15
PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2017 1. ARAHAN AM Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan, oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang Guru hendaklah mengamal dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah, Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah, Matlamat dan Falsafah SMKA, Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan pelajar ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2.. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolah Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali menjalankan tugas rasmi di luar. SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017 PANDUAN GURU DAN STAF SMA REPAH

Panduan Guru Dan Staff

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Guru Dan Staff

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2017

1. ARAHAN AM

Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan, oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.

Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang

Guru hendaklah mengamal dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah, Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah, Matlamat dan Falsafah SMKA, Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas

Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan pelajar ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2.. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN

Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolah Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan

kecuali menjalankan tugas rasmi di luar.

3. MASA TIBA DI SEKOLAH

Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah sebelum 7.25 pagi. Guru bertugas harian dikehendaki berada di sekolah jam 7.15 pagi dan berada di tapak

perhimpunan untuk mengendalikan perhimpunan pelajar dan mengawal disiplin mereka.

Waktu balik bagi guru bertugas harian adalah jam 4.30 petang

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017

PANDUAN GURU DAN STAF SMA REPAH

Page 2: Panduan Guru Dan Staff

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2017 Semua guru WAJIB menandatangani Buku Kehadiran Guru serta merakam masa tiba

ke sekolah dan masa balik.

4. PERHIMPUNAN SEKOLAH

Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.

Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher. Guru-guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan nasyid Asmaul-Husna, lagu

kebangsaan dan negeri serta membaca ikrar. Guru bertugas harian hendaklah merekod, melapor dan mencatat semua aktiviti yang

berlaku sepanjang hari ia bertugas ke dalam buku laporan harian yang disediakan di pejabat sekolah.

5. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS.

Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua.

Guru yang mendapat arahan JPN/PPD/KEMENTERIAN/LEMBAGA PEPERIKSAAN dll. mesti memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu.

Guru dan staf sokongan juga dikehendaki mengisi dua salinan Borang Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan Pengetua/Guru Penolong Kanan. Satu salinan disimpan dalam fail di pejabat manakala satu salinan lagi diserahkan kepada Pengawal Keselamatan bertugas di pos pengawal untuk direkodkan. ( Rujuk lampiran 1 ).

Guru yang mendapat kebenaran daripada Pengetua hendaklah merakamkan waktu keluar dan waktu kembali semula ke sekolah.

Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti untuk kelas yang ditinggalkan dan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/Guru Penolong Kanan.

Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

6. PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS

Guru-guru wajib mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 (rujuk salinan surat yang dilampirkan)

7. BUKU KEHADIRAN GURU Rakaman kehadiran guru/catatan kehadiran guru adalah dokumen yang membantu

Pengetua untuk membuat penilaian Prestasi Tahunan. Guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum dan kelas tambahan juga dikehendaki

menandatangani buku kehadiran kokurikulum/kelas tambahan.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017

Page 3: Panduan Guru Dan Staff

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2017 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan

dan sebab-sebab yang munasabah. Guru mesti memberitahu pihak pentadbiran sekolah secepat mungkin.

8. KEHADIRAN MESYUARAT/TAKLIMAT/PROGRAM RASMI SEKOLAH/KURSUS DALAMAN Guru wajib hadir semua mesyuarat dan program rasmi sekolah. Guru yang tidak hadir hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua dengan

permohonan secara rasmi. Bukti tidak dapat hadir hendaklah disertakan. Semua mesyuarat mesti mempunyai agenda dan minit. Keputusan mesyuarat

mesti disampaikan kepada pihak berkenaan dan diambil tindakan. Rujuk format minit mesyuarat di Lampiran C.

Guru yang bertugas hendaklah menulis/mencatat taklimat mingguan. Dapatan taklimat hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari akhir bertugas.

Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar trek, selipar tidak dibenarkan.

9. KEGIATAN KOKURIKULUM Semua guru akan ditugaskan menjadi Penasihat kegiatan kokurikulum.

Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap. Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku

kehadirankokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah. Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh

pelajar dan mengesahkan laporan tersebut. Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu

untuk disemak dan dihantar sebulan sekali kepada Pengetua/GPK Kokurikulum untuk disahkan.

10. MELAKUKAN KERJA LUAR

Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘ D ‘ seperti berikut :-

Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. Tidak dilakukan semasa waktu pejabat Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan

jabatan.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017

Page 4: Panduan Guru Dan Staff

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2017 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru diingatkan bahawa tindakan

tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (e) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

11. CUTI

11.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

11.2 Cuti Rehat Khas (CRK)

Tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender.

(rujuk Perintah Am 1 (ix) bab C).

11.3 Cuti Sakit

Guru yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan serta memohon kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum.

Sijil Cuti Sakit mesti diserahkan segera kepada Pengetua atau Penolong Kanan apabila datang bertugas kembali.

11.4 Cuti Kecemasan / Cuti Rehat Khas

Untuk memohon cuti ini, sila rujuk surat Pekeliling KPM bil 3/2005. Dapatkan borang permohonan dari pejabat sekolah. Serahkan borang yang lengkap diisi untuk kelulusan Pengetua.

11.5 Cuti Ke Luar Negara

Guru yang hendak bercuti ke luar negara semasa cuti sekolah atau semasa penggal persekolahan mesti mengisi borang kebenaran berkenaan.Sila isikan borang

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017

Page 5: Panduan Guru Dan Staff

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2017permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

11.6 Cuti Tanpa Rekod

Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan,latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan dan tugas khas perubatan.

11.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat.

Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga ( 3 ) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

11.8 Cuti Khas – Isteri bersalin

Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

11.9 Cuti Tanpa Gaji

Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan.

12. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR: BukuPersediaan Mengajar adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butiran

hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Fail / Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Guru Penolong Kanan / Guru

Kanan Mata Pelajaran pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani.(rujuk jadual ).

Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu: Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran, Jadual Waktu Kelas dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Biodata Diri, Senarai Nama Pelajar, Markah Ujian, TOV dan ETR Pelajar dan maklumat - maklumat lain di ruangan yang disediakan.

Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak rancangan pengajaran dan sukatan pelajaran di dalam buku persediaan mengajar.

Format terkini KBSM hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan mencatat di dalam Buku

Persediaan Mengajar perkara berikut:1. matapelajaran yang diganti2. tingkatan3. masa

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017

Page 6: Panduan Guru Dan Staff

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2017 Buku Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran adalah dokumen yang membantu

dalam menyedia dan melaksanakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Jika seseorang guru bercuti, fail / buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru

Penolong Kanan, untuk urusan guru pengganti. Fail / Buku PersediaanMengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada

hari terakhir tahun persekolahan.

13. WAKTU MENGAJAR Guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan. Sewaktu mengajar adalah tanggungjawab guru berkenaan supaya keadaan kelas

adalah seperti berikut:

1. kelas dalam keadaan teratur dan kondusif.2. bersih dan kemas.3. bilangan pelajar akur dengan kehadiran.4. mencatat bilangan pelajar yang ada di dalam borang kawalan kelas.

Guru hendaklah menggunakan masa instruksional di dalam kelas untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan.

14. GURU GANTI

Sila rujuk Pekeliling Kementerian Pelajaran bil 3/1981 mengenai Masa Luang (Free Period). Guru - guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan

15. BUKU LATIHAN/ NOTA PELAJAR/ BUKU KERJA/ BUKU REKOD KOKURIKULUM

Buku berkenaan hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada pelajar. Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku / nota yang telah diperiksa. Pengetua/ Guru-guru Penolong Kanan / Ketua-ketua Bidang akan menyemak buku-

buku tersebut mengikut jadual.

16. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN

Semua guru SMA RANTAU adalah guru disiplin dan guru bimbingan.Guru-guru hendaklah sentiasa memberikan bimbingan kepada pelajar dan mengamalkan budaya”Sekolah Penyayang”. Buku Peraturan Sekolah dan Diari Pelajar menjadi panduan untuk mengurus pelajar-pelajar.

17. KESELAMATAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017

Page 7: Panduan Guru Dan Staff

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2017 Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan pelajar sepanjang waktu berada di

dalam kawasan sekolah. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkan kepada

Pengetua atau Guru-guru Penolong Kanan, ibu bapa atau penjaga kepada pelajar berkenaan mesti dimaklumkan segera.

Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi. Latihan kebakaran wajib diadakan dua kali setahun.

18. PERHUBUNGAN SESAMA GURU DAN STAF SOKONGAN

Guru dan staf sokongan sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, dengan harapan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaaan.

Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan /fahaman / pendapat / kepercayaan sesama rakan atau pun pelajar sekolah ini.

Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosioekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud disekolah.

19. BILIK GURU

Kebersihan, keceriaan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Jadikan Bilik Guru sebagai contoh kepada pelajar

Guru hendaklah berada di Bilik Guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap non-teaching period dan bukannya free period. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di Bilik Guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di Bilik Guru.

Pelajar tidak digalakkan berada di pejabat guru. Pelawat tidak dibenarkan menggunakan Bilik Guru untuk berbincang sesuatu dengan

guru. Sebarang pertemuan (tetamu luar) hendaklah diadakan di luar pejabat guru / kantin.

20. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan bolehlah berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.

Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang atau Guru Penolong Kanan.

21. TUGAS

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017

Page 8: Panduan Guru Dan Staff

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2017 Guru akan diberikan tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid

dan pentadbiran. Tugas tersebut mesti dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan seperti menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.

Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, hendaklah mengemukakanminit curai kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas yang ada di pejabat sekolah.

Guru yang menghadiri kursus, seminar atau seumpamanya, hendaklah menjalankan Kursus Dalaman kepada guru lain dan dimaklumkan kepada Pengetua/Guru Penolong Kanan tentang tarikh dan masa pelaksanaannya.

Guru yang melakukan tugas rasmi di luar hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk pelajar, mengisi borang maklumat tugasan dan diserahkan kepada Guru Penolong Kanan.

22. JADUAL WAKTU

Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas masing-masing.

Guru tidak dibenarkan mengubahjadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran pihak pengurusan.

23. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

Setiap Guru Tingkatan akan diberikan sebuah buku Jadual Kedatangan Pelajar. Buku tersebut amat penting kepada pihak audit dan menjadi satu kesalahan sekiranya hilang. Buku ini tidak boleh dibawa pulang ke rumah atau disimpan di bilik guru atau tempat-tempat lain dan mesti disimpan di pejabat sekolah pada setiap hari sebelum pukul 9 pagi.

Guru Tingkatan hendaklah mengisi maklumat yang diperlukan, memahami dan mematuhi peraturan mengenainya yang tercetak di bahagian dalam buku tersebut.

Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah ditulis secara teratur dengan dakwat hitam atau biru sahaja, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh Guru Tingkatan pada waktu pertama. Jika Guru Tingkatan tidak hadir, Jadual Kedatangan Tingkatan diurusoleh Guru Pembantu Tingkatan.

Pelajar yang tidak hadir hendaklah dihubungi dan catatkan panggilan di buku log pejabat

Pelajar yang tidak hadir 3 hari berturut-turut atau berselang-seli selama 10 hari dalam satu bulan, ibu bapa / penjaganya hendaklah dihubungi secara bertulis.

Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Guru Penolong Kanan HEM/ Guru Penyelaras Tingkatan.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017

Page 9: Panduan Guru Dan Staff

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 201724.KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH

Semua guru dikehendaki memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.

Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan terdapat peraturan-peraturanmengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

Peralatan sekolah adalah harta kerajaan . Penggunaan untuk peribadi adalah dilarang. Sesuatu alat yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran Guru Kanan Mata Pelajaran / guru yang dipertanggungjawabkan dengan mengisi borang pinjaman. Alat yang digunakan hendaklah dikembalikan semula dengan menandatangani buku pinjaman.

25. KEBERSIHAN

Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh Guru Tingkatan masing-masing. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kelas hendaklah disimpan dengan rapi dan selamat.

Guru yang mempunyai bilik khas seperti bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keselamatan bilik tersebut.

Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab warga sekolah.

26. SURAT RASMI

Semua surat rasmi kepada pihak luar yang berkaitan dengan perjawatan atau sebagainya hendaklah dihantar melalui Pengetua.

27. SURAT YANG DITERIMA

Surat yang diterima oleh pihak sekolah akan diedarkan kepada guru berkenaan untuk diambil tindakan.

Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.

Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah :

o Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal hendaklah difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017

Page 10: Panduan Guru Dan Staff

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2017o Jika surat tersebut mengkehendaki guru untuk mengisi maklumat

dalam borang yang dilampirkan maka hendaklah ditaip dan menyediakan surat litup/iringan.

o Satu salinan hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan apabila diperlukan.

28. PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

Guru tidak digalakkan pergi ke Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi.

29. PELAWAT

Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua/Guru Penolong Kananterlebih dahulu.

Penjual/pengedar tidak dibenarkan berjumpa dengan guru-guru tanpa kebenaran Pengetua . Promosi atau mengiklan sesuatu barangan di sekolah untuk pelajar adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran Pengetua.

30. PEMBELIAN BARANG

Guru/staf yang hendak membuat pembelian barang mesti memohon kebenaran terlebih dahulu dengan mengemukakan borang pesanan dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah untuk ditandatangani oleh Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) berkaitan sebelum diluluskan oleh Pengetua. Guru/staf tidak boleh membuat pesanan sendiri dengan sesuatu syarikat tanpa melalui GKMP. Sebut harga wajib didapatkan terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu barang yang berharga melebihi daripada RM 500.00 untuk 1 unit. Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order).

Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang tersebut. Sila rekodkan nombor daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta-merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.

31. BUKU STOK / INVENTORI

Ketua Panitia atau Ketua Unit bertanggungjawab mengurus buku stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini. Setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta-merta.

Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Pengetua/GPK.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017

Page 11: Panduan Guru Dan Staff

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2017

32. TANDA NAMA

Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

33. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG

Semua guru menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. Semua guru hendaklah membayar yuran kelab guru.

34. PENGGUNAAN PERALATAN

Hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan. Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian atau Penjaga

Stok dan direkodkan. Hendaklah dipulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. Kerosakan peralatan hendaklah dilaporkan kepada pihak yang

bertanggungjawab dengan serta-merta.

35. ARAHAN DAN PEKELILING

Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

Guru hendaklah menyimpan arahan dan pekeliling yang diterima di dalamfail khas.

Guru boleh merujuk pekeliling semasa di dalam fail khas yang ditempatkan di bilik POW.

36. TELEFON

Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah hendaklah menggunakan telefon bimbit sendiri dan awam untuk urusan peribadi.

Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P & P di dalam bilik darjah kecuali kecemasan.

37. KUNCI

Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah.Guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman dan Pemulangan.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017

Page 12: Panduan Guru Dan Staff

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2017 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat

kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REPAH TAMPIN/PENGURUSAN PENTADBIRAN /SMARTNFT5001/2017