Upload
zulhana-zulkifle
View
515
Download
13
Embed Size (px)
Citation preview
MPU 1212BAHASA KEBANGSAAN A
4: Isu Ejaan dan Tatabahasa
PENILAIAN
2
•KUIZ– 5%
4.0 ISU EJAAN DAN TATABAHASA
4.1 Ejaan
4.2 Pengimbuhan
4.3 Pemilihan Kata
4.4 Struktur Ayat
4.5 Penghubung Ayat
4.1: Ejaan
DEFINISI EJAAN
• Satu kumpulan konsonan dan vokal yang mempunyai status unik iaitusebagai satu unit yang boleh diduduki di awal kata, di tengah kata dan di akhir kata.
SEJARAH RINGKAS
• 1956 – Melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, satu SistemEjaan Rumi Melayu dipersetujui bersama antara Malaysia dan Indonesia –Sistem Ejaan Kongres.
• 1959 – Mesyuarat untuk menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi – Sistem EjaanMalindo.
• 1967 –Rundingan antara Malaysia – Indonesia melahirkan Sistem EjaanBersama Malaysia – Indonesia disebut Ejaan Baru.
• 1975 – Majlis Bahasa Indonesia –Malaysia (MABIM) berjaya menyusunPedoman Ejaan yg mengandungi maklumat tambahan dan kaedah ejaanyang lebih lengkap.
• 1972 – Pertemuan antara Menteri Pelajaran Malaysia dengan Indonesia –lahirlahSistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu di Malaysia dan PedomanEjaan Bahasa Indonesia di Indonesia.
• 1975 – Majlis Bahasa Indonesia –Malaysia (MABIM) berjaya menyusunPedoman Ejaan yg mengandungi maklumat tambahan dan kaedah ejaan yglebih lengkap.
PENULISAN HURUF VOKAL DN KONSONAN
• PENULISAN HURUF VOKAL
• 6 fonem vokal – a, e, i, o, u dan e
• Dalam bahasa Melayu vokal e digunakan
• Fonem e pepet
• Fonem e taling
• PENULISAN HURUF KONSONAN
• 25 fonem konsonan
PENULISAN DIGRAF
• 2 huruf konsonan yang hadir bersama-bersama danmelambangkan satu bunyi konsonan
• 5 digraf : -
• kh – khusus, akhbar, tarikh
• gh – ghaib,, maghrib, mubaligh
• ng – nganga, hangat, kampong
• ny – nyala, hanyut
• sy – syarat, masyarakat, quraisy
PENULISAN GUGUS KONSONAN
• Gabungan dua konsonan atau lebih dalam suku kata yang sama.
• Lebih kepada perkataan bahasa asing berbanding digraf.
• Contoh:
• Gabungan 2 konsonan – klinik, drama, sketsa
• Gabungan 3 konsonan – infrastruktur, strategi, struktur
PENULISAN DIFTONG
• Rentetan 2 vokal dilafazkan secara geluncuran dan dicirikan olehsatu puncak kelantangan.
• Tiga fonem diftong :-
• ai – aising, ghairah, landau
• au – aurat, saudara, harimau
• oi – oidium, boikot, kaloi
PENULISAN GABUNGAN VOKAL
• Gabungan huruf vokal yang tidak bersifat diftong.
• Disebut juga vokal berganding yg tidak ditandai oleh cirigeluncuran semasa melafazkannya.
• Merupakan bunyi tunggal dan menduduki 2 suku kata ygberbeza.
• Contoh:
• ai – main
• au – laut
• ua – buah
• ui – duit
SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL
• Kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar.
• Prinsip keselarasan huruf vokal :-
• Antara dua huruf vokal pada kata dasar.
• Kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup.
• Kata lebih daripada dua suku kata – yang terlibat ialah dua suku kata terakhir.
• Terdapat 18 pola keselarasan huruf vocal.
• Selain itu terdapat pengecualian pola melibatkan kata pinjaman yang terdiridaripada Bahasa Jawa dan Bahasa Inggeris.
18 Pola Keselarasan Huruf Vokal
Pola melibatkan kata pinjaman yang terdiri daripadaBahasa Jawa dan Bahasa Inggeris.
4.1 EJAAN PENULISAN KATA
• Kata terbitan – bergaduh, biduanita, jurubahasa
• Kata Sendi Nama – di dalam, ke seluruh dunia
• Kata Ganti Nama Singkat – kasihku, keretanya
• Partikel – tolonglah, biarpun, bagaimanapun
• Kata Ganda – biri-biri, bersiar-siar, dibolak-balikkan
• Kata Majmuk – lipat ganda, dilipatgandakan
• Tanda Sempang – rahmat-Mu, ke-13, 70-an
16
4.2 PENGIMBUHANSubtitle
PENGIMBUHAN
• Pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan perkataan denganmencantumkan satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu bentuk kata dasar.
JENIS-JENIS PENGIMBUHAN
Awalan
Akhiran
Apitan
Sisipan
Pinjaman
AWALAN DAN AKHIRAN
• Adalah bentuk morfem yang diimbuhkan pada awal kata dasar, seperti :
• {ber-} dalam berjalan, berkasut, berkeras;
• {me-} dalam melihat, merawat,mewarna;
• {ter-} dalam tercatat, tercantik, terkarang;
• { pe-} dalam pesakit, perawat, pesara.
• Akhiran merupakan morfem yang diimbuhkan pada akhir kata dasar, seperti:
• {-kan} dalam sapukan, pakukan, lembutkan;
• {-an} dalam pakaian, mandian, bauan;
• {-i } dalam warnai, tandai, akhiri.
APITAN DAN SISIPAN
• Apitan adalah imbuhan yang mengapit kata dasar, seperti
• { pe- ...-an} dalam permainan, pelepasan, pewajaran; dan
• {ke-....-an} dalam keadaan , kesetian , kecantikan.
• Sisipan merupakan imbuhan yang dimasukkan atau disisipkan kedalam sesuatu kata dasar. Antaranya seperti :
• {-in-} dalam sinambung;
• {-el-} dalam; dan {-em-} dalam pemeluk.
• {-er-} dalam keruping, seruling, serabut.
• Imbuhan jenis ini tidak begitu produktif jika dibandingkan dengan imbuhanyang lain.
PINJAMAN
• Imbuhan-imbuhan yang dipinjam dari bahasa Sanskrit. Contonnya “-wan”, “-wati”, “-eka-“ dan lain-lain lagi
• Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Arab Contonya,” –ah”, (contoh perkataanustazah), “iah”(contoh perkataan batiniah)
• Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Inggeris. Contoh perkataan “pro”, “pra”, ‘is” dan sebagainya.
4.3 PEMILIHAN KATA
4.3 PEMILIHAN KATA
• PROSES PEMBENTUKAN KATA : Menerangkan bagaimana sesuatukata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat danujaran.
• Proses pembentukan kata dalam Bahasa Melayu dari segi bentuk-bentukyang terhasil :
• Bentuk kata tunggal
• Bentuk kata terbitan
• Bentuk kata majmuk
• Bentuk kata ganda
Bentuk Kata Tunggal
• Merujuk kepada perkataan yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
• Kata tunggal satu suku kata – yu, cat, draf, teks, skru, skrip.
• Kata tunggal dua suku kata – ubi, adik, undi, ambil, buku, sikat.
• Kata tunggal tiga suku kata – biasa, kaedah, utara, amaran.
• Kata tunggal empat suku kata dan lebih – laksamana, salasilah, mesyuarat.
Bentuk Kata Terbitan
• Bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan.
• Menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
• Kata terbitan berawalan– pelari, mahasiswa, mendaki, terbesar.
• Kata terbitan berakhiran – jahitan, hadirin, besarkan, duduki.
• Kata terbitan berapitan – perasaan, memainkan, diperdengarkan.
• Kata terbitan bersisipan – telunjuk, selerak.
Bentuk Kata Makmuk
• Merangkaikan dua kata dasar dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
• Tiga kelompok :
• Rangkaian kata bebas – gambar rajah, perdana menteri.
• Berbentuk istilah khusus – pita suara, atur cara.
• Mendukung maksud kiasan – anak emas, berat tangan.
Bentuk Kata Ganda
• Proses yang menggandakan kata dasar.
• Tiga jenis penggandaan :
• Penggandaan penuh – pulau-pulau, pelatih-pelatih.
• Penggandaan separa – lelaki, sesiku, berlari-lari, bantu-membantu.
• Penggandaan berentak – sayur-mayur, gunung-ganang, anak-pinak.
4.3 PEMILIHAN KATA
GOLONGAN KATA
• Golongan kata dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagianutama :
i. Kata Nama
ii. Kata Kerja
iii. Kata Adjektif
iv. Kata Tugas
KATA NAMA
• Perkataan yang menyatakan nama orang, benda, haiwan, tempat dansebagainya.
• Tiga subgolongan Kata Nama:
• Kata Nama Am
i. Abstrak – impian, jiwa, roh
ii. Konkrit – kucing, laut, sekolah, teman.
iii. Kata Nama Khas
iv. Hidup – Kassim, Si Comel
v. Tak hidup – Universiti Sains Malaysia,
• Kata Ganti Nama : Berfungsi sebagai pengganti bagi kata nama
i. Kata ganti nama tunjuk – itu, ini
ii. Kata ganti nama diri :
• Kata ganti nama diri pertama – saya, beta, patik, aku
• Kata ganti nama diri kedua – kamu awak, anda, engkau.
• Kata ganti nama diri ketiga – ia, dia, beliau, mereka, nya,
KATA KERJA
• Perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaanmelakukan sesuatu.
• Dua kumpulan Kata kerja:
• Kata kerja transitif
• Kata kerja tak transitif
• Kata kerja transitif : Kata yang menunjukkan sesuatu perkataan yang dilakukanoleh subjek terhadap objek.
• Contoh:
• Ali membeli bunga.
• Bunga di beli oleh Ali.
• Bapa membeli surat khabar.
• Surat khabar dibeli oleh bapa.
KATA KERJA
• Kata kerja tak transitif: Kata kerja yang sempurna makna, boleh berdiri sendiridalam ayat tanpa memerlukan objek.
• Contoh:
• Adik menangis kerana sedih.
• Air sungai itu mengalir deras
• Dia tersenyum semasa berjalan.
KATA ADJEKTIF
• Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
• Menerangkan sifat kata nama.
• Contoh:
• Bunga itu berwarna merah.
• Abang memiliki dua buah rumah.
• Buku rujukan itu tebal.
• Sarawak ialah negeri yang terbesar di Malaysia.
KATA ADJEKTIF
• Jenis kata Adjektif (berdasarkan kriteria makna)
Sifat/ keadaan Baik lemah, kasar, sihat
Warna Merah, putih, jingga, kelabu
Ukuran Panjang, nipis, kerdil, besar
Bentuk Leper, bulat, lurus, lekuk
Waktu Baharu, cepat, lampau, awal
Jarak Jauh, hampir, nyaris
Cara Cepat, lincah, gopoh, selalu
Perasaan Rindu, ragu, suka, kasih
Pancaindera Pahit, comel, garau, harum
KATA TUGAS
• Kehadiran dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat.
• Sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukungsuatu tugas sintaksis tertentu.
• Tidak dapat berdiri dengan sendiri – tidak mempunyai makna tersendiri.
Jenis kata Tugas
Kata Sendi Nama ke, dari, dalam, akan, dengan
Kata Hubung dan, atau, tetapi, hingga
Kata Bantu akan, telah, harus, belum
Kata Seru amboi, wah, aduh, cis, alahai
Kata Tanya mengapa, bila, bagaimana
Kata Bilangan dua, segala, suku, setiap
Kata Nafi tidak, bukan
Kata Pemeri ialah, adalah
Kata Penguat sangat, amat, paling, hanya
Kata Penegas lah, tah, pun, lagi, sahaja, jua
4.4 STRUKTUR AYAT
DEFINISI AYAT
• Bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusundalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat.
• Mengandungi makna yang lengkap.
• Boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan.
• Pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.
• Mengandungi intonasi yang sempurna.
• Mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasadan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan.
STRUKTUR AYAT
AYAT Anak orang itu sedang tidur.
KLAUSA Anak orang itu sedang tidur.
FRASA Anak orang itu sedang tidur.
PERKATAAN Anak orang itu sedang tidur
• Ayat terletak pada peringkat susunan yang tertinggi dalam tatabahasa
seperti gambarajah di bawah:
• Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain sama
ada ayat tunggal atau ayat majmuk.
POLA SUBJEK PREDIKAT
Pola 1Frasa Nama
Encik Ahmad
Frasa Nama
guru sekolah.
Pola 2Frasa Nama
Bapa mereka
Frasa Kerja
sedang berehat.
Pola 3Frasa Nama
Anak itu
Frasa Adjektif
sihat sungguh.
Pola4Frasa Nama
Pejabat saya
Frasa Sendi Nama
di Kuala Lumpur.
POLA AYAT DASAR
AYAT TUNGGAL
• Ayat yang mengandungi hanya satu klausa iaitu satu unit rangkaianperkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
SUBJEK PREDIKAT
1. Ahmad
2. Dia
3. Orang tua itu
4. Kamu
5. Awak
guru.
jurutera pelatih.
kuat berjalan.
keluar!
tak usah datang lagi.
AYAT MAJMUK
• Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih danpercantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehinggamenjadikan ayat baharu.
• Contoh:
• Ali sedang membaca buku. (ayat tunggal)
• Fatimah sedang membuat kira-kira. ( ayat tunggal)
*** Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat kira-kira. (ayat majmuk)
TIGA JENIS AYAT MAJMUK
JENIS AYAT MAJMUK CONTOH
1. Ayat Majmuk Gabungan Murid-murid berlari dan bernyanyi.
2. Ayat Majmuk PancanganAminah membeli baju yang berwarna merah.
3. Ayat Majmuk Campuran
Ahmad sedang membaca buku, tetapi kawan-
kawannya yang sudah letih lesu telah lama
tidur.
STRUKTUR AYAT
AYAT
PENYATA
AYAT
TANYA
AYAT
PERINTAH
AYAT
SERUAN
JENIS-JENIS AYAT
Dia wartawan.
Adik masih menangis?
Keluar dari bilik ini!
Wah, besarnya kereta abang!
4.5 PENGHUBUNG AYAT
PENGHUBUNG AYAT
• Kata penghubung ayat (kata hubung) – sejumlah perkataan yang bertugasmenghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentukayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.
• Kata hubung digunakan untuk menghubungkan ayat majmuk menjadi ayattunggal.
• Contoh-contoh kata hubung:- apabila, atau, dan, lalu, sebab……
Jenis-jenis kata hubung
• Tiga jenis kata hubung :-
• Kata hubung gabungan
• Kata hubung pancangan
• Kata hubung berpasangan
KATA HUBUNG GABUNGAN
• Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama taraseperti atau, sambil, dan, serta dan lalu.
• Contoh: -Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok.
KATA HUBUNG PANCANGAN
• Terbahagi pada tiga:
• Kata hubung pancangan relatif : Perkataan ‘yang’ menghubungkan klausa utama denganklausa kecil.
• Contoh ayat: Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.
• Kata hubung pancangan komplemen: Perkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’ menghubungkan klausapelengkap kepada satu klausa utama.
• Contoh ayat: Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.
• Kata hubung pancangan keterangan: Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan. Contoh: semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkala
• Contoh ayat: Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.
KATA HUBUNG BERPASANGAN
• Kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Contoh:
KATA HUBUNG BERPASANGAN
• Contoh:
Contoh:
55