25
MEREJAM LEMBING

Merejam lembing

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teknik merejam lembing

Citation preview

MEREJAM LEMBING

Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita.

Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.

Matlamat dan peralatan

Lembing diperbuat daripada kayu, besi, atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing:

1.kepala - diperbuat daripada besi berukuran 25cm-

33cm. 2.bahagian pegangan (grip) - Grip terletak pada pusat graviti lembing. - panjang 15cm-16cm (kategori lelaki) - 14cm-15cm (kategori wanita dan lelaki

bawah 18 tahun.)3.bahagian hujung atau ekor

Lembing

Berat minimum lembing:- kategori lelaki ialah 800g- kategori wanita bawah 16 tahun ialah 600g.

Panjang lembing : - Lelaki : antara 260 cm-270 cm- perempuan : antara 220cm – 230cm.

LEMBING dan BAHAGIAN-BAHAGIANnya

KAWASAN REJAMAN LEMBING

Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai.

Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut.

Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu;1.Gaya Amerika

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya memegang lembing

2. Gaya Finnish

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

3. Gaya Pegangan – U

Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah

1. GAYA REJAMAN 2. GAYA REJAMAN DARI ATAS BAHU DARI BAWAH BAHU

GAYA REJAMAN

Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut:

1-Fasa persediaan

2-Fasa lari landas

3-Fasa rejaman

4-Fasa ikut lajak

Teknik rejaman lembing

Fasa ini memberi fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental.

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:• Berdiri dengan keadaan postur badan

yang tegak dan seles• Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa

1. Fasa persediaan

• Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah

• Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman• Pandang kearah kawasan rejaman

1. Fasa persediaan

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal.

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala

Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal

2. Fasa lari landas

Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah sebelumnya

Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa

larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman.

2. Fasa lari landas

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman.

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:• Dalam keadaan tumit kaki hadapan

menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi• Kilaskan badan ke sisi dan belakang

dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang

3. Fasa rejaman

• Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing

• Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk

menambahkan kuasa rejaman

3. Fasa rejaman

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

• Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki

• Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi• Rendahkan badan bagi mengimbang dan

menstabilkan kedudukan badan• Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan

lengkungan bulatan

4. Fasa ikut lajak

Lembing hendaklah dipegang pada bahagian grip mengikut gaya yang dipilih

Lembing mesti melalui atas bahu semasa merejam

Peserta tidak boleh meninggalkan landas larian selagi lembing belum mendarat

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Lembing yang patah semasa mendarat adalah sah

Pemakaian sarung tangan tidak dibenarkan

UNDANG-UNDANG TEKNIKAL

Pendaratan lembing tidak meninggalkan sebarang tanda di tanah

Kepala lembing tidak menyentuh tanah terlebih dahulu

Memijak garisan lengkungan bulatan atau terkeluar daripada gelanggang

Rejaman dibatal sekiranya:

Cara mendapatkan satu rejaman yang baik dan sempurna:1. tenaga yang dipindahkan semasa larian2. momentum semasa rejaman dilakukan3. cara memegang (grip) . pegangan tidak

kemas boleh menyebabkan lembing terlepas begitu sahaja dan rejaman tidak sejauh seperti yang dikehendaki.

Tips