Upload
mashitoh-azizan
View
260
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
LMCP 1552: PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
NAMA: MASHITOH BINTI AZIZANNO. MATRIK: A154816
PROF.DATO’IR DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMATBAHAGIAN 3: KESEJAHTERAAN SOSIAL: AMALAN TERBAIK DALAM
PEMBANGUNAN SOSIAL
AMALAN INFAK
Definisi Pembangunan Sosial
Konsep ini memperkenalkan pembangunan sosial sebagai suatu proses perubahan sosial terencana yang dirancang untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat, dimana pembangunan dilakukan saling melengkapi proses pembangunan ekonomi.
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
• Amalan terbaik dalam pembangunan sosial ialah amalan menginfak.• Infak merujuk kepada bagaimana seseorang muslim membelanjakan harta
kekayaannya ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.• Infak membelanjakan harta pada jalan Allah secara umum.• Dalam al-Quran, kalimah infak disamakan maksudnya dengan nafkah. Infak
terbahagi kepada dua iaitu infak wajib dan infak yang tidak wajib.• Dalam perbincangan ini, saya menekankan infak yang tidak wajib iaitu
termasuk derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya. Allah SWT menyebut perkataan infak dan nafkah sebanyak 49 kali dalam al-Quran. (Antaranya, ayat 215 surah al-Baqarah)
Kebaikan/ kelebihan amalan infak kepada masyarakat
• Kebaikan menghayati budaya infak dalam masyarakat :- Menyuburkan budaya tolong menolong - Melahirkan masyarakat yang rajin - Meningkatkan taraf kehidupan umat Islam/maju- Menaikkan imej umat Islam- Membantu mempercepatkan kemajuan negara
• Kebaikan yang diperolehi dalam amalan infak ini menunjukkan sesuatu perkara yang baik di mana setiap individu mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu sesama umat manusia.
• Infak juga membolehkan setiap umat manusia memberikan pertolongan kepada mereka yang dihimpit kesusahan, kemalangan, bencana alam dan sebagainya.
Saad bin Abi Waqas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah
SAW pernah bersabda: Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi
pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga)
juga akan diberi pahala oleh Allah. (riwayat al-Bukhari)
KESIMPULAN
• Kesimpulannya, amalan menginfak ini sangat baik disuburkan dalam kalangan masyarakat ini kerana ianya membantu pertumbuhan dalam pembangunan sosial.• Selain itu, amalan infak ini memperlihatkan bagaimana
individu membantu masyarakat yang lebih memerlukan dalam pelbagai situasi. • Dalam masa sama, setiap amalan yang diperintah oleh Allah
SWT memberikan pelbagai kebaikan untuk umat manusia.