Upload
nur-izzati-shamsuddin
View
359
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN
DALAM ISLAMTASK 3 : AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
DISEDIAKAN OLEH: NUR IZZATI BINTI SHAMSUDDINNO MATRIK: A148833
NAMA PENSYARAH: PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
TAKRIFAN PEMBANGUNAN SOSIAL
UMUM
• Satu proses perubahan sosial yang terencana untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh. Pembangunan yang dilaksanakan seiring dengan proses pembangunan ekonomi sesebuah negara. (Midgley, 1997).
PERSPEKTIF ISLAM
• Pembangunan masyarakat dari segi rohani seiring dengan pembangunan teknologi kini.
MATLAMAT
• Melahirkan manusia berakhlak mulia, membina masyarakat berdaya bersaing dengan cabaran sains dan teknologi seiring dengan tamadun barat.
CARA MENCAPAI PEMBANGUNAN SOSIAL
……….. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri………………… (surah Ar-Ra’d : 11). Berdasarkan ayat: Allah akan mengubah nasib seseorang jika mereka
BERUSAHA Aplikasi dalam kehidupan:
Taraf hidup meningkat
Kemajuan tercapai
Masyarakat berusaha
Pembangunan sosial berlaku
Pembangunan ekonomi berlaku
Pembangunan berkembang berlandaskan ajaran Islam
AMALAN TERBAIK PEMBANGUNAN SOSIAL-
LONDON CENTRAL MOSQUE / ISLAMIC CULTURAL CENTRE (ICC)
Alamat: 146 Park Rd, London NW8 7RG, United
Kingdom
Pembukaan: 1977
Kapasiti: 5, 000 Ketua: Ahmad Al-Dubayan
Jenis Reka bentuk: Modern Architecture
PENUBUHAN LONDON CENTRAL MOSQUE
Sebagai penghargaan kepada umat Islam di London yang membantu pihak Inggeris semasa perang dunia ke-2.
Perancangan pembinaan masjid diasaskan oleh Sir Frederick Gibberd. Pelbagai kelengkapan & kemudahan : ruang utama solat, perpustakaan,
ruang bacaan, pejabat administrasi, menara, kafe, kedai makanan halal dan lain-lain.
£2 Juta poundsterling disumbangkan untuk pembinaan masjid. Sumbangan diberikan oleh Raja Faisal Bin Abdul Aziz Al-Saud dan Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan.
Dibina berlandaskan elemen Islam moden, mempunyai kubah keemasan, lampu candilier, karpet untuk keselesaan pengguna.
AKTIVITI & FASILITI DI LONDON CENTRAL MOSQUE
PERPUSTAKAAN
• Perpustakaan Islamik terbesar dan tertua di London.• Mempunyai pelbagai koleksi buku dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.• Mempunyai kemudahan seperti katalog digital dan komputer berakses internet.
LAYANAN KEAGAMAAN
• Mempunyai ahli jawatankuasa fatwa (The Fatwa Committee).• 5 orang imam bertugas untuk memberi nasihat berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.• Setiap imam fasih berbahasa Arab dan Inggeris untuk berkomunikasi dengan mudah.• Bentuk bantuan sangat fleksible : pertemuan langsung, fax, email, surat & lain-lain.
PENDIDIKAN
• Menyediakan perkhidmatan Pendidikan Agama Islam untuk kanak-kanak (5-16 tahun).• Mempunyai kedai buku.
SAMBUNGAN..
PERNIKAHAN & PERCERAIAN
• Perkhidmatan diberikan mengikut syariat Islam.• Proses pernikahan dijalankan di masjid.• Dipimpin imam masjid.• Kemudahan dewan serbaguna untuk majlis resepsi (mengikut syariat Islam).
PERNIKAHAN & PERCERAIAN
• Mengikut undang-undang negara: Undang-undang Inggeris dan negara asal calon mempelai (Jika bukan warganegara).
• 2 sijil nikah dikeluarkan (simpanan mempelai & pihak masjid).
LAYANAN KESIHATAN
MASYARAKAT
• Kaunseling & nasihat berkaitan kesihatan masyarakat awam, informasi makanan seimbang, kesihatan & keselamatan di tempat kerja, panduan makanan halal, panduan kesihatan secara online.
• Panduan komprehensif diet berlandaskan Islam melalui program makanan halal, pameran kesihatan Islam, panduan perniagaan makanan muslim, panduan perbelanjaan makanan halal.
KESAN PEMBANGUNAN SOSIAL DALAM KONTEKS EKONOMI DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL
Pembinaan masjid di pusat bandar memperlihatkan pembangunan mapan dalam Islam di London walaupun London bukan sebuah negara Islam.
Menjaga hubungan manusia dengan pencipta: Rumah ibadah di pusat bandar. Memberi kemudahan untuk umat Islam yang datang ke London atau penduduk tetap.
Kaitan dengan persaudaraan dan taawun: tolong menolong, menjaga kebajikan sesama umat Islam. Melalui fasiliti layanan keagamaan dan kesihatan menunjukkan sikap taawun dan persaudaraan yang kuat sesama Islam.
Peraturan dan undang-undang: Segala aktiviti mengikut ajaran Islam. Malah, undang-undang negara juga dipatuhi.
Pembinaan masjid hasil derma/sumbangan dari Raja Faisal Bin Abdul Aziz Al-Saud & Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan.
Ekonomi meningkat, perniagaan dijalankan: kedai buku, kafe, kedai makanan halal.
Sifat keterbukaan masyarakat dalam penerimaan perbezaan antara satu sama lain. Tidak membeza-bezakan masyarakat.
KESIMPULAN London Central Mosque merupakan salah satu amalan terbaik yang terdapat
di Kota London sejak dahulu lagi. Ia mampu melakukan pembangunan sosial seiring dengan kemajuan kini.
Pembangunan mapan terbukti melalui reka bentuk masjid yang bersifat moden dan kemudahan yang disediakan.
Amalan terbaik bermula daripada individu itu sendiri sehingga komuniti besar. …………….kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah
dan tali (perjanjian) dengan manusia………….. (Surah Ali Imran: 112). Berdasarkan ayat: Individu menjaga hubungan dengan pencipta dan
seterusnya menjaga hubungan dengan manusia. Komuniti besar/masyarakat berkembang dan bersama-sama dalam
memajukan diri, masyarakat dan negara. Segala pembangunan dan kemajuan dilaksanakan mengikut ajaran Islam.
GAMBAR LONDON CENTRAL MOSQUE
RUJUKAN http://fauzy69.blogspot.my/ http://www.sumbarprov.go.id/details/news/6010 http://
documents.tips/documents/artikel-membincangkan-tentang-teori-pembangunan-sosial-menurut-perspektif-islam.html
http://bujangmasjid.blogspot.my/2011/03/masjid-sentral-london-london-central.htm
http://www.iccuk.org/ https://quran.com/13:11 https://quran.com/3/112