seterusnya, faktor kedua terbesar adalah kerana mahasiswa/i ingin menimba ilmu

pengetahuan atau pengalaman daripada kerja sambilan tersebut. Disini, dapat dilihat sikap

positif yang ditunjukkan oleh mahasiswa/i. Hal yang demikian adalah kerana melalui kerja

sambilan ini dapat memberi nilai tambah bagi seseorang individu tersebut baik dari segi

kemahiran teknikal mahupun kemahiran insaniah (soft skills). Contoh kemahiran insaniah

(soft skills) yang dimaksudkan ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran bersosial, etika

dan profesionalisme, kemahiran bekerja dalam kumpulan serta kemahiran pemikiran kritikal.

Pengalaman yang diperoleh akan menjadi amat berharga bagi mahasiswa/i di alam pekerjaan,

4

Page 6: Laporan pemikiran kritikal

Kemudian, pemilihan kerja sambilan atas faktor bidang yang dminati hanya

merangkumi sebanyak 14%. Dapat disimpulkan bahawa tidak ramai mahasiswa/i yang

memilih kerja sambilan yang dilakukan atas dasar minat. Akhir sekali, faktor pengangkutan

yang mudah merupakan faktor terkecil yang mempengaruhi mahasiwa/i dalam memilih untuk

melakukan kerja sambilan. Hal ini disebabkan oleh mahasiswa/i masih mampu melakukan

kerja sambilan meskipun tidak mempunyai kenderaan seperti melakukan perniagaan atas

talian, menjadi agen-agen sesuatu produk mahupun barangan atau bekerja sambilan di dalam

kampus masing-masing sahaja.

Selain itu, kami turut membuat kajian terhadap kerja sambilan yang paling diminati

oleh para mahasiswa/i. Antara perkerjaan sambilan yang diminati oleh para mahasiwa/i ialah

MLM, bisnes atas talian, tutor, agen dropship dan kerja sambilan di kiosk/kedai. Kami

membenarkan responden untuk memilih lebih daripada satu agar lebih mudah untuk kami

beri cadangan terhadap kerja sambilan yang lebih tepat bagi seseorang mahasiwa/i. Hal ini

adalah kerana, kami akan lebih mengutamakan objektif pertama iaitu melihat punca kenapa

seseorang mahasiwa/i tersebut memilih untuk membuat kerja sambilan.

Rajah 2: Kerja Sambilan yang Diminati

Graf bar di atas menunjukkan skor bagi jenis kerja sambilan yang diminati. Kerja

yang paling diminati oleh mahasiswa/i adalah menjadi guru tutor dengan bilangan 14 undian.

Kedua adalah untuk menjadi ejen dropship dengan bilangan 13 undian. Seterusnya bisnes

5

Page 7: Laporan pemikiran kritikal

atas talian iaitu 12, kerja sambilan di kiosk/kedai dengan bilangan 10. Kerja sambilan yang

paling sedikit diminati ialah MLM dengan bilangan 1 pilihan sahaja. Ini menunjukkan

bahawa minat pelajar terhadap MLM telah merosot dan andaian kami tentang ramai dalam

kalangan mahasiswa/i yang memilih MLM sebagai jalan pintas untuk mendapatkan wang

adalah kurang tepat pada kondisi sekarang.

Berikut merupakan hasil terakhir kajian kami iaitu carta alir yang boleh dijadikan

garis panduan bagi mahasiswa/i dalam pemilihan kerja sambilan yang tepat berdasarkan

faktor mahasiswa/i tersebut memilih untuk bekerja sambilan :

////////////////

6.0 REFLEKSI

Menerusi kajian yang dijalankan ini, terbukti bahawa kebanyakan mahasiswa/i

berpendapat bahawa kerja sambilan itu sudah menjadi kebiasaan dalam hidup mereka. Ia

6

>8jam4-8jam Ya Tidak

TutorMLM

Online bussiness

Tutor

Agent dropship

Part time kiosk/ kedai

Online bussiness

Online bussiness

Agent dropship

Tutor

MLM

Online bussiness

Agent dropship

Part time kiosk/ kedai

Adakah anda berminat untuk melakukan kerja sambilan?

TidakYa

Berapakah masa yang boleh anda peruntukan untuk kerja sambilan?

Berapakah anggaran pendapatan (per minggu) yang anda harapkan dari kerja sambilan?

Adakah anda mempunyai pengangkutan sendiri?

<4jam

RM80-150 >RM150

Tutor Agent

dropship Part time

kiosk/ kedai

Online bussiness

Agent dropship

Page 8: Laporan pemikiran kritikal

tidak semestinya kerana isu kewangan, tetapi faktor lain juga memberi peranan seperti ingin

menimba pengalaman dan kerana minat terhadap sesuatu pekerjaan yang dijalankan.

Dalam kursus pemikiran kritis dan penyelesaian masalah ini, kami telah dapat

menghasilkan idea untuk membuat carta alir sebagai panduan untuk memilih kerja sambilan

bagi mahasiswa/i. Menerusi carta alir ini, mereka dapat menentukan kerja sambilan yang

sesuai berdasarkan gaji yang ingin diperoleh, masa yang boleh diperuntukkan serta kaedah

pengangkutan yang digunakan. Dalam proses penghasilan carta alir ini, kami telah

menggunakan pemikiran kritis kami untuk mengaitkan panduan yang dikeluarkan dengan

hasil analisis borang soal selidik. Dengan ini, kami menyelidik pilihan para responden

mengenai kerja sambilan yang ingin mereka lakukan dengan soalan-soalan yang lain. Bagi

memudahkan proses analisis, kami menggunakan software SPSS untuk melihat mod dan

frekuensi sesuatu pilihan yang diajukan dalam soalan kami dengan bilangan responden yang

memilihnya.

Secara keseluruhannya, kursus ini memberi peluang kepada kami untuk membuka

minda kami mengenai norma mahasiswa/i dengan kerja sambilan. Selain itu, kami juga dapat

berkongsi idea dan pendapat mengenai pelan pelaksanaan kajian kami di samping mengasah

kemahiran komunikasi kami dalam kerja berkumpulan.

7